diriku yang kukenal

309
Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. Diriku Yang Kukenal Diterbitkan oleh: Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang, Malaysia 2003

Upload: shahibul-karib-sheikh-khalifah-malaya

Post on 01-Dec-2015

3.504 views

Category:

Documents


112 download

DESCRIPTION

oleh Bapak Baginda Muchtar

TRANSCRIPT

Page 1: Diriku Yang Kukenal

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.Diriku Yang Kukenal

Diterbitkan oleh:Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

Pulau Pinang, Malaysia2003

Page 2: Diriku Yang Kukenal

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.; Diriku Yang Kukenal.

Edisi 2003Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimSemua Hakcipta TerpeliharaISBN 983-41447-0-9

Edisi Pertama : 1975Edisi Kedua : 2001Edisi Ketiga : 2003

Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulangcetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baik elektronikmahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apa sahaja tekniksimpanan dan cari semula maklumat tanpa kebenaran bertulis daripadapenerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaan hendaklahdikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Diedarkan oleh:• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan

Masyarakat Negeri Pulau Pinang• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan

Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan

Diterbitkan oleh:Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimPulau Pinang, Malaysia2003

Page 3: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

i

SEPATAH KATA

Kupersembahkan karyaku ini pada anakku, anak-anak didikkudan masyarakat ramai yang meminatinya. Apa yang dikupasdalamnya ialah hasil dari pemecahan, penggalian, pengkajian danpengalamanku untuk dapat mengenal dan menemui diri sendiriuntuk dijadikan ilmu pengetahuan umum dan aku namailah dia‘DIRIKU YANG KUKENAL.’

Untuk mendapatkannya aku belajar sambil mengajar, jadimurid sambil jadi guru, berteori sambil berpraktik dan adalah inisemua hasil dari perjalanan pengembaraanku sambil menemuipengalaman selama lebih kurang lima belas tahun lamanya. Makaadalah tahun 1973 ini tahun ke 18 bagiku berjalan dengan ilmupengetahuan ini yang aku jadikan, jadi amalanku.

Maka berbahagialah seseorang yang dapat menemui ‘Aku’-nya.

BAGINDO MUCHTAR(Si Sepuluh)

Page 4: Diriku Yang Kukenal
Page 5: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

iii

KESIMPULAN DARIPERJALANANKU

Yang ada mencari yang tiada.Menemui sesuatu yang harus mendapatkan perhatian dari kita:

• Mengikut terus perkembangan.• Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang,

sampai dapat merasakan yang sesuatu itu telahmemancar dari dalam badan diri sendiri.

• Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapatmengetahui akan rahsia yang terkandung padanya.

Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai ketiada ada (fana).

Di tempat tidak ada menyedarkan dan menyatakan badan diriguna untuk mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lainmelainkan Allah; Muhammad sebagai Rasulullah, denganmelafazkan Dua Kalimah Syahadah sekurang-kurangnya tiga kaliberulang-ulang.

Kembali berjalan dari tiada ada kepada tiada sampai kepadaada, dan bawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengansesuatu.

Demikianlah adanya,Aku

BAGINDO MUCHTARUntuk anak-anakku (Si Sepuluh)

Page 6: Diriku Yang Kukenal
Page 7: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

v

KATA BERMULA

Anak-anakku sekalian,Ketahuilah olehmu, resapkan ke dadamu, bahawa di bumi

Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindungan Yang Maha Besarengkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itusembahlah Dia, Allah Yang Maha Esa dan mohonkan segala-galanya kepada-Nya.

Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak adaibu bapamu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibubapamu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam-dalamnya dan jangan derhaka kepadanya. Engkau dilahirkanmelalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandunganyakerana dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akanmenjadi kalau tak ada bapamu. Dan di bidang ilmu pengetahuanku,adalah engkau anakku pula dan adalah aku gurumu walaupunengkau memanggil Bapak padaku.

Sebagai seorang manusia, engkau dilahirkan oleh ibumu.Kelahiranmu mendatangkan ‘bahagia’ pada rasa perasaan ibubapamu dan kaum keluargamu. Di mana letaknya ‘bahagia’-muitu? Engkau membawa ‘bahagia’ dan ‘bahagia’ itu ada padamu,tetapi di mana letaknya? Letaknya ialah padamu iaitu di tempatnya.Mungkinkah letaknya di luarmu? Tidak mungkin kerana engkauyang membawanya.

‘Bahagia’-ku letaknya padaku dan ‘bahagia’-mu letaknyapadamu. Aku mengandung ‘bahagia’ dan engkau mengandung‘bahagia.’ Untuk merasakan dan mendapat itu ‘bahagia,’ tentu

Page 8: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

vi

engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu dalamhal ini, maka aku yang engkau anggap gurumu yang menolongmelahirkan kandunganmu itu. Dan engkau akan berasa ‘bahagia’sepanjang masa kalau engkau tahu dan mengerti dan dapatmemahami ‘bahagia’-mu yang telah dilahirkan itu.

Kesedaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilaidan menghargai gurumu sebagai pembimbingmu memecahkanrahsia dirimu sendiri menuju hidup sepanjang masa menjelanghidup yang kekal abadi.

Pelajarilah segala sesuatu dengan sesuatu yang ada padamudan jagalah adabmu terhadap ibu bapamu, sesudah itu gurumu.Dan istimewa terhadap Tuhan Yang Mengadakan segala yang ada,Yang Menjadikan segala yang dijadikan, Yang Mengetahui yangtidak diketahui oleh apa dan siapa saja. Sembahlah Dia dan carilahRahsia-Nya yang terkandung di badan dirimu untuk dapatmengenal-Nya dengan erti yang sebenarnya.

‘Rabbighfir Warham Waanta Khairurrahimin…’“Wahai Tuhan-ku, ampuni kesalahan-ku,

kasihanilah aku, Engkau sebaik-baik YangMengasihi.”

Palembang, Indonesia27 November 1965

Nota :• Dilarang mengutip kalau tak seizin yang empunya.• Untuk disesuaikan, demi mencari kebenaran.

Page 9: Diriku Yang Kukenal

DAFTAR ISI

Muka Surat

Sepatah Kata iKesimpulan Dari Perjalananku iiKata Bermula iii

1. Kisahku 12. Rahsia Hidup 93. Tenaga Rohani Dengan Daya Gunanya 374. Kisah Kerbau Dengan Pedati 535. Ilmuku Ilmu Ghaib 696. Petunjuk-Petunjuk Untuk Kesempurnaan 837. Buka-Membuka 1238. Kataku 1479. Aku 17110. Hamba 18711. Tarekat Mengenal Diri 20712. Diriku 23913. Aku Dalam Sajak 26314. Siapa Aku? 293

Page 10: Diriku Yang Kukenal
Page 11: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal1

KISAHKU

Bidukku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju, karamdihentam badai taufan, sehingga terdampar ke tepi pantai, sampaimenyebabkan kemudi patah. Semua orang di daratan menyalahkanaku. Aku berlayar dengan bidukku mengharungi lautan samuderadengan tujuan mencapai cita-cita, iaitu bahagia, bahagia yangdiidam-idamkan oleh tiap-tiap manusia. Dalam pelayaran itu,sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu tujuan yangtertentu, yang aku anggap baik, maka sekonyong-konyong dengantidak aku sedari, berhembuslah badai taufan dengan amatdahsyatnya yang menyebabkan bidukku terhempas ke kanan danke kiri. Segala ikhtiarku, daya-upayaku aku jalankan guna untukbertahan menjaga supaya bidukku jangan karam. Akhirnya, setelahaku cuba bertahan berhari-hari dan bermalam-malam (lima belashari dan lima belas malam lamanya) untuk menyelamatkanbidukku itu, kesudahannya bidukku terdampar ke tepi pantai dantidak sampai tenggelam di tengah lautan. Daya tahanku boleh dikatakan hampir habis. Kerana kalau sampai tenggelam di tengahlautan, tentu semenjak waktu itu akan berakhirlah riwayat hidupkudan tidak ada satu manusia pun akan mengetahui kisahku ini,kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk akusendiri.

Page 12: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 2

Aku kehabisan tenaga, bidukku terdampar ke pantai, dan disaat itu aku belum sedar betul. Dengan tidak usul-periksa, semuaorang di daratan menyalahkan aku. Aku berusaha dan mencubamenerangkan keadaan yang sebenarnya, akan tetapi tidak satuorang pun waktu itu yang mahu mendengar keteranganku. Akutidak mengharapkan belas kasihan dari orang-orang itu. Tidak!Hanya aku ingin mengemukakan kebenaranku kepada mereka itu,akan tetapi manusia-manusia itu tidak mahu menerimanya.

Dan dari segi lain, angin badai taufan tersebut menyebabkanmulai berlakunya peristiwa ghaib bagi diriku. Aku terkatung-katung (terapung-apung) seorang diri dan tiap-tiap orang yangmenemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curigapadaku. Dan segala sesuatu itu aku terima dengan segala kesabarandan tawakal. Curiga orang-orang itu menjadi bahan bagiku untukmengkoreksi diriku. Aku harus menyesuaikan batinku denganzahirku. Dan beransur-ansur mulai ada orang yang mempercayaiaku, dan sudah ada pula yang menaruh perhatian padaku.

Bidukku dikuasai oleh orang-orang tertentu, bahkan sampaikepada kekayaanku yang tak seberapa dikuasai orang juga. Pihak-pihak yang tertentu tak mahu mengerti dan tak mahu tahu akankeadaanku waktu itu dan terang aku rasakan ialah ‘kemerdekaankudirampas oleh orang-orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentupula.’

Aku tak berdaya kerana tidak satu orang pun yang memihakpadaku. Kebenaranku dikalahkan oleh jumlah bilangan merekayang banyak. Dan belakangan ternyata, kemudi bidukku patah,patah tak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan kemudi(kesayanganku) untuk selama-lamanya. Aku menyatakan, makasampainya patahnya kemudi itu disebab-keranakan yangmenguasai bidukku itu setelah kemerdekaanku dirampas, keranasetahuku bidukku tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapioleh kerana dari mula orang mengatakan aku menyebabkannya,maka kesalahan tetap dipikulkan ke pundakku. Aku tahu bidukku

Page 13: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal3

rosak, dengan mati-matian sewaktu di tengah lautan akupertahankan supaya jangan sampai tenggelam, dan akhirnya,dengan tidak berdaya aku sampai ke tepi. Hanya aku yang tahubagaimana hebatnya taufan itu mengamuk siang dan malam, danhanya aku yang bertahan, dan lantaran aku juga makanya biduk itusampai ke tepi pantai. Dan sekalian yang terjadi di biduk adalahakibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentambidukku itu. Kemerdekaan dirampas dan aku disingkirkan denganpaksa. Kesalahanku waktu itu ialah aku tidak tegas; aku waktu itudi saat lemah tak berdaya.

Patahnya kemudi itu disebabkan tidak pandainya tukangmemperbaiki biduk itu lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atausebab-musababnya. Dan akhirnya aku yang kehilangan. Akulahyang menderita. Kekuatanku dengan beransur mulai timbul,kesedaranku mulai datang dan keadaan itu tak boleh aku biarkanbegitu sahaja. Aku mulai bertindak, mulai tegas dan segala hakkuyang sengaja di rampas orang aku tuntut supaya dikembalikan. Danakhirnya, dengan kesedaran dan ketegasanku itu, walaupun tidakkeseluruhannya, kemerdekaanku mulai aku perdapat kembalidengan jalan musyawarah atau perdamaian.

Pengalaman dan penderitaanku di taraf yang pertama inimenyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa memang Tuhanitu ada. Ini bukan bererti aku tak percaya pada Tuhan sebelumnya.Contoh-contoh di antaranya: Aku pernah tidak makan sewajarnya,akan tetapi tidak lapar; aku pernah dicari oleh seseorang untukditembak lantaran dihasut orang; aku bertemu dengan orang yangmencari aku itu, akan tetapi aku tak dilihatnya dan ada sahaja oranglain yang mempertahankan aku; aku pernah dapat tahu apa yangakan terjadi pada seseorang, dan banyak pengalamanku yang lain-lain yang menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang seperti akusebutkan di atas iaitu ‘memang Tuhan itu ada.’

Kemerdekaanku telah kuperdapat kembali dan aku inginmembuktikan kebenaranku kepada masyarakat. Aku kembalikan

Page 14: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 4

ingatanku kepada seluruh peristiwa-peristiwa yang telah menimpaaku sejak dari semulanya. Aku pelajari dengan saksama, dandengan peganganku ‘Memang Tuhan itu ada,’ aku merenung danmerenung untuk mengadukan perasaanku kepada-Nya. Aku insafbahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untukmengemukakan kebenaranku, akan tetapi aku yakin bahawa dibalik saksi yang nyata tidak ada itu, ada saksi yang tidak nyata iaituyang ghaib; malaikat-malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhansebagai mata-mata untuk mengamat-amati segala perbuatan kitamanusia ini, buruk dan baiknya.

Adalah aku waktu itu ibarat seorang musafir di padang pasirsedang kehausan, memerlukan seteguk air untuk melepaskandahaga dalam pengembaraan untuk mencari sesuatu. Aku inginhendak mencari-Nya, menemui-Nya Yang Menjadikan aku,sentana (jikalau) diizinkan-Nya aku menemui-Nya, aku akanmenangis dan menangis sejadi-jadinya untuk mengadukanpenderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya itu.

Zahirku itu seolah-olah tak bererti kerana dengankepergiannya aku sangat berasa kekurangan dan kehilangankeseimbangan, dan aku terkatung-katung dalam kehidupanku. Akusedari diriku; aku melihat keluar, hampa perasaanku kerana tidakada rasa erti hidup (dunia) bagiku. Aku melihat ke dalamperasaanku. Dadaku penuh dengan daya rasa bermacam-macam.Aku bertanya sendiri dan mendapat jawapan sendiri. Dan akhirnya,aku temulah diriku sendiri.

Tahulah aku sudah bahawa peristiwa besar telah terjadi didiriku. Cubaan besar telah terjadi di diriku; aku harus berkorbandan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan besar sedangberkembang pula di diriku, terutama di batinku. Peristiwa ghaibsedang berlaku pula di diriku, padaku yang mungkin ada pulaterjadi pada seseorang atau beberapa orang yang hidup sebelumaku. Segala sesuatu itu mesti ada waris-mewarisi; patah tumbuhhilang berganti, dan telah berlaku pula Qadar Tuhan atas diriku,

Page 15: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal5

aku telah lulus dari ujian berat yang pertama berkat ketabahanku.Penderitaanku lahir batin tak sanggup aku melukiskannya sebagaipengorbananku.

Aku harus mengembara, melakukan sesuatu perjalanan yangjauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku yang jauh pula. Jauhdi Sana kulihat ada cahaya. Diriku tertarik akan cahaya itu dan akumendekatinya. Aku perbaiki bidukku yang terdampar, kemudi akutukar dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautanluas untuk menuju cahaya yang terlihat olehku itu; bahawa adalahyang aku lihat itu tak ubahnya seumpama cahaya lampu mercu-suar pada sebuah pulau yang sangat jauh di tengah lautan yangdapat kita lihat dari jauh, hilang-hilang timbul atau hidup-mati. Akuberlayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu. Aku berlayar danberlayar. Gelombang besar kecil harus kulalui, kadang-kadangbercampur dengan badai taufan. Perjalananku berbelok-belok akantetapi akhirnya berkat kesungguhanku, pulau idamanku tercapaijuga. Sering pula aku terdampar ke kiri dan ke kanan, akan tetapisyukurlah tidak sampai membawa bidukku pecah kerana tiap-tiappengalamanku aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkanperjalananku.

Dan begitulah, setelah lebih-kurang tujuh tahun lamanya akuberlayar, aku mendarat di pulau cahaya itu. Aku takjub dan hairan,cahaya yang aku lihat dari jauh hidup-mati atau hilang-timbul itu,rupanya di Sana tidak pernah mati atau hilang-hilang timbul,malahan hidup terus. Aku berjalan selangkah demi selangkah,sambil memperhatikan keadaan sekelilingku. Dan cahaya yangmenjadi perhatianku itu aku selidiki dengan teliti, dan tahulah akusudah rahsianya, sebab-sebabnya makanya dia kelihatan hidup-mati dari jauh, dan rahsianya telah menjadi rahsiaku.

Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain-lain. Akumelihat sebuah rumah dan aku ingin mendekati rumah tersebut.Melihat dan memperhatikan akan segala yang aku lihat di situ,anggapanku tentu ada penghuni rumah itu. Aku ingin hendak

Page 16: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 6

menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi memasukipekarangannya. Aku mencari dan mencari. Aku perhatikansekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu.

Aku memasuki pekarangannya dengan perlahan-lahan danhati-hati, sambil mencari penghuninya. Aku naiki rumahnya kalauada ‘dia’ di dalam. Aku maju selangkah lagi. Aku masuk dengan“Assalamualaikum,” akan tetapi tiada yang menjawab salamku.Aku sudah berada di Sana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemu.Aku buka pintu kamarnya. Banyak yang aneh-aneh aku lihat didalamnya. Dari muka aku terus ke belakang, dan terus ke bawah,dan berjalan lagi sekelilingnya, namun ‘dia’ yang aku cari tidakjuga bertemu. Aku bingung, aku hairan; orangnya tidak nampakakan tetapi tanda-tanda keadaannya banyak bertemu olehku.Banyak yang aku ingini, yang aku lihat dalam kamar-kamar yangtelah kuperiksa itu, akan tetapi aku tak berani mengambilnya.Akhirnya aku duduk bermenung di bawah naungan cahaya tadisambil menanti-nantikan kalau-kalau penghuninya datang.

Dalam kesunyian itu, tiba-tiba seolah-olah mendengar suara,“Hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi?Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Dia yang engkau cari itusebenarnya tidak ada. Bagaimana Dia akan ada kerana Dia tidakberupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan?Kembalilah engkau ke tempat tadi, kerana engkau dengan izin-Nyajua engkau sampai dan pergunakan kesempatan ini sebaik-baiknya.Bahawa Dia itu ada dalam tiada dan ada dalam sebutan tak adapada kenyataan.”

Aku tersentak dari lamunanku. Aku sedar dan insaf, dandengan tenang aku langkahkan kakiku kembali ke tempat semulaiaitu ke rumah yang isinya yang telah kuketahui itu. Dia ada tetapitidak ada. Dia ada dalam tiada dan tidak ada dalam ada. Akuperhatikan segala sesuatunya yang kulihat dengan saksama, dantahulah aku sudah bahawa di Sanalah rupanya letak kunci darisegala kunci, pusat dari segala pusat, dari Sana titik permulaan dan

Page 17: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal7

ke Sana pula pengembalian segala sesuatunya. Sungguh sangatsyukur kepada-Nya Yang Menjadikan aku; banyak sudah rahsia-Nya yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan. Dengan talipergantunganku itu, aku kembali dari pengembaraanku, dan rahsia-rahsia yang telah aku ketahui itu akan aku pergunakan sebagiamalanku.

Jalan ke Sana telah terbuka bagiku. Kesimpulanku sekarang,di mana aku berada di Sana ada Dia. Dan aku akan mencari terusyang belum kuketahui, kerana aku yakin seyakin-yakinnya kalaujalan ke Sana telah terbuka bagi ku, pasti jalan-jalan lain sudahterbuka pula. Keinginanku dan doaku semoga Tuhan yang akusembah, Yang Menjadikan aku, memanjangkan umurku,memelihara kesihatanku dan memberi rezeki kerana hasratkusangat besar, supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pulaseperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya,bagi yang mahu mencarinya, kiranya Allah akan menerima segalaamalanku.

Pusat dari segala pusat telah aku ketahui. Kunci dari segalakunci telah aku punyai pula. Banyak sudah yang telah kuketahui;Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku, Ilmu-Nya telah menjadiilmuku, dan satu per satu akan kucuba memecahkannya dengan‘Anak Kunci’ yang telah ada padaku.

Dia memerintah seluruh alam termasuk alamku sendiri.Perintah-Nya berjalan dengan sendirinya. Dengan Kudrat danIradat-Nya, apa yang dikehendaki-Nya terjadi, kerana Dia MahaKuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui. Segala-galanya diaturmenurut Kehendak-Nya, dan Peraturan-Nya itu berjalan dengansendirinya. Di manakah batas antara aku dengan Dia?

Setelah aku selidiki dengan saksama dengan Ilmu-Nya yangtelah ada padaku, tahulah aku bahawa dinding, atau batas akudengan Dia hanya zahirku, atau lebih tepatlah kukatakan hanyabulu dan kulitku. Akhirnya dapat aku katakan, “Aku telahmenemui diriku, Rahsia-Nya telah aku ketahui dan aku telah

Page 18: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 8

kembali dari Sana, dan dinding antara aku dengan Dia telahtembus.”

Palembang, Indonesia.1 Ogos 1962

Page 19: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal9

RAHSIA HIDUP

Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan aku bagimu ituletaknya ialah di tempatnya, dan tempatnya ialah padamu jua iaitudi dalam batang tubuhmu. Dan buat aku-mu itu aku memanggil‘engkau’ padanya kerana aku-ku dan aku-mu walaupun asalnyasama tetapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu pada-mu dan pada-ku. Aku yang dimaksud ialah ‘dia,’ yang bila saatnya telah tibananti akan meninggalkan kita. Dia akan kembali ke asalnya iaitukepada Tuhan Yang Maha Esa. Jadi, adalah bagi kita manusia,yang menjadi pegangan ialah aku dan dialah yang tak lekang olehpanas dan tak lapuk oleh hujan, sesuatu Anugerah Agung dariYang Maha Esa kepada kita.

Saya belum dapat kata-kata lain sebagai penilaian danpenghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya untukmenamakan pemberian dari Tuhan yang dikatakan ‘aku’ itu.Mungkin orang lain akan menamakannya lain pula, tetapi akumengatakan adalah itu anugerah yang sebesar-besarnya dari YangMemberi untuk kita. Bayangkan kalau dia tidak ada; adakah yangkita manusia hidup namanya? Tidak, bukan? Dengankepergiannya, maka matilah kita dinamakan orang. Jadi, adalahseluruh kegiatan hidup kita bergantung kepadanya. Bila hidup telahmeninggalkan kita, namanya kita telah mati dan adalah yang

Page 20: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 10

dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal di atas dunia. Ada yangdikubur dan ada yang dibakar.

Ada orang yang memberi nama Anugerah Agung kepada otak,kerana dari Sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan alampemikiran dan menghasilkan segala sesuatunya. Kami mengatakanitu adalah hasil kejadian dari Yang Menjadikan, kejadian yangberat dan teratur oleh Yang Menciptakan iaitu Tuhan Yang MahaEsa. Bisakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatukalau itu tenaga hidup yang berasalkan dan berisi daya hidup takmengalir dalam otak tersebut? Tentu tidak, bukan? Jadi, pasti adasesuatu yang dinamakan hidup di batang tubuh kita, yang berisikandaya-daya mengaliri jalannya kehidupan kita.

Berdasarkan keterangan di atas, adalah kita ini terdiri dari yangdijadikan dan yang dianugerahkan. Yang Menjadikan dan YangMenganugerahkan ialah Yang Tunggal, Esa iaitu Allah, YangMaha Esa dan Kuasa. Kita mendapat barang sudah (siap) dengansempurnanya kejadian kita dijadikan-Nya, dengan anugerah-Nyayang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kehidupankita, dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kitamenurut yang kita kehendak.

Manusia sedar, selamanya ingin kesenangan, kekayaan,kejayaan; kesimpulannya bahagia. Tidak ada yang mahu sakit,hina, miskin; kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapimengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yangdinamakan sampai ke tingkat bahagia, apalagi diidamkan dunia danakhirat?

Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankankehidupan; tidak berpegang pada jalannya hidup yang sebenarnya.Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau padaorang lain, melainkan pada kita sendiri.

Di mana letaknya kesalahan kita itu? Jalan yang manakahyang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup kita itu?

Page 21: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal11

Untuk ini, hendaklah kita pelajari keadaan badan diri kitasemenjak dari luar sampai ke dalam, dan sampai kita menemui‘aku’ kita. Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita initerdiri dari:

• Yang dijadikan, iaitu batang tubuh kita (badan);• Yang dianugerahkan, iaitu yang dinamakan hidup

(nyawa)Yang pertama; iaitu yang dijadikan merupakan lahir (zahir)

bagi kita, dan yang kedua; iaitu yang dinamakan hidup berupa batiniaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akankeadaannya, jadi adalah dia terkandaung dalam badan diri kita.

Kemanusiaan kita tidak akan sempurna kalau tidak adaperpaduan di antara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau ituhidup tak ada, hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusianamanya. Jadi, adalah satu sama lain perlu-memerlukan. Olehkerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yangada, diperbandingkan dengan makhluk-makhluk lain sebaik-baikkejadian oleh Yang Menjadikan.

Di dalam batang tubuh kita didapati dua aliran, iaitu aliranzahir dan aliran batin. Aliran zahir, iaitu aliran yang bertitik-tolakdari hasil berkerjanya jantung kita, mengaliri jalan-jalan, saluran-saluran yang telah tersedia, mengaliri seluruh batang tubuh atauyang dinamakan jasmani. Aliran batin ialah aliran yang berisikandaya-hidup yang berpokok-pangkal dari Yang Hidup mengalirialiran yang telah tertentu pula seperti aliran jasmani, yangdinamakan orang rohani. Dan kita ketahui sekarang; aliran jasmanidan rohani, lahir dan batin. Tiap-tiap aliran mengandung isi; aliranjasmani ialah darah, dan apakah isinya aliran rohani? Untukmengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akanrahsianya. Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenagarohani yang berasalkan dari Yang Hidup, tentu tidak akan percaya,atau tidak mahu percaya kalau dikatakan adalah aliran yangdikatakan aliran rohani itu berisikan aliran hidup kerana berasalkan

Page 22: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 12

dari Yang Hidup. Itu Anugerah Agung dari Yang Maha Kuasakepada tiap-tiap manusia.

Aliran jasmani dan rohani itu jalannya adalah seumpama kabelelektrik atau kabel dengan stroom (aliran tenaga elektrik), yangmana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannyakerana adalah dia itu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas; satutetapi berpisah, bukan terpecah. Dan adalah kedua aliran tersebutbatasnya bulu dan kulit kita sebagai dinding atau sebagaipenutupnya. Untuk dapat mengetahui dan menguasai aliran rohaniitu secara positif, tentu kita harus dapat menembus dinding itusehingga kita dapat merasakan dan menpelajarinya. Sanggup kitasendiri menembus dinding itu dengan jalan melatih diri, setelahdapat memperbezakan atau memisahkan antara tenaga lahir dandaya tenaga batin? Dan dengan kecerdasan dan kesanggupan kitauntuk mengenalinya, mungkin kita dapat menembus dinding yangdimaksud.

Sebelum mencuba melatih diri untuk mengenalnya, untukdiketahui dan untuk direnungkan, lebih baik bacalah kisah yangtersebut di bawah ini dengan saksama. Ceritanya ialah:

Rumah Tampak Jalan Tak Tahu

Kata yang empunya kisah, ada sebuah rumah lengkap denganalat-alatnya. Kapan rumah itu didirikan dan siapa yangmembuatnya, tidak seorang yang tahu, satu jua. Orang tahu hanyarumah itu telah ada berdiri dengan sendirinya dan jarang orangmahu menyelidikinya. Konon khabarnya kata orang yang tahu,rumah tersebut sangat terahsia dan amat banyak mengandungrahsia. Jarang orang sampai ke rumah itu, apalagi mengetahuirahsia yang terkandung di dalamnya. Rumah itu, selain dari alat-alat perlengkapan yang ada, mengandung kamar dan dalam kamarada pula kamar yang terahsia, dan dalam kamar yang terahsia itu

Page 23: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal13

duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah yangberseri-seri, sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu,menurut wasiat yang diterimanya. Adalah dia itu anak raja asal-berasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan; benar lagibetul, lagi bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Baginyaadalah air hampir, makanan murah, datang dengan sendirinya. Diamemberi kehidupan kepada alam sekelilingnya, dan amat sayangsekali yang dihidupkannya itu tak pernah mahu mengenalnya ataumengetahuinya. Alam sekelilingnya tidak mahu mengertikepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai alam biasa sajadengan memperhitungkannya menurut hukum alam pula. Diaduduk di tempatnya, menanti kedatangan sesuatu sebagai amanah.Dia tahu dan mengetahui keadaan sekelilingnya, akan tetapimembisu seribu bahasa kerana tidak ada yang mahu tahukepadanya.

Amanah yang di terimanya ialah duduk di tempatnya,menantikan kedatangan satu antara dua, iaitu:

• Yang punya datang menjemput yang bererti kembalike asalnya.

• Kedatangan seseorang kesateria jujur lagi benar yangsanggup menemuinya di tempatnya dan membawanyakeluar.

Dia ingin bebas tetapi tak lepas, dan kesateria itulah temanhidupnya sejati dunia dan akhirat. Dan kepadanyalahdiserahkannya segala apa-apa yang ada padanya, pada temanhidupnya itu kalau orang yang ditumpanginya tahu akan rahsianya.Dan berdasarkan rahsia yang tersebut di atas itulah makanya,setelah rumah itu sudah dalam keadaan lengkap ertinya sempurna,makanya jalan untuk memasuki rumah itu ditutup dan terahsia,kerana sangat banyak mengandung rahsia di dalamnya.

Berikut menyusul sebuah kisah pendek berkenaan sebuahrumah juga, iaitu berbunyi:

Page 24: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 14

Rumah Sudah Tukang Dibunuh

Rahsia yang terkandung dalam rumah ini ialah sebab makanyatukang dibunuh oleh yang punya rumah, setelah rumah siap.Tujuannya supaya jangan ada orang lain yang bisa membikinrumah seperti itu, kerana dia tak mahu rumah yang lain yang serupadengan rumahnya.

* * *

Mengenai jalan, ada pula ceritanya, iaitu di muka kitaterentang jalan panjang tak habis-habisnya. Mahu ke mana kita?Banyak sudah orang menuruti jalan yang terentang itu, akan tetapitak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula, danbanyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang ataukembali, dan tak kurang pula banyaknya yang tak puas pada jalanyang ditempuhinya itu. Kalau begitu, tentu jalan yang dilalui orangbanyak itu bukan jalan yang sebenarnya jalan, atau kekurangansyarat dalam perjalanan.

Sebagai seorang Islam, pada tiap-tiap rakaat sembahyang kitasentiasa memohon kepada Tuhan iaitu dengan membaca:

“Ihdina alssirata almustaqeem; Tunjukilah kamijalan yang lurus.”

(Surat Al-Fatihah ayat 6)

“Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayrialmaghdoobi AAalayhim wala alddalleen; Iaitu jalanorang-orang yang telah Engkau kurniakan ni’kmatkepada mereka, sedangkan mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orangyang sesat.

(Surat Al-Fatihah Ayat 7)

Sudahkah kita perdapat itu jalan? Kalau belum, adakah pernah

Page 25: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal15

kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat petunjuk dari-Nya?

Berdasarkan keterangan di atas, jalan yang dimaksud tentutelah ditunjukkan kepada orang-orang yang sebelum kita, iaitu jalanyang diberi nikmat, yang tiada dimurkai dan tiada sesat.

Sekarang kita kembali mempelajari kisah yang pertama, iaitukepada ‘Rumah Nampak Jalan Tak Tentu.’ Pengertian kebanyakanorang tentang perkataan di atas ialah, di waktu mendapat kesulitan,yang mana dia tak dapat menyelesaikannya, maka dilahirkannyalahperkataan tersebut di atas “Rumah nampak, jalan tak tentu,” atau‘tidak tahu.’ Ke mana tujuannya yang sebenarnya perkataan itu?

Biasanya, tiap-tiap orang akan mendirikan rumah, sudahtersedia lapangan (kawasan tapak rumah) untuk itu. Dan sebelumrumah dibikin, selamanya ada jalan untuk ke lapangan itu, danseterusnya sampai rumah itu selesai, jalan selamanya ada, dan perluada. Dan dalam hal ini, kejadian lain, ‘Rumah Nampak Jalan TakTentu.’

Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yangdimaksud, yang penuh mengandung rahsia itu ialah badan diri kita.Bukankah didalamnya ada aliran atau jalan, dan berbataskan buludan kulit kita? Jadi adalah yang dimaksud orang yang tahumeninggalkan pepatah itu untuk menjadi buah pemikiran bagiorang di belakang hari. Jadi, adalah untuk memecahkan rahsiarumah itu kita mesti cari jalan untuk memasukinya. Kita harusmengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaannya,sampai kita dapat mengenal diri sendiri dan diri itulah yangmengandung rahsia.

Bagaimana jalan untuk mengenal diri itu? Apalagimenguasainya? Dengan alam fikirankah? Sanggupkah tenaga alamfikiran kita menemui diri secara positif? Kuatkah saraf-saraf kitauntuk itu? Tenaga alam fikiran, kesanggupannya ialah menghayal,menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada; ada dalam angan-

Page 26: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 16

angan, dalam cita-cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaannegatif, sedangkan ilmu pengetahuan menghendaki positif,kenyataan atau realiti. Jalan untuk mengetahui itu letaknya di rasa,kerana rasa itulah yang amat banyak mengandung rahsia. Dankalau rasa yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinyamudah kita memecah Rahsia-Nya. Untuk mendapat rasa yangsebenarnya secara positif, kita harus menembus dinding yangmenutup aliran dari dalam itu.

Pada huraian yang telah sudah telah diterangkan, bahawa didalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalanyang sama. Aliran yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliranbatin; kedua-duanya berdindingkan bulu dan kulit. Untukmengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluranyang telah ada dari dalam. Kedua aliran itu berisikan daya tenaga,iaitu yang satu berisikan tenaga hidup dan satu lagi berisikan dayatenaga kehidupan, disebab-keranakan adanya yang menghidupkanberada bersertanya. Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatangdengan sendirinya, dan tak dapat kita menguasainya sebelum kitadapat mengenalnya, dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yangkita pergunakan sehari-hari.

Kehidupan kita di dalam penuh berisi dengan pergerakan-pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapatmengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklahkita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya denganmengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya. Yangakan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang taksanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu denganmematikan badan sebelum mati. Caranya ialah dengan duduktenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran,sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yangkita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknyapernafasan kita. Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulang-ulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan

Page 27: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal17

kita dari dalam. Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadidengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampaidiketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalambatang tubuh kita.

Sudahkah kita dapat mengetahui, sampai merasakan danmengakui kepastian bahawa adalah yang kita kandung itu ialahyang dinamakan roh, jiwa, nyawa dan sebagainya? Pelajarilahkeadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam,sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakanorang nyawa, jiwa, roh itu. Dan setelah mendapat kepastian, barukita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu.Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima sahaja apayang dikatakan orang.

Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan, iaitudalam kejadian di bumi dan alam yang sempit yang bagi ibu yangmengandung yang hanya merasakan pergerakan di dalam sebagaipembawaannya, dan untuk ini si ibu harus melahirkan supayakandungan itu menjadi kenyataan. Kita yang tadinya dikandung,setelah terlahir maka kebalikannya yang terjadi, iaitu mengandung.Sebagaimana ibu kita menanggung sewaktu kita dikandung, makasetelah terlahir, sebelumnya kita melahirkan kandungan kita, kitasentiasa akan menanggung. Rahsia kandungan ibu kita setelah kitadilahirkan telah terbuka dengan adanya kita, akan tetapi sudahkankita mengetahui akan rahsia kandungan kita? Untukmengetahuinya tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu.Sama-sama mengandung, berlainan kandungan dan penanggungan.

Rahsia yang pertama yang dilahirkan anak. Dan apa kiranyarahsia kandungan yang kedua? Sewaktu kita dalam kandungan,tinggal di alam sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa-apa,tak berasa lapar, tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akantetapi setelah kita berada di alam yang lapang, di alam yangdinamakan dunia kita merintih, menangis, lapar, haus dan lainsebagainya. Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak

Page 28: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 18

puas? Renungkan dalam-dalam. Cuba balik-balikkan fikiran kitakepada sewaktu kita di dalam kandungan, dan kepada sewaktu diluar kandungan.

Kita telah kehilangan sesuatu, iaitu tali pergantungan; tali yangberisikan serba ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilanganbahagia dengan terputusnya tali pergantungan kita. Si ibu yangmengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suarayang dilahirkannya tak dapat melahirkan kegembiraannya,sebaliknya si anak yang tak tahu apa-apa, setelah lahir berontakmengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus,semenjak tali pusatnya diputuskan; putus sudah tali hubungan yangdikandung dengan yang mengandung.

Kalau tadinya si budak dapat makan langsung dari ibunya,maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dariluar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran darikehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus talipergantungan kehidupan itu, maka terbataslah sudah kehidupannya.Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya, dan untukkelanjutan kehidupannya. Jadi untuk mengetahui rahsia hidup itu,dia harus pelajari itu hidup yang ada padanya.

Kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-samamengandung, tetapi berbeza kandungan dan berlainan pulapenanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaituanak. Kandungan yang kedua tak mungkin anak kerana sepertitelah dikatakan juga, berlainan kandungan. Letaknya pun berlainan.Kandungan yang pertama letaknya di perut, di rahim ibu, danletaknya yang kedua itu bukan di perut, melainkan di dalam dadakita. Mungkinkah kita bisa melahirkan kandungan kita itu?Sanggupkah kita sendiri melahirkannya?

Untuk mengetahui dan memecahkan rahsianya, kita kembalilatihan semula, iaitu mencari diri kita yang berdiri dengansendirinya itu. Setelah kita dapat menemui jalannya pernafasan kitayang turun-naik itu yang berasal dari dalam, maka dengan

Page 29: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal19

mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkanturun-naiknya pernafasan kita itu dengan pengertian kita mulaimemakai, atau mempergunakan tenaga dari dalam, iaitu tenagayang menyebabkan turun-naiknya pernafasan kita. Lancarnyalatihan kita dan sampai kepada meningkatnya pergerakan yangdibawakan oleh daya tenaga yang berasalkan dari jalannyapernafasan kita bergantung kepada pandainya kitamembawakannya. Untuk dapat membawakannya sampai mengerti,ialah pandai kita menyerahkan segala sesuatu apa yang ada padakita padanya; iaitu pada yang berdiri dengan sendirinya itu. Diaakan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyaidan dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggapdia kepunyaan kita, maka sekarang adalah sebaliknya yang terjadi,iaitu kita jadikan kita menjadi kepunyaannya.

Setahu kita, dia telah ada bersama kita, dan adalah dia itukepunyaan kita; kurnia atau anugerah Yang Maha Esa lagi MahaBesar kepada kita. Dia datang, datang dari-Nya dan akan kembalikepada-Nya pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untukkesempurnaan kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya,kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan menemuinya. Adalahdia itu langsung dari Yang Maha Esa, dan adalah keadaan kitadijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatannya juga lebih tinggidari kita, kerana dia asli (original) dan kita dari yang dijadikan.Sungguhpun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga,satu asal tetapi berlainan keadaan.

Dia ada tetapi tiada. Kita ada dan nyata. Dia yang telah beradabersama kita, bahkan terkandung dalam batang tubuh kita, kenapakita tak dapat menemuinya? Tuhan telah memberikannya kepadakita untuk hidup, bukan untuk mati. Jadi, nyatalah sudah adakelebihannya dari kita, dan rahsia hidup dan kehidupan kitapadanyalah letaknya. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu diamesti kita cari dan kita temui, kerana seperti telah dikatakan di atas,padanyalah terletak rahsia hidup itu. Untuk mengetahui dan

Page 30: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 20

menemuinya, tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antarakita dengan dia, dengan jalan memisahkan yang satu dengan yanglain, antara badan dan diri, atau antara dia dan aku.

Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelummati sebenarnya mendatangkan sudah permulaan pemisahan,kerana dengan perbuatan kita itu maka tinggallah yang hidup.Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan yanghidup oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam keadaan yangsebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya, kitatak dapat mengatakan kepastiannya yang sebenarnya, apalagimemecahkan rahsianya. Untuk itu hendaklah kita terus berlatih danberlatih, mencarinya sampai ada pancaran keluar dari hujung jari-jari kita. Dengan telah dapatnya kita merasa pancaran yang keluardari hujung jari-jari kita itu bererti dinding telah tembus dan rahsiatelah terbuka, dan tugas kita ialah mempelajarinya lagi denganpengalaman-pengalaman atau percubaan-percubaan.

Dia adalah hak milik kita, dan tiadalah orang lain berhakatasnya. Kenapa tak kita pergunakan hak milik kita yang amatberharga itu? Pendirian kita, selain salah kerana tidak berpegangpada diri, barang yang hidup, melainkan kepada badan barang yangmati. Yang terang ada pada kita dan yang gelap pun ada pada kita,kenapa berpegang kepada itu yang gelap? Siang ada pada kita danmalam pun ada pada kita. Siang ialah yang terang dan yang terangadalah diri dan malam adalah gelap dan yang gelap ialah badan. Siterang letaknya di dalam, dan si gelap di luar.

“Engkau masukkan malam ke dalam siang danEngkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaukeluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkaukeluarkan yang mati daripada yang hidup danEngkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendakitanpa terhitung.”

(Al-Quran Surah Ali Imran ayat 27)

Semua orang takut mati kerana salah memahami hidup. Dia

Page 31: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal21

takut ditinggalkan hidup, dari itu makanya dia takut mati. Merekasalah pegang, salah tangkapan, berpegang pada yang mati yangdianggapnya hidup, dan yang hidup sebenarnya hidup takdipedulikannya selama ini. Bagi kita yang berpegang pada yanghidup tidak akan takut mati, kerana bagi yang hidup istilah mati takada. Adalah dia itu kekal dan abadi, mungkin berpindah, pindahtempat. Pembawaan hidup mereka yang seperti itu menuju kepadakematian, dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepadahidup yang kekal dan abadi untuk kembali ke pangkalan.Perjalanan mereka ke bawah, perjalanan kita ke atas. Merekamenuju kematian dan kita menuju kehidupan yang kekal dan abadi.

Perjalanan kita bersertanya, iaitu kita telah mati sebelumdimatikan, telah pergi sebelum dipanggil, dan Aku telah kembalidari Sana. Aku telah menemui-Nya. Setelah engkau menemui Aku,dan batas Aku dengan Dia ialah seperti batas antara engkau denganAku, iaitu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Engkau yangtadinya dinding bagiku untuk menghubungi dan menemui-Nya,setelah dapat menemuiku dengan cara pemecahanmu, makaterbukalah jalan bagiku untuk menghubungi dan menemui-Nya,kerana pintu telah terbuka bagiku.

Engkau Aku bawa serta kerana cinta kasih sayangkutertumpah padamu, dan adalah engkau badanku. Kita tidak akanberpisah, kecuali kalau dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa, dari itukuasailah Aku supaya apa yang ada padaku menjadi kepunyaanmu.Bagaimana cara menguasainya? Mudah sahaja, cintailah, kasihilahdan sayangilah Aku. Bagaimana cara mencintai, mengasihi danmenyayanginya? Aku tidak pinta apa yang tidak ada padamu,cukuplah kalau engkau serahkan apa yang ada padamu kepadaku,dan untuk itu akan Aku serahkan pula apa yang ada padaku,sehingga Aku menjadi kepunyaanmu dan engkau menjadikepunyaanku.

Ke dalam engkau yang berkuasa, dan ke luar Aku di muka.Tadinya sebelum engkau mengenal Aku, maka adalah Aku

Page 32: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 22

nyawamu. Setelah engkau dapat mengenal Aku, maka tahulahengkau yang bahawa Aku ini sangat berguna padamu. Engkauketahui bahawa seluruh kehidupanmu bergantung padaku. Setelahengkau menemui Aku maka engkau lebih kenal padaku. Akukahyang akan menjadi engkau, dan engkaukah yang akan menjadiAku? Aku dan engkau sebenarnya satu, dan memang kita satu.Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita, dan Akulah kita, Akuluar dan dalam. Selama ini engkau berjalan sendiri dengan tidakmempedulikan Aku. Sekarang, setelah engkau menemui Aku,apalagi kita telah menjadi Aku, maka kalau engkau berjalan, ikutsertakanlah Aku, dan kalau Aku berjalan, akan mengikut-sertakanengkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama inikita berjalan pada jalan sendiri-sendiri.

Sekarang kita kenal-mengenal satu sama lain. Selapik-seketiduran, sebantal-sekalang hulu, sehina-semulia; ke lurah samamenurun, ke bukit sama mendaki, sakit senang sama-sama kitarasai. Apa yang tidak ada padaku ada padamu, dan ada juga tak adapadamu ada padaku. Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiridengan tidak mengikut-sertakan Aku, walaupun Aku sentiasaberada bersamamu. Dalam banyak hal, Aku yang menderita,kerana Aku yang merasakan. Sekarang Aku berjalan, dan engkauAku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan, dan mempelajari.Hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu, setelahmempelajari perjalananku akan banyak mendapat yang tidakengkau ketahui selama ini. Aku yang berbuat, engkau yangmelakukan, dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu terletak padakudan bahagiaku padamu. Aku sangat berasa bahagia kalau yang Akuperbuat dan lakukan bersertamu menghasilkan yang memuaskan.Lambat-laun engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya, danadalah perbuatanku bagimu namanya ilmu. Oleh kerana Aku ghaibsifatnya, maka namanya ilmu ghaib.

Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan-latihan yang telah kita lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang

Page 33: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal23

terasa betul pada hujung kuku kita, pada hujung jari-jari kita, dankita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkankita, dan dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah ‘diriyang berdiri dengan sendirinya,’ yang bergerak dan berjalandengan sendirinya, akan tetapi duduk di tempatnya. Keluarnya daribadan kita melalui saluran-saluran tertentu yang bernamakanpancaran, yang setelah sanggup menembus alam sendiri, akansanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapatmenguasai dan mengetahui akan rahsia yang sebenarnya.

Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap denganpembawaan, dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untukhidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita, supaya hidupdapat menikmati kebahagiaan, maka adalah tugas kita melahirkankandungan kita, iaitu pembawaan dari rahim ibu. Kebahagiaanhidup yang kita alami di rahim ibu semasa dalam kandungan ibuialah dengan hidupnya bonda mengandung, atau dengan duakeadaan hidup; iaitu pertama yang mengandung, dan yang keduayang dikandung. Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kitaitu, sampai akhir hayat kita, maka sentiasa akan panjanglahjalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidupsendiri.

Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita,lahirkanlah itu kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkanhidup baru bagi kita, dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungilautan hidup yang tak bertepi itu, maka pergunakanlah jalan hidupyang baru kita perdapat itu. Apabila itu hidup tidak kitapergunakan, tak perlu disesalkan kalau satu saat nanti kitaditinggalkannya. Dengan telah melahirkan kandungan itu, kita telahmenjadi manusia baru dengan tenaga baru, dan yang hidup itulahpegangan kita. Dia juga tadinya terahsia di dalam batang tubuhkita, setelah terlahir, maka telah menjadi kita, kerana perjalanannyadi dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan

Page 34: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 24

penyerahan kita yang bulat kepadanya, maka seluruh keadaan telahdipunyainya, dan dialah yang menjadi kita.

Jalan yang sebenarnya telah kita temui, iaitu jalan yangbergerak sejak dari titik di dalam sampai menebus alam sendiri. Diatelah lahir. Kelahirannya membawa wajah baru, membukalembaran baru, dan pergunakanlah itu tenaga baru, iaitu tenagayang selama ini tersembunyi di dalam batang tubuh kita. Kitatinggalkan jalan yang tak bererti, dan turutkanlah jalan yang berisi.Jalan yang berisi, kita katakan. Isinya ialah nikmat yang berasaldari nikmatullah yang dikurniakan-Nya kepada kita, yang bukandimurkai, dan bukan pula sesat.

Memperbaiki Keadaan Sendiri

Setelah kita dapat memahami diri sendiri, sebelum ke mana-mana, adalah lebih dahulu yang akan kita lakukan memperbaikikeadaan sendiri. Pengertian memperbaiki keadaan sendiri ialahmemperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu keseluruhannya badandiri kita semenjak dari luar sampai ke dalam. Yang akanmemperbaiki itu ialah diri sendiri. Caranya ialah cara dia pula.Adalah menjadi kewajipan kita menurutkan jalan berisi yang telahada sama kita, dengan tidak mempergunakan daya-tenaga dangerak-fikiran kita sendiri. Bagi diri, adalah badan itu bersertaisinya, benda mati.

Lambat-laun, dengan kebiasaan kita menurutkan jalan yangtelah ditemui itu, akan lebih mengerti kita akan perbuatan dantindakanaya, dan hasilnya badan kita yang menerimanya lahir danbatin. Kita akan lebih kenal lagi pada diri kita, dan akan bertambahbanyak pula kemungkinan-kemungkinan yang bisa kita lakukandengannya. Belajar memahaminya, sampai kita betul-betulmengerti akan gerak tindak perbuatannya yang selamanyamenguntungkan kita. Ke dalam kita satu, ke luar sejalan, dengan

Page 35: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal25

pengertian menurutkan jalannya, dan terasa betul sama kitaperbezaan kita dengan dia yang dari dalam.

Rasa itu terletak di hujung kuku, di hujung jari-jari kita, dan disitulah letak segala rahsianya ke luar dan ke dalam. Untuk itu dapatkita hendaknya merasakan pemisahan antara yang satu denganyang lain, sampai dapat pula hendaknya kita mengetahui denganpasti, yang mana yang diri dan yang mana yang badan.Berpeganglah pada diri itu, dan turutkanlah jalannya dan pelajarihasil yang diperdapat dengan menurutkan jalannya itu. Dirimemperbaiki keadaan sendiri, dengan pengertian si diri yang didalam tadi memperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu yang terangbadan yang mengandungnya, kerana diri yang dapat merasakansakit senangnya kita. Sekali jalan, tetapi meliputi keseluruhannya,mungkin memperbaiki dua atau tiga keadaan seperti:

• Memperbaiki batang-tubuh serta alat-alatnya, kalauada yang kurang baik atau sakit.

• Badan itu bagi diri adalah alam dan untuk mengetahuikeadaan di luar, diukur dengan perasaan badan. Buruk-baik yang akan terjadi, dapat kita merasakan lebihdahulu sebab hidup yang bermasyarakat hubung-menghubungi antara yang satu dengan yang lain.

• Praktik diri memperbaiki keadaan itu terjadi sekalijalan iaitu memperbaiki apa yang ada di luar dan didalam batang-tubuh kita.

Memperbaiki Diri Sendiri

Cara memperbaiki diri yang letaknya dalam tubuh kita ialahdengan yang kita namakan diri yang sudah memancar keluar.Semuanya itu kita ukur dengan rasa perasaan, dengan menurutkanjalan perbuatan diri itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam,dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya diri itu, maka

Page 36: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 26

hendaklah kita lakukan perjalanan itu dengan berulang-ulang,sambil mempelajari hikmah dan nikmat yang terkandung didalamnya.

Mengadakan pengakuan Untuk mendapatPengakuan

Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita mengadakanpengakuan:

• Siapa yang mengadakan pengakuan?• Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan;• Dari siapa pengakuan itu kita perdapat?

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahuluidengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang diri kita,maka hendaklah kita mengadakan pengakuan terhadap Allah,Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua KalimahSyahadah berulang-ulang tiga kali, ‘Asyhadu allaailaha il-Allah;Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah,’ yang ertinya;‘Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembahmelainkan Allah; dan Muhammad Rasul Allah.’ Kita akui bahawatiada Tuhan yang lain melainkan Allah, dan kita akui MuhammadRasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah hikmah yang terkandungdalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah pengakuan danpangkat atau martabat.’

Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang kitasembah itu, kita harus berjalan (bertarekat), dan yang berjalan itubukan badan kita, melainkan dia, diri yang telah kita temui dan kitaberjalan menurutkan jalannya.

Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke mana kitaakan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal, kita yang berupa danbertampan dapat mencari dan menemui-Nya yang tidak berupa danbertampan? Kita ketahui Dia ada di mana-mana, di Indonesia, di

Page 37: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal27

Malaysia, di Asia, di Afrika, di Eropah, di Amerika dan di Barat, diTimur, di Utara, di Selatan dan lain sebagainya. Dia ada tapi tiada.Keadaannya di dalam tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir,dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengantanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyakmenyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahumemperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiriakan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasarmenemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak!

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan,dan dialah yang tahu jalan untuk ke Sana kerana ia berasal dariSana, dan ke Sana pula tempatnya kembali. Lain halnya badanyang dijadikan dari yang telah dijadikan-Nya, iaitu dari tanah,barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telahmati atau meninggal, keadannya dikembalikan ke asal iaitu ketanah. Dan, adalah bagi kita setelah menemui diri sendiri, jalanuntuk ke Sana telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah)hendaklah dengan yang ghaib (diri). Para ariffin (orang arif) danbudiman mengatakan, siapa yang mengenal dirinya akan mengenalTuhan, dan siapa yang menemui dirinya akan menemui Tuhandengan sendirinya.

Sekarang, kita telah menemui diri kita; sudahkah kitamenemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nyadan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita‘berdiri dengan sendirinya,’ kalau pintu telah terbuka, akan berjalandengan sendirinya pula. Sekarang malam telah masuk kepada siangdan siang kepada malam. Yang hidup telah keluar daripada yangmati dan yang mati daripada yang hidup; telah tahu di diri, bahkantelah menemui diri, dan telah punya pegangan hidup. Rupanyapegangan selama ini salah, tidak benar kerana berpegang kepadayang mati. Yang mati yang dianggap hidup, sedangkan yangsebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitusahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup

Page 38: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 28

sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa dia ada bersama kita,bahkan terkandung dalam badan kita. Itulah dia, diri. Itulah Aku,dan Akulah dia itu. Orang yang tak tahu di diri, tak berpendirian.

Aku, yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku,iaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelumberjalan keluar dari rumahku untuk tujuan tertentu, lebih dahulumemperbaiki keadaanku sendiri luar dan dalam. Setelah itu Akuberjalan menemui-Nya, Tuhan-ku Yang Pengasih lagi Penyayang,untuk mengadakan sujud syukur terhadap-Nya dengan mengucapkata pengakuan yang berbunyi ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.’ Dengan telahmengadakan pengakuan itu, jadilah Aku seorang Islam dengan ertiyang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yangmenjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia.Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalampengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitupokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segalakejadian. Pokok hidup dari segala kehidupan, iaitu hidup yangkekal dan abadi. Dari Sana Aku datang, dan ke Sana pula Aku akankembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri, Aku telahterlahir kembali, dan penemuanku itu menjadi peganganku, danberubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari.

Dengan membaca keteranganku di atas, mungkinkah orangbegitu saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orangsupaya mempercayai aku, malainkan aku ingin supaya kenikmatanhidup yang aku rasai dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya,dengan mempelajari caranya aku menemuinya diriku, dan semogadapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya denganmencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.

Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk, dan denganmenurutkan jalannya diri itu, dengan sendirinya kita telah menjadimanusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana diatelah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,

Page 39: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal29

kerana pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan denganorang ramai, yang termasuk golongan manusia lama yang tak tahudi diri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawakepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkanpengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, kepadanya;

• Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telahpandai menundukkan alamnya sendiri.

• Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah pandaimembaikkan badan diri sendiri.

• Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakanbagaimana sakitnya di jajah atau terjajah, keranabukankah dia selama ini terkongkong dan terkurungdan telah banyak pengalaman dan penanggungan?

• Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci.• Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar.• Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya

terletak pada dirinya, bukan pada orangnya.• Dia bukan Tuhan, kerana yang dikatakan Tuhan itu

Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupundari Tuhan datangnya. “Roh-Ku,” Kata Tuhan waktumeniupkannya. Dan bukan pula nabi atau rasul keranatidak ada nabi lagi sesudah Nabi Muhammad s.a.w.Terhadap Tuhan adalah dia seorang hamba yang tidakbererti kerana dia tidak ada bersama-Nya. Akan tetapiterhadap orang lain, tak peduli siapa, dia akanmembuktikan kebenarannya.

Itulah aku yang telah menjadi manusia baru. Aku telahmengadakan pengakuan dan seterusnya aku sentiasa mengadakanpengakuan terhadap-Nya, Tuhan yang aku sembah, dan sementaraitu aku telah mendapat pengakuan pula melalui orang-orang yangmendatangiku. Jadi, pengakuan aku perdapat bukan langsung dariTuhan, melainkan melalui orang dan adalah itu petanda bagi orangyang tahu.

Page 40: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 30

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat.Perjalananku mencari-Nya untuk mengadakan pengakuan ialahdengan ilmuku yang berasal dari diri, yang keluarnyamendatangkan daya-gerak kepada anggota badanku yang jalannyamenembus hujung jari-jariku yang dapat dirasakan; suatuperjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yangtiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kembali kepadatiada, dari tiada kepada ada. Di tempat yang tiada ada itu, tidak adayang ada, tidak ada gerak, tidak ada angin, tidak ada ribut, tidakada! Ya. Tidak ada apa-apa. Yang ada hanya… yang tak dapat akumengatakan kerana di Saat itu aku dalam keadaan tidak ada pula.Pada waktu itulah, di tempat yang tidak ada itu, aku kembali jadiada, menyampaikan niat dan maksudku, mengadakan pengakuanseperti yang kusebutkan di atas. Untuk sampai pada rasa perasaantidak ada itu, hendaklah kita lakukan berulang-ulang, yangmerupakan latihan sampai terlatih.

Di Sana, di Hadirat-Nya, di Tempat Tidak Ada, bertemulahyang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan YangMenjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, aku denganTuhan-ku. Dan adalah aku dengan Dia, jauh tak berantara, dekattak berbatas.

Mendudukkan Diri pada Tempatnya

Telah jauh kita berjalan dan telah lama kita berjalan di bidangkehidupan, banyak lurah yang dituruni dan banyak pula sudahbukit yang didaki, dan bermacam-macam pula sudah gelombanghidup yang telah kita lalui untuk mencari sesuatu untuk keperluansesuatu. Telah letih badan selama berjalan, apalagi perjalanan yangdibawakan dengan tak tentu arah tujuannya. Kehendak hati belumjuga dapat, tetapi tenaga sudah habis. Apa daya, apa akal? Apayang harus diperbuat? Apa kita harus kembali? Pantang bagi

Page 41: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal31

seseorang akan kembali kalau yang dicari belum didapati atau yangdimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya? Falsafahhidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan,duduklah, tetapi sebelum duduk, berdiri lebih dahulu denganpandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan, untukmencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuaidengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja.Hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu. Duduk sebagaiseorang berilmu atau ahli.

Untuk mengetahui kedudukan diri yang sebenarnya,hendaklah kita turutkan jalan yang telah kita temui itu, iaitu jalanyang hidup lagi berisi. Maka kecerdasan dan kearifan kita dapatmenangkap bahawa dia si diri telah duduk di tempatnya. Tanda-tanda yang ditemui menunjukkan kepada kita, di mana tempatnyayang sebenar.

Telah kita ketahui bahawa duduknya di dalam batang tubuhkita dan letaknya di tempatnya, duduknya berserta kita dan berjalanpun berserta kita. Baginya tak peduli apa kita seorang pedagangbesar atau kecil atau pedagang kaki lima, pegawai tinggi,menengah atau rendah, doktor, dukun, tabib, seorang jurujualinsurans, S.H. atau pengacara, pengayuh beca, supir (pemandu)atau montir atau jadi apa sekalipun, pokoknya pandaimendudukkan diri pada tempatnya. Kalau tidak, tidak akan didapatikehendak hati.

Bagiku, Aku duduk di tempatku iaitu di rumahku. Ya.Memang di rumah tempatku dan adalah diriku yang banyakmengandung rahsia itu ilmuku. Aku duduk, duduk menanti;menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin, menampungsegala-galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempoh-tempoh aku berjalan. Ya, aku berjalan, tetapi duduk di tempat. Dimana sahaja aku ditempatkan, aku tetap hidup. Lapar aku makan,haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak. Itulahrahsiaku, dan itu pulalah rahsianya diriku, rahsianya telah menjadi

Page 42: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 32

rahsiaku. Oleh kerana dia hidup, maka peganganku yang hidupitulah.

Adalah hidup itu mengaliri seluruh batang tubuhku, dan itulahaku sekarang, besok lusa dan nanti. Aku sudah puas hidup caralama, tanpa mengetahui yang menghidupkan aku. Aku sudahberpengalaman, suka-duka telah aku lalui, derita jangan disebutlagi. Pengorbanan? Ya. Hanya Tuhan Yang Tahu. Hidupku yangsudah-sudah berdasarkan kepada yang ada. Aku tidak hanyaberkorban perasaan. Pengorbanan yang kukatakan itu ialah cubaandan peringatan bagiku, dan akhirnya tahulah aku bahawa peganganhidupku salah. Aku berpegang pada yang mati yang kuanggaphidup, padahal di balik yang kukatakan hidup itulah yangsebenarnya hidup.

Hidup yang sebenarnya kalau boleh diumpamakan, dia hanyasatu titik, akan tetapi mengisi aliran hidup sepanjang batang-tubuhku. Aliran hidup itulah sekarang yang menjadi peganganku.Setelah aku menemuinya, tahulah aku bahawa dia itu ialah alirandiriku dan mengandung sangat banyak daya-guna. Dan duduklahdia di tempatnya dan letaknya samaku.

Menampung Dan menyelesaikan Segala YangMendatang

Pengalamanku bertahun-tahun (10 tahun) dengan dudukmenanti membawakan diri itu, banyaklah sudah rahsianya akuketahui, dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalanyang mendatangiku telah kuselesaikan dengan memuaskan dansangat memuaskan dan kesemuanya itu aku selesaikan bersertanya.

Aku semenjak kecil ditinggalkan ayah, dan sebagai seorangkelahiran di tanah Minangkabau yang mewarisi pusaka turun-temurun dari mamak-kemenakan, tak mempunyai mamakkandung. Yang aku kenal, aku berbapak tiri, yang kalau boleh

Page 43: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal33

kukatakan sayang tidak, benci pun tidak kepadaku, tetapi aku tahubetul ibu sangat sayang padaku. Betapa tidak? Adalah aku anaklaki-laki yang pertama, padaku banyak terletak harapan di harituanya; di waktu aku telah besar kelak.

Aku masih ingat, di waktu hati risau tak menentu, aku seringduduk di tepi pantai, memperhatikan jalannya matahari yang akanterbenam. Sesekali aku melihat ke tepi laut, melihat alun ombakyang berkejar-kejaran, ganti-berganti manghempaskan diri. Di sanaaku sering berkhayal, bertanya akan kejadianku; nanti, bagaimanahidupku di belakang hari? Aku ingin hidup jadi orang. Aku takpernah dapat jawapan. Yang ku nanti tak kunjung datang. Darisiapa jawapan ku tunggu, padahal aku pada waktu itu seorang diri?Ya, aku menyendiri. Hanya rasa perasaanku waktu itu, cuma yangberubah itu; dia mengeluarkan nafas panjang. Matahari sudahterbenam untuk akan terbit besok pagi di timur, dan aku tersentakdari lamunanku. Siang telah bertukar dengan malam, aku bergerakdengan pasti menuju rumah orang tuaku.

Pada sejarah hidupku yang sudah-sudah, aku sudah banyakkehilangan. Dari kecil ditinggalkan ayah, menyusul ditinggalkanadik, ditinggalkan saudara perempuan, ditinggalkan ibu yang akubelum dapat memenuhi harapannya, ditinggalkan anak,ditinggalkan isteri yang dicintai dan disayangi, dan kesemuanya itumembawa kesan kepada rasa perasaanku, batinku, ditambah puladengan pengalaman hidup sendiri untuk bisa hidup. Dan jasadkumengalami perubahan pula, iaitu aku mengalami pembedahan padabahagian punggungku dua kali berturut-turut dalam tempohsebulan, dengan mematikan badanku lebih dahulu, dan dua kalipula tambahan darah di saat pembedahan itu dilakukan. Pendekkata, bermacam-macam kematian telah aku alami sampai kepadabadanku sendiri, dan alhamdulillah, sampai sekarang aku masihhidup, bahkan Tuhan telah memberi kesanggupan pula kepadakumemecahkan rahsia hidup yang sebenarnya, yang aku jadikan ilmupengetahuanku.

Page 44: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 34

Sebagai seorang manusia biasa yang harus membanting tulanguntuk mendapatkan keperluan lahir mungkin aku tak kuat, keranazahirku lemah dan tubuhku cacat. Akan tetapi, setelah akumenemui garis hidup yang sebenarnya yang dikurniakan Tuhankepadaku, yang aku jadikan ilmu pengetahuanku iaitu ilmu hidup,aku jadi hidup sebenarnya hidup, dan bisa hidup kerana jalan hidupyang menjadi peganganku sekarang ialah berisikan nikmat; bukanyang dimurkai dan bukan pula sesat.

Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yangkepastiannya berasal dari dalam batang-tubuhku, maka untukmengetahui rahsianya aku pergunakanlah dia untuk keperluansesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan,dan sangat banyak daya-gunanya yang telah aku ketahui.Pengalaman kuambil jadi guruku. Aku berteori dalam berpraktik,belajar sambil mengajar, menerima dalam memberi, aku jadi muridsewaktu jadi guru. Percubaan-percubaan aku lakukan pada badansendiri, pada anak-anakku, pada isteriku, pada anak muridku, padaorang lain. Dan semua itu menjadi rahsiaku.

Aku yang tadinya dikenal orang sebagai seorang buruh padaperusahaan bangsa asing, belakangan dikenal dengan penilaianmasing-masing. Dan bagitulah hidupku sekarang, dengan rahsiadiriku. Aku telah lahir untuk kedua kalinya, dan kelahiran yangkedua ini terlahir dengan sendirinya.

Melahirkan Manusia Baru

Gunanya manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corakhidup yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yangtidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat barudengan susunan baru, dan caranya ialah dengan gaya baru. Untukmendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untukkedua kalinya, dan dengan daya tenaga baru kita memperbaharui

Page 45: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal35

corak masyarakat yang tidak sesuai itu, dan dengannya pula kitabentuk masyarakat baru dengan gaya baru.

Pahit-getir dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami,dari itu makanya kita anti-penjajah dan tidak mahu pula menjajah.Yang kita ingini kemerdekaan penuh, peri kehidupan yang teraturdan tersusun, dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akanmenjajah melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkanyang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yangbenar dan hidup berdampingan; duduk sama rendah, tegak samatinggi kerana kita berperikemanusiaan dalam erti yang sebenarnya.

Dari itu, lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dantak sanggup melahirkan sendiri, minta dilahirkan kandungan itupada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya.Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah kecerdasan dankearifan. Temui diri sendiri lebih dahulu, perbaiki keadaan diri itudan pelajari kehidupan sendiri di dalam dan ketahuilah apa itu diriyang sebenarnya supaya kita berpendirian.

Lahir yang kedua-kali itu bukanlah seperti seorang ibumelahirkan anak, melainkan si diri menembus alam sendiri denganmemancar, pancaran yang berisi. Pancaran yang berisi itulah yangakan diperhatikan, yang akan kita pelajari kerana isinyamengandung rahsia iaitu rahsia diri.

Page 46: Diriku Yang Kukenal
Page 47: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal37

Tenaga Rohani Dengan DayaGunanya

Diri yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisialiran kehidupan kepada badan, menurut saluran-saluran tertentusampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mengalirseluruh batang tubuh kita yang dinamakan jasmani, dengannyaterdirilah pula rohani. Jasmani ialah jasad atau badan, keadaannyanyata (positif). Diri yang memberi daya-hidup mengaliri badan ataujasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk jasmani yangdiberi nama rohani. Keadaannya tidak nyata (negatif). Jadi, adalahpada kita aliran positif dan aliran negatif.

Sebenarnya dalam batang-tubuh kita, kalau dipercayai,didapati tiga aliran, iaitu:

Pertama : Aliran nyata, Aliran Jasmani.Kedua : Aliran tidak nyata, Aliran Rohani.Ketiga : Aliran di balik tidak nyata, Aliran Diri.Ketiga-tiga aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita:

• Aliran Rohani berada di dalam Aliran Jasmani• Aliran Diri berada dalam Aliran Rohani

Dan pokok pangkal dari segala pergerakkan ialah:• Aliran Diri menghidupkan Aliran Rohani dan

Page 48: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 38

mendatangkan Aliran Jasmani• Aliran Jasmani merupakan darah• Aliran Rohani merupakan stroom dan Aliran Diri iaitu

hidup yang mengisi stroom.Satu tetapi tiga, keadaannya kandung-mengandung, jasmani

mengandung rohani dan rohani mengandung diri. Atau dari kasarke halus dan ke lebih halus (isi).

Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Rohani, kita kembalikepada jalan yang telah kita temui iaitu jalannya diri yang telahmenembus alam sendiri atau badan sendiri. Dengan telah ditemuialiran diri, dengan sendirinya kita telah menemui pula AliranRohani kerana Aliran Diri itu terkandung dalam Aliran Rohani.Dan adalah Aliran Rohani itu jalan bagi Aliran Diri. Dan setelahkita dapat memahami keduanya, maka dapatlah kita membezakanjalan atau stroom dan mana pula yang isi. Dan telah kita temui dankuasai itu tenaga yang tersembunyi, yang amat banyakmengandung rahsia, iaitu tenaga ghaib (metaenergy), yang letaknyaialah di tangan kita, atau pada kita. Asalnya dari dalam, dan adalahmenjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya, keranaadalah dia itu serbaguna. Untuk itu, kita harus serbatahu.

Ketahuilah dirimu lebih dahulu supaya kamu berpendirian,dan pecahkanlah rahsia dirimu itu. Diri yang berdiri dengansendirinya ialah suatu kumpulan dari zat serba zat, iaitu suatu zathidup, kerana berasal dari Yang Hidup lagi Menjaga. Itulah diaanugerah, kurnia Tuhan yang sebenar-benarnya kepada kita untukhidup. Segala puji dan puja kupersembahkan terhadap-Nya, AllahTuhan-ku Yang Memerintahkan dan Menjaga seluruh alam.

Aku telah menemui itu isi yang serbaguna, kerana aku telahtahu, telah banyak mempergunakannya untuk kebaikanku dankebaikan orang lain. Aku tak dapat menyatakannya, hanya dapatmerasakannya; terasa olehku dan terasa pula oleh orang yangmenghubungi aku. Aku mengisi diriku dan aku mengisi orang lain,

Page 49: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal39

dan dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tak habis-habisnya. Dia ada padaku dan banyak di luarku. Dan, banyak pulasudah rahsianya aku ketahui, hingga dia yang banyak itu silih-berganti mendatangiku, dan tak jarang pula aku menghubunginya.Yang banyak itu tak menyusahkan aku, tidak memberatkanku,kerana aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih-berganti mendatangiku, diriku, dan dia datang dan pergi bagiku.Kenapa bisa begitu? Ya, kerana dengan mengetahuinya pintu telahterbuka bagiku; hijab (tabir) terbuka sudah.

Dan itu bintang yang banyak, selain dari mengisi bintangku,bertaburan di sekelilingku, mengisiku ganti-berganti. Dia yangdikasihi telah menjadi kekasihku dan mungkin aku yangmengasihi, yang dikasihi-Nya itu menjadi kekasih-Nya pula. Insya-Allah. Dan banyak lagi yang aku belum ketahui. Aku masihmencari, memohon minta tambah ilmuku. Yang menjadipertanyaan bagiku sekarang, isi yang telah aku perdapat itu, yangtak dapat dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan, bisakah dapatditangkap oleh alat-alat dari fizikal untuk dipelajari? Aku yakinseyakin-yakinnya, isi yang ada padaku itu tidak akan habis-habisnya, kerana sangat banyak di luarku.

Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan.Aku ingin cara berfikir manusia berubah menurut yang akukehendaki, iaitu damai, damai, sekali lagi damai, sebab yangsebenarnya isi ialah perdamaian. Untuk menciptakan perdamaianitu ialah dengan isi yang saya maksud, isi yang mempunyai jalansendiri iaitu jalan yang berpetunjuk, yang berisikan nikmat danbukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.

Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukansegala sesuatu dengan daya-tenaga lahirnya yang berasalkan darialam fikiranya, yang berasal dari otak; otak yang berasal dari tanahyang tak bisa bebas dari hawa nafsu. Seluruh batang tubuh kitadialiri hidup yang berisi, termasuk otak kita, dan isi yangmempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan, kerana dia

Page 50: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 40

bisa membebaskan diri dari tekanan-tekanan alam sekelilingnya,termasuk hawa nafsu, syaitan, iblis dan lain sebagainya.

Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang adapada kita, dan tunjukkan jalan yang berisi kepada manusia banyakyang sedang mencari jalan yang benar. Sebelum menciptakanperdamaian, damaikanlah diri lebih dahulu. Bebaskanlah diri daritekanan-tekanan yang menghalangi tujuan kita. Semoga, bekerjadengan isi itu terciptalah damai di dunia ini, kalau memangperdamaian yang akan dituju.

Saya sengaja pecahkan tenaga ghaib ini secara ilmiah untukorang-orang yang meminatinya, dan kepada sesiapa saja yangsanggup dan menemui dan menguasai, walaupun dengan jalansendiri atau dengan jalan perantaraan muridku yang cerdas danbanyak pengalaman mempergunakan untuk kebaikkan, sekiranyatelah dapat banyak mengetahui akan selok-belok rahsianya. Jalanyang baik dan membaikkan yang akan diturut, jangan jalan yangburuk, yang akibatnya merosak atau menghancurkan. Tanya dirisendiri: Siapa aku? Mahu ke mana? Dan Mahu apa? Dan yangpenting, dudukkanlah diri pada tempatnya.

Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segalaapa yang ada padaku, kuserahkan kepadanya, dan dialah yang jadiaku, oleh kerana aku mahu hidup, dan dialah yang hidup itu.Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri kerana adalahdia sebaik-baik pengatur dan penyusun. Dialah yang tahu, sebabdia datang dari Yang Maha Tahu. Aku duduk di tempatku danadalah ilmunya, ilmuku.

Rahsia diri terletak pada kita; di luar dan di dalam kerana diaada di luar dan ada pula di dalam, ada pada kita dan ada padaorang. Orang yang tak tahu di diri tak berpendirian. Dari ituketahuilah dirimu, dan temuilah dia, dan pelajarilah rahsianya;dengan diri engkau bisa menangkap segala-segalanya. Diri yanglemah akan menjadi mangsa kepada yang kuat. Dari itu perkuatdirimu; perbesar, perkembanglah dia. Diri yang kuat, yang besar

Page 51: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal41

dan sudah berkembang, tak bisa dipengaruhi oleh sesiapa pun.Perkuatkanlah dia dengan jalannya, perbesarkanlah dia denganjalannya dan kembangkanlah dengan jalannya. Untuk itu temuilahjalan diri itu.

Dia kuat lagi besar, kerana berasal dari Yang Maha Kuasa danMaha Besar. Gunungkanlah itu yang setitik dan lautkanlah itu yangsekepal. Dengan apa menggunungkan yang setitik dan dengan apamelautkan yang sekepal itu? Jawabnya mudah sahaja, iaitu denganjalannya. Segala sesuatu, selesaikanlah dengan jalannya, dan jalanitu telah kita punyai. Berpegang teguhlah pada jalannya dan janganbercerai-berai. Adalah jalan itu merupakan mata rantai; kait-berkait,rangkai-berangkai dengan satu sama lain. Putus minta disambung,kusut minta diselesaikan, keruh minta diperjernih. Kusut di hujungbenang, kembali ke pangkal benang. Kesemuanya diselesaikan,dilakukan, dibawakan dengan jalannya.

Orang yang tak tahu di diri, kehilangan diri. Hidupnya takbererti dan akan menjadi mangsa yang berdiri. Kita akandiperalatkan kerana dianggap barang mati. Dari itu ketahuilah diri,carilah diri sampai ditemui dan pergunakanlah itu diri supaya kitaberpendirian.

Dan hiduplah dengan diri. Diri yang dimaksud ialah diri yangsebenarnya diri, bukan diri yang dibuat-buat, diri yang didirikan,melainkan diri asli, diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yangduduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal langsungdari Yang Maha Benar, lagi Maha Suci:

• Diri itu jernih, bersih, suci.• Dia hening, tenang, damai.• Dia yang tidak ada tetapi ada bersama kita itu

ketuhanan, kerana berasal dari Tuhan.Jadi adalah yang telah ada sama kita itu ketuhanan, tetapi

bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan, Esa Tunggal; tidak dua, tidaktiga, apalagi banyak. Ketuhanan ada pada kita, ada pada orang lain

Page 52: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 42

dan ada di mana-mana. Kenal-mengenalilah satu sama lain,hubung-menghubungilah kerana tidak kenal maka tidak sayang.

Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan jinn pun berdiri, akan tetapidirinya tidak seperti diri kita manusia; sama-sama makhlukdijadikan Tuhan, lain jenis. Mereka itu berasal dari api yangsifatnya merosak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita,dia membawa kita ke neraka kerana dia tidak senang akan kejadiankita. Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada nenek-moyang kitaAdam, dia tidak mahu, dia engkar, maka neraka waillun tempatnyaditentukan Tuhan.

Ia berkata, “Patutkah saya sujud pada orang yang engkaujadikan daripada tanah?”

Dia (Iblis) meminta dipanjangkan umurnya sampai harikiamat, guna memusnahkan atau memperdayakan anak-cucu orangitu di belakang hari, kecuali ‘yang sedikit.’ Dan ‘yang sedikit’ ituyang tak terpedayakan olehnya.

“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkauketahui,” kata Tuhan.

Orang yang tak tahu di diri, kehilangan diri, dan yangberdirikan pada tanah dengan mudah terperdaya oleh syaitan,kerana api itu bisa berdiri dan hidup di atas tanah. Dengan takdisedarinya dia telah menjadi manusia iblis kerana iblis telahbersarang di dalam batang tubuhnya yang berasal di balik asal daritanah itu. Betapa tidak? Iblis yang tidak nyata itu, bagaimana iabisa mengetahui kalau ia lupa ke dirinya? Iblis bisa masuk melaluimakanan, minuman, sedang tidur dan lain sebagainya, dan lama didalam menguasai diri dan menutup sampai orang kehilangandirinya. Intan telah terbenam dalam lumpur.

Hanya dengan mengetahui diri, menemui diri dan denganjalannya diri, segala sesat dan yang menyesatkan itu bisa disapubersih. Dari itu kenali diri, pelajarilah diri, temuilah diri danturutlah jalannya diri yang telah ditemui itu. Iblis yang berasal dari

Page 53: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal43

api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui diri kita. Danitulah yang dikatakan, “kecuali ‘yang sedikit’ itu.” ‘Yang sedikit’ada pada tiap-tiap orang. Dari itu kemukakanlah dia danpergunakanlah dia.

Sedikit tetapi menakutkan, menggemparkan, tak sanggup iblismemperdayainya sebab dia tak lekang oleh panas dan tak lapukoleh hujan; berdiri dengan sendirinya. ‘Yang sedikit’ itulah rahsia;rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui danmempergunakannya. Seluruh makhluk akan sujud menyimpuhkepadanya. Ingat akan kejadian kita pada waktu Tuhan akanmenyuruh menyembah kepada nenek-moyang kita Adam a.s..Semuanya sujud, kecuali Iblis. Dia engkar, tak patuh pada YangMaha Kuasa sedangkan Allah mengetahui yang tak diketahuinya.Dia engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu.Dia berniat akan memusnahkan, akan memperdayakan kitamanusia sampai kepada anak cucu-cicit, sampai kepada harikiamat.

Sekarang kita telah mendapat tahu akan rahsia itu ‘yangsedikit,’ bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kitatakutkan lagi? Kalau kita mahu, kita akan sanggupmenghancurkannya. Bahkan, kalau kita ketahui betul, melihat kitasahaja dia sudah lari menyingkir dari kita. Dengannya kita tidaktakut kepada siapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah tempat kitatakut. ‘Yang sedikit’ yang telah kita ketahui, hendaklah dia kitatemui dan punyai serta kuasai, sehingga kita bisa mempergunakandaya-gunanya yang banyak mengandungi rahsia itu.

Kecerdasan kita menjadikan dia besar, memperkembang dia,menjadikan dia kita, bahkan lebih dari itu kerana dia ada di dalamdan di luar kita. Dia sedikit, kita perbanyak. Dia setitik kitagunungkan, sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyakkerana dia ada di langit, ada di bumi dan di mana-mana sahaja. Galidan pelajari yang sedikit itu sampai dikuasai hendaknya.

“Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai

Page 54: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 44

roh. Jawablah,” Kata Tuhan, “Tiada aku diberitahu tentang itu,kecuali sedikit.”

Bukankah ‘yang sedikit’ kata Tuhan kepada Muhammad itusama dengan ‘yang sedikit’ yang tak bisa diperdayai oleh syaitaniblis itu? Muhammad Rasulullah diwahyukan Tuhan kepadanyarahsia ‘yang sedikit.’ Ini kepada manusia Muhammad yang telahdiangkat-Nya, dijadikan utusan-Nya. Si iblis tahu ‘yang sedikit’ itu,sewaktu mula manusia pertama dijadikan Tuhan. Diakuinyabahawa ‘yang sedikit’ itu tak sanggup dia memperdayainya,memusnahkan, kerana dia kekal dan abadi. Dan iblis tahu kejadianmanusia di luar ‘yang sedikit’ itu berasal dari tanah, dan tidak kekaldan akan hancur kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Dari itumakanya mudah dia memperdayakan manusia.

Jadi, bagi kita yang sekarang, yang amat penting ialah tahu.Sekali lagi, tahu, dan itulah ilmu. Ketahuilah ‘yang sedikit’ itu adapadamu dan menjadi tahulah engkau akan keadaannya. Tahulah didiri, tahulah di badan. Kalau tadinya adalah pengertian kita diri itukepunyaan badan, maka ketahuilah olehmu bahawa badan itukepunyaan diri. Untuk mengetahui selanjutnya, pisahkanlah dahuluyang mana yang badan dan yang mana yang diri. Berdirilah padadiri, dan jadikanlah badan itu diri sendiri yang penuh mengandungirahsia dan banyak mengetahui rahsia.

Dia buta, dia pekak, dia bisu, dia tak berakal, dia tak bersuara,tetapi dia tahu. Tahu itu yang tak ada pada kita. Dari itu, jadilahorang yang tahu sampai serba tahu. Untuk itu, hendaklah kitaketahui dia, dan hiduplah bersertanya, dan dengan dia. Berbuatlahdengannya walau apa yang dilakukan, dan jangan tinggalkan diawalau di mana kita berada. Keadaannya bersama kita terbatas,tertentu, ditentukan oleh Yang Menentukan. Dan lantaran keadaankita pula makanya dia berdiri bersama kita, dan itulah diri kita;

• yang berdiri dengan sendirinya• yang tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan• yang kekal dan abadi

Page 55: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal45

• yang tak terpedaya oleh syaitan iblis• yang sanggup menguasai keadaan, menguasai masa,

anti-peluru, kebal• yang sanggup menundukkan musuh bahkan harimau

bisa sujud kepadanya. (Bukankah lantaran diamakanya diperintahkan sujud makhluk-makhluk laintermasuk malaikat?)

Suaranya mengguntur, katanya berirama, tindakannya menujukepastian kalau tak dikatakan pasti. Baiknya luar biasa, tetapibengisnya bukan kepalang. Hati-hatilah kepadanya. Jagalah jangansampai dia marah, kerana kalau dia marah dia marah benar danbukan marah-marahan. Orang biasa tak sanggup menghadapinyakerana dia tahu. Dia banyak sudah tahu kerana dia berilmu. Hanyaorang yang berilmu bisa menghadapinya, inipun bergantungkepada dalam-dangkalnya ilmu orang itu, tinggi-rendahnya tingkatilmu orang itu, dan benar-tidaknya dasar ilmu orang itu. Ilmu yangtak benar, mendekatinya pasti hancur, dan akan hancur dengansendirinya apabila berhadapan dengannya. Apalagi orangmempergunakan apa yang dinamakan ilmu akal untuk menarikkeuntungan, untuk diri sendiri.

Dia berfirasat. Firasatnya halus dan dalam. Dia mempunyaikesanggupan di segala bidang, ahli di dalam segala hal ehwal, bisamenundukkan lawan dan kawan dan bisa menyesuaikan diri dimana-mana. Dan banyak lagi, masih banyak lagi rahsianya yangpatut diketahui.

Pokok-pangkal dari luar-biasa itu ialah yang dikatakan ‘yangsedikit’ oleh Tuhan kepada Muhammad Rasulullah, dan yang takterpedayakan oleh syaitan iblis itu. Bahkan iblis bisa lenyap danhancur dibuatnya. Itulah dia hidup yang menghidupkan kita didalam. Dia mengisi jalannya kehidupan kita, meliputikeseluruhannya, dan ditutup dan dibatas oleh bulu dan kulit kita.Dan bagi kita orang nyata, alirannya itu aliran negatif namanya,tidak nyata, tidak pasti.

Page 56: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 46

Ilmu pengetahuan tak dapat memungkiri akan keadaannyaaliran ghaib itu. Aliran ghaib itu kita namakan kerana berasal dariYang Ghaib dan mengandungi Rahsia Ghaib. Bagi yang inginmengetahui rahsianya, apalagi untuk menguasainya, adalahmenjadi tugasnya, menjadi kewajipannya mencari dan mempelajarialiran hidup itu sampai diketahui dan ditemuinya, danmembawanya dari negatif ke positif, dari tidak pasti kepadakepastian, dan sampai mempunyai itu tenaga ghaib, bahkan bisasampai menjadi orang ajaib. Dan untuk menjadi orang ajaib,setidak-tidaknya mempunyai tenaga ghaib, orang harusmempelajari kejadian sendiri lebih dahulu. Dapat memahamiperbezaan badan dan diri, antara yang hidup dan yang mati, antarayang akan pergi dan yang tinggal, antara yang akan kembali danyang akan pulang, sebab masing-masing akan pulang dan akankembali ke asalnya.

Untuk mengetahui yang mana badan, semua orang tahu sudah.Akan tetapi, pengetahuan kita mengenai badan itu kita tingkatkankepada keadaannya yang terdiri dari, kalau kita mahu dari luar danambil kesimpulan iaitu bulu, kulit, darah, daging, urat, tulang, otakbesar, otak kecil, hati, jantung, limpa, rabu, empedu. Dan adalahletaknya dan duduknya bahagian-bahagian badan itu begitu baikaturan dan susunannya, kerana disusun dan diatur oleh Yang MahaPenyusun dan Maha Pengatur, iaitu Yang Maha Pencipta, Allah.Untuk mempelajari, kita mendapati barang yang sudah jadi, yangsudah ada. Tak perlu kita fikirkan lagi bagaimana pembikinannya.

Kita pelajari barang yang sudah ada, ada pada kita dan adapada orang lain. Yang dikehendaki dalam hal ini ialah kecerdasandan kearifan, dan berperasaan. Kecerdasan, kearifan dan perasaan,dan pengetahuan lain-lain nanti (buku-buku, kitab-kitab) akanmembenarkan akan adanya itu hidup, itu diri, itu yang ghaib didalam batang tubuh kita, yang mempunyai aliran hidup yangtersendiri, menjalankan jalan yang telah ada, yang berbataskanmenurut batas yang telah ada pula, iaitu bulu dan kulit kita.

Page 57: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal47

Dan untuk memastikannya atau membawanya kepadakepastian, maka kita harus membuka pintu baginya, supaya kitadapat mengetahui keadaannya yang sebenar. Membukakan pintubererti memberi jalan buat dia keluar. Caranya tidak boleh dengandipaksakan, umpamanya melukakan sedikit anggota badan.Dengan cara begitu kita tidak akan menemuinya kerana dia tidakmahu badannya dirosakkan. Dia sendiri yang berada di dalamsangat ingin sekali hendak keluar, ingin bebas tetapi tidak lepas.Dia sangat berasa tertekan, terkurung, terkongkong, terjajah,terseksa oleh kerana jalan hidup yang salah kita bawakan di luar.

Dia tahu tetapi tak berdaya oleh kerana terkurung. ‘AnakKunci’ dipegang oleh orang luar. Kita pelajari dia, kita ketahuikeadaannya dan kita cari ‘Anak Kunci’ untuk membukakan pintubaginya. Kalau pintu telah terbuka dan jalan untuk keluar telah adapadanya, tentu dia akan jalan keluar dengan sendirinya, sedangkanyang dinamakan ‘Anak Kunci’ tetap berada di tangan kita. Danhidup matinya di luar bergantung kepada kita. Dia akan pergi dandia akan kembali. Dia pergi, akan tetapi tetap duduk di tempatnya.Setelah pintu terbuka dan dia telah keluar, maka perasaan,kecerdasan dan kearifan kita akan membenarkan dan mengakuiakan keadaannya.

Perasaan kita yang akan menangkapnya, mengetahuinya danmenentukan yang mana yang dia yang sebenarnya. Setelah terasadan merasakan jalan keluar-masuknya itu, dapatlah kitamembezakan mana yang dia dan mana pula yang kita, mana yangdiri dan mana pula yang badan. Dan itulah dia yang sebenarnyaAku yang telah mendapat pengakuan. Aku yang terahsia letaknyadan banyak mengandung rahsia. Aku telah menemuinya danbertambah kuatlah aku sekarang, kerana dia benar-benar telahmenjadi Aku. Dan dia telah lahir, yang dinantikan telah datang, ituyang benar, dibenarkan oleh Yang Maha Benar, dan Akulah itu.

Bagi orang baru keluar dari penjara, dari kurungan, daripenderitaan, dari penindasan, setelah pintu terbuka baginya,

Page 58: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 48

hendaklah dia bertanya: Siapa Aku? Hendak ke mana Aku? Danmahu apa Aku? Untuk mendapat jawabnya yang tepat ialah“Ketahuilah dirimu!” Kerana kalau engkau itik, tentu pulang keselokan (pelimbahan), kalau ayam tentu pulang ke reban.Ketahuilah bahawa tiap-tiap orang, tiap-tiap kita ada itu AnugerahAgung kurnia Tuhan yang terahsia letaknya pada kita itu, danselain terahsia letaknya pada kita juga, dia banyak mengandungrahsia. Masing-masing kita mengandungnya. Supaya kita puasmenjalankan kehidupan, maka lahirkanlah kandungan itu. Dengankelahirannya maka terbukalah sudah rahsianya. Dia hanya sedikit,tetapi amat besar ertinya bagi kita kerana dia hidup; menghidupkankita. Dan itulah dia yang sedikit. “Roh-Ku,” kata Tuhan sewaktumeniupkannya ke dalam batang tubuh nenek-moyang kita, manusiayang pertama.

Bagi orang yang telah mengenalnya, Tuhan-kah namanya itu?Tentu tidak, bukan? Dan bagi orang yang mengetahuikedatangannya dari Tuhan, anak Tuhan-kah namanya? Tentu tidak,bukan? Dari itu, kami yang telah mengenalnya dan telahmenjadikan diri kami dia, menamakan yang telah ada bersama kitaitu ketuhanan. Sekali lagi, ketuhanan. Orang mengatakan,“kenalilah dirimu, kerana siapa mengenal dirinya akan mengenalTuhan dengan sendirinya.”

Untuk mengenal diri secara positif, lahirkanlah kandunganmasing-masing. Dan setelah tahu di diri yang sebenarnya, akantahulah kita bahawa kesalahan besar telah kita lakukan dalammembawa jalan kehidupan; suatu pandangan hidup yang salah,kerana yang mati selama ini dianggap hidup, sedangkan yangsebenarnya hidup, tidak dipedulikan.

Lahirlah. Lahirlah manusia baru di dunia. Semua orang, semuaumat, semua manusia di mana-mana di dunia menunggukedatangannya, kelahirannya. Insya-Allah.

Bagiku, setelah aku menemui jalannya, aku pelajari dia danisinya, serta rahsianya. Maka tahulah aku akan dia yang

Page 59: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal49

sebenarnya. Aku telah menemuinya diriku yang sebenarnya. Dandengannya, pada jalannya, aku menemui Tuhan Yang Sebenarnya,Yang Maha Esa, Tuhan-ku, tiada yang lain daripada-Nyamelainkan Allah. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan DiaYang Maha Besar itu, tak dapatlah aku menceritakannya keranaperjalananku dengannya, diriku yang berasal dari Sana ialah dari;

• Ada ke tiada• Tiada ke tidak ada

Di tidak ada itu, aku tak dapat mengatakannya lagi, keranasegala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi. Jadi, apa yang akanaku katakan?

Dan dalam perjalanan kembali dari:• Tidak ada kepada tiada• Tiada kepada ada.

Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang, memberikeyakinan dan kepastian di saat-saat itu aku sudah di Sana, dan diSana pulalah aku dalam tidak ada itu, timbul menjadi ada gunauntuk mengadakan pengakuan dengan melafazkan Dua KalimahSyahadah berulang-ulang tiga kali. Dan itulah aku sekarang, yangtadinya dilahirkan, telah melahirkan pula. Dilahirkan aku sebagaiseorang manusia, dan aku melahirkan kandunganku yang penuhrahsia.

Aku dudukkan diriku di tempatnya. Dudukku duduk menantikedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaiansegala sesuatu yang mendatangiku itu kuselesaikan dengan ilmukuyang terahsia itu. Dan kesimpulan penyelesaiannya ialah tahumendudukkannya pula pada tempatnya.

Dan adalah aku hidup sebagai seorang musafir yang sentiasadalam pengembaraan, dalam perjalanan kerana perjalananku belumsampai di batasnya. Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahiryang bisa dilihat orang, dan perjalanan yang tidak bisa diketahuidan dilihat orang iaitu perjalanan dengan memegang rahsia yang

Page 60: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 50

sedikit:

Dia mengetahui yang tak diketahui orangPahlawanku bukan, pujanggaku pun bukanHanya musafir kelanaCacat tubuh beta, letih tak berdayaTetapi tetap bekerjaSemoga sumbangsihkuMenambah sari ilmuHarum taman pertiwi ibu

Hidup ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupankepada yang ada. Yang diberikannya ialah isi. Alirannya hidup,ertinya tidak mati. Kebanyakan orang tak pandai membawakanhidup kerana membawakan kehidupan sendiri tanpa ada pengertianhidup. Apa erti hidup yang sebenarnya? Dan di manakah letaknyahidup itu? Pada kesengsaraankah? Pada sukakah? Pada dukakah?Pada hartakah? Pada wang atau pada pangkatkah? Letaknya bukanpada kaya, pada miskin, pada mulia, pada sengsara, pada suka,pada duka, pada wang, pada pangkat dan lain sebagainya.Kesemuanya itu adalah akibat dari perjalanan hidup yang telah,sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, sapi atau kerbau tidakkaya, bahkan tidak punya apa-apa, juga hidup. Anjing juga hidup.Bezanya dia binatang, kita manusia.

Sebelum kita dapat mengerti apa itu hidup yang sebenarnya,hendaklah diketahui lebih dahulu bahawa hidup itu ada di diri kita,dan diri itu ada di dalam batang-tubuh kita. Dan dia mengisikehidupan kita. Di waktu kita menjalankan kehidupan kita di luar,untuk memenuhi keperluan lahir, adakah dia kita bawa serta? Tentuorang akan mengatakan ada kerana dia telah berada bersama kita.Aku akan mengatakan tidak kerana sungguhpun ke mana saudarapergi dia ada sama saudara, tetapi untuk melancarkan usahasaudara dia tidak saudara bawa serta dengan erti yang sebenar-benarnya. Pembawaan saudara itu, walaupun dia ada tetapi tidakikut berjasa pada usaha saudara di luar, hanya di dalam saja. Jadi

Page 61: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal51

adalah untuk usaha saudara di segala bidang keadaannya pasif,tidak aktif. Dan mengaktifkannya, perlu dia selain diketahuikeadaannya, juga kita harus mengerti caranya dan kita usahakansupaya dia, selain mengisi kehidupan kita di dalam, juga mengisikehidupan kita di luar.

Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui danmengerti cara dan keadaannya:

“Tiadakah mereka memikirkan apa yang didalam dirinya sendiri?”

( Surat ar-Ruum ayat 8)

Ada apa di dalam diri kita itu? Kita telah menemui diri kita,dan telah mengetahuinya pula. Dan sudahkah kita mengetahui,terdiri dari apa itu diri dan ada apa di dalamnya? Untuk ini,hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu diri yangtelah kita temui.

Semenjak kita telah menemui itu diri, bererti dia telah ada.Keadaannya bersama kita. Kita pelajari dia untuk mengetahui danmendapat isinya. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya,iaitu jalannya. Jalannya itu berisi kerana dia mengisi kehidupan kitadi dalam jalannya. Adalah keadaannya tak ubah sebagai butir-butirdarah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya berlainan –satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata. Dan adalah yangdinamakan diri itu kumpulan dari isi-isi atau butir-butir hidup yangberasal dari hidup yang didatangkan oleh Yang Maha Esa. Diahidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan diri itu zat serba zat.Zat tersebut mengisi dan mengaliri jalannya kehidupan di dalam,dan seluruh alirannya menimbulkan rohani yang berupakangambaran dari jasmani.

Dapat diketahui bahawa pada kita ada dua tenaga hidup; iaitupertama lahir, dan kedua tenaga batin atau tenaga ghaib. Tenagalahir berasal dari tenaga hidup yang dihidupkan yang menjaditenaga jasmani, iaitu datangnya dari zat makanan yang kita makan

Page 62: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 52

dan minum, umpamanya nasi, buah-buahan, daging dansebagainya.

Tenaga batin berasal dari tenaga hidup yang sebenarnya hidup,yang ada di dalam dan di luar batang tubuh kita. Keadaannya didalam batang tubuh kita yang menjadi pokok kehidupan kitaseumpama setitis air embun di daun talas atau daun keladi, heningjernih tetapi tidak lekat pada daun. Untuk kebahagiaan hidup kita,hendaklah kita hidupkan yang hidup itu, seperti kata pepatah,‘Yang setitis digunungkan.’ Perbuatan kita menggunungkan yangsetitis itu menghasilkan sekepal, dan untuk kehidupan selanjutnya,hendaklah yang sekepal itu kita lautan kerana di luar kita akanmengharungi lautan hidup. Dalam ilmu kejiwaan, perbuatan kitamenggunungkan yang setitis itu bererti membesar jiwa, keranalautan hidup yang kita tempuh atau lalui, beralun danbergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku, berlurah danberbukit, berduri, dan di balik itulah yang dinamakan bahagia.

Untuk itu kita harus pandai membawakan hidup, pandaimembawakan diri dengan pengertian yang dalam. Kita mesti kenalbetul lebih dahulu yang mana itu hidup dan yang mana itu diri.Hidup itu letaknya pada ketenangan, pada ketabahan yangkeluarnya menyatakan kebesaran jiwa, bukan sombong, bukantakbur dan pula bukan angkuh. Dari itu ketahuilah diri, dan tahulahpula harga diri. Orang yang tahu harga dirinya, tak akan menjualdiri.

Page 63: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal53

KISAH KERBAU DENGANPEDATI

Orang tua-tua kita dahulu, tatkala belum kenal akan mesin,memakai kerbau dan pedati sebagai alat perhubungan untukmembawa barang dagangannya dari satu kota ke satu kota, darikalangan ke kalangan (pasar), dari dusun ke kota atau dari dusun kepelabuhan. Perjalanan itu kadang-kadang memakan waktu berhari-hari, melalui jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki, danberjalan siang-malam. Pedati yang ditarik kerbau itu sarat bermuatbarang dagangan, berisikan hasil bumi untuk diperjual-belikan atauditukarkan.

Pada suatu kali dalam perjalanan, kerbau yang menarik pedatiitu, setelah berkali-kali mendaki dan menurun, pada pendakianyang menanjak (curam) dengan ayun langkah yang guntai sambilair ludah berbuih-buih di mulut, melihat ke kiri dan ke kanan,seolah-olah dia bertanya kepada pedati. Apa pertanyaan itu? Yangditanyakannya ialah, “Jauhkah lagi perhentian?”

Dan apa pula jawab pedati? “Wahai kawan, engkau salahduga, salah anggapan, kerana kepada aku engkau hadapkanpertanyaan itu. Ketahuilah olehmu, bahawa adalah aku benda mati.Sungguhpun mempunyai kaki, dan kakiku tidak sebanyak kakimu,

Page 64: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 54

kaki engkau empat dan kakiku dua, akan tetapi kalau tidak keranaengkau, aku tak berjalan, dan tak bisa berjalan. Aku tak bisa jalansendiri. Bukankah engkau yang menarik makanya aku sampai kemari? Engkau masih baik nasibmu, kerana nanti kalau sudahsampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu sahaja. Danengkau diberi makan minum, bahkan kadang-kadang dimandikandan digosok. Persiapan-persiapan untuk makan sentiasa diadakan.Aku, sesampainya di perhentian, ditinggalkan begitu saja. Akumengandung beban, bawaan, akan tetapi dipikulkan padapundakmu, dan engkaulah yang menarikku. Kalau engkau hendakbertanyakan juga tentang itu perhentian, tanyakanlah pada orangyang duduk dibelakangmu. Mungkin dia tahu.”

Sang kerbau mengangkat kepalanya untuk melihat orang yangduduk di belakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnyayang ditunjuk itu, tahu-tahu dia dengar suara yang bererti terusjalan. Dia hanya sempat waktu itu, melihat api sebesar api rokokmembayang di belakangnya. Dan dia berjalan terus, menarik bebanyang terpikul di pundaknya. Adapun api yang nampak sekilas olehkerbau itu ialah api rokok tukang pedati, yang waktu itu dalammalam gelap-gelita, merokok sambil duduk di tempatnya, danpakaiannya serba hitam sampai ke destarnya (kain ikat kepala).

Itulah dia tiga jenis; jalan bersama untuk satu arah dan tujuan.Kerbau bergerak dengan kakinya empat, pedati dengan rodanyayang dua, dan si tukang pedati berjalan dengan duduk ditempatnya. Ketiga-tiganya menuju ke tempat perhentian, dankonon khabarnya di tempat perhentian itu mereka berpisah satusama lain; si kerbau tinggal di kandangnya, pedati tinggal terletaksebagai pedati, dan si tukang pedati balik ke rumahnya.

Dan begitulah pula kisah kerbau dan pedati itu dari dahulusampai sekarang, selagi dia masih dipakai sebagai alatpengangkutan. Semoga menjadi buah renungan bagi kita bersama,akan duduknya tiga jenis yang sejalan itu.

Aku yang berdiri dengan sendirinya itu mempunyai alam

Page 65: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal55

sendiri pula. Alamnya ialah apa yang di sekelilingnya iaitu yangdinamakan badan. Kita yang terdiri dari badan dan diri, keluarmempunyai alam pula iaitu alam bersama, alam besar, alamsemesta. Jadi adalah kita manusia terkandung dalam alam yangbesar, dan pada kita sendiri terdapat pula beberapa alam iaitu alamjasmani, alam rohani dan alam diri.

Diri, rohani dan jasmani keluarnya (yang nyata) jadi manusia(lengkap) hidup. Dan berjalanlah manusia pada jalan kehidupanyang ada dengan tidak mempelajari jalannya kehidupan di dalamlebih dahulu. Adalah ini suatu kekeliruan besar dalam pandanganhidup kita yang sudah-sudah, dan oleh kerana itulah pula makanyabermacam-macam caranya kita manusia membawakan jalankehidupan kita di luar, dan corak hidup yang kita perdapat sangatbergantung pada jalan pemikiran masing-masing, dengan tidak pulamengetahui selok-beloknya isi kepala kita yang banyak tali-temalinya (alat penghubung) antara yang satu dengan yang lain.

Coraknya masyarakat sangat bergantung kepada jalannya alampemikiran masyarakat itu, dan hasilnya tidak semua orang dapatmengecap nikmat hidup yang dicita-citakan, bahkan kenyataan sikuat memakan yang lemah, si bodoh menjadi mangsa si pintar dansi tidak punya menjadi korban yang punya, dan lain sebagainya.Kalau tidak diperalat, tentu memperalat. Undang-undang tinggal diatas kertas; yang tak bersalah menjadi bersalah, manusiamenghisap manusia, bangsa menghisap bangsa. Corak hidupsemacam ini sudah tua umurnya, sudah usang, sudah lapuk dansudah patut ditinggalkan dengan menimbulkan cara berfikir baru,dengan melahirkan alat baru atau bahan baru, tenaga baru. Supayatercipta dunia baru, kita harus melahirkan manusia baru. Untukmemperbaharui keseluruhannya itu, kita harus pelajari jalannyaalam pemikiran yang sudah-sudah, alat dan bahannya yangdipergunakan, untuk jadi pengalaman supaya kesalahan yangsudah-sudah bisa diperdapat. Dan kelemahan atau kekuranganharus dicari sampai dapat, dan perubahan-perubahan kalau perlu

Page 66: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 56

harus diadakan.Alat-alat yang telah ada pada kita, selain tak dapat, juga tak

boleh membuangnya. Kesemuanya yang telah ada sangat bergunauntuk kebaikan, keindahan, dan keelokan badan diri kita. Untukmemenuhi keperluan hidup, kita harus berjuang dengan gigih dantabah, dan buat itu kita harus mempergunakan tenaga, iaitu tenagalahir yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan.Pada kita ada tenaga lahir dan ada pula tenaga batin. Tenaga lahirialah tenaga yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kitamakan, yang mana dari dalam mengisi aliran dari jalannyakehidupan kita. Tenaga batin ialah tenaga yang tersembunyi, yangselama ini belum pernah kita ketahui dan kita kuasai, apalagimempergunakannya.

Apa itu tenaga batin? Dari mana asalnya? Dan bagaimana caramendapatkannya? Setidak-tidaknya merasakannya? Tenaga batinialah tenaga rohani yang berasal dari suatu tenaga hidup yang tidakmati, melalui jalannya tenaga jasmani. Perpaduan tenaga hidup dantenaga jasmani mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmaniialah tenaga hidup yang akan mati, berasal dari benda, sedangkantenaga rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati, berasal dariYang Hidup. Kalau itu hidup telah meninggalkan kita, makamatilah kita namanya.

Umumnya orang menganggap adalah kehidupan di dalam itutidak begitu penting untuk diketahui, kerana semua orang tahubahawa di dalam batang-tubuh kita ada roh. Selagi dia masih adabersama kita, kita akan hidup terus. Mereka terlampau banyakmelihat dan memikirkan ke luar, dan terlalu sedikit ke dalam:

“Tiadakah mereka memikirkan apa yang dalamdiri mereka sendiri?”

(Al-Quran Surat Ar Ruum Ayat 8)

Kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan dirikita. Kemahuan, keinginan dan kehendak sangat banyak. Nafsu

Page 67: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal57

kuat, akan tetapi daya (tenaga) lemah. Jadi yang kurang pada kitaialah tenaga (energy). Kita kekurangan tenaga untuk mencapaiyang diidam-idamkan.

Dan kesalahan letaknya pada kita sendiri kerana tak mahumenyelidiki dan mempelajari keadaan kita sendiri. Mempelajarikeadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tidaksia-sia Tuhan Mencipta kita. Dijadikannya kita dalam keadaancukup, akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhanyang salah, melainkan kita yang bodoh. Diberinya kita modal untukhidup, adakah kita pergunakan modal itu? Di mana letaknya modalitu? Modal tersebut letaknya pada kita terahsia. Rahsia itu yangakan kita pecah kalau mahu hidup dengan erti yang sebenarnyahidup. Bagi kita, adalah modal itu mempunyai tenaga yangtersembunyi, iaitu tenaga ghaib. Tenaga ghaib yang berisikannikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat.Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat? Asalnya dari modalyang diberikan-Nya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dariDia langsung.

Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lainsebagainya dengan tenaga lahir. Tempoh-tempoh di luarkemampuan kita, kita paksakan juga sedangkan perjuangan hidupkita di luar, selain dengan yang lahir, juga dengan yang batin.Segala-galanya telah diatur oleh Yang Maha Pengatur iaitu YangMaha Ghaib. Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupanialah yang tidak nampak? Bukankah hawa nafsu, syaitan, iblis itutidak nyata dan memohon kepada Tuhan meminta dihidupkansampai hari kiamat untuk memperdayakan kita manusia ini?

Pada perjuangan hidup sehari-hari, lebih banyak kitamerasakan batin daripada yang lahir. Jadi adalah untukkebahagiaan hidup kita, selain kita mempergunakan tenaga lahir,mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada bersama kitasemenjak kita diadakan, akan tetapi tak pernah dipergunakanlantaran tidak tahu. Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mengaliri

Page 68: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 58

seluruh batang-tubuh kita di dalam, yang merupakan tenaga yangtersembunyi bagi kita. Dan dialah yang datang dari ‘yang sedikit,’yang dikatakan iblis dikecualikannya, kerana si iblis tak sanggupmemperdayakannya, dan itulah pula dia yang berasal dari ‘yangsedikit,’ kata Muhammad Rasulullah kepada mereka sewaktumereka bertanya kepada beliau tentang Roh.

“Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad)mengenai Roh. Jawablah, tiada aku diberitahu olehTuhan-ku tentang itu, kecuali hanya sedikit.”

Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib yangdikurniakan Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekalikepada nenek-moyang kita, Adam a.s., dengan Firman-Nya, “Akutiup Roh-Ku!” yang kita warisi turun temurun. Dia memberi hakhidup kepada kita; kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kitaialah bulu dan kulit, dan hak mati ada pada Yang Memberi iaituTuhan. Bila Yang Punya datang menjemput, maka gugurlah hakyang memakainya. Keadaannya tidak bererti lagi, kerana telahmati. Letaknya bagi kita di dalam, dan tenaganya bagi kitatersembunyi.

Tenaganya amat dahsyat kerana bukankah itu Kudrattullah?Untuk kelanjutan kehidupan kita di luar, untuk mengharungi lautanhidup, mahu tak mahu guna mencapai tujuan kita sepenuhnya, kitaharus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, ituKudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita laluibergelombang dan beralun, berbukit dan berlurah, berduri danberbatu dan sangat banyak lekuk-likunya. Hanya dengan diikutsertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisatertimbus dan teratasi kerana seluruh kejadian yang dijadikan,seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta ialahciptaan Yang Maha Ghaib, Yang Maha Esa iaitu Allah. Itu tenagaada di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu pelajarilah dirimu.Temuilah dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyakmengandung rahsia itu. Rahsia Ghaib padanya, letaknya.

Page 69: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal59

Dia ada padamu dan banyak di luar. Alam di luarmu beraneka-ragam, berwarna-warni. Pelajarilah pula keadaan alammu sendiriiaitu badanmu. Langit bagimu ialah kepalamu, bumi bagimu ialahperutmu dan hidupmu ialah antara bumi dan langit. Kaki,tanganmu adalah untuk menyampaikan maksudmu. Orang padamuialah badanmu, dan untuk itu pergunakanlah otakmu.

Engkau berpijak di bumi Tuhan, tempat jasadmudikembalikan nanti. Hidupmu di bawah lindungan Tuhan;tempatmu kembali ke asal. Bagimu adalah kenyataannya. Satukembali ke bawah iaitu ke tanah, satu kembali ke atas iaitu kepadaAllah. Sama-sama kembali atau dikembalikan ke asal. Duakejadian menjadi satu sama kita; satu nyata satu tersembunyi.Kedua-duanya mempunyai tenaga. Yang manakah pegangan kitayang benar? Yang akan pulang ke atas atau yang akan kembali kebawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita di luarpada masa yang sudah-sudah, dengan tak malu-malu kita akanmengatakan bahawa pegangan hidup yang telah kita bawakan ialahke bawah, padahal yang benar ialah yang ke atas.

Sebagai seorang manusia, tidaklah bisa bahagia pulakehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita semata-mata kita pergantungkan kepada yang akan pulang ke atas keranadia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali. Dengannyasahaja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, keranaalam fikiran kita selalu dibawanya kepada Yang Maha Benar.

Sebaiknya dan seharusnya, kita mesti dapat mempergunakankedua-duanya sejalan, dan jalan yang ke atas menjadi pegangankita sebagai pedoman. Untuk mencapai dan mendapat akhirat,jangan tinggalkan dunia dan untuk dunia jangan tinggalkan akhirat.Tujuan hidup hendaklah bahagia dunia dan akhirat. Dan untukmencapai tujuan itu, kita harus berjalan, iaitu menjalani kehidupankita pada jalannya. Adakah, atau sudahkah kita selama ini berjalanpada jalannya?

Keretapi berjalan pada jalannya. Dan mana jalan kita yang

Page 70: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 60

akan kita jalani? Orang naik keretapi menumpang pada jalannya.Naik mobil menumpang pada jalannya. Lantaran jalan menumpangitulah makanya jalan kita tidak tetap. Kita boleh menumpanglantaran mahu cepat sampai pada tujuan kita, dan untuk itu kitamembayar. Akan tetapi, walaupun kita menumpang apa sahaja,biarlah yang kita tumpangi itu berjalan pada jalannya, dan kita akanmempergunakan jalan kita sendiri iaitu jalan kehidupan kita.

Adakah orang memperhatikan keadaannya sendiri? Diamenumpang (tinggal) dalam sebuah rumah, dan dalam rumah yangditumpanginya itu dia pergunakan rumahnya sendiri untuk hidup,bukankah begitu? Rumah yang ditumpanginya, yang didiaminya,berlainan dengan rumah yang dipergunakannya sendiri untuk hidupatau dalam menjalankan kehidupan. Dan adalah jalanmu ituletaknya padamu sendiri, di dirimu.

Carilah itu jalan. Temuilah itu jalan dan pergunakanlahjalanmu itu; itu jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YangMaha Benar. Jalan yang berisi dan memberi nikmat pada orang-orang yang memakainya, yang tidak dimurkai-Nya dan tiada pulasesat. Dari itu galilah dirimu dan adalah dia itu mempunyaijalannya sendiri, dan keluarlah dengan jalan itu. Itulah jalanmuyang sebenarnya. Pada jalanmu itu engkau akan menemui nikmat,dan hasilnya ialah untukmu, badan dirimu, keluargamu, kaummu,bangsamu, negaramu, duniamu dan akhiratmu.

Adalah kehidupan itu telah berjalan semenjak dari dalam, danuntuk keluar adalah tugasmu membawanya berjalan, dan untuk ituhendaklah engkau temui jalan itu lebih dahulu, dan dapatmenguasainya. Dari itu pelajarilah dirimu sejak dari dalam. Secaragaris besarnya, adalah jalan kehidupan kita itu hanya dua; satu keatas satu ke bawah. Jalan ke atas tujuan terakhir ialah menemuiTuhan kembali dan jalan ke bawah tujuan terakhir ialah kembali keasal iaitu ke tanah. Untuk itu kita menempuh jalan yang berliku-liku, dan likunya hanya dua; iaitu ke kiri dan ke kanan. Ketentuanini adalah ketentuan dari Yang Menjadikan segala kejadian, dan

Page 71: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal61

semuanya akan kembali kepada-Nya.Mulailah kehidupanmu sejak dari dalam batang-tubuhmu dan

keluarlah pada jalannya untuk kelancaran kehidupanmu sampaisaat terakhir. Kesalahanmu selama ini menjalankan kehidupan ataumenempuh lautan hidup atau memulai hidup di luar dengan tidakada pegangan yang jadi penunjuk jalan bagimu atau tidak adajalanmu sendiri. Jalan yang sudah engkau pergunakan ialah jalanfikiranmu sendiri yang tidak bisa dijadikan jadi pedoman, keranabanyak simpang-siur dan sangat diragukan kebenarannya.Pergunakan otakmu, sesudah itu baru alam fikiranmu. Kalauengkau bertolak dari alam fikiranmu, sama juga keadaannyadengan perahumu yang sudah berada di permukaan laut, sedangkanengkau tidak mengetahui perahu itu tadinya berada di daratan,sedangkan lautan beralun dan bergelombang dan sewaktu-waktubadai taufan bisa datang dengan tak peduli siang dan malam.

Bila itu jalan telah engkau temui, berjalanlah engkaudengannya dan oleh kerana dia hidup, lancarkanlah kehidupan padajalannya. Itulah dia, jalan dirimu semenjak dari dalam yangmemberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Jalannyayang keluar itu yang dapat memecahkan rahsia diri kerana dia telahmenembus alam sendiri iaitu badan kita. Dia mengandung dayaseribu daya, zat serba zat yang dapat kita tangkap dengan rasa, iaiturasa Perasaan kita. Jalannya yang dapat betul kita merasakannyaialah yang melalui hujung kuku kita, jari-jari kita yang sepuluh;lima kiri dan lima kanan. Dan padanyalah letaknya rahsia hidupmudi dalam. Lancarkanlah kehidupanmu di luar dengannya, danberjalanlah bersertanya. Jalannya berisi, isinya ialah nikmat hidup,memberi dan menerima.

Dia akan merupakan pecahan titik-titik dan berasal dari satutitik yang terahsia letaknya di dalam batang-tubuh kita. Danmemang dari titiklah kejadian sesuatu yang dijadikan. Titikmenghasilkan titik, dan kumpulan dari titik menghasilkan rupa ataubentuk. Dan begitulah kejadian kita di dalam dan begitu pula di

Page 72: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 62

luar. Yang setitik akan menggunung kalau kita gunungkan, akanmelaut kalau kita lautkan. Sebaliknya, yang melaut kalau kitasurutkan akan menjadi gunung, dan yang menggunung kalau kitasurutkan akan kembali menjadi titik; titik kehidupan kita yang didalam, yang membawa ketenangan dan kedamaian, yang berertijuga kembali ke pangkalan. Ayam yang semenjak dari pagi dilepasdari kandang untuk mengais mencari makan, pada petangnyakembali untuk istirehat.

Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya ialah tenang keranadia itu berasal dari Yang Sangat Tenang dan Damai. Dariketenangan dan kedamaian itulah memancar cahaya hidup,mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita semenjak dari dalamsampai keluar. Dan cahaya itulah menunjukkan warna hidup keluarkerana bukankah dunia nyata yang kita diami ini penuh tata warna-warni?

Emas yang 24 karat, tahan banting dan tahan uji itupertahankanlah jangan sampai menjadi tembaga atau loyang yangsangat rendah nilainya. Kalau jalan telah kita temui, maka kitaharus perhatikan dan pelajari akan isi dari jalan itu iaitu jalan yangmemberi nikmat, Nikmatullah; nikmat Tuhan yang diidam-idamkan oleh setiap manusia yang bertuhan, nikmat yangmengandung bahagia, nikmat yang mengandung kebaikan danmembaikkan.

Pada Tuhan ada syurga dan neraka, iaitu ketentuan yangterakhir dari kehidupan kita, dan pada-Nya hanya satu jalan iaitujalan lurus. Alif-lah yang lurus. Pada kita manusia ada dua jalaniaitu jalan hidup dan jalan mati. Tujuan satu iaitu kembali kepadaTuhan untuk menerima ketentuan dari-Nya, tempat yang terakhir.

Pada Tuhan ada malaikat-malaikat yang mempunyai tugastertentu terhadap segala yang dijadikan-Nya, sebagai kakitangan-Nya. Pada kita ada kaki, tangan untuk menyampaikan tujuan danmaksud kita.

Page 73: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal63

Pada Tuhan ada bumi mengandungi bermacam-macam rahsiaseperti emas, perak, minyak-tanah, batu-arang dan lain sebagainya.Pada kita ada perut untuk menampung segala apa yang kita makandan minum.

Pada Tuhan ada langit yang mengandungi segala rahsia pulaseperti bulan, bintang, matahari dan lain sebagainya. Pada kita adakepala yang berisikan otak besar dan otak kecil, urat-urat saraf danlain sebagainya.

Dan di tempatkan-Nya makhluk-makhluk hidup di atas bumi,di bawah langit. Dan letak hidup pada kita pada bahagian atas perutdan bawah kepala iaitu di dada yang mengandungi rahsia pula.

Langit mengandung, bumi mengandung, kita mengandung,kesemuanya terkandung dalam rahsia. Rahsia diri, rahsia bumi,rahsia langit, terkandung dalam Rahsia Tuhan. Kandungan langit,kandungan bumi teruntuk bagi orang yang tahu. Mencari Rahsiahendaklah dengan rahsia pula.

Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalan-Nya, Jalan Allah.Pada-Nya ada syurga ada neraka. Pada syurga ada jalan dan nerakaada pula jalan. Jadi pada kita ada dua jalan iaitu jalan ke syurga danjalan ke neraka, jalan yang baik dan jalan yang buruk atau jalankanan dan jalan kiri. Tiada orang yang mahu ke neraka, begitu jugatidak ada yang mahu buruk. Semua orang mahu senang, mahu kesyurga. Akan tetapi kenapa orang mesti masuk neraka? Olehkerana menjalankan kehidupan buruk, tentu! Bukankah syurgatempatnya orang berbuat baik dan neraka tempat orang yangberbuat buruk?

Dilahirkan kita di dunia ini untuk menjalankan kehidupanmenjelang hari akhir. Sebelum kita dilahirkan, di mana kita berada?Di perut bonda? Di mana tempatnya? Di rahim bonda. Sebelumbonda kahwin dengan bapa kita, di mana kita berada? Belum ada,ya. Memang kita di zahir belum ada, akan tetapi di batin kita telahada. Di mana? Bersama-Nya terkandung dalam Rahsia-Nya,

Page 74: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 64

Rahsia Maha Ghaib iaitu Allah. Dan itulah dia, aku kini. Akudilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapaku. Di zahiraku keluar dari rahim ibuku, di batin Aku datang dari RahimTuhan-ku. Tuhan-ku bersifat Rahman dan Rahim. Aku terkandungdi dalam-Nya.

Sekarang Aku dikandung oleh badanku sendiri. Semenjak Akudilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapaku, makaputuslah hubunganku langsung dengan Tuhan-ku dan denganibuku. Sewaktu dalam rahim, Aku tak pernah mengeluh, tak pernahberasa susah, kerana hubunganku tak putus atau belum diputuskan.

Alam sekelilingku yang menyebabkan aku ingat kepada yangmenjadikan aku, kepada ibu bapaku, kepada Allah, Tuhan-ku. Akubertuhan seperti orang ramai bertuhan. Akan tetapi, perasaanketuhananku tak puas sebelum aku dapat menemui-Nya. Dari itu,maka dalam sejarah hidupku yang sudah-sudah (aku seorangpendiam, tidak banyak tingkah, suka mengalah), pengalamanku,perasaan suka-duka yang menyebabkan timbul hasrat yang besaruntuk mencari Tuhan-ku, Allah. Aku mengembara danmengembara. Sangat banyak aku perdapat pelajaran dalampengembaraanku tanda-tanda kebesaran-Nya, keadaan-Nya,pemurah-Nya, kasih sayang-Nya, akan tetapi yang Dia belum akutemui. Segala perbuatanku (tindak-lakuku) kujadikan amalankudan aku belum juga menemui-Nya, Tuhan-ku.

Bapak Almarhum Dr. R. Paryana Surjadipura dalam buku‘Alam Fikiran’ memberitahu kepadaku, bahawa untuk meningkatkepada tingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah kitaberamal. Dan adalah amalan itu terbahagi dua; pertama, amalanberserta hawa nafsu; dan kedua yang dinamakan amalan soleh.Aku sedar akan kekeliruanku. Aku telah memakaikan jalan kedua-duanya, padahal jalan untuk itu hanya satu.

Aku tinggalkan jalan yang pertama, dan aku pergunakan jalanyang kedua iaitu amalan soleh. Bahagia membayang di hadapanku.Apa yang aku lakukan mendatangkan kepuasan bagiku dan aku

Page 75: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal65

mendapat ketenangan dan kedamaian dalam perasaanku.Bersamaan dengan pemisahanku pada perbuatan amalanku itu, akudapat tahu telah terjadi pemisahan pada badanku sendiri, dantahulah aku sekarang yang mana diriku yang sebenarnya. Akuberpegang selama ini pada barang yang mati, sedangkan yanghidup tak aku pedulikan.

Sekarang peganganku yang hidup, dan seterusnya hidup kekaldan abadi, dan yang amat menggembirakan aku benar; aku telahmenemui diriku. Padanya letaknya kebenaran, ketenangan,kedamaian yang tak pernah aku perdapat selama ini. Dan tahulahaku akan kesalahanku dalam pandangan hidup selama ini. Akupelajari akan kesalahan dalam pandangan hidup selama ini. Akupelajari diriku yang telah aku temui itu, dan banyak sudahrahsianya yang telah aku ketahui. Dan dalam segala hal tindak-tandukku, amal perbuatanku, dirikulah yang aku kemukakan. Dandengannya pula, dalam keadaan tidak ada aku menemui Tuhan-ku.Dan sebahagian dari Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku.

Padanya, bersertanya, aku yang telah mendapat ketenangan itutelah menjadi bertambah tenang kerana di hadirat-Nya, aku sudahtak ada lagi; tak ada yang ada, tak ada angin, tak ada ribut. Danyang ada hanya Dia Tuhan-ku, dan aku hilang dalam keadaan-Nya.Dan begitulah aku pada waktu itu, dan sewaktu-waktu, di kala akudatang menghadap-Nya. Aku telah pergi sebelum dipanggil, sudahtiada sebelum ditiadakan, sudah datang sebelum sampai. Aku telahkembali dari Sana.

Tahulah sudah aku, siapa aku sebenarnya. Dan sekaranghendak ke mana aku? Mahu apa aku? Aku hendak menemui orangtuaku, lebih dahulu ibu bapaku, hendak melakukan sembah sujudkepadanya dan hendak membebaskannya. Bapaku dalam keadaantiada, dengan tidak setahuku sudah lebih dahulu mendampingiku,akan tetapi ibuku yang mengandung aku dan menempatkan aku dirahimnya, belum aku temui lagi. Zahirku tak bisa menemuinya,kerana kedua-duanya telah lama meninggalkan aku. Aku

Page 76: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 66

menziarahi perkuburannya, tempat jasadnya tadinya dibaringkandan sewaktu aku membacakan Dua Kalimah Syahadah denganmenurut gerak yang mendatangi aku waktu itu, aku cukup terkejut.Ada bisikan di telingaku yang berbunyi, “Cukuplah sehingga inipertemuan kita. Nanti di akhirat saja kita bertemu.”

Aku terpesona, tak ada kata yang dapat kukatakan keranasesudah itu dia telah lenyap. Aku bukan bermimpi. Bagiku adalahkejadian itu kenyataan yang telah aku alami. Dan kepada-Nya,Tuhan-ku aku bermohon supaya ibuku yang mengandung aku,dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan di tempat yangsebaik-baiknya. “Amin Ya Rabbul Alamin.”

Semenjak itu aku mengembara terus dan terus mengembara,memberi dan menerima, dan mengajar sambil belajar, jadi muridsambil jadi guru. Kampung tempat aku dilahirkan telah akutinggalkan menuju sesuatu tempat yang kekal abadi bagiku iaituakhirat. Hasil dari perjalananku hidupku nanti yang akanmenentukan kedudukan dan tempatku. Oleh kerana aku inginmendapat tempat yang sebaik-baiknya di sisi Tuhan, makanya akutitik-beratkan segala perbuatanku sekarang kepada kebaikan danmembaikkan.

Aku dudukkan diriku di tempatnya, dan dudukku duduk dirumah. Kalau perlu, saya keluar. Adakala pula aku duduk, tetapiberjalan; perjalanan yang merupakan jalan batinku. Dan kalauboleh aku katakan, aku lebih banyak berjalan daripada duduk, lebihbanyak berbuat daripada bermenung. Orang sudah jauh berjalan,dan aku telah jauh ketinggalan. Orang lain sudah banyak mengecapnikmat hidup di dunia, sungguhpun dengan jalan tidak sah atauwajar. Perjalananku menyendiri sekarang menyusul yangketinggalan; sekaligus, pertama membesar diriku, menyesuaikandengan keadaan dan kedua mengejar nikmat hidup yangketinggalan.

Perjalanan yang kulakukan adalah suatu perjalanan hidup yangberisi; berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Kalau

Page 77: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal67

sampai aku mempunyai seperti orang punya adalah wajar keranahasil dari perjalananku sendiri, berserta ilmuku.

Page 78: Diriku Yang Kukenal
Page 79: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal69

ILMUKU ILMU GHAIB

Ilmuku ilmu ghaib, berasal dari yang ghaib, datangnya dariYang Maha Ghaib. Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yangberasa ketinggalan dalam mengecap nikmat hidup di dunia ini, akupesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asakerana masih ada jalan. Masih ada kesempatan bagimu untukmengejar ketinggalan itu.

Kebanyakan dari mereka yang punya itu (nikmat hidup),adalah hasil dari ilmu akalnya; mengambil kesempatan dalamkesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yangharam dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu bahawa kesemuamereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumangdengan hawa nafsu. Kalau akal sihatmu tak mahu berbuat sepertijalan alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih adapadamu, sungguhpun hati kecilmu, perasaanmu ingin hendakmempunyai seperti apa yang dipunyai mereka itu. Dan kebenaranyang ada padamu letaknya ialah di dirimu. Letakkanlah sesuatupada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkanyang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempitan.Kuasailah dirimu, letakkanlah pula pada tempatnya iaitu diketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulahmenentukan harga diri seseorang. Rumahtangga yang mewah tak

Page 80: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 70

ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya,kemiskinan, kemelaratan menandakan kebodohan, tak tahu hargadiri.

Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasukgolongan sudah tua, dan sudah sangat tua. Ketahuilah olehmubahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernahengkau pakai selama ini secara positif, dan belum pernah puladipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapatmemakainya, akan tetapi terbatas iaitu masih tetap tinggal di dalam,masih diselubungi juga hawa nafsu. Yang dinamakan kekuatanbatin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang tubuhdi dalam.

Bagi orang yang belum menemuinya, adalah dia itu terkurung,negatif dan pasif. Bagi mereka yang telah menemuinya, dia jadibebas, positif dan aktif. Untuk mengejar ketinggalan kita di dalamsegala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selainbelum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. Carilahitu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia adapadamu dan banyak di luar. Tingkatkan cara berfikirmu ke dalam;hentikan segala gerak-langkah lahirmu sehingga yang tinggal gerakyang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialahgerak dari tenaga batinmu atau tenaga yang tersembunyi bagimu.Dengan perlakuan semacam itu, sudah mulai engkau mengadakanpemisahan di badan dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerakbatin; tenaga lahir dan tenaga batin, antara badan dan diri.Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam. Sekarang tingkatkanlagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapatmerasakan tenaga dalam itu. Untuk itu tentu engkau mestimembawa tenaga itu keluar, yang bererti engkau harus menembusalamnya sendiri sampai ke kulit dan bulumu. Sanggupkah engkausendiri menembus itu, dengan perkataan lain membuka pintu yangtertutup? Jawabnya ialah, sebaik-baiknya engkau cari orang yangtahu dan mengerti dan telah mempunyai untuk meminta petunjuk-

Page 81: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal71

petunjuk. Kalau perlu, berguru kepadanya.Dia ada tetapi tiada. Dia sulit tetapi mudah. Dia ringan tetapi

berat, dan jangan dipandang enteng (ringan) kerana mungkinmembahayakan kalau dicuba dengan sendiri. Sebaik-baiknya,mendapatnya dengan jalan berguru kerana sangat banyak rahsiaterkandung padanya; rahsia diri, Rahsia Tuhan dan yang belumdipelajari dan dipergunakan orang selama ini. Adalah dia itumempunyai jalan sendiri semenjak dari dalam. Jalan yang berisiberisikan titik-titik, dan di titik itulah letaknya rahsianya kerana diaberasal dari yang setitik (sedikit). Perjalanan titik di dalam tubuhkita merupakan gambaran dari jasmani kita yang dinamakanrohani, yang berasal dari yang sedikit iaitu roh. Titik-titik itulahyang akan membahagiakan kita kalau kita tahumempergunakannya. Dengan titik itulah kita dapat mengejar yangketinggalan, dan dengan titik itu pula mencapai bahagia dunia danakhirat. Bukankah segala kejadian yang dijadikan berasal dari titik?

Titik kejadian kita sudah tidak ada pada kita kerana telahberkembang menjadi kita yang berasal dari ibu bapa kita, dan padakita ada titik menjadikan, akan tetapi pada kita adalah titikpenjadian yang berasal dari Tuhan. Dan dengan dapat menguasaititik itu kita dapat pula jadi menjadikan denganmemperkembangkannya pula.

Dia adalah titik hidup, menghidupkan kita di dalam. Di luarkita menguasainya kerana adanya terkandung di dalam badan kita.Untuk kelanjutan hidup kita, untuk ketentuan tujuan hidup kita,kenapa kita tak mempergunakan dia? Di situlah letaknyakebodohan kita, dan di situ pula letaknya kekurangan kita.

Kalau kita tahu padanya ada bintang, maka diperkembangkanbintang itu akan bercahayalah bintang kehidupan kita dengandikelilingi oleh bintang-bintang dengan mempunyai daya tarik-menarik.

Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang, cinta dan

Page 82: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 72

diperkembangkan, maka kita akan dikasihi, disayangi dan dicintai.Selain dari itu, maka kita akan mengasihi, menyayangi danmencintainya pula.

Kalau kita ketahui padanya tidak ada yang tidak ada, makaakan mudahlah segala urusan kita .

Kalau kita ketahui bahawa apa yang ada pada kita, dan belumada pada orang lain, dan ada yang tidak ada pada kita, ada padaorang banyak, tidak akan susah rasanya hidup, dan tidak perlugelisah menjalankan kehidupan.

Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai membawakan,memasukkan siang kepada malam dan malam kepada siang,mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yanghidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tak terduga-dugadatangnya.

Kalau kita tahu bahawa padanya ada jalan untuk menujukepada kebesaran dan kejayaan, kemuliaan, kekebalan dan lainsebagainya dan kita pergunakan jalan itu, tentu akan mudahtercapai segala tujuan kita. Tidak ada yang sulit di sisi Tuhan danpadanya tidak ada kesulitan yang tak bisa diatasi.

Kalau kita ketahui padanya ada ubat segala ubat, kalau kitapandai menjalankannya tentu akan terubat segala macam penyakit.

Kalau kita ketahui padanya ada rezeki dan kalau kitaperkembang, tentu akan mudah rezeki kita.

Dari itu jadilah menjadi orang segala tahu, serba tahu dan dijalannya dan pandai menjalankannya.

Tahukah engkau bahawa engkau dikeluarkan dari tempat yangsenang dan didatangkan dari tempat yang sesenang-senangnyayang memberi segala kesenangan? Kenapa sewaktu engkau belumdikeluarkan dari alam yang sempit lagi terbatas tidak merasa susah,akan tetapi setelah di alam maha besar yang tak bertepi engkauharus menderita? Sepantasnya dikeluarkan engkau dari tempatyang senang (rahim) di alam yang sempit dan terbatas itu dan

Page 83: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal73

ditempatkan di alam maha luas yang tak bertepi, supaya merasalebih senang dan menuju kepada kesenangan yang kekal abadi.Akan tetapi kejadiannya, kenapa engkau susah gelisah danmenderita? Padamulah letaknya segala kesusahan itu, bukan padaorang lain. Engkau tak tahu di dirimu dan telah lupa akan dirimu.Engkau telah menurutkan jalan mati, bukan jalan hidup.Kembalilah ke jalan yang benar dan tinggalkanlah itu jalan yangsesat lagi menyesatkan.

Yang benar ialah dirimu bukan badanmu. Dirimu itulah yanghidup dan pada badanmulah letaknya kematian. Orang yangberpegang kepada badannya bererti menempuh jalan mati dan yangberpegang pada dirinya bererti menempuh jalan hidup. Dirimuletaknya di dalam dan mempunyai jalan sendiri di dalam badanmu.Untuk menemui jalannya, hendaklah engkau bukakan pintu dariluar atau engkau tembus dari dalam. Dan ini semua di luarkemampuanmu kerana belum ada buku untuk itu dan di luarkemampuan manusia biasa. Dari itu carilah orang yang dapatmengetahuinya dan bergurulah kepadanya.

Apa katamu kalau aku mengatakan Aku sekarang telah bebasdan berada di tempat yang lebih senang dari yang senang di bawahlindungan, dalam kandungan Yang Memberi Segala Kesenangankerana aku telah menemui diriku dan telah banyak pula mengetahuirahsianya dan aku pilih jalan yang sebaik-baiknya. Aku hibakasihan kepada badanku yang mengandungku selama ini. Akumenderita dalam kandungan lantaran kebodohannya, oleh keranatidak tahunya. Setelah Aku dapat ditemuinya dan setelah Akumengenal dunia luar, tahulah Aku bahawa aku hidup dalam duaalam iaitu alamku sendiri alam ghaib dan alam badanku alamnyata.

Sungguh sangat kasihan Aku pada badanku yang telah lamamenderita, bahkan punggungku telah cacat disebabkan perjalananhidup menurutkan kemahuan badan selama ini. Beruntunglah Akubelum dipanggil kembali. Dunia luar bagiku sangat indah dan

Page 84: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 74

cantik, dan kalau boleh Aku ingin hidup dengan badanku yangtelah cacat ini yang menyebabkan Aku agak bongkok sedikit untukseribu tahun lagi. Kasihan badanku yang salah jalan selama ini;badan yang tak tahu dirinya. Sekarang Aku ke muka dan tidak Akubiarkan badanku menderita. Aku tidak mahu berpisah dengannya,kecuali kalau Tuhanku tidak mengizinkan, kerana Aku ingin hidupsepanjang masa bersamanya.

Dan Aku akan memperbaiki segala kesalahan yang diperbuatselama ini. Aku akan menebus segala perbuatan yang telah menjadidosa selama ini dengan membuat baik sebanyak-banyaknya.Semoga Tuhan akan meredhai perjalananku ini, mengampunkansegala dosaku dan menerima segala amalanku.

Dan Aku telah bebas dari kongkongan, telah keluar darikurungan melalui pintu yang wajar, pintu yang Aku sendiri yangmenemuinya. Kebebasanku tidak akan melepaskan badanku keranaAku telah lama hidup bersamanya. Aku mengasihinya, setelah diamengasihi Aku semenjak Aku telah dikenalinya. Akumenyayanginya setelah dia mencintaiku. Aku mencintainya setelahdia mencintaiku, semenjak Aku diketahuinya benar siapa Aku.Bahkan, kasih sayang serta cintaku padanya berlebih dari kasihsayang cintanya padaku. Perpaduan kasih sayang dan cintamendatangkan hiba kasihan. Kasih bisa habis, sayang bisa hilangdan cinta bisa bertukar, akan tetapi bila kasih telah meningkatkepada sayang dan sayang meningkat kepada cinta, maka jadinyaialah hiba kasihan. Kalau hiba kasihan telah diperdapat, putihtulang dalam kubur namun dia teringat juga. Betapa tidak?Bukankah dia badanku sendiri? Aku sendiri yang akan mengisikeperluan hidupku ke luar dan ke dalam kerana Aku banyak tahutentang itu rahsia ghaib. Dan Aku akan bahagiakan badan dirikusendiri kerana Aku dengannya satu.

Aku tinggalkan jalan hidup cara lama kerana tidak memuaskandan aku hidup dengan jalan hidup yang baru hasil daripenggalianku sendiri yang berpokok pangkal dari jalannya

Page 85: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal75

kehidupanku yang di dalam, suatu jalan yang berisi. Dengannyaaku menjadi manusia baru. Dan aku telah lahir untuk keduakalinya, dilahirkan dan melahirkan dan akan kujalankankehidupanku dengan gaya baru, yang mempunyai garis hidup, jalanhidup yang positif. Dan dalam pengembaraan hidupku, di mana-mana aku akan melahirkan manusia baru, dengan menunjukkanjalan hidup baru, garis hidup baru yang akan ditempuh. Denganbanyak manusia baru terlahir, dengan sendirinya akan terciptalahdunia baru yang diidam-idamkan oleh orang yang berpendirian.

Berlayarlah sampai ke pulau dan berjalanlah sampai ke batas.Pelayaran kita adalah ke pulau cita-cita dan perjalanan kita ialah kebatas kehidupan kita. Ada permulaan dan ada kesudahan. Titikkehidupan kita berjalan semenjak kita di dalam perut ibu kita dantempatnya di rahim ibu. Dan setelah kita dilahirkan, maka kitamenjalankan sendiri kehidupan kita di luar. Kita sendiri yangmemilih jalan hidup dan membawakan kehidupan kita. Dankebanyakan salah pilih jalan, itu sebabnya maka badan menderita,melarat, sengsara. Dan salah pilih itulah membawa masyarakat dandunia sampai jadi begini. Salah pilih, salah jalan, tidak terpilih padajalan yang sebenarnya. Di satu saat, tapi pasti, perjalanan kita ituakan sampai di batasnya. Tidak boleh tawar-menawar, tak ada tolakansur.

Kalau tadinya pada titik permulaan kehidupan Kita berjalandengan sendirinya, dan setelah terlahir Kita sendiri yangmenjalankan kehidupan Kita di luar. Maka setelah sampai di batas,hidup Kita dibawa berjalan untuk dikembalikan ke tempat asal,iaitu Allah. Dan tinggallah segala yang dikasihi; badan sendiri,anak yang disayangi, sanak saudara, isteri yang dicintai, handaitaulan, harta benda yang mana kesemuanya itu tak dapat menolongKita, mempertahankan hak hidup Kita, kerana Yang Punya datangmenjemput.

Telah kita ketahui dalam kehidupan kita, kita menempuh tigajalan:

Page 86: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 76

Pertama : Berjalan dengan sendirinya.Kedua : Menjalankan kehidupan sendiri.Ketiga : Dibawa berjalanPerjalanan Pertama: Iaitu sewaktu di dalam kandungan,

berjalan dengan Ilmu Tuhan, itu sebabnya kita tak berasa susah.Perjalanan Kedua: Iaitu setelah kita lahir, kita harus

menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkanpenderitaan.

Perjalanan Ketiga: Iaitu setelah perjalanan sampai di batas, kitadibawa berjalan untuk kembali ke asal.

Dari tiga macam perjalanan tersebut di atas, perjalanan yangpertamalah yang baik iaitu berjalan dengan sendirinya atau berjalandengan Ilmu Tuhan. Setelah kita lahir, adakah Ilmu Tuhan itu padakita? Ada. Padanyalah terletak rahsia kehidupan kita. Diamenghidupkan kita di dalam, mengaliri dan mengisi jalankehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita.Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita tetapada. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Dan keadaan alamsekeliling kita yang menyebabkan kita lupa atau sampaimelupakannya.

Kehidupan yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampaubanyak dibawa melihat ke luar dan amat sedikit sekali diberitahutentang keadaan kita di dalam. Kita dididik, diasuh, diajarmengenai keadaan alam di luar kita. Keperluan hidup kita di luar,kehidupan kita sekarang dan kehidupan kita nanti, kita disuruhmencari. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China sekalipun.Dititik-beratkan kehidupan kita kepada kehidupan lahir, dan amatsedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tak nampak, yangghaib. Diberitahu kita akan adanya Yang Maha Ghaib iaitu Allah,Maha Besar lagi Maha Kuasa, tetapi amat sedikit kita mengetahuijalan kepada-Nya kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalanyang sebenarnya, kerana amat sedikit pula orang yang dapatpetunjuk akan jalan itu iaitu jalan yang sebenarnya jalan.

Page 87: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal77

Kita dididik terlampau jauh melihat ke luar sampai lupa akandiri sendiri. Dari itu makanya banyak orang kesasar (sesat) hidup.Jalan hidup kita yang sebenarnya ialah lurus iaitu ke atas dan kebawah. Ke atas untuk kembali kepada Tuhan, ke bawah ialah untukdikembalikan ke tanah. Akan tetapi, caranya kita menjalankankehidupan ialah bercabang iaitu ke kiri dan ke kanan, ke muka danke belakang. Ke belakang bererti mundur. Berjalan surut itu tidakmungkin kerana telah dilewati (dilalui). Kita melihat ke belakanguntuk mempelajari jalan yang telah kita bawakan dan lalui untukdiperbaiki pada jalan yang akan datang. Kita melihat ke mukauntuk maju kalau-kalau ada halang rintangan. Untuk itu makanyakita berbelok ke kiri, sudah itu ke kanan, guna kembali ke jalanlurus. Banyak jalan terbentang di muka kita, berlurah, berbukit,berbatu, berduri, rata, menurun, mendaki dan lain sebagainya.

Banyak sudah jalan yang dilalui. Telah banyak pula kelok(selok-belok) yang dijalani; ke kiri dan ke kanan. Banyak sudahlurah yang dituruni, bukit yang didaki. Jauh sudah kita berjalan,dan telah lama pula rasanya kita berjalan. Apa yang telahdiperdapat dan apa yang dicari? Suka-duka telah dilalui. Bermacamteori telah dipraktikkan. Yang tak pernah dibuat telah dibuat, yangtak boleh telah dibolehkan, yang haram telah dihalalkan. Mahuharta telah punya tetapi mahu lagi, mahu isteri telah dapat tetapimahu lagi, mahu rumah besar telah punya tetapi mahu lagi, mahumobil (kereta) telah punya tetapi mahu lagi. Kenapa begitu? Keranakepuasan belum diperdapat oleh kerana jalan untuk mendapatnyatidak pada Jalan-Nya yang benar, melainkan dengan jalanmenurutkan hawa nafsu. Dan dengan tak disedari, jalan lurus yangditempuh untuk mendapat bahagia telah berjalan dengan sendirinyadan telah hampir sampai di batasnya. Tahu-tahu tenaga habis, dayatidak ada. Kekuasaan Tuhan berlaku; api mati, pelita tak berminyakdan sekali ragut sahaja Tangan Ghaib menangkap kita dan mautdatang; kita sudah tak ada lagi. Kita sudah jauh di dasar dan sesatlagi disesatkan kerana berjalan tidak pada jalan-Nya. Mahu

Page 88: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 78

kembali ke pangkalan tidak bisa lagi kerana semuanya keadaansudah gelap-gulita pada kita.

Kita telah menempuh jalan kosong yang dimurkai lagimenyesatkan iaitu hawa nafsu yang berisikan syaitan, iblis. Telahterpedaya mereka yang dapat diperdayainya, dan ‘yang sedikit’yang ditakutinya tinggal tetap sedikit. Itu sinar tadinya bercahayamenerangi alam sendiri serta sekitarnya telah pudar dan hilangdiliputi oleh kegelapan kabut yang tebal, yang mana keluhan danrintihan tak berguna lagi. Emas 24 karat, oleh perbuatan kita telahmenjadi loyang (tembaga) dalam nilainya.

Bukan tidak ada jalan untuk menempuh kehidupan yang wajardan layak untuk mendapat pangkat, harta, mobil, isteri cantik danlain sebagainya. Bukan tidak ada jalan pada kita; jalan yang berisi,yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Jalan itu ada padamu,pokok pangkalnya di dirimu. Untuk mendapat petunjuk hendaknyajangan mendoa sahaja. Berdoalah, bermohonlah, di samping itupergunakan otakmu, kecerdasanmu. Apa lagi yang diminta kepadaTuhan, sedangkan yang engkau kehendaki itu telah diberikan-Nyapadamu.

Kebodohanmu yang menyebabkan engkau berasa kekurangan,tidak puas dan sebagainya. Kalau engkau telah mengetahui itusemua, tidak pada tempatnya lagi engkau minta kepada Tuhankerana apa yang engkau minta itu telah diberikan-Nya sebelumengkau meminta pada-Nya. Hanya yang tak ada padamu dan yangbelum engkau lakukan ialah bersyukur; pernyataan syukur kepadaAllah atas pemberian-Nya (rahmat-Nya), yang telah engkauperdapat. Dan kalau engkau akan bermohon pada-Nya,pohonkanlah akan keampunan dosa-dosamu yang sudah-sudah,dosa-dosa ibu bapamu, kaum keluargamu, kaum muslimin danmuslimat yang telah terdahulu. Bermohonlah atas tambahanrahmat-Nya dengan tak putus-putus sampai kepada anak cucuturun-temurun nanti di belakang hari. Rahmat pada Tuhan menjadinikmat padamu, dari itu perbanyaklah syukur pada-Nya.

Page 89: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal79

Sembahlah Dia, salawat sebanyak-banyaknya kepada rasul-Nyayang penghabisan iaitu Muhammad s.a.w.. Jadilah, menjadiseorang hamba yang soleh, pemberi dan penunjuk jalan yang benarkepada sesama manusia. Insya-Allah.

* * *

Telah engkau temui itu dirimu, telah banyak pula engkaumengetahui keadaannya, dan telah banyak pula pengalamanmudengannya, apa katamu sekarang mengenai sesuatunya, terutamahubunganmu keluar? Engkau yang tadinya duduk di tempatmu dialammu sendiri, setelah pintu terbuka dan mengenal dunia luaryang menakjubkan, sangat mengasihi dan menyayangi danmencintai badanmu dan ingin hidup seribu tahun lagi bersama-samanya. Dunia yang engkau kenal sekarang bukanlah seperti alamyang engkau diami selama ini.

Duniamu selama ini dunia khayal, dunia bayangan dansekarang engkau telah mengenal itu dunia nyata yang indah, cantiklagi menarik. Pada siang hari disinari matahari yang memberi isikepada alam semesta, datarannya yang menghasilkanpemandangan yang menakjubkan, lautnya yang maha luas,sungainya yang terdiri dari besar dan kecil, lembahnya, negerinyadan lain sebagainya. Pada malam harinya, bermandikan cahayabulan dengan bintang-bintangnya yang bertaburan di langit,menambah indah dan menakjubkan rasa perasaan, menandakanakan kebesaran Tuhan-mu, Pencipta dari segala yang diciptakaniaitu Yang Maha Pencipta, cukup dengan menyebut namanyasahaja iaitu Allah.

Engkau yang tadinya tak mengenal dunia nyata, setelahmengenalnya, mencintainya lantaran kekagumanmu akan nikmatIlahi, kebenaran-Nya, keagungan-Nya. Semua yang menakjubkanengkau itu ialah perbuatan Tuhan. Dan sekarang cuba pula pandangolehmu perbuatan sesamamu iaitu yang dinamakan manusia.

Page 90: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 80

Pelajarilah sejarah. Apa yang diperbuat oleh manusia dahulu,sekarang dan mungkin nanti, dan apa pula yang telah engkauperbuat pada waktu yang sudah-sudah, sekarang dan yang akandatang.

Mereka berlumba-lumba memburu dan mengumpul hartakekayaan dan lain-lain, dan amat sedikit sekali di antara merekayang mengingat dan mensyukuri nikmat Tuhan. Mereka lupakepada asal-usulnya, lupa kepada diri sendiri, lupa kepada YangMenjadikan, lupa kepada Tuhan. Akibatnya kemelaratan,kemiskinan, kesengsaraan timbul di mana-mana oleh kerana yangcerdik memakan yang bodoh, si kuat memakan yang si lemah, sicelik memakan yang buta.

Mereka tidak bertuhan kepada Tuhan yang sebenarnya,melainkan bertuhankan benda, terlampau percaya kepada yang adasedangkan mereka lupa yang ada itu makanya ada ialah diadakanberasal dari tiada, yang keluar dari tiada ada. Mereka menyebutnama Tuhan hanya di bibir sahaja. Mereka mendirikansembahyang hanya lantaran kebiasaan sahaja dan untukmengelabui mata orang banyak. Mereka mengaku beragama olehkerana nenek-moyangnya, ibu bapanya beragama. Akan tetapi, apaitu agama tidak diketahuinya lebih mendalam. Mereka takutkepada Tuhan, oleh kerana itu dia tidak mahu menyebut namaTuhan. Ada pula orang mendengar suara orang azan sahaja dimasjid atau di rumah, sengaja berjalan menghindarkan diri darimendengarkan suara Ilahi itu. Tikar sembahyang dan Kitabullahtidak didapati di rumahnya. Yang ada radio, televisyen, barang-barang serba mewah. Dan kalau mahu makan enak bukan dimasakdi rumah, melainkan dicari di luar. Ya, ke luar sebab di luar serbaada, boleh memilih dan tidak payah mengerjakannya. Anehnya,apabila mereka ditimpa malapetaka, menderita dengan tiba-tibamereka mendapat sakit luka lantaran kecelakaan dan lainsebagainya yang disebab-keranakan oleh perbuatannya sendiri,dengan tidak diminta dia menyebut nama Allah dan mengatakan

Page 91: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal81

‘tiada Tuhan yang lain melainkan Allah.’ Rupanya bagi mereka itu,Tuhan adanya sewaktu menderita, sewaktu sakit, sewaktupertolongan tak dapat diharapkan lagi. Seolah-olah, Tuhan bagimereka diingat pada waktu susah dan pada waktu senang ataumencari kesenangan Dia tak perlu diingat. Kerana Tuhan melarangberdusta, Tuhan mengatakan itu haram, itu tidak boleh,dihambarkannya (tawar) rasa ketuhanannya sewaktu mencari danmemburu dan mendapat kesenangan.

Renungkanlah kembali perjalanan hidup yang sudah-sudah;apa-apa yang telah dilakukan dan apa-apa pula yang telahdirasakan? Suka dan duka pasti telah engkau lalui silih-berganti.Tariklah pelajaran dari perjalanan kehidupanmu yang telah engkaulalui itu dan ambillah kesimpulan dari perjalananmu itu.

Pelajarilah hakikat hidup yang sejati dan kembalilah kepadakehidupan yang sebenarnya. Berpeganglah kepada yang hidup,jangan kepada yang mati. Kawan hidup banyak, kawan mati tidakada. Peganganmu hendaklah mencari Dia, Hidup yang akandipakai, mati yang akan ditumpang.

Insya-Allah.

Page 92: Diriku Yang Kukenal
Page 93: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal83

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUKKESEMPURNAAN

“Engkau masukkan malam ke dalam siang danEngkau masukkan siang kepada malam, dan Engkaukeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkaukeluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkaumemberi rezeki siap yang Engkau kehendaki dengantidak berkira.”

(Al-Quran Surat Ali-Imran ayat 27)

Malam ada pada kita dan siang pun ada pada kita. Begitu jugayang hidup ada pada kita dan yang mati pun ada pada kita. Bagiku,adalah malam yang dimaksud ialah badan dan siang ialah diri atauyang ‘hidup’ ialah diri dan yang mati ialah badan. Maka adalahorang yang diberi Tuhan rezeki yang tak terhitung banyaknya ialahyang dikehendaki-Nya iaitu yang dapat mengeluarkan yang hidupdari yang mati dan sebaliknya yang mati dari yang hidup, begitupun pula yang pandai memasukkan siang kepada malam danmalam kepada siang.

Pada permulaan ada sabda dan sabda ada padaTuhan, ini pada permulaan ada pada Tuhan. Semuabenda dijadikan oleh-Nya dan tidak dengan ini tidak

Page 94: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 84

ada benda yang terjadi dapat terjadi. Didalamnyaada nyawa ialah cahaya manusia dan menyinardalam gelap dan si gelap tidak mengerti. Inilahcahaya yang sebenarnya, yang menyinari tiap-tiaporang yang datang ke dalam dunia. Dia ada didalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya danDunia tidak mengenal Dia.

(Injil Johannes fasal 1 ayat : 1,2,3,4,5,9 dan 10)

Dia menyinar dalam gelap dan si gelap tidak mengerti. Dialahcahaya yang sebenarnya yang menyinari tiap-tiap orang yangdatang ke dalam dunia. Dia ada di dalam dunia dan dunia dijadikanoleh-Nya dan dunia tidak mengenal Dia.

Si terang menerangi si gelap dan si gelap tidak mengerti.Terang dan gelap, siang dan malam, hidup dan mati bagiku sama,iaitu:

Gelap = malam – mati – badanTerang = siang – hidup – diriBurung ada di dalam sangkar. Sangkar dibuat untuk burung

dan sangkar tak mengenal burung.Untuk dapat memasukkan malam kepada siang dan siang

kepada malam, dan mengeluarkan yang hidup daripada yang matidan yang mati daripada yang hidup, hendaklah terlebih dahuludapat kita memahami akan tujuan atau maksud erti kata yangsebenarnya, dari siang dan malam dan hidup dan mati itu.

Secara ilmiah kita harus mengadakan pemisahan antara badandan diri. Bagiku adalah diri itu berdiri dengan sendirinya.Alirannya meliputi keseluruhannya (apa yang ada pada kita) danadalah yang dinamakan badan itu menjadi kepunyaannya. Kalaukita mahu mengambil perbandingan keluar, maka perhatikan kabelelektrik dan pelajarilah mana yang stroom dan mana yang kabel.Dan, adakah batas antara stroom dan kabel, tidak? Kalau tidak,kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian luar, stroom tidak

Page 95: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal85

menjalar pada kita? Adalah keadaan stroom dan kabel itu jauh takberantara dan dekat tak berbatas. Alirannya terbatas pada kulit diluar.

Begitu pulalah diri kita di dalam. Diri mengaliri seluruh isibatang tubuh di dalam dan di luar berbataskan bulu dan kulit. Diaadalah si terang yang menyinari alam sekelilingnya. Juga adalahdia si siang yang letaknya di dalam batang tubuh kita. Si terang dansi siang itu adalah dia yang hidup yang alirannya mengaliri batangtubuh kita di dalam. Jadi adalah si terang – siang – hidup letaknyadan tempatnya bagi kita di dalam, dan adalah dia itu diri yangmenyinari alam kita di dalam.

Untuk mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ataumemasukkan malam kepada siang dan sebaliknya mengeluarkanyang mati daripada yang hidup atau memasukkan siang kepadamalam, menghendaki si diri sanggup menembus dinding sendiriatau menembus bulu dan kulit yang sebagai batas untuk keluar.Menembus dinding sendiri bererti menembus alam sendiri, berertimenembus bulu dan kulit kita. Penembusan bulu dan kulit berertikita telah menemui jalan iaitu jalan diri sendiri, dan perkenalan kitadengannya memperkenalkan diri sendiri kepada kita. Dengannya(jalan diri) pula kita dapat menemui diri sendiri. Kalau jalannyatelah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan ertiyang sebenarnya, dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya.

Ada apa pada diri kita itu? Untuk mendapat menjawabpertanyaan ini hendaklah kita tahu betul pada diri kita itu apa-apayang terkandung di dalamnya. Untuk dapat mengetahuinyahendaklah kita perhatikan dan pelajari jalannya diri yang telahditemui itu. Setelah memperhatikan jalannya diri dengan saksama,maka kita akan tiba pada suatu kesimpulan bahawa yang dikatakanjalannya diri itu ialah sama juga dengan pancaran dari dalambatang tubuh kita atau seumpama stroom bagi kabel elektrik.

Penemuan kita pada pancaran atau stroom yang pasti sudahkita ketahui berasal dari dalam batang-tubuh kita, yang mana kalau

Page 96: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 86

diturutkan mendatangkan pergerakan, dan kalau diturutkan terusmelahirkan pergerakan-pergerakan bermacam-macam yangberliku-liku, yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti. Akantetapi, suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatukepastian bahawa adalah pancaran atau stroom itu berasalkan ataudatangnya dari dalam batang tubuh kita.

Patut diketahui bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kitaletaknya di otak. Pada otak ada pusat yang menghubungkan cita-cita (idea) kita dengan dunia dalam kita (mikrokosmos). Ada pusatyang menghubungkan kita dengan dunia luar (makrokosmos). Adapusat akal, ada pusat kemahuan, ada pusat kesedaran, pusat-pusatingatan. Lain daripada pusat-pusat tersebut ada pula yang geraknyalangsung di luar kemahuan kita seperti jalan nafas, jantung, usus,pembuluhan-pembuluhan darah dan lain sebagainya yangdinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini adalahgerakan di dalam batang tubuh kita yang bertujuan menjaminkehidupan kita.

Kedudukan kepala dan isinya ialah bahagian teratas daribatang tubuh kita. Di dalamnya terkandung akal, ingatan,kemahuan dan kesedaran. Pada waktu kita tidur, maka seluruhkegiatan hidup kita terserah pada diri yang tak pernah tidur, danterletaklah batang tubuh kita dalam keadaan istirahat oleh keletihanpada siang harinya. Pada waktu bangun, diri mendatangkankesedaran dan ingatan pada kita, dan kegiatan kita mulai timbulkembali dengan datangnya kemahuan hendak duduk, mandi dansebagainya untuk melakukan tugas kita sehari-hari.

Diri membangunkan badan ialah melalui kesedaran terus keingatan. Ingatan mendatangkan akal. Akal menerbitkan kemahuan.Kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak perbuatan. Begitupula badan yang hendak beristirahat, perjalanannya ialah darikemahuan kepada akal atau pertimbangan, dari akal ke ingatan,dari ingatan kepada kesedaran dan beransur-ansur kesedaran hilangdan tertidurlah badan. Dan tinggallah diri yang tak pernah tidur

Page 97: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal87

dengan kegiatan-kegiatannya di dalam yang melahirkan pergerakanjalannya pernafasan, jantung, usus, pembuluh-pembuluh darah danlain sebagainya. Dan kesemuanya itu berlangsung di luarkemahuan kita dan bertujuan menjamin hidup kita.

Ke mana perginya tenaga-tenaga dari kesedaran, kemahuan,ingatan dan akal kita itu di waktu kita tidur? Proses kejadian inimenunjukkan kepada kita bahawa pada kita ada tenaga yangtersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita.Perumpamaannya ialah seolah-olah sekelompok kambing denganpengembala, yang dengan adanya pengembala maka kambing-kambing dapat dikumpulkan dalam satu kelompok, dapatdihantarkan ke tempat-tempat yang banyak rumput, yang ada airuntuk akhirnya dihantarkan kembali ke kandangnya. Atau secaragaris besarnya, ibarat si pemburu dengan senjata atau penunggangdengan kudanya.

Bagaimana kedudukannya di dalam badan kita? Untuk dapatmenjawab pertanyaan ini kami pergunakan ayat 35 dari Surat an-Nur, yang ertinya :

“Allah memberi cahaya langit dan bumi.Umpama cahayaNya kepada orang beriman, sepertisebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya adapelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatanlaksana bintang yang berkilau-kilauan di langit.Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yangberkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh diTimur dan tiada pula di Barat, hampir minyak itubercahaya dengan sendirinya, meskipun tiadadisentuh api. Cahaya berdamping dengan cahaya.Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagimanusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

Tenaga yang tersembunyi yang ada pada kita itu ialah tenagarohani yang berasal dari dalam batang tubuh kita. Timbulnyarohani disebab-keranakan adanya jasmani atau lebih terang, rohani

Page 98: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 88

adalah gambaran dari jasmani. Rohani adalah tiruan dari jasmani.Perkembangan rohani ialah bergantung kepada perkembanganamal perbuatan jasmani. Rohani orang beriman berlainan denganorang munafik. Rohani orang berbuat baik berlainan dengan rohaniorang berbuat jahat.

Allah memberi perumpamaan cahaya-Nya kepada seorangberiman seperti sebuah lubang di dinding rumah. Di dalamnya adapelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintangyang berkilau-kilauan di langit dan seterusnya.

Cahaya orang beriman berlain dengan cahaya orang yang tidakberiman. Berlainan cahaya itu disebab-keranakan berlainan amalperbuatan. Perbuatan yang baik berlainan dengan pekerjaan yangburuk. Tindak-laku yang jahat berlain dengan perbuatan baik.Corak perbuatan kita itulah yang membayangkan cahaya kitakeluar. Cahaya yang asli akan bertambah bersinar bagi merekayang berbuat baik, dan akan pudar dan bertukar bagi mereka yangberbuat jahat. Hasil dari berbuat baik ialah pahala, dan hasil berbuatjahat ialah dosa.

Adalah rohani itu tersusun dan terdiri dari zat-zatatau elektron-elektron hidup yang mengandungtenaga elektro-magnetik. Apabila elektron-elektronitu keluar dari susunannya iaitu rohani, maka tenagayang keluar dari proses ini besar sekali, akan tetapighaib. Ertinya tidak dapat disaksikan denganlangsung. Tenaga yang keluar ini dinamai tenagaghaib (metaenergy). Dengan metaenergy kita dapatmengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan. Oleh kerana tiap-tiap orang mempunyaimetaenergy, dan ini dapat dikerahkan atas kemahuanyang teguh, maka tiap-tiap orang dapat mencapaisemua cita-cita asal mempunyai kemahuan yangteguh.

(Alam fikiran; Dr R. Paryana Surjadipura.)

Page 99: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal89

Telah diketahui bahawa pada kita ada itu metaenergy yangmempunyai banyak kemungkinan-kemungkinan, dan alangkahbaiknya kalau kita dapat menguasai dan merasakannya yang takdapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga ghaib itu mengaliriseluruh batang tubuh kita di dalam yang mana kalau kita dapatmenurutkan jalannya, kalau digambarkan akan menghasilkangambar kita sendiri yang disebut rohani. Dan itulah pula dia diriyang terdiri dari zat-zat hidup. Untuk dapat mempunyai, menguasaisampai dapat merasakan itu tenaga ghaib, tentu kita harusmenembus dinding kita sendiri supaya kita dapat menemuinya.

Pada pemecahan kita dengan keterangan kita telah menemuijalan diri sendiri dengan menembus kulit dan bulu kita, kalaudiperhatikan dengan saksama kita telah sampai pada kepastianbahawa kita telah mempunyai tenaga ghaib atau dengan bahasaasingnya metaenergy. Dengan telah mempunyai tenaga ghaib itu,janganlah hendaknya terus dianggap kita telah dapat berbuat apayang kita inginkan. Kita harus mempelajari lebih dahulu akanselok-belok keadaan diri kita, walaupun telah diketahui bahawa diriitu terdiri dari susunan elektron-elektron atau bion-bion (zat-zathidup).

Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, yang terdiri darisusunan zat-zat hidup dan yang letaknya di dalam batang tubuh kita(yang di namai badan), mengaliri seluruh keadaan kita atau apayang ada pada kita menurut saluran-saluran tertentu seumpamadarah dari jantung kita yang mengaliri seluruh batang-tubuh kita.Keseluruhan aliran itu mendatangkan (menimbulkan) rohanisebagai gambaran dari jasmani kita.

Dengan keterangan di atas, maka dapatlah kita memahamibahawa diri kita yang disifatkan ghaib itu mempunyai pula apayang ada pada badan kita dengan serba ghaib pula, dan alirannyayang berisikan tenaga-tenaga itulah yang kita namakan tenagaghaib.

Sebelum diri dapat menembus dinding (bulu dan kulit kita),

Page 100: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 90

maka lapangan bergerak dari tenaga batin kita ialah di dalamsahaja, akan tetapi setelah kita dapat menembus kulit dan bulu kita(tegasnya alam sendiri), maka dengan sendirinya lapanganbergerak tenaga yang tersembunyi kita itu telah meluas dan bebas.Akan tetapi, apa ertinya bagi kita keluasan dan kebebasan bergeraktenaga batin sendiri itu? Untuk dapat mempergunakannya,hendaklah kita mengerti akan keadaannya yang sebenarnya, danbukan itu sahaja, kita harus dapat mengetahui selok-belok keadaanalam lain dengan isinya dan dapat pula menghubunginyahendaknya.

Kita (manusia) mengenal alam yang kita diami sekarang ini(alam nyata) semenjak kita dilahirkan. Kita jalani kehidupan kita dialam ini dengan suka dan duka, dengan pertolongan badan lahirkita. Pendidikan, pergaulan dan pengalaman menunjukkan kepadakita akan adanya makhluk-makhluk lain seperti syaitan, iblis, jinn,dewa-dewa, penunggu-penunggu dan lain-lain, yang keadaannyaberlainan dengan kita manusia berbadan kasar ini. Begitulah pulapengetahuan keagamaan menunjukkan kepada kita akan adanyaTuhan Yang Maha Esa, malaikat-malaikat, roh-roh suci, arwah-arwah, syurga dan neraka dan lain-lainnya. Makhluk-makhluk yangkita sebutkan di atas ialah semuanya makhluk hidup, yang masing-masing hidup di alamnya sendiri pula, akan tetapi pasti tidak sepertikita manusia yang bertubuh kasar ini.

Kita mengenal dunia kita dengan pertolongan badan kasar kitadengan alat-alatnya (keupayaan pancaindera). Akan tetapi kitadengan badan kasar kita tidak dapat melihat makhluk-makhlukhalus yang disebutkan di atas. Bila kita berpisah dengan badankasar kita, mungkinkah kita dapat mengenal dan melihat makhluk-makhluk halus yang seperti tersebut di atas? Satu pertanyaan yangsulit dan yang tak terpecah oleh akal.

Sebagai manusia biasa kita mungkin dapat melihat makhluk-makhluk halus di dalam khayalan kita yang digambarkan oleh alamfikiran kita (yang pada umumnya sifatnya mengerikan dan

Page 101: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal91

menakutkan seperti gambaran raksasa, hantu, jin dan lainsebagainya) dan kebanyakan diambil pula dari bayangan ceritaorang yang hasilnya dari khayalan akal fikirannya pula. Keteranganini tak dapat kita begitu sahaja menerimanya oleh kerana tak masukakal. Kejadian-kejadian seperti tersebut di atas yang menimbulkanatau mendatangkan takut pada perasaan disebab-keranakan jiwayang kecil lagi lemah dan dengan tidak mempergunakanpertimbangan akal (menerima sahaja) akan keterangan-keteranganorang-orang yang sambil bercerita menggambarkan perihal yangbukan-bukan pada kita manusia yang bersandarkan kepadakenyataan semata-semata.

Bagi orang yang berdasarkan kebendaan, boleh sahajamengatakan tidak percaya kepada adanya hantu-hantu, jinn-jinn,penunggu-penunggu dan lain-lain yang sifatnya halus lagi ghaib,sebelum mengalami sendiri peristiwa-peristiwa ghaib. Sebaliknyabagi orang-orang yang tak berpendirian atau bagi orang yangbelum mempunyai pegangan, tidaklah pula baik akan menerimasahaja dan terus menelannya apa-apa yang dikatakan orang,terutama mengenai perihal yang halus-halus, yang tidak nyata,yang ghaib-ghaib.

Kita dapat mendengar dari cerita-cerita orang akan adanyaorang halus, jinn, hantu, raksaksa dan lain-lain yang mengerikandan akan adanya dewa-dewa, arwah-arwah, roh-roh suci, malaikat-malaikat, bidadari-bidadari yang ceritanya menyenangkan perasaandan mendatangkan keinginan untuk supaya didatanginya atauhendak menemuinya. Bagaimana mestinya kita menghadapi segalakemungkinan-kemungkinan itu? Untuk menghadapi segalakemungkinan-kemungkinan itu, hendaklah kita berpendirian danmempunyai suatu pegangan yang kuat lagi benar.

Berpendirian bererti tahu di diri yang sebenarnya danmempunyai suatu pegangan, bererti tahu di harga diri sehingga diriitulah yang menjadi pegangan hidup kerana diri itulah yangsebenarnya hidup. Mengetahui diri serta mengenalnya sampai

Page 102: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 92

berdiri pada diri sendiri, yang tegak seperti Alif yang duduk sepertiWau yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung. Itulahdia diri yang bagi badan kita berdiri dengan sendirinya. Itulah puladia yang tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan; kalau digeserlaju, dibubut mati. Dan adalah yang di luar dari kita ialah badan(berbentuk dan berupa dan berasalkan dari tanah). Dan semuanyaakan kembali dan dikembalikan ke asal iaitu tanah kepada tanah,air ke air, api ke api dan angin ke angin, dan walhasil-asal atau dibalik asal semuanya tidak ada kecualinya, atau kembali kepadaTuhan. ‘Inna lillahi wa-inna lillahi rajiuun.’

Dan akan musnahlah semuanya kecuali Dia Yang Asli, YangMenjadikan segala yang dijadikan, Yang Mengadakan segala yangdiadakan, Yang Mematikan segala yang dihidupkan dan YangMenghidupkan segala yang dimatikan. Dia Yang Maha Besar tidakberupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,Yang Membentuk segala yang berbentuk, Yang Merupakan(memberi rupa) kepada segala yang berupa. Dia terahsia bagiseluruh umat, bagi seluruh makhluk, bagi seluruh hamba, danadalah bagi orang yang hendak mencari-Nya, menjadi tugasnyalahuntuk memecahkan Rahsia-Nya untuk dapat mengenal-Nya sampaidapat menemui-Nya. Dia sangat dekat bagi orang yang telahmengetahui Ilmu-Nya dan sangat jauh bagi orang yang tak tahuakan Rahsia-Nya. Carilah dia yang berada di alammu sendiri lebihdahulu sebelum engkau mencari-Nya yang berada di alam mahabesar lagi maha luas yang tak bertepi dan sebelum engkau mencariyang lain-lain yang bertaburan di bumi kita ini (tegasnya dalamalam semesta).

* * *

Dia memberi dan mengisi kehidupanmu. Hidupnya tidakbergantung padamu, akan tetapi kehidupanmu bergantung padanya.Dia tidak mencari yang bukan-bukan dan sentiasa duduk di

Page 103: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal93

tempatnya. Dia tidak keluar, akan tetapi rezeki baginya mendatang,begitupun seluruh keperluannya. Dia didatangi dan mendatangiorang tertentu. Dia mengerti semuanya, sayang banyak orang takmengerti padanya. Yang dicarinya yang tak dicari orang dan yangtak dapat banyak orang mencarinya iaitu yang tidak ada, tetapi ada,ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan. Berguna untukdirinya dan tak bermanfaat bagi orang banyak.

Carilah dirimu sendiri lebih dahulu sebelum kamu mencariyang lain-lain. Diri yang bagi badanmu berdiri dengan sendirinya,yang tegak seperti Alif, yang duduk seperti Wau.

Kalau kamu telah dapat menemui dirimu, carilah pula yangtergantung tiada bertali dan yang bertali tiada bergantung. Sebelumdapat menemuinya yang bertali tiada tergantung, yang tergantungtiada bertali, bererti belumlah pula faham kita akan diri kita sendirikerana dengan berpegang kepada yang tergantung tiada bertali kita,tak bisa bikin apa-apa dan bagitu pula dengan berpegang kepadayang bertali tiada bergantung tidaklah sempurna kejadian kita.Dengan dapat menemui dan memahami akan kedua-duanya, makadapatlah kita tali pergantungan sehingga dengan mengambil talipergantungan itu sebagai pegangan. Maka bererti pula kita telahmempertemukan satu dengan yang lain, pertama yang bergantungtiada bertali dan yang kedua yang bertali tidak tergantung.

Yang tak ada pada yang tergantung iaitu tali dan yang tak adapada tali iaitu tempat bergantung, dan penyatuan kedua-duanyamenghasilkan tali pergantungan seumpama pertemuan antaranegatif dan positif. Satu tetapi dua (contoh stroom dengan kabel).Itulah di antaranya rahsia dari diri kita, gantung-bergantung satusama lain, perlu-memerlukan, memberi dan menerima. Yang diberinikmat, yang diterima rahmat. Sudahkah kita menemui tali yangdimaksud? Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepadajalan yang telah ditemui iaitu setelah dapatnya kita keluarmenembus alam zahir kita sendiri melalui hujung jari-jari kita.Setelah pintu terbuka dan jalan telah ditemui, apa kita terus berjalan

Page 104: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 94

keluar mencari apa yang dihajati? Untuk ini, kita harus berhati-hatisangat kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan yang telahditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang baharu,yang belum pernah dikenal sebelumnya, akan tetapi yang pastisudah adalah itu jalannya diri kita dari dalam menembus alamnyasendiri.

Sebelum kita bergerak ke luar pada jalannya, maka terlebihdahulu hendaklah kita bergerak ke dalam dengan jalannya gunauntuk mengetahui keadaan diri kita sendiri di dalam. Untuk inihendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang-ulangsebagai latihan, sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yangada di badan kita ada pula di diri kita, atau kita sampai dapatmengetahui bahawa diri kita itu terdiri dari seperti apa yang adapada badan kita. Kita terus berlatih sampai terlatih, sampai kitamengenal akan peribadi sendiri, dan diri sendiri yang berbuat, dansampai diri mengenal badannya yang kasar. Peralihan dari badanmengenal diri dan dari diri mengenal badan dapat kita ketahui, kitalakukan dan fahami hendaknya dengan pandainya kitamembawakannya. Kita lakukan dengan mengadakan perjalanan.Jalan yang kita pakai iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kitaberjalan meninggalkan pangkalan, kita mesti pandai pulahendaknya kembali ke pangkalan dengan tidak sesat. Latihan yangsaksama dan teliti menyebabkan kita mengenal dan menemui dirisendiri dengan perlengkapannya, dan penemuan kita pada diri danperlengkapannya bererti kita telah menemui diri rohani kita yangmerupakan gambaran dari jasmani di dalam badan kita. Kitasekarang telah mengenal rohani dan telah mengenal pula badanatau jasad atau yang dinamakan jasmani.

Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari diridengan perlengkapannya dan sampai kepada penemuan kita kepadarohani kita sendiri, kalau diteliti dengan saksama adalah jalan itualiran dari rohani kita sendiri yang bertitik-tolak dari diri kitasendiri. Tindak-laku perbuatan kita ini kalau diumpamakan tak

Page 105: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal95

ubahnya seperti kita memudiki sungai semenjak dari muara denganmenempuh jalan yang berliku-liku kita mencari hulunya. Dan apasebabnya setitis air yang begitu bersih dan jernih berasal darigunung, bertambah dekat ke muara (jauh dari hulu) menjadi keruhdan mengandung bermacam-macam kuman-kuman? Begitu puladiri kita di dalam yang tadinya suci bersih, oleh kerana tindak-lakuperbuatan kita sehari-hari dalam menjalankan kehidupan, berubahcorak warnanya, ibarat intan terbenam di dalam lumpur.

Maka adalah kewajipan tiap-tiap kita yang mencari danmenuju kepada kebaikan dan kesempurnaan, sebelum melangkah,bersihkanlah lebih dahulu diri dengan tindakan dan perbuatan, danterhadap Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayangbacalah istighfar sebanyak mungkin. Diri peribadi kita masing-masing adalah suci dan bersih kerana datangnya dari Yang MahaSuci. Tindak-laku perbuatan kitalah yang menjadikan dia kotoratau tetap bersih. Intan telah terbenam ke dalam lumpur. Penelitiankepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengansaksama, maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah dia itupancaran dari kita sendiri dari dalam yang telah dapat menembusalamnya sendiri. Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dansebagainya. Jalan yang kita katakan itu ialah kabelnya. Stroomyang kita temui itu bukanlah seperti stroom elektrik yangberasalkan dari benda mati bikinan kita manusia, melainkanberasalkan dari zat-zat hidup yang dinamakan orang bio-elektrositatatau elektro-magnetik. Dan adalah tenaga yang keluar ini yangberasal dari elektron-elektron hidup, dinamakan tenaga ghaib ataudengan bahasa asingnya metaenergy.

Dengan huraian kita tersebut di atas, maka kalau kitamenurutkan aliran yang dinamakan jalan atau kabel yangmengandung stroom itu, maka kita temuilah tali yang dihuraikanpada huraian kita sebelum ini iaitu yang dikatakan bertali tetapitiada tergantung, dan kalau diturutkan terus sambil mempelajaridengan saksama maka akan bertemulah pula dengan yang

Page 106: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 96

tergantung tiada bertali.Kita telah menemui diri kita yang tergantung tiada bertali,

bertali tiada tergantung, dan untuk membuktikan yang diri itu tegakseperti Alif yang duduk seperti Wau, maka kita harus menurutkangerak aliran diri itu di dalam, sehingga kita dapat menemui yangtegak seperti Alif yang duduk seperti Wau itu. Untuk dapatdimengerti dan diketahui, maka yang bertali tiada tergantung dantergantung tiada bertali dapat kita temukan dengan perantaraangerak aliran tangan kita, yang diturutkan dan yang tegak sepertiAlif, yang duduk seperti Wau dapat kita temukan denganmenurutkan gerak diri di dalam batang-tubuh kita setelah geraktangan berhenti.

Dan di bidang ilmu pengetahuan, yang boleh kita berasabahagia ialah penemuan kita akan diri sendiri, dan oleh kerananyapula kita telah dapat mempunyai dan menguasai tenaga ghaib ataumetaenergy. Metaenergy yang kita telah dapat menemui danpunyai itu berasal atau keluar dari susunannya rohani kita yang takdapat dilihat dengan langsung.

Tenaga ghaib ini berdasarkan pendapat Bapak Dr. R. ParyanaSurjadipura dalam buku ‘Alam Fikiran,’ pada hakikatnya lebihtinggi darjatnya dari atomic energy. Pangkalnya elektron hidup,(bion) bebas dari segala ikatan (dapat bergerak dengan kemahuansendiri) dan dengan kecepatan kilat menjadi bahagian dari makhlukhidup. Oleh kerana itu tenaga yang hidup aktif kerana mempunyaifikiran dan budi pekerti, dapat dikerah atas tekanan kemahuan yangteguh, dapat bertindak di luar benda hingga dapat meluas keseluruh alam.

Metaenergy (tenaga ghaib) ini dapat pula meruntuhkansusunan atom (deconstruct). Berhubung dengan itu, maka denganmetaenergy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kitaidam-idamkan, dan oleh kerana tiap orang mempunyai metaenergydan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap-tiaporang dapat mencapai semua cita-citanya.

Page 107: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal97

Untuk dapat mengetahui benar tidaknya huraian atau pendapatBapak Dr. R. Paryana itu, dan untuk dapat mengetahui benar atautidaknya metaenergy yang kita perdapat itu, untuk menyesuaikandengan apa yang diucapkan Bapak Dr. R. Paryana itu, hendaklahkita mengadakan percubaan-percubaan dengan berani mengambilrisikonya sehingga kebenaran itu menjadikan suatu perbuatan atautindak-laku yang meyakinkan bagi kita hendaknya.

Sekarang timbul pertanyaan, tidakkah kiranya melemahkankepada diri kita dengan pemakaian tenaga-tenaga rohani itu? Bagiorang yang belum dapat mengerti dan yang belum dapatmempunyai tenaga ghaib yang dimaksud, apalagi belum tahu carabekerjanya tenaga ghaib itu, tentu menjadikannya suatu pertanyaanbesar baginya dan sulit untuk menjawabnya, apalagi pekerjaan inisesuatu yang tak masuk akal dan menakjubkan kalau terjadi.

Bagi mereka yang mahu meningkatkan ilmu pengetahuannyadi bidang ini (Metafizik - Ilmu kebatinan - Ilmu Latifah), dapatkami menerangkan bahawa adalah sifat bekerjanya tenaga itusemenjak dari dalam batang-tubuh kita (yang berpangkalan darikumpulan zat hidup lagi sempurna) ialah berbuat dengansendirinya (automatik) dan yang tak boleh dilupakan untukdiketahui, dia mempunyai fikiran dan budi pekerti. Dan untukdiketahui pula adalah zat-zat hidup yang ada pada kita itu tidaksahaja ada pada kita (di diri kita sahaja), melainkan juga banyak diluar. Sifat automatiknya itu kalau kita mengerti, apalagi tahumembawanya, tidak akan melemahkan kita kerana sungguhpunsama kita dia hanya sedikit dalam pengertian atau dugaan, tetapi diluarnya (di alam yang maha luas ini), sangat banyak bilangannya.

Dengan berpegang teguh pada tali-tali dan jalan-jalan yangtelah ditemui itu bererti pula kita telah berdiri di bidang rohani. Dandengan telah bertemunya kita yang tergantung maka kita temuilahpula diri kita sendiri.

Sebermula dalam perjalanan kita, kita temui jalan. Setelahjalan itu kita turutkan dengan tujuan untuk mencari diri, di tengah

Page 108: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 98

perjalanan kita temui tali-tali yang kami namakan bertali tiadatergantung, dan pada perjalanan seterusnya kita temui yang tiadatergantung, dan pada perjalanan seterusnya kita temui yangtergantung tiada bertali yang kami katakan itulah diri kita.

Perjalanan dari luar ke dalam yang telah kita lakukan itu ialahperjalanan untuk mengenal diri. Terdiri dari apa itu diri? Untukdapat menjawabnya hendaklah kita teruskan penelitian kitamengenal diri sendiri itu. Setelah kita dapat melakukan dari luar kedalam sampai kita dapat menemui yang tergantung tiada bertali,kita lakukanlah pula perjalanan dari dalam ke luar. Perjalanan kitaitu dilakukan dari diri sendiri yang telah ditemui, yang sama jugakalau diertikan titik tolak kita dari yang tergantung tiada bertali.Dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangankita itu maka dalam perjalanan kita akan temui pula yang bertalitiada tergantung, dan kalau diteruskan perjalanan yang bertali-taliitu sambil mengadakan penelitian, maka tibalah kita pada saat kitamenembus alam sendiri atau badan diri kita. Penelitian kita yangsaksama pada tali-tali yang tiada tergantung dalam perjalananuntuk menuju keluar (menembus dinding sendiri), maka kita akandapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu-pintu akanterbuka melalui hujung tali-tali itu dan kalau ini telah terjadi makakita akan dapat merasakan ini melalui hujung jari-jari kita.

Rasa yang terasa di hujung jari-jari itu adalah pancaran daridiri kita di dalam, yang merupakan stroom, stroom ghaib yangdinamakan orang elektro-magnetik atau bio-elektrositat. Elektroberasal elektron dan bio dari bion. Maka adalah pancaran itu alirandari diri kita itu, maka kita harus mengadakan penelitian danpenyelidikan pada isi dari pancaran diri itu.

Penyelidikan yang mendalam pada isi dari pancaran kitasendiri itu mendatangkan pengetahuan pada kita bahawa adalahyang dinamakan isi dari pancaran itu terdiri dari zat-zat hidup dandatangnya dari diri yang hidup (dengan pengertian bukan dari zat-zat yang dihidupkan yang berasal dari benda material). Dan dengan

Page 109: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal99

kemahuan yang teguh dapat pula kita mengetahui keadaan zat itusatu per satu, yang mana kalau boleh digambarkan akan merupakantitik-titik terang. Dan adalah tenaga-tenaga yang keluar itu besarsekali, dan oleh kemahuan yang teguh dapat dikerahkan menurutkemahuan kita. Dan dengan kemahuan yang teguh, amat banyakkemungkinan-kemungkinan yang diidam-idamkan denganmempergunakannya bisa diperdapat.

Dan adalah kedudukan kita dengan tenaga ghaib kita itulaksana seorang pemburu dengan senjata automatik di tangannya.Di kala ada musuh, senjata tersebut tidak akan bergerak sendirimenembak kalau tidak si pemburu yang bergerak untukmenembaknya. Hanya perbezaannya, senjata ialah benda matisedangkan tenaga ghaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup. Danoleh kerana dia hidup, maka pengalaman-pengalaman dankemahiran kita dalam memakai dan mempergunakannyamenambah pengertian kita kepadanya lebih mendalam satu samalain, sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya, makadia yang tadinya asing dan liar bagi kita telah menjadi menurutpada kita. Dengan perkataan lain, kita telah mengerti padanya dandia telah mengerti pula pada kita. Peningkatan, pengertian kitakepadanya akan meningkatkan pula kedudukan kita. Kalau tadinyakita dengannya diumpamakan laksana seorang pemburu dengansenjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu adalah laksana sipenunggang dengan kudanya.

Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapatsenjata, terlebih dahulu tentu kita pelajari senjata kita. Kita berlatihbagaimana cara merawatnya (memeliharanya) dan waktu itu alamfikiran kita ingin hendak berburu untuk menembakkan senjata kita.Kita pergi berburu atau kita cari perburuan guna untuk mencubadan memakai senjata kita, sehingga sampai mahir kita dalam caramemakai dan mempergunakannya. Seorang pemburu yang baik,selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan senjata,juga hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya dan sebaik-

Page 110: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 100

baiknya berbudi-pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakanfikiran dan berbudi itu? Maksudnya ialah supaya kalau kitamenembak, janganlah sebarang tembak sahaja. Apalah gunanyaumpamanya kita menembak seekor binatang yang tak akanmemberi faedah kepada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadibangkai? Apalagi dia tidak mengganggu kita? Bukankah dia jugamakhluk hidup dan ingin pula memperkembang kehidupan dialamnya sendiri? Seorang pemburu yang berbudi danmempergunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembaksebarang buruannya, dan tidak akan membuang peluru sebarangsahaja.

Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadimendatangkan peningkatan pada kedudukan kita dari seorangpemburu dengan senjata kepada seorang penunggang dengan kuda.Bagi seorang perajurit, adalah ini kenaikan pangkat dari seorangperajurit yang berjasa kepada kepala pasukan.

Masa menjadi seorang pemburu sebagai period (tahap)pertama telah kita lewati, dan sekarang kita memasuki periodkedua iaitu jadi seorang penunggang dengan kuda. Kuda ialahkenderaan bagi kita. Kalau tadinya kita dengan bersusah-payah danmemakai waktu yang lama mencapai tujuan kita, maka denganperubahan kedudukan kita itu (dengan kenderaan yang telah kitapunyai), maka akan lebih cepatlah kita sampai pada tujuan kita.Dalam praktik, kalau kita tadinya mengangkat senjata untukmenembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan, untukmencapai tujuan kita harus memegang talinya supaya dapat kitakendalikan.

Kalau tadinya kita mempunyai senjata, maka denganmeningkatnya kedudukan kita (sebagai tambahan), kitamempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya kedudukan kita jadimerangkap, bahawa kita boleh jadi si penunggang dan sekaligus sipemburu, dengan mempunyai kenderaan kuda merangkap senjata.Kalau si pemburu meletakkan senjata, maka berpisahlah antara

Page 111: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal101

yang satu dengan yang lain. Begitu pula kalau si penunggang turundari kudanya. Si pemburu, walau bagaimana sekalipun mahirnyamemakai senjata, kalau akan mempergunakan senjatanya, selamadia melakukannya dengan sikap duduk atau berdiri. Si pemburuyang mahir tadi setelah menjadi si penunggang kuda, sambilberjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangannya, diaharus pandai mempergunakan senjatanya. Untuk ini, si penunggangtentu mengadakan latihan-latihan dan mencari pengalamansebanyak mungkin.

Peralihan kita dari si pemburu kepada si penunggang tidakakan membawa perubahan pada badan kita secara kenyataan.Perhatikanlah seseorang yang memegang dua jabatan yangdinamakan merangkap. Umpamanya presiden merangkap perdanamenteri. Orangnya itu juga. Atau menteri dalam negeri merangkapgabenor atau kepala daerah ibu kota dan lain sebagainya. Akantetapi, peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatianyang saksama untuk diketahui proses perkembangannya sebabsangat berguna untuk kemajuan diri kita dan bagi masa depan kita.

Senjata dari si pemburu yang kita jadikan perumpamaan daritenaga ghaib yang telah kita punyai itu tadinya kita anggap barangmati, aneh lagi ajaib setelah kita dapat mengenalnya, mengalihpandangan dan pengertian kita kepadanya dari barang mati kepadabarang yang hidup. Tetap aneh dan ajaib, apalagi setelah kita dapatmenurutkan jalannya, perkembangnya dari senjata ke kuda. Makabertambah yakinlah kita bahawa tenaga ghaib kita itu hidup danberasal dari sesuatu yang hidup, yang keluar dari diri kita melaluibadan kita dan menembus alam sendiri melalui hujung tali-taliyang bertali tiada tergantung, dan dapat kita merasakannya melaluihujung jari-jari kita.

Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalanyang ada di dalam batang-tubuh kita atau menurut saluran badankita, dan oleh kerananya (berdasarkan perkembangan itu)menjelmalah badan kita sendiri atau dengan perkataan lain, kita

Page 112: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 102

membentuk badan diri sendiri menurut bentuk yang telah ada.Perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnyadari tenaga ghaib, maka tak dapat pula kita melihatnya denganmata biasa.

Berdasarkan keterangan di atas, maka perkembanganselanjutnya dari senjata kita tadi yang pada permulaannya dengankata perumpamaan ke kuda, dan dari sini kalau kita mahumeningkatkan lagi setingkat ke atas ialah kepada kesempurnaan,atau insan kamil yang meliputi keseluruhannya. Dalamperkembangannya tenaga ghaib itu ke dalam ialah diri membentukdiri melalui saluran-saluran yang telah ada di dalam batang-tubuhkita. Oleh kerananya, pengembaraannya itu membentuk badansendiri lebih dahulu sebelum dapat membentuk diri sendiri. Untukkesempurnaannya, sesudahnya kita dapat membentuk diri danbadan kita, maka adalah kewajipan kita untuk mengisinya menurutisi batang-tubuh kita yang telah ada selengkapnya. Kelengkapandari batang-tubuh kita dengan isinya dapat disimpulkan terdiri dariurat, tulang, otak, benak, bulu, kulit, darah, daging, hati, jantung,limpa, rabu dan empedu.

Diri mengisi diri dengan diri. Diri memperkembangkan dirisampai meliputi keseluruhannya. Yang diliputi ialah badan diri.Tindak-laku perbuatan memperkembang sampai meliputi itubererti diri membentuk diri dan mengisinya. Sesudah itumemperkembang diri sendiri. Memperkembang diri sendiri berertimengisi badan diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejakdari luar sampai ke dalam. Dengan demikian, maka dirimembentuk badan sendiri di dalam. Maka berdirilah aku; batincukup dengan perlengkapannya dengan sempurna.

Diri yang telah sempurna ialah:• Diri yang telah bangun dari tidurnya• Diri yang telah mengetahui akan keadaannya• Diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia

Page 113: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal103

sebenarnya• Diri harus menyayangi badannya, mengetahui

keperluannya, mengetahui tugas kewajipannya sebagaiseorang manusia, mengetahui tugas kewajipannyasebagai hamba Allah (abdi Tuhan).

Untuk itu dia harus bergerak, harus berjuang, harus berbuat,harus berlaku dan harus bertindak kalau perlu. Dia harusmempelajari alam sekelilingnya, tahu mana yang kawan manayang lawan, tahu mana yang baik dan mana yang buruk, tahuombak yang bersambung angin yang akan bertiup, tahu gabak(awan) yang akan menjadi hujan. Dan masih banyak lagi yang akandiketahuinya. Penglihatan mesti tajam, pandangan mesti terang,jauh ke muka; ke kiri dan ke kanan. Dengan begitu maka kita mulaimengenal alam di luar alam kita sendiri. Pelajarilah alam sendiridengan saksama sebelum kita memasuki dan mempelajari alam diluar alam kita. Kesempurnaan kita berlaku denganmemperkembang diri kita sampai meliputi keseluruhannya, yangmana proses perkembangannya ialah:

• Dari tak tahu-menahu menjadi seorang pemburudengan senjata di tangan

• Dari seorang pemburu dengan senjatanya menjadi sipenunggang dengan kudanya

Kita yang tadinya telah menjadi manusia dalam prosesperkembangan seperti yang disebutkan di atas, tetap jadi manusiawalau apapun yang terjadi pada diri kita. Yang dijadikan senjatapada kita iaitu diri. Diri berkembang terus sampai menjadi kuda,bererti kenderaan bagi kita. Dan selanjutnya kalau ditingkatkanterus pengetahuan kita mengenai diri kita, maka diri itu akanberkembang terus menjadi kita sendiri sehingga berdirilah diri kitaitu lengkap dengan perlengkapannya yang ada.

Kita yang telah menemui diri sendiri, telah mengenal betulakan dirinya dan telah berkembang pula menjadi kita yang

Page 114: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 104

bernama Aku dan telah berada di muka pintu, bertanya, “Mahuapa, dan hendak ke mana Aku?”

Semenjak diri telah lengkap berdiri seperti denganperlengkapannya yang ada, maka semenjak itu pula akan berlainanpandangan hidup kita dari yang sudah-sudah seumpama siangdengan malam atau ibarat terang dengan gelap. Perjalanan hidupyang telah dibawakan selama ini, sebelum kita dapat mengenal dirikita ialah berjalan pada malam hari atau berjalan di dalam gelap,meraba-raba dengan tidak punya pegangan atau jalan sebagaipetunjuk dalam perjalanan.

Saya yang telah ada, berlainan dengan ‘A’-ku yang telahberdiri. Untuk membuktikan perbezaan antara saya dan engkau,kami tunjukkan contoh kepada Presiden Sukarno di waktuberpidato apabila dia memakaikan saya dan ‘A’-ku. Di sinilahterletak di antara lain kelebihannya. ‘A’-ku yang berdiri dengansendirinya yang telah ditemui dan dikenal kekuatannya atautenaganya berlainan dari ‘aku’ yang di aku-akui, apalagi yangberaku-akuan.

Pada permulaan kita mengenalnya adalah dia itu nyawa kita,iaitu senjata bagi kita yang dianggap barang mati. Setelah kitatingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yangsaksama menunjukkan kepada kita bahawa dianggap barang matiitu kenyataannya bukanlah mati, melainkan hidup. Dan kelanjutandari penelitian kita menentukan dan menetapkan pula bahawaadalah dia itu terdiri dari kumpulan zat-zat hidup, dan itulah dirikita yang bagi kita ‘berdiri dengan sendirinya.’

Badan yang telah dipersenjatai dengan diri, dan diri yang telahmengenal badannya dan badan yang telah dapat pula mengenaldirinya yang sebenar, telah saling kenal-mengenal satu sama lainsehingga si badan telah menyayangi dirinya dan diri telahmengasihi badannya.

Si badan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu

Page 115: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal105

kekeliruan besar di perjalanan hidupnya yang sudah-sudah yangtelah dibawakannya disebab-keranakan salah pandangan dan salahtangkapan dalam memahami akan keadaannya. Jalan yangditurutinya jalan hampa dan kosong, sedangkan yang teramatpenting dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalananhidupnya disia-siakannya dan tak pernah diikut-sertakannya dalamtindak-tanduknya untuk tujuan atau mendapatkan sesuatu.

Si diri yang tadinya tidak diambil peduli oleh yangmengandungnya mengambil sikap masa bodoh (tidak peduli),walaupun dia yang langsung merasa dan menderita dan meranaoleh perbuatan si badan yang tak tahu di diri itu. Dan setelah sibadan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dia dapatmengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahuibahawa yang dikandung dalam segala hal melebihikesanggupannya dari yang mengandung, maka dengan sendirinyalahirlah pengakuannya pada dirinya sendiri, dengan dalam segalatindak-laku perbuatannya, dirinyalah yang dikemukakannya.

Si diri yang tadinya membisu seribu bahasa disebab-keranakantidak dipedulikan oleh yang mengandungnya, sebelum mencapaipengakuan dan penyerahan yang bulat dari si badan, mulai sedardan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan ituadalah kepunyaannya, teman hidupnya sejati dunia dan akhirat,selapik-seketiduran, sebantal dan sekalang hulu, sehina-semulia, kelurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, sudah tentu tak akanmembiarkan badannya sengsara, merana atau menderita.

Air yang setitis dari gunung, setelah melalui masa jalan yangberliku-liku dalam perjalanannya ke muara telah menjadi sungaidan akan mengharungi lautan lepas. Walaupun jalan yang dilaluibanyak lekuk-likunya, akan tetapi jalannya itu ialah jalan berisi,tiada hampa dan kosong. Adalah yang dinamakan sungai yangtelah sampai di muara itu ialah kumpulan dari titisnya air, danberbagai-bagai tempat dan jurusan yang satu tujuan iaitu laut lepas.

Begitu pulalah laksana diri kita yang terdiri dari kumpulan

Page 116: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 106

serba-serbi zat dan mengaliri seluruh batang tubuh dan memberidaya hidup kepada kita. Jalannya berisi, memberi nikmat, tidakdimurkai dan tidak pula sesat. Dia dikandung oleh yangmengandung. Biasanya yang dikandung ditanggung oleh yangmengandung, akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi darikandungan tersebut, maka yang mengandung yang bersalah, yangdikandung atau si kandung yang menanggung. Yang mengandungtidak mengetahui akan rahsia kandungannya, bahkan tak pernahmenjadi perhatiannya.

Seorang ibu yang mengandung belum dapat mengetahui rahsiakandungannya sebelum kandungan itu lahir. Bagi si kandung yangtelah dilahirkan, kelahirannya itu mengandung pula. Sama-samamengandung, akan tetapi berlainan kandungan. Sama-samamenanggung, akan tetapi berlainan tanggungan. Kita mengandungdalam kita dikandung. Ibu menanggung dalam kita kandung-mengandung. Akan tetapi, kita yang selagi dalam kandunganmengandung, tidak menanggung. Ibu yang mengandung berasabahagia setelah kandungannya lahir atau setelah kita dilahirkan. Sibayi menangis setelah ia dilahirkan. Kenapa begitu? Si ibu yangmengandung berasa bergembira setelah kandungannya lahir. Sibayi menangis sewaktu keluar dari kandungan kerana talipergantungan telah putus, bumi tempat berpijak telah terbenam.Dia harus mencari tali baru untuk bergantung dan bumi barutempat berpijak. Dia dibawa, dididik dan diasuh untuk menghadapikenyataan memenuhi keperluan lahir dan amat sedikit dan terbatasdiberi pengetahuan mengenai yang tidak nyata atau yang ghaib.Dan, pengaruh kenyataan itulah yang menyebabkan dia lupa akandi dirinya sendiri, lupa akan kandungannya.

Si ibu belum akan berasa bahagia sebelum kandungannya lahirdan begitu pulalah hendaknya yang mengandung dalam dikandungitu, seharusnya setelah dilahirkan sebelum akhir hayatnya,melahirkan kandungannya pula hendaknya untuk kesempurnaankejadiannya.

Page 117: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal107

Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yangmelahirkan kita, sampai menjadi besar. Dan pada kelahiran kedua,kita sendiri seharusnya melahirkan kandungan kita kerana yangdikandung dan yang mengandung adalah kita jua. Hanya bezanyaberlainan cara melahirkan. Kita yang mengandung dalamdikandung, rahsianya letaknya di dada. Dan kita yang dikandungoleh yang mengandung, letaknya bukan terahsia lagi melainkansudah diketahui umum iaitu di perut (di rahim) ibu.

Ketentuan jantan-betina, laki-laki atau perempuan seseorangialah setelah dia keluar dari perut ibunya, akan tetapi rahsia dariseseorang letaknya terkandung di dadanya. Rahsia yangdimaksudkan bukanlah rahsia badan (yang bagi ahli anatomi bukanrahsia lagi), melainkan yang dimaksud ialah rahsia diri; pokok-pangkal dari seluruh jalannya kegiatan kehidupan kita sejak daridalam sampai ke luar atau sebaliknya dan seterusnya dunia danakhirat.

Ahli-ahli fizik (physician) telah jauh maju dan telah banyakdapat mengetahui rahsia badan, akan tetapi amat sedikit sekali ahli-ahli yang tahu yang mencurahkan perhatiannya di bidangmetaphysics.

Penemuan kita akan diri sendiri memberi banyakkemungkinan-kemungkinan yang bisa dilakukan dengannya(dengan tenaga-tenaga yang terkandung di dalam yang dinamakantenaga ghaib). Untuk ini kita harus dapat menguasai danmempunyainya secara positif hendaknya, dan dapat mengenalnyadalam erti kata yang sebenarnya. Dari itu, pelajarilah dia secaramendalam sehingga kita dapat mempergunakannya dan mengambilfaedah daripadanya. Tingkatkan terus pengetahuan kita untukmengetahui sesuatu kerana banyak lagi harus diketahui dan yangbelum diketahui.

Adalah ilmu itu tidak sesulit yang diduga dan tidaklahsemudah yang diharapkan. Jauh tidak, dekat pun tidak dari kita.Dan adalah dia itu ilmu sejati, ilmu benar, ilmu dunia dan ilmu

Page 118: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 108

akhirat. Yang sulit ialah jalan untuk mendapatnya (untukmenemuinya). Berapa banyak sudah orang mencari ilmu, akantetapi jarang orang mendapat yang sebenarnya. Kerana apa?Kerana jalan yang dipakainya untuk itu tidak jalan benar. Jalanyang benar ialah jalan yang berisi nikmat, yang tidak dimurkai dantidak pula sesat, jalan yang berpetunjuk, lagi lurus.

Renungkanlah dengan apa yang ada padamu bagaimana(supaya) mendapat jalan itu. Kalau engkau memandang ke luar,engkau akan melihat jalan yang terentang panjang, yang tak habis-habisnya. Jalan itukah yang akan engkau turutkan? Silakan. Bolehcuba. Pada suatu waktu atau ketika nanti, engkau akan berasa danmengatakan bahawa tidak ada yang aku perdapat pada jalan itu.Kalau engkau capek dengan berjalan kaki, boleh cuba naik mobil,naik keretapi. Naik sampan kalau harus menyeberangi sungai. Naikkapal terbang kalau mungkin yang engkau cari di udara. Akantetapi, setelah engkau lalui itu semua dengan ada mempunyaikesanggupan, engkau akan mengatakan pula bahawa, “tidak adayang aku perdapat pada perjalanan itu.” Kenapa begitu? Keranatidak berjalan pada jalan yang benar.

Engkau naik mobil menumpang di jalan mobil. Menumpangdi biduk orang, di kapal terbang, masih menumpang juga namanya.Setelah segala macam jalan engkau turuti dengan tidak mendapatapa-apa yang dihajati, masih ada perbuatan yang lain yang nampakiaitu tidak dengan melakukan perjalanan jauh, cukup di rumah ataudi surau (langgar) dengan bersemadi, berzikir, masuk suluk.Silakan. Boleh cuba dan lambat-laun engkau akan mengatakannanti, bahawa belum diperdapat yang sebenarnya. Kenapa begitu?Kerana tidak berjalan pada jalan yang benar.

Jalan yang benar itu letaknya ialah padamu sendiri iaitu didirimu, bukan di badanmu. Dari itu cari dan temuilah dirimu lebihdahulu dan pelajari akan rahsianya. Penemuanmu akan dirimusendiri, pengenalanmu dengannya dan pemecahanmu akanrahsianya dan penelitianmu yang saksama memungkinkan engkau

Page 119: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal109

akan menemui jalannya. Jalannya jalan terang, bukan gelap.Sekiranya engkau telah menemui jalan yang dimaksud, yang

bererti pula engkau telah menembus alammu sendiri yang dalamkegelapan (si terang menembusi si gelap), engkau harus sangathati-hati menurutkan jalan itu, atau kalau dalam hal ini engkauyang si terang berjalan pada jalannya sendiri, sangat banyakmakhluk-makhluk yang berkeliaran dalam kegelapan mencaritempat untuk berlindung atau bernaung. Mereka meraba-rabadalam gelap dengan tak tentu arah tujuan. Perjalanan kita bagimereka adalah seolah-olah mereka dari jauh melihat cahaya. Danmaka berbondong-bondonglah (berduyun-duyunlah) mereka itumenuju cahaya yang dimaksud. Kalau kita sendiri tak hati-hatidalam perjalanan itu, mungkin kita kehilangan pedoman olehkerana dikerubunginya, apalagi kalau kita sampai ditungganginya.Kalau kita sampai dikerumuninya atau mereka itu pada bergantungpada kita, dan dengan tak disedari sampai mempengaruhi kitasampai ke dalam batang-tubuh kita, maka kita akan kehilanganperibadi, yang mengakibatkan tidak baik kepada jalannyakehidupan kita atau masa depan kita. Dari itu, berpegang teguhlahpada Tali-Tali Allah, pada jalan-Nya dan jangan bercerai-berai.Kembalilah ke jalan yang benar dan jalan itu ada di dirimu, bukandi badanmu.

Mereka yang telah dapat menemui dirinya denganpenelitiannya yang saksama dan mendalam, dan tali-tali itu kalauditurutkan akan menemukan pula akan jalan-jalannya iaitu jalanyang lurus lagi benar. Di dirimulah adanya itu tali-tali, dan didirimulah adanya jalan yang benar yang akan diturutkan. Ingatlahakan kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali dan bertalitiada tergantung. Dengan engkau perdapat itu jalan, maka tidakakan sulitlah rasanya engkau perdapat yang diidam-idamkan.Percayalah pada diri sendiri yang mengandung banyak rahsia itu.

Setelah engkau menemui dirimu dan telah kenal betul akankeadaannya dirimu sendiri, apa sesudah itu yang akan engkau

Page 120: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 110

lakukan? Lengkapkan akan keadaanmu sebab di mukamuterbentang lautan hidup yang maha luas. Sebelum engkaumengharungi lautan hidup, selain dari engkau mempersiapkansegala perbekalan yang perlu, hendaklah engkau mempunyai‘bahtera’ atau kapal, atau setidaknya perahu. Dan ‘bahtera’ ituharus lengkap dengan kemudinya. Untuk mendapatkan danmelengkapkan itu hendaklah engkau perbuat dan lakukan dengandirimu dan dengan apa yang ada padamu. Janganlah sekali-kaliengkau fikirkan hendak menumpang dengan ‘kapal orang.’ Setelahsegala sesuatunya engkau punyai dan kuasai (sudah lengkapsegala-galanya), maka berlabuhlah di muara dengan pengertian‘tegaklah di batas’ iaitu antara luar dan dalam dan lautan hidupterbentang luas di hadapanmu. Layarilah lautan hidup itu denganapa yang ada padamu. Dan di hadapanmu terbentang luas jalanuntuk sesuatu. Dan ini pun bergantung pada kemahuan kerana dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Orang yang tak adakemahuan sama juga dengan bangkai bernyawa.

Kalau tuan ketahui bahawa jalan terbentang luas di hadapantuan, dan kalau tuan dapat merasakan jalan itu, maka turutilah jalanitu, dan jadilah menjadi seorang pengembara yang musafir, yangsentiasa berjalan dan berjalan dan terus berjalan. Jalan yang ditujuatau jalan yang dimaksud ialah jalan yang berpetunjuk, jalan yangberisi, jalan yang memberi nikmat, yang tidak dimurkai dan tidakpula sesat. Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalan kembali kepada-Nya. Bagi kita ada banyak jalan iaitu jalan kehidupan kita. Dari itu,berpeganglah pada ‘Yang Hidup’ kerana pada-Nya yang ada itujalan. Untuk itu, kita mesti ada kemahuan kerana di mana adakemahuan di situ ada jalan. Dan jalan itu kita perdapat dan temuidalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikirankita, melainkan dengan tangan kita sehingga kalau jalan itu telahditemui, maka kita dapat merasakannya, dan jalan itulah yang akanditurutkan, jangan alam fikiran kita. Dudukkanlah dirimu ditempatnya iaitu tempatnya di ketenangan setenang-tenangnya.

Page 121: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal111

Begitupun pula pembawaan kita harus tenang, dan usahakanlahsupaya segala sesuatu-suatunya, diri kita yang berbuat.

Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, iaitu diriyang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita di dalam.Dengan kejadian itu dalam bilangan, maka kita telah menjadi duaiaitu satu di luar yang berbadan, dan yang kedua ialah di dalamyang berdiri. Selagi kita masih hidup namanya di dunia ini, kitatidak bisa menceraikan badan dari diri. Diri dicukupkan dengan apayang ada di badan kita sehingga meliputi keseluruhannya. Daribilangan dua kita harus menuju ke bilangan tiga. Di mana letaknyaitu bilangan ketiga? Oleh kerana kita telah mengatakan bahawayang satu ialah kita yang berbadan, dan kedua ialah kita yangberdiri, maka adalah yang ketiga ialah yang berdiri di luar yangberbadan dan yang berdiri, yang dinamakan saudara.

Bagaimana kita dapat menghubungi saudara kita itu? Kita takdapat menghubunginya dengan yang berbadan oleh keranakenyataannya tidak ada. Keadaannya ialah dalam tiada iaitu ghaib.Maka dengan diri yang telah berdirilah kita dapat menghubungisaudara kita. Penemuan kita dengan saudara sendiri itu, makadalam bilangan kita telah menjadi tiga tetapi satu. Satu sebenarnyatiga dalam bilangan. Maka adalah kewajipan kita kalau kita mahu,memperbanyak saudara kita lahir dan batin. Dan begitulah makatimbul si 4, si 5, si 6, si 7, si 9 dan seterusnya. Dan adalahkesemuanya yang timbul sesudah kita ialah saudara kita, bukanseteru kita.

Seteru kita ialah syaitan dan iblis yang sentiasa mengejar kitayang berbadan. Kalau kita tahu bahawa kita lebih kuat dari dia, dankita perlihatkan atau kemukakan kekuatan kita itu, pasti dia tidakmahu mendekati kita, yang bererti tak sanggup memperdayakankita.

Di mana letaknya kekuatan kita itu? Kekuatan kita itu letaknyaialah di diri kita, bukan di badan kita. Untuk memperlihatkankekuatan kita itu, maka dirilah yang kita kemukakan iaitu diri yang

Page 122: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 112

telah berdiri dan terdiri dari titik-titik terang yang memancarkancahaya atau nur yang datang dari Nurrullah. Bagaimana duduknyaitu nur di dalam batang-tubuh kita? Untuk menjawabnya, makakami turunkan petunjuk dari Tuhan yang termaktub dalam al-Quran Surat an-Nur ayat 35, yang dalam bahasa Indonesianyaseperti di bawah ini:

“Allah memberi cahaya langit dan bumi.Umpama cahayanya kepada orang beriman, sepertisebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita,pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan bintangyang berkilau-kilau di langit. Pelita dinyalakandengan minyak kayu yang berkat iaitu minyak zaitun,yang tiada tumbuh di Timur dan pula di Barat.Hampir-hampir minyak itu bercahaya dengansendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahayaberdamping cahaya. Allah menunjuki orang yangdikehendakinya kepada Cahaya-Nya itu. Allahmenunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusiadan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

(al-Quran Surat an-Nur ayat 35)

Perumpamaan yang ditunjukkan Tuhan untuk kita pada ayattersebut di atas ialah supaya dapat mengetahui keadaan diri kita didalam, kalau di lihat dari luar. Maka adalah yang diumpamakanrumah itu ialah badan kita. Dan adalah titik-titik terang yangdisebutkan, yang memancarkan cahaya itu titik dari Tuhan yangdinamakan zat yang berasal Zattullah. Berbicara mengenaiZattullah, maka teringatlah kita bahawa ‘tidak ada yang tidak adapada Tuhan.’ Dia-lah Yang Menjadikan segala yang dijadikan danDia-lah Yang Mengadakan segala yang diadakan.

* * *

Dan berbuatlah sebanyak-banyak mungkin dengan dirimu.

Page 123: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal113

Kamu sendiri tidak akan lebih pintar dari dirimu sendiri.Serahkanlah segala apa yang ada padamu padanya untuk kebaikkansendiri dan supaya bebas dirimu bergerak, berbuat dan berlaku.Dan kenalilah dirimu dalam erti kata yang sebenarnya supaya dapatengkau mengetahui dan mengakui bahawa memang ada kelebihandirimu dari kamu sendiri.

Kamu yang berbadan berlainan dari dirimu yang telah berdiri.Badan dan dirimu itu sebenarnya satu. Ilmu pengetahuankumemecahnya jadi dua. Kamu keluar dari perut ibumu bersaudara.Di mana saudaramu itu sekarang berada? Setelah engkau besar dantahu di dirimu, benarkah engkau memikirkan saudaramu itu? Kalaupernah, adakah engkau berusaha mencarinya? Setahu kita diasekarang tidak ada berserta kita lagi. Oleh perbuatan bidan ataudukun beranak, maka saudara kita tadi dibuang di kali, di laut ataudi kubur. Jadi semenjak itu, dia sudah tidak ada lagi. Kejadiannyadia ada dalam sebutan, tidak ada dalam kenyataan. Bagaimana carakita dapat menemui saudara yang ada dalam sebutan dan tidak adadalam kenyataan itu? Kalau dicari dengan badan diri kita sudahtentu tidak bisa bertemu sebab dia sudah tidak ada lagi. Kalauhendak mencarinya, carilah dengan diri sendiri. Tentu bertemu,kerana dia sama-sama ada dalam sebutan tetapi tiada dalamkenyataan. Hanya beradanya diri di dalam dan apa yang dinamakansaudara bagi kita itu di luar batang tubuh kita. Dengan telahdapatnya kita menemui saudara sendiri itu, maka dalam bilangankita telah menjadi tiga, berdasar jalannya ilmu pengetahuan kamiseperti tersebut di atas.

Kita yang tadinya di dalam perut ibu sebumi, selangit, selapik,seketiduran, sehina, semulia, sakit-senang sama-sama dirasakan,setelah kita lahir ke dunia nyata, maka kita dipisahkan satu samalain sehingga kita si adik tadi tidak tahu di mana saudarakandungnya tadi berada. Rantau di mana dihuninya? Lautan yangmana dilayarinya? Kalau dia di lurah, lurah mana didiaminya.Kalau di gunung, gunung yang mana yang itu ditunggunya. Khabar

Page 124: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 114

tidak, berita tidak, adakah kakak (saudara tua) kita tadi mengingatkita atau kita sendiri yang tak tahu di kakak? Maka sekarangsetelah kita besar sudah dan banyak pengalaman, maka dapatlahkita mengetahui bahawa semenjak dalam kandungan, kita adamempunyai saudara kandungan yang dinamakan kakak, dansemenjak keluar dari perut ibu maka kita dipisah antara yang satudengan yang lain, dan masing-masing menjalankan kehidupansendiri-sendiri di alam sendiri pula. Maka dengan segala kesedarandan keinsafan, kita carilah saudara kandung itu untuk supaya dapatmengetahui keadaan masing-masing; sakit-senang supaya sama-sama dirasakan, dan supaya dia dapat melakukan, menolong kitadalam hal yang kita tak dapat melakukannya. Seperti telahditerangkan di atas, cara mencarinya bagi kita ialah dengan ilmupengetahuan kita, dengan diri kita.

Telah kita ketahui sekarang, kita yang tadinya seorang dalamtangkapan dan pengertian. Dengan cara pemecahan ilmupengetahuan ini telah menjadi dua. Dan dengan penemuan kitakepada saudara kandung yang hilang, dalam bilangan kita telahmenjadi tiga, akan tetapi satu. Buat kita tentu tiga lebih kuat darisatu, apalagi kalau kita tahu bahawa masing-masing mempunyaiberlainan kelebihan. Dan anehnya, satu sama lain perlu-memerlukan untuk merasakan apa yang dinamakan ‘bahagia’sepanjang masa dunia dan akhirat.

Ketiga-tiganya adalah seumpama tungku tiga sejarangan.Pemecahan kita yang tadinya satu menjadi dua, ialah pertamabadan; kedua diri, menjadikan kita yang berbadan dan kita yangberdiri. Letaknya satu di dalam dan satu di luar, dan keluarnyanampak badan meliputi diri. Setelahnya kita dapat mengadakanpemisahan antara satu dengan yang lain secara ilmiah dan setelahkita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya, maka untukkemajuan kita di segala bidang kehidupan, maka diri yangdibangun sampai berdiri dan berkembang dengan sendirinya ituyang meliputi badan kita, guna untuk menyelamatkan badan dari

Page 125: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal115

gangguan-gangguan, penghalang-penghalang iaitu syaitan, iblisyang sentiasa kerjanya memperdayakan kita. Dan kalau kita dapatmengetahui bahawa pada kita iaitu di diri kita ada anti-iblis, makaselain kita sendiri terlepas dari godaan syaitan iblis, kita akan dapatpula menolong orang-orang yang menderita atau yang telahterpedaya oleh perbuatan syaitan, iblis. Kita dapatmembebaskannya dan membawanya kembali kepada jalan yangbenar atau kalau sakit mungkin kita dapat menyembuhkannya.

Pengetahuan kita mengenai yang ketiga yang dinamakansaudara ialah setelah kita besar, dan setelahnya kita dapatmengetahui bahawa semenjak kita dilahirkan bersama-sama kitakeluar, dan oleh orang yang menampungnya ditempatkan dalamsuatu wadah untuk seterusnya dibuang di kali atau di laut atau ditanam. Dan itulah dia saudara sepelulusan (seibu) kita. Tatkala didalam perut ibu kita selangit, sebumi, selapik seketiduran, sebantal,sekalang hulu, sakit-senang sama-sama dirasai, ke lurah samamenurun, ke bukit sama mendaki, sehina-semulia, sepantang-sepenjatian. Dan bagi kita sekarang, setelah kita menjadi besar danmenjadi orang yang telah banyak mengalami bermacam-macamcorak ragamnya kehidupan, maka sudah sepantasnyalah kitarasanya insaf dan sedar akan diri kita bahawa tatkala dalamkandungan kita bukan sendiri, melainkan ada saudara sekandungkita tempat kita beria, berbukan, sandar-bersandar dan jugamenjagai satu sama lain. Dan sekarang, di mana saudara sekandungkita itu berada? Kalau kita tanya pada orang atau kepada ibu bapakita sendiri semasa beliau masih hidup tentu kita akan mendapatjawapan, “Sudah terbuang.” Kalau kita tanya lagi kenapa dibuang?Kita akan mendapat jawapan kira-kira begini, “Kakakmu itudibuang oleh kerana tidak berupa dan bertampan (dan berwujudkanmanusia serupa engkau) yang telah lazim di kampung atau dinegeri kita dia dibuang, di tanam atau dihanyutkan.”

Bagaimana perasaanmu sekarang setelah engkau dapatmengetahui bahawa saudara sekandungmu itu begitu sahaja

Page 126: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 116

dibuang tanpa ada kesalahan dan tanpa diadili? Biar buruksekalipun, namanya tetap saudara-sekandung bukan? Berasahinakah engkau mempunyai saudara yang tak tentu bentukrupanya? Akan berasa turunkah darjat engkau mendapatkansaudara serupa itu? Dan sekarang, setelah engkau sedar dan insaf,engkau biarkan sahajakah saudara sekandungan itu begitu sahajadibuang? Renungkanlah dalam-dalam, apakah tambah ruginyabagimu.

Dan sekarang dia telah dibuang dan telah lama terbuang, iaitusemenjak engkau sama-sama dipancarkan ke dunia ini, engkauakan membalas dendam kepada orang yang membuangnya? Takperlu kerana dia pun tak bersalah. Kerana begitu kebiasaan yangtelah berlaku. Atau akan engkau biarkan sahaja dia dalambuangan? Belum tentu nasibnya lagi barangkali lebih baik dariengkau, dan mungkin dia lebih tahu dari engkau kerana dia adalahkakakmu.

Bagi kita yang telah sedar dan insaf dan telah dapatmengetahui, memahami dan merasakan kembali betapa nikmatnyahidup berdampingan dengan saudara sekandung itu semasa dalamperut ibu yang tak pernah mengeluh, tak pernah mengenal susah,yang tak tahu-menahu dari mana datangnya makanan yang akandimakan, minuman yang akan diminum, pokoknya tahu ada sahaja;lapar ada yang akan di makan, haus ada yang akan diminum. Dansekarang setelah kita di pisah satu sama lain, kita harus berjuanguntuk hidup, mengembara ke sana ke mari, mencarikan perut yangtak berisi, punggung yang tak bertutup dan meningkatkankehidupan kepada kehidupan yang lebih layak dan pantas menujukepada kesempurnaan hidup yang hakiki.

Bagiku, adalah keinginanku sekarang, bahkan menjadikankewajipanku untuk mencari kakak sekandungku itu walaupun dimana dia berada untuk hidup berdampingan kembali di alam yangmaha luas ini; sakit sama-sama ditanggungkan, senang sama-samadirasai, sehilir-semudik, jika menyorok sama-sama bongkok, jika

Page 127: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal117

tegak sama-sama lurus, selapik seketiduran, sehina-semulia,sepantang-sepenjadian, ke lurah sama menurun, ke bukit samamendaki, kenal-mengenal satu sama lain, beria-berbukan semogadengan telah kembalinya sirih ke gagangnya, pinang ketampuknya, dengan telah bertemu kembali ruas dengan buku,terciptalah hendaknya nikmat hidup seperti yang telah sama-samadirasai sewaktu sama-sama dalam kandungan dan bersama-samapula mengharungi lautan hidup yang maha luas ini.

Berdasarkan huraian yang dapat diungkapkan denganketerangan yang panjang seperti termaktub di karangan ini, makadapatlah disimpulkan bahawa ini adalah hasil dari perjalananpengembaraanku untuk mengenal dan menemui diri sendiri dandengannya aku berjalan mencari saudara sekandung yang telahdibuang, yang hilang tak tentu rimbanya, dihukum tanpa diadili.Semoga dengan penemuanku akan diriku sendiri dan penemuankuakan saudara sekandungku yang telah dibuang, terjelmalahhendaknya seperti apa yang diperibahasakan orang :

Sirih telah kembali ke gabungnyaPinang telah balik ke tampuknyaRuas telah bertemu dengan bukunya

Aku telah mengenal aku yang berbadan. Aku telah mengenaldiriku sendiri dan aku telah menemui kembali saudarasekandungku, yang mana satu sama lain kuat-menguatkan ibaratbunyi pepatah.

Dan di bawah ini, aku turunkan ayat Tuhan seperti tercantumdalam al-Quran; As-Sajdah, Surat 32 iaitu:

Ayat 7: “Dia Membaguskan tiap-tiap sesuatu yangdijadikanNya dan Dia Memulai kejadian manusia dari tanah.”

Ayat 8: “Kemudian Dia Jadikan anak-anak cucunya(keturunannya) dari air yang kotor (mani).”

Ayat 9: “Kemudian Dia Sempurnakan (kejadiannya) danditiupkan Roh ke dalamnya, dan Dia Adakan untukmu

Page 128: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 118

pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamuyang berterima kasih kepada-Nya.”

Dengan telah kembalinya sirih ke gagangnya, telahberbaliknya pinang ke tampuknya dan dengan telah ketemukembali barang yang hilang mempertemukan ruas dengan bukuiaitu saudara sekandungku, maka lengkaplah kembali keadaankuyang terdiri dari:

• Saya yang berbadan;• Aku yang telah berdiri;• Dia saudaraku yang berada di sampingku.

Kami bertiga (Saya - Aku - Dia) adalah satu. Masing-masingsama perlu-memerlukan, seia-sekata, kasih-mengasihi, sayang-menyayangi, cinta-mencintai, hiba-menghiba. Dan adalah ‘A’-kuyang banyak mengandung rahsia, berdiri tegak di batas sebagaipenghubung antara luar dan dalam sebagai seorang perajuritmempertahankan benteng dari serangan, dan kalau perlu menyerbumenghancurkan musuh. Sebagai seorang guru, memimpin danmenunjukkan jalan kepada muridnya sambil menaburkan ilmupengetahuannya dengan lampu di tangan memberi penerangankepada orang yang dalam kegelapan, memberi pertolongan,memberi dan menerima sesuatu untuk sesuatu.

Dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa, dengan Ilmu-Nya yangkami amalkan, kami sentiasa mengucapkan syukur dan terimakasih sedalam-dalam dan setinggi-tingginya dengan menyusun jariyang sepuluh, menghunjamkan lutut yang dua, menekurkan kepalayang satu, sambil meminta ampun atas kesalahan-kesalahan yangsengaja dan tidak sengaja, yang telah kami perbuat dan lakukankerana sebagai seorang manusia biasa, kami tidak luput darigodaan-godaan serta tipu-daya syaitan, iblis yang berkeliaran dialam semesta ini kerana kami menganggap adalah badan diri kamiini berserta apa yang ada pada kami ialah menjadi kepunyaan-Nya.

Dan selanjutnya, kami sentiasa memohonkan perlindungan

Page 129: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal119

dan petunjuk-petunjuk yang tak putus-putus guna kami jadikanamalan bagi kami yang akan kami jalankan sampai hari akhir dansambung-bersambung, turun-temurun hendaknya sampai ke anakcucu kami kelak di kemudian hari.

* * *

Pengalaman hidup yang pahit mendorong kami mencariTuhan yang disembah. Pengalaman dalam perjalanan menujukepada-Nya menyakinkan padaku akan adanya Yang Ghaib, akanadanya tali-tali halus yang menghubungkan antara satu dengan lainyang mempunyai daya kekuatan tarik-menarik. Pengalaman jugamenunjukkan padaku bahawa tali-tali halus itu ada mengandung isiiaitu zat serba zat yang mengandung daya serba guna. Pengalamanjuga menunjukkan padaku bahawa aku tidak berdiri sendiri, bahkanbanyak sejenisku berada di sekelilingku. Ya, di mana-mana sahaja(di mana aku berada). Apatah lagi setelah aku dapat menemui jalanyang sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi peganganku, makadengan menurutkan jalan itu ke dalam, aku temuilah diri sendiri,dan pengembaraanku di alam sendiri itu menunjukkan akankeadaan rohaniku.

Dan tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalamsusunan kata-kata seseorang yang diberikannya padaku sebagai‘hadiah’ iaitu, “Tergantung tiada bertali dan bertali tiadatergantung. Tegak seperti Alif, duduk seperti Wau.”

Dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenarnya tujuan kataperpatah, ‘Rumah tampak jalan tak tentu.’

Dan dapat mengembara di alam maha luas lagi tak bertepi itu.Aku telah dapat menembus alamku sendiri dan telah dapatmemasuki alam lain, dan dapat pula mengembara di alam yangmaha luas.

Pertemuanku dengan Tuhan-ku yang disembah, aku tak dapat

Page 130: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 120

banyak menulisnya kerana bertambah dekat aku kepada-Nya,bertambah kecil aku. Dan begitulah, di Hadirat-Nya aku sudahtidak ada. Keadaanku dalam tiada. Dia Yang Mengetahui yang takdiketahui orang. Dalam perjalanan pulang kembali iaitu dari tiadake tidak ada, aku dapat menemui ‘Anak Kunci’ dari segala kunci(kunci pembuka dan penutup) dan dengan ‘Anak Kunci’ di tanganaku mengembara dan menjelajah, dan begitulah berkat ‘AnakKunci’ itu aku dapat menemui Pusat dari segala pusat dan dengantali pusat itu aku kembali dari tidak ada ke ada. Dan begitulahadanya keadaanku. Dan dengan ‘Anak Kunci’ di tanganku, yangterpancar bertemu dengan Yang Memancarkan dan bertemu puladengan Induk Pancar. Begitu pula aku yang ditiupkan bertemudengan Yang Meniupkan.

Dan Aku yang ditiupkan ke dalam suatu wadah yang telahlengkap untukku, mengaliri seluruh apa yang ada padaku menurutsaluran tertentu yang Aku namakan batang tubuhku, sempurnalahkejadianku menjadi manusia. Aku sekarang telah dewasa, telahbanyak pengalaman dan telah mengembara kian ke mari. Bahkansampai sekarang Aku tetap mengembara, telah memancarkan puladan telah mengalirkan pula aliranku, dan telah menurunkan pulaturunanku. Anak-anakku terdiri dari anak yang terbaik daripancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dariku.

Aku yang tadinya mencari-Nya dengan tujuan memintakeadilan sambil membentangkan segala peristiwa-peristiwa yangtelah aku alami, di Sana, di Hadirat-Nya aku berasa malu padadiriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat kukatakan. Tidak adasuara yang dapat kusuarakan. Tak ada gerak yang dapatkugerakkan. Aku tak berdaya. Segala apa yang ada padaku sudahtak ada lagi. “Laa Haula Walaa Quwata Illa Billaah Aliyyulazim.”

Aku kembali sebagai seorang Islam dengan membaca DuaKalimah Syahadah sebanyak mungkin dan di mana saja akuberada, sehingga telah menjadi pakaian bagiku. Di waktu akumembuka al-Qur’an, pandanganku tertuju kepada Surat al-

Page 131: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal121

Baqarah, ayat pertama iaitu Alif Lam Mim. Melihat danmemperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Mim itu akuteringat akan ‘Anak Kunci’ yang aku perdapat dalampengembaraanku. Aku pegang kembali ‘Anak Kunci’ itu ditanganku dan aku perhatikan dan perhatikan, maka dapatlah akumengetahui bahawa amat banyak kemungkinan-kemungkinanyang dapat kuperbuat dan lakukan dengannya. Tak salahlahrasanya ahli tafsir mengatakan tentang ini, “Hanya Allah yang tahumaksudnya.” Ayat ini mengandungi rahsia iaitu Rahsia Ghaib.Jalan yang kutempuh jalan terang, jalan yang memancarkancahaya, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang yangmati.

Begitulah perjalananku dari gelap kepada terang, dari terangke gelap, dari hidup ke mati dan dari mati ke hidup. Untuk ini telahaku temui pula ayat Tuhan dalam al-Qur’an yang bunyinya:

“Memasukkan malam kepada siang, siangkepada malam, mendatangkan yang hidup dari yangmati dan yang mati dari yang hidup. Rezeki yang takterhitung banyaknya yang diberikanNya bagi yangdikehendaki-Nya.”

( al-Quran Surat Ali-Imran Ayat 27)

Kiranya jalan terang yang aku tempuh ini samalah hendaknyadengan apa yang termaktub dalam Surat al-Fatihah iaitu:

“Iaitu iaitu jalan orang-orang yang telah Engkauberi nikmat bagi mereka yang tidak dimurkai dantidak pula sesat .”

(al-Quran Surat al-Fatihah Ayat 7)

Dan tali-tali halus yang telah kutemui itu semoga talisebenarnya tali hendaknya iaitu Tali-Tali Allah seperti yangtermaktub dalam ayat Tuhan yang berbunyi:

“Berpegang teguhlah engkau pada Tali-TaliAllah dan jangan bercerai-berai”

Page 132: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 122

( al-Quran Surat Ali-Imran Ayat 103)

Dan zat serba zat yang telah dapat kutemui itu hendaknya zatyang sebenarnya iaitu zat yang berasal dari Zattullah. Dan cahayayang telah dapat kutemui itu ialah cahaya yang sebenarnya cahayaiaitu nur yang datang dari Nurullah. Pertemuanku yang dijadikandengan Dia Yang Menjadikan hendaknya suatu pertemuan yangdapat dibenarkan. Seperti yang telah kukatakan, sehingga dapat akumengatakan, “Aku telah pergi sebelum dijemput dan aku telahkembali dari Sana.”

Dan dapat pengakuanlah hendaknya aku yang telah berjalanmenuju kepada kesepurnaan yang telah dapat menghidupkan yangmati dan mematikan yang hidup dengan jalan memasukkan malamkepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidupdari yang mati dan yang mati dari yang hidup, dan dengannyadapat menemui barang yang hilang yang telah dapatmempertemukan ruas dengan buku, membalikkan sirih kegagangnya, memulangkan pinang ke tampuknya dan seterusnyamenyelesaikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh.

Tidak ada yang sempurna di antara kita ini (di antaramakhluk). Yang Sempurna hanya Tuhan. Dari itu, jalan yangsebaik-baiknya menuju kepada kesempurnaan ialah jalan kepadaTuhan. Kiranya Tuhan Yang Membenarkan segala tindak-lakuperbuatanku dan menerima dan menjadikan seluruh amalankumenjadi apa yang dinamakan ‘Amal Soleh.’

Page 133: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal123

BUKA-MEMBUKA

Yang Terbuka – Pintu Yang Dibukakan –Yang Membuka Aku.

Kalau engkau termasuk golongan yang terbuka, maka segalapintu akan terbuka terus bagimu. Kalau engkau golongan yangdibukakan, maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan jalandengan dibimbing (dituntun). Kalau engkau termasuk golonganyang membuka, maka adalah kewajipanmu membimbing(menuntun) dan menunjukkan jalan bagi orang yang engkau buka.

Saya yang tadinya menurut setahuku telah terbuka dengansendiri, berjalan keluar sebagai seorang pengembara. Aku berjalansemenjak pintu telah terbuka bagiku; berjalan seorang diri denganmengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun-tahun sudah akuberjalan, dan banyaklah pengalaman yang aku perdapat selamadalam perjalanan. Aku berjalan dan terus berjalan.

Dalam perjalanan, aku menemui ‘Anak Kunci’ dan dengannyaaku telah dapat membuka dan memasuki, dan telah banyak yangtelah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidakbanyak tahu, dan amat sedikit pula di antara mereka yang

Page 134: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 124

berterima-kasih padaku. Dia mahu buah yang sudah masak sahajadan disuapkan lagi ke mulutnya. Di waktu disuapkanmembayangkan keuntungan untuknya sendiri dengan tidakmempedulikan orang lain, apalagi yang memberinya. Makananempuk aku berikan dijadikannya makanan yang keras oleh keranapembawaannya keras. Aku membawanya ke syurga, tetapi diamembawa aku ke neraka. Anehnya lagi, di saat-saat yang tertentuaku disalahkan. Aku dihukum tanpa diadili. Akan tetapi, untunglahaku bukan dia.

Makanan yang lazat lagi empuk yang aku berikan dapatditerimanya dengan sangat mudah menelannya kerana menurutkanjalanku, akan tetapi di waktu mengeluarkannya (iaitu di waktumempergunakannya), bukan jalan yang aku tunjukkan yangditurutinya, melainkan dia memakai jalan sendiri iaitu jalan yangberisikan hawa nafsu. Maka berlainan keinginan dengan kehendak,seiring tetapi bertukar jalan.

Aku kembali kepada diriku sendiri, kembali memikirkankeadaanku. Telah banyak aku berbuat dan telah banyak kali pulaaku berjalan. Apa hasilnya? Hasilnya bagiku ialah sepertimenghasta kain sarung; sampainya di situ ke di situ juga. Sebabnyaialah aku terlampau banyak melihat keluar, sedangkan di luar jalanterlampau banyak simpangnya. Yang terang hasilnya bagiku ialahaku telah pandai membuka dan membawa berjalan sekali keluar.Hendak ke mana mereka aku bawa? Sudah tentu menuruti jalanyang telah aku tempuh.

Aku membawanya keluar. Aku tunjukki mereka jalan dan akubiarkan mereka berjalan. Tujuanku supaya mereka lekas cerdas,lekas pandai dan lekas tahu. Ada di antara mereka telah puasdengan apa yang diperdapatnya dan menurut, dan menuruti jalansendiri dengan tidak mengingat lagi untuk kembali ke pangkalan.Ya, dia telah besar dan telah dapat menjalankan sendiri padatangkapannya. Ada pula di antara mereka sentiasa berasakekurangan dan tidak puas dan kembali ke pangkalan minta diisi,

Page 135: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal125

minta ditambah. Kedatangan mereka itu kembali aku terimadengan perasaan kasih-sayang walaupun kadang-kadang hatikumendongkol (geram dalam hati) disebab-kerana tindak-lakuperbuatannya. Aku bersihkan dirinya. Aku siangi jalannya dan akuberi dia lagi isi, akan tetapi kebanyakkan yang tersua, telur yangaku berikan bukan berkembang sampai menghasilkan turunan yangbertelur pula, melainkan adalah telur itu lantaran enak rasanyabaginya, dipecahnya, didadarnya, digorengnya dan dimakannya,dan keluar menjadi kotoran. Aku tidak rugi, kerana bagiku banyakpersiapan-persiapan yang lain. Hanya aku berasa menyesal dankesal kerana pemberianku disia-siakan sampai terbuang percumasahaja. Emas yang 24 karat keluarnya menjadi loyang dan tembagayang sangat rendah nilai dan harganya. Sayang, kebanyakan diantara mereka tidak tahu.

Aku kembali ke diriku sendiri dan aku pelajari kembali apayang terjadi padaku. Aku dapati, ada pula yang begitu sajameninggalkan aku dengan tidak mempercayai ilmuku lagi keranapercubaannya mengasalkan (mencari salasilah) ilmuku tidakmenghasilkan yang dihajatinya. Dia menjauhi aku dan ada pulayang mengatakan yang bukan-bukan mengenai Aku.

Bagiku, didatangi atau tidak oleh orang-orang seperti itu samasahaja. Bahkan kalau boleh, saya mengatakan terima kasih padanyakerana oleh tindak-laku perbuatannya itu aku ingat kembali kediriku sendiri. Aku tidak akan menyalahkan orang lain, melainkanaku akan menyalahkan diriku sendiri, kerana tadinya akumenganggap adalah orang-orang itu sama sahaja seperti saya.Tetapi, setelah pakaianku kuberikan padanya, kenyataannyamereka itu tidaklah seperti saya kerana pakaianku yang begitubagus dasar dan warnanya, ada yang jadi sudah robek-robek dankotor, dan bagi setengahnya ada pula sudah hilang ragi danwarnanya telah mulai pudar.

Sebaliknya, ada pula yang selalu menghubungiku dapatmemahami aku dan dapat merasakan akan hikmahnya pakaianku

Page 136: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 126

yang dipakainya, dan dapat pula mengetahui sakit-senang aku danmengenal aku. Golongan mereka ini hanya sedikit (tidak banyak),yang termasuk orang yang mengerjakan suruh dan menghentikantegah.

Keinginanku untuk mendapatkan orang yang cerdas,berpengetahuan umum, ber-Tuhan dalam erti kata yangsebenarnya, dapat menangkap dan menerima apa-apa yangkuberikan dan mengamalkan dengan sebaik-baiknya belumtercapai. Banyak tujuanku. Lebih dari itu, bersama-samanyamenggali dan mempelajari dengan lebih mendalam menuju kepadapengakuan; diakui oleh cerdik-pandai, diakui oleh orang berilmu,diakui oleh ulamak dan mendapat pengakuan hendaknya di mana-mana sehingga menjadi pengakuan umum untuk diamalkansendiri-sendiri dan bersama-sama. Pengalaman-pengalaman yangbanyak itu menyebabkan aku sering kembali ke diri sendiri,memperbaiki diri, menyendiri, mencari jalan yang benar.

Banyak sudah yang terbuka olehku dan banyak pula sudahyang sakit mendapat ubat dariku. Orang lain Aku buka sampaiterbuka, dan aku tidak tahu siapa yang membuka aku. Setahuku,aku telah terbuka. Bagi orang yang telah terbuka, maka adalahorang yang membukanya itu Aku. Dan aku, siapa yangmembukaku? Aku tak dapat tahu, setahu aku, aku sudah terbuka.Dan pengalaman juga menunjukkan bahawa Aku telah keluar dansering keluar, yang bererti pintu telah terbuka bagiku.

Tiada guru yang kudapati tempatku bertanya atau belajar, akantetapi yang kudapati hanya ahli-ahli untuk membanding. Akumencari dan mencari, dan adalah kalau boleh dikatakan,pengalamanlah yang jadi guruku. Dan begitulah aku sampaimenjadi seorang pengembara, mencari jalan yang sebenarnya jalan,iaitu jalan yang berpetunjuk, jalan yang memberi nikmat, tidakdimurkai dan tidak pula sesat.

Dan aku temuilah itu jalan yang sebenarnya jalan yangmenjadi peganganku sampai saat sekarang ini dan seterusnya.

Page 137: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal127

Insya-Allah. Rupanya jalan itu letaknya bukan di luar, malahan didiri sendiri. Jalannya hidup, bukan mati, lagi berisi. Isinya nikmatlagi memberi. Pemberiannya mendatangkan nikmat lagi terang,bukan gelap. Dan begitulah selama hayatku aku sentiasa akanmembuka dan terus membuka. Kalau tidak ada, yang akan kubukadiriku sendiri, membuka rahsia diri untuk aku jadikan ilmupengetahuan yang menuju kepada pengakuan (pengakuan dariorang banyak). Aku akan mengaliri yang dapat kualiri danmengalir dan mengalir (mengaliri yang patut aku aliri) dan akuakan berjalan terus dan terus berjalan.

Jalan-Menjalankan

Kalau pintu telah terbuka, kalau mahu tentu boleh berjalan. Kemana hendak berjalan? Dan sudahkah tahu di jalan yang akan dilalui? Lain jalan orang, dan lain pula jalanku. Lain berjalan sendiri,dan lain pula berjalan bersama-sama dengan ada yang membawaberjalan. Dan ada pula orang yang menjalankan sesuatu untuksesuatu. Akan mendapat kesulitankah seseorang, kalau tugasnyahanya menjalankan sahaja? Menjalankan tidak sulit, yang pentingtahu jalannya.

Dan ada pula orang sudah banyak berjalan dan telah banyakjalan yang terjalankan olehnya, akan tetapi tidak menghasilkansesuatu apa-apa kerana orang itu menjalani jalan yang kosong,alias tidak berisi. Bagi orang yang berjalan seperti yang tersebut diatas, jangan teruskan berjalan. Lebih baik kembali sahaja kepangkalan. Gunanya supaya dapat kita mengetahui bahawa yangtelah dijalani itu bukanlah jalan benar, melainkan sesat lagimenyesatkan.

Saya berjalan sendiri dan tidak menjalankan apa-apa. Yangsaya jalankan ialah perasaan yang tak dapat mengatakannya,perasaan yang orang lain tak dapat pula merasakannya;

Page 138: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 128

pengalaman pahit, tuduhan yang bukan-bukan yang ditimpakankepada saya. Kebenaran ditutup dengan kepalsuan. Kebaikandihilangkan diganti dengan keburukan. Saya tak berdaya. Sayasendiri, bilangan mereka banyak. Dan akibatnya, saya kehilangan;kehilangan mestika hidup kerana sebahagian kehidupankudibawanya. Walaupun diganti, namun gantinya tidak serupa nanhilang (berlain-lain kelebihan). Apa yang tak ada padaku adapadanya dan apa yang tak ada padanya ada padaku. Dia telah pergi,dan aku kehilangan.

Ada pula orang tertentu dalam peristiwa aku yang akunamakan dia orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu.Akibatnya orang inipun kehilangan. Dia kehilangan kesayangan,belahan diri. Dia merana dan aku menderita. Dan pula, peristiwa inijuga ada pula ikut tersangkut seorang yang sedang berjalan danmenjalankan sesuatu untuk sesuatu pula. Diperdapatnya yangdijalankannya itu dengan cara mengemis, meminta-minta dengantujuan dalam ingatannya hendak menjadi orang pandai, supayadisegani orang, dihormati dan dihargai. Padahal warisan untuk itutak ada padanya sejak dari nenek-moyangnya. Apa yang adapadanya hanya akal; akal yang bergelumang hawa nafsu. Bahawanafsu yang sentiasa dikemukakannya dalam berbuat, bertindak danberlaku. Pengetahuan umum jauh sekali. Sejak yang dimintanyadiperdapatnya dengan jalan mengemis itu, pengalamannya menjadipenetapan baginya bahawa dia telah menjadi orang yang pandailagi pintar. Dan mendatanglah rasa sombong dan takbur, danakibatnya, perjalanan yang terjalankan olehnya jalan salah; jalanyang di murkai lagi sesat. Dan ke mana dia pergi atau berjalan,banyaklah sudah orang yang dikorbankannya. Dan begitulah pulaorang itu berjalan terus dan terus berjalan dengan tidak bisa pulangkembali ke pangkalannya. Sudah jauh tersesat lagi menyesatkan.

Inilah akibat dari orang yang tak mahu menyalahkan dirisendiri dan selalu menimpakan kesalahan pada orang lain. Akusudah jauh berjalan dan telah banyak melakukan perjalanan, dan

Page 139: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal129

telah banyak pula membawa orang berjalan dan telah pulamenunjukkan orang jalan. Telah lama pula aku menjalankanperasaan hati dan telah banyak pula sudah yang terjalankan olehku,dan sampai sekarang aku terus berjalan; berjalan sendiri, bersama-sama membawa orang berjalan, menjalankan perasaan hati,menjalankan apa yang terasa, menjalankan apa yang dapatkujalankan.

Jalanku jalan terang, tetapi bagi orang gelap oleh kerana yanghidup bagiku bagi orang lain mati, dan sebaliknya apa yang matibagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapiuntuk kebaikan satu tujuan. Dan untuk kejahatan, biarlah aku tidakikut sebab aku bukan jahat. Telah banyak kualami aku dijahatkanorang, tetapi tak terjadi aku jahat, dan telah kucuba pulamenjahatkan orang, tetapi jadinya lebih baik. Dari itu makanya akudapat mengatakan, aku bukan orang jahat.

Cukup-Mencukupi

Biarlah satu bagiku tetapi mencukupi, daripada sembilanpuluh sembilan tetapi tidak cukup. Aku teringat akan kisah duaorang bersaudara mendatangi seorang yang dianggapnya ahli,minta hukum yang adil dan jangan dianiayai, dengan menunjukkanjalan yang betul. Keduanya berselisih. Aniaya yang seorang padayang lain.

Seorang di antaranya berkata, “Ini saudara saya. Ia mempunyaisembilan puluh sembilan (99) ekor kambing dan saya hanyamempunyai seekor sahaja. Lalu katanya kepada saya, ‘berikanlahkambing engkau ini kepada saya menjaganya,’ dan dikalahkannyasaya dengan percakapannya.”

Berkata si ahli tadi, “Sungguh ia aniaya sekali pada engkaukerana meminta kambing engkau itu supaya dipercampurkannyakepada kambingnya. Sungguh banyak orang-orang yang

Page 140: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 130

bersyarikat itu aniaya yang seorang kepada yang lain kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tetapi amat sedikit bilanganmereka itu.”

Kisah ini aku perdapat dari al-Qur’an Surat 38, Shaad ayat 22– 24. Dan adalah si ahli yang dimaksud Nabi Daud. Maka dengankedatangan kedua orang bersaudara itu membawa perkaranyakepada Nabi Daud, tahulah ia bahawa Tuhan mencubai dia, lalumeminta ampun kepada Tuhan, seraya terlungkup tunduk dankembali.

Bagi Nabi Daud, kedatangan orang berdua bersaudara itudianggapnya sebagai ujian dari Tuhan. Maka orang lain, adalahbagi kita yang datang kemudian dapat menunjukkan jalan yangbetul-betul hendaknya seperti yang dikehendaki kedua bersaudaraitu, dengan tidak merugikan yang punyai seekor kambing dan yangtelah punya sembilan puluh sembilan ekor itu mendapat pula yangdikehendakinya dengan tidak merugikan

Bagiku orang yang datang kemudian dan yang telah jauhberjalan, telah banyak menjalankan dan telah banyak pula yangterjalankan dan sudah biasa berjalan sendiri, maka aku akanmengatakan:

Kepada yang telah punya 99 ekor kambing danbelum merasa cukup, cukupkanlah dengan apa yangada padamu. Dengan pandainya engkaumencukupkan dengan apa yang ada padamu, makakamu tidak akan merugikan orang lain.

Kepada yang punya seekor, cukupkanlahsaudaramu yang telah punya 99 ekor itu dengan apayang ada padamu. Dengan pandainya engkaumencukupkan saudaramu itu dengan apa yang adapadamu, maka engkau tidak akan merugikan dirimusendiri.

Kalau masing-asing tak tahu jalannya, maka sebaiknyabertanyalah kepada yang tahu. Untuk yang telah sampai

Page 141: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal131

mempunyai sebanyak 99 tetapi belum berasa cukup, tandanya diasudah terlampau jauh berjalan keluar untuk mencari. Maka untuksupaya dapat mencukupi, dia harus berjalan ke dalam, ke dirinyakerana di dirinyalah letaknya kekurangan itu. Begitu pula yangpunyai seekor kambing itu, dia harus berjalan keluar dengandirinya untuk mencari kelebihan supaya dia dapat mencukupkanyang kekurangan dengan tidak merugikan dirinya sendiri. Dankalau jalan yang sebenarnya telah ditemui, maka tiada yang sulityang tak bisa diatasi dengannya. Dari itu carilah jalan yang benar.

Berjalan ke dalam dimaksud ialah ke dalam rumah sendiri danberjalan keluar ialah keluar rumah sendiri. Maka adalah yang telahpunya 99 ekor kambing itu umpama dahan-dahan kayu yang takberbatang, dan yang punya hanya seekor itu ialah batang kayu yangtak berdahan. Jadi yang diperlukan oleh dahan yang banyak ialahbatang dan oleh batang ialah dahan. Apa sebabnya yang 99 itu takberbatang? Jawabnya ialah oleh kerana datangnya atau diperdapatdari luar dan tatkala mencarinya badanlah yang dianggapbatangnya. Oleh kerana itu, walau berapa banyak sudah diperdapat,namun keinginan untuk menambah lagi tetap mendatang ataumahu lagi, oleh kerana tidak puas atau belum puas.

Dan begitulah kesudahannya bagi seseorang yang mencarisesuatu untuk sesuatu, seumpama ada yang sudah dapat dalambilangan 9 dan ingin mencari yang satu untuk mencukupkan, danbegitu pula ada yang telah lewat dari sepuluh, kerana yangdimintakannya satu untuk mencukupkan, maka diperdapat dua,maka sampailah pula dia dalam bilangan sudah mencapai sebanyaksembilan puluh sembilan. Yang mempunyai seekor kambing atausatu, tidak mencari lagi keluar untuk menguatkan, melainkandicukupkannya dengan apa yang ada padanya iaitu batangtubuhnya berserta isinya oleh kerana dia mengerti akan yang satuitu.

Begitulah Tuhan dengan Rahsia-Nya, Yang Memberibeberapa contoh sebagai perumpamaan; cukupkanlah yang di luar

Page 142: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 132

dengan yang di dalam dan yang di dalam harus keluar untuk dapatmencukupi.

Dan begitulah setelah aku dapat memecahkan rahsia yangterkandung pada kisah yang kukisahkan di atas denganmenunjukkan jalan yang betul kepada dua orang bersaudara yangberselisih itu, maka untukku aku perdapat pula pelajaranbagaimana cara menghukum secara adil dengan tidak merugikankedua-belah pihak, dan aku beruntung telah mendapat pulapelajaran menemui jalan untuk mencukupi diriku sendiri danmencukupi diri orang lain dengan tidak merugikan diriku sendiri.

Dan begitu pula telah banyak orang yang aku bukakan jalan;aku tunjukkan jalan dengan membawanya berjalan. Selagi akuyang membawa mereka itu berjalan semuanya berjalan denganbetul, akan tetapi mereka tidak mengerti. Buktinya, setelah akumembawanya berhenti berjalan dan bertanya apa yang telahdilakukan, aku tiada mendapat jawapan yang betul. Mereka takdapat mengatakan apa yang telah dilakukannya, apa yang telahdiperbuatnya dan apa yang telah dirasakannya. Mereka belumdapat memperbezakan antara yang satu dengan yang lain.Kebanyakan mereka salah tangkapan. Kenyataannya, di waktumereka berjalan sendiri-sendiri dengan menggunakan jalanku,maka jarang mereka yang sampai dapat menemui tujuannya keranadi samping dia menurutkan jalanku dia memakai jalannya sendiripula. Maka adalah hasilnya tidak memuaskan kerana dalampraktiknya telah berlaku kata pepatah, ‘Seiring bertukar jalan.’Perjalanan yang kuberikan padanya dicampur-adukkannya denganjalannya sendiri iaitu gerak fikirannya.

Dan aku berjalan terus dan terus berjalan; berjalan sendiri,berjalan bersama-sama, membawa orang berjalan, menjalankanyang harus kujalankan sehingga telah banyak yang terjalankanolehku. Di dalam perjalanan yang jauh tetapi dekat, aku dapatmenemui kisah perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir yangtelah dikurniakan Tuhan Rahmat dan mendapat pengajaran ilmu

Page 143: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal133

pengetahuan (al-Qur’an Surat al-Kahfi ayat 65 – 73).Saya sangat tertarik akan kisah perjalanan dua orang Hamba

Allah itu dan ingin sekali hendak ikut menurutkan jejakperjalanannya. Semoga dengan dapat menurutkan jejakperjalanannya itu aku akan mendapat pula pelajaran ilmupengetahuan seperti yang telah dikurniakan Tuhan kepada NabiKhidir itu. Aku telah dapat menemuinya. Penemuan padanyatidaklah seperti pertemuan Nabi Musa iaitu di pertemuan dua laut,melainkan kalau boleh kukatakan, aku telah dapat menemuinya dipertemuan kiri dan kanan. Dan aku akan menurutkan jalannyasebagaimana yang dikehendakinya. Dan untuk badanku yang telahbanyak melakukan perjalanan dan telah jauh berjalan, telah banyaklurah yang dituruni, telah banyak bukit yang didaki, maka akumencari kedudukan untuknya. Kasihan aku kepada badanku yangkurus lagi lemah itu. Dan aku berjalan terus sebagai seorangpengembara. Suatu perjalanan yang pulang dan pergi ke Pusat.

Kandung-Mengandung

Aku telah dapat menemui yang kukandung selama ini yangtelah berada bersamaku semenjak ibu mengandungku. Dan akutelah memancarkan kandunganku tersebut setelah aku dapatmenemuinya menurutkan saluran tertentu kerana pintu telahterbuka bagiku, dan dengannya, pada jalannya, aku telah dapat pulamenemui saudara sekandungku yang telah terbuang.

Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku telahmelahirkan kandunganku pula. Aku yang semenjak sudah tahuberjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalamperjalanan, banyaklah sudah yang aku temui halangan danrintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku. Dan takkurang pula banyaknya pertolongan-pertolongan dan bantuan yangkuperdapat, baik berupa lahir mahu pun berupa batin yang

Page 144: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 134

mendorongku mencari jalan yang sebenarnya jalan. Dan tak kurangpula aku terharu (aku tergoda) kerana maklumlah aku ini manusiabiasa

Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenarnyajalan iaitu jalan yang menjadi peganganku sekarang dan seterusnya.Rupanya jalan itu telah sering kujalani, telah acapkali aku tempuhpulang-pergi. Kebodohankulah yang menyebabkan aku sampaibegitu lama dapat menemuinya. Kenyataannya dia tidak jauh dariaku, bahkan telah berserta aku. Hanya aku yang tak mengerti.

Dengan berpegang kepada jalan yang telah kutemui itu, makabertambah teranglah jalan yang kutempuh, dan perjalananku yangrasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan. Dan denganmenurutkan jejak perjalannya ke dalam, aku temuilah dia dipertemuan kiri dan kanan, dan dengannya pula berjalan. Padajalannya aku temui saudara sekandung yang rupanya tidak berbezadariku dan sangat dekat dengan aku. Aku jualah yang selama iniyang tidak mengerti. Dan secara ringkas bolehlah aku terangkandengan kiasan, aku telah dapat menemui saudara sekandungkukembali setelah aku dapat menemui Encik Datuk Perpatih NanSebatang.

Dan dari tempat Nan Sebatang itu aku mulai melangkahbergerak berjalan, berlaku dan berbuat dengan sesuatu untuk tujuansesuatu. Dan perjalananku ialah perjalanan pulang dan pergi, keluar dan ke dalam; suatu perjalanan yang kunamakan ‘BalikBatang.’ Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupidengan apa yang ada padaku iaitu dengan diriku sendiri. Akumencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidakmerosak diriku sendiri. Ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasamelakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.

Page 145: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal135

Lebih-Melebihkan

Telah aku ketahui mana yang lebih dan mana yang kurang.Aku ambil yang lebih dan aku tambah yang kurang, sudah tentudengan jalannya dan pada jalannya.

Dan begitu pulalah perjalananku dalam cukup-mencukupi.Jalan untuk mencukupi yang di luar ialah dengan yang di dalam,dan jalan untuk mencukupkan yang di dalam ialah dengan yang diluar. Dan yang di luar, benar lebih dari mencukupi. Kalau diriberasa telah cukup, keluarlah untuk mencari kelebihan supayamendapat lebih dari mencukupi.

Kalau sudah banyak kita mempunyai kelebihan, sudah tentupandangan orang sudah lain pada kita. Orang akan tertarik kepadakelebihan kita itu, dan dengan sendirinya kita akan mendapatpenghargaan di mana-mana, kecuali dari orang yang benar-benarkurang alias gila.

Maka adalah segala macam kelebihan tempatnya di luar kita,akan tetapi tersebar di dalam keseluruhan alam semesta. Dan untukmendapatkan kelebihan itu, kita harus berjalan menjadi seorangpengembara; keluar dari rumah kita sendiri, mengembara di dalamalam semesta. Ini dapat kita lakukan setelah kita berasa cukup.Kalau diri belum berasa cukup lagi, janganlah cuba-cubamengembara kerana melaratnya lebih besar dari manfaatnya. Dariitu cukupkanlah dirimu lebih dahulu. Patut diketahui bahawa padatiap-tiap kita ada kelebihan dan ada pula kekurangan. Kelebihandan kekurangan itu berlainan pula satu sama lain adanya. Kalautahu, tentu dapat mengisi kekurangan, menambah kelebihan.

Isi-Mengisi

Pada kita ada yang kosong, ada yang berisi. Isinya ialah dariyang setitik. Titik berkembang menghasilkan titik dan

Page 146: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 136

perkembangannya menimbulkan titik yang kedua, ketiga danseterusnya. Dan adalah rangkaian dari titik-titik itu menimbulkanrupa dan bentuk sampai berwujud menurut kehendak YangMewujudkan titik yang pertama tadi dengan titik-titik berikutnyayang berkembang sampai berwujud. Tidak akan bisa berdiri kalautidak ada ruangan yang kosong tempatnya tegak dan bergerak.Titik ketiga datang dari titik kedua. Titik kedua timbul dari titikpertama dan titik pertama datangnya dari mana? Sudah tentu dariYang Menitikkan. Siapa itu Yang Menitikkan? Yang Berkuasaatau yang diberi kuasa? Kalau yang diberi kuasa yang menitikkan,di balik yang diberi kuasa tentu ada Yang Berkuasa. Bisakah titikyang dititikkan itu timbul kalau tak ada tempat atau ruangan untukmenampungnya? Tempat untuk itu sudah pasti kosong. Daritempat yang kosong titik pertama mengaliri dan mengisi titikkedua, ketiga, keempat dan seterusnya, yang mana kalau dilihatdari luar kesemuanya akan merupakan bentuk menurut kehendakYang Merupakannya (Yang Memberi Rupa).

Kita mendapati barang sudah iaitu sebuah rumah yangsederhana berisikan alat perabot sederhana, dan kita berada didalamnya. Di samping kita ada telaga yang berisikan air yangsangat jernih, hening lagi bening dan berasal dari Telaga Suci LagiMenyucikan. Dia memberi Cahaya kepada kita. Alirannya terbatas.Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Maka adalah menjadi kewajipankita menjaga dan memelihara rumah kita dengan isinya sebaik-baiknya supaya jangan ada yang sampai menjadi rosak, kotor danlain sebagainya kerana akibatnya kita sendiri yang akanmenanggungkan.

Banyak sudah orang mempelajari akan keadaan badan dirinya,akan isinya, akan tetapi dia tidak dapat menemui isi yangsebenarnya. Dan tak kurang pula banyaknya orang yang keluarberjalan mencari dan minta diisi, sehingga berbagai macam ragamisi yang telah diperdapatnya. Ada yang loyang, ada tembaga, adaperak, ada intan, ada emas, ada keris, ada azimat, ada isim-isim,

Page 147: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal137

ada kata-kata untuk dihafal, ada batu dan lain sebagainya sehinggasudah sebegitu banyak yang telah diperdapatnya, namun dia tidakpuas dan tetap berasa kekurangan. Kerana apa? Kerana dia tidakdapat menemui itu Telaga yang berisi dan Yang Mengisinya.Dicarinya ke luar, padahal dia ada di dalam.

Dan aku yang telah dapat menemui itu Telaga di bawahgunung dan telah mandi berkecimpung di dalamnya, mengaliri danmengisi diriku. Dan melalui batang-tubuhku, aku telah dapatmengambil manfaat darinya dengan mempergunakanya untukkebaikan dan membaikkan, membuka dan menunjukkan jalan,jalan lurus lagi benar, jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkaidan tidak pula sesat untuk mencukupkan yang belum berasa cukup,menolong melahirkan kandungan sendiri, memperkembang yangbelum berkembang, menggunungkan yang setitis, melautkan yangsekepal, mempertemukan ruas dengan buku, membalikkan sirih kegagangnya, memulangkan pinang ke tampuknya, menyelesaikanyang kusut, menjernihkan yang keruh, menghidupkan yang matidan mematikan yang hidup, menemukan kembali barang yanghilang, menemui saudara sekandung yang telah terbuang,mempertemukan kembali tali yang telah putus; tali tempatbergantung, sehingga menyebabkan putusnya hubungan denganPusat; Pusat tempat kembalinya segala yang dijadikan, Pusattempat datangnya segala yang didatangkan dan banyak lagi yanglain-lain.

Aku telah banyak memberi isi kepada orang dan telah banyakpula menerima dari orang. Yang aku terima berlainan dengan yangaku berikan. Yang aku berikan pada orang-orang yang berisi danyang aku terima dari orang-orang yang berguna. Aku telah mengisiorang yang telah berisi dan aku telah pula mengisi orang yangkatanya belum berisi, tidak berisi apa-apa.

Lain isi orang-orang yang berisi yang kuisi kerana isi orang itulain dan isi yang kuberikan lain pula. Isi yang kuberikan adalahumpama butir telur. Kalau dia pandai memperkembangnya akan

Page 148: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 138

menjadi orang dan yang telah jadi orang itu bisa dipergunakannyaatau menurunkan telur pula. Sayang kebanyakan dari mereka yangtidak mengerti.

Ada pula yang menerima isi yang kuberikan itu diterimadengan lahapnya dan telur yang kuberikan itu dipecahkan sendiridan digorengnya atau didadarnya dan dimakannya seenaknya, danhasilnya hilang tak berbekas kerana keluar bersama-samakotorannya dibawa arus sungai atau masuk kakus (tandas). Siapayang rugi? Aku tak rugi, hanya berasa kesal kerana pemberiankuyang berharga dijadikannya tidak berharga. Emas dijadikantembaga atau loyang dan namaku didewa-dewakan; dibawa kemana-mana, disebut-sebut, diperkatakan dan lain sebagainya.

Begitulah aku yang tadinya tidak berisi, setelah menemui isi(telaga) mengisi diriku dan memberi isi kepada orang lain. Dan akutelah menemui seperti apa yang telah ditemui Nabi Musa (sepertiyang tersebut dalam al-Qur’an) dan dibawanya berjalan bersama-sama. Hanya bezanya, Nabi Musa menemuinya pada pertemuandua laut, dan aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.Dan semenjak itu, aku menurutinya berjalan dan aku telah menjadiseorang pengembara, ahli musafir. Dan banyaklah sudah pelajaranyang aku perdapat dan telah dapat pula aku mengajarkannya.

Kunci-Mengunci

Jalan menuju rumah kita yang tadinya tak tahu, denganperantaraan orang yang tahu yang dianggap sebagai bapak atauguru, dengan ‘Anak Kunci’ di tangannya memasuki rumah kita danmenuju ke tempat di mana kita berada, membawa kita berjalanmenembus alam sendiri dan melalui pintu yang telah terbuka atauyang dibukakannya, kita telah dapat keluar dan dia sebagaipemimpin membawa dan menunjukkan jalan bagi kita untukmengenal alam di luar alam kita sendiri yang bagaikan satu

Page 149: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal139

samudera yang tak berpantai. Bagi kita yang tadinya terkurung didalam dan tak tahu jalan untuk keluar kerana pintu tertutup, takubahlah keadaan kita seperti burung dalam sangkar. ‘Anak Kunci’dipegang oleh orang luar atau di tangan orang yang tahu atau orangtertentu.

Begitulah setelah kita tahu jalan keluar, pada kita harus ada‘Anak Kunci’ yang kita perdapat dari bapak atau guru yang telahmemasuki rumah kita di luar dengan ‘Anak Kunci’ yang ada ditangannya. Dan dengan ‘Anak Kunci’ yang di tangan kita, kitaakan membuka dan menutup pintu kita, menjaga supaya orang luarjangan sampai dapat memasuki rumah kita untuk tujuan yang tidakbaik. Dengan penyerahan ‘Anak Kunci’ dari guru kepada kita,maka kita perdapat ‘Anak Kunci’ itu melalui jalannya ilmupengetahuan sampai berada di tangan kita.

Banyaklah sudah aku memasuki rumah orang dengan ‘AnakKunci’ yang ada di tanganku, membuka dan menunjukkan jalanbaginya, membimbing dan memimpin membawanya berjalan sejakdari dalam sampai ke luar melalui pintu-pintu tertentu, menembusalam sendiri, menembus dinding yang membatasi kita denganAlam Besar untuk mengharungi lautan hidup yang tak bertepi,memasuki ruangan alam di luar alam kita sendiri. Aku memasukirumah orang itu atas permintaan mereka sendiri kerana tak tahujalannya. Setelah dia tahu sudah jalannya, telah bisa keluar masuksendiri, maka aku serahkanlah ‘Anak Kunci’ ke tangannya masing-masing dengan petunjuk-petunjuk. Ke mana sahaja dia pergi atauapa saja yang dilakukan atau diperbuatnya, ‘Anak Kunci’ tak bolehditinggalkan.

Bagiku adalah ‘Anak Kunci’ itu anak kunci wasiat, anak kuncirahsia, ‘Anak Kunci’ yang banyak mengandung Rahsia (RahsiaGhaib). Dengannya terbuka segala pintu, dan begitu pulasebaliknya dengannya pula kita akan menutup segala pintu. Akumenamakannya Alif Lam Mim kerana bentuk dan rupanya. Kalaudigambarkan, terang dan nyata terlihat atau memperlihatkan Alif

Page 150: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 140

Lam Mim. Kalau aku memegangnya, dia akan membukakanrahsianya sendiri yang mengandung daya tenaga (Tenaga Ghaib).Dan kalau kau turutkan jalannya, dia akan bergerak dengansendirinya. Suatu ‘Anak Kunci’ yang ajaib yang banyakmengandung Rahsia Ghaib, menakjubkan dan menghairankan hatidan fikiran kita. Sekali kita memegangnya dan terbuka rahsianya,makanya dia akan menakjubkan kita, dan besar kemungkinan kitatak mahu melepaskannya. Adalah itu suatu ‘Anak Kunci’ yang akuperdapat dalam pengembaraanku.

Bagi orang yang telah dapat menerima ‘Anak Kunci’ tersebutlangsung dari tanganku, sudah seharusnya dan semestinyamemperhatikan akan ‘Anak Kunci’ yang banyak mengandungrahsia itu sehingga mendapat pelajaran darinya dan dapatmempergunakannya untuk keperluan sesuatu dan dapat pulamengambil manfaat daripadanya.

Liput-Meliputi

Seluruh badan kita diliputi oleh butir-butir darah yangmengaliri seluruh batang-tubuh sampai meliputi keseluruhannya.Oleh kerana butir-butir darah kita itu berasal dari zat benda, makasewaktu-waktu kita akan berasa lemah, haus, lapar, mengantuk danlain sebagainya. Perasaan lemah, haus, lapar dan lain sebagainya itumenandakan pada kita bahawa badan berkehendak kepada isi.Seperti haus kita harus minum, lapar kita harus makan danmengantuk kita harus tidur.

Bagaimana dengan kelemahan diri yang tak pernah tidur, takmakan dan tak minum itu? Adakah ubat atau santapan bagi diriyang lemah itu? Jawabnya mudah, iaitu ada tetapi tidaklah sepertimakanan yang biasa kita makan atau air yang kita minum. Untukini kita harus dapat mengetahui hakikat dari diri itu sebenarnyasampai kita dapat mengenalnya.

Page 151: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal141

Diri yang terdiri dari zat-zat hidup yang datang dari YangHidup lagi tidak mati, mengaliri seluruh batang-tubuh kita yangdinamakan orang rohani, yang gambarannya seperti jasmani kita.Diri itu bercahaya lagi terang. Cahaya yang pudar disebabkankerana diri itu diliputi oleh titik-titik hitam yang datangnya akibatdari perbuatan-perbuatan kita yang dinamakan dosa. Orang yangtelah mengenal dirinya sendiri, apalagi telah dapat menemuinyadan mengetahui banyak akan rahsianya, bisa banyak berbuatdengan dirinya. Pandangan hidupnya berlainan dengan pandanganhidup orang banyak. Dia tahu menjaga dirinya, membersihkandirinya dan mengisi dirinya, dan berpendirian. Diliputinya dirinyasampai meliputi badannya keseluruhannya sehingga diri kuatbertahan dan mempertahankan badannya. Pengertiannya yangmendalam mengenai rahsia dirinya, dia bisa meliputi diri orang laindan orang banyak.

Aku dapat menemui diriku sendiri. Setelahnya aku dapatmemisahkan antara yang satu dengan yang lain, menjadikanamalanku menjadi amal soleh dengan meninggalkan amalan yangbersertakan hawa nafsu.

Diri-Mendirikan

Mendirikan rumah tidaklah begitu sulit, apalagi kalaubahannya telah tersedia. Adakah orang memperlihatkan setelahrumah itu berdiri, apakah yang menyebabkannya kuat? Sudah tentulantaran tonggaknya, bukan? Dalam sebegitu banyak tonggak, yangmana yang lebih dahulu didirikan? Tonggak yang pertama yangdidirikan itu dinamakan orang tonggak tua kerana sesudahnya barumenyusul tonggak-tonggak yang lain.

Sekarang kita cuba menyelidiki rumah kita sendiri, dimaksudialah badan dari diri kita. Bila atau kapan rumah untuk kita itudidirikan, kita tidak tahu. Setahu kita, rumah tempat kita berdiam

Page 152: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 142

telah ada. Kita mendapati barang sudah. Pada badan kita hanya adasatu tonggak dan diperkuat kiri-kanan oleh apa yang dinamakantulang rusuk dan ditambah dua kaki untuk tegak.

Sempurnakah pengetahuan kita, kalau kita telah dapatmengetahui akan keadaan badan kita dengan alat perlengkapannyayang telah ada? Kita ketahui sudah, rumah kita terdiri dari bulu,kulit, darah, daging, hati, jantung, limpa, rabu, empedu, urat,tulang, otak, benak, semuanya tersusun dengan rapi sambung-bersambung, kait-berkait sehingga merupakan bentuk kita yangnyata. Kita ketahui sudah rumah kita, sekarang kita bertanya,“Yang mana aku? Di mana tempatku, dudukku dan terdiri dari apaaku?”

Kalau aku tidak ada, tentu rumahku kosong. Bagi orang yangrumahnya kosong ertinya dia telah pergi. Dia berpulang dan telahmeninggal. Dia telah meninggalkan rumahnya yang tak dapat dantak boleh didiami orang lain sehingga rumah itu tak berguna keranamasing-masing telah punya dan harus dikembalikan ke asal iaitu ketanah.

Sudah nyata bentukku, akan tetapi terdiri dari apa aku? Akuingin tahu dan dapat aku merasakan hendaknya akan adanya aku,dan dapat pula aku hendaknya berasa akan faedahnya badan diriku,dan badan diriku dapat pula hendaknya merasakan aku,menyayangi aku, mencintai aku sehingga dapat aku menerimakasih-sayangnya, cintanya, hibanya sampai perpaduan kasih-sayang dan cinta-mencintai itu menimbulkan pengertian yangmendalam antara yang satu dengan yang lain, sehingga jadilah diabadanku dan aku adalah nyawanya. Aku akan membawanya kepintu bahagia. Aku akan menunjukkan jalan yang benar baginyauntuk kebahagiaan kami berdua yang kekal dan abadi.

Aku yang baginya berdiri dengan sendirinya menganggap akutak lebih dan tak kurang hanya nyawanya; satu petanda baginyaselagi aku masih besertanya dia masih hidup dan kalau aku tak lagibesertanya dia telah mati. Aku tak pernah diikut-sertakannya dalam

Page 153: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal143

tindak-tanduknya (tindak-laku perbuatannya), yang mana akumenderita akibatnya. Dia tak pernah mahu mengenal aku. Danadalah aku sekarang yang telah banyak mendapat pengalamandalam suka duka hidup, setelah dapat tahu akan keadaansebenarnya, maka mengertilah saya bahawa kesalahanku terletakpada salahnya aku memahami hidup dengan yang mati yangkuanggap hidup dan yang hidup kuanggap mati.

Dan begitulah setelahnya aku tahu di diriku, maka dalamsegala hal dirikulah yang aku kemukakan dengan mempergunakanotakku. Aku dirikan diriku sendiri yang telah berdiri itu. Akuberbuat sebanyak mungkin dengan diriku.

Aku mendirikan diriku oleh kerana aku telah menemuijalannya, mengetahui keadaannya dengan menurutkan jejakjalannya. Akulah ‘nan tunggal’ dan akulah ‘nan sebatang’ danakulah yang diidam-idamkan orang banyak, yang dicari-cari orangsemenjak berabad-abad yang lalu.

Aku katakan aku ‘nan tunggal,’ aku ‘yang sebatang’ yangdiidam-idamkan. Itu bukan Tuhan. Tuhan-ku dan Tuhan-mu samasahaja iaitu Yang Maha Esa. Dan aku datang dari-Nya dan akukembali kepada-Nya. Akan kutinggalkan rumahku dansepeninggalanku akan dikembalikan orang ke asalnya iaitu ketanah. Walhasil asal, di balik asal dan perjalananku kembali ‘BalikBatang.’

Banyak sudah orang aku tunjukkan akan dirinya sendiri,memperkembang diri, berjalan dengan diri, akan tetapi kebanyakandari mereka belum juga tahu di dirinya yang sebenarnya. Walaupunmereka itu dapat merasakannya, mereka menganggap yang terasaitu baginya ialah senjata; senjata yang ampuh (handal), serbagunauntuk bertahan dan untuk menyerang. Tangkapan yang keliru ituyang menyebabkan mereka sering kandas, berasa tidak puas danberasa belum mencukupi. Mereka masih mencari dan mencari jugalagi. Mereka sentiasa berasa kekurangan. Dan aku pun tidak puaskepada mereka itu kerana penerimaannya akan pemberianku

Page 154: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 144

menjadi pemecahan baginya, padahal mestinya untuk mencapaitujuan. Hendaklah kita mengadakan pemisahan. Pemecahan danPemisahan amat jauh perbezaannya. Dan begitulah aku setelahdapat memisahkan antara yang satu dengan yang lain, tahulah akuyang mana yang badan dan yang mana yang diri. Aku berdiri didiriku dengan menyayangi dan mencintai badanku.

Kuasa-Menguasai

Siapakah yang berkuasa di antara kita? Badankah yangberkuasa atas diri atau dirikah yang berkuasa atas badan? Yangpasti ialah badan mengandung diri dan diri terkandung dalambadan. Kenyataannya keluar, badan menguasai kita. Akan tetapi,alangkah ganjilnya rumah yang menguasai penghuninya,sedangkan yang punya rumah tak berkuasa atas rumahnya. Akibatsalah anggapan dan pandangan, maka dirilah yang merana,menderita, merintih. Suatu pandangan hidup yang salah, diabercermin kepada badannya, bukan ke dirinya. Akan tetapi,terhadap orang lain dia bercermin ke diri orang. Tak salahnya kalaudia berasa rendah dari orang lain (rendah diri). Untuk ini, selain kitaharus memperbesar diri, kita harus juga merubah pandangan. Kalauselama ini badan yang menyelubungi diri yang dikemukakan, kitaharus merubah dengan dirilah yang dikemukakan dengan mengikutsertakan badan. Selama ini badan yang ke muka denganpergerakannya sendiri dengan tidak menghiraukan diri sendiri.Orang yang tak tahu di dirinya, tak berpendirian dan amat mudahdipengaruhi dan dikuasai orang lain.

Apa ertinya kita kalau seluruh keadaan kita dikuasai olehorang lain? Dari itu, belajarlah mengenal diri dan mengetahuirahsia diri supaya dapat merubah pandangan hidup. Diri seharusnyameliputi badan keseluruhannya dan kalau perlu sanggup menguasaiseluruh keadaan sekeliling kita, bahkan lebih dari itu. Bagi diri,

Page 155: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal145

adalah segala sesuatunya jauh tak berantara, dekat tak berbatas.Bagi badan, jauh diturut, dekat dijangkau. Membawakan diri adadua jalan iaitu bagi orang yang telah dapat mengenal danmenemuinya:

Pertama: Pada diri ada jalan. Kalau badan membawa diriberjalan untuk keperluan sesuatu, maka jalandirilah yang akan diturutkan sebab diri lebihtahu dari kita sendiri (ingatlah akan perjalananNabi Musa dengan Nabi Khidir).

Kedua: Diri yang telah meliputi keadaan kitakeseluruhannya berjalan sendiri pada jalannyadan membawa dan mempergunakan segala yangada sebagai alat untuk mencapai tujuan.

Segala selubung atau tabir atau dinding, dengan apa yang adapadanya, dia sanggup menembusnya, apalagi kalau pintu telahterbuka. Diri yang diliputi dan meliputi tak akan dapat dikuasaiorang lain, bahkan sebaliknya diri dapat menguasai orang lain dankeadaan sekeliling. Kalau terjadi perang, tanding untuk kuasa-menguasai, maka yang kuat yang akan menang. Kekuatan ada padakebenaran. Dan Yang Maha Kuasa ialah Tuhan.

Kesimpulannya, kalau diri telah ditemui, maka segala tindak-laku perbuatan kita hendaklah dengan diri sebab diri itulah yangbanyak tahu, yang banyak mengandung rahsia dan Rahsia Tuhanada padanya.

Dan aku mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan.Aku adakan pengakuan terhadap Tuhan, ‘tiada yang lain yangkusembah melainkan Allah,’ dan aku adakan pengakuan terhadap‘Muhammad Rasul Allah’ dengan membaca sebanyak mungkinDua Kalimah Syahadah, kerana bagiku adalah hikmah yangterkandung dalam Dua Kalimah Syahadah itu, antara lain;PENGAKUAN (KESAKSIAN), PANGKAT dan MARTABAT.

Kata pengakuan terhadap-Nya aku lafazkan tiga kali berulang-

Page 156: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 146

ulang, iaitu pertama; pengakuan dariku, kedua dari diriku danketiga dari badanku. Dari siapa Pengakuan itu akan aku nantikan?Sudahkah aku mendapat Pengakuan dari Tuhan? Aku insaf, akusedar bahawa adalah aku manusia biasa dan pengakuan akuharapkan dan nantikan dari orang banyak, dari cerdik-pandai, dariorang yang berilmu, dari alim ulamak.

Palembang, Indonesia21 Jun 1966

Page 157: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal147

KATAKU

Kataku: ‘A’-ku – Badan-ku – Diri-ku‘A’ datang dari Allah, ‘Badan’ dijadikan dari tanah, ‘Diri’

mendatang kemudian.Mula pertama aku diciptakan sampai berupa dan bertampan

dan berwujud oleh Yang Maha Kuasa dijadikan dari tanah. Itulahbadan-ku. Kemudian ditiupkan-Nya Roh ke dalam batang tubuhku.Yang Meniupkan Tuhan. Maka terdirilah ‘A’-ku. Yang MendirikanAllah dan berdirilah ‘A’-ku dengan sendirinya.

Dengan adanya ‘A’-ku maka hiduplah badan diriku. Danjadilah aku menjadi manusia hidup oleh kerana ada yangmenghidupkanku. ‘A’-ku datang dari Allah. Badanku dijadikandari tanah. Allah, Tuhan-ku Yang Meniupkan Roh-Nya ke dalambatang tubuhku. Maka berdirilah ‘A’-ku.

Aku sebenarnya adalah Roh. Aku diberi Tuhan mata untukmelihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk mencium bau-bauan, lidah untuk merasa, otak untuk berfikir, akal untukmenimbang (neraca). Semua Anugerah Tuhan itu tempatnya padabahagian teratas dari badanku iaitu di kepalaku.

Dan Didudukkan aku di dalam sebuah rumah yang berisikanalat perabut yang serba sederhana tetapi sangat berguna seperti hati,

Page 158: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 148

jantung, limpa, rabu, empedu yang tempatnya di dalam dadaku.Dan diberi-Nya aku perut berserta isinya yang berpusat dan

mengandung banyak daya-guna dan mempunyai alat pelepasanuntuk membuang hampas atau kotoran. Dan pada bahagianbelakangku yang dinamakan punggung dan pinggang berisikanpula alat-alat seperti buah pinggang yang menghasilkan bibit-bibittunas saringan dan saluran yang menyalurkan air kencing dan bibit-bibit tunas melalui alat yang tertentu pula.

Dan diberi-Nya aku kaki, tangan untuk menyampaikan tujuan,keinginan dan kehendak lahir. Dan begitulah pemberian Tuhankepadaku, yang garis besarnya terdiri dari bulu, kulit, darah,daging, hati, jantung, limpa, rabu, empedu, urat, tulang, otak benak,Disusun dan diatur oleh Yang Maha Penyusun lagi Maha Pengatur;suatu susunan dan aturan yang patut menjadi bahan pelajaran bagikita untuk ditiru sebagai perumpamaan.

Dan begitu pula seluruh batang tubuhku dibalut dengan apayang dinamakan kulit yang ditumbuhi bulu di atasnya, salah satudari panca-indera kita untuk dapat merasakan apa yang dapatdirasakannya, satu pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagiPenyayang yang patut disyukuri.

Aku yang berbadan dan berdiri, menjalankan kehidupansendiri di dalam dengan tidak banyak mendapat halang rintangan,akan tetapi perjalanan hidupku di luar yang dibawakan olehbadanku tidaklah dapat menyenangkan Aku, bahkan kebanyakkanhasil kerjanya menyebabkan Aku mengeluh oleh kerana Akumenderita dibuatnya. Jalan kehidupan yang dibawakan ke luar,tidak ada pegangan (suatu perjalanan yang meraba-raba dalamgelap-gelita) yang lebih banyak membawa akibat tidakmenguntungkan daripada menguntungkan. Di mana letaknyakesalahannya? Segala kesalahan terletak pada ketidak tahuan apaerti hidup yang sebenarnya dan terlampau banyak melihatkehidupan di luar.

Page 159: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal149

Memang semenjak dari dahulukala, kebanyakan manusia tidakberuntung hidup disebab-keranakan salah memahamkan erti hidupyang sebenarnya. Telah lama kehendak badan diturutkan danjarang didapat kehendak hati. Kalau kehendak hati yang diperdapat,pasti akan memuaskan kepada perasan badan dan diri. Kehendakbadan yang susah diperdapat kebanyakannya membawa kecewakepada diri kerana kehendak badan sangat tak habis-habisnya.Dapat satu mahu satu lagi, dapat satu lagi mahu lagi dan begitulahseterusnya. Maka inilah yang dinamakan kehendak hawa nafsuyang tak pernah merasa puas. Sedangkan kesanggupan badanuntuk mencapai kehendak yang banyak itu tidak ada. Pembawaanbadan yang salah itulah yang menyebabkan kita manusia tidakberuntung.

Mungkinkah diri sanggup menyampaikan kehendak hati?Kalau mungkin, bagaimana caranya diri membawakannya?Pembawaan badan berlainan dengan pembawaan diri. Badan yangselama ini tak pandai membawakan diri, berasa rendah terhadaporang lain kerana dia berkaca ke badannya dan bercermin kepadakelebihan orang lain. Badannya yang dianggapnya dirinya danbegitu pula terhadap orang lain, kelebihan orang diambilnyasebagai ukuran. Oleh kerananya, dengan sendirinya dia berasakekurangan dari orang lain.

Kelebihan orang berlain-lain pula. Ada kerana pangkatnya,kedudukannya, ilmu pengetahuannya dan lain sebagainya. Makaadalah kesemuanya yang disebutkan itu tambahannya datangnyadari luar dan tidak kekal. Dan bagaimana dengan dirinya? Adakahmereka berasa puas dengan keadaannya itu? Cuba-cubalahbertanya kepada orang-orang yang punya kelebihan seperti yangdisebutkan di atas itu. Kalau mereka berilmu dan berpengetahuan,maka ilmu dan pengetahuannya dipergunakannya untukmemperbesar, memperkaya, memperelok badannya sendiri. Jarangdipergunakannya untuk kebaikan bersama atau umum.

Orang yang tahu di dirinya tak perlu berasa rendah terhadap

Page 160: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 150

orang yang punya kelebihan itu. Sikap hormat dan menghargai takdibawakan untuk menunjukkan kehalusan budi-pekerti kitaterhadap seseorang. Itupun tak boleh berlebih-lebihan, apalagisengaja dibuat-buat.

Apa yang dikehendaki diri dari kita? Yang dikehendaki diriialah penyerahan; penyerahan keseluruhannya supaya dia bisabebas berbuat. Serahkanlah seluruh badan kepadanya sehingga diayang menguasainya dan supaya dapat dia merasakan keadaanbadannya sendiri.

Ketahuilah bahawa kehidupan diri kita di dalam terbatas olehbulu dan kulit kita. Oleh kerana badan tak mengetahuinya dan takpernah mahu mengenalinya, maka pintu untuknya keluar sentiasatertutup. Badan terlampau berpegang kepada kenyataan, kepadayang ada. Walaupun dia mengetahui dan mengakui bahawapadanya ada diri yang letaknya di dalam batang-tubuhnya, makaanggapannya pada dirinya sendiri itu seumpama barang mati (pasif,tidak aktif), padahal kerana badannya makanya diri itu diadakan.Kerana burunglah makanya sangkar dibuat.

Diri yang patut dikenali itu:• Berdiri dengan sendirinya bagi badan, memberi daya

hidup kepada badan kita di dalam dengan mengaliriseluruh batang tubuh kita menurut jalannya alirandarah kita.

• Dia mengandung daya-tenaga yang ada pada badanyang dinamakan tenaga ghaib, yang tak bisa dilihat.

• Untuk dapat mengenalnya lebih mendalam, diri harusdapat menembus dinding yang membatasinya denganalam luar dan keluar melalui pintu-pintu tertentu. Iniakan terjadi setelah kita dapat merubah pandanganhidup; yang kalau tadinya badan yang dianggap kita,setelah kita dapat menyerahkan badan kita padanyasampai badan tadi telah menjadi kepunyaannya, maka

Page 161: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal151

dirilah yang menjadi kita iaitu diri yang berbadan.• Diri akan membawa badan bergerak dengan

menembus alam sendiri dan lambat-laun tetapi pastiakan dapat merasakan yang bahawa pintu baginyatelah terbuka iaitu yang dapat benar kita merasakannyaialah melalui hujung jari-jari, hujung kuku kita.Padanya ada jalan iaitu jalan sendiri di dalam dankalau kita dapat menemui jalan itu dan kita cubamenuruti jalannya, maka dengan beransur-ansurrahsianya akan terbuka dan dapat dimengerti. Jalannyaberisi dan isinya menghendaki penelitian kita lebihmendalam untuk dapat mengambil manfaatdaripadanya.

Aku mengatakan jalan itu adalah memberi nikmat, tidakdimurkai dan tiada pula sesat. Kita yang di luar (badan) dapatbelajar daripadanya dengan menurutkan jalannya. Untuk ini akuingatkan kepada kisah perjalanan dua orang hamba Allah iaitu NabiMusa dan Nabi Khidir. Nabi Musa dapat menemuinya denganpetunjuk Tuhan, di pertemuan permukaan dua laut, dan aku dapatmenemuinya dengan petunjuk al-Qur’an di waktu dapat membacakisah perjalanan kedua orang hamba Allah itu di pertemuanpermukaan kiri dan kanan. Dan begitulah aku dapat menemukanjalan diriku sendiri. Aku kemukakan diriku dengan menghematkepada tenaga lahirku yang lemah. Badanku tak kuat, punggungkucacat sesudah mengalami dua kali pembedahan. Akumempergunakan tenaga baru yang selama ini bagiku terpendamdan belum pernah aku mengenalnya secara langsung. Aku kasihanke badanku yang telah banyak menjalankan kehidupan dengantelah banyak pula pengalaman, akan tetapi tak banyakmenghasilkan.

Aku teringat akan hari tuaku, masa depanku dan hariterakhirku, dan apa yang akan kupersembahkan kepada Tuhan-kunanti. Aku ingin hidup untuk lebih lama lagi, kalau boleh untuk

Page 162: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 152

seribu tahun lagi. Kerana apa? Ya, kerana aku banyak menemuidan mendapat tenaga-tenaga baru yang akan kupergunakan untuktujuan hidup dengan tidak menyusahkan badanku sendiri dan oranglain. Ini aku perdapat setelah aku dapat menemui dan mengenaldiriku sendiri yang banyak mengandung rahsia itu.

Kumpulan tenaga-tenaga baru yang ada di diriku itu adanyatidak terbatas kerana selain yang ada padaku, sangat banyak adanyadi luar. Dan pada diriku ada jalan untuk menghubungi tenaga-tenaga yang banyak di luar itu. Dan begitulah pula aku yangtadinya terlampau percaya kepada kenyataan, kebendaan, kepadakesanggupan badan dengan tidak mengindahkan diri, semenjak akudapat menemui dan mengenal diriku yang banyak mengandungrahsia itu, menjalankan kehidupanku dengan mempergunakan jalandiriku untuk tujuan sesuatu, dengan pengertian dirikulah yangberbuat dengan mengikut sertakan badanku. Dan dalam pada itutenaga badanku tidak banyak berbuat.

Aku perbaiki kesalahan yang diperbuat oleh badanku selamaini, dengan diriku yang berbuat sebagai amalanku. Banyak sudahdiriku berbuat dan banyak pula sudah orang mendapat hikmahnyadari perbuatan diriku itu. Tak kurang pula orang yangmendatangiku untuk meminta sesuatu padaku. Mereka–merekayang mendatangiku ingin mempunyai seperti apa yang telahkupunyai dan aku berikanlah apa yang ada padaku, di diriku.Sayang, banyak di antara mereka tidak mengerti dan salahtangkapan.

Kalau tadinya aku berat ke luar, maka dengan pembawaandiriku, dengan berdiri di diriku maka aku jadi berat ke dalam. Olehkerananya, aku lebih senang tinggal dalam rumah daripadabepergian tak tentu arah tujuan, dan perasaanku bertambah lebihsenang lagi di waktu aku duduk sendiri dengan menyendiri. Dan diwaktu itu banyaklah yang aku perbuat dan perdapat. Oleh amalperbuatan diriku itu, aku mulai dikenal orang dan berubahpandangan orang yang telah kenal padaku tadinya, dan tak kurang

Page 163: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal153

pula banyaknya orang yang kenal namaku kerana banyak disebutorang akan tetapi tak kenal rupa dan bentukku. Ini oleh keranapembawaan diriku yang lebih suka tinggal di rumah. Danakibatnya, bermacam pula penilaian orang terhadap badan diriku.Dan bagiku sendiri membawa akibat juga. Kadang-kadang dengantidak aku sedari, aku sudah begitu jauh tenggelam dengan dirikusampai aku lupa kepada kewajipan lahirku dan kebanyakanperbuatan orang, banyak yang tidak aku sukai. Tempoh-tempohaku harus menyesuaikan diriku dengan orang lain, supaya adasaling pengertian. Perbuatan seperti ini bagiku suatu kemunduran.

Aku yang telah duduk di universiti, tempoh-tempoh (kadang-kadang) dipaksa untuk berfikir cara di tingkatan SPM, kadang-kadang di sekolah rendah dan tidak kurang pula menjadi seorangyang tak bersekolah kalau aku berhadapan dengan orang yang butahuruf. Aku yang telah tahu di diri dan yang berbuat denganmengikut-sertakan badanku, berhadapan dengan orang yangberpendirian pada badan, kepada kenyataan, kepada kebendaan.Untuk mencapai tujuanku dan tujuan orang yang mendatangiku,harus menurutkan dahulu aliran fikiran orang-orang itu dansetelahnya ada persesuaian, maka kumasukkanlah aliranku yangtak ada padanya. Mereka-mereka mendatangiku oleh kerana berasakekurangan dan menganggap apa yang diperlunya itu ada padaku.

Kedatangan mereka itu untuk keperluan sesuatu. Bagikutandanya ada kelebihan padaku dan aku memberinya dengan tidakmerugi dan merosak kepada diriku sendiri. Mereka-mereka barududuk di tingkatan nol (kosong) dan aku telah di tingkat III. Adapula yang telah duduk di tingkat I, ini menurut perhitungankusendiri, dan ada pula yang telah duduk di angka 11, 12, 13 dan lainsebagainya. Perhitungan sebelas bagiku telah lebih dari cukup,tetapi masih kurang kerana belum mencukupi. Satu bagiku adalahaku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya). Yang Esa – Tuhan.

Sebagai seorang manusia, saya harus berjuang untukmendapatkan keperluan hidup. Oleh kerana saya mesti makan,

Page 164: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 154

minum, berpakaian, bergaul, berumah tangga dan lain sebagainya,saya harus mempelajari diri sendiri sampai dapat mengenalnyauntuk supaya jangan terlalu susah hendaknya menjalani kehidupandan mengisi keperluan lahiriah dan batiniah. Saya harusmenyederhanakan kehidupan saya berhubung dengansederhananya keadaanku, seperti yang dicontohkan Tuhan kepadaapa yang ada pada badanku (alat-alat yang serba sederhana).

Saya harus merubah corak kehidupanku kerana keinginankuketenangan dan kedamaian. Ketenangan dan kedamaian akuperdapat di diriku. Bersama dengannya pula, aku temui jalan hidupyang sebenarnya. Dan dengan jalan yang telah menjadikepunyaanku itu, hamba berjalan mengharungi lautan hidup yangmaha luas dengan tenang dan damai.

Hamba berjalan sebagai seorang musafir yang berkelana kianke mari menjalankan tugas terhadap Tuhan, terhadap badan dirikusendiri kerana seluruh tindak-laku perbuatanku kujadikanamalanku. Hamba melakukan perjalanan seorang diri denganbadan, bersama-sama dengan orang lain; melakukan perjalananyang jauh kataku, tetapi dekat. Hamba memberi dan sentiasamemberi dan menerima untuk badan. Hamba hidup dan sentiasahidup oleh kerana ada yang menghidupkan. Hamba yangdihidupkan tadi menghidupkan pula, terutama badanku sendiri.Hamba berjalan terus dan terus berjalan. Hamba berjalan sampai dibatas. Di mana batasnya, hamba tak tahu kerana belum terbayanglagi di pelupuk mataku. Rasanya masih jauh. Dan sudah jauh pulahamba berjalan, tetapi hamba tidak berasa payah. Kerana apa?Kerana jalanku memberi nikmat lagi berisi, tidak dimurkai dantidak pula sesat. Badanku? Aku kasihan padanya. Bukankah akuterkandung di dalamnya? Dia aku senangkan. Aku biarkan diaberbaring, istirahat. Dan aku berjalan terus dengan tidakmeninggalkannya seperti perjalanan seorang hamba Allah yang takbanyak dapat orang mengetahuinya.

Telah kuhuraikan siapa saya dan siapa pula hamba dan aku,

Page 165: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal155

siapa ‘A’-ku? Aku adalah tetap aku. Aku ‘nan sebatang,’ ‘nantunggal,’ berdiri dan berbadan. Aku dengan badan dan dirikuadalah manusia. Badanku tanpa aku adalah seumpama mayat. Dandiriku timbul oleh kerana adanya aku pada badanku. Dia timbulsetelah aku ada di dalam badanku. Aku adalah pelita dalamrumahku sendiri. Dikatakan ada, aku tidak ada. Dikatakan tidakada, aku ada. Keadaanku dalam tiada. Ada dalam sebutan, tidakada dalam kenyataan. Aku bernama, dan namaku setelah jadimanusia ialah Bagindo Muchtar, pemberian dari ayahku dan hasilperpaduan dari ibu bapaku dengan izin Tuhanku. Pertemuan daridua titik ibu bapaku yang berasal dari titisan air yang memancardari ibu bapanya pula tadinya, telah memancarkan dan menitiskanaku pula. Aku tak tahu bilamana aku dijadikan. Yang aku ketahui,aku sudah jadi (aku sudah ada). Dan aku telah dewasa danmenjalankan kehidupan sendiri. Pengalaman perjalanankehidupanku yang menyebabkan aku ingin mengetahui aku yangsebenarnya. Dan begitulah setelah aku banyak mengadakanperjalanan keluar daerahku, sedangkan yang aku cari tak pernahbertemu, maka aku mulai mempelajari keadaanku, badan diriku.Dalam perjalanan keluar aku pernah rasanya mendarat di sebuahpulau yang ada mercusuarnya (rumah api). Aku dapat mendarat diSana setelah melalui badai taufan, laut yang bergelombang danberalun dan aku tertarik akan cahaya lampu yang ada di Sana. Akunaik ke darat. Selangkah demi selangkah aku langkahkan kakikumenuju lampu yang kelihatan dari jauh itu. Alangkah takjubnyaaku sewaktu aku berada di bawahnya. Di Sana, rupanya lampu itutak pernah mati, melainkan hidup terus. Hanya dari jauhkelihatannya hidup-mati. Aku ingin hendak mengetahui rahsianya.Dengan penelitian yang seteliti-telitinya, dapatlah aku mengetahuiakan sebab-sebabnya lampu tersebut dari jauh kelihatan hidup-mati.

Di Sana lampu itu hidup terus dan pada keliling lampu adabola, yang kaca sebelah bahagian dihitamkan dan bahagian lain

Page 166: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 156

dibiarkan begitu sahaja. Dan bola itu berputar terus sehingga bagiorang yang melihat dari jauh, pada giliran putaran gelap lampu itumati dan pada giliran yang tidak diapa-apakan, hidup, dan begitulahseterusnya. Aku memandang ke jurusan lain. Maka tak jauh darimenara lampu itu, kulihat sebuah rumah dengan dilingkari kawatberduri sekelilingnya. Pada hematku, tentu ada orang yangmenunggu rumah tersebut. Dengan perlahan tapi pasti, akulangkahkan pula kakiku selangkah demi selangkah menuju kerumah itu. Aku dapat menemui pintu untuk masuk ke dalampekarangan rumah itu sambil melihat orang penunggunya.

Dengan ucapan ‘salam’ yang keluar dari mulutku, aku naikirumah itu melalui anak tangga dan sampailah aku ke atas rumahtersebut. Salamku tidak dapat jawapan dan aku lakukan berulang-ulang mengucapkan salam. Tiada yang menyahut. Aku sampai dimuka pintu untuk masuk ke dalam. Dengan tak kusedari, pintukutolakkan. Pintu terbuka dan kelihatanlah olehku apa yang ada didalam bahagian muka rumah itu yang merupakan satu kamar,namun orang yang kucari tak juga nampak. Tanda-tanda banyakmenunjukkan padaku bahawa tak boleh tidak tentu mesti ada orangyang menghuni rumah itu. Aku melangkah terus ke dalam dan akusampai pula kepada sebuah pintu. Tanganku membuka pintu itupula dan aku berada dalam kamar lain. Dan apa yang nampakolehku di Sana, semuanya menakjubkan pemandanganku keranaapa yang kulihat itu belum pernah kulihat, tidak ada di daratan.Namun, orang yang kucari tidak juga ketemu. Aku teruskanperjalananku menurutkan gerak langkah kakiku. Aku sampai kedapurnya, kamar mandi dan semua airnya tak pernah kering.Namun, aku tak juga bertemu dengan orangnya. Aku kelilingipulau itu kalau-kalau orang yang kucari lagi memanjat ataumencari kayu bakar. Dia yang kucari tak kujumpai.

Dalam pada itu aku sampai kembali di tempat perahukumendarat. Hari berembang petang juga. Aku tak putus asa. Akududuk merenung dan merenung sambil memikirkan ke mana

Page 167: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal157

gerangan penghuni rumah itu. Tiba-tiba, antara sedar tak sedardalam lamunanku, aku mendengar suara yang bunyinya, “Haianak, apa yang kau nantikan? Siapa yang engkau tunggu?Ketahuilah olehmu, bahawa yang kau tunggu dan nantikan itu takakan kunjung datang. Dia ada tetapi tiada. Keadaan-Nya dalamtidak ada, tidak berupa tidak bertampan, tidak beranak dan tidakpula diperanakkan. Dengan izin-Nya jua makanya engkau sampaidi sini. Sekarang kembalilah engkau ke rumah tadi. Hari sudahpetang juga, sedangkan engkau harus kembali.”

Aku sedar dari lamunanku. Masih teringat-ingat di telingakukata-kata, ‘Apa yang engkau tunggu dan apa yang engkaunantikan? Yang engkau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjungdatang. Dia ada tetapi tiada. Ada dalam sebutan tidak ada dalamkenyataan kerana tidak berupa dan bertampan dan lain sebagainya.’

Benarkah aku sudah berada di Sana? Aku ingat, aku hendakmencari-Nya, akan mengadukan halku dan minta keadilanmengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi atas badan dirikubelakangan ini yang aku berasa tidak patut. Aku melangkahkembali tetapi pasti menuju ke rumah yang telah kumasuki tadi.Aku naiki kembali rumah itu. Aku memasuki kamar, maka denganmemperhatikan akan isinya dan seterusnya memasuki kamar lain.

Aku berfikir, “Apakah yang akan kuambil untuk dibawa kedaratan? Segala apa yang ada di situ aku mahu semuanya, akantetapi bagaimana aku akan membawanya, perahuku kecil.” Akumerenung dan merenung, sambil memandang dan berfikir juga, apayang akan kuambil.

Kembali aku mendengar suara, “Hai orang muda, lekaslah.Ketahuilah olehmu matahari sudah hampir terbenam menandakanmalam hampir tiba. Kau bersegeralah untuk kembali, kalau tidaknanti engkau tak tahu jalan.”

Aku perhatikan dan perhatikan lagi apa yang akan kuambil.Maka terpandanglah aku kepada sebuah ‘Anak Kunci’ tersangkut

Page 168: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 158

di dinding rumah itu. Maka aku ambillah ‘Anak Kunci’ tersebutdengan pengharapan, dengan ‘Anak Kunci’ di tangan aku akan bisamembuka pintu segala pintu, jalan segala jalan untuk pulang-pergike tempat itu di kemudian hari kelak. Dan ‘Anak Kunci’ itu akumasukkan ke dalam kantungku. Aku fikir lagi, masih bisa lagi yangakan kubawa. Aku pandang dan menilik, maka kelihatan olehkugumpalan gulungan tali yang berlingkar dan berpusat danhujungnya terjuntai keluar. Aku tarik hujung tali itu dan tali itumenghulur lagi menghulur. Dengannya aku terjun ke bawah danaku sampai kembali ke daratan.

Aku sedar sesedarnya, aku masih ingat segala kejadian itu.Aku kembali tidak dengan perahu yang kecil yang bertahun-tahunlamanya makanya aku sampai ke Sana. Aku kembali denganhujung tali yang berpusat ke Sana dan perjalanan itu tak banyakmemakan waktu. Sampai sekarang ‘Anak Kunci’ itu masih adapadaku. Aku berfikir di kala itu, mungkinkah orang dapatmempercayaiku kalau aku ceritakan tentang yang kualami itu?Begitu pula bagi orang daratan yang belum pernah melihat lampuatau mercusuar di sebuah pulau, kalau dikatakan bahawa lampuyang kelihatan hidup-mati itu dari daratan, di Sana tidak mati,melainkan hidup terus. Tidak akan mahu begitu sahajamempercayainya sebelum mereka sampai pula suatu ketika kepulau itu dengan melihat dengan mata kepala sendiri. Sampaisekarang ‘Anak Kunci’ yang kuperdapat itu telah perbanyak. Danbanyak pula orang yang telah menerima kunci dariku itu tidakpandai mempergunakannya.

Bagiku, dalam bilangan adalah 1, 10, 100, 1000 namanyacukup. Dari cukup hendaklah kita mencari jalan untuk mencukupiitu. Begitulah makanya banyak orang, oleh kerana tak tahu jalanyang sebenarnya kian ke mari mencari untuk mencukupi.Kejadiannya (yang terjadi) bukan mencukupi yang diperolehinya,melainkan, walaupun sudah banyak tetapi yang cukup telahmenjadi kurang, umpama yang satu telah jadi 9, 39, 99 dan

Page 169: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal159

seterusnya. Dan untuk mencari yang hanya satu untuk mencukupikembali yang kurang, susah orang mendapatinya. Kebanyakanterjadi, dicari satu didapat dua, tiga, empat dan seterusnya, seolah-olah perbuatan kita disuruh mencari lagi dengan bekerja kerasmembanting tulang untuk mencukupi. Kalau begitu terus-terusan,bilakah kita akan dapat mengecap nikmat hidup di dalam duniayang indah lagi elok ini?

Pengalamanku menunjukkan padaku, aku mencari untukmencukupkan. Aku perdapat bukan di luar, melainkan di dalamiaitu di diriku sendiri. Dan aku keluar mencari kelebihan untukkupergunakan. Aku cukupkan badan diriku lebih dahulu denganapa yang ada padaku. Sudah itu aku bawa badan diriku mencarikelebihan ke luar. Dan kelebihan-kelebihan yang kuperdapat dansentiasa bertambah terus oleh kerana tindak-laku perbuatankudalam perjalanan.

Aku keluar mengharungi lautan hidup yang maha luas dengantenang, aman dan damai. Oleh kerana itulah makanya aku katakan,aku ingin hidup untuk seribu tahun lagi dalam bidangku dan akujalankan kehidupanku sebagai seorang pengembara yang musafir.Kalau boleh aku akan mengatakan, “Cukupkanlah lebih dahuluyang telah cukup dan dengan telah dapat dan pandai mencukupkanitu, carilah kelebihan yang bisa di perdapat di luar, di luar badandiri kita, di alam yang maha luas ini. Kalau tak dapat di tempatmusendiri, di kampungmu, di negerimu, carilah di tempat lain, dinegeri lain, walaupun di benua Cina sekalipun. Kalau kelebihantelah diperdapat, janganlah pergunakan kelebihan itu untukmenyombong diri yang mendatangkan takbur, yang menyebabkankita lupa kepada diri sendiri.”

Pergunakanlah kelebihan yang ada padamu itu untuk kebaikandan membaikkan sehingga menyenangkan orang hendaknya. Danorang dapat menghargai kita dan dapat mengikut kelebihan kita itu.Aku telah berjalan dengan badanku dan apa yang telah kuperdapatakan hasilnya, aku sentiasa merasai tidak puas dan selalu mahu

Page 170: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 160

lagi. Aku telah berjalan dengan diri dengan mengikut sertakanbadanku dan telah banyak diriku berbuat, dan kebanyakan hasilnyamemuaskanku, akan tetapi aku masih mahu lagi.

Perbezaan yang kuperdapat dari kedua perjalanan itu,walaupun masih sama-sama mahu lagi ialah dengan perjalananyang pertama kedudukan dan pangkat serta harta-benda yangkuperdapat sentiasa tidak memuaskan aku sungguhpun orangmemandang dan menganggap aku telah mempunyai. Denganperjalananku yang kedua, yang telah kulakukan ialah perjalananyang menghasilkan kebaikan bagiku dan membaikkan bagi oranglain, menyebabkan aku mahu lagi dan mahu lagi. Dan aku berasatidak puas dan belum puas oleh kerana yang pertama; baharubadanku yang berbuat. Dan kedua; diri serta badanku yangmelakukan dengan diriku yang ke muka. Aku ingin aku sendiriyang berbuat hendaknya; aku sendiri yang ke muka, denganmempergunakan badan diriku. Untuk ini, aku harus menemui akuyang sebenarnya. Jalan untuk itu telah ada padaku dan ‘AnakKunci Wasiat’ untuk segala pintu telahpun kupunyai dan aku harusdapat menemui ‘A’-ku yang sebenarnya.

Dalam perjalanan menurut rasa perasaan yang sudah-sudah,aku pernah pula mendapatkan pengalaman yang tak diduga-duga.Aku berjalan berombongan (kalau di Mekah barangkali berkabilah)dan dalam rombongan aku itu, aku jadi pemimpin kerana aku yangpaling di muka berjalan. Dalam rombongan itu tak ketinggalan pulaikut anak kandunganku. Kami berjalan dan terus berjalan, di manapetang di mana malam dengan haus harus minum, lapar makan,ngantuk tidur. Kami berkumpul, kami mengaji, kami berlatih, kamibergerak, lain sebagainya. Tahukah mereka-mereka itu, hendak kemana mereka-mereka itu aku bawa? Aku pun tak tahu, apalagimereka-mereka itu. Yang terang aku lakukan di perjalanan, kalauada orang kehausan, kami beri seteguk air untuk melepaskandahaga. Dan kami berjalan terus dan terus berjalan. Orangmengatakan, ‘berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.’

Page 171: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal161

Dan bertahun-tahun sudah lamanya kami berjalan. Ada yang begitusahaja keluar dari rombongan kami dengan kembali kepangkalannya. Ada pula yang meninggal dalam perjalanan dan takkurang pula memasuki barisan kami untuk ikut dalam rombongankami berjalan, dan aku berjalan terus di muka. Ada yang berjalandalam kelesuan dan tak kurang pula berjalan dengan aku denganpenuh keyakinan dan tekun. Dan begitulah di perjalanan yang telahmemakan waktu bertahun-tahun itu, aku sampai pada suatu batasyang tak ada jalan bagiku untuk meneruskannya.

Aku berhenti berjalan. Dan di balik tirai besi sebagai batasperjalananku itu, aku melihat suatu pemandangan yang indah lagimenarik. Seolah-olah suatu kebun, di mana berdiri sebuah rumahsebagai istana dengan pohon-pohon yang rendang daunnya, denganberbuahkan buah-buahan yang lazat cita-rasanya. Di tengah kebunmengalir sebuah sungai yang amat jernih lagi sejuk, mendatangkankeinginan bagi musafir untuk meminumnya, apalagi kalau dapatberkecimpung (mandi-manda) di dalamnya. Aku melihat danmelihat. Dan di mukaku kulihat sebuah pintu untuk masuk, denganberlukiskan di depannya: ‘Hanya untuk satu orang dan orangnyaialah yang paling lebih dahulu sampai.’ Untuk itu, orang harusmelalui satu titian, titian yang hanya untuk satu orang pula.Setahuku, waktu itu rombongankulah yang mula-mula sampai diSana dan akulah orang yang mula-mula sampai.

Jauh di sana… di kejauhan aku lihat banyak pula rombongan-rombongan lain lagi melakukan perjalanan pula. Ke manarombongan mereka itu, tak tahu, tetapi mereka masih jauh lagi.Aku melihat ke rombonganku yang belum begitu banyak, termasukanak kandungku. Semuanya pada melihat padaku dan apa katakupadanya? “Anak-anakku sekalian, pengikut-pengikutku, ketahuilaholehmu bahawa kalau kita melihat ke muka, seolah-olah perjalanankita ini telah sampai di batas. Sampai di sini sahaja geranganengkau kubawa berjalan? Lihatlah ke pintu itu, di mana tertulisyang mana kamu semuanya dapat membacanya: ‘Hanya untuk satu

Page 172: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 162

orang dan orangnya ialah yang paling dulu sampai.’ Dalam hal ini,nyata sudah orangnya ialah Aku, kerana cubalah engkau lihat kesana,” sambil aku menunjuk ke jurusan lain, “selain darirombongan kita, belum ada rombongan lain yang lebih dahulu darikita sampai di sini. Keinginanku sangat besar untuk selama-lamanya bersama kamu, akan tetapi apa yang kulakukan sekarang?Aku merasa kuat sekali tarikan dari dalam terai besi itu untukmemasukkinya. Tak sanggup aku menahannya. Jangankan kalian,anak kandungku sendiri tak dapat aku membawanya. Aku haruspergi menurutkan tarikan ini dan engkau sekalian akan sayatinggalkan di sini bersama anak kandungku, dan kepada Allahkuserahkan segala sesuatunya. Bermohonlah bersama-sama kepadaTuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, semoga aku dapatkembali mencari jalan lain untuk meneruskan perjalanan kita yangberisi ini. Aku yakin jalan kitalah yang sebagus-bagusnya atauyang sebaik-baiknya jalan; satu jalan yang memberi nikmat, tidakdimurkai dan tidak pula sesat. Aku, rasanya belum dipanggil untukselama-lamanya. Aku dan kamu masih di dalam perjalanan; suatuperjalanan yang kunamakan berjalan mengadakan pengakuanuntuk mendapat Pengakuan. Dan aku tak kuat bertahan lagi. Akuharus pergi, pergi memasuki tirai besi ini melalui pintu yangbertulisan itu dan tunggulah sampai aku kembali.”

Aku memasuki pintu itu dengan hati-hati menurut geraklangkah yang berlangkahkan. Aku lalui titian yang hanya untuksatu orang itu dengan mudah dan sampailah aku di dalam kebunitu. Aku berjalan menyusur tepi sungai yang jernih itu. Segalasesuatunya yang aku lihat menakjubkan aku semuanya.

Siapakah gerangan punya rumah yang seperti istana itu? Siapapenghuninya? Ingin benar aku hendak mengetahuinya. Dalam padaitu bergerak, dan aku berjalan kaki, kuterus… terus selangkah demiselangkah. Aku mendengar suara-suara orang ketawa bersuka-riabersama-sama. Aku menoleh ke sana, ke tempat datangnya suaraitu. Aku lihat mereka sedang bersimbur-simbur air dengan riang

Page 173: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal163

gembiranya, dan di tengah-tengah mereka itu aku lihat seorangputeri dengan pandangan yang mengasyikkan melihat kepadaku.Rupanya mereka-mereka itu sedang memandikan tuan puteritersebut. Mereka bergembira ria melihat kedatanganku dan darimulut mereka berhamburan kata-kata, “Sudah datang orang yangdinanti.”

Apa kataku di kala itu? Aku tak dapat berkata sepatah jua,selain dari kehairanan dan ketakjuban yang aku perlihatkan.Melihat kepada wajah tuan puteri itu, aku rasanya pernah bertemudan kenal baik padanya. Akan kutegur, kalau bukan? Akumembisu seribu bahasa. Aku melihat tuan puteri itu sesudah dimandikan, dituntun bersama-sama dan diiringi sampai masuk kedalam rumah yang berada dalam kebun itu. Dan sesudah itu apayang terjadi? Mereka-mereka itu pada mendatangiku danmembawaku ke dalam sungai yang jernih itu dan memandikankupula dan menyiram aku dengan segala macam wangi-wangian.Aku terpesona dan tak berdaya berbuat sesuatu apa-apa selain darimenurut. Aku dikenakan pakaian yang selama ini belum pernahaku mengenalnya; pakaian kebesaran. Dan aku dituntun memasukirumah tuan puteri itu dan didudukkan aku di hadapannya yang lagiduduk di kerusi kedudukannya pula.

Seorang demi seorang mereka-mereka yang tidak begitubanyak itu menghilang dari pemandangan kami dan tinggallahkami berdua sahaja. Di hadapan kami, di antara kami berduaterletak sebuah meja yang berisikan minuman dan buah-buahandari pohon-pohon yang tumbuh di dalam kebun itu. Akumemandang kepadanya dan dia memandang pula kepadaku. Apakataku dan apa pula kutanya?

Kataku, “Engkaukah ini?”“Ya,” sahutnya. “Kenapa sendiri sahaja datang? Dan di mana

anak-anak ditinggalkan?”Kataku, “Ketahuilah oleh mu dik, semenjak aku engkau

Page 174: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 164

tinggalkan, corak kehidupanku sudah berubah. Aku bukanlah lagisebagai seorang buruh seperti yang engkau kenal selama ini,melainkan seorang hamba yang sentiasa mengembara danmengembara menurutkan rasa perasaan, ke mana gerakmenentukan. Dan begitulah dengan tak kuduga sedikitnya dalampengembaraanku, aku bisa sampai di sini dan dapat pula bertemudenganmu. Tentang anak-anak kita yang kau tanyakan, semenjakengkau pergi, dia ada sentiasa bersamaku, kecuali anak kita yangtua yang telah bisa berpisah dengan kita. Dia bersekolah di kotadan tinggal sama orang lain.”

Pertemuan kami di kala itu hanya sekejap sahaja. Ya, sekejapsahaja dan tak banyak pula rasanya yang dapat kukatakan. Suatuperjumpaan yang tak diduga-duga. Dan di waktu itu aku berasaseolah-olah aku ditarik kembali untuk keluar, yang mana tak dapatpula aku mempertahankannya. Kudrat Tuhan berlaku atas diriku.

Kukatakan padanya sambil berdiri, “Sekarang telah tiba pulamasanya bagi kita untuk berpisah. Aku akan kembali ke luar tiraibesi ini, kerana dorongan sangat kuat rasanya untuk menarik akukeluar. Aku sangat berasa berbahagia yang dalam pengembaraankuTuhan telah mempertemukan kita, walaupun hanya sekejap. Tahuaku sudah tempatmu sekarang dan tahu pula sudah aku, rumahyang akan aku diami nanti. Lepaslah dulu aku pergi, menjelang akukembali padamu untuk selama-lamanya. Tugasku belum selesai,dan aku masih dalam perjalanan.”

Tuan puteri rupanya enggan melepaskan pergi, akan tetapi diatak kuasa menahanku. Dia mahu ikut berserta aku.

Kataku, “Aku bukan tak mahu membawamu dik, akan tetapiketahuilah olehmu, apa yang ada padamu ada padaku dan apa yangada padaku tak ada padamu. Yang tak ada padamu lagi ialah badansepertiku ini.” Sambil menunjuk ke badanku. “Itu sudah lamahancur menjadi tanah, akan tetapi sungguhpun begitu engkau takusah khuatir. Dengan perjumpaan kita ini, aku ketahui sudah akudapat hidup dalam dua alam iaitu di alamku yang kudiami sekarang

Page 175: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal165

ini iaitu di alam nyata, dan di alam yang kau diami sekarang ini dialam arwah, di alam ghaib. Oleh ketahuanku, sewaktu-waktu kitabisa bertemu dan kerana penemuanku akan diriku sendirimenjadikan segala sesuatunya bagiku jauh tak berantara dekat takberbatas. Tuhan jua Yang Mengetahui segala-galanya. Aku haruskembali. Engkau lihatlah ke sana, di luar tirai besi. Pengikutkusentiasa menunggu-nunggu menantikan kedatanganku kembalikepadanya, termasuk anak kandung kita untuk kembalimeminpinnya menunjukkan jalan yang benar; jalan pada JalanAllah. Gerak Allah-lah yang menentukan akan segala sesuatunya.”

Begitulah kisah perjumpaanku dengan kekasihku yang telahpergi meninggalkan aku, ibu kandung dari anak-anakku yangdapat kuceritakan. Hanya sekejap, ah… sekejap sahaja. Suatupengembaraan menurutkan rasa apa yang terasa. Dan aku tidakbermimpi.

Tingkat pertama dari kehidupanku yang berjalan menurutikehendak badan telah kulalui. Tingkat kedua, iaitu berjalanmenuruti jalan diri dengan mengikut-sertakan badan sampaisekarang sedang kujalankan. Dan aku lagi menuju ke tingkat ketigaiaitu aku hendak mencari dan sampai dapat menemui ‘A’-ku yangsebenarnya dan aku akan ingin mengemukakan ‘A’-ku yang benar,keakuanku berjalan dengan diri dan badanku. Aku hendakmembersihkan diriku, badanku dan ‘A’-ku berserta badan dirikuingin banyak berbuat.

Aku yang dilahirkan di bahagian Barat dari pulau tampatorang tuaku berdiam, mengembara menuruti kehendak jalanbadanku ke Selatan. Pernah ke Timur dan pernah pula ke Utara.Dan sudah pernah pula ke luar negeri. Sekarang aku duduk diselatan. Aku pernah berdiam di dekat Pusat Pemerintahantanahairku, akan tetapi oleh kerana waktu itu berkemungkinanbelum waktunya yang tepat, di sana pulalah aku mendapat cubaanberat sampai berpisah dengan ibu dari anak-anakku kerana di kalaitu aku tak tegas, tak mempunyai pendirian yang kuat sesuai

Page 176: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 166

dengan pembawaanku yang selama ini suka mengalah danmenurut.

Aku tingkatkan pengetahuanku mengenai diriku. Akutingkatkan lebih mendalam dan di Sana, di suatu tempat yang takdapat aku mengatakannya, aku temui ‘A’-ku yang sebenarnya. Akukatakan, “Adalah ‘A’-ku yang sebenarnya ialah di balik ‘nansebatang,’ ‘nan tunggal,’ Alif berasal dari titik yang dinamakansekarang Bagindo Muchtar. Namaku yang sebenarnya dari ibubapaku ialah Muchtar Uddin. Uddin dari nama ayahku yang telahmeninggal selagi aku masih kecil. Setelah aku kahwin, maka akuberhak memakai gelar dari bapaku yang menjadi pusaka bagikudan begitulah aku lebih suka memakai nama Bagindo Muchtar.”

Aku berbadan dan berdiri. Diriku di balik badan dan ‘A’-ku dibalik diri. ‘A’-ku mengisi diri dan diri memberi kehidupan kepadabadan. Maka adalah ‘A’-ku melalui diri menghidupankan badan.Tadinya Aku melalui badan menimbulkan diri. Perjalanankumenuruti kehendak badan menyebabkan aku harus bekerja dengankeras. Aku hanya dapat menghubungi yang nyata sahaja.Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainanpandangan hidup dari biasa. Orang-orang pada mendatangiku,begitupun pula rezeki bagiku mendatang pula. Aku tidak perlubekerja keras untuk mencari keperluan hidup. Diriku dapatmenghubungi yang badanku tak dapat menghubunginya. Dirikudapat banyak berbuat yang aku dengan badanku tak dapat berbuat.Segala pintu dapat dimasuki oleh diriku dengan jalannya, padajalannya. Dengan jalannya sendiri, diriku bisa menurutkan segalamacam jalan. Diriku tidak sombong dan tidak pula takbur. Dirikuhalus, tetapi tidak nampak, lebih halus dari yang halus. Dan masihbanyak lagi yang harus kuketahui tentang kesanggupan diriku. Danaku akan terus menggali rahsianya. Padanyalah itu aku temuiseperti yang dikatakan orang, ‘Jauh tak berantara, dekat takberbatas.’

Di mana tempatnya diriku nanti setelah ‘A’-ku kembali ke

Page 177: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal167

Hadirat Tuhanku dan badanku dikembalikan ke tanah? Belumdapat aku mengetahuinya. Yang aku ketahui, padanya tertulissegala amal perbuatanku. Badanku kalau hendak makan, minum,tangankulah yang bekerja. Mahu berjalan, kakikulah yangmelangkah.

Diriku berbuat untuk badanku. Siapa yang mengisi diriku?Inilah yang menyebabkan aku mencari yang di balik diriku yangbernama ‘A’ bagi ‘ku.’ Maka adalah ‘A’-ku ialah Roh yangasalnya ditiupkan Tuhan ke dalam badanku. Aku insaf badanku takkuat. Diriku miskin, tak punya. Oleh kerana itulah makanya akuhendak mengetahui ‘A’ dari ‘ku’ yang sebenarnya kerana timbulkudarinya. Aku telah dapat merasakan berdiri pada badan. Aku telahdapat merasakan berdiri pada diri dan sekarang aku akan berdiripada ‘A’-ku. Dengan berdiri pada ‘A’ dari ‘ku’ dapat kuketahuidan dapat pula kukatakan bahawa jalannya ialah ‘memusat;’ satuperjalanan menuju ke Pusat dari segala pusat iaitu kepada Tuhanyang disebut Allah.

Pada ‘badan’ ada dua jalan iaitu satu kiri dan satu kanan. Pada‘diri’ ada dua pula jalan iaitu satu buruk dan satu lagi baik. Danpada ‘nya’ (‘A’-ku) hanya ada satu jalan iaitu pada Jalan Allah.

Aku ketahui sudah padaku ada tiga jalan dan aku akanmemilih jalan yang sebaik-baiknya bagiku (badan diriku). Akumenpunyai akal untuk menimbang, mempunyai otak fikiran, didalamnya terkandung kemahuan, kesedaran dan ingatan. Padahematku, jalan yang sebaik-baiknya yang akan kupakai ialah jalantengah iaitu jalan diri yang berisi; isi yang datang dari ‘A’-ku dan‘A’-ku yang datang dari Allah. Aku dengan diriku dapatmenghubungi alam yang di luar alamku. Dan akan kupakai terusjalan itu untuk kelancaran kehidupanku, dan terhadap Tuhan YangMaha Esa akan kukemukakan ‘A’-ku dengan mengikut-sertakanbadan dan diriku. Dan aku telah dapat mengambil manfaat darijalannya diriku.

Kukatakan, kalau diri telah ditemui melalui pintu-pintu

Page 178: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 168

tertentu, maka turutkanlah jalannya. Jangan dicampur-adukkandengan jalannya alam fikiran kita. Di saat itu, segala apa yang adapada kita menjadi alat oleh diri kita kerana segala sesuatunya telahmenjadi kepunyaannya. Cara bekerjanya berlainan dengan carabekerja kalau kita berpendirian di badan. Caranya ialah serbaautomatik (bergerak dengan sendirinya) pula. Apa yang akandilakukan dan apa yang akan diperbuat, telah didengar dandiketahui oleh ‘A’-ku dan melalui diri, diri melakukannya untukmencapai tujuan.

Melalui pintu-pintu tertentu, dapat kita mengenal diri kitadengan ‘rasa.’ Kita rasakan sampai terasa dan setelah terasa benar,kita cari jalannya untuk dituruti atau dibiarkan dia berbuat. Denganmembiasakan membawa diri itu atau menurutkan jalannya diri itu,kita akan bertambah mengenal diri kita dan lambat laun kita akanmengatakan bahawa adalah segala sesuatunya apa yang telahdilakukan diri itu aku yang berbuat. Dan kita akan mengenal akuyang sebenarnya, dan jawablah pertanyaan, “Hendak ke mana aku?Dan mahu apa aku?”

Saya akan mengatakan, “Saya mahu ke Sana. Mahumengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan;” Pengakuansebagai hamba-Nya oleh Allah, dan sebagai umatnya olehMuhammad Rasul Allah. Dan berjalanlah aku untuk itu. Dalamperjalanan, aku memberi dan menerima. Dan aku akan menggaliterus rahsia yang terkandung, diriku, dan aku sangat mengharapkansentiasa petunjuk untuk mendapatkan itu, untuk aku pergunakandalam perjalananku, sebab aku masih berasa berkurangan danmasih banyak lagi yang belum kuketahui dan punyai. Bukanuntukku seorang, melainkan bersama manfaatnya untuk orangbanyak.

Tali pergantunganku yang tadinya telah putus, telah dapatkutemui kembali dengan telah dapatnya samaku hujung tali pusatdi Sana yang dengannya aku turun kembali ke darat. Bukan talisebarang tali. Tali yang bagiku banyak mengandung hikmah. Tali

Page 179: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal169

yang berisi dan yang bertali-tali. Aku yang bertali tetapi tiadatergantung, tergantung tetapi tiada bertali mempertalikan talipergantunganku yang dari Pusat itu dengan aku yang bertalisehingga aku kelindungan (dilindungi). Aku berdiri di bawahPayung Besar yang perkembangannya merupakan ‘jala’ dan aku didalamnya. Kenyataannya, hujung tali pusat yang kupegang tatkalaaku di Sana itu berkembang merupakan payung, dan akuberpegang pada tangkainya, dan dengannya mendaratlah aku didaratan kembali dengan tidak usah bersusah-payah.

Kataku, “Aku telah mempertemukan yang lama dengan yangbaru, yang lahir dengan yang batin, yang di luar dengan yang didalam, setelah aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dankanan.”

Aku sendiri, tetapi di luar banyak. Di mana-mana, aku ada.Aku telah dapat menemui itu zat serba zat, mengandung serba adayang keluar dari diriku sendiri. Tenaga yang keluar dariku tak dapatdisaksikan dengan langsung oleh kerana dia ghaib. Tenaga ghaibini dengan bahasa asing dinamai metaenergy. Metaenergy itu adapadaku dan banyak di luarku. Dan aku telah banyak mengambilmanfaat darinya.

Kukatakan, “Tenaga rohani yang telah lama dan telah banyakkupergunakan itu tidaklah melemahkan diriku kerana padanya adaalat untuk hubung-menghubungi antara satu dengan yang lain danalat penerima dan pemberi, dan aku mengetahui jalan untuk itu.”

Dan pembawaan kukatakan, “Setelah aku berpengalaman dansetelah kuketahui di luar aku banyak, maka aku tak memakaikanhakikat dan makrifat kerana pemakaian hakikat dan makrifat itubagiku menyakitkan kepalaku dan melemahkan tenaga lahirku, danmenjadikan suatu tindak perbuatan yang disengajakan, sedangkanaku bukanlah itu orangnya. Yang aku pakaikan hanya jalan. Dansebagai seorang hamba, aku akan berjalan terus, akan menjalankanterus kerana terhadap orang banyak aku tak pilih kasih. Akuanggap adalah badanku ini kepunyaan bersama (bukan

Page 180: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 170

kepunyaanku sendiri), kepunyaan yang ghaib-ghaib, kepunyaanAllah dengan Rahsia Ghaib-Nya. Aku ini hanya membawakan danpendirianku ialah Lillahi Rabbil alamin.”

Dan aku tak mahu dipunyai atau dikuasai oleh seseorang. Akusentiasa… di mana aku berada, memberi dan menerima. Danterhadap Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, aku pohonampun dan redha kerana aku tahu badanku lemah, yang tempoh-tempoh menyebabkan aku lupa kepada diriku sendiri sampai akutinggalkan jalan yang berpetunjuk, yang harus aku turuti.

Terhadap mereka-mereka yang disedari atau tidak, yang telahmembantu aku dalam perjalananku dengan jalan ini pula, akumenyatakan terima kasih yang tak terhingganya. Dan terhadap ibubapaku yang menyebabkan adanya aku dengan jalan ini pula, akumelahirkan sembah-sujudku, dan kepada Tuhan Yang Memerintahseluruh alam, aku memohon supaya arwah dari ibu bapaku tersebutditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya. Dan terhadap isteriku,yang telah mendahului aku dan yang menyebabkan aku sampai jadibegini, aku katakan, “Tunggulah kedatanganku. Entah kapan (bila)untuk kita berkumpul kembali.” Dan kepada anak-anakku,kuserahkan. Turutilah jejak-langkah bapamu setelah engkaumenjadi besar dan aku tak ada lagi bersamamu.

Palembang, Indonesia5 Julai 1966

Page 181: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal171

AKU

Siapa Aku?Banyak sudah orang mencari Aku, dan tak banyak orang dapat

menemui Aku. Kenapa begitu? Apa sebabnya? Dan apa perlunyaAku dicari?

Bermacam-macam sebab-musabab orang mencari Aku danbermacam-macam pula cara orang berjalan mencari Aku.Dikatakan jauh Aku dekat, dikatakan dekat Aku jauh. Di manatempat Aku? Tempatku ialah padamu jua. Di mana? Carilah.Bagaimana cara mencarinya? Ketahuilah olehmu bahawa Akuyang dicari telah berada bersertamu, hanya engkau yang tidakmengetahui Aku. Aku bukan seperti engkau. Engkau pun bukanseperti Aku. Adalah engkau teman hidupku. Engkau adalahrumahku tempatku diam dan Aku berada di dalamnya. Aku adalahpelita dalam rumahmu sendiri. Aku si terang menerangi si gelap.Kalau Aku pergi, maka rumahku tak ada erti (ertinya mati). Makaadalah Aku hidup. Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan Akuyang menetapkan. Yang Menentukan-nya Tuhan. Tuhan itu Allah.Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia Memerintah seluruh alam.

“Dimasukkan-Nya malam kepada siang, dansiang kepada malam. Didatangkan-Nya yang hidupdari yang mati, dan yang mati dari yang hidup.

Page 182: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 172

Diberi-Nya rezeki bagi orang yang dikehendaki-Nyadengan tak terhitung banyaknya.”

(Al-Quran Surat Ali Imran, Ayat 27.)

Apa ertinya itu bagimu dan apa pula bagiku? Bagiku adalahertinya itu untukmu supaya kamu dalami dan halusi hikmah yangterkandung dalam Firman Tuhan itu. Firman Tuhan itu teruntukbukan untuk orang tertentu, melainkan untuk semua orang (semuamanusia). Rezeki yang tak terhitung banyaknya akan diberikan-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Yang dikehendaki-Nya ialahorang yang tahu pada-Nya, yang mengerti pada-Nya, yang tahuRahsia-Nya, yang pandai membawakannya, yang dikasihi-Nya.

Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari tempatku Akuhanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang,dan tak dapat berbuat apa-apa kerana mata lepas badan terkurung.Apa dayaku? Aku tak kuasa. Kekuasaanku hanya di dalam sahaja.Apa sebab? Sebab sangkar tak kenal akan burung. Bagaimanasangkar akan mengenal burung sedangkan dia barang mati.Mungkinkah yang mati dapat mengenal yang hidup? Tidakmungkin. Akan tetapi, yang hidup dapat mengenal yang mati. Initak dapat dimungkiri. Akan tetapi Aku bukan burung, lebih dari itu.Burung berupa dan bertampan, Aku tidak. Tetapi Aku ada; adadalam sebutan, tak ada pada kenyataan. Aku datang dan Aku akanpergi. Aku datang bersama dengan kedatanganmu dan aku akanpergi kembali ke tempatku. Ke mana? Ke Sana, ke Hadirat Tuhan-ku, dan di saat itu engkau akan kutinggalkan. Dan berpisahlah Akudengan engkau. Aku kembali ke asal dan engkau dikembalikanpula ke asalmu iaitu ke tanah.

Aku terkandung di dalammu dan engkaulah yangmengandung Aku. Engkau yang tadinya dikandung sebelumdilahirkan, maka setelah lahir engkau pula yang mengandung.Yang mengandungmu ibu dan yang kau kandung adalah Aku.Sewaktu engkau dalam kandungan, tempatmu ialah di rahim ibu.Rahim ertinya sayang. Dari tempat kesayanganlah keluarmu. Dari

Page 183: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal173

itu makanya tidak ada seorang ibu yang tak sayang pada anaknya.Dan Aku, di mana letaknya padamu? Letaknya ialah di tempatnya.Di mana tempatnya? Tempatnya ialah padamu. Di rahimmu?Tidak. Kerana kalau di rahimmu tempatku, tentu satu saat engkauakan melahirkan pula seperti engkau dilahirkan ibu. Mustahil. Takbisa jadi dan tidak akan terjadi itu. Jadi, tempatku adalah padamu.Aku ada tetapi tidak ada; ada dalam nama, tak ada dalam benda,dari itu carilah Aku padamu.

Aku nyawamu, pergantunganmu, tetapi tak bertali. Engkaubadanku tetapi tak tergantung. Aku tergantung tetapi tak bertali.Maka adalah yang tergantung tiada bertali dan yang bertali tiadatergantung Aku juga. Tempatnya juga di dalam. Aku yangtergantung tiada bertali dengan dia yang bertali tiada tergantung,menjadi Aku juga yang berdiri dengan sendirinya. Di luar daribadan diriku adalah engkau yang mengandung air, api, angin dantanah.

Aku yang tidak nyata dengannya yang nyata, menjadikan sayabernyawa, berbatang tubuh. Yang tak nyata padaku sangat bergunabagi kenyataanmu. Bila satu sama lain berpisah atau dipisahkan,maka tak adalah ertinya dunia ini bagiku lagi. Dia memerlukanAku, bahkan Aku sangat penting ertinya baginya setelah akuberada besertanya. Bagaimana Aku? Mungkinkah Akumemerlukannya pula? Apa ertinya kehadirannya bagi ku? Dan apapula ertinya kehadiranku baginya?

Dia yang di luar selama ini harus bekerja dengan kerasmembanting tulang untuk memenuhi keperluan hidup tanpamenghiraukan dirinya sendiri. Aku yang di dalam, semenjak dapatmengenalnya, merana dan menderita melihat cara dia bekerja yangharus membanting tulang untuk dapat memenuhi keperluan hidup.Aku bersertanya berasa bahagia kerana dia teman hidupku. Dan diaberserta Aku menjadi hidup kerana Aku memberi kehidupanbaginya. Aku dapat merasakan keinginan-keinginannya dan cita-citanya yang tinggi. Aku kasihan padanya, kesanggupannya untuk

Page 184: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 174

mencapai maksudnya itu tidak ada. Aku dapat menolongnya, akantetapi dia belum mengenal Aku yang sebenarnya.

Aku di dalam dunia ini sangat memerlukannya keranadengannya Aku dapat melihat dunia yang indah lagi molek ini.Dengannya Aku akan dapat mengecap nikmat hidup, kebahagiaan,dan terus terang Aku katakan, padanyalah terletak duniaku. Sayangdia belum kenal betul padaku sedangkan kehidupanku dengannyaterbatas. Kehadirannya padaku dan kehadiranku padanyamendatangkan kehidupan baru bagi kami berdua. Alam luas, dunialuar terbentang di hadapan kami seolah-olah berkata ‘selamatdatang’ kepada kami dengan memperlihatkan segala keindahannya;isinya yang menarik, rumputnya yang menghijau, sawahnya yangmenguning dan lain sebagainya. Mungkinkah bayangan harapan itudapat membahagiakan badan diri kami? Dia telah berpengalaman,pengalaman yang penuh dengan penderitaan dan pengorbanan olehkerana terlampau percaya kepada yang ada, kepada yang lahir ataukenyataan.

Aku lebih berpengalaman dari dia lagi. Aku telah ada sebelumdia diadakan. Pengalamannya bagiku belum seberapa, walaupunkatanya sudah pahit betul. Kataku, “Apa yang dialaminya itu belumseberapa. Aku sudah pernah dimatikan, bahkan sudah dua kali,belum termasuk rencana orang yang tak senang padaku mematikanaku secara halus. Dan tingkatan pengalamannya baru sampai dihampir mati dan tidak jadi mati.” Kataku, “Bagaimana dia akanmati, sedangkan Aku berada bersertanya?”

Semenjak Aku dapat mengenalnya, maka langsung Aku bawadia berjalan pada jalanku. Aku tunjukkan dia jalan. Aku beritahudan datangkan padanya rasa, sehingga dia yang semula tidakmerasa apa-apa, setelah menerima dan mendapat rasa dariku, dapatpula merasakan apa yang telah kurasakan. Rasa yang banyakmengandung rahsia. Maka adalah rahsianya itu rahsiaku, danpadamulah letaknya dapat tahu atau tidaknya engkau memecahkanrahsia itu untuk dipergunakan.

Page 185: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal175

Dia bertambah kenal dan mengerti padaku. Perkenalan yangmendalam mendatangkan kasih sayangku padanya, melebihi daridiriku sendiri. Pengertian yang mendalam menentukan kelebihanantara satu dan yang lain, mendatangkan kesedaran dan keinsafanpada diri sendiri, dapat memahami akan kekeliruan pandanganselama ini, dan tahulah dia bahawa Aku yang selama ini belumpernah dikenalnya, setelah diketahuinya akan keadaanku yangsebenarnya, berubahlah pandangan hidupnya. Maka untuk lebihmengetahui dan mengenal Aku, dia harus menyerahkan segala apayang ada padanya padaku. Penyerahannya yang bulat menjadikan,selain dia mudah untuk mengenal Aku yang sebenarnya, jugamenjadikan pandangan hidupnya lain dari yang sudah-sudah,kerana kalau selama ini dengan pembawaannya dia yang ke muka,maka setelah Aku diperdapatnya, maka Akulah yang ke muka,bukan dia.

Janganlah terlampau memandang kepada bintang di langitsedangkan rumput hijau berada di bumi. Aku bertanggungjawabpenuh kepadanya selagi Aku berada bersertanya kerana dia adalahteman hidupku yang sejati dunia dan akhirat. “Dunia dan akhirat,”kataku, “kerana duniaku terletak padaku. Aku akan menjadinya dandia akan menjadi Aku. Maka adalah Aku dan dia berguna untukdunia dan akhirat.”

Apa ertinya dunia bagiku, dan apa pula ertinya akhiratbagimu? Dunia bagiku bererti bahagia dan untukmu sendiri kalautak tahu derita. Dan kalau Aku menjadimu, yang bererti Akuberserta engkau, apa yang engkau idam-idamkan akan mudahtercapai kerana Aku yang selama ini belum engkau kenal, lebih-lebih dengan sifatku yang pendiam tidak banyak keluar menerimadan mendapat cabar tentang keadaanmu, ingin benar hendakmelihat rupa dan bentukmu. Benarkah keadaanmu, tindak-lakuperbuatanmu seperti apa yang kudengar atau seperti apa yangdisampaikan padaku? Setelah engkau menemui Aku dansetelahnya Aku untuk pertama kalinya dapat melihat wajah bentuk

Page 186: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 176

dan rupamu, maka semenjak itu pula engkau manjadi perhatianku.Rupanya engkau itu Aku juga, akan tetapi tempatmu bagiku di luar.Engkau menarik perhatianku dan menjadi buah pemikiranku.Mungkin engkau barangkali begitu pula padaku. Akan tetapiengkau bukan Aku.

Baru sahaja engkau bertemu dengan Aku, tahulah Aku sudahapa yang telah engkau alami dan yang akan engkau alami, dankuketahui kehendak dan keinginan hatiku. Sayang engkau belummengenal Aku betul dan dengan kepercayaan yang penuh. Engkausedari atau tidak, Aku membawamu berjalan pada jalanku, jalanterang tetapi gelap bagi orang. Banyak orang tidak mengertipadaku, termasuk engkau sendiri. Engkau menganggap Aku laindari yang lain. Ya, memang Aku asing bagimu kerana apa yang adapadaku tak ada padamu. Akan tetapi tahukah engkau betapa pulaAku menganggapmu? Aku ketahui kegunaanmu bagiku dandengan diam-diam Aku mengasihi dan menyayangimu.Mungkinkah apa yang kucari selama ini ada padamu? Dan olehkerana itu makanya Aku sayang padamu. Aku senang padamu,mengasihimu dan menyayangimu. Cintakah Aku padamu? Apayang lebih daripada kasih dan sayang? Bagaimana Aku akanmencintai sedangkan engkau bukan isteriku. Kalau engkau isteriku,tentu kita dua. Telah kukatakan padamu, Aku mengasihimu olehkerana engkau teman hidupku. Erti teman hidup bagiku melebihidari isteri kerana aku denganmu satu. Akan tetapi, kalau engkaumencintaiku, Aku akan lebih mencintaimu lagi.

Cintaku kudus. Matamu melihat, mataku berbicara. Hatimuberkata, hatiku berasa. Alangkah bahagianya Aku sekiranya Akudapat bersamamu untuk selama-lamanya. Sinar matamu adalahpancaran bagiku. Semenjak engkau mulai mengenal Aku, denganmudah sahaja engkau tertarik padaku. Betapa tidak? Aku aneh padafikiranmu, aneh bin ajaib. Bertambah kenal engkau padaku,bertambah tertarik engkau padaku. Kenapa begitu? Ya, begitulahdan memang begitulah hendaknya. Kalau tidak semestinya.

Page 187: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal177

Pernah satu kali engkau hampir mati, kata orang. Di saat itu,engkau tak berdaya. Hampir semua orang menganggap engkauakan pergi, pergi meninggalkan kami. Engkau sendiri pun telahputus asa. Pertolongan yang kau harapkan dan nantikan takkunjung tiba. Di saat-saat itu, banyak orang pada mendatangimu.Mereka pada datang. Ya, dia datang. Kedatangannya hanyamelihat, bukan menolong.

Di saat-saat engkau mengharapkan pertolongan, di saat-saatengkau tak kuat lagi bertahan, di saat-saat engkau sudah tak terdayalagi, di waktu itulah sekonyong-konyong Aku muncul padamu.Engkau mengenal Aku dan Aku mengenalmu. Engkau melihatAku dan Aku melihatmu. Pandanganmu dan pandangankuberlainan, begitupun pula dengan pemandangan orang lain. Engkaumemandangku dengan pengharapan supaya aku dapatmenolongmu sedangkan pandanganku menyusul engkau yangsedang diperebutkan orang untuk dibawa dan pandangan orang lainpadamu yang menganggap engkau tinggal menunggu waktunyalagi. Aku renungi engkau dan Aku membawamu ke seberang.Engkau tak berdaya sudah. Yang ada hanya dayaku dan DayaTuhan. Dan setelah engkau sampai di seberang, tiap-tiap orangyang menjumpaimu mengatakan engkau telah selamat ke seberang.Hampir semua orang berbesar hati melihat perkembanganmu,lebih-lebih Aku.

Aku sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang, yang Aku telah dapatmembawamu ke seberang dengan jalanku sendiri iaitumembawamu pada jalanku, jalan yang kunamakan jalan yangberpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Engkau akankubawa pulang ke tempatmu, ke rumahmu. Dan bahteraku waktuitu kita hanya ada berdua, engkau dan Aku. Ya, hanya kita berduapenumpang kapal itu. Engkau dan Aku. Kapal yang kita tumpangtelah merapat dan telah berlabuh. Kita telah sampai tetapi belumtiba; sampai di negeri, belum tiba di rumah. Ada yang tidak

Page 188: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 178

membenarkan engkau mendarat keluar dari kapal untuk engkaukenbali ke rumahmu. Aku sendiri pun enggan dan sangat beratmelepasmu mengembalikan engkau kepada keadaanmu sepertisemula. Kerana apa? Ya, kerana tanggungjawabku terhadap Tuhanyang tidak membenarkan engkau mendarat itu.

Agaknya engkau masih ingat tentu. Engkau pernah kubelaidengan kasih mesraku. Aku pegang keningmu, kubelai rambutmu.Aku beri engkau harapan, kesemuanya itu Aku lakukan, aku buatuntuk Aku perlihatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang, kepada Tuhan Yang Maha Esa akan kasih sayangkupadamu supaya engkau dapat kubawa kembali bersertaku kerumahmu. Apa permohonanku yang dikabulkan Tuhan ataujanjimu yang belum sampai tak dapat aku mengatakannya.Mungkin engkau dapat mengetahuinya kerana engkau sendiri yangtelah mengalami segala peristiwa di dirimu itu.

Seperti telah kukatakan padamu Aku sangat berat melepasmuoleh kerana tanggungjawabku terhadap Tuhan. Janjimu memangbelum sampai dan permohonanku dikabulkan Tuhan, dan engkauselamat Aku bawa ke seberang. Pembersihan di segala bidang,pada apa yang ada padamu telah dilakukan. Untuk itu Akumempunyai tugas terhadapmu (tugas suci) dan bagiku adalah apayang telah kulakukan itu suatu kewajipan, kemestian dankeharusan. Aku mesti membebaskanmu dari segala yang tidakbaik, baik dia datang dari luar baik dari dalam. Dan Akumelindungimu dan bukan engkau yang harus melindungku. Akuharus menjadikanmu kembali menjadi orang menurut semestinya,layak dan wajar hidup sebagai seorang manusia, bebas daripenderitaan, dari tekanan-tekanan, inceran-inceran (hasutan-hasutan) iblis yang berbentuk manusia atau dari manusia-manusiayang telah terpengaruh oleh syaitan, iblis. Dan engkau hendaklahtidak akan terpedaya dan tak dapat diperdayakan lagi.

Untuk itu engkau harus mengerti betul padaku. Siapa Aku dansiapa pula engkau? Janganlah pengertianmu padaku seperti

Page 189: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal179

pengertian masa yang sudah-sudah iaitu sewaktu engkau belummengenal Aku. Walaupun engkau telah mengetahui Aku, tidaklahseperti Aku yang telah kau kenal dan kau ketahui. Dengan tidakengkau ketahui dan sedari, aku selalu menghubungimu. Hanyaengkau dengan pengetahuan yang belum seberapa, tak mengenalAku. Aku bukanlah yang seperti engkau duga, melainkan lebih dariitu.

Aku hidup, sedangkan engkau kuanggap mati. Hidupkutidaklah seperti kehidupan yang engkau anggap, melainkanberlainan. Aku menghidupimu, dari itu hiduplah dengan Aku.Engkau tak bisa menghidupiku. Hidupmu dari dua jalan; iaitu dariluar dan dari dalam. Padaku hanya ada satu jalan. Jalanku jalanhidup lagi menghidupkan iaitu dari atas ke bawah. Engkau tak akansanggup hidup tanpa Aku sungguhpun banyak makananmu di luar,kerana Aku yang mengisi kehidupanmu di dalam sedangkanmakanan engkau perdapat di luar.

Aku pun tidak akan berasa bahagia hidup tanpa engkau keranaapa yang tak ada padaku ada padamu. Telah engkau cuba hidupdengan cara engkau sendiri, dan hasilnya telah engkau alamisendiri. Engkau menyesali nasibmu, untungmu, bahagiamu. Nasib,untung, bahagia tak perlu engkau sesalkan. Aku mengatakanengkau yang tak pandai membawakan hidup. Dari itu makanyakukatakan padamu, hiduplah dengan Aku. Telah lama Akumenantikan kedatanganmu dan telah lama pula Aku menunggu-nunggu supaya engkau dapat bertemu dengan Aku.

Kalau engkau telah hidup dengan Aku, maka engkau harusmengerti caraku hidup atau pembawaan hidupku. Pembawaankusederhana tetapi mencukupi. Pembawaanmu dengan gayamu serbaada tetapi tak cukup, berasa kekurangan. Aku adalah orang yangberpengetahuan, serba tahu dan engkau orang yang berkemahuandan serba mahu. Berpengetahuan tetapi tak ada kemahuan, tak adaguna. Berkemahuan tetapi tak ada pengetahuan, tak bererti.

Tahu dan mahu, kalau satu atau disatukan atau kalau keduanya

Page 190: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 180

ada pada kita, maka akan berertilah apa kata pepatah, ‘Di mana adakemahuan di situ ada jalan.’ Dan pada tahulah adanya jalan itu.Yang tahu ialah Aku dan yang mahu ialah engkau. Apa ertinyabanyak tahu kalau tak ada kemahuan? Apa ertinya banyak yangdimahui kalau tak tahu jalannya? Yang mahu banyak, engkau danyang banyak tahu ialah Aku. Alangkah baiknya sekiranya Akuyang banyak tahu dijadikan satu dengan engkau yang banyakmahu.

Kalau sampai terjadi, mungkin engkau akan bahagia dan Akuakan lebih bahagia darimu lagi kerana Aku telah dapatmembahagiakanmu. Dan engkau mendatangkan kemahuan yangbanyak padaku dan untuk itu Aku akan pergiat ketahuankusehingga bahagiamu menjadi bahagiaku.

Kalau engkau tak ada bersertaku, maka Aku tidak akan adakemahuan. Kerana apa? Ertinya, aku di dunia ini kalau tak adayang kumahu? Kegiatanku mendatang setelahnya engkau dengankemahuan yang banyak telah menyerah sebulat-bulatnya kepadaku.Di waktu itu engkau telah menjadi kepunyaanku dan apa yang adapadaku akan kuserahkan pula untukmu. Aku akan mengisi jiwamu,dan melalui badanku akan melakukan, mencari dan mendatangkankeperluan untuk kebahagiaan kita bersama; Aku dan engkau.Engkau akan memberi dan menerima. Yang akan engkau berikanapa yang ada padamu, dan yang akan engkau terima yang tak adapadamu. Akan engkau lakukan semuanya itu bersertaku denganAku. Tanpa Aku, engkau tak akan dapat menerimanya. Engkausendiri akan dapat juga melakukannya, akan tetapi hasilnyatidaklah seperti yang diharapkan atau yang dikehendaki. Dari itujanganlah tinggalkan Aku.

Ke mana Aku pergi engkau akan kubawa. Begitu pula engkau,selagi Aku bersamamu ke mana engkau pergi Aku janganditinggalkan. Engkau dapat kujalani seluruhnya, akan tetapi Akutak dapat engkau kuasai sepenuhnya. Bukan oleh kerana Aku taktulus dan ikhlas padamu, melainkan oleh kerana ada yang

Page 191: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal181

menguasai Aku. Yang Menguasaiku ialah Yang Lebih Tahu.Hidupku padamu terbatas. Engkau tak akan kuceraikan melainkankalau sudah tiba waktunya. Engkau akan kutinggalkan. Dansepeninggalanku, engkau akan pulang balik ke asal. Kalau initerjadi, maka kita akan berpisah satu sama lain. Dan lepaslahtanggungjawabku terhadapmu dan akan mempertanggungjawabkan engkau dan Aku kepada Tuhan. Mungkinkah kita diakhirat nanti bertemu dan bersatu kembali? Kenapa tidak?Bukankah engkau itu Aku dan Aku adalah engkau?

Aku tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Kalau mencari Aku,di pertemuan kiri dan kanan. Padamu tempatku di dalam, bukan diluar kerana datangku di luar bagimu. Aku akan pulang dan engkauakan kembali. Engkau datang. Aku sampai. Engkau pergi. Akusudah berangkat. Engkau hancur, Aku tidak. Engkau berjalan, Akuberjalan. Engkau berhenti, Aku diam. Engkau berjalan lagi, Akupun berjalan pula. Ke mana engkau pergi, Aku selalu ikut serta,disedari atau tidak, diketahui atau tidak. Engkau tidak akan nampakAku kalau tidak dengan ilmuku. Kalau Aku yang pergi, engkauakan kubawa, tetapi kalau Aku pergi benar, engkau kutinggalkan.

Pemberianku padamu tak kunjung habis. Kalau engkaupandai, bisa sampai turun temurun ke anak cucu di kemudian hari.Pemberianmu padaku tidaklah seperti itu. Dia akan hilang takberbekas, tetapi jasamu yang paling besar ialah kesudianmumenampung Aku.

Kataku, Aku beruntung, katamu untungmu malang. Akuberuntung telah dapat engkau temui, dan untukmu yang malangoleh kerana engkau belum tahu diuntung yang sebenarnya.Untungmu letaknya bukan di luar melainkan padaku. Engkau akanberuntung mendapatkan Aku. Aku pun berasa beruntung pulamendapatkanmu. Keuntungan yang terang yang telah engkauperdapat dariku ialah Aku telah menghidupkanmu. Di balikkehidupanmu itu, Aku berasa lebih beruntung lagi kerana selainAku telah dapat menghidupkanmu, Aku telah engkau hidupkan

Page 192: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 182

pula.Aku buta, engkau nampak. Apalah erti hidup walaupun punya,

tetapi buta? Dan apa pulalah ertinya hidup kalau hanya nampaksahaja tetapi tak punya? Alangkah bahagianya rasanya kalau Akudapat melihat. Aku memerlukan engkau dan engkau memerlukanAku. Aku bukan tak bermata. Mataku banyak tetapi tidak sepertimatamu yang dua. Oleh kerana itu makanya Aku katakan aku buta.Yang Aku perlukan darimu mata, supaya Aku dapat melihat danuntuk itu dariku banyak yang akan engkau perdapat. Aku akanmengisimu sampai meliputi keseluruhannya. Hatiku akan mengisihatimu, fikiranku akan mengisi fikiranmu, otakku akan mengisiotakmu. Seluruh isi batang tubuhmu akan Aku aliri. Kualiri dengandayaku sendiri yang menjadi daya kehidupan bagimu. Dari itumakanya kukatakan, kehidupanmu sangat bergantung padaku.

Alammu lain, alamku lain pula. Alammu nyata, alamku tidaknyata. Pengalamanmu menunjukkan supaya engkau mencari yangtidak nampak. Keadaanku menyebabkan Aku memerlukanmu yangnampak. Telah banyak diketahui tentang Aku. Kata orang Aku PakMuchtar. Kataku, Aku adalah Bagindo Muchtar. Yang sebenarnyaAku adalah nur, dan namaku Bagindo Muchtar.

Terang sudah siapa Aku yang sebenarnya dan adalah diadiriku. Saya ialah Aku dan badan diriku di luar. Bagi badan diri,adalah Aku namanya Roh. Bagi badan adalah itu jiwa dan bagikuadalah badan itu jasmaniku dan diri itu rohaniku.

Aku pisahkan satu sama lain menjadi tiga, dengan kunamakanmasing-masing:

• Aku• Diri• Badan

Dan keluar kami yang tiga jadi satu. Masing-masingmempunyai jalan sendiri-sendiri. Lain jalan ‘Aku,’ lain pula jalan‘Diri’-ku dan lain pula jalan ‘Badan’-ku:

Page 193: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal183

• Bagi badan, jalannya ialah terang nyata.• Bagi diri, jalan badan itu gelap dan bagi Aku buta.• Jalan diri bagi diri terang, bagi badan gelap, bagi Aku

buta.• Bagiku semua buta, akan tetapi tahu jalan diri dan tahu

pula jalan badan.Untuk memenuhi keperluan hidup, badan harus bergerak

berjuang memeras keringat, kalau perlu membanting tulang.Perbuatan badan itu lantaran gelap bagi diri, maka dia hanya dapatmerasakan. Kalau menguntungkan perbuatan badan itu, dia akanberasa beruntung, kalau merugi perbuatan badan itu diri akanmenderita dan bagiku yang buta, perbuatan itu badan menyebabkanaku merana.

Diri, yang mempunyai jalan sendiri, mempunyai daya sendiridan berbuat sendiri, tak dapat berbuat apa-apa untuk badannyakerana lapangan bergeraknya berbatas iaitu di dalam sahaja. Danbagaimana dengan Aku? Apalah yang akan kukatakan? Aku yangterkandung dalam diri dan diri terkandung dalam badan, tak dapatpula berbuat apa-apa walaupun mengetahui semuanya.

Aku buta. Aku mengisi dan mengisi; mengisi diri untukmenghidupkan badan di dalam, akan tetapi Aku tak nampak keranaAku buta. Betapa Aku tak akan merana, diri yang kuisi takmengenal Aku yang sebenarnya, apalagi badan yang menerimaaliran dari diri? Badan tak pula mengenal diri, betapa pula dia akanmengenal Aku? Banyak yang tak tahu di diri, berbuat menurutmahunya sendiri. Diri pun punya kemahuan. Sama-sama punyakemahuan. Samakah yang dimahui oleh badan, diri dan Aku itu?Yang pasti, badan mahu punya semua, diri mahu senang dan Akumahu bahagia. Sanggupkah badan berbuat dengan menurutjalannya sendiri mendapat apa yang dimahuinya, menyayangidirinya dan membahagiakan Aku? Bahagiakah Aku kalau Akudapat menyenangkan diri dan dapat pula memenuhi kehendakbadanku?

Page 194: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 184

Perbawaan badan yang tak tahu di diri, kenyataannya tak dapatmemenuhi kehendak dan keinginannya. Akibatnya diri tak senang(menderita) dan Aku merana. Bagaimana sekiranya diri yangmembawa badan berjalan (diri yang ke muka membawa badanbergerak untuk memenuhi kehendak dan keinginan badan) untukmenyenangkan diri dan membahagiakan Aku? Untuk itu kita harusmengenal dan menemui diri lebih dahulu. Mengenal diri tidaklahmudah, akan tetapi tidaklah sesulit seperti yang diduga. Pokoknyaada kemahuan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Diri itu sendiri, di alamnya sendiri, mempunyai jalan sendiripula. Bagi kita, letaknya dia di dalam. Maka adalah untukmengenal diri, kita harus dapat menemui lebih dahulu jalan dari diriitu. Kalau jalannya telah ditemui, maka bererti kita telah menemuialamnya pula iaitu alam negatif. Diketahui bahawa diri itu letaknyadi dalam batang tubuh kita. Jalannya berpetunjuk, tidak dimurkaidan tidak pula sesat. Kita turutkan jalan yang telah ditemui ituuntuk mengetahui keadaan diri yang sebenarnya. Dan denganberansur-ansur kita akan dapat mengenal diri dan dapat pulamengetahui yang bahawa diri itu telah menembus alamnya sendiri,dan dengannya pula kita dapat mengembara ke alam ghaib sesuaidengan keadaannya. Baginya, segala sesuatunya setelah menembusalam sendiri iaitu badan kita, jauh tak berantara dan dekat takberbatas.

Kalau kita tak sanggup dan tak percaya lagi kepadapembawaan badan yang tak dapat memenuhi keperluan hidup,maka cubalah pergunakan jalan diri sendiri untuk mencapai segalatujuan. Dan patut dipelajari untuk diketahui, terdiri dari apa diri itu.Diri akan berasa senang kalau dia dapat memenuhi kehendak badankerana adalah badan itu kepunyaannya.

Dan bagaimana dengan ‘A’-ku? Diri harus menemui danmengetahui ‘A’-ku yang sebenarnya. Tempatnya ‘A’- ku ialah didalam diri, tak ubahnya seperti diri yang terkandung di dalambadan. Untuk dapat menemui ‘A’-ku yang berada di dalam diri itu,

Page 195: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal185

diri hendaklah melakukan perjalanan pada jalannya. Kalau diriberbuat untuk badan melakukan perjalanan ke luar, maka dalam halini hendaklah melakukan perjalanan ke dalam. Begitulah Akumengatakan, “Aku dapat menemui dipertemukan kiri dan kanan.”Dan adalah Aku yang sebenarnya tempatku di dalam bukan di luar,dan mempunyai jalan sendiri.

Dan tahulah aku sekarang padaku ada tiga jalan:• Jalan lahir menurut gerak fikiran dengan

mempergunakan akal• Jalan diri yang terdiri dari kiri dan kanan• Jalan ‘A’-ku iaitu jalan sendiri

Padaku, yang benar hanya ada satu jalan iaitu jalan pada JalanAllah. Dan Akulah pula yang dapat menemui-Nya kerana Akudatang dari Sana, dan jalanku ialah jalan tengah; jalan kembali danjalan pulang.

Mahu Apa Aku?

Sewaktu aku menganggap badanku yang aku, aku inginhendak menjadi orang berpangkat kerja di kantor. Ini telahkuperdapat, akan tetapi aku tidak berasa puas.

Sewaktu aku dapat mengenal diriku sendiri, aku ingin hendakberbuat baik sebanyak mungkin terhadap orang banyak denganmembelakangkan kepentingan sendiri. Ini telah kulakukan, dansudah banyak pula orang yang menjadi baik melalui geraktanganku. Dan aku belum berasa puas.

Aku berjalan terus. Dan aku jalani terus diriku sendiri di dalamdan akhirnya aku temuilah ‘A’-ku yang sebenarnya iaitu tempatnyadi pertemuan kiri dan kanan, dan letaknya padaku jua. Dansemenjak itu aku mahu lebih banyak lagi berbuat baik dari yangsudah-sudah dengan tak mengenal waktu siang dan malambergerak di bidangku sendiri, memberi dan menerima, sampai-

Page 196: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 186

menyampaikan, jadi-menjadikan, dan untuk itu aku menjadiseorang pengembara yang musafir, yang sentiasa di mana beradamengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan dari seoranghamba terhadap Khaliq-nya; pengakuan terhadap Rasul-Nya yangpenghabisan, Muhammad s.a.w.

Aku mahu hidup sederhana tetapi mencukupi dan tidakmengemis. Aku mahu semua orang mengerti padaku, dapatmemahamiku dan tahu padaku. Yang aku inginkan benar ialahbahagia; bahagia lahir, bahagia batin kerana aku mahumembahagiakan orang pula sejak dari dunia sampai akhirat. Akuingin ke mana aku pergi mendapat sambutan yang pantashendaknya dari segala gulungan lapisan masyarakat, walaupun dimana sahaja bumi Tuhan ini aku pijak.

Aku ingin hidup sebagai seorang manusia yang wajar danlayak berpunya dan mempunyai, dicintai dan mencintai, dicukupidan mencukupi, mendapat penghargaan dan penilaian yang pantassesuai dengan harga dan nilainya ilmu pengetahuanku yang akuperdapat berdasarkan pengalaman-pengalaman dan petunjuk-petunjuk yang aku terima.

Aku ingin memperdalam ilmu pengetahuan ini dengan tujuansampai serba tahu dan serba punya dan serba bisa, untuk kujadikanamalanku sebagai pengabdianku terhadap Tuhan Yang Maha Esa,terhadap Nusa dan Bangsa.

Aku ingin ilmu pengetahuanku ini berkembang di mana-mana,turun temurun sampai ke anak cucu di kemudian hari dan yangsangat kuinginkan pula ialah mendapat turunan seorang anak laki-laki yang akan mewarisi warisan yang telah aku terima ini.

Hendak Ke Mana Aku?

Berdasarkan kemahuan, keinginan dan kehendakku yangbanyak itu, maka untuk itu aku hendak ke Sana, ke sini dan ke situ.

Page 197: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal187

HAMBA

Siapa ‘A’-ku?

Aku adalah dia yang datang dari Sana dan yang akan kembalikepada-Nya. Hidupku di sini terbatas dan di Sana kekal dan abadi.Hidupku di sini adalah seperti burung di dalam sangkar; ‘matalepas badan terkurung, terkongkong, tidak bebas.’

Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan.Diriku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badankuberdiri dengan sendirinya. Tempatku ialah di dalam diriku, dipertemuan kiri dan kanan. Maka adalah Aku dahulu dari diriku.Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah Aku berada di dalambadanku.

Maka adalah kewajipanku untuk mengetahui keadaan diri danbadanku. Begitulah pula diri harus mengetahui keadaan badannyayang kasar dan sepatutnya pula mengetahui ‘A’-ku yangsebenarnya. Badan pun harus mengetahui akan keadaan diri danAkunya. Maka adalah sepantasnya tiap-tiap kita manusiamengetahui akan keadaan kita yang sebenarnya, supaya kita tahuakan badan kita yang kasar, tahu akan diri sendiri dan tahu akan

Page 198: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 188

‘A’-ku’ yang sebenarnya‘A’-ku dan diri letaknya di dalam badan atau terkandung di

dalam badan dan adalah ‘A’-ku yang sebenarnya letaknya di dalamdiri. Keadaan badan adalah nyata dan keadaan ‘A’-ku dan diri tidaknyata.

‘A’-ku adalah pokok pangkal dari jalannya kehidupanku didalam. Perkembanganku menimbulkan diriku dengan sendirinya.Diriku mengaliri seluruh apa yang ada padaku iaitu seluruh anggotabatang tubuhku di dalam. Alirannya mendatangkan pergerakanyang mana pada kenyataannya, titik tolaknya dari jantung kita terusmengaliri seluruh isi batang tubuh kita. Alirannya berisikan daya-daya tenaga hidup, mengisi jalannya kehidupan kita di dalam.Adalah isi dari daya-daya tenaga yang hidup itu kalau diambilperumpamaan seperti butir-butir darah yang mengaliri seluruhbatang tubuh kita. Dan adalah seluruh pergerakan yang disebutkandi atas berlakunya di luar kemahuan kita. Alirannya keluarberbataskan bulu dan kulit.

Pergerakan-pergerakan yang berlangsung di dalam batangtubuh kita yang berlakunya di luar kemahuan kita itu tujuannyaialah menjamin jalannya kehidupan kita di dalam. Sekiranya tenagayang berbataskan kulit dan bulu itu dapat menembus kulit dan bulusehingga dia dapat langsung berhubungan dengan tenaga-tenagayang banyak berkeliaran di luar kita, mungkinkah dia dapat pulamenjamin jalannya kehidupan kita di luar? Untuk ini hendaklahkita dapat mempunyai dan menguasai tenaga-tenaga itu, serta dapatpula mengetahui keadaannya yang sebenarnya. Tenaga-tenaga ituadalah berasal dari diri kita sendiri dan diri itu timbul oleh kerana‘A’-ku ada di dalamnya.

‘A’-ku yang berada di dalam diri dan diri yang terkandung didalam badan menjadikan aku menjadi manusia dan bernamaBagindo Muchtar. Maka adalah ‘A’-ku yang sebenarnya yangdatang dari Tuhan iaitu Allah dan sewaktu-waktu akan kembalikepada-Nya dan bukanlah badan atau jasad yang akan

Page 199: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal189

dikembalikan ke tanah setelah Aku pergi. Yang akan dikembalikanke tanah itu ialah badanku setelah Aku tiada lagi di dalamnyakerana Aku telah lebih dahulu kembali ke Hadirat-Nya, Tuhanku.Kehadiranku di dalam batang tubuhku didatangkan dan kembaliAku ke Sana, ke Hadirat Tuhanku, dijemput. Setelah Akudijemput, maka tinggallah rumahku dan sepeninggalanku, makadihantarkanlah jasadku ke dalam tanah.

Aku adalah yang sulit dapat dikenal dan diketahui orang.Jangankan ‘A’-ku, diriku sahaja tak dapat banyak orangmengenalnya. Akan tetapi bagiku tidaklah sulit untuk mengenaldan mengetahui sesuatu. ‘A’-ku ada tetapi tidak ada. Ada dalamsebutan, tak ada dalam kenyataan. Di mana letaknya atau duduknya‘A’-ku? Duduknya ‘A’-ku di tempatnya. Tempatnya ialah di dalambadan diriku. Di sanalah aku berada. Kalau ada orang hendakmencari Aku, paling ada orang akan menemui rumahku iaitubadanku.

Dan ‘A’-ku yang sebenarnya, susah orang dapat menemuinyadan adalah Aku tidak seperti yang diduga atau seperti anggapanorang banyak selama ini. Lain Aku dari orang banyak. Aku takdapat diraba dan dirasa, akan tetapi banyak bukti-bukti atau tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Aku ada. Aku bukanlah si pandaisihir, pandai sunglap, pandai menghipnotis. Bukan! Aku adalah sibenar oleh kerana datang dari Yang Maha Benar.

Kalau mahu mengenal Aku, kenalilah diriku lebih dahulu.Padanyalah letaknya rahsiaku. Untuk dapat mengenal Aku,hendaklah engkau melakukan perjalanan pengembaraan sejauhmungkin ke dalam kerana di sanalah tempatku, dan di balik ‘A’-ku,tidak ada apa-apa lagi yang akan engkau dapati.

Kalau perjalanan yang engkau lakukan lurus lagi benar iaituengkau pakai jalan yang berpetunjuk, maka terlebih dahulu engkauakan dapat menemui jalan diriku. Dan kalau engkau teruskan jalanyang berpetunjuk itu, maka engkau akan dapat pula menemuidiriku sendiri. Dan kalau engkau halusi lagi dengan pengertian

Page 200: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 190

berjalan terus di dalam diri, maka dengan beransur-ansur engkauakan berasa tidak berdaya lagi dan kalau diteruskan juga makahabislah segala daya dan upaya dengan pengertian engkau akanberada di suatu tempat yang tiada titik lagi di balik itu atau lebihjelas engkau akan berada di suatu ruangan yang tidak ada yang ada;tiada gerak, tiada suara, tiada angin. Ya, tiada yang ada dan yangada hanyalah kalau boleh dirupakan dan diumpamakan ialah hanyacahaya dan cahaya melulu. Cahaya jernih lagi suci kerana datangdan berasal dari Yang Maha Suci. Itulah dia ‘A’-ku yangsebenarnya.

Kalau engkau telah dapat menemuku di tempatku yang hanyaAku yang ada di sana, maka di saat engkau telah menjadi ‘A’-kuitu, bertitik tolaklah engkau dari tempatmu itu dengan keakuanmuke luar, ke depan atau ke muka dengan beransur tapi teratursehingga engkau dapat menemui dirimu sendiri. Engkau yang disaat itu dalam keadaan tidak ada, yang sedang berada di tempattidak ada yang ada, dengan tidak berdaya-upaya, dalamperjalananmu dalam dirimu sendiri menuju ke badanmu sendiri,dengan beransur tapi teratur akan mulai merasa mempunyai tenagadaya dan tenaga yang dinamakan kudrat, daya dan tenaga yangmenuju kepada ketentuan, kudrat dan iradat.

Daya-daya dan tenaga-tenaga yang dinamakan kudrat yangtelah dipunyai itu ialah kudrat yang timbulnya, sesudahnya tiadalagi daya dan upaya. Setelah daya tenaga lahir kita sendiri sudahtidak ada lagi, Laa Haula Walaa Quw-Wata Illa Billaa hil'Aliyyil‘Adziim. Dan di waktu itu pulalah berlaku penyerahan dalam ertikata yang sebenarnya, dengan pengertian dan pengakuan bahawasegala-galanya apa yang ada padaku kepunyaan Allah semata-mata. Lillaahi Rabbil alamin. Penemuan kita kepadanya di tempattidak ada yang ada di dalam suatu ruangan, ruangan yang berisikancahaya, cahaya dari Yang Maha Kuasa, Cahaya Allah, Nurullah.

“Allah memberi cahaya bumi dan langit.Umpama cahaya-Nya kepada orang beriman, seperti

Page 201: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal191

sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya adapelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatanlaksana bintang yang berkilau-kilauan di langit.Pelita itu di nyalakan dengan minyak kayu yangberkat, iaitu minyak zaiton, yang tiada tumbuh diTimur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itubercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api, cahaya berdamping sesama cahaya.Allah menunjuki orang yang dikehendaki-Nya.”

(Al-Quran Surat An-Nur Ayat 35)

Itulah dia ‘A’-ku iaitu pelita dalam rumahku sendiri. Dan sayadapat menemuinya dipertemuan kiri dan kanan. Dan adalah gelasdengan pelita di dalamnya itu diriku dan rumah yang dimaksudialah padaku badanku. Maka adalah menjadi kewajipanku menjagarumahku supaya tetap kuat dan sihat, membersihkannya danmemeliharanya sebaik-baiknya. Aku mengisi diriku supayabadanku tetap kuat dan sihat, dan bisa bertahan terhadap bahaya-bahaya atau serangan-serangan yang datang dari luar. Dari tempatkedudukanku, dengan ilmuku aku pergunakan pancainderakuuntuk mengetahui sesuatu yang mendekatiku. Dan seluruhpersoalan aku letakkan di hujung kukuku, dan banyaklah sudahrahsianya aku ketahui.

Aku pelajari akan diriku dan banyaklah sudah rahsianya yangaku ketahui hingga rahsianya telah menjadi rahsiaku. Maka setelahaku dapat menembus alamku sendiri, pengetahuanku bertambahmeningkat kerana aku telah mempunyai banyak daya-daya tenagayang tersembunyi iaitu tenaga ghaib yang sewaktu-waktu dapatdikerahkan untuk keperluan sesuatu.

Aku yang tadinya, segala sesuatunya hanya dapat merasakanapa-apa yang ditimpakan terhadap badan diriku, akan tetapi takdapat berbuat oleh kerana aku terkurung dan terkongkong dan takpernah pula diikut sertakan, semenjak aku telah bebas tetapi taklepas, aku berlaku dan berbuat dengan apa yang ada padaku untuk

Page 202: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 192

kebaikan badan diriku yang selama ini menderita oleh tekananhidup dari luar. Aku menderita oleh kerana mereka tak tahu akankeadaanku yang sebenarnya, salah memahami akan Aku dalamtangkapan dan pengertian. Dia memandang kepada rupaku,bentukku, badanku, padahal bukan itu yang ‘A’-ku. Aku berada didalam bentuk, di dalam rupa, di dalam badan diriku. Dari itumakanya aku berupa, berbentuk dan bertampan, Tuhan-ku tidak.Aku beranak dan diperanakkan, Tuhan-ku tidak. Aku ganjil,Tuhanku Esa. Tuhanku Maha Pengasih, aku dikasihi danmengasihi. Tuhanku Maha Penyayang, ‘A’-ku disayangi danmenyayangi Dia Maha Besar. ‘A’-ku sangat kecil terhadap-Nya.Dia Maha Kuasa, ‘A’-ku tak berdaya terhadap-Nya. Dia Tuhanku,aku hamba-Nya.

Aku yang telah lahir untuk kedua kalinya, tidak akanmembiarkan badan diriku merana dan menderita oleh tekanan-tekanan hidup dari luar dan berjanji akan memperbaiki segalakesalahan-kesalahan yang sudah. Kelahiranku yang pertama ialahkeluarnya aku dari rahim ibu yang mengandung aku. Pendidikandan pergaulan yang menyebabkan aku lupa kepada diri sendiri,kepada ‘A’-ku yang sebenarnya. Dan pengalaman yangmenyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri danmencari ‘A’-ku yang sebenarnya.

Kalau kelahiranku yang pertama aku keluar dari perut ibuku,maka pada kelahiranku yang kedua, Aku terpancar dari badankusendiri. Jadi kalau orang mahu kenal ‘A’-ku yang sebenarnya, diaharus mengenal pancaranku. Sewaktu Aku belum terpancar sampaisaat aku sedar akan diriku sendiri, walaupun apa yang telahkupunyai, aku sentiasa berasa kekurangan. Setelah Aku terpancardan dapat menemui diriku dan mengenal badanku, maka tahulahaku akan kekurangan yang kurasakan selama ini.

Sebelum aku dilahirkan, maka adalah aku di dalam kandunganibuku, dan setelah aku terlahir, maka adalah keadaanku terkurungdan terkongkong. Banyak keinginan-keinginanku, cita-citaku yang

Page 203: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal193

tak terlaksana, tak kesampaian. Aku menderita oleh kerana salahmemahami hidup dan kerana belum tahu kepada ‘A’-ku yangsebenarnya. Setelah Aku terpancar dari badan diriku sendiri, makaAku harus bebas tetapi tak lepas. Dinding yang membatasi alamkudengan alam lain dan alam Maha Besar telah tembus, dan semenjakitu jalan keluar bagiku telah terbuka. Pintu yang tertutup selama inibagiku, sekarang telah terbuka dan tiap saat kalau ‘A’-ku mahu,‘A’-ku dapat berjalan keluar. Dengan jalanku sendiri ‘A’-ku dapatmenghubungi mereka, anasir-anasir yang Aku inginkan keranasemenjak pintu telah terbuka bagiku, maka segala-galanya bagikuletaknya jauh tak berantara dekat tak terbatas.

Aku diam di dalam sebuah rumah yang telah tersedia bagikudengan isinya yang serba sederhana, tetapi cukup. Maka adalahkewajipanku menjaga dan memelihara rumah tersebut denganbaiknya supaya jangan rosak dan kotor, luar dan dalam. Sekarangumurku sudah menuju ke setengah abad. Tulangku telah lapuk danberkemungkinan pula isi rumahku ada pula yang rosak atauberkarat. Ini adalah akibat dari kesalahanku juga selama ini yangtak pandai menjaga dan memelihara sebaik-baiknya. Seperti oranglain juga di waktu itu, aku membawakan jalannya kehidupankudengan menurutkan hawa nafsu, keinginan-keinginan dengan tidakmemikir panjang dan jauh ke muka dan ke belakang.

Seperti telah kuhuraikan di atas, pengalaman yangmenyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dansampai mencari ‘A’-ku yang sebenarnya. Dan semenjak pintu telahdibuka bagiku, dan setelah aku dapat mengetahui keadaan badandiriku yang telah lemah itu, maka aku berusaha berjalan untukmemenuhi keperluan hidup dengan tidak usah bekerja keras danberat. Aku telah mengalami pembedahan sebanyak dua kali padabahagian punggungku, dengan dua kali pula tambah darah.

Aku ingin hidup dan mahu hidup sebagai seorang manusiayang wajar dengan tidak mengemis. Dan kalau aku mahu, akudapat dan bisa hidup dengan penghasilan warisan harta pusaka.

Page 204: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 194

Aku belum mahu memakan harta pusaka kerana Aku menganggapAku harus bisa hidup dan masih bisa hidup dengan apa yang adapadaku, kerana fikiranku masih sihat. Dari itu makanya aku jauhikampung halamanku. Aku mengembara dan bermukim dikampung orang.

Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku dipertemuan kiri dan kanan, tetapi jalannya kehidupanku berkiri danberkanan kerana dunia yang kudiami berlurah, berbukit,bergunung, berbatu, berduri, berkeluk, berliku-liku, ada siang, adamalam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis.

Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke lautlepas, lautan yang tak berpantai iaitu lautan kehidupan. Aku akanmengalir dan mengalir terus, yang mana untuk dapat mencapaitujuan itu aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan, gunamenghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satusungai yang besar sampai di muara.

Aku adalah seumpama seorang pemburu dengan kudanyadengan senjatanya di tangan, yang mana adalah kuda itu badandiriku dan senjata adalah ilmuku. Aku adalah induk yang berada didalam diriku, dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan titik-titikterang lagi cemerlang, menerangi isi batang tubuhku laksanadikelilingi oleh bintang-bintamg yang berkeliaran.

Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan danberdiri sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan, seperti Alif. Alifberasal dari satu titik. Titik bergerak dan berkembang, sampai tegakberdiri lurus.

Oleh kerana aku datang dari Sana dan aku akan kembali keSana, maka terhadap-Nya aku melakukan perjalanan yang akunamai ‘Perjalanan balik batang.’ Dan kehidupan yang akankujalankan di dunia ini ialah perjalanan seorang musafir yangsentiasa berkelana oleh kerana adalah aku seorang pengembara.Aku seorang pengembara, bukan seorang pengembala, kerana lain

Page 205: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal195

pengembara dan lain pula pengembala.Si pengembala, sewaktu-waktu akan mempertanggung-

jawabkan pengembalaannya terhadap tuannya dan aku sipengembara, bukanlah mengembara kian ke mari untukbersamanya dan berfoya-foya mengecap kenikmatan hidup lahirsebagai yang dibawakan seorang tourist (pelancong). Aku adalahseorang pengembara yang tak punya, akan tetapi Tuhan Kaya. Akusi pengembara yang lebih banyak berguru kepada pengalaman,mendudukkan badan diriku di mana aku berada sebagai seorangyang sewaktu-waktu bersedia memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendatangiku dengan cara tindak-laku perbuatankusendiri, dengan jalan yang ada padaku sendiri. Sebagai seorangmanusia, seluruh kegiatan perbuatanku itu adalah amalanku yangakan kupersembahkan ke Hadirat Tuhan-ku dan terhadap nusa danbangsa dan sesama manusia.

Aku akan bergerak terus di bidangku sendiri bersama-samaatau aku berada sendirian; untuk orang banyak dan untukku sendiri.Aku bergerak dengan kedua belah tanganku, dengan jariku yangsepuluh. Oleh kerana itu pula nama samaranku Si Sepuluh. Danterhadap-Nya Tuhan-ku, Aku sentiasa menyusun jari yang sepuluh,menekurkan kepala yang satu, menghunjamkan lutut yang duadengan tujuan memohon ampun sebanyak-banyaknya ataskesalahan-kesalahan yang telah Aku perbuat dengan sengaja atautidak disengaja. Aku Si Sepuluh yang sentiasa menghamparkantangan selebar-lebarnya terhadap Tuhan Yang Memerintah seluruhalam, dengan tiada daya upaya dan penyerahan sebulat-bulatnya;segala apa yang ada padaku kepunyaan-Nya. Lillaaahi Rabbilalamin. Dan terhadap sesama manusia, Aku membuka tanganmenampung segala yang mendatang dan menyelesaikannyasedapat mungkin dengan sebaik-baiknya, dan mendudukkan segalasesuatu pada tempatnya.

Aku tadinya adalah seumpama benih yang baru ditanam,perkembangan dan pertumbuhanku ke dalam berurat dan berakar,

Page 206: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 196

keluar menimbulkan batang. Batang berdahan dan berdaun danmenghasilkan buah. Buahnya menjadi-jadi kerana ilmuku ialahilmu padi; semakin berisi tunduk menjadi. Hendak padi tanamlahpadi. Hendak beras padi ditumbuk. Untuk mendapat tepung buatbikin kuih, beras ditumbuk.

Kalau hendak mengenal dan menemui Aku, janganlah sekali-kali dengan pemecahan, melainkan dengan pemisahan. Kalau akudipecahkan, percayalah, tidak akan terpecahkan dan akanmembawa akibat kepada badan dirimu sendiri sebab di saat engkaumencuba memecahkan Aku, keadaannya sama juga seolah-olahengkau memecahkan badan dirimu sendiri. Jadi kalau hendakmengenal Aku yang sebenarnya, pelajarilah keadaanmu sendirilebih dahulu, terdiri dari apa dan bagaimana cara memisahkannyaantara yang satu dengan yang lain. Hasil dari pemisahan sangatberlainan dengan pemecahan.

Kukatakan padamu, “Pisahkan lebih dahulu antara diri danbadanmu sampai engkau dapat mengenal dan menemui dirimusendiri. Setelah engkau dapat mengenal dan menemui dirimusendiri, pelajarilah akan keadaan dan rahsianya sehingga rahsianyamenjadi rahsiamu dan sesudah itu berusaha pulalah untuk dapatmengenal dan menemui ‘A’- ku yang sebenarnya.”

Dengan rahsia dirimu, dapat engkau merasakan yang manayang diri dan yang mana yang badan. Dirikah yang berbadan ataubadankah yang berdiri? Jawabnya ialah, “Aku berbadan danberdiri.”

Jadi, setelah engkau dapat mengetahui dan merasakan yangmana diri dan yang mana pula yang badan, maka hendaklahengkau ketahui bahawa adanya badan dan diri itu oleh keranaadanya ‘A’-ku di dalamnya.

Di mana Aku beradanya? Dan bagaimana pula keadaanku?Aku berada bukan di badan tetapi di diri dan di diri itulah adanya‘A’-ku yang laksana pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu

Page 207: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal197

kelihatan seumpama bintang yang berkilau-kilauan di langit. Akudikelilingi oleh bintang-bintang yang berkilau-kilauan atau bintang-bintang yang bercahaya-cahaya bertaburan di sekelilingku. Untukmengetahui keadaanku, perhatikanlah badan diriku. Aku akan tiadakalau badan diriku tidak ada. Badan diriku akan mati kalau Akutidak berada lagi di dalamnya. Aku dihidupkan dan menghidupkan;dihidupkan dengan minyak kayu yang berkat (zaitun) yang tiadatumbuh di Timur dan tiada pula di Barat dan mendatangkan aliranyang hidup, mengaliri dan menghidupkan seluruh anggota batangtubuhku.

Temuilah aliran hidup tersebut dan pelajarilah akan isinya.Pelajari dia sejak dari luar sampai ke dalam. Ibarat satu sungai,kalau sudah ditemui muaranya, janganlah terus diharungi lautanlepas dengannya, melainkan sungai itu lebih dahulu sampai kehulunya supaya dapat tahu lekuk-likunya, lubuknya dan lainsebagainya. Dan dari hulunya benar turutilah alirannya sambilmempelajarinya sampai ke muara, dan untuk menambah jalannyaatau pelancarannya ilmu pengetahuan, dilakukan hendaknyadengan berulang-ulang sampai kita dapat mengerti keadaannyayang sebenarnya.

Badankah yang mengasihi diri atau dirikah yang mengasihibadan? Badan tidak akan berdiri kalau tidak ada ‘A’-ku dan diripun tak akan ada kalau ‘A’-ku tidak ada. Maka adalah badan dandiriku kedua-duanya bergantung kepada ‘A’-ku. Padaku kedua-duanya satu, akan tetapi untuk dapat mengenal satu sama lain,orang harus mengadakan pemisahan. Pemisahan bukanpemecahan. Pemecahan dalam soal badan dan diri akan membawaakibat, kecuali pemisahan. Untuk itu, orang harus dapatmemisahkan badan dan diri, dan ‘A’-ku yang banyak mengandungrahsia itu. Setelah orang dapat mengenal badannya, maka sesudahitu dia harus dapat pula hendaknya mengenal dirinya sendiri.Mengenal badan tidaklah sesulit mengenal diri sebab badan nyatadan diri tidak nyata.

Page 208: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 198

Bagaimana hubungan badan dan diri? Kalau mahu, orang pastidapat mengenal badan dan isinya. Untuk ini telah banyak yang ahli,specialist (pakar) yang mengetahui benar selok-beloknya batangtubuh kita dengan isinya iaitu para doktor. Bagaimana kita dapatmengenal diri yang terkandung dalam badan, apalagi keadaannyatidak nyata? Bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemuidirinya, dia akan mengatakan adalah badan dan diriku ituseumpama rumah dan isinya yang kelihatan dari luar, pintunyatertutup. Dan ‘A’-ku ada di dalamnya yang bagiku sendiri pintuuntuk keluar rumah pun tertutup. Kalau orang mahu mencari Akutentu dia akan mendatangiku ke rumahku, dan kalau mahumenemui Aku, tentu orang akan memasuki rumahku. Rumahkumungkin mudah orang dapat mengenalnya, akan tetapi sanggupkahorang memasukinya dari luar melalui pintu yang tertutup itudengan paksa? Kalau ini kejadian tentu itu orang namanya orangjahat.

Aku yang duduk di tempatku di dalam rumahku, kalau mahudapatkah Aku berjalan keluar dari rumahku? Untuk Aku keluar,pintu pun tertutup. Kebebasanku bergerak hanya dalam rumahkusahaja, tidak dapat keluar. Aku tak tahu siapa yang mengunci pinturumahku itu, dan sama siapa terpegang ‘Anak Kunci’nya.

Orang harus mengenal Aku dan Aku harus mengenal orang.Perkenalan satu sama lain yang akrab menyebabkan rapatnyahubungan antara keduanya. Satu sama lain perlu memperlukan.Aku memerlukannya dan dia pun sangat memerlukan Aku.

Orang yang menuju kepadaku tentu dengan jalannya dan akupun ada pula jalan sendiri. Jalan yang berlainan yang menyebabkansatu sama lain susah untuk bergaul, kenal-mengenal, apalagi untukmendapati yang sebenarnya walaupun sama-sama mempunyaikeinginan atau kemahuan baik. Jalan menuju rumahku adalah jalanorang banyak. Akan tetapi untuk dapat menemui Aku hendaklahdipakai jalanku sendiri. Kalau tidak, aku tak akan bersua.

Pertentangan akan mendatangkan pertengkaran, persesuaian

Page 209: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal199

akan menghasilkan yang diinginkan. Jalanku jalan berisi; berisikannikmat lagi berpetunjuk. Aku mengisi dan mengaliri seluruh batangtubuhku di dalam. Perjalananku mengisi dan mengaliri itumenimbulkan apa yang ada pada badanku ada pula di diriku. Dan,hubungan antara yang satu dengan yang lain adalah laksana kabelelektrik dengan aliran stroom yang ada di dalamnya.

Aku harus mengenal diriku untuk kebaikan badanku kerana didirikulah letaknya segala sesuatunya. Kalau ada orang memasukirumahku dengan tujuan tidak baik, maka aku akan kemukakandiriku untuk bertahan. Kalau perlu menyerang. Untuk dapatmenyerang, Aku, melalui diriku harus dapat menembusi alamkusendiri supaya aku dapat langsung berhadapan dengan orang ataumusuhku. Dari itu kenalilah dirimu lebih mendalam.

Peristiwa diri adalah peristiwa jiwa, peristiwa rohani, peristiwakebatinan, peristiwa ghaib. Diri timbulnya setelah adanya Roh didalam badan. Perkembangan diri di dalam meliputi seluruh batangtubuh. Aliran diri bukan aliran badan, sedangkan aliran badansejalan dengan aliran diri. Diri yang berkembang di dalam denganmengaliri seluruh apa yang ada di badan merupakan gambaran daribadan kita di dalam, dengan pengertian apa yang ada di badan kitaada pula di diri kita. Kalau badan dengan isinya dinamakanjasmani, maka diri dengan perkembangannya tadi dinamakanrohani.

Kalau jalan diri telah ditemui, turutilah jalan itu sambilmempelajari keadaannya yang sebenarnya. Turutlah jalan itu tanparagu-ragu kerana apalah ertinya kita lagi kalau tak mempercayaidiri sendiri. Pengertian yang meningkat tentang diri, mengenalnyasampai menemui dia yang sebenarnya dan pengertian yangmendalam tentang kesedarannya, membuka jalan bagi kita untukdengan keyakinan yang teguh banyak kemungkinan-kemungkinanyang dapat kita lakukan untuk sesuatu.

Page 210: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 200

Percayalah Pada Diri Sendiri

Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui didalam badan mempunyai jalan tersendiri pula; jalan yangberpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan kepada yang dituju,jalan hidup lagi dihidupkan, jalan kiri dan kanan, jalanmempertemukan yang lahir dengan yang batin, positif dan negatif,jalan badan dan diri, jalan berisi, berisikan rasa; rasa yang dapatdirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib,rahsia diri. Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merosakbadannya sendiri? Dari itu ingatlah akan pesan orang tua-tua kita,“Jangan lupa kepada diri sendiri.”

Jadi, maka adalah Aku orang yang berdiri dan berbadan, orangyang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemuidirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapatmengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal danmengetahui Aku yang sebenarnya. Aku duduk di tempatku.Dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu untuksesuatu dengan sesuatu. Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasaberjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itumakanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yangsentiasa dalam pengembaraan. Dalam perjalanan, yang kulakukansentiasa aku berbuat, berlaku dan bertindak kalau perlu.

Aku akan ke Sana. Ya, memang di Sana tempatku kembali,dan untuk itu Aku harus melakukan perjalanan; perjalanan yangkunamakan perjalanan ‘balik batang’ dari Ya menuju ke Alif. Itulahdia Aku yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan siapa aku, mahu apa aku, hendak ke mana aku?

Hamba

Tingkatkanlah pengetahuanmu sampai engkau dapat

Page 211: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal201

mengenal, menemui seorang hamba dan seterusnya sampai engkaumenjadi seorang hamba. Seorang hamba tidak mementingkandirinya sendiri, melainkan mementingkan yang di luar dari dirinyalebih dahulu.

Baginya rezeki mendatang; air hampir, makanan murah.Hamba yang dimaksudkan ialah hamba Allah yang kerjanyasentiasa menghamba kepada Allah, mengabdi kepada Yang MahaKuasa dan dilindungi oleh Yang Maha Besar.

Pekerjaannya bukan menghamba kepada sesama manusia,kerana orang yang menghamba kepada sesama manusia adalahorang yang merendahkan harga dirinya sendiri. Dan tepatlah kalaudinamakan orang itu budak yang diperbudak oleh sesama manusia,lantaran mengharapkan belas kasihan sang majikan atau untukmendapatkan yang diinginkan dari seseorang. Perjalanan seorangmanusia berlainan dengan perjalanan seorang hamba. Sebagaiseorang manusia biasa, itu harus banyak belajar untuk dapat banyakmengetahui supaya bisa selamat menjalankan kehidupan dunia danakhirat. Seorang hamba berjalan pada jalannya sendiri, yang jalanitu ada padanya. Dia berjalan dengan sesuatu untuk sesuatu danmenghasilkan sesuatu. Orang yang seperti itu, padanya ada garishidup yang akan ditempuhnya, yang kadang-kadang hasilnyaberlainan dengan kemahuan orang banyak dan kadang-kadang pulapekerjaannya tak makan di akal dan tak terpecahkan oleh otak. Dantempoh-tempoh, hasilnya mengagumkan dan menghairankanlantaran keanehannya. Aneh tetapi benar kerana garis hidup yangditempuhnya berasal dari Yang Maha Benar.

Pernahkah engkau memperhatikan perjalananmu sendiri didalam batang tubuhmu suatu perjalanan yang bagi kamu yang diluar tidak dapat menguasainya? Dan dapatkah engkau mengetahuidi mana batasnya perjalananmu yang di dalam itu? Dan di manatempatmu sebenarnya? Cubalah renungkan.

Hamba ada padamu. Budak ada padamu. Dan raja pun adapadamu. Kamu menjadi raja pada dirimu sendiri, menjadi budak

Page 212: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 202

pada dirimu sendiri dan hambamu akan menjadi seorang hambaAllah sekiranya engkau dapat menemui hamba.

Nabi Musa mendapat petunjuk dari Tuhan untuk mencari danmenemui seorang hamba Allah yang mendapat pelajaran ilmupengetahuan dari-Nya. Ia, sebagai seorang manusia denganpangkat kerasulannya berjalan mencari hamba Allah tersebut,menuju ke tempat yang ditunjukkan Tuhan dengan tanda-tandanya.Maka ditemuinyalah hamba Allah tersebut di pertemuanpermukaan dua laut. Dan belajarlah Nabi Musa kepadanya. Danitulah dia hamba Allah, yang telah dikurniakan Tuhan, Rahman(sifat pemurah) dan yang telah diajarkan ilmu pengetahuankepadanya. (Surat al-Kahfi Ayat 60 – 82).

Sebagai seorang manusia, kita harus banyak belajar untukdapat banyak mengetahui, guna dipergunakan buat kebahagiaanhidup dunia dan akhirat. Seorang hamba Allah, ada yangmengajarnya. Kewajipannya ialah menurutkan jalannya garis hidupyang telah ada padanya yang kegunaannya untuk kebaikan jalankehidupannya dunia akhirat. Jalannya berisi, berpetunjuk, tidakdimurkai dan tiada pula sesat.

Seorang hamba Allah yang musafir, kerjanya ialah berjalanterus; berbuat dan berlaku dengan sesuatu untuk sesuatu. Dia dudukdi tempatnya. Tempatnya di dalam, tetapi dia keluar. Walaupunhamba duduk, tetapi hamba berjalan. Bagi hamba tiada erti katalelah. Siang dan malam bagi hamba sama sahaja. Hamba tidakmengenal mati kerana hamba hidup. Yang mati bagi hamba ialahorang. Banyak orang tak mengenal hamba. Dan perbuatan seoranghamba tak dapat banyak orang mengetahuinya kecuali orang yangterdekat padanya dan orang-orang yang sering mendampinginya.

Hamba menjadi orang oleh kerana-Nya. Ditemuinya hambasetelah dia dapat mengenal dan menemui dirinya, dan seterusnyasetelah dia dapat mengenal dan menemui ‘A’-ku. Dan ditemuihamba di pertemuan kiri dan kanan, setelah dapat menemui riwayatperjalanan Nabi Musa dengan seorang hamba Allah (Khidir)

Page 213: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal203

melalui al-Quran Surat al-Kahfi.Untuk dapat menemui ‘A’-ku dia mengadakan pemisahan,

bukan pemecahan. Perjalanan dan pemisahannya yang pertamamenghasilkan pengenalan dan penemuan akan dirinya, danpemisahan penilitiannya yang mendalam menyebabkan diamengenal dan menemui ‘A’-ku-nya. Diketahuinya sudah siapa ‘A’-ku dan dilakukan dan dibawakannya keakuannya sebagai jawapan‘mahu apa aku dan hendak ke mana aku.’ Pengalamannya dengankeakuannya mendatangkan rasa tak puas kepadanya, dan penelitiandan ketekunan peningkatan dari jalannya ilmu pengetahuannya,maka ditemuinya hamba yang mempunyai jalan sendiri danberbuat sendiri untuknya. Dan ditemuinya pula apa yang dikatakanImam Ghazali, “Kesalahan besar iaitu kekeliruan memandang rajadianggap sebagai pesuruh yang rendah atau majikan dianggapsebagai budak. Pandanglah hambanya, jangan orangnya.”

Banyak sudah orang menjadi hamba sebelumku, akan tetapihambaku yang kuketahui dan yang aku sekarang ini tak dapatlahorang mengetahuinya. Dan Aku yang dia, makanya dapat akumengatakan perjalanan hamba berlainan dengan perjalanan oranglain. Saya lebih suka menjadi seorang hamba dengan tahu jalannyadaripada menjadi seorang raja yang sering lupa di dirinya. Seoranghamba yang telah ada mempunyai pegangan hidup, iaitu yangpadanya ada jalan sendiri yang akan ditempuhnya untukkebahagiaannya, tidak boleh menyimpang dari jalan yang telah adabaginya atau dibawakannya.

Suatu kesalahan besar jika terjadi hamba berjalan di luar garishidup yang akan dibawakannya. Lain orang, iaitu yang harusbelajar lebih dahulu untuk menempuh jalannya kehidupan, dansuatu kesalahan pula pada orang kalau dia lupa kepada dirinya.

Sebaik-baik hamba ialah seorang hamba yang soleh. Hambayang musafir, kerjanya ialah berjalan dan berjalan terus dengansesuatu untuk sesuatu. Walaupun nampaknya duduk, tetapi diaberjalan terus. Jalannya ada padanya dan tak dapat banyak orang

Page 214: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 204

mengetahuinya. Sedekat-dekat orang padanya, paling dapat orangmerasakannya. Banyak sudah hamba sebelum hamba dan akanmuncul pula seorang hamba sesudah hamba.

Hamba adalah seorang musafir yang sentiasa dalampengembaraan; pulang dan pergi ke sana dan ke sini, keluar danmasuk. Jalan hamba jalan kiri, jalan kanan, jalan hidup, jalan mati,mematikan dan menghidupkan, jalan tengah, jalan positif, jalannegatif dan jalan neutral (tidak berpihak). Dan kesimpulan dariseluruh perjalanan hamba, seperti telah dihuraikan padaperjalananku yang sudah-sudahnya, tetapi apa yang dinamakan‘Perjalanan Balik Batang.’

Orang boleh mempercayainya atau tidak. Itu terserah, tetapihamba mengatakan kata benar kerana itulah yang ada pada hamba.Apa yang ada pada hamba? Yang ada pada hamba ialah jalan; jalanuntuk mencapai tujuan yang terdiri dari jalan kiri, jalan kanan danjalan tengah. Dengannya hamba hidup dan mati, ke luar dan kedalam, pergi dan kembali, memberi dan menerima, berlaku danberbuat. Hamba keluar-masuk, datang dan pergi, mengaliri danmengisi. Jalan hamba jalan lurus. Hamba ke kiri pada jalannya danke kanan pada jalannya.

Orang yang tidak dan belum mengenal hamba tentu lainpandangannya pada hamba. Orang yang dekat pada hamba akanmengatakan hamba bodoh atau keliwat sabar (sabar melulu) keranadalam banyak hal banyak mengalah dan mendahulukankepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Ya, memangbegitulah hendaknya seorang hamba, dan ketahuilah bahawa apayang telah hamba perbuat dan lakukan itu ialah tidak menyimpangdari perjalanan yang ada pada hamba. Pada waktu suka dan duka,sakit dan senang, hamba tidak akan meninggalkan jalan yang telahada pada hamba itu. Dengan meninggalkan bererti tidak berjalanpada jalannya. Mempergunakan jalan lain bererti menyimpang darijalan yang telah ada ketentuan baginya.

Dan itulah dia seorang hamba, yang padanya telah ada jalan.

Page 215: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal205

Dari hamba kepada seorang hamba dan dari seorang hamba kepadahamba. Dan bagi orang-orang yang belum sempat dan belum dapatmengenal ‘A’-ku, apalagi bagi mereka yang belum dapat menemui‘A’-ku, maka dengan ini hamba memperkenal ‘A’-ku dan dirikumelalui naskah-naskah karanganku sebagai hasil dari perjalanankuuntuk mengenal diri dan Aku; suatu pemecahan yangmenghasilkan pemisahan (pemisahan antara badan dan diri danantara diri dan ‘A’-ku) dan sampai aku dapat menemui hamba.

Di balik badan adalah diri. Di dalam diri adanya ‘A’-ku dansebelum ‘A’-ku adalah hamba. Ditemuinya hamba dipertemuankiri dan kanan.

Page 216: Diriku Yang Kukenal
Page 217: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal207

TAREKAT MENGENAL DIRI

Laporan-laporan dari anak-anakku yang berkecimpung digolongan kehidupan dan pertanyaan-pertanyaan orang yangdihadapkannya pada anak-anakku itu menjadikan pertanyaan pulapada diriku sendiri, iaitu, “Tarekat apa yang aku pakai?”Pertanyaan seperti yang kusebutkan di atas timbul dari orang-orangsetelah dapat mengetahui dan melihat pembawaan dari anak-anakku di waktu mencuba menolong orang-orang yang lagimenderita atau mendapat kesulitan dan kesusahan, terutama dibidang pengubatan, yang bagiku jadi amalanku.

Dan menjadikan buah pemikiran pula bagiku, kenapa orangmendatangkan pertanyaan semacam itu pada anak-anakku, yangbererti juga pertanyaan itu langsung dihadapkan kepadaku sendiri.Aku belajar memahami erti kata tarekat. Aku baca buku-bukumengenai tarekat. Aku berkenalan dengan tarekat Naqsyabandiah,Kadiriah, Syatariah dan lain-lainnya. Menarik pelajaran daribermacam-macam tarekat yang telah kuketahui itu, maka hasil darirenunganku, aku mengambil kesimpulan bahawa adalah apa yangtelah kujadikan amalanku itu ialah hasil dari perjalanan ilmupengetahuan yang telah aku perdapat dan punyai dan yang telahmenjadi amalan bagiku sendiri.

Kalau dikatakan aku masuk tarekat seperti orang lain

Page 218: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 208

menjalankan tarekat (iaitu apa yang dinamakan suluk), walaupuntarekat namanya aku belum pernah memasukinya. Tetapi terus-terang aku katakan, adalah apa yang ada padaku sekarang yangdinamakan ilmu pengetahuanku, bagiku ialah mendatang sendiridengan tidak ada petunjuk-petunjuk yang nyata walau dari siapasekalipun. Ketabahan menerima cubaan-cubaan hidup, renungan-renungan pemikiran, pengalaman-pengalaman dan waktu yangbertahun-tahun yang telah kupergunakan untuk membawakan danmempelajari apa yang mendatang padaku itu yang kujadikanilmuku. Dan sudah tentu pula tak luput dari pengorbanan-pengorbanan yang telah kuberikan dan yang paling banyak ialahkorban perasaan. Aku pelajari apa yang telah ada padaku. Akumengadakan pemecahan secara ilmiah. Pemecahan menghasilkanpemisahan antara yang satu dengan yang lain, antara badan dan diridan antara diri dan Aku.

Rupanya dengan tak kusedari, saya telah bertarekat sendiriiaitu perjalanan memecahkan sesuatu keadaan apa yang adapadaku, sampai menghasilkan pemisahan dan sampai mendapatsuatu pegangan yang kuanggap baik. Dan dalam renunganku,untuk dapat menjawab pertanyaan di atas, maka aku dapatmengatakan bahawa adalah tarekatku aku namakan ‘Tarekat UntukMengenal Diri Sendiri.’

Bagaimana perjalananku untuk dapat mengenal diri itu?Dengan merenungkan kembali perjalanan yang sudah-sudah, makadapatlah aku mengetahui bahawa dalam perjalananku yang sudah-sudah, aku telah dapat menemui dan mengenali diriku sendiri,bahkan saya telah dapat menemui dan mengenal ‘A’-ku yangsebenarnya. Aku telah dapat mengenal diriku dan telah dapat pulatahu yang mana yang aku dan siapa aku yang sebenarnya.

Kalau yang sudah-sudah anak-anakku menerima aliran dariku,maka pada masa yang akan datang anak-anakku akan kubawaberjalan untuk mengenal diri sendiri. Pada mulanya, orang luaryang kunamakan sekarang anak-anakku tertarik padaku akan

Page 219: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal209

keganjilan dan keanehan ilmu pengetahuanku, dengan keinginanhendak berkepandaian sepertiku pula. Semenjak itu mereka mulaberkenalan dengan aku dan menerima aliranku, yang baginya anak-anakku menjadi kepandaian. Dan cara ini telah berjalan bertahun-tahun lamanya. Tidak semuanya dari mereka yang menerimaaliranku itu success (berjaya) dalam membawakannya keranaketidak-pandainya menurutkan aliran yang mendatang padanya itu.

Mereka menganggap aliran yang kuberikan dan caramemperketatkan kepandaiannya itu dengan pengertian danpentafsiran sendiri-sendiri dan kebanyakan kenyataannya salahmemahaminya. Dan tak kurang pula dari mereka itu yangmemutuskan hubungan dengan saya sendiri, yang bererti mundurpadanya. Mereka dalam hayalan; terlampau banyak hendakmenarik keuntungan dari pengetahuaku itu. Mereka bergerakdengan hawa nafsu sedangkan yang aku berikan padanya itu tidakdengan hawa nafsu. Keinginannya yang bersertakan hawa nafsusendiri lebih besar dari kemampuan dirinya sendiri. Dan mereka,iaitu anak-anakku yang dapat menarik faedah dari pengetahuanyang kuberikan padanya, yang dapat membawakannya denganalirannya sendiri, bagi mereka itu namanya belum lagi ilmu,melainkan kepandaian iaitu buah dari ilmuku.

Sekarang timbul soal dari mana datangnya daya tangan yangkuberikan pada mereka itu? Sebagai jawapannya ialah; apa yangkuberikan pada mereka itu ialah buah dari ilmu pengetahuankuyang berasal dari diriku sendiri dan diterima oleh diri mereka pula,yang jalannya menembus alamnya sendiri iaitu badan kasarnya dandapat ditangkap dengan daya rasa. Titik yang kuberikan diterimaoleh diri dan diri mereka memperkembangkannya menurutkansaluran tertentu dan duduk di tempatnya untuk sewaktu-waktubilamana perlu akan dipergunakan sebagaimana mestinya.

Ilmu pengetahuanku terdiri dari pergerakan, bukan dariperkataan. Dan bergerak di bidang pengetahuanku ini berertiberjalan ialah tercapainya segala tujuan atau yang dituju.

Page 220: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 210

Bermula ada syariat (yang menjalankan); kedua tarekat (yangberjalan); ketiga hakikat (yang diinginkan); keempat makrifat(tujuan terakhir). Hakikat tidak akan diperdapat kalau tidak adamakrifat. Yang dihakikatkan itu terbitnya dari makrifat. Makrifattidak boleh diganggu-gugat. Tarekat tidak akan ada kalau tidak adasyariat. Maka adalah syariat, tarekat, hakikat dan makrifat harussejalan. Makrifat yang paling tinggi, lagi dalam dan suci ialahMakrifatullah (bermakrifat pada Tuhan). Bukankah dari Tuhanterbitnya, timbulnya dan mendatangnya segala sesuatunya? Danbukankah Tuhan pula yang menentukan segala sesuatunya?

Orang-orang yang mendapat dan mempergunakan alirankumemandang dan menganggap aku sebagai Bapak kerana merekaitu menerima pancaran dariku. Bisakah cara atau sistem berbapakini lama-lama dipertahankan? Bagaimana kalau mereka pindahtempat atau kalau saya yang dianggapnya Bapak itu sudah tak adalagi atau pindah ke tempat lain? Dengan tidak adanya saya lagi atauberpindah tempat, tentu mereka itu tak dapat tambahan atausambungan langsung lagi pancaran dari saya, bukan? Mereka akanbergerak dan hanya dapat mempergunakan apa yang telahkuberikan sahaja, sedangkan mereka itu tak dapat dan belum dapatmemahami betul akan ilmu pengetahuanku.

Sebelum yang tak diinginkan itu kejadian atau terjadi (sayaberpindah tempat), sebaiknya mereka itu dididik dan dilatih untukberdiri sendiri, supaya dapat berjalan sendiri dan pandai berlakusendiri. Kalau sampai kejadian iaitu yang mendidik berhadapandengan yang dididik, maka akan berubahlah anggapan danpandangan, kerana kalau tadinya sewaktu menerima aliran(pancaran) yang berhadapan bapak dengan anak, maka di waktuyang mendidik berhadapan dengan yang dididik, akan berhadapanguru dengan murid.

Bapak yang berilmu memberikan buah dari pengetahuannyakepada si anak, dan buah yang diterima si anak menjadi kepandaianpadanya. Guru (pendidik) memberikan ilmu pengetahuannya pada

Page 221: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal211

muridnya (yang dididik), dan kecerdasan si murid yang akanmenentukan lulus tidaknya dia di dalam pendidikan atau dapattidaknya dia menerima pemberian dari gurunya. Guru mendidiknyadengan ilmunya untuk bisa berdiri sendiri atau menjadikan si muridmenjadi seorang yang berilmu, jadi, bukan menjadi seorang pandaisahaja.

Si anak yang tadinya mendapat pelajaran dari bapak untukdapat berdiri sendiri, harus dididik sampai menjadi seorang yangberilmu. Ilmu yang paling baik, tinggi dan dalam ialah ilmu yangberdasarkan ketuhanan. Untuk mendapat Ilmu Tuhan yangsebenarnya, orang harus dapat mempelajari ciptaan-Nya. CiptaanTuhan yang terdekat pada kita ialah keadaan kita sendiri. Orangmemandang dan merenung ke luar, memperhatikan keadaan alamsekelilingnya untuk mendapatkan suatu keyakinan dan kesimpulanakan pengakuan adanya Tuhan Maha Pencipta, Maha Besar lagiMaha Kuasa. Kita merenung dan bertafakur ke dalam, memikirkandan mempelajari keadaan kita sendiri. Mempelajari keadaan sendiribererti hendak mengetahui apa yang ada pada badan, pada diri danlain sebagainya. Apa yang ada pada badan sudah banyak Akumengetahuinya. Sudahkah orang dapat mengenal akan dirinyasendiri? Aku berbadan dan berdiri. Sudahkah orang dapatmengenal Aku dan diriku? Dan Sudahkah orang dapat mengenalAku-nya dan diri sendiri?

Saya dapat mengenal diri saya dengan jalan bertafakur danmerenung ke dalam. Dan aku dapat mengenal diriku sendiri setelahAku dapat memancar keluar melalui pintu-pintu tertentu. Untukdapat mengenal diri yang sebenarnya, orang harus bertarekat,berhakikat dan bermakrifat untuk mencapai tujuan. Syariat harusmenjalankan supaya dapat yang dihakikatkan. Hakikat tidak akantercapai kalau tak bermakrifat. Makrifat mendatangkan hakikat.Jadi, untuk mencapai tujuan yang sebaiknya ialah sejalan; hakikatdan makrifat.

Syariat menjalankan, tarekat berjalan dan hakikat tidak akan

Page 222: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 212

diperdapat kalau tak ada makrifat. Maka adalah makrifat sumberdari segala-galanya atau tempat tercapainya tujuan. Pembawaanyang sebaik-baiknya yang menjalankan Aku, yang berjalan Dirikuuntuk supaya tercapai tujuan. Maka adalah perjalananku menujumakrifat untuk mendapatkan hakikat (yang dikehendaki).

Kenapa harus diri yang berjalan? Inilah salah-satu rahsia danyang aku perdapat. Bagaimana jalannya atau caranya untuk dapatmengenal diri itu? Aku dapat mengenal dan menemui dirikusetelahnya aku memikirkan, mempelajari, merenungkan akankeadaanku, nasibku, untung-bahagiaku. Aku bertafakur ke dalam,ke dalam batang-tubuhku dengan alat pemikiran yang ada padaku.Teringat olehku, aku berbadan dan berdiri. Apa yang dinamakanbadanku telah kuketahui. Ia terdiri dari bulu, kulit, darah, daging,hati, jantung, limpa, rabu-rabu (paru-paru), empedu, urat, tulang,otak-benak (otak besar dan otak kecil), akan tetapi yang mana yangdikata diriku? Bahawa diriku itu ada di dalam badanku itu telahpasti. Dan terdiri dari apa dia? Dan sampai di mana dayakesanggupan pemikiranku dapat menangkapnya? Keadaanbadanku sudah nyata padaku. Dan bagaimana aku dapatmenyatakan diriku sendiri? Untuk itu, tentu aku harus mencarinyasampai dapat. Aku harus dapat hendaknya memisahkan antarayang satu dengan yang lain, antara badan dan diriku. Akumerenung dan merenung lagi. Aku bertafakur.

Aku berdiam di dalam suatu rumah. Aku hendak memasukirumahku sendiri. Aku hendak menemui diriku. Aku hendakmengenal diriku sendiri. Aku ke luar. Aku ke luar dengan alampemikiranku, memikirkan bagaimana jalan untuk dapat memasukirumah sendiri. Aku teringat akan peribahasa, ‘Rumah tampak, jalantak tentu.’ Ya, aku nampak rumahku, bahkan telah aku ketahuirumah kediamanku. Tetapi aku belum menemui diriku. Dalammencari-cari itu tanganku meraba al-Qur’an, membalik-baliknyadan mataku tertuju kepada ayat 35 dari surah an-Nur yangterjemahannya ke dalam bahasa Indonesia menurut tafsir

Page 223: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal213

Muhammad Yunus yang ada padaku ialah :“Allah memberi cahaya langit dan bumi.

Umpamanya cahayaNya kepada orang beriman,seperti sebuah lubang di dinding rumah, didalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itukelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan dilangit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayuyang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuhdi timur dan tiada pula di barat, hampir minyak itubercahaya dengan sendirinya, meskipun tiadadisentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya.Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya kepadacahayaNya itu. Allah menunjukkan beberapaperumpamaan bagi manusia dan ia mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

Allah telah menunjukkan perumpamaan apa yang ada dalamsebuah rumah, yang mana kalau melihat apa yang ada dalamrumah itu melalui sebuah lubang di dinding rumah itu. Apa yangditunjukkan itu kalau kita melihat dari luar? Dalamnya ada lampu.Lampu itu bercahaya-cahaya, dan dengan cahayanya maka kitaakan dapat mengetahui apa yang ada di dalam rumah itu. AllahMenunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada Cahaya-Nya itu.Aku merenung dan merenung, dan aku berdoa semoga Tuhan akanmenunjukkan jalan bagiku untuk sampai kepada Cahaya-Nya itu.

Aku ingin hendak memasuki rumahku sendiri. Apa akalku danapa dayaku? Aku tahu, aku insaf sebagai seorang manusia, akal adapadaku dan daya pun ada padaku. Kalau aku tak berdaya tentu akutak akan hidup namanya. Bagaimana aku akan dapat memasukirumahku sendiri sedangkan aku telah berada di dalamnya? Suatupertanyaan yang aneh tetapi benar. Kalau aku yang keluar tidakmungkin, kerana pintu tertutup bagiku dan orang pun tidakmengenal aku. Akan tetapi, kalau aku keluar benar dari tempatkubererti kematian bagi badanku. Ada masanya bagiku untuk pergi

Page 224: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 214

meninggalkan rumahku. Kepergianku dijemput kerana aku orangjemputan, akan tetapi bukan itu tujuanku. Tujuanku ialah bahagiasepanjang masa, waktu di mana pun aku berada.

Dengan akal dan dayaku sendiri, aku dapat memasukirumahku sendiri melalui pintu-pintu tertentu. Ini dapat akumenangkapnya dengan daya rasa yang ada padaku. Rasa perasaanyang tadinya sifatnya negatif bagi tangkapanku, dengan telahterbukanya pintu, maka rasa perasaan itu bagi tangkapanku menjadipositif atau pasti dan kenyataan. Aku teliti dan pelajari rasa yangtelah terasa itu dan aku telah menemui jalan untuk memasukirumahku, dan aku telah dapat mengenal dan menemui dirikusendiri, diri yang tiap-tiap orang berilmu mencarinya denganberhabis umur semenjak dari dahulu sampai sekarang ini. Dandengan jalan yang telah kutemui itu, aku dengan kecerdasan akalkukeluar masuk sehingga aku dapat merasakan pemisahan antarayang satu dengan yang lain antara badan dan diriku. Suatupemecahan yang menghasilkan pemisahan yang dapat akumengatakannya bahawa aku dengan badan dan diriku adalah ‘jauhtak berantara dan dekat tak berbatas.’

Diri yang kukenal tidaklah seperti diri yang dibayangkanorang, diri yang direka-reka atau diri yang hanya dapatdiperkatakan atau dibicarakan, tetapi tak dapat dirasakan. Aku telahdapat mengetahui apa yang ada di diriku sendiri dan telah banyakmengambil manfaat darinya. Dan telah banyak pula orangmendapat faedah darinya kerana rahsia diri yang telah kuperdapatitu aku berbuat dan berlaku, melakukan sesuatu untuk sesuatu yangaku jadikan pula menjadi amalku petang, siang dan malam.

Semenjak aku dapat menemui jalan itu, maka jalan itulah yangmenjadi peganganku. Jalan itulah yang aku tempuh di kala sukadan duka. Dengan jalan itulah yang aku hidup kerana aku yakinbahawa jalan itulah jalan jaminan kehidupanku semenjak daridalam. Aku dapat mengatakan jalanku itu jalan berisi, berisikannikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Dan telah banyak pula

Page 225: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal215

orang yang mendapat dan menerima aliran dariku, yangmendatangkan manfaat pula pada dirinya sendiri.

Akan tetapi amat kukesalkan sampai saat ini (Julai, 1967),kebanyakan dari mereka itu kurang cerdas, kurang tepat dapatmenangkap pengertian-pengertian dan penerangan-peneranganyang aku berikan padanya, sedangkan pengertian yang agakmendalam yang kuharapkan. Mereka terlampau memikirkan danmengkhayalkan akan menarik keuntungan untuk badan dirinyasendiri sebanyak mungkin dari ilmu pengetahuan yang aku berikanbelum diperolehinya. Aku sendiri yang harus mendidik dan melatihmereka itu, sedangkan kebanyakan dari mereka itu tidak mahumencuba berlatih sendiri di rumah masing-masing, sedangkanhasrat mereka itu sangat besar hendak menguasai dan mempunyaiilmuku. Apa sahaja yang kubuat dan kulakukan, selalu kubawakandengan jalanku sendiri. Jarang mereka menyoalku dan bertanyakanini-itu padaku. Kalau ada yang bertanya padaku, yang ditanyakanbukan yang bertalian dengan ilmu pengetahuan, melainkan yanglain-lain sahaja yang tak ada hubungannya sedikit juga dengan ilmupengetahuan.

Tiap-tiap orang harus dapat tahu hendaknya akan Aku-nyasendiri, tahu di rahsia diri sendiri kalau kesempurnaan hidup yangakan dituju. Capailah bahagia yang diidam-idamkan dengan rahsiayang terkandung di dalam dirimu sendiri. Pelajarilah akan dirisendiri sampai dapat mengetahui akan keadaannya. Jadikanlah diriyang telah ditemui itu menjadi ilmu bagimu.

Bagaimana caranya menjadikan diri yang ditemui itu menjadiilmu? Ibarat batang kayu, adalah diri itu dijadikan pokok dari ilmupengetahuan kita. Pada permulaan, diri yang kita kenal dapat kitaketahui dengan perantaraan akal dan jalan fikiran kita sendiribertafakur ke dalam; kita hendak memasuki rumah kita sendiri.Dengan pembawaan kita bertafakur ke dalam denganmenundukkan kepala ke bawah, dengan mempergunakan akal danjalan fikiran kita, kita seolah-olah telah berada di muka pintu rumah

Page 226: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 216

atau sekurang-kurangnya sedang mencari pintu yang akandimasuki. Dan begitulah, aku telah berada di muka pintu, bukan dipintu belakang melainkan di pintu depan. Aku dapat menemukansesuatu yang asing lagi aneh bagiku, aneh bagi daya tangkapperasaanku. Perhatianku kucurahkan padanya. Dia membawaanggota badanku bergerak iaitu tanganku. Aku turutkan jalannyapergerakanku tadi dengan cermat dan sedar. Dia membawakupulang-pergi. Dengan penelitian dan latihan yang berulang-ulangdapat tahulah aku, bahawa aku telah berulang-ulang keluar masukrumahku sendiri. Aku telah menemui jalanku sendiri iaitu jalandiriku; jalan yang berisi yang pergerakannya menuju kepadakelancarannya jalannya kehidupanku di dalam. Ya, aku telahmenemui diriku sendiri, yang aku telah banyak mengambil manfaatdarinya, dan yang orang lain telah banyak pula menarik faedahdarinya. Dan semenjak aku telah dapat menemui jalanku itu,pembawaanku sehari-hari lebih condong kepada menurutkanjalanku yang bertitik tolak dari dalam itu, dengan menyampaikangerak jalan fikiranku sendiri. Jalan fikiranku, kupergunakanmenyelang (selang) dapat menemui jalanku sendiri untukseterusnya aku berjalan pada jalanku, dengan jalanku untuk tujuansesuatu.

Rahsia diri telah menjadi rahsiaku, bahkan telah kujadikanilmuku dengan jalan menurutkan jalannya yang telah aku temui.Aku telah bermodal, telah berpokok, berpengetahuan. Modalku,pokokku dan pengetahuanku ialah diriku yang banyakmengandungi rahsia itu. Diri itu suci lagi bersih dan bercahayalaksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Diri yang telah kitakenal dengan positif (pasti) harus dapat pula mengenal hendaknyaakan keadaannya sendiri; apa yang ada di luar dari badan dirinyasendiri iaitu badan kita yang kasar ini berserta isinya danhubungannya antara yang satu dengan yang lain, sehingga terciptakasih sayang antara yang satu dengan yang lain, dengan pengertianbadan menyayangi dirinya dan diri menyayangi badannya pula.

Page 227: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal217

Dan kesemuanya adalah kerja Aku, dan Aku lakukan itu denganjalanku sendiri dan ilmuku berserta akalku dengan pengetahuanlahirku.

Dasar dari ilmu pengetahuanku yang berasal dari diriku sendiriitu ialah ‘Dua Kalimah Syahadah’ (Kalimat Tauhid) yang berisikandan bertujuan mengadakan pengakuan dan kesaksian ‘tiada Tuhanyang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan pengakuanMuhammad Rasulullah.’ Modalku itu harus aku perkembang danperkuat. Ibarat pohon, maka adalah batang yang telah ada itukuperkembang iaitu ke atas berpetunjuk, ke bawah berurat berakarsupaya tercipta satu pohon kayu yang teguh, kuat dan rimbunnampak jauh yang mana batangnya tempat orang bersandar,uratnya tempat bersila, pokoknya tempat orang berlindung di waktupanas dan berteduh di waktu hujan, buahnya sangat lebat akantetapi tak nampak, kerana buahnya di dalam, bukan di luar. Makaadalah buah yang berhikmat itu yang membawa keberkatan,menantikan orang yang pandai mengeluarkannya dan memetiknyasupaya dapat merasa hikmat dan berkatnya, apalagi kalau pandaimempergunakan kerana adalah buah itu serbaguna.

Menciptakan pohon dimaksud bukanlah orang lain, melainkandiri kita sendiri dengan sepengetahuan akal kita dan dilakukandengan jalannya, bukan dengan jalan pemikiran kita. Pohon yangtelah berdiri rimbun dan telah berurat berakar yang diciptakandengan jalan pengetahuan itu keluarnya ialah merupakan badankita. Yang batang iaitu diri yang ada di dalam, puncaknya yangrimbun ialah kepala yang berisi alat perlengkapan yang cukup,daunnya yang nampak lebat ialah rambut dan isinya yang nyataialah urat, tulang, otak, benak dan yang tak nyata tetapi ada ialahakal yang letaknya di atas segala-galanya. Berikut (selanjutnya)kesedaran, ingatan, kemahuan, pemikiran dan lain-lain sebagainyadan seterusnya urat serta akarnya ialah urat yang berbelit-belit diseluruh batang tubuh kita untuk menguatkan tegak berdirinyabadan diri kita.

Page 228: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 218

Dan ketahuilah bahawa hidup dan kehidupan seseorangberlaku dan berjalan semenjak dari dalam. Kalau tak ada yang adadi dalam diri kita, tentu kita tak akan hidup namanya dalam ertikata yang sebenarnya. Dan keluar, manusia melanjutkan dialamnya (kehidupannya) dengan modal yang ada padanya mencarikeperluan hidup yang banyak bertebaran di muka bumi. Dan takkurang pula banyaknya manusia harus berjuang untuk hidup,dengan merasa tenaga mencapai yang diperlunya. Apakah makanuntuk hidup atau hidup untuk makan? Maka tak salahlah kalauorang mengatakan sama sahaja dengan binatang bagi mereka yangberpendirian hidup untuk makan. Untuk mencapai hidupberbahagia, orang harus memahami hidup dan mengetahui rahsiahidup yang sebenarnya.

Ketahuilah bahawa apa yang dinamakan ‘hidup’ itu adalah diadihidupkan dan menghidupkan, iaitu memberi daya kehidupan bagianggota badan diri. Dan anehnya, manusia melanjutkankehidupannya dengan jalan mendatangkan keperluan dari luarkeperluannya. Dan untuk mendapat bermacam-macam yangdiperlukan, manusia harus berlaku, berbuat dan berusaha. Danadalah diri itu hidup, bukan mati seperti badan. Hidupnya gilang-gemilang, terang-benderang bercahayanya, sedangkan badan gelap-gelita. Hakikatnya terang bak siang dan sifatnya (badannya) kelambak malam. Dia menerangi alam sekelilingnya. Hidupnya berisiyang tak habis-habisnya, sedangkan badan menghendaki diisisupaya kuat dan bisa mempertahankan apa yang dinamakan hidupseperti orang.

Diri yang dikenal dan yang ditemui bukan tidak menghendakimakan-minum. Dia berkehendak pula kepada makanan danminuman. Makanan dan minuman tidak bermacam-macam sepertiyang dikehendaki badan. Makanan dan minumannya datangnyadari Tuhan, namanya disebut Allah. Sebutlah nama Allahsebanyak-banyaknya dan dengan itu dia diberi makan, denganistilah lain zikirlah, iaitu apa yang dinamakan orang ‘zikir Allah.’

Page 229: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal219

Dan kalau badan berkehendak kepada istirahat (apa yangdinamakan orang, tidur), maka diri yang kita kenal tak pernah tidur.Dia tak kenal akan tidur. Dia bertugas terus, mengaliri terus danberjalan terus. Hanya sayang bagi orang yang belum mengenalnyabenar dan belum pula dapat menemuinya, perjalanan yangdilakukannya itu tak ubahnya ibarat menghasta kain sarung,‘sampainya di situ ke di situ juga.’ Jalannya berisi, isinya nikmat,pembawaannya berkat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dimana sahaja dia berada membawa berkat, mendatangkan hikmatserta bahagia; bahagia sepanjang masa. Alangkah bahagianya kalauorang dapat menemui dan menguasainya, mengenalnya dengan ertikata yang sedalam-dalamnya dan sebenar-benarnya; mengetahuiakan hikmah yang terkandung dalamnya, memperkembangnya,berjalan pada jalannya demi kebahagiaan yang kekal dan abadiyang dituju sejak dari dunia sampai ke akhirat.

Pecahkanlah rahsianya dan ambillah manfaat akan isinya ataubuahnya. Hidupnya teratur kerana ada yang mengatur.Pembawaannya tenang, aman, damai oleh kerana ada YangMenenangkan, Yang Mengamankan dan Yang Mendamaikan-nya.Dan memang aman, tenang, damai itulah dasar hidupnya. Orangharus dapat banyak mengerti padanya supaya dapat pula banyakmemetik akan buahnya.

Maka adalah pada kita manusia, ilmu yang terdekat ada tiga(3) tingkatannya, iaitu :

Pertama; Ilmu Syariat (nyata) mengetahui keadaan badandan isinya;

Kedua: Ilmu Hakikat (kebatinan) yang berpokok-pangkal pada akal; dan

Ketiga: Ilmu Makrifat (ketuhanan) yang berpokok-pangkal dari diri yang datangnya dari ‘A’-ku.

Dan ketiga-tiga ilmu yang disebutkan di atas ada pada badan diri kita, danterserah pada kecerdasan dan pendidikan, mampu atau tidaknya kita dapat

Page 230: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 220

menguasai ketiga-tiga ilmu itu. Di badan diri kita adanya ketiga-tiga ilmuitu:

• Mereka yang ahli dalam Ilmu Syariat dapat menjadidoktor, tabib, dukun. Dalam hal ini, istilah kedukunan,pengajian tubuh.

• Mereka yang ahli dalam ilmu hakikat (kebatinan)dapat menjadi ahli kebatinan; dan

• Mereka yang menjadi ahli dalam ilmu makrifat(ketuhanan) bisa jadi ahli hakikat, syariat dan yanglain-lain.

Ilmu yang paling dalam dan tinggi ialah Ilmu Ketuhanan, danpuncak dari segalanya ialah bermakrifat pada Tuhan iaituMakrifatullah. Dapat kukatakan, adalah makrifat yang dianggapoleh ahli kebatinan itu sebenarnya baru hakikat danditempatkannya di alam makrifat. Jalan atau tarekat adalah IlmuSyariat berserta hawa nafsu. Ilmu Kebatinan atau Hakikat, jalannyabersyariat bersertakan hawa nafsu dan Ilmu Makrifat iaitu bagimereka yang telah mencapai Makrifattullah, lepas dari hawa nafsu.Kalau ada, dia terpisah sendiri kerana orang yang telah mencapaitingkatan itu telah menemui jalan sendiri untuk tujuan sesuatu(membebaskan diri dari hawa nafsu) atau dari segala keadaan yangnyata. Kesimpulannya, adalah yang menjalankan syariat, jalan atautarekat menerbitkan hakikat, timbulnya dari makrifat.

Pembawaan yang sebaik-baiknya ialah akal yang ada pada kitaharus dapat mengenal dan menghubungi ‘A’-ku kerana ‘A’-ku-lahyang dapat mengenal dan menghubungi Tuhan dengan jalan yangada padaku. Dengan ringkas dapat dikatakan, perjalanan dari akalke ‘A’-ku dan dari ‘A’-ku ke Allah. Jalan ‘A’-ku jalan lurus lagibenar. Dan itulah dia jalan hidup yang akan dipakai dan mati yangakan ditumpang, suatu jalan yang aneh bagi orang. Tak termakanoleh akal, tetapi benar. Bahkan jalannya itu menembus alamsendiri, di mana apa yang dinamakan akal termasuk di dalamnya.Dan akallah dasar dari ilmu kebatinan.

Page 231: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal221

Adalah akal itu terbahagi dua; satu bernama akal jahat, danyang satu lagi bernama akal sihat.

Sebaik-baiknya ahli kebatinan hendaknya berdasarkan kepadaakal sihat. Kebanyakan ahli kebatinan tergelincir oleh kerana takdapat membezakan yang mana akal jahat dan yang mana akal sihat.Akalnya dipergunakannya semata-mata menarik keuntungansebanyak mungkin untuk diri sendiri, tak peduli kerjanya itu burukatau baik. Suatu pekerjaan hakikat yang disengajakan.

Ilmu akal yang sebaik-baiknya ialah dipergunakan untukmencari diri sendiri, menarik ke jalan dirinya kerana orangmengatakan, ‘Siapa yang mengenal dirinya, akan mengenal Tuhandengan sendirinya.’

Orang, kalau mahu mengenal Aku, kenalilah dirinya sendirikerana adalah dirinya itu diriku pula. Dan supaya orang dapatmengenal Aku, Aku kemukakan diriku. Diriku akan menjadi orangkalau badanku ada. Dan dengan kejadian itu, dengan sendirinya apayang kukatakan diriku itu menjadi diri orang pula. Orang yangkumaksud orangku, bukan orang lain.

Aku benar tak punyai apa-apa. Akan tetapi semuanya timbuldariku. Aku pada dasarnya adalah laksana kaca. Apa saja akantimbul kalau mahu berkaca padaku.

Aku teringat akan satu kisah, cerita bayangan yang akuperdapat iaitu jauh sebelum ada yang diadakan. Ya, tatkala itukatanya belum ada yang ada. Yang ada waktu itu dua bersaudaraserupa bak pinang dibelah dua. Satu sama lain berpandangan-pandangan.

Yang Satu bertanya kepada yang lain, “Siapakah di antara kitaberdua ini yang lebih dulu, ada atau yang tua?”

Yang ditanya menjawab, “Aku!”“Tidak,” kata Yang Bertanya lagi, sambil berkata pula, “Aku!

Kalau betul engkau yang tua atau lebih dulu ada dariku,” kata YangBertanya, “Cuba engkau bersembunyi, menghilang atau ghaib.”

Page 232: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 222

Maka ghaiblah atau menghilanglah yang ditanya. Dan denganmudah sahaja Yang Bertanya menangkapnya sambil berkata, “Iniengkau!”

“Ya! Aku,” jawabnya.“Dan sekarang, Aku pula ghaib,” kata Yang Bertanya.Maka ghaiblah Dia. Dicari dan dicari oleh yang ditanya tadi

sampai puas dia mencari namun Yang Ghaib tidak juga dapatditemuinya. Maka timbul sendirilah Dia kembali sambil berkata,“Ini Aku!”

Dan semenjak terlahirlah kata ‘Aku-Mengakui;’ yang ditanyamengadakan pengakuan pada Yang Bertanya, mengakui pula akankeadaan dan menjadikan yang ditanya dengan membukakan akan‘Rahsia Yang Sedikit.’

Suatu kisah bayangan yang patut direnungkan dandiperhatikan dengan sungguh untuk dipelajari lebih mendalam.

Aku pelajari akan diriku sendiri iaitu diri yang telah kutemui.Aku dapat menemui diriku tidak dengan perkataan, “Aku hendakmencarinya,” dan terus dapat. Menemui diri sendiri itu tidaklahsemudah yang diduga, akan tetapi kalau sudah dapat ditemui danmengetahuinya sebenarnya, kita akan mengatakan, “Mencari diriitu tidaklah sesulit seperti yang dianggap.”

Pada permulaan aku berjalan mencari diriku dengan akal dandaya pemikiranku. Hasil dari pemikiranku meyakinkanku akanadanya diriku itu dan berada di dalam sangkarku, iaitu badankuyang laksana rumah tempatku diam. Untuk itu tentu aku harusdapat memasuki rumahku sendiri. Apa akal dan apa daya? Akumerenung dan bertafakur (memikirkan) mencari jalan untuk dapatmasuk rumah sendiri:

Aku bertekun menundukkan kepala ke bawah.Rasa perasaanku menangkap sesuatu iaitu denyutandi hujung jari-jariku. Seluruh perhatianku,kucurahkan padanya. Jalan fikiranku kutujukan pada

Page 233: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal223

denyutan itu dan aku cuba menurutkan. Denganberansur dan teratur aku dapat merasakan denyutan-denyutan itu telah merata di seluruh hujung jari-jariku.

Dia mengangkat kedua belah tanganku danmembawa tanganku bergerak dengan sendirinya. Keluar aku tidak melihat apa-apa, ke dalam aku hanyadapat merasakannya. Aku sedar dan ingatanku tidakhilang.

Kalau aku lepaskan ingatanku padanya dengan keinginanmenghilangkannya, maka pergerakan itu berhenti dengansendirinya dan rasa itu beransur hilang, kembali seperti biasa.

Aku teliti dan pelajari dia dengan kemahuan yang teguhhendak mengetahuinya. Aku berlatih dan berlatih, mengadakanpercubaan-percubaan untuk dijadikan pengalaman. Penelitian danpenilikanku pada sesuatu itu menunjukkan padaku bahawa akutelah berada di depan pintu rumahku sendiri. Dengan keyakinanyang teguh dan latihan-latihan yang berulang-ulang dengan tujuanhendak memasuki rumahku itu, aku dapat merasakan pintu-pintuyang dimaksud telah terbuka dan aku telah berdiri di muka pintu,yang bererti, alam fikiranku dan perhatianku menghadap ke dalam.Daya tangkapku menangkap rasa lain dari yang lain. Kalau tadinya,sebelum pintu-pintu terbuka aku dapat menangkap rasa denyutan,maka setelah pintu terbuka dan aku ada di dalamnya, aku dapatmenangkap suatu daya dan rasa yang mengandung stroom.

“Apa inikah diriku?” kataku sendirian.Aku belum mendapat jawapan yang pasti kerana aku pulalah

yang memastikannya setelah menarik pengalaman dan pelajarandarinya.

Dari percubaan-percubaan, latihan-latihan dan pengalaman-pengalaman, dapatlah aku mengetahui bahawa apa yang kutemuiitu bukanlah diriku, hanya baru jalannya. Aku turuti jalan yangtelah aku temui itu. Aku berjalan pada jalannya. Aku ke luar dan ke

Page 234: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 224

dalam untuk memperhatikan akan segala sesuatunya, dan akhirnyaaku ketahui dan temuilah akan diriku yang sebenarnya; dia yangbanyak mengandung rahsia itu. Dengan jalannya, pada jalannya,aku telah dapat menemui itu hamba yang sentiasa menjalankantugas mengembara kian ke mari, memberi dan mengisi. Aku temuidia di pertemuan kiri dan kanan, dan banyak menarik pelajarandarinya. Aku telah dapat dan pandai ‘memasukkan malam kepadasiang dan siang kepada malam; mengeluarkan yang hidup daripadayang mati dan yang mati dari yang hidup.’

Kalau ada orang mengatakan diri itu lemah, aku mengatakantidak. Kerana ‘A’-ku ada di dalamnya. Aku mengatakan dirikukuat, cukup dan mencukupi. Aku dapat memperkembang dirikusendiri, memperbesarnya, mengambil manfaat darinya untukbadanku sendiri, bahkan lebih dari itu. Dengan rahsianya yang telahaku ketahui, diriku dapat membebaskan diri orang lain dan oranglain banyak dapat mengambil faedah darinya. Diri itu bagi oranglain mungkin dianggapnya keramat, bertuah, pembawaan;bawaannya hikmah, berkat dan kiramah. Dan dengan diri, orangdapat mencapai bahagia; bahagia yang diidam-idamkan oleh setiapmanusia.

Aku telah dapat memisahkan antara badan dan diriku, bahkanAku telah dapat berdiri di diriku dengan pengertian diri itulah yangaku kemukakan. Dan orang luar, orang yang berpengetahuan, yangberilmu, dapat menilainya. Hanya si pandir dan si dungu yang takdapat menilainya kerana tak tahu di harga diri. Tahu di diribukanlah bererti sekadar mengetahui sahaja, melainkan harus tahukeadaannya, apa yang ada padanya, mengetahui rahsianya danmengambil buah darinya untuk dijadikan ilmu pengetahuan.Setidak-tidaknya mengambil manfaat darinya.

Apa yang terkandung di diri itu?“Tidakkah mereka memikirkan apa yang di

dalam dirinya sendiri?”(Al-Quran Surat ar-Rum ayat 8)

Page 235: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal225

Diriku yang kukenal, bagi badanku ‘berdiri dengansendirinya.’ Diriku berdiri oleh kerana ‘A’-ku. Badanku diciptakanuntukku iaitu rumah tempat Aku diam.

Aku adalah laksana kaca. Kalau orang hendak melihat dirinyasendiri, berkacalah padaku. Bukankah Aku yang menimbulkan diriitu? Samakah dasarnya diri itu dengan badan? Jawabnya tentu tidakkerana badan berasal dari titisan air dari ibu bapa (nutfah) dan asaldi balik asal ialah datangnya dari tanah. Dan adalah dasar diri dariAku oleh kerana Aku yang menimbulkannya. Badan itu nyata olehkerana berasal dari kenyataannya air titisan (nutfah) dari ibu bapadan diri tidak nyata kerana ‘A’-ku keadaannya tak nyata.

‘A’-ku si terang menerangkan diriku dan alam sekelilingku.‘A’-ku si hidup dan menghidupkan diriku dan badanku. Diriku ituialah ibarat siang bagi malam. Maka adalah diri itu terdiri dari titik-titik terang yang dihidupkan dan menghidupkan badan. Orangdapat melihat diri dari kaca. Kaca yang menimbulkan diri; hanyadapat dilihat tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Sebab tak dapatdiraba dan dirasa kerana ia ada di dalam, di dalam rumahku sendiri.Oleh sebab dilihat dari luar tentu bentuknya bentuk rumahku rupaorang kerana aku diciptakan jadi manusia. Dan bagaimana jalannyauntuk dapat mengetahui diri yang sebenarnya? Mengetahuinyadidapat dengan jalan petunjuk dari Yang Maha Pencipta denganperumpamaan yang dapat diambil sebagai contoh.Perumpamaannya ialah:

“Seperti sebuah lubang di dinding rumah, didalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itukelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan dilangit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayuyang berkat. Iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuhdi Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itubercahaya dengan sendirinya, meskipun tiadadisentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya,Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada

Page 236: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 226

cahayanya itu. Allah menunjukkan beberapaperumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahuitiap-tiap sesuatu ?

(Al-Quran Surat an-Nur ayat 35, )

Dari perumpamaan yang kukutip dari al-Qur’an ini, dapatdiketahui bahawa kalau kita melihat, memandang atau meneropongkeadaan di dalam rumah kita atau di dalam badan sendiri melaluisebuah lubang dinding, di dalamnya ada pelita lampu yangmenerangkan alam sekelilingnya. Maka adalah keadaan diri itu didalam badan laksana lampu. Di waktu kita berkata mahu melihatdiri kita, kita lihat diri itu seperti orang. Di waktu kita mengetahuidiri itu dengan memandang atau meneropong dari sebuah lubangdinding, kita dapat ketahui diri itu adalah laksana lampu.

Melihat ke kaca bererti melihat dari luar ke luar. Melihat kelubang dinding bererti melihat dari luar ke dalam. Kalau diambilperbandingan akan keduanya, maka dapat kita suatu petunjuk,melihat ke luar dengan melihat ke dalam ada perbezaannya. Ke luarkita dapat melihat seperti orang, ke dalam dapat kita ketahui yangseperti orang itu sebenarnya ialah laksana lampu.

Dengan bercermin aku dapat melihat diriku sendiri dan denganpetunjuk al-Qur’an, orang mengetahui akan keadaan dirinya. Akudapat melihat dan mengetahui badanku. Dapatkah badan melihatAku? Badanku tak dapat berbuat apa-apa kalau Aku tak ada didalamnya. Diriku timbul lantaran keadaanku dan badan diciptakanuntukku. Dengan berkata, orang akan dapat memahami aku dandiriku. Keadaan diriku bergantung kepada adanya Aku. Aku takakan berdiri kalau tak berbadan. Badan tidak akan ada erti kalauAku tak ada. Aku diadakan oleh Yang Mengadakan. Badankudiciptakan oleh Yang Menciptakan. Yang mengadakan Aku, YangMaha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. YangMenciptakan badanku, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Besar,Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. Yang Maha Pencipta, Esa,Tunggal, namanya Allah. Itulah Tuhan-ku.

Page 237: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal227

Perlukah Aku mengetahui diriku? Tidak kerana dia (diri)timbul dari Aku. Perlukah Aku mengetahui badanku? Perlu, keranadia badanku. Kalau tidak dengannya, Aku tak akan dapatmengecap nikmat hidup di dunia ini. Aku harus merawatnya danmemeliharanya sebaik-baiknya luar dan dalam; di dalam denganilmuku, di luar dengan akalku. Di dalam, Aku tak dikenal orangkerana jarang orang yang mahu memperlihatkan Aku. Di luar (akudengan akalku), orang dapat mengenal Aku kerana seperti dia(orang juga), Aku ini manusia, manusia seperti dia pula.

Di mana letaknya kelebihanku? Kelebihanku letaknya diilmuku. Apa ilmuku? Ilmuku ialah diriku. Orang lain merahsiakanilmunya, aku tidak. Aku nyatakan ilmuku. Sayang orang banyaktak mengerti padaku. Ya, tak kenal makanya tak sayang. Anehnya,manusiaku diperhatikan orang, diriku tidak. Peribadiku letaknyabukan di manusiaku, melainkan di diriku. Ini kukatakan kalauorang mahu mengenal aku peribadi. Orang berdiri di akalnya, akudi diriku. Ilmu akal dan ilmu diri berlainan. Ilmu akal ilmu hakikat.Ilmuku ilmu diri, Ilmu Makrifat. Orang memakai hakikat, akutidak. Apa yang akan aku hakikatkan sedangkan aku tahu segala-galanya datang dari makrifat? Aku berfirasat. Firasatku ke dalamdan ke luar. Aku memikirkan diriku, diri orang dan diri orang lain.

Aku berpendapat, diri orang sama dengan diriku. Dari itumakanya aku berfikir ke luar dan ke dalam. Adakah orangmemikirkanku pula seperti aku memikirkan dirinya? Mungkintidak, paling banyak setahuku orang hanya mengingat aku,mengenang aku, bukan diriku. Mungkinkah orang dapat mengingatdan mengenang Aku yang sebenarnya? Mungkin tidak. Paling ada,ya badanku, rupaku dan bentukku yang dapat diingatinya.Bagaimana dia akan dapat mengingat Aku yang sebenarnyasedangkan dia sendiri belum dapat mengingat dirinya sendiri.Kalau dia telah dapat mengingat dirinya benar, mungkin dia dapatpula mengingat diriku kerana adalah dirinya dan diriku itu dasarnyasama. Ini pun kalau orang dapat mengetahui persamaan dasar itu.

Page 238: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 228

Kerjaku tak dapat orang mengetahuinya, akan tetapi kerjaorang dapat aku menangkap dan memahaminya. Aku sentiasaduduk di tempatku, akan tetapi diriku mengembara ke mana-mana.Aku dan diriku adalah seorang pengembala dan pengembara.Kalau orang mahu mengenal Aku, hendaklah orang mengenaldiriku lebih dahulu kerana diriku timbulnya dari Aku. Aku yangmenggembala badan dan diriku. Dan diriku mengembaramenjalankan tugas-tugas tertentu. Aku mengisi diriku dan dirikumengisi orang. Orang menghiasi dan mengisi badan dirinya. Kalauhanya diisi sahaja tanpa dihiasi, tentu akan lain pandangan orangpada kita dan akan terpencil atau tersisih hidup kita.

Dan bagaimana mengisi diri? Dengan apa diri diisi? Akumengisi diriku dengan sejenisnya. Akan tetapi orang tak dapatmengisi dirinya seperti Aku mengisi diriku. Orang dapat mengisidirinya dengan menyebut nama yang menciptakannya sebanyakmungkin. Nama Yang Menciptakan-nya Allah. Sebutlah nama-Nya sebanyak-banyaknya. Dengan pengertian lain, zikirlah.Ingatlah Dia dan zikirlah. Sebutlah nama Allah sebanyak mungkin.Dengan jalan itu orang harus mengisi dirinya.

Terdiri dari apa diri itu? Diri yang timbulnya dari Aku ituberdirinya setelah Aku ada di dalam rumahku sendiri. Orang dapatmengetahuinya dengan pasti setelah dapat menemuinya. Diamengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam dan terbatas pada buludan kulit kita. Kalau sekiranya pintu terbuka baginya, sangatmudahlah bagi orang untuk mengetahuinya. Dia sentiasa berada dimuka pintu. Diri itu bagi orang yang belum dapat menemuinya,pasif dan negatif. Aktivitinya berada di dalam. Bagi orang yangtelah dapat menemuinya, dia akan aktif dan positif; aktif luar dandalam. Maka untuk dapat mengenalnya orang harusmengaktifkannya. Oleh kerana dia tidak nyata, maka orang dapatmengatakan aktif dan positifnya dengan rasa perasaan; terasasecara positif. Jalan untuk menemuinya ada dua.

Pertama: Dengan pengetahuan yang mendalam dan

Page 239: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal229

kecerdasan dan tekun, ditambah dengan keyakinan yang teguh,orang beransur-ansur akan dapat menemui dan merasakannya dimuka pintu. Pintu yang dimaksud ialah letaknya dan tempatnya dihujung jari-jari kita. Kalau pintu telah terbuka, maka dengansendirinya orang akan dapat merasakannya secara positif. Kalau inisampai kejadian (terjadi), maka ini bererti orang telah dapatmenembus alamnya sendiri untuk seterusnya ke dalam. Dansebaliknya dengan pintu telah terbuka itu bererti pula Aku telahmenembus alam sendiri untuk dapat bergerak bebas keluar.

Jalan yang kedua sifatnya terpimpin iaitu berguru atau belajarkepada orang yang telah tahu (ahli), yang telah banyak mendapatpengalaman dari dan dengannya dan yang telah banyak dapatmengetahui akan rahsia yang terkandung di dalamnya. Guru akanbimbing, mendidik, melatih dan menunjukkan orang yang bergurupadanya itu. Seterusnya menunjukkan jalan sampai dapat dan bisaberdiri sendiri.

Kenapa orang harus mengenal diri? Timbulnya hasrat orangberilmu atau orang pandai hendak mengenal diri, mencari diri ataumenyelidiki diri ialah disebabkan peningkatan ilmu pengetahuansyariat, pengetahuan kebendaan dan petunjuk-petunjuk dari kitab-kitab termasuk al-Qur’an tentang keadaan diri yang harus diselidikidan supaya diperhatikan. Mengenal diri mengenal Tuhan.

Banyak orang mengetahui dirinya, memperkatakan dirinyadan menyebut dirinya, akan tetapi tak banyak dapat menemuidirinya. Orang boleh sahaja mengatakan dia tahu di diri, dirinya didalam badannya, dia berdiri sendiri, akan tetapi adakah atausudahkah orang tahu yang mana diri itu yang sebenarnya? Terdiridari apa dia diri itu? Dengan belum dapat mengenal danmenemuinya (hanya baru dapat menyebutnya), maka sangat besarkemungkinan orang akan salah memahami diri.

Kebanyakan orang lebih mementingkan badannya daripadadirinya dan tak tahu pula cara memikirkan dirinya sendiri, padahalorang tak bisa hidup kalau tak berserta dirinya. Kesalahan atau

Page 240: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 230

kekeliruan memahami hidup atau pandangan hidup yang salahmendatangkan kesulitan di bidang kehidupan. Akibatnyapenderitaan, rendah diri dan selalu berasa kekurangan.Perumpamaannya ialah, ‘majikan dipandang orang suruhan atauraja dianggap budak.’ Anggapan, tangkapan dan pandangan yangsalah itu menjadikan orang mudah sesat dan tersesat.

Dapatkah badan mengenal dirinya? Dan sebaliknya, tahukahdiri akan keadaan badannya? Kedua-duanya tak akan bisa terjadikalau Aku tak ada. Semua orang dapat menyayangi badannya, akantetapi tidak semua orang dapat mengenal dirinya. Untuk dapatmenyayangi diri, orang harus mengenal, menemui dan mempelajariakan keadaannya lebih dahulu. Orang yang telah dapat mengenaldan menemui dirinya, pasti akan berubah pandangan hidupnya.Apalagi kalau telah banyak dapat mengetahui rahsia diri denganisinya.

Orang berjalan dengan akal dan fikirannya untuk kelanjutankehidupannya atau dapat menemui keperluan hidup atau menujuhidup bahagia yang diidam-idamkan oleh tiap-tiap orang. Untuk itudilupakannya dirinya. Padahal rahsia hidup letaknya di dirinya.

Aku berjalan pada jalanku untuk kelanjutan lancarannya jalankehidupanku. Aku mengisi diriku dan diriku memberi daya hidupkeseluruhan badanku. Kenapa orang dengan akal dan fikirannyamemikirkan ‘yang hidup’ di dalam? Bukankah dari dalam titik-tolak kehidupannya? Bagiku adalah diriku sebagai perantara untukmencapai dunia cita; mencapai yang diidamkan, mencari yangdituju, mencapai bahagia. Dalam segala hal, dirikulah yangkukemukakan. Orang tak dapat menangkapnya kerana diri itu tidaknyata dan akan dapat ditangkap dengan daya rasa perasaan.Memang di rasa itulah letaknya rahsianya. Padaku ada jalan.Jalanku jalan lurus dari bawah ke atas. Diriku mempunyai jalansendiri pula, jalan yang berliku-liku dan bercabang-cabang, ke atas,ke bawah, ke muka dan tak pernah mundur ke belakang melainkanmaju terus ke depan. Jalan kehidupanku jalan yang menuju kepada

Page 241: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal231

kemajuan. Kemajuan hidup ibarat air yang berasal dari setitis,bergerak maju sampai menjadi sungai mengalir ke muara menujulautan lepas, samudera hidup. Diri ingin bebas tetapi tak lepas.Jalannya berpetunjuk lagi berisi. Isinya nikmat lagi berkat danberbekas.

Orang akan dapat merasakannya kalau sudah tahu dan kenalpadanya. Kenapa banyak orang tak tahu akan hakikat dirinya yangsebenar? Banyak orang tahu akan dirinya itu ada. Tidak ada orangmemungkirinya, tetapi hanya tahu di mulut sahaja mengatakanbadanku, diriku dan aku, akan tetapi tak mahu memecahkan akanpersoalannya. Yang diketahuinya dengan pasti hanya badannya.Dirinya dan Aku-nya dianggapnya sepi, tidak menjadi perhatiannyayang mendalam. Mereka terlampau banyak melihat ke luar danamat sedikit sekali berfikir di dalam.

Mereka bergerak dengan akalnya; akal yang sentiasadidampingi hawa nafsu, hawa nafsu yang tak kunjung puas yangsering membawa akibat ke badan sendiri. Badan menderita, dirimerana dan Aku tak dapat berbuat apa-apa. Di waktu orangbergerak, berbuat dan berlaku, memang diri dan Aku-nya ikut serta,tetapi tidak aktif melainkan pasif, apalagi diketahui Aku dan diri itutempatnya dalam badan. Orang menganggap diri itu badannya danuntuk dapat melihat diri sendiri, orang berkaca. Dan nampaklahbayangan sendiri di dalam kaca itu. Ketahuilah bahawa itu bukandiri yang sebenarnya. Itu adalah gambaran dari badan atau kalaudiri dilihat dari luar. Bisa dilihat, akan tetapi tak dapat diraba dandirasa. Pernahkah orang meneropong dirinya ke dalam?

Dengan Petunjuk Tuhan dalam surah an-Nur ayat 35 sebagaiperumpamaan; ‘kalau kita memandang dari sebuah lubang dindingrumah, maka kita akan melihat di dalamnya ada pelita. Pelita didalam gelas. Gelas itu bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilau di langit… dan seterusnya.’ Dengan mata kepala sendiri,dengan perantaraan cahaya kita dapat menyaksikan apa yang ada didalam rumah itu. Dengan perumpamaan ini, maka telah berubah

Page 242: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 232

pandangan dan pengertian kita kepada diri kita sendiri dan ‘A’-kukita. Bagaimana akal untuk dapat menemui dan mengenal diri yangsebenarnya? Untuk itu kita harus dapat memasuki rumah kitasendiri. Kalau tidak begitu, tak dapat orang mengetahui hakikat daridirinya sendiri.

Dapat menemuinya bererti (bagi orang itu), diri yang tadinyanegatif menjadi positif. Dan terbukalah pintu selebar-lebarnyauntuk mempelajarinya dan mengorek rahsianya untuk diambilmanfaat bagi badan sendiri dan faedahnya bagi orang-orang yangbelum menemui dirinya sendiri. Melalui pintu-pintu yang telahterbuka, orang akan dapat menemui hakikat diri. Kenyataannya,sesuatu yang tadinya tidak dapat diketahui, sebagai penjelmaannya,nyata dapat ditangkap dengan rasa perasaan yang benar-benarterasa (positif). Dan di rasa itulah terletaknya segala rahsiasesuatunya. Orang yang dapat hidup dengan dirinya yang banyakmengandung rahsia-rahsia itu akan terahsia pula hidupnya menurutpandangan orang lain. Diri itu tak banyak bicara, melainkan banyakbekerja. Kerjanya terdiri dari bermacam-macam pergerakan yangbagi orang terahsia. Rahsia diri adalah rahsiaku.

Sebagai seorang manusia dengan cara pemecahanku ini, makadapat diketahui bahawa pada kita ada tiga jalan:

• Pertama jalan akal dan fikiran• Kedua jalan diri dan• Ketiga jalan ‘A’-ku.

Umumnya orang memakai jalan akal. Jarang orang memakaijalan diri atau mungkin belum ada orang memakainya, apalagijalan ‘A’-ku. Orang mengatakan hidup berakal mati beriman,namun dapatkah orang membawakannya? Bagiku, yang hidupialah diri dan yang mati ialah badan. Diri dipertalikan dengan akalyang letaknya di kepala dan badan dengan iman yang letaknya didada, di diri.

Dunia kacau oleh kerana manusia berbuat, berlaku dan berfikir

Page 243: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal233

dengan hanya mengemukakan akalnya, maka terjadilah satu samalain akal-mengakali. Ilmu akal selamanya memikirkan keuntunganuntuk dirinya sendiri. Dengan mengemukakan diri sahaja tidak pulabaik kerana diri itu benar, lurus, lagi jujur. Mudah sahaja diakalioleh yang mengemukakan akalnya. Keakuan atau akal yangdikemukakan menyebabkan orang sering lupa diri, lupa segala-galanya, mendatangkan takbur, sombong dan angkuh. Orangbanyak dianggap sebagai sampah sahaja.

Pembawaan orang yang mengemukakan akal, gelisah.Pembawaan orang beriman (bererti mengemukakan diri), tenang.Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya sebagai seorang manusiaialah pergunakan akal dengan mengemukakan diri dan di sebalikdiri ialah ‘A’-ku si pengembala. Akal pun tak berbicara, hanyabekerja. Kemahuan, ingatan, kesedaran dan lain-lain berada dibawahnya. Kemahuan, keinginan dan kehendak diri ialahkemahuan, keinginan dan kehendakku. Untuk mencapai tujuan,maka hendaklah segala kemahuan, keinginan dan kehendak badanyang terbitnya dari akal fikiran diturunkan/dihubungkan ke diri,dan diri dengan rahsianya melaksanakannya sampai menjadikenyataan, bekerjasama dengan akal. Diri dapat mengontrol badan.Badan tak dapat mengontrol diri. Kehendak badan banyak.Kehendak diri hanya satu iaitu ketahui dan kenalilah dia.

Diri yang telah dapat dikenal, diketahui, mempunyai dayakesanggupan di segala bidang. Luar biasa pekerjaannya bagi orangyang tak mengenalnya, biasa sahaja bagi dia sendiri. Sebelum pintuterbuka bagi diri, selama ini dia hanya dapat berbuat untukbadannya, bahagian dalam sahaja, secara aktif. Perkembangannyaterbatas (dibatasi oleh bulu dan kulit). Alangkah baiknya setelahpintu terbuka, dia diberi kebebasan bergerak untuk dapat berbuatsebanyak mungkin bagi badannya luar dan dalam. Dia harusmenyayangi badannya. Bukan seperti orang yang mahumenyayangi diri tetapi tidak dapat berbuat apa-apa terhadapdirinya. Sayangnya hanya di mulut sahaja.

Page 244: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 234

Kelebihan manusia dari haiwan ialah akal. Dengan akal,manusia dapat mengetahui segala sesuatunya yang buruk, yangbaik, yang boleh, yang tak boleh dan lain sebagainya. Dengan akalmanusia dapat mengetahui akan keadaannya. Dia tahu bahawapadanya ada badan dan diri. Pernahkah orang memikirkan apayang ada di dirinya sendiri? Apa yang ada pada badan? Sudahbanyak orang mengetahui dan menyelidiknya. Memandang janganterlampau jauh dan melihat jangan terlampau dekat. Terlampaujauh memandang akan menjauhkan perhatian. Terlampau dekatmelihat akan tertumbuk pada badan.

Tidak sia-sia Tuhan menciptakan kita sebagai manusia.Disempurnakan-Nya kejadian kita dengan mengurniakan pada kitailmu-Nya. Dengan kurnia-Nya itu, maka jadilah kita menjadimanusia hidup. Ya, memang dia hidup lagi menjaga. Ilmu-Nyabagi kita manusia, hidup. Dan itulah modal dari Tuhan buat kitauntuk hidup. Kenapa orang tidak dengan modal dari Tuhan itumelanjutkan kehidupannya? Dia mendatangkan daya-dayakehidupan bagi badanku. Daya-daya itu menimbulkan diriku yangpenuh mengandung rahsia itu. Dan dirilah letaknya rahsia hidupyang sebenarnya. Orang yang telah dapat mengenal dan menemuidirinya sendiri dan telah banyak pula dapat mengetahui akanrahsianya, akan menjadikan dirinya itu menjadi ilmunya. Danitulah pula dia Ilmu Ketuhanan yang telah ada pada kita. Dia hiduplagi terjaga.

Pada umumnya, manusia terlampau percaya pada yang nyata(yang ada). Dia hidup dengan mengemukakan badannya, dengantidak mengendahkan dirinya sedikit juga. Tidak terfikirkan olehnyakeadaan dirinya sendiri.

Aku dapat mengatakan diri itu terdiri dari titik-titik terang dantiap-tiap titik sangat berguna dan bererti bagi kelancarannya jalankehidupan kita manusia. Diri itu adalah perumpamaan sebatangpohon yang lebat buahnya. Buahnya tidak ke atas seperti buahmangga, rambutan dan lain-lain dan tidak pula ke bawah seperti ubi

Page 245: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal235

kayu, kacang tanah dan lain-lainnya. Buahnya berada di dalambatangnya; dihitung tak terhitung, dimakan tak kunjung habis danteruntuk untuk orang yang tahu dan yang dapat menemuinya dandapat pula mempergunakannya. Banyak manfaatnya bagi badansendiri dan amat berfaedah bagi orang lain. Orang hanya pandaiberkata, “diriku pandai berbuat.” Perjalanan orang kosong,perjalananku berisi. Diri itu tidak berbicara. Bicaranya hanya gerak.Gerak-geri yang menentukan. Orang gelisah resah, diriku tenangtenteram.

Hidupku teratur oleh kerana ada yang mengatur. Yangmengatur sentiasa berada di belakangku. Dia Si Pengembala. Akuanak gembala. Dia Si Musafir. Aku si pengembara. Dia bukanlahaku, akan tetapi aku adalah Dia kerana Dia yang menimbulkan aku.Dia cermin, aku adalah bayangan dari badanku sendiri. Bayanganitu ialah diriku. Timbulnya dari kaca dan bentuknya, bentuk orangyang berkata (hasil dari melihat diri di luar). Bagaimana bentuk diridi dalam? Aku yang berada di dalam, mengemukakan diriku untukdapat dikenal orang.

Banyak orang tak mahu mengenal dirinya sendiri, mempelajariapa yang ada di dirinya. Bagaimana orang akan dapat mengenal‘A’-ku-nya, sedangkan dia sendiri belum dapat mengenal dirinya?

Rahsia diri ialah rahsiaku. Orang yang hanya hidup dengandirinya, pembawaannya seperti orang yang tak berakal. Orang yangtak tahu apa yang akan diperbuatnya, kelihatannya seperti orangkehilangan akal. Orang berbuat dan berlaku mengikut kehendaknyasahaja dengan tidak menghiraukan orang lain. Kelihatannya sepertiorang nakal. Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya bagi seorangialah tahu di diri dan berakal. Pengetahuan yang mendalam tentangkeadaan diri sendiri dapat mendatangkan perubahan pada jalannyakehidupan orang sehari-hari, apalagi kalau dapat mempergunakanapa yang ada di diri itu.

Sebatang pohon yang berbuah ke dalam, bukan di atas danbukan pula di bawah, buahnya teruntuk bagi orang yang dapat

Page 246: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 236

mengetahui dan menemuinya. Buah yang berhikmat dan membawaberkat; mendatangkan manfaat bagi badan diri sendiri danberfaedah untuk orang banyak. Bisa diangkat jadi senjata bagibadan dan amat berguna sekali untuk menolong sesama manusia.Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan berlainan dengan diri yangterkandung di badan. Diri yang terkandung di dalam badan hanyaaktif di dalam sahaja. Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan, aktifluar dan dalam.

Aku tak dapat berbuat apa-apa, tetapi orang boleh mencariAku. Aku adalah seumpama cermin kaca dan untuk orang, Akukemukakan diriku. Maka kalau orang mahu mencari Aku, kenalilahdiriku lebih dahulu. Adalah diriku sebagai perantara untukmemperkenalkan Aku pada orang banyak. Dasarku dan dasarorang, lain. Orang dari tanah, Aku dari Sana. Orang akan dihantarkembali ke tanah, Aku akan dijemput untuk kembali ke Hadirat-Nya. Aku tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan. Aku adatetapi tiada. Keadaanku dalam tiada; ada dalam sebutan tak adadalam kenyataan. Yang nyata, badanku. Yang tidak nyata, diriku.Yang tidak ada, Aku. Akan tetapi diriku timbul lantaran keadaanku.Kalau Aku tak ada maka yang nyata padaku tak ada erti dan dirikuakan pergi. Kepergianku bererti kematian bagi yang tinggal. ItulahAku, si musafir yang mengembara, sentiasa mengembara danmengembara; mengembara di lautan kehidupan, suatu samuderahidup yang tak bertepi. Tadinya Aku, setahuku adalah setitis airdari gunung, mengalir dan mengalir terus. Dalam perjalanan,berkembang dan berkembang terus sampai menjadi sebuah sungaimenuju muara untuk terus terjun ke lautan hidup yang maha luas.

Aku pun juga seorang penggembala. Sewaktu-waktu diiringipula ke kandang untuk pulang kembali ke tempatnya. Adakahpernah orang memikirkan akan si pengembala dengan gembalanyadan si musafir yang mengembara? Apa ada orang lain adamemikirkannya itu aku tak tahu, tetapi Aku dapat mengatakanbahawa adalah si pengembala dengan anak gembalanya dan si

Page 247: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal237

musafir yang mengembara, Aku-lah orangnya. Apa ada orang lainyang berpendirian seperti Aku ini, tak tahulah Aku.

Aku si musafir yang mengembara. Dalam perjalananpengembaraanku sentiasa memberi dan mengisi, memberi setegukair bagi orang kehausan, menunjukkan jalan bagi orang yangtersesat dan dalam pada itu menghalau gembalaanku ke padangrumput yang hijau untuk mendapat makanan yang lazat dansewaktu-waktu menyeret kembali gembalaanku ke kandangsendiri. Dan seterusnya begitulah tugas yang kulakukan sebagaiseorang musafir yang sentiasa mengembara, merangkap jadiseorang penggembala dengan gembalaanku. Aku tidak akankehabisan tenaga dan daya dalam pengembaraanku kerana bagikumakanan mendatang ibarat pepatah, ‘air hampir, makanan murah.’

Dan begitulah aku yang dengan caranya aku mengadakanpemecahan untuk mengenal diri, pemecahan yang menghasilkanpemisahan, penggalian-penggalianku yang terus-menerus untukmendapatkan rahsia diri sampai dapat mengenal Aku yangsebenarnya, sehingga dapat Aku mengatakan, adalah Aku seorangmusafir yang sentiasa dalam pengembaraan merangkap menjadiseorang pengembala yang sentiasa hidup dengan gembalaannya.

Rahsia diri ialah rahsiaku dan aku, aku sentiasa menggali terusrahsia yang tak habis-habisnya iaitu rahsia Yang Maha Besar. Dandi hadapanku terbentang luas suatu rahsia di balik rahsia yangterahsia. Yang aku perdapat hanya baru rahsia yang sedikit iaiturahsia yang ada di dadaku:

“Mereka bertanya kepada engkau tentang Roh.Katakanlah, Roh itu sebagian dari urusan Tuhanku,kamu tiada diberi pengetahuan, melainkan sedikit.”

(Al-Quran Surat al-Israak Ayat 85)

Page 248: Diriku Yang Kukenal
Page 249: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal239

DIRIKU

Diri yang kulihat, berlainan dengan diri yang kuketahui. Diriyang kukenal dan temui, berlainan dengan diri yang kulihat dankuketahui.

Apa yang sebenarnya diri itu? Dan terdiri dari apa diri itu?Diri yang kulihat merupakan bentuk dari rupaku sendiri

sebagai seorang manusia. Ini dapat kulihat melalui kaca (cermin).Diri yang kuketahui ialah bercahaya-cahaya, laksana bintang

yang berkilau-kilauan di langit. Dia adalah pelita. Pelita itu didalam gelas, diminyaki dengan minyak kayu yang berkat, yangtiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Ini dapat kuketahuidengan petunjuk Quran, Surat an-Nur ayat 35.

Diri yang kukenal ialah merupakan gambaran dari badankusendiri dalam erti keseluruhannya. Kalau badan dinamakan orangjasmani, maka adalah diri yang telah kukenal itu ialah rohani.Badan, jasad, jisim atau jasmani, keadaannya nyata. Rohanikeadaannya tidak nyata dan timbul dari adanya roh di dalambatang-tubuh kita. Dia adalah perumpamaan pelita. Pelita itu didalam gelas, yang bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilauan di langit. Dia adalah lampu kehidupan kita, nyawa kita. Diaadalah cahaya (Nur). Allah menunjuki orang yang dikehendaki-

Page 250: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 240

Nya kepada cahaya itu.Diri yang kutemui terdiri dari titik-titik terang (cahaya) iaitu

hasil dari pemecahanku setelahnya aku dapat mengadakanpemisahan antara badan dan diri atau antara jasmani dan rohani.Diri yang kukenal melalui badanku, pada mulanya ialah kalauboleh dikatakan ialah merupakan pancaran yang memancar daribadan diriku. Ini dapat kutangkap dengan daya perasaan yang adapadaku. Pancaran yang mengandung daya-daya tenaga elektro-magnetik. Perkembangan dari tenaga tersebut ialah tenaga-tenagarohani yang berasal dari roh, yang keadaannya di dalammendatangkan gerakan pada anggota dalam dari badan diri yangbertujuan menjamin kelancarannya jalan kehidupanku di dalam.Dengan perkataan lain, dia mengaliri seluruh badan diriku di dalammenurutkan jalan yang telah ada. Perjalanan yang dilakukannya didalam itu yang dengan tidak pernah berhenti, adalah ibaratmenghasta kain sarung; ‘sampainya di situ ke di situ juga.’ Alirantersebut akan tetap ada selagi Aku masih berada di dalamnya.Itulah dia aliran dari diriku, aliran yang hidup lagi berisi. Dan ibaratkaca, adalah diri itu timbulnya dari Aku (Si Kaca) dan keluarbentuknya bentuk rupa badanku. Dari hasil perjalanan yang telahdiketahui itu, dapat aku mengatakan bahawa apa yang ada padabadanku ada pula di diriku. Dan bagi orang, dapat aku mengatakanbahawa adalah diriku itu gambaran dari badanku sendiri.

Samakah aliran yang hidup di diriku dengan aliran yang hidupdi badanku? Jawapnya ialah tidak kerana aliran yang hidup dibadan berisikan zat-zat hidup yang berasal dari benda dan aliranyang hidup di diri berisikan zat-zat hidup yang berasalkan darielektron-elektron hidup yang timbulnya dari nur atau cahaya, yangpada perumpamaan di atas disebut kaca dan pada kita manusiadinamakan roh. Masing-masing mengalir pada jalannya sendiri-sendiri di dalam badan diri kita, seirama, sejiwa, perumpamaannyake luar seperti kabel elektrik dengan stroom.

Aliran-aliran dari diri itu yang telah menjadi kenyataan dengan

Page 251: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal241

jalan pemecahanku di atas dapat dinamakan aliran metafizika, iaitualiran yang mengenai kebenaran yang tersembunyi; tidak dapatdilihat, diraba dan tidak nyata dan tak bersifat benda. Diamendatangkan daya tenaga iaitu tenaga diri sendiri, tenaga rohani,dan lebih tepat kalau dinamakan tenaga ghaib. Orang yang telahdapat mengetahui, mempunyai dan menguasai tenaga ghaib,dimaksud dapat belajar sendiri pada tenaga-tenaga itu denganmengadakan beberapa dan bermacam-macam percubaan-percubaan. Pengalaman-pengalaman yang banyak akanmeningkatkan pengetahuan dan pengertian orang pada tenaga itu.Peningkatan pengertian tentang keadaannya tenaga ghaib tersebutdengan sendirinya akan merubah pandangan/pembawaan hidupseseorang untuk menuju kepada kesempurnaan dan kebahagiaanhidup, dunia dan akhirat.

Pandangan yang pertama, ialah orang yang telah mempunyaitenaga ghaib tersebut:

• Dapat mempergunakan dengan kemahuan dankeyakinan yang teguh untuk mencapai sesuatu tujuan.

• Bisa dijadikan senjata untuk bertahan dan menyerang.• Dapat dipergunakan untuk menolong sesama manusia

dan badan sendiri, terutama di bidang pengubatan.• Dapat menghubungi yang dikehendaki.

Kenyataan pembawaannya terdiri hanya dari pergerakan,bukan perkataan. Ingatlah akan kisah perjalanan Nabi Musamenurutkan Nabi Khidir berjalan (Surat al-Kahfi). Nabi Musamenurutkan sahaja perjalanan Nabi Khidir. Apa yang diperbuatnya,yang dilakukannya, Nabi Musa boleh melihat sahaja dan tak bolehberbicara atau bertanya. Begitulah perumpamaannya kalau kitamembawakan tenaga ghaib tersebut. Tiada kata, tiada suara. Yangperlu bagi kita ialah yang akan kita tangkap daya rasa (rasa yangterasa) dan padanyalah terletak rahsianya.

Perumpamaan yang lain ialah; adalah tenaga ghaib itu ibarat

Page 252: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 242

pada diri, siang namanya dan badan kita, malam. Siang bererti yangdi dalam dan malam yang di luar atau dengan perkataan lain, terangdan gelap; terang yang di dalam dan gelap yang di luar.

Orang yang telah mendapat tenaga ghaib itu, kalau mahu,mencuba menurutkan jalannya untuk mempelajarinya. Maka kalaudia mahu mengerti, maka perbuatannya itu ialah seperti bunyi ayat27 dari surah Ali-Amran (Al-Quran) yang ertinya:

“Engkau masukkan malam ke dalam siang danEngkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaukeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkaukeluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkauberi rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab(batas)."

Dan kalau orang mahu meneliti akan isi dari tenaga ghaib itu,maka orang akan dapat menemukan titik-titik di dalamnya yangdapat diumpamakan tiap-tiap titik itu adalah telur burung yang matidan akan mengeluarkan anak burung kalau sudah besar. Dantindak-laku perbuatan kita itu tak ubahnya seperti sambungan dariayat 27 surah Ali-Amran itu iaitu:

“Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati,dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.”

Telur mengeluarkan burung dan burung mengeluarkan telur,dan terusan dari ayat tersebut ialah:

“Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkaukehendaki tanpa hisab (batas).”

Puaskah orang dengan telah banyak dapat mengetahui danmempergunakan daya-daya dari tenaga ghaib itu? Pengalaman-pengalaman dan percubaan-percubaan yang banyak membukadengan sendirinya akan rahsia yang terkandung dalam tenaga ghaibitu. Penelitian yang mendalam menentukan dan menunjukkan padaorang yang mahu menyelidikinya, bahawa adalah tenaga ghaib itutenaga rohani atau tenaga diri. Dan penangkapan, caramembawakan dan mempergunakannya dengan dapat merasakan

Page 253: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal243

perbezaan antara yang satu dengan yang lain, iaitu antara apa yangdinamakan tadinya tenaga ghaib dengan badan, maka dapatlahorang mengerti bahawa orang telah dapat menemui dirinya sendiri.Dan bahawa segala apa sahaja yang telah dilakukannya tadinyadengan tenaga ghaib itu adalah dirinya sendiri yang berbuat. Dankalau orang telah dapat memahami akan dirinya itu, cubalah berdiripada diri sendiri dengan erti yang sebenarnya.

Kalau ini dapat dilakukan dan dibawakan, maka orang tidakberpendirian lagi pada orang lain, melainkan pada dirinya. Denganperkataan lain, dirinya itulah yang dianggapnya orang (manusia).Dan dirinya itulah yang sentiasa yang akan dikemukakan. Dandengan perubahan sikap itu, akan berubahlah pandangan hidup kitasebagai seorang manusia:

• Pandangan pertama; orang berpendirian padabadannya dengan mempergunakan tenaga ghaibnya itusebagai ‘kepandaian.’

• Dan pada pandangan yang kedua; orang telah merubahpandangan hidupnya yang pertama kepada berdirikanpada diri sendiri, dengan anggapan diri itulah yang dia.Berdiri di diri sendiri dengan pengertian dan tangkapandiri itulah yang kita.

Orang dapat belajar untuk berdiri di diri sendiri denganpengertian diri itulah yang dijadikan orang. Caranya ialah:

• Dengan menurutkan jalannya tenaga ghaib itu;dibiarkan berkembang bebas sendiri dengan tidakdiikut-sertakan tenaga lahir kita.

• Membiarkan dan menurutkan diri berkembang sendiribererti pula diri membebaskan badannya dari halangandan rintangan yang menekannya selama ini, di manakeluhan dan rintihan tidak akan ada lagi. Keluhan danrintihan disebab-keranakan perbuatan badan sendiri(orang yang pertama) yang banyak punya keinginan

Page 254: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 244

dan sedikit punya kemampuan.Berdiri di diri sendiri dan ke luar sebagai orang bererti pula

kita telah dapat menembus alam sendiri (badan) untuk dapatberhubung dengan alam-alam lain; alam di luar alam kita sendiri.

Kalau tadinya orang berada di alam kebendaan (alam nyata),maka dengan berdiri di diri sendiri orang berada di alam kebatinan(alam tidak nyata) atau alam rohani. Alam tersebut berisikan daya-daya rasa dan tak salahlah pula rasanya kalau dinamakan alamtersebut alam perasaan. Berdiri di diri sendiri bererti orang tengahberada di dalam badannya. Alam diri ialah alam rohani (tidaknyata) dan bentuknya ialah merupakan gambaran dari badan kasarsendiri kerana beradanya di dalam jasmani.

Pada pandangan pertama, orang berpendirian pada badannyayang kasar dan dalam segala hal keperluan dan urusan, bertitik-tolak dari keadaan yang nyata, menuju kepada kenyataan yangdikehendakinya. Orang dapat mengetahui dan mengerti akanadanya yang ghaib, akan tetapi belum dapat memahaminya keranaalam fikirannya belum ditunjukkannya kepada kenyataan adanyayang ghaib itu. Bukankah tadinya apa yang ada timbulnya atauterbitnya dari tidak ada?

Maka adalah ‘yang telah diadakan’ itu terdiri dari:• Ada – tidak ada dan Yang Mengadakan.

Dan bagi kita manusia ialah terdiri dari Yang Mengadakan itu:• ‘A’-ku yang tidak ada (ghaib), diriku dan yang ada

ialah badanku.Maka adalah Yang Mengadakan segala-galanya itu yang ada

iaitu Yang Maha Besar. Dengan keadaan-Nya, Yang Maha Besarmenjadikan kita menjadi manusia. Dengan keterangan di atas makadapatlah orang kesimpulan bahawa kita manusia ini terdiri darikeadaan dan kejadian. Keadaan dan kejadian harus sejalan; satusama lain tak dapat dipisahkan. Semua kejadian dijadikan dari‘yang telah diadakan.’ Maka adalah ‘yang ada’ di dalam kejadian,

Page 255: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal245

jadilah pemecahanku dalam hal ini menjadi dua keadaan:• Keadaan pertama ‘telah terjadi’ iaitu badan (nyata)• Dan keadaan kedua iaitu ‘ada’ yang keadaannya

berada di dalam kenyataan dan menghasilkan yangtidak nyata. Oleh kerana tempatnya di dalam atau dibalik yang nyata, maka adalah bentuknya menurutbentukku yang nyata.

Maka adalah bagiku, ‘yang telah terjadi’ itu badanku dengansegala kenyataannya ‘yang ada.’ Dan yang berada di dalam badannyata itu ialah diriku hasil dari ‘yang ada’ di dalamnya. Beradanyadi balik kenyataan, dan oleh kerana itu maka adanya tidak nyata.Dan itulah dia diriku yang timbulnya dari ‘yang ada.’ Dan ‘yangada’ itulah ‘A’-ku yang berawal dan berakhir, berpermulaan danberkesudahan yang terpancar ke dalam dunia; ada dalam sebutantiada dalam kenyataan. ‘Yang ada’ tetapi tiada itu ‘hidup’ danmemberi daya kehidupan pada anggota badan diri. Diamendatangkan aliran; aliran yang berisi, berisikan daya hidupmengalir menurut jalan yang telah tersedia baginya dalamkejadiannya. Dan kesudahan perjalanan yang berisi itumenimbulkan diriku yang gambarannya merupakan bentuk daribadanku sendiri. Dan itulah dia diriku yang padanya ada jalansendiri di dalam; jalan yang berisi dan bertujuan menjaminkehidupanku hidup di dalam alam nyata, yang dinamakan orangdunia.

Dengan huraian di atas, apa tidak lebih baik orang memulaimemahami hidup atau mulai menjalankan kehidupan di luardengan jalan diri sendiri itu? Untuk itu, orang harus dapat menemuijalan yang dimaksud dan berjalan pada jalannya. “Pandai-pandailahmembawakan diri,” kata orang tahu.

Kalau seseorang dapat menemui jalan itu dan berjalan padajalannya, kiranya dapatlah dinamakan orang tersebut telah pandaimembawakan diri. Tujuan dari perkataan pandai-pandaimembawakan diri ialah supaya orang selamat, bukan? Cubalah

Page 256: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 246

bayangkan kalau diketahui bahawa diri itu di dalam berjalan padajalannya, yang bertujuan menjamin kelancarannya kehidupan kita.Dan dengan berjalan pada jalannya, orang menjalani lautankehidupan yang maha luas ini. Tidakkah berkemungkinan pulaorang akan selamat menempuh kehidupan di luar badan diri?

Dengan menurutkan jalan diri sendiri itu:• Orang akan dapat belajar memahami hidup yang

sebenarnya.• Dan kalau mahu, orang dapat banyak belajar pada diri

itu.• Belajar pada diri sendiri itu dengan mempelajari diri

sendiri sampai dapat mengetahui hakikat diri yangsebenarnya.

• Orang dapat mempelajari diri sendiri setelah dapatmenemui jalannya.

• Dengan berjalan pada jalannya yang berertimenurutkan jalan yang telah ditemui itu, orang harusmemerhatikan akan isi dari jalan yang dilaluinya itu,bukan hanya memandang sahaja kepada apa yangtelah berlaku atau terjadi di dalam perjalanan, keranadi isi itulah terletak segala rahsianya.

Nabi Musa dengan petunjuk Tuhan berjalan menuju suatutempat untuk menemui seorang hamba-Nya bernama Khidir, dapatditemuinya di pertemuan permukaan dua laut. Setelah dapatmenemuinya Khidir, Nabi Musa belajar ilmu pengetahuan padanyadengan menurutkan jalannya. Nabi Musa dalam perjalananbersama itu melihat kepada apa yang dilakukan oleh Nabi Khidirdengan mempergunakan pertimbangan akalnya, sedangkan NabiKhidir memperbuat segala sesuatunya itu dengan ilmupengetahuannya dan dengan ada tujuannya. Segala tindak-lakuperbuatan Nabi Khidir itu selama jalan bersama dengan NabiMusa, Nabi Musa menerimanya dengan suatu perbuatan tidak baik

Page 257: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal247

atau suatu tindakan tidak wajar, sedangkan Nabi Khidir melakukansegala sesuatunya dengan ilmu pengetahuan yang diajarkan Tuhanpadanya. Belakangan, setelah Nabi Khidir menerangkan akansegala sebab-musabab yang telah diperbuatnya itu, maka insaflahdia akan kekurangannya, yang mengatakan pada orang-orang dizamannya, di waktu itu adalah dia satu-satunya orang yang segalatahu. (al-Quran Surat al-Khafi).

Begitulah aku sebagai seorang manusia terlahir, denganmenarik pelajaran pada perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidiritu, aku dapat menemui diriku sendiri pada pertemuan kiri dankanan dan dalam praktik untuk sesuatu dengan sesuatu, akumengadakan perjalanan seperti perjalanan Nabi Musa dan NabiKhidir itu. Dan sebagai seorang manusia, aku banyak dapatpelajaran dari perjalanan diriku sendiri.

Adalah aku dengan diriku ibarat sebatang pohon lagi tunggalbercabang dua; terdiri dari kiri dan kanan. Tiap-tiap cabangmempunyai lima ranting. Buahnya lebat, banyaknya tak terhitungsemenjak dari batang sampai ke cabang dan sampai ke ranting.Buahnya tidak keluar seperti buah mangga dan tidak di bawahseperti kacang tanah, melainkan di dalam ranting. Memberimanfaat bagi orang yang mengetahuinya dan berfaedah bagi orangyang dapat menemui dan memetiknya kerana adalah buahnya ituserba guna. Untuk itu orang harus serba tahu dan serba bisa (bisamempergunakannya). Orang harus mengorek dirinya sedalammungkin sehingga banyak dapat diketahuinya tentang keadaandirinya, kesanggupannya dan kemampuannya.

Orang, selain dapat mengetahui keadaan badannya serta alatperlengkapannya, harus dapat pula hendaknya mengetahui keadaandirinya dengan rahsia yang terkandung di dalamnya untuk diambilmanfaatnya bagi badan diri sendiri, dan dipergunakan faedahnyauntuk orang banyak. Penelitian dan pengalaman menunjukkan,bahawa adalah diri itu terdiri dari zat serba zat, hidup lagi berisiatau dalam bahasa lain terdiri dari elektron-elektron hidup. Dan

Page 258: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 248

itulah dia buah dari pohon tunggal yang dihuraikan sebagaiperumpamaan tersebut di atas. Dan itulah pula dia yang hidupyang akan didatangkan dari yang mati dan yang mati dari yanghidup. Seumpama telur dengan burung, burung mendatangkan telurdan telur mendatangkan burung. Dan tindak-laku perbuatan denganberjalan menuruti jalan yang telah ditemui bererti pula orang telahmemasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Dalampengertian ini ialah siang bererti diri dan malam adalah badan.

Orang yang telah dapat menemui dirinya dengan jalannya,hendaklah merubah pandangan hidupnya. Kalau tadinya dalamtangkapannya badannya yang dikemukakannya, maka semenjaktelah dapat menemui diri itu, dirilah yang harus dikemukakan.Dengan pandainya orang membawakan diri denganmengemukakannya pada jalannya, maka pandangan yang pertamatelah meningkat kepada yang kedua iaitu kepada pandangan yangagak mendalam. Dengan pembawaan itu orang telah dapat berdiripada diri sendiri, dengan pengertian yang meningkat pula. Orangtelah dapat mengetahui bahawa segala tindak-laku perbuatannya,dirinyalah yang berbuat. Dan terhadap orang luar, dirinya ituterahsia dan menjadi ilmu pengetahuannya. Orang denganpembawaan dirinya yang terahsia itu dapat mengadakanpercubaan-percubaan untuk dapat mengetahui lebih mendalamakan rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya. Untuk ini orangharus berani mengemukakan dirinya, merubah pandangan biasanyadari keadaan yang nyata kepada keadaan yang tidak nyata, iaitukepada rasa yang terasa sebagai gantinya dan menurutkannyasampai dapat mengerti padanya. Perumpamaan keadaannya adalahseolah-olah orang menunggang kuda baru, dengan daya danakalnya supaya dia dapat mengerti pada kuda, dapat mengerti pulapadanya sehingga akhirnya dia dapat menguasai kuda barutersebut, dan dapat dipergunakannya untuk pencapai tujuannya.Kalau dikehendakinya, kuda tersebut akan berhenti berjalan dansewaktu-waktu turun dari kenderaannya dan memasukkannya

Page 259: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal249

kembali ke kandang.Akan tetapi, diri itu bukanlah kuda kerana peningkatan

pengertian kita padanya akan mengumpamakannya pula laksanaburung kerana dia bersayap kiri dan kanan. Burung yang bertuah,berhikmah dan mendatangkan berkat. Baginya air hampir makananmurah. Sungguhpun begitu, aku bukan pula burung, melainkan akuadalah pelita dalam rumahku sendiri. Pelita itu di dalam gelas.Gelas itu bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilauan dilangit (Surat an-Nur ayat 35). Maka adalah aku pelita; pelita yangbercahaya-cahaya. Cahaya yang menimbulkan diriku; diri yangberdiri dengan sendirinya di dalam badanku. Aku adalah hidup danbadanku sebenarnya mati, dan diriku adalah yang tiada hidup dantiada pula mati bagi orang. Diriku akan hidup kalau orangberdirikan ke diriku kerana aku ada di dalamnya dan diriku akanmati kalau orang berpendirian di badannya.

Selagi ‘A’-ku masih berada dalam rumahku dan berdiam ditempatku, hidup matinya diriku bergantung kepada penilaian danpendirian orangnya. Kalau orang berpendirian pada badannya,maka adalah diri itu baginya mati, dengan pengertian diri itu takdapat berbuat apa terhadapnya dan adalah diri itu peribadinya. Bagiorang yang berpendirian seperti itu, maka adalah peribadinya ituibarat lembaran kertas yang tadinya putih bersih, bertuliskan tulisanamal perbuatannya yang buruk dan yang baik. Untuk diketahuinya,maka adalah peribadinya itu putih bersih dasarnya dan kalaukejadian (terjadi), kotor maka adalah orangnya sendiri yangmengotorinya dengan tindak-laku perbuatannya yang tidak baik.

Bagi ‘A’-ku sendiri, adalah diriku itu gambar lengkap daribadanku sendiri. Aku menganggap orang yang berpendirian dibadannya, orang mati atau orang yang bakal mati. Dan orang yangberpendirian orang hidup yang tidak akan mati-mati kerana adalahdia itu terdiri dari cahaya dan cahaya melulu dan akan kembali atauditerima kembali serta bergabung dengan Cahaya Yang MahaBesar. Dasarnya ‘cahaya.’ Kalaunya cahaya dia berbuat dan

Page 260: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 250

bertindak dengan cahaya, pancarannya bercahaya kerana memangdasarnya dari cahaya. Semakin banyak dia berbuat dan berlaku(melakukan), akan semakin bercahayalah dia. Dari cahaya kecahaya. Kalau orang yang berpendirian di badan, badannya sendiri,dan kalau orang yang berdiri di dirinya ialah dirinya sendiri. Orangyang berdiri di dirinya harus berhubung dengan dunia kerana untukkeperluan badannya yang kasar.

‘A’-ku adalah orangnya yang mendatangkan cahaya di dalambadanku sendiri. Aku si terang dan badanku si gelap dan cahayakumenimbulkan diriku. Orang yang berpendirian pada badannyaharus mencukupkan kejadiannya dengan ‘A’-ku-nya. Orang yangtelah tahu di ‘A’-ku-nya harus pula di dirinya kerana ‘A’-ku dandiri itu sejalan. ‘A’-ku berada di dalam diri dan diri berada di dalambadan.

Orang yang berpendirian pada badan (dalam pemecahanku iniaku namakan orang luar) harus memikirkan bagaimana dia akandapat menemui dirinya sendiri. Untuk ini, orang harus menujukangerak jalan pemikirannya kepada yang ditujunya sampai orangdapat merasakan akan keadaannya. Dapat merasakan kamikatakan, kerana keadaannya diri yang berada di dalam badan itutidak nyata. Rasa yang terasa itu harus mendapat perhatian khususdan dipelajari dengan saksama, sampai orang dapat menyatakandengan perasaan pula akan keadaannya. Dan selanjutnya, setelahorang dapat memahami akan hakikat diri yang sebenarnya, makaorang harus merubah cara berfikirnya terhadap diri itu. Kalautadinya orang mempelajarinya, maka dengan telah dapatmenemuinya, orang harus belajar padanya.

Orang yang telah meningkat pengertian dan pengetahuannyatentang keadaan dirinya dan telah banyak pula dapat belajar daridirinya sendiri, akan berubah pandangan hidupnya dari yangberpendirian pada badannya kepada berdiri ke diri sendiri ataudengan perkataan lain dari jadi orang luar menjadi orang dalam.Apa perbezaan orang luar dengan orang dalam? Bagi orang luar,

Page 261: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal251

segala sesuatunya terahsia dan segala rahsia letaknya di luar daribadannya, dan untuk mendapatkannya dia harus mencarinya lebihdahulu untuk seterusnya memecahkannya. Bagi orang dalam,rahsia terkandung padanya. Maka dengan kewajipannyamemecahkan rahsia yang dikandungnya sampai melahirkannya.

Bonda yang tadinya mengandung dan menanggung aku,setelah melahirkan aku menjadi kenyataan, menjadikan akumengandung dan menanggung pula. Berlainan kandungan danberlainan pula penanggungan. Maka adalah kewajipanku untukmelahirkan yang terkandung dalam diriku itu. Orang yang dapatmelahirkan kandungannya sendiri itu akan dapat pula mengetahuiakan rahsia dirinya.

Dan dengan ini kuanjurkan pada orang banyak, lahirlah untukkedua kalinya supaya bebas dari penanggungan. Tiap-tiapmelahirkan bererti orang membebaskan diri dari penanggungan.Manusia, selagi masih hidup di dunia, akan sentiasa mengandungdan menanggung. Maka adalah menjadi kewajipannya akanmelahirkan tiap-tiap yang dikandung itu supaya jangan selamanyadia menanggung. Pengandungan yang berlarut-larut akanmemberatkan beban pengandungan dan akibatnya badan dirisendiri yang merasakannya. Pengandungan yang sebaik-baiknyaialah sebisa-bisanya (seboleh-bolehnya) orangnya sendiri yangmelahirkan. Hendaknya jangan melalui orang lain. Kalau dapat danbisa kejadian (terjadi) bererti orang tersebut sudah bisa berdirisendiri. Pengandungan dan penanggungan yang berlarut-larut, yangmana badan sendiri tak sanggup lagi bertahan. Sudah padatempatnya dan waktunya orang dengan tak usah malu-malu, untukmendatangi orang lain buat meminta pertolongan melahirkankendungannya yang berat itu, sekurang-kurangnya meringankanpenderitaannya.

Sekali dapat melahirkan, maka untuk seterusnya orang akanpandai melahirkan tiap-tiap kandungannya. Untuk bisa melahirkankandungan yang pertama itu, kalau mahu, orang dapat

Page 262: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 252

mempelajarinya pada ahlinya. Melahirkan kandungan berertimengeluarkan yang terkandung di dalam badan diri; mengeluarkankandungan melalui saluran-saluran tertentu dan bukan melaluipintu-pintu yang telah ada yang jumlahnya sembilan (9)banyaknya.

Kandungan yang dimaksud bukanlah seperti seorang ibumengandung, melainkan terdiri dari segala macam keinginan,kemahuan, angan-angan atau cita-cita, kepiluan dan lainsebagainya yang tidak berupa kenyataan. Semua kandungan yangtidak nyata itu dapat dinyatakan dengan daya rasa perasaan keranarasalah yang dapat menangkapnya. Segala rasa yang terasa ituharus disalurkan menurut saluran tertentu sampai dapat orangmerasakannya secara kenyataan (positif). Dari rasa kepada rasayang terasa iaitu rasa yang terkandung di dalam, desakan keluarsampai terasa.

Dari kandung ke mengandung, sampai menanggung yangmengandung; menanggung yang dikandung. Supaya janganmenanggung, maka yang mengandung harus melahirkan yangdikandung. Pengandungan yang nyata melahirkan yang nyata.Pengandungan rasa harus dilahirkan dengan rasa sampai terasa.Untuk itu, orang harus melakukannya dengan diri sendiri danhasilnya untuk badan diri sendiri. Maka adalah penanggungan yangmengandung selagi seseorang masih manusia hidup, namanya takakan putus-putus mengandung. Dan biasa dan pandai melahirkantiap-tiap kandungan, tidak akan berat rasanya penanggungan.

Tiga orang bersaudara lahirnya satu, namanya manusia.Kandung, mengandung dan menanggung. Yang menanggung,saya, yang mengandung, Aku dan yang dikandung, hamba. Untukmenghilangkan penanggungan saya, maka Aku harus melahirkankandunganku iaitu hamba yang setahuku semenjak dari dalammenjalankan tugas hidup terhadap badan diriku. Hambakuberlainan dengan hamba orang. Hambaku tidak akan menghambakepada orang lain, kecuali kepadaku sendiri.

Page 263: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal253

Orang luar kiranya dapat mengerti akan tujuan memakaiperkataan ‘Saya,’ ‘Aku’ dan ‘Hamba.’ Aku mengiaskan padanyadengan istilah tiga orang bersaudara dalam pemecahanku:

• Orang yang pertama ialah orang yang berpendirian dibadannya;

• Kedua orang yang berdiri di dirinya sendiri; dan• Ketiga ialah seorang hamba yang sentiasa melakukan

tugas dengan tidak henti-hentinya.Ketiga-tiganya yang tersebut di atas ada pada manusia. Apa

dia orang pertama pada pendiriannya, orang yang kedua atau yangketiga itu terserah kepada orangnya yang akan membawakannya.Hanya pengertian yang mendalam yang akan menentukan siapa diaorang yang sebenarnya.

Aku mengenal dunia setelah aku dilahirkan oleh ibukandungku yang mengandungku selama sembilan bulan sepuluhhari. Suka dan duka telah kulalui menurut ketentuan-ketentuanyang telah berlaku. Ini orang luar dapat mengetahui denganmembaca-baca karya-karyaku yang terdahulu dari ini. Renungandan fikiran, ingatan kepada masa yang lampau, pelajaran-pelajaranyang diperdapat dari pengalaman, belajar kembali kepadakehidupan yang telah dijalankan, kenangan kepada masa yangsudah-sudah, belajar kepada kitab, kepada al-Qur’an, kepadaorang-orang besar melalui buku-bukunya, mendatangi orang-orangyang tertentu untuk banding-membanding dalam pendirian danpembawaan menyebabkan aku merenung ke dalam, bertafakurmengenangkan keadaan diri sendiri, mencari pegangan hidup yangbenar; suatu pegangan untuk hidup yang akan dipakai dan matiyang akan ditumpang. Pengalaman dan menarik pelajaran darijalan kehidupan yang telah lalu menimbulkan keinginan untukmemperbaharui hidup yang akan dijalankan, merubah pandanganhidup.

Keinginanku yang hidup hendak hidup. Untuk hidup

Page 264: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 254

mendorong aku mencari yang hidup, yang sebenarnya hidup.Keinginanku yang hidup ialah menuju kepada kehidupan yangmurni sampai kepada kehidupan yang kekal abadi, mulia.Begitulah aku yang tadinya pandangan hidup berdasarkan kepadayang nyata, berubahnya kepada diri sendiri yang beradanya di balikkenyataan. Keinginan yang besar itulah yang mendorong akumencari diri sendiri sampai dapat menemuinya, mengetahui rahsiayang terkandung di dalamnya untuk kujadikan rahsiaku pula. Dandalam segala hal, dirikulah yang kukemukakan dengan segalarahsianya.

Maka lahirlah pemecahanku berdasarkan jalanku sendiri yangdapat diketahui dengan membaca karya-karya yang sudah-sudah.Suatu pemecahan yang menghasil pemisahan, antara Aku, Badandan Diriku. Aku adalah raja pada kerajaanku sendiri. Kerajaan kecildi bawah naungan dan lindungan kerajaan Yang Maha Besar. Bilakerajaanku didirikan, aku tak tahu. Setahuku, Aku adalah raja didalam badan diriku sendiri; raja yang bersemayam di takhtakerajaannya dengan hamba sahayanya (rakyatnya) yang hiduprukun dan damai, dengan peraturan-peraturan yang tertentu yangakan dipatuhi dan diturutinya. Aku adalah raja yang menerimawarisan turun-temurun, semenjak dari nenek-moyangku dahulu.

Kerajaan yang berasal dari tanah yang mengandung api, airdan angin. Aku dapat mengenal suatu kerajaan yang aman dandamai yang pemerintahannya berjalan dengan sangat teratur, alat-alatnya bekerja serba automatik. Penduduknya tinggi tidak, pendekpun tidak, gemuk tidak, kurus pun tidak; bentuk serupa, hiduprukun dan damai, tahu di peraturan dan mematuhi segala peraturanyang telah ada. Seluruh kegiatan hidup dan kehidupan di sanabergantung kepada raja; raja yang adil lagi bijaksana. Di sana tidakada penggantian siang dan malam. Penduduknya tak pernah tidurdan selalu bekerja dan bekerja dengan tak henti-hentinya. Bicarabagi mereka itu tak ada. Bicaranya hanya kerja dan bekerja.Makanan bagi mereka mendatang. Mereka itu sangat patuh kepada

Page 265: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal255

rajanya dan bila rajanya mangkat, maka hancurlah seluruhkerajaannya itu. Suatu kerajaan yang hidupnya bergantung kepadarajanya. Suatu pemerintahan yang belum ada saya melihatnya dilain bahagian dunia.

Di luar dari kerajaan yang kukenal itu, aku dapat melihatbanyak pula kerajaan-kerajaan kecil yang tak terhitung banyaknya,akan tetapi rakyatnya sentiasa memberontak berdemonstrasidisebab-keranakan rajanya tak pandai memerintahnya. Raja yanglupa kepada dirinya, raja yang tak tahu dirinya raja yang semata-mata menurutkan hawa nafsunya, raja yang tak mahu mengetahuikeadaan rakyatnya. Dan tak kurang pula saya dapat melihat si rajayang terjajah, dijajah oleh raja yang tak patut disembahnya. Danbanyak pula aku melihat raja yang telah jauh tersesat berjalan,sehingga hamba sahayanya menderita oleh kerana perbuatannya.Dan amat banyak pula saya melihat kerajaan-kerajaan yang sakit,kerajaan-kerajaan yang tertindas, kerajaan yang masih tidur,kerajaan yang mati yang mana kesemuanya itu menunggu danmengharapkan kedatangan seorang raja yang besar lagi adil lagibijaksana, untuk membebaskan hamba rakyat yang menderita,menyembuh yang sakit dan mendudukkan kembali rajanya kepadakerajaan yang benar, kerajaan yang dapat dan sanggup berdirisendiri pada jalan kebenaran, kerajaan yang hidup bermandikancahaya. Suatu kehidupan yang gilang-gemilang.

Sebaliknya Aku dapat pula mengenal dan mengetahui suatukerajaan yang terdiri melulu dari cahaya dan cahaya. Dasarnyacahaya, sungainya cahaya, airnya cahaya makhluknya cahaya,makanannya cahaya, jalannya cahaya dan timbulnya dari cahaya.Pemerintahannya berjalan dengan cahaya, sehingga kejadiannyapun cahaya. Suatu kerajaan cahaya yang tak dapat diraba dandirasa, kecuali kalau tiada raja sendiri yang merasanya. Suatukerajaan bayangan di balik kenyataan. Kerajaanku berdiri di antarakerajaan-kerajaan kecil yang banyak. Dan Aku mengatakan,kerajaanku berdiri di bawah naungan dan lindungan Kerajaan Yang

Page 266: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 256

Maha Besar. Kerajaanku berdiri sendiri, bebas, tidak terjajah.Kalau dahulu, sewaktu Aku belum dapat mengenal dan

menemui diriku, perasaanku selalu tertekan tertindas, walaupuntidak ada yang menekan dan menindas Aku. Kebebasan tak pernahkuperdapat, walaupun tidak ada yang mengurung Aku. Akuterkurung dan terkongkong, lapangan bergerak bagiku terbatas.Sejauh-jauh Aku berjalan, sampainya ‘di situ ke di situ juga.’

Hubunganku dengan Raja dari segala raja, Raja Maha Dirajaterputus. Yang memutuskan adalah duniaku (dunia nyata). Untukdapat berhubung kembali dengan Yang Maha Besar, Aku harusdapat menembus alamku sendiri. Menembus alam sendiri berertimembuka tabir yang mendindingiku dengan Tuhan-ku. Bila jalankeluar bagiku telah terbuka, Aku akan bebas bergerak menujukepada yang tak dapat dicapai selama ini. Seluruh kegiatan hidupkuakan kulakukan dan bawakan dengan menurutkan jalan yang telahada padaku semenjak Aku berada di dalam badan diriku sendiri,suatu jalan yang berisi. Dan terdiri dari pergerakan-pergerakanyang dinamakan orang ‘Gerak Allah’ semata-mata.

Dengan jalan yang ada padaku itu, Aku dapat membebaskandiri orang yang terjajah, yang menderita dan dapat pulamenaklukkan kerajaan-kerajaan kecil yang lain yang banyakberada di sekelilingku. Tetapi Aku bukan si penjajah, bukankapitalis dan bukan pula imperialis kerana Aku telah merana danmenderita akibat penjajahan. Aku dapat merasakan betapa sakitnyaterjajah. Sebagaimana tadinya Aku ingin kebebasan, maka setelahdapat membebaskan diriku dengan jalanku sendiri, Aku ingin pulahendak membebaskan orang lain dan menunjukkan garis hidupyang akan ditempuh untuk kebahagiaan badan dirinya sendiri.Membebaskan orang bagiku sama juga ertinya dengan melahirkankandungannya dan membawa serta menunjukkannya kepada jalanyang benar, yang kunamakan jalan hidup, bukan jalan mati. Jalanyang berdiri sendiri bagi orangnya, jalan hidup yang akan dipakaidan mati yang akan ditumpang. Jalanku itu ialah jalan yang tak

Page 267: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal257

nampak kalau dilihat, akan tetapi dapat dirasakan kalau mahumerasakannya. Dan di rasa itulah letaknya dan tempatnya segalarahsia diri (rahsia hidup.)

Orang yang telah dapat menemuinya akan berjalan dengannyapada jalannya. Itulah dia jalan kehidupan yang kekal dan abadi,jalan pulang dan jalan kembali, jalan hidup dan kehidupan orangsemenjak dari dalam badan dirinya. Orang harus mempelajarinya,keadaannya, kesanggupan dan kemampuannya dan seterusnyabelajar padanya. Bertambah dalam pengertian orang padanya akanbertambah kenyataannya. Nyata pada rasa dan cahaya padaorangnya.

Pengenalan padanya yang lebih meningkat dan mendalamakan merubah pandangan dan pendirian terhadapnya. Pandangandan pendirian yang tadinya tenaga yang ada padanya dapatdipergunakan sebagai alat bagi orang, maka akan berubahlahmenjadi ‘Dia’-lah yang orang dalam pendirian dan apa yangdinamakan badan akan menjadi alat baginya. Kalau ini sampaikejadian orang membawakannya, maka bagi orang tersebut sudahada dua jalan. Pertama; jalan orang luar, dan kedua; jalan orangdalam atau jalan diri.

Ingatlah akan bunyi ayat:“Engkau masukkan malam ke dalam siang dan

Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaukeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkaukeluarkan yang mati dari yang hidup…”

Dengan berjalan bersamanya, berjalan pada jalannya, ingatlahakan perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam Surat al-Kahfi.Orang harus mengetahui akan keadaannya lebih dahulu sebelummelangkah keluar untuk keperluan sesuatu. Mengetahui keadaandimaksud mengetahui apa yang ada pada kita. Bagiku ialah apayang ada padaku; rumahku dengan berisikan alat perabutrumahtangga selengkapnya dengan susunan yang teratur rapi danmenjadi kewajipanku untuk memelihara dan menjaganya. Aku

Page 268: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 258

adalah raja dalam rumahku sendiri. Tiap minit, tiap detik hambarakyatku berbaris dengan tidak henti-hentinya siang dan malam.Pemerintahanku berjalan serba automatik. Amat sayang sekaliorang salah memahami Aku. Orang memandang rumahnya, bukanaku yang berada di dalamnya. Dari itu makanya banyak orang takdapat mengenal Aku yang sebenarnya.

Sebagai seorang manusia, Aku menjalani kehidupanku denganjalanku sendiri. Aku memperbaiki keadaanku dengan jalanku. Dantak kurang pula sudah banyak orang yang kubawa pada jalanku.Dan sudah ada pula orang yang berjalan dengan jalanku. Danbanyak pula yang ingin hendak mengetahui jalanku. Kalau orangmahu tahu, Aku duduk di tempatku, di pertemuan kiri dan kanan.Di kiriku ada orang, di kananku ada orang, di hadapanku pun adaorang. Di luarku banyak sekali orang. Tempatku ialah di tengah, dibalik dari di balik atau di dalam yang di dalam; suatu tempat yangaman damai, tenang tak terhingga, kira-kira mana empedu orangberada. Di belakangku tidak ada orang, tak ada apa-apa dan olehkerananya aku tak usah memandang ke belakang lagi.Penglihatanku kutujukan ke muka, ke samping kiri dan kanan.Perjalananku tak kenal akan mundur atau surut ke belakang.Walaupun kenyataannya sejauh-jauh aku berjalan, sampainya akuatau beradanya aku di tempatku jua.

Kehidupan gilang-gemilang bermandikan cahaya dan memangcahaya itulah ‘A’-ku. Cahaya berdamping sesama cahaya.Perjalananku menurun dan mendaki, berkiri dan berkanan dankesemuanya itu kulakukan untuk kebaikan dan membaikkankeadaan; keadaanku sendiri dan keadaan orang lain dan yangberada di luar keadaanku. Suatu perjalanan yang kunamakan bagiorang yang melakukan dan membawakannya perjalanan dunia danakhirat suatu perjalanan dari nyata ke tidak nyata, dari zahir danbatin, dari ada ke tidak ada dan sebaliknya dari ada ke tidak ada,mengadakan yang akan diadakan, menurutkan secara keadaan yangada. Jalan yang tadinya bagiku terbatas, semenjak diriku telah

Page 269: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal259

bebas, telah dapat melakukan jalan jangka panjang dan jauh; jalankeluar dari alamku sendiri dan dapat menembus alam lain untukkeperluan sesuatu. Dengan sesuatu, untuk keperluan sesuatu,menuju ke sesuatu.

Banyak jalan untuk mencapai bahagia. Akan tetapi untuk ituaku mempunyai jalan sendiri. Jalanku hidup lagi berisi. Orang yangberjalan pada jalanku (orang yang menurutkan jalanku dalamperjalanan menuju sesuatu, untuk sesuatu), sebaiknya menyebutnama Allah sebanyak mungkin, sampai pada perhentian perjalanan.

Isilah badan dirimu dengan apa yang ada padamu denganmempergunakan jalanku, dengan menyebut nama Allah. Denganjalan bertingkat, sambung-menyambung iaitu dari luar ke dalam;tingkat pertama badan (jasad), kedua otak, ketiga empedu, keempatlimpa, kelima rabu (paru-paru), keenam hati, dan ketujuh jantung.Dan dari dalam ke luar; dari jantung ke hati, dari hati ke rabu, darirabu ke limpa, dari limpa ke empedu, dari empedu ke otak dan dariotak ke seluruh badan.

Selagi orang berjalan bersama Aku, Aku sentiasamendampinginya. Akan tetapi di waktu orang berjalan padajalannya sendiri, Aku berjalan pada jalanku pula. Kalau ada orangmengingat Aku, Aku akan mengingatnya pula. Orang berdoa, Akuberdoa pula. Orang berdoa dengan menyatakan (melafazkan)doanya, Aku berdoa beserta orang dalam hati. Alangkah baiknyajika orang berdoa berserta Aku. Aku maksud berdoa denganjalanku.

“Doa dari mu, perkenan dari-Ku,” kata Tuhan.Segala perbuatan orang akan berkesan padaku. Dan segala

perbuatanku akan berkesan pada orang.Aku-lah nanti yang akan menghadap Tuhanku. Aku-lah yang

akan kembali ke haribaan-Nya (hadirat). Aku-lah yang akankembali ke Pangkuan-Nya, ke Hadirat-Nya. Aku dengan wajahku(Aku sebagai seorang manusia), tak dapat banyak berbuat kerana

Page 270: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 260

badanku lemah. Aku dengan diriku yang kukemukakan telahbanyak berbuat apa yang harus kuperbuat dan melakukan apa yangdapat kulakukan.

Banyak orang tak mengerti padaku dan banyak pula yangsalah menganggap aku. Ini disebabkan Aku dengan badanku jarangkeluar dan lebih banyak tinggal dalam rumah. Tetapi aku didatangiorang dan amat jarang aku mendatangi orang ke rumahnya. Danbermacam-macam pula orang mendatangkan persoalannya padaku.Apa-apa yang mendatangiku itu aku tampung kesemuanya dan akulakukan apa yang dapat kulakukan dan kuperbuat apa yang dapatkuperbuat. Dan adalah bagiku yang melakukan dan perbuat itu Akudengan diriku.

Aku lebih suka ke dalam daripada ke luar. Ya, memang didalam tempatku. Dari dalamlah (dari tempatku) Aku memandangkeluar. Aku memerhatikan dan mempelajari keadaan alamku danalam sekelilingku. Lain kerja orang dan lain pula kerjaku. Orangberfikir dan berusaha, Aku berasa dan berbuat. Aku sebagai orang,berfikir, berasa dan berbuat. Aku mencari rasa dengan perasaanku.Dari itulah maka Aku mengatakan pada orang lain, orang mencariyang ada, aku mencari yang tak ada. Aku melahirkan perasaanku(apa yang terasa padaku) sampai nyata terasa. Dan sebagai seorangmanusia, aku pun melahirkan kehendakku.

Dapatkah aku melahirkan kehendak orang? Kenapa tidak?Bukankah selama ini seluruh kegiatanku teruntuk untuk orang yangdimaksud! Hanya saja orang tak mengerti bahawa Aku ada didalamnya. Otaknya dipergunakannya untuk memikirkan hal-halyang di luar, bukan memikirkan Aku yang ada di dalam. DapatkahAku melahirkan dan menyampaikan kehendak orang lain? Kenapatidak? Bukankah orang lain itu Aku juga! Apa yang ada pada orangitu ada pula padaku, bukan? Hanya mereka itu tidak tahu.

Aku-mu dan Aku-ku sama. Tempat kelahiran dan kehadiranberlainan. Kelahiranmu dari rahim bondamu dan kehadiranmu ditempatmu (di mana engkau berada). Kelahiranku dari rahim

Page 271: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal261

bondaku pula dan kehadiranku di tempatku pula. Di mana akuberada? Wahai orang luar, cubalah teka.

Padaku ada jalan. Jalanku sendiri, jalan rasa. Di luar kulihatada pula jalan. Jalan orang, banyak jalan nyata. Aku berjalan padajalan nyata dengan jalan rasa.

Bagi orang yang tahu dan yang mahu tahu, kukatakan adalahaku di dalam (di tempatku), di tengah-tengah dada. Sebelahkananku saudaraku Si Putih dan saudaraku Si Kembar (dua) SiMerah. Sebelah kiriku, saudaraku Si Hitam dan satu lagi biarlahaku namakan saja Si Cukup atau Si Lengkap yang akan mencukupiatau melengkapi segala-galanya kerana dari dialah sumber segala-galanya kegiatan-kegiatan hidup di dalam dan padanyalah terletakpertanda bagi orang luar, hidup matinya seseorang.

Dan selanjutnya dapat aku mengatakan terhadap orang luarbahawa adalah apa yang kusebut itu kelima-limanya ilmuku didalam yang mempunyai alam sendiri-sendiri yang tali-bertali. Dankeluarnya dengan lima (5) jalan pula, jalan tinggi. Maka padakuadalah 5 jalan dalam dan 5 pula jalan luar lagi tinggi. Itulahmakanya aku menamakan diriku Si Sepuluh. Itulah dia ilmuku,keluar dan ke dalam, zahir dan batin. Dari siang ke malam, darimalam ke siang, dari burung ke telur, dan dari telur ke burung.

Page 272: Diriku Yang Kukenal
Page 273: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal263

AKU DALAM SAJAK

Page 274: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 264

Mana Jalanku

Aku melihat orang berjalanDalam pada itu Aku pun berjalanJalan orang jalan nyataJalanku tidak nyata

Ku lihat orang berjalan di jalan rayaAku pun ikut berjalan bersertanyaDia sampai di tujuannyaAkan tetapi Aku di situ, ke di situ juga

Manakah yang benarJalan orangkah atau jalankuKedua-duanya benarKerana kedua-duanya perlu

Bagi orang, jalanku gelapBahkan Aku dianggap barang matiBagiku jalanku tidak gelapHanya orang yang tak mahu mengerti

Bagiku, jalan orang jalan nyataJalanku tidak nyataSatu sama lain berbezaJalanku dan jalannya

Orang berjalan di jalan rayaJalan bikinan tangan manusiaNaik mobil keretapi, kapal laut, dan udaraBagiku itu namanya menumpang di jalannya

Namun Aku, walau di mana sajaDi lautanDi daratan dan di udaraNamun jalanku tidak kulupakan

Page 275: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal265

Aku

Kalau engkau mengatakan AkuErtinya engkau dengan badan diriKalau Aku menyebut AkuMaka adalah itu Aku sendiri

Aku adalah engkauAkan tetapi engkau bukan AkuKita adalah duaIaitu engkau dan Aku

Dirimu adalah dirikuBadanmu adalah badankuEngkau adalah badan dirikuAku ada padamu

Page 276: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 266

Dia Dan Aku

Dia berjalan Akupun berjalanKami bertemu di perjalananSama-sama berjalanTetapi berlainan arah tujuan

Dia di kiri, Aku di kananDia di luar, Aku di dalamDia berhenti, Aku pun berhenti berjalanSeiring bertukar jalan

Dia ingin hendak menemui AkuDi perjalanan kami bertemuDalam berjalan dia melihat AkuDi waktu dia berhenti, maka hilanglah Aku

Wahai insan yang hendak mencari AkuAku selalu berada bersertamuAku jauh dalam tangkapanmuPadahal Aku sangat dekat padamu

Page 277: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal267

Engkau Dan Aku

Kalau engkau hendak menemui AkuTurutilah jalanku, jangan jalanmuJalanmu jalan nyataJalanku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmuDan Aku akan berjalan pula pada jalankuUsahakan kita sejalan; engkau dan AkuSupaya tercapai yang dituju

Kalau engkau mengatakan kita sejalanEngkau harus dapat membuktikanBukti yang dimaksudkanIalah kesanggupan untuk menurutkan

Engkau mempunyai keinginanAku mempunyai kesanggupanEngkau di luar, Aku di dalamTempatmu di kiri, Aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmuUntuk menjumpai Aku lebih dahuluDalam perjalanan kita bertemuEngkau dan Aku

Aku yang engkau jumpai di perjalananTidak engkau perdapat kalau engkau tak tukar haluanKerana di saat itu Aku keluar engkau ke dalamDan untuk mendapat Aku, jalanku yang akanditurutkan

Berjalan pada jalankuBererti engkau bersertakuDengan jalan itu engkau akan dapat mengenal AkuAku yang selama ini terahsia bagimu

Page 278: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 268

Engkau, Dia Dan Aku

Dia dan engkau bukanlah AkuEngkau dan dia sama bagikuSama-sama hidup berserta AkuYang selalu mendampingiku

Satu di kiri satu di kananMasing-masing melakukan tugas kewajipanBiar siang atau pun malamSelagi hayat dikandung badan

Engkau yang selalu kekuranganBerdampingan dengan dia yang berkelebihanDenganku sebagai perantaraanUntuk cukup mencukupkan

Engkau adalah tangan kirikuDia adalah tangan kanankuAku adalah otakmuYang merencanakan segala sesuatu

Engkau pelaksanaDia tenagaAku perencanaSatu sama lain kerjasama

Page 279: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal269

Engkau, Dia, Aku Dan Saya

Padaku ada engkau dan diaPadamu ada Aku dan sayaAku engkau dan diaTinggal bersama saya

Saya adalah seorang manusiaAku terkandung dalamnyaDia adalah seorang hambaHamba si pengembara

Maka adalah sayaTerdiri dari engkau, Aku dan diaSatu, tetapi sebenarnya tigaKalau dipelajari sampai ke dalam

Begitulah pemecahankuMempelajari akan keadaankuPemecahan yang menghasilkan pemisahanAntara diri dan badan

Page 280: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 270

PemecahanKu

Dalam perjalananku untuk mengenal diriAku melakukan pemecahan sendiriDengan tidak menghiraukan petang dan pagiAsal tercapai maksud di hati

Maksud hati hendak mencari diriDiri yang berdiri sendiriYang amat erat hubungan dengan peribadiYang orang mengatakannya suci

Telah lama Aku berjalanPagi, petang, siang dan malamSatu perjalanan yang kulakukanDengan gerak dan mengerakkan

Gerak datang dari Aku, yang menggerakkan DiaYang bergerak ialah sayaSuatu pemecahan satu jadi tigaYang menghasilkan pemisah antara Aku dan Dia

Aku dengan badanku nyataAku dengan diriku tidak nyataBadan dapat dirabaDiri hanya dapat dirasa

Rahsia diri adalah rahsiakuPeristiwa diri ialah peristiwa AkuBadan, diri dan AkuBunyinya tiga, nyatanya satu

Nyatanya Aku satuAku badan dan dirikuKeluar bersatu paduKe dalam banyak orang belum tahu

Aku dengan badanku positif nyataAku dengan diriku negatif tidak nyata

Page 281: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal271

Samakah Aku yang nyataDengan Aku yang tidak nyata?

Aku dengan kenyataanku jadi manusiaAku dengan ketidaknyataanku berada di dalamnyaDi alam fikiran tempat Aku yang pertamaDi alam perasaan tempat Aku yang kedua

Ketahuilah olehmu wahai insanAku yang pertama ialah Aku yang dihidupkanAku yang kedua ialah Aku yang menghidupkanYang mana yang benar, cuba fikirkan!

Page 282: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 272

Siapa Aku?

Aku yang dihidupkan jadi seorang manusiaAku yang menghidupkan adalah seorang hambaBertugas sebagai si pengembaraMengaliri seluruh batang tubuhnya

Mula pertama manusia diciptakanDari tanah dijadikan badan“Aku Tiupkan Roh-Ku,” kata-Nya TuhanOleh kerananya timbullah hamba kemudian

Hamba yang timbul kemudianBerjalan mengaliri seluruh badanTiada henti-hentinya pagi petang, siang dan malamMelakukan tugas kewajipan

Kewajipan ialah menghidupkanOleh kerana itu makanya hambaku berjalanBerjalan menurut aliranSelagi hayat dikandung badan

Dengan demikian teranglah sudahPerjalanan seorang hamba AllahDan Aku adalah;Kata Tuhan “Roh-Ku,” kataku, “Rohullah”

Page 283: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal273

Dia Yang Kucari

Aku bukan mencari syurgaDan tidak pula nerakaYang aku cari ialah “DIA”Yang mengadakan syurga dan neraka

Untuk ituAku harus tahuDiriku lebih dahuluKerana Rahsia-Nya terletak di situ

Aku mengadakan penelitianMempelajari keadaan badanPerjalananku ialah mengadakan pemecahanPemecahan menghasilkan pemisahan

Aku telah dapat memisahkannyaYang satu telah menjadi duaYang nyata dan yang tidak nyataYang tidak nyata berada di dalamnya

Yang tidak nyata berada di badanIni dapat kukatakanKerana aku dapat merasakanSetelahnya aku dapat memisahkan

Itulah diri sendiriPerkembangan jadi rohaniBerdampingan dengan jasmaniYang selalu ikut ke mana aku pergi

Mengenal diri mengenal TuhanRahsia-Nya ada di dalamPadanya aku temui jalanJalan yang kulalui ibarat titian

Titian laksana sehelai rambutKalau diizinkan aku menyebut

Page 284: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 274

Sebenarnya aku takutDi dengar orang lain nanti terkejut

Jalannya jalan sinarDari badan diriku dia memancarPadanya aku belajarMemahami diri yang sebenar

Aku pelajari diri sendiriDan banyaklah sudah rahsianya aku ketahuiJalannya berisiIsinya-Allah Memberi

Setelah aku dapat mengenal diri sendiriDengan menurutkan jalannya yang berisiMaka banyaklah sudah yang kualamiSebagai pelajaran bagiku sendiri

Aku berjalan pada jalannyaDan aku berjalan bersertanyaMenurut jalan yang telah tersediaBagi kami berdua

Dan meningkatlah keinginankuHendak mengenal ‘A’-kuUntuk menentukan siapa AkuKerana dia sangat perlu bagiku

Jalannya telah kuketemuiYang menyebabnya Aku berdiri sendiriJalannya yang kuturutiDengan tujuan mengenal Aku sejati

Aku yang ada sebenarnya tidak adaYang mengadakan diriku yang tiadaYang menjadikan aku seorang hambaHamba yang keluarnya sebagai manusia

Ada – tidak adaYang tiada antaranya

Page 285: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal275

Di tiada letaknyaKerana Aku berada di baliknya

“Roh-Ku.” Kata TuhanDi waktu meniupkan ke dalam badanBagiku ‘Rohullah’ aku namakanKerana Dia yang mendatangkan

Maka aku temui Dia yang sebenarnyaSetelah melalui Jalan-NyaDengan berjalan pada Jalan-NyaYang terkandung dalam Rahsia-Nya

Rahsia-Nya telah menjadi rahsiakuAku menemui Dia melalui badan diriku‘Dia’-lah yang sebenarnya akuDengan-Nya aku menemui-Nya – Dia Tuhanku

Page 286: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 276

Anak Kunciku

Padaku ada anak kunciKunamakan dia kunci wasiatPadaku ada jalan berisiIsinya nikmat

Jalan berisiIsinya nikmatTidak dimurkaiDan tidak pula sesat

Itu anak kunci ada di tangankuUntuk pembuka segala pintuPemberian dari TuhankuUntuk keperluan segala sesuatu

Alif Lam Mim nama anak kuncikuTerletak di tangankuBagi orang yang mahu tahuBoleh bertanya padaku

Kunci wasiat mengandung rahsiaRahsia ghaib ada di dalamnyaBarangsiapa yang memegangnyaPasti akan mempelajarinya

Anak kunci terdiri dari Alif Lam MimBerisi petunjuk bagi orang yang mustakimKalau orang yang mempelajarinya dengan yakinMembawa orang ke jalan sirat al-mustakim

Sirat al-Lazina an amta alAihimGhairil Magduubi ‘AlaihimWalad DhaalinAmin

Page 287: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal277

Orang Mencari Aku

Banyak orang mencari AkuDan tak banyak orang dapat bertemuAku dicari orang sedari dahuluSemenjak aku dikenal oleh orang berilmu

Aku berada di dalam, bukan di luarUntuk mendapatkan Aku, orang harus belajarDiusahakan supaya aku dapat memancarPancaran yang mengandungi sinar

Bila Aku telah memancarYang di dalam telah keluarMaka haluan harus ditukarUntuk menemui Aku yang benar

Yang di luar harus ke dalamErti kata dalam pengertianMenuruti jalan pancaranUntuk mengenal yang diidamkan

Suatu perjalanan dari ada ke tidak adaMelalui yang tiadaDi tidak letaknya rahsianyaAku berada di balik rahsia

Wahai orang yang hendak mencari AkuTemuilah jalanku lebih dahuluKalau tidak menuruti jalankuPasti kita tak dapat bertemu

Ada nyataTidak ada, ya, tidak adaTiada ialah antara ada dan tidak adaKeadaannya tidak nyata

BagikuYang ada badanku

Page 288: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 278

Yang tidak ada AkuYang tiada diriku

Diriku yang mengandung rahsiaRahsiaku padanya letaknyaDan itulah Aku wahai manusiaYang mahu mencari Aku yang sebenarnya

Page 289: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal279

Telah Kutemui Itu Jalan

Sama-sama berjalanOrang berjalan, Aku pun berjalanBerlainan arah tujuanAda yang ke kiri dan ada yang ke kanan

Aku lihat banyak pula orang lain berjalanDengan tak tentu arah tujuanMereka berjalan, asal berjalanDari siang sampai malam

Bila malam telah mendatangMereka kembali pulangSeperti ayam pulang ke kandangKerana hari telah petang

Aku pun pernah berjalanSeperti orang lain berjalanSuatu perjalanan yang tak memuaskanYang penuh dengan godaan dan cubaan

Pernah aku tergodaDan pernah pula aku teraniayaApa yangku alami itu seksaSebagai penebus dosa

Tergoda, teraniayaSeksa – dosaTelah kualami itu semuaDalam menempuh kehidupan sebagai manusia

Setelah segala sesuatunya berjalanDengan Ketentuan dari TuhanAku harus berkorbanTak ada orang lain sebagai saksi

Semenjak aku ditinggalkanSeorang diri dalam kesepian

Page 290: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 280

Berfikir ke luar dan ke dalamMempertahankan kebenaran

Kebenaran ada padakuSeorang tak mengenal akuLain pandangan orang padakuKerana mereka itu tak tahu

Lain pegangan orang, lain pula pegangankuLain jalan orang, lain pula jalankuJalan orang jalan berisiYang mengisi aku sendiri

Akhirnya aku temui itu jalanJalan bagiku yang telah ada semenjak dari dalamIaitu jalan kehidupanYang dapat aku rasakan

Page 291: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal281

Cukup-Mencukupkan

Aku tadinya termasuk dalam golongan 99Mencari yang satu untuk mencukupkanRupanya aku salah jalanKuanggap dia di luar, padahal dia di dalam

Aku yang kucariBeradanya dalam diri sendiriHanya orang yang tak mengertiAkan keadaannya sendiri

Orang mencari yang adaAku mencari yang tak adaBagaimana orang akan mendapatnyaYang memuaskan bagi badan dirinya

Akhirnya setelah aku dapat menemuinyaSetelah kekuranganku, kucukupkan dengannyaYang aku dapat selama ini bukan yang sebenarnyaAku berpegang tidak pada batangnya

Aku adalah hanya batanganBagi orang yang berbadanKalau orang dapat menyatakanPasti akan menguntungkan

Cukupkanlah kekuranganmu dengan tidak merugikanorang lainCukupkanlah kekurangan orang lain dengan tidakmerugikan diri sendiriCukup mencukupi tak ada jalan lainSelain dari dengan jalan diri sendiri

Jalan diri sendiri ialah jalan kehidupanMengaliri seluruh badanUntuk itu orang harus dapat mengeluarkanSampai dapat merasakan

Page 292: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 282

Ditemui AkuDalam perjalananDengan menurutkan jalankuDipertemuan kiri dan kanan

Cukupkanlah kekuranganmuDengan jalankuAku akan mencukupkan kekuranganDengan apa yang ada padaku

Jalanku tak akan merugikan orangBahkan membawa orang ke jalan sendiriDengan jalanku mencukupkan yang kurangTidak akan merugikan ke diri sendiri

Page 293: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal283

Renunganku

Sudah dipunyainya tetapi masih merasa kekuranganSudah punya dia, tetapi tak pandai mencukupkanDi mana letak kesalahannyaDan di mana pula letak perbezaannya

Sudah banyak tetapi kekuranganItulah manusia dengan hawa nafsunyaSudah punya tetapi tak pandai mencukupkanItulah orang dengan perasaannya

Semestinya, yang kurang dicukupkanYang punya mencukupkanDicukupkan dengan diri sendiriMencukupkan juga dengan diri sendiri

Manusia dengan hawa nafsunyaOrang dengan perasaannyaKalau lupa akan dirinyaAkan membawa akibat pada badannya

Dengan apa kekurangan dicukupkanDengan Aku yang dilupakanBagaimana mencukupkan yang kekuranganPelajari keadaanku di dalam

Untuk itu carilah AkuYang telah berada bersertamuSemenjak di rahim ibuDan cubalah jawab, siapa aku?

Page 294: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 284

Pendirianku

Aku bukan orang yang akan dihantarkanKe padang perkuburanAku adalah yang akan kembaliKe Hadirat Ilahi

Jasadku akan kembali ke asalkuSetelahnya aku meninggalkan rumahkuJika ini sampai terjadiBererti Aku pergi dengan tak kembali lagi

Orang ada dan nyataAku ada tetapi tak nyataKeadaanku dalam tiadaKenyataanku ada padanya

Aku hidup dan menghidupkanMenghidupkan badan diriku di dalamKehidupanku mendatangkan aliranMengaliri seluruh badan

Kehidupanku di dalam ibarat sangkar dengan burungMelakukan perjalanan ibarat menghasta kain sarungOrang yang dapat menemuiku akan beruntungDi waktu hujan dan panas boleh berlindung

Rezeki bagiku mendatangKalau tidak pagi tentu petangAku bukan seperti burung helangUntuk mendapat makan harus terbang

Dudukku duduk menantiBagiku ada yang datang dan yang pergiMenerima dan memberiDan tak merugikan ke diri sendiri

Dan Aku pun tak akan merugikan orang lainKerana bawaanku ialah lain dari yang lain

Page 295: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal285

Kelihatannya Aku seperti main-mainYang bagi setengah orang tak yakin

Yakin tak yakin bukan urusankuKerana Aku untuk orang tertentuKalu ada bahagian tentu bertemuDengan ilmu pengetahuanku

Peganganku yang hidup, bukan yang matiKerana pendirianku bukan materiAku adalah isiDan telah dapat mengeluarkan yang hidup dari yangmati

Page 296: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 286

Kandung-Mengandung Dan Menanggung

Sewaktu Aku dikandungOleh ibu yang mengandungMaka selain dari beruntungIbu juga menanggung

Setelah Aku dilahirkanYang dikandung telah menjadi kenyataanDan setelah Aku dibesarkanAku sendiri yang menjalankan kehidupan

Hidupku tidaklah begitu susahMencari wang tidaklah begitu payahHanya kerana sifatku suka mengalahKebenaranku dianggap orang, salah

Aku mulai merenungMengenangkan nasib untungAku yang tadinya dikandungSetelah melahirkan yang mengandung

Kalau tadinya aku dikandungUntuk itu ibu menanggungSetelah melahirkan yang mengandungMaka aku pula yang mengandung

Sama-sama mengandungBerlainan kandunganSama-sama menanggungBerlainan pula penanggungan

Yang dikandung ibu, AkuDilahirkan sebagai seorang manusiaYang terkandung padakuSebelum lahir, masih terahsia

Orang akan tetap menanggungSebelum lahir yang dikandung

Page 297: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal287

Kandung, mengandung dan menanggungYang menanggung yang mengandung

Melalui ini dianjurkanKepada seluruh insanLahirlah untuk kedua kaliSebelum maut datang mendekati

Kelahiran pertamaKeluar dari rahim bondaKelahiran keduaMemancar dari yang ada

Page 298: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 288

Aku Telah Bebas

Kehidupanku tadinya terbatasBatasnya alamku sendiriKeinginanku hendak bebasBebas berdiri sendiri

Kehidupanku adalah ibarat burungMata lepas badan terkurungPerbuatan orang Aku yang menanggungKerana Aku dalamnya terkandung

Aku ingin bebasTetapi tak lepasDengan jalan yang terbatasAku tak merasa puas

Aku sebagai abdi dalamSangat merasa tertekanPagi petang siang dan malamSelalu merindukan kebebasan

Wahai insan yang mengandung AkuTidakkah engkau salah memahami AkuTidakkah engkau tahuKehidupanmu bergantung padaku

Aku bukanlah aku-akuanSeperti yang ada pada orang kebanyakanAku datang daripada TuhanDi dalam badan diriku, Aku ditempatkan

Aku menderita, Aku meranaAku terseksaKeinginan berbahagiaSalah jalan, Aku yang merasa

Sekarang Aku telah bebasBebas tetapi tak lepas

Page 299: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal289

Dengan jalan yang tak terbatasAku mengharungi lautan luas

Dari abdi dalamAku jadikan diriku abdi TuhanMenjalani lautan kehidupanDengan mengamalkan ilmu pengetahuan

Jalanku jalan pengakuanMengadakan pengakuanUntuk mendapat PengakuanPengakuan akan adanya Tuhan

Jalan ini kuperdapatSudah memahami “Dua Kalimah Syahadah”Bukankah kalimah ini mengandung hikmatPengakuan, pangkat dan martabat?

Page 300: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 290

Kebebasanku

Aku bukanlah termasuk orang yang dibebaskanMelainkan Aku sendiri yang mencari jalan kebebasanDari alam fikiran menuju ke alam perasaanDan kami bertemu di perbatasan

Yang di luar menuju ke dalamKami bertemu di perjalananBatas antara luar dan dalamTiada orang lain menyaksikan

Jalanku, jalannyaBerbeza tidak samaYang satu nyataYang lain tidak nyata

Semenjak itu kami sering berjalanYang di luar dan yang di dalamDan Aku telah dapat keluarDengan jalan memancar

Aku ini hanya cerminBerguna untuk orang yang inginHendak melihat diri sendiriUntuk mengetahui hakikat diri

Diri itu adalah AkuKerana timbulnya dari AkuOrang berada di hadapankuKerana melihat padaku

Maka berhadap-hadapan Aku dengan diaOrang dengan dirinyaKalau hendak mengetahui Aku yang sebenarPandanglah Aku dengan saksama

Kalau orang hendak melihat dirinyaMelihatlah ke kaca

Page 301: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal291

Kalau orang hendak mengetahui AkuPandanglah wajahku

Mahu melihat diri, bercerminlah ke kacaMahu mengetahui Aku, pandanglah wajahkuWahai insan, cubalah tekaYang mana yang aku sebenarnya

Roman terjalin antara dia dan akuAntara bentuknya dan wajahkuAntara badan dan dirikuDengan tujuan bersatu-padu

Diakah yang harus mencintaikuAtau akukah yang akan mencintainyaDiakah yang bergantung padakuAtau akukah yang bergantung padanya

Aku mencintainya lantaran dia badankuDia harusnya mencintaiku kerana Aku dirinyaDengan terjalinnya saling cinta mencintaiMaka terciptalah hidup yang bahagia

Dari itu ketahuilah dirimuKerana di situ beradanya AkuKalau engkau mahu akuHidupmu bergantung padaku

Aku mencintainya lantaran dia badankuDia harusnya mencintaiku kerana aku dirinyaDengan terjalinnya saling cinta mencintaiMaka terciptalah hidup yang bahagia

Dari itu ketahuilah dirimuKerana di situ beradanya AkuKalau engkau mahu tahuHidupmu bergantung padaku

Untuk mendapat bahagia sejatiPakailah ilmu diri

Page 302: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 292

Ilmu diri, berisiYang mengisi Aku sendiri

26 Disember 1970

Page 303: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal293

SIAPA AKU?

DIA memberiku Hidup. Hidupku bergantung pada-Nya, suatupemberian dari Yang Maha Pengasih. Maka hiduplah Aku sebagaikekasih dari Yang Maha Pengasih dan hidupku terjamin.Jaminannya ialah DIA menghidupkan Aku.

Maka duduklah Aku di tempatku. Dan semenjak ituberjalanlah kehidupan di dalam badan diriku. Dan jadilah Akumenjadi seorang manusia yang dihidupkan.

Siapa Aku? Mahu apa aku? Dan hendak ke mana aku?Sebagai seorang manusia Aku harus menjalankan kehidupan

sendiri di perantauan ini. Ya, memang Aku seorang perantau,seorang pengembara, mengembara sebagai seorang musafir. Dalamperjalanan pengembaraanku, banyak sudah Aku berbuat dan telahbanyak pula telah Aku lakukan.

Adakalanya perjalananku sebagai seorang tua, berjalan dengansebuah lentera di tangannya, yang sentiasa berjalan terus siang dan

Page 304: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 294

malam, yang mana dengan lentera yang ada di tangan itu Akumendekati seseorang atau setiap orang yang Aku temui seolah-olahada sesuatu yang aku cari. Yang anehnya, biasanya seseorangmemakai lentera pada malam hari, akan tetapi dalam perjalananpengembaraan, Aku memakainya bukan malam saja, juga sianghari sehingga adakalanya menjadi ejekan dan tertawaan orang-orang yang melihat tindak-laku perbuatanku itu. Seolah-olahmereka itu mengatakan, “Apa juga yang dicari orang tua itu, padasiang hari bolong dia masih memakai lampu?”

Apa betulkah tindak-laku perbuatanku itu ada mencarisesuatu? Hanya yang tahu juga yang akan dapat mengetahuinya.Dan aku akan mengatakan, “Berlainan pandangan danpenglihatan.”

Mereka memandang dan melihatku dengan pandanganpenglihatan zahir saja, sedangkan Aku memandang dan melihatnyadengan apa yang ada padaku, seolah-olah Aku mengatakan, “InilahAku!” Sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan Aku berjalanterus dan terus berjalan sebagai seorang musafir.

Adakalanya tindak-laku perbuatanku seolah-olah memasukkanmalam kepada siang dan siang kepada malam; mengeluarkan yanghidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Dan,inipun selalu Aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan diriorang lain. Akan tetapi, Aku bukan ayam yang mengeluarkan telur(barang yang mati) dan bukan pula telur mengeluarkan anak ayam,barang yang hidup.

Maka adalah apa yang kusebutkan di atas itu adalah hanyabayangan bagi orang yang mahu tahu dan mengerti siapa Akusebenarnya. Aku ialah yang akan kembali ke Hadirat-Nya dengandijemput dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya dengandihantar.

Page 305: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal295

AKU

Aku duduk di tempatku. Tempat kedudukanku ialah terahsiabagi orang yang belum tahu, kerana banyak orang yang belummengenal Aku. Jangan Aku, Aku-nya sendiri belum dikenalnya,betapa pula dia akan dapat mengenal Aku yang sebenarnya?

Mungkinkah Aku-ku dan Aku-nya, sama? Terserah kepadaorangnya yang akan menjawab. Akan tetapi Aku akan mengatakan,tidak, kerana dia belum pernah mahu mengenal Aku. Apa yangdikenalnya selama ini hanya dunia luar, bukan dunia dalam.Maksudku, dia belum dapat mengenal akan dirinya sendiri lebihmendalam. Dia bergerak berdasarkan kenyataan, sedangkan Akubergerak berdasarkan di balik kenyataanku dan dari balikkenyataanlah titik tolakku. Aku orang dalam, dia orang luar. Nyatabenar perbezaannya dalam pendirian. Dia menganggap dirinyayang nyata, sedangkan aku menganggap diriku yang tidak nyata.Yang nyata bagiku ialah badanku dan bukan itulah yang Aku. Akuberada di tempatku. Tempatku terahsia bagi setiap orang. Amatberuntunglah setiap orang yang dapat menemuiku yang terahsia itu.Dengan dapatnya menemuiku di tempatku, maka banyaklahsesuatu yang dapat diketahui.

Berjalan untuk menemui Aku adalah suatu perjalanan dari adake tidak ada, melalui yang tiada. Di tiadalah letak rahsianya Aku,kerana Aku beradanya di tidak ada. Ertinya tidak ada padakenyataan, ada dalam sebutan. Akan tetapi mustahil Aku tidak ada,kerana kalau Aku tidak ada, tidaklah ada erti kehidupan bagi tiap-tiap diri. Dari itu makanya dikatakan, Aku ada dalam sebutan, takada pada kenyataan. Dan itu maka letaknya rahsia diriku, diri yangberdiri dengan sendirinya. Diri yang negatif bagi badan yangpositif.

Maka untuk dapat mengenal Aku yang tak ada padakenyataan, seseorang harus mengadakan suatu pemecahan yangmenghasilkan suatu pemisahan antara yang satu dengan yang lain,

Page 306: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 296

antara diri yang negatif dengan badan yang positif atau antara yangzahir dengan yang batin, antara rohani dan jasmani, yang manahasil dari pemecahan itu betul-betul seseorang dapat merasakannyasehingga apa yang dikatakan negatif tadinya menjadi positif danapa yang positif tadinya dijadikan negatif.

Dengan berpegang kepada yang tadinya dianggap negatif dandengan pemecahan seperti tersebut di atas telah menjadi positif,maka terbukalah jalan kehidupan baru bagi orang yang telah dapatmenemuinya; suatu jalan yang mengandung daya-daya hidup lagiberisi. Dan dengan penelitian yang saksama serta dengankemahuan yang teguh, terbukalah jalan untuk dapat mengenalnyalebih mendalam. Jalan yang mengandung daya hidup lagi berisi ituyang dapat dirasakan adalah aliran dari diri di dalam, iaitu alirandari rohani sendiri yang tadinya selagi masih dalam keadaan negatifpada tangkapan kita. Ruang geraknya terbatas pada bulu dan kulitkita dan pintu baginya untuk keluar, tertutup. Sekarang, setelah diamenjadi positif, pintu baginya dengan sendirinya telah terbuka,maka dia telah bebas bergerak sampai keluar dari alamnya sendiri,tetapi tak lepas dari induk pangkalan.

Di mana beradanya Aku? Aku berada di suatu tempat yangkalau di katakan jauhnya, tidak jauh, dekat pun tidak. Kalau NabiMusa mencari seorang hamba Allah dengan mendapat petunjukdari Tuhan tempatnya di pertemuan permukaan dua lautan, makaaku dapat mengatakan bahawa adalah tempatku di pertemuan kiridan kanan. Ini dapat kukatakan setelah aku mendapat kebebasan,iaitu bebas bergerak. Dan semenjak kebebasan kuperdapat, makaterbukalah jalan bagiku untuk lebih luas bergerak, kerana ruanggerakku tak terbatas lagi

Siapa yang membebaskan aku? Aku sendiri pun tak tahu siapayang membebaskan Aku. Setahuku Aku telah bebas dengansendirinya. Ini telah lama terjadi, hanya aku yang tak mengerti.Pengalaman-pengalaman yang bertahun-tahun dalam perjalananpengembaraanku, lambat laun aku dengan beransur mulai

Page 307: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal297

mengerti, mengerti pada keakuanku. Kenyataannya jalan telahterbuka bagiku keluar dari alamku sendiri. Kemanusiaanku yanglambat dapat mengerti padanya. Setelah kemanusiaanku dapatmengenalnya, maka terasalah olehku akan kebodohan selama ini.

Pengalamanku dalam praktik, hasilnya banyak mengagumkanorang yang melihatnya, apalagi bagi orang-orang kebatinan yangmelihat caraku tersendiri. Dan anehnya, aku sendiripun sangathairan kebolehanku itu. Pada perasaanku, segala sesuatu itu bukanaku yang berbuat, melainkan aku hanya menurutkan saja. Akantetapi pada pandangan orang lain, segala sesuatu itu akulah yangberbuat dan menganggap ilmuku tinggi dan dalam. Aku bukanbangga dan sombong oleh penilaian orang-orang itu, melainkanaku sendiri pun asyik dan selalu memikirkan akan apa yang telahada padaku itu.

Ya, sebenarnya apa yang telah ada padaku itu? Setahuku ialah,tiap-tiap melakukan sesuatu, aku selalu besertanya. Dia yangberbuat, aku hanya menurutkan, walaupun hasilnya badan dirikuyang menerimanya. Apa yang kulakukan dengannya tak ubahnyaseperti perjalanan Nabi Musa menurutkan Nabi Khidir, yang manaNabi Khidir yang berbuat dan Nabi Musa hanya menurutkan untukmendapat pelajaran ilmu pengetahuan daripadanya. Syaratnya ialahberjalan besertanya harus sabar. Dalam pada itu belajar padanya.Menarik dan mempelajari dari perjalananku yang sudah-sudahbesertanya, dengan renungan dan menungan, dengan penelitianyang lebih mendalam, akhirnya dapatlah aku merasakan danmengetahui, bahawa adalah ‘dia’ itu atau ‘nya’ yang aku katakanseperti tersebut di atas ialah diriku sendiri, iaitu diri yang diadengan rahsianya sendiri selama ini tersembunyi bagiku.

Terasa benar olehku akan kebodohanku selama ini keranasebagai seorang manusia, pandangan dan tangkapanku selama iniselalu tertuju kepada yang berada di luar dari badan diriku sendiri,sedangkan dia tanpa kusedari telah bangkit dan timbul berserta aku.Ini dapat kukatakan, setelahnya aku dapat merasakannya secara

Page 308: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal 298

positif dan semenjak itu terbukalah jalan bagiku untuk dapatmengenalnya lebih mendalam. Dan banyaklah sudah rahsia-rahsianya yang telah aku ketahui untuk dapat dimanfaatkan bagibadan diriku sendiri, bagi masyarakat dan juga bagi dunia ilmupengetahuan.

Dia telah memancar dari dalam batang-tubuhku sendirimenurut saluran-saluran tertentu yang aku sendiri telah dapatmerasakannya. Dia berasal dari zat hidup dan bukan dari bendayang mati. Dan itulah pula dia, Aku yang sebenarnya Aku. Diadengan rahsianya, tersembunyi letaknya di dalam batang-tubuhku.Dan semenjak aku telah dapat menemui diriku sendiri dengansegala rahsianya yang tersembunyi itu, semenjak itu pula dia yangaku kemukakan berserta rahsianya yang telah ada di tanganku.

Maka adalah Aku orangnya yang akan kembali ke Hadirat-Nya dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya iaitu ketanah. Dan rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku. Demikianlah adanyadan demikianlah pula keadaanku

Keadaanku Dan Pengakuanku

Keakuanku tidak sama dengan akunya orang lain, apalagiorang kebanyakan. Dan tidak pula seperti orang yang berakuansebagai orang kemasukan atau kesurupan, yang mana tak sedarbilamana Aku-nya tiba.

Aku-ku tetap Aku iaitu ‘A’-ku dari Yang Maha Pengasih. Inidapat kuketahui setelah aku dapat mengenal dan menemui dirikusendiri dengan rahsianya yang tersendiri pula, sehingga dapat pulaaku mengenal yang mana Aku yang sebenarnya. Dan adalahperjalananku semenjak aku dapat menemuinya ialah ‘mengadakanpengakuan untuk mendapat Pengakuan.’

Pengakuanku ialah, “Tiada Tuhan yang lain melainkan Allahdan Muhammad Rasul Allah.”

Page 309: Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku Yang Kukenal299

Demikianlah adanya.“Ashadu an-laa Illaaha ill-Allah; waAshadu anna

Muhammad ar-Rasulullah.”

AkuBAGINDO MUCHTAR

(Si Sepuluh)