dina mika

18
NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN 1.0 NYATAKAN GARIS PANDUAN YANG DIPERLUKAN DALAM PROSES MEMBENTUK SESEBUAH KUMPULAN BERKESAN. Kajian tentang kumpulan telah bermula sekitar lewat kurun ke-19. Dua biang disiplin yang terulung mengkaji kumpulan ialah psikologi dan sosiologi. Para sarjana sosiologi cuba mencari penjelasan bagaimana agama, politik, ekonomi dan sistem pendidikan berfungsi dalam masyarakat dengan mengaitkan peranan yang dimainkan oleh kumpulan dalam mengekalkan tuntutan sosial. Antara tokoh yang paling awal mengkaji kumpulan ialah Gustave LeBon. Beliau mendapat latihan sebagai doktor perubatan tetapi lebih berminat dalam bidang kajian dan penulisan topik-topik saintifik berkenaan tingkah laku orang ramai dalam masyarakat. Ramai orang tidak jelas akan potensi dan kebaikan berkumpulan. Ini mungkin disebabkan kekurangan ilmu di dalam bidang dinamika kumpulan ataupun mempunyai faktor-faktor lain seperti mempunyai pengalaman yang kurang positif dalam mencapai keberkesanan kumpulan termasuklah tidak mendapat kerjasama di kalangan ahli kumpulan, kekaburan tentang matlamat kumpulan, tidak dapat menerima norma yang ditetapkan dalam kumpulan atau norma yang sedia ada bercanggah dengan tingkah laku normal dan ketua kumpulan tidak memainkan peranan. Antara garis panduan yang diperlukan bagi membentuk sesebuah kumpulan yang berkesan bagi membina hubungan baik antara kumpulan adalah melalui arahan yang jelas iaitu ia bermakna setiap kumpulan diberikan matlamat yang jelas, nyata dan perlu dicapai. Kumpulan-kumpulan ini mungkin juga boleh dideligasikan tugas yang diberi untuk menentukan 1

Upload: hatim-zabawi

Post on 05-Aug-2015

53 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

1.0 NYATAKAN GARIS PANDUAN YANG DIPERLUKAN DALAM PROSES

MEMBENTUK SESEBUAH KUMPULAN BERKESAN.

Kajian tentang kumpulan telah bermula sekitar lewat kurun ke-19. Dua biang disiplin yang

terulung mengkaji kumpulan ialah psikologi dan sosiologi. Para sarjana sosiologi cuba mencari

penjelasan bagaimana agama, politik, ekonomi dan sistem pendidikan berfungsi dalam

masyarakat dengan mengaitkan peranan yang dimainkan oleh kumpulan dalam mengekalkan

tuntutan sosial.

Antara tokoh yang paling awal mengkaji kumpulan ialah Gustave LeBon. Beliau

mendapat latihan sebagai doktor perubatan tetapi lebih berminat dalam bidang kajian dan

penulisan topik-topik saintifik berkenaan tingkah laku orang ramai dalam masyarakat.

Ramai orang tidak jelas akan potensi dan kebaikan berkumpulan. Ini mungkin disebabkan

kekurangan ilmu di dalam bidang dinamika kumpulan ataupun mempunyai faktor-faktor lain

seperti mempunyai pengalaman yang kurang positif dalam mencapai keberkesanan kumpulan

termasuklah tidak mendapat kerjasama di kalangan ahli kumpulan, kekaburan tentang matlamat

kumpulan, tidak dapat menerima norma yang ditetapkan dalam kumpulan atau norma yang sedia

ada bercanggah dengan tingkah laku normal dan ketua kumpulan tidak memainkan peranan.

Antara garis panduan yang diperlukan bagi membentuk sesebuah kumpulan yang

berkesan bagi membina hubungan baik antara kumpulan adalah melalui arahan yang jelas iaitu

ia bermakna setiap kumpulan diberikan matlamat yang jelas, nyata dan perlu dicapai. Kumpulan-

kumpulan ini mungkin juga boleh dideligasikan tugas yang diberi untuk menentukan bagaimana

mencapai matlamat tersebut. Arahan yang jelas juga bermakana hasil yang ingin dicapai oleh

setiap kumpulan boleh diukur.

1

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Satu kumpulan yang berkesan akan terhasil daripada individu atau ahli kumpulan yang

mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan

sesuatu tugas kumpulan. Kerjasama antara ahli cukup penting dan perlu dilakukan pada

peringkat awal dengan cara memilih dan mengunpul ahli-ahli yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran tertentu ke dalam kumpulan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli-ahli yang

berpengetahuan agar sesuatu masalah dapat diselesaikan.

Sesebuah kumpulan memerlukan satu set peraturan untuk mereka beroperasi. Kumpulan

kerja ini memerlukan set peraturan seperti berkaitan dengan mesyuarat, pembuatan keputusan,

perancangan, pembahagian kerja dan penilaian progress kerja. Peraturan juga membantu ahli-ahli

kumpulan menjadi selesa dan mempercayai serta menghormati antara satu sama lain. Sesebuah

kumpulan itu memerlukan prosedur operasi yang munasabah untuk membentuk sebuah

kumpulan yang berkesan.

Setiap kumpulan harus mempunyai hubungan interpersonal iaitu kumpulan terbentuk

daripada pelbagai individu yang masing-masing mempunyai nilai dan fahaman yang tersendiri.

Pemahaman dan penerimaan kepelbagaian ini membantu untuk menjadikan sesebuah kumpulan

itu kuat dan lebih efektif.

Setiap orang memerlukan supaya diri mereka dihargai oelh orang lain. Dalam satu

kumpulan, ahli-ahli perlu menunjukkan penghargaan, kritikan yang membina dan lain-lain.

Organisasi pula perlu memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada kumpulan yang telah berjaya

menyempurnakan sesuatu tugasan dan meletakkan tanggungjawab kepada semua ahli kumpulan

apabila kumpulan tersebut menemui kegagalan. Setiap kumpulan harus berkongsi kejayaan dan

kegagalan agar dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada kumpulan.

2

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Kumpulan yang berkesan merujuk kepada satu kumpulan iaitu ahli-ahli bersetuju dengan

misi kumpulan dan merasa tanggungjawab terhadap kumpulannya. Kumpulan yang berkesan

memberi kesan yang postif terhadap prestasi kerja pekerja dan produktiviti kumpulan. Ia

memerlukan sokongan pihak pengurusan organisasi terhadap aspek kebajikan pekerja, ganjaran

material dan non-material. Keberkesanan kumpulan dipengaruhi oleh komitmen ahli dan

sokongan pemimpin. Ahli merupakan aset penting yang menggerakkan aktiviti ke arah

keberkesanan kumpulan.

Dalam usaha untuk mencapai kumpulan yang berkesan, ahli haruslah bekerjasama untuk

mencapai matlamat kumpulan dan mempunyai sikap saling menyokong kerja

berkumpulan.tingkah laku setiap ahli memberi kesan kepada pembangunan kumpulan. Dalam

sesebuah kumpulan sikap positif ahli terhadeap kerja berpasukan membentuk orientasi

kumpulan. Budaya kerja berorientasikan kumpulan menekankan aspek kerjasama dan pandangan

yang positif terhadap ahli kumpulan yang lain.

Dalam sesebuah kumpulan perkongsian visi ialah sesuatu perkara yang penting. Pasukan

yang berkesan ialah yang komited kepada objektif dan prestasi kerja kumpulan. Matlamat ahli

menyumbang kepada kecekapan kumpulan terutamanya apabila matlamat yang ingin dicapai

adalah khusus dan mencabar. Kecekapan kumpulan meningkat apabila ahli kumpulan komited

terhadap matlamat, mendapat maklum balas tingkahlakunya dalam mencapai amtlamat

kumpulan dan percaya bahawa matlamat boleh dicapai. Bagi mewujudkan kumpulan yang

berkesan, ahli bukan sahaja bersetuju dengan tujuan kumpulan tetapi memindahkan arahan pihak

pengurusan ke dalam matlamat kumpulan yang boleh dicapai serta mengenal pasti kemajuan

pelaksanaan kerja.

3

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Keakraban pasukan merupakan pengumpulan persepsi ahli bahawa kumpulan boleh

menghasilkan prestasi yang baik dengan usaha mereka secara berpasukan. Ia bergantung kepada

keyakinan ahli terhadap kebolehan kumpulan. Semakin tinggi penerimaan ahli terhadap

keakraban kumpulan, semakin tinggi tahap motivasi terhadap ahli kumpulan. Ini meningkatkan

kuasa untk menghadapi halangan dan keinginan untuk meningkatkan prestasi kerja.keakraban

ahli kumpulan berkait dengan matlamat dan prestasi kumpulan. Ahli kumpulan akan menetapkan

matlamat yang tinggi jika mereka yakin untuk mencapai kejayaan.

Keakraban kumpulan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah prestasi kumpulan

yang lepas. Keakraban ahli kumpulan yang tinggi menunjukkan prestasi kejayaan yang tinggi

dikalangan ahli kumpulan yang lepas. Oleh itu ahli kumpulan akan menetapkan matlamat yang

sama rata atau lebih tinggi daripada prestasi mereka yang lepas. Organisasi pula akan

menyediakan sumber dan kemahiran bagi memastikan setiap ahli memberi komitmen kepada

pencapaian matlamat dan menggalakkan mereka menunjukkan prestasi yang tinggi.

4

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

2.0 BINCANGKAN HALANGAN DALAM KOMUNIKASI YANG MENJEJASKAN

KEBERKESANAN DALAM KEAKRABAN KUMPULAN

Dalam usaha bagi melahirkan hubungan yang baik antara kumpulan, terdapat beberapa faktor

yang perlu diketahui. Faktor-faktor ini jika diabaikan akan menimbulkan ketidakpuas hati bagi

mana-mana kumpulan dan juga mewujudkan hubungan yang tidak baik antara kumpulan. Antara

faktor-faktor tersebut adalah sistem ganjaran. Sistem ganjaran yang diperkenalkan di dalam

organisasi perlulah setara dan sekata untuk digunapakai oleh setiap kumpulan. Sistem dan

pemberian ganjaran yang kabur, tidak jelas dan tidak sekata umpamanya pemberian Anugerah

Cemerlang, kenaikan pangkat dan ganjaran untuk jabatan-jabatan akan melahirkan ketidkpuasan

hati dikalangan ahli-ahli di dalam kumpulan terbabit.

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sistem komunikasi yang cekap

dan berkesan. Perbezaan antara jabatan-jabatan jika tidak dihubungkan dengan satu sistem

komunikasi yang baik akan meretakkan hubungan antara kumpulan dan pencapaian ke arah

matlamat organisasi akan tersasar. Penggunaan emel, telefon dan media-media lain yanag

bersesuaian amat penting dalam mencapai hasrat ini.

Jabatan-jabatan yang wujud di dalam organisasi boleh dilabelkan sebagai satu kumpulan.

Interaksi antara-kumpulan-kumpulan ini adalah sedikit dan mungkin disebabkan oleh lokasi yang

berbeza dan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik. Birokrasi yang tidak terlalu rigid

dan menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk berinteraksi antara satu sama lain dapat menjadikan

kumpulan-kumpulan ini bersatu dan merasakan mereka sebenarnya berada dalam satu kumpulan

tanpa mempunyai rasa keterasingan.

Kepimpian organisasi merupakan antara faktor terpenting dalam usaha mewujudkan

hubungan antara kumpulan. Kumpulan-kumpulan yang tidak mendapat sokongan tanpa sebab

5

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

yang munasabah daripada pihak atasan dalam melakukan kerja-kerja mereka akan merasa

tersisih. Ini boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik daripada kumpulan tersebut kepada

kumpulan-kumpulan yang lain. Kepimpinan organisasi perlu meletakkan kepentingan organisasi

di hadapan dalam apa jua keadaan dan membelakangkan kepentingan individu.

2.1 Halangan Komunikasi Berkesan

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang

berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi,

perkataan-perkataan yang berlapis / berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan

(gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan

sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru

berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5

katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap

penerima dan halangan alam sekitar.

2.2 Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar

belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara

dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada

juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua

golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

6

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

2.3 Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi

berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang

digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang

kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan

difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu

perkataan mungkin   membawa erti yang berbeza  antara individu dengan  individu yang lain

2.4 Halangan Sikap Penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan

menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak

kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan

didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin

menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk

mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat

dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah

telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.

7

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

3.0 HURAIKAN BAGAIMANA STRUKTUR KUMPULAN MENENTUKAN

DINAMIKA KUMPULAN

Terdapat percanggahan pandangan tentang berapa ramai individu yang diperlukan untuk

membentuk sebuah kumpulan. Namun, kumpulan yang paling kecil dipanggil dyad iaitu terdiri

dari dua orang sahaja. Ada pendapat mengatakan saiz kumpulan tidak terhad selagi ia memenuhi

karakteristik kumpulan.

Kumpulan selalunya dibentuk dengan mempunyai objektif tertentu. Ahli-ahli dalam

kumpulan bergabung untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Kumpulan dapat

membantu atau memudahkan kita menyelesaikan masalah, menyampaikan maklumat,

menimbulkan rasa prihatin dan sebagainya.

Struktur kumpulan bertindak sebagai mencorakkan perhubungan kita dalam kumpulan

melalui dua elemen utama iaitu norma dan peranan. Norma adalah segala peraturan dan garis

panduan bagaimana kumpulan dan ahli-ahli sepatutnya lakukan atau hindarkan. Norma juga

mesti difahami dan dipersetujui oleh setiap ahli. Peranan pula melibatkan tingkah laku atau

fungsi yang perlu ada pada setiap ahli dalam kumpulan secara spesifik. Setiap ahli memikul

tanggungjawab peranan masing-masing selari dengan apa yang diharapkan.

Menjadi ahli dalam mana-mana kumpulan akan membuatkan kita berasa rapat dengan

ahli lain dan kumpulan itu sendiri. Ia dapat menimbulkan konsep kendiri atau perasaan yang

dikongsi sebagai sebahagian daripada kumpulan tersebut. Brown berpendapat konsep ini

memang tidak dapat dinafikan keahlian dalam kumpulan banyak menyumbang kepada sejauh

mana kita menghargai diri kita serta mengenal pasti di mana sebenarnya kedudukan kita dalam

masyarakat mahupun dunia.

8

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Ahli-ahli dalam kumpulan berinteraksi bukan hanya untuk melaksankan tugas dalam

mencapai matlamat, malah untuk memenuhi keperluan interpersonalatau sosioemosional,

sebahagian besar proses dan masalah dalam interaksi kumpulan melibatkan komunikasi.

Keberkesanan komunikasi kumpulan juga bergantung kepada saiz dan keadaan sesuatu

kumpulan itu. Lebih besar kumpulan lebih sukar untuk berkomunikasi secara bersekemuka

sesama ahli.

Interaksi juga boleh dikaitkan dengan keupayaan kumpulan untuk mempengaruhi

individu. Walaupun ahli psikologi seperti Allport cenderung untuk mencabar kepentingan

kewujudan kumpulan, beliau sendiri tidak dapat menafikan berlakunya perubahan tingkah laku

individu apabila berada di dalam kumpulan.

9

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

4.0 JELASKAN BAGAIMANA FAKTOR INDIVIDU MENENTUKAN DINAMIKA

KUMPULAN

Kumpulan yang berkesan merujuk kepada satu kumpulan iaitu ahli-ahli atau individu dalam

kumpulan itu bersetuju dengan misi kumpulan dan merasa tanggungjawab terhadap

kumpulannya. Kumpulan yang berkesan memberi kesan yang positif terhadap prestasi pekerja,

ganjaran material dan non-material, motivasi danmewujudkan self belonging dikalangan ahli.

Keberkesanan kumpulan dipengaruhi oleh komitmen ahli dan sokongan pemimpin. Ahli

merupakan aset penting yang menggerakkan aktiviti ke arah keberkesanan kumpulan.

Antara faktor individu yang menentukan dinamika kumpulan adalah melalui komunikasi.

Dalam sesebuah organisasi juga timbul masalah komunikasi antara individu dan individu yang

lain. Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Komunikasi

merupakan satu proses yang melibatkan pemindahan maklumat daripada pengirim kepada

penerima melalui saluran-saluran tertentu. Bentuk biasa komunikasi manusia adalah percakapan,

bahasa isyarat, penulisan, sikap dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentukinteraktif,

transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

Peranan yang utama ialah ketua kumpulan iaitu individu yang bertanggungjawab

menggabungkan dan melaksanakan semua aktiviti mengikut jenis kepimpinannya. Selain itu

peranan sebagai ahli baru memasuki kumpulan mempunyai perasaan bimbang, pasif, bergantung

kepada orang lain dan mengharapkan sokongan dan penerimaan ahli lain terhadap dirinya

sebagai ahli kumpulan.Peranan seorang ahli membolehkannya mempunyai kuasa untuk

mempengaruhi tingkah laku ahli yang lain. Selain itu tingkah laku seseorang ahli dalam

melaksankan peranannya boleh menggambarkan personaliti diri individu. Dalam sesetengah

keadaan, tingkah laku ahli akan berubah apabila peranannya juga berubah.

10

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Dalam komunikasi kumpulan mempunyai beberapa jenis komunikasi. Antaranya ialah

klinaks komunikasi pertahanan. Komunikasi ini menerangkan apabila ahli memberi maklum

balas kepada idea yang tidak disukai dengan reaksi penilaian negatif membuatkan idea asal

dikritik dan ditentang, maklum balas penilaian ini menunjukkan sifat kepercayaan rendah dan

pertahanan tinggi di kalangan ahli. Sebaliknya, apabila seseorang individu itu membuat

cadangan, ahli yang lain mungkin akan berkata ia sebagai mustahil.

Orientasi kawalan boleh dilihat melalui tingkah laku ahli yang berbeza dalam kumpulan.

Komunikasi ini berlaku apabila ahli percaya bahawa ahli yang lain memanipulasikan kumpulan

dalam memastikan mereka mendapat apa yang diingini. Jika sesetengah ahli merasakan ditipu

dan sesetengah ahli yang lain bertingkah laku untuk kepentingan personal serta meimbulkan

keadaan yang tidak baik kepada kumpulan, ia menjadikan pertahanan dan halangan.

Apabila ahli bertingkah laku sebagai ketua dalam kumpulan dan cuba mempertahankan,

kehormatan diri melebihi kepentingan ahli yang lain tidak bermotivasi. Dalam klimaks sokongan

ahli merasa dihargai dan percaya bahawa mereka berkualiti iaitukesamarataan antara ahli.

Faktor keupayaan ialah pengetahuan yang diperoleh, persamaan persekitaran atau

pengetahuan asas dan pengalaman. Faktor motivasi terbukti mempengaruhi pemindahan latihan

ini kerana individu yang tidak mempunyai motivasi yang sesuai ketika menghadiri kursus

latihan akan menunjukkan prestasi lemah dalam menerima latihan yang diajar semasa kursus dan

juga gagal mengamalkan apa yang dipelajarinya ke tempat kerja.

11

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

Kecekapan diri (self-efficacy) di mana Swarzt (2002) menjelaskan, kecekapan diri

merupakan satu mekanisma daripada pengaturan kendiri yang melibatkan kepercayaan seseorang

individu mengenai keupayaannya berhubung dengan sesuatu tugas yang khusus, lebih spesifik, ia

adalah tentang keupayaan untuk mengawal hasil berhubung dengan tugas tersebut. Dalam hal ini

kemahiran pengurusan kendiri merupakan satu set kebolehan dan keupayaan pelatih untuk

menghadapi dan mengatasi kesukaran percubaan dalam menggunakan kemahiran di tempat

kerja.

12

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

5.0 BINCANGKAN BAGAIMANA EMOSI KUMPULAN BOLEH MEMBERIKAN

IMPAK TINGGI KEPADA KOMITMEN INDIVIDU DALAM KUMPULAN

Keberkesanan ahli dan ketua kumpulan adalah dengan melihat kepentingan kuasa. Mereka sedar

siapa yang mempunyai kuasa siapa dan kenapa dan mengetahui siapa menggunakan sumber

kuasa yang paling efektif ke atas mereka. Mereka menggunakan kuasa dalam memastikan ahli

yang lain menghormati hak mereka dan untuk kebaikan kumpulan.

Emosi kumpulan merujuk kepada komunikasi iaitu transmisi maklumat dan kefahaman

antara ahli dalam kumpulan. Komunikasi juga dilihat sebahagian struktur kumpulan. Dalam

sesebuah kumpulan,komunikasi adalah saluran arahan dan aliran mesej antara ahli. Komunikasi

yang berkesan turut mempengaruhi keberkesanan kumpulan. Ahli kumpulan berkomunikasi

untuk bertukar maklumat, menyelesaikan masalah dan menyelaraskan aktiviti. Kegagalan dalam

komunikasi boleh menyebabkan salah faham dan konflik, penggunaan kemahiran dan sumber

tenaga yang minimum serta pembaziran masa.

Komunikasi dalam kumpulan juga menunjukkan hubungan yang harmoni dan

penyempurnaan tugas dengan baik di kalangan ahli. Ahli merasa selesa berkongsi idea dan

mengatakan sesuatu yang menunjukkan mereka mengambil berat terhadap kumpulan, tugas dan

ahli-ahli yang lain. Klimaks komunikasi ketahanan berlaku apabila ahli tidak membuka peluang

kepada ahli yang lain memberi idea dan tingkah laku seperti mereka telah mempunyai jawapan

dalam sesuatu isu. Jenis komunikasi ini ialah memperkecilkan dan memburukkan orang lain

Peringkat konflik dalam kumpulan wujud apabila ahli di dalam kumpulan menyakitkan

hati antara satu sama lain dan antara ahli dan pemimpin. Kemarahan dan permusuhan mungkin

akan berlaku disebabkannya. Individu akan menentang tugas yang diberikan dan bekerja dengan

orang lain atau cuba untuk mengubah sesuatu untuk memenuhi agenda personal mereka. Di

13

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

peringkat ini kepimpinan memainkan peranan yang amat penting untuk mengatasi masalah ini

kerana akibatnya kumpulan yang bermusuh akan menubuhkan kumpulan masing-masing dan

keadaan ini akan membentuk isu perpecahan kumpulan kecil. Selain itu , konflik juga

digambarkan lebih selamat apabila kumpulan cuba mengelakkan konflik dan mewujudkan nilai

yang harmoni.

Konflik yang penuh emosi diikuti dengan perasaan pulling together dan ahli kumpulan

akan menjadi lebih sensitif. Ahli akan merasai diri mereka ialah sebahagian daripada kumpulan

dan menerima norma-norma kumpulan. Tahap norming ini memfokuskan kepada kesepaduan

kumpulan iaitu dengan melihat kepada konsep dan sejarah kumpulan.

14

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

6.0 BAGI MEMPERKUKUHKAN DINAMIKA, BERI PANDANGAN ANDA

MENGENAI KONOTASI INI “HiGH INTERACTION TEAM NEEDS HIGH

TASK COHESION TEAM”

Kejelekitan kumpulan boleh dilihat dari dua aspek. Pertama di peringkat individu kejelekitan

bermakna tarikan dikalangan ahli kumpulan berdasarkan perasaan suka, sayang, hormat dan

percaya. Kedua, di peringkat kumpulan, kejelekitan menggambarkan kesepaduan ahli dan saling

bergantungan yang tinggi sehingga membentuk satu unit unit yang mantap. Perasaan ‘sense of

belonging’ terhadap kumpulan akan memberikan semangatkekitaan bila berada dalam kumpulan

atau mewakili kumpulan tersebut.

Untuk berfungsi secara efektif, kumpulan mesti bersatu, bergantungan antara satu sama

lain, mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan ahli dan mempunyai suasana emosi yang

positif. Keadaan ini menggambarkan suasana harmoni dan suka antara satu sama lain serta

komitmen kepada kumpulan menunjukkan wujudnya ‘cohesion team’. Cohesion team adalah

merupakan semua sifat positif dan negatif di mana menyebabkan individu mengekalkan keahlian

mereka dalam sesebuah kumpulan untuk tinggal dalam kumpulan dengan lebih baik berbanding

pengaruh ahli kumpulan untuk meninggalkan kumpulan. Ini disebabkan semua faktor-faktor

yang mempengaruhi ahli kumpulan untuk terus tinggal dalam kumpulan tersebut.

Cohesion team yang dikenali sebagai kejelekitan dalam kumpulan ditentukan melalui

penilaian oleh ahli kumpulan terhadap kesan keinginan dan bukan keinginan ahli kumpulan.

Lebih banyak bantuan yang diberikan menyebabkan lebih ramai akan tertarik kepada kumpulan

15

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

tersebut. Hasilnya dijangkakan melalui keahlian yang diberikan oleh kumpulan bergantung

kepada faktor semulajadi kumpulan dan matlamat kumpulan tersebut, sejauhmana kejelasan

matlamat yang ada. Kejelekitan dalam kumpulan akan berubah disebabkan perbezaan ahli

tertarik kepada kumpulan dalam darjah yang berbeza dan ahli yang sama tertarik kepada

kumpulan dalam darjah yang berbeza dan ahli yang sama tertarik ke arah yang berbeza pada

masa yang berbeza.

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kejelekitan kumpulan membawa beberapa kesan

kepada kumpulan. Sekiranya kejelekitan meningkat akan menyebabkan semakin lama ahli

menyertai kumpulan tersebut. Kemungkinan matlamat akan tercapai adalah lebih baik.

Kejelekitan kumpulan yang tinggi adalah dicirikan melalui pusing ganti keahlian yang rendah

dan ketidakhadiran yang rendah, penglibatan ahli kumpulan akan semakin baik dan lebih banyak

sumber yang digunakan dalam kumpulan untuk meningkatkan pencapaian matlamat. Akhirnya

lebih banyak kejelekitan dalam kumpulan wujud dan mematuhi norma kumpulan. Apabila norma

menyokong produktiviti, ahli kumpulan akan bekerja dengan lebih kuat. Apabila norma kurang

menyokong, produktiviti kumpulan akan menurun. Kebiasaannya dalam kumpulan yang

mempunyai struktur bekerjasama, norma kumpulan memerlukan ahli kumpulan melakukan

sebaik mungkin untuk membantu kumpulan menjadi lebih produktif.

Apabila kejelekitan meningkat, ahli kumpulan akan menjadi lebih komited

terhadap matlamat kumpulan,menerima tugas yang diberikan dan lebih bersedia terhadap

peranan yang diberi dan mematuhi norma kumpulan dengan lebih baik. Ahli kumpulan yang

mempunyai kejelekitan meletakkan nilai yang baik terhadap matlamat kumpulan. Mereka juga

ingin melindungi norma kumpulan melalui mengurangkan tekanan atau setia kepada kumpulan

dan sukarela untuk bekerja ke arah mencapai matlamat.. ahli kumpulan yang bersatu padu,

16

NO MATRIK: 192944 GMGM2043 DINAMIKA KUMPULAN

bertanggungjawab terhadap kumpulan, lebih bermotivasi untuk menyelesaikan tugas kumpulan

dan lebih berpuas hati dengan kerja mereka di dalam kumpulan. Mereka mempengaruhi antara

satu sama lain dalam proses membuat keputusan dan sukarela dipengaruhi oleh orang lain.

Kejelekitan kumpulan yang tinggi merupakan sumber kepada keselamatan ahli. Oleh itu

mereka akan mengurangkan kebimbangan dan seterusnya akan meningkatkan self-esteem.

Antara kaedah untuk meningkatkan kejelekitan dalam kumpulan adalah dengan menstrukturkan

kerjasama di kalangan ahli, kejayaan ahli mendapatkan keperluan personal mereka, mengekalkan

tahap kepercayaan yang tinggi dikalangan ahli dan memperkenalkan norma kumpulan yang

menggalakkan kepercayaan antara satu sama lain, prihatin dan berperasaan antara ahli kumpulan.

17