dilemaku dilema melayu

Download Dilemaku Dilema Melayu

If you can't read please download the document

Upload: semut-hitam

Post on 07-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

!

TRANSCRIPT

Khazanah Bendahara Seri MaharajaDilemaku Dilema Melayu !Argghh! Dilemaku!Dilema! Dilema! Dilema!!

Aku dambakan peralihan paradigma yang pantas! Aku mahukan reformasi, aku menuntut rsi!! Aku impikan perubahan yang syumul sebelum segala-segalanya menjadi hancur berkecai diinjak-injak oleh generasi ummah modenis dan liberalis pelampau, pelaku-pelaku maksiat dan ahli-ahli munafikun yang cabul dan dayus, manusia-manusia kuffar lagikan harbi yang mencabar-cabar hukuman dari langit!! Aku minta barang dijauhkan Allah menyahut cabaran-cabaran manusia jahiliyyah ini kerana jikalau bala turun, tak kiralah kecil besar, tua muda, lelaki perempuan, yang berdosa dan tidak berdosa, semuanya sekali akan terkena bahananya, bebahannya,tempiasnya..tidak terlindung sedikitpun daripadanya kecuali sebahagian kecil golongan insan berbahagia yang masih tetap diberi perlindungan dengan rahmatNya.

Aku minta dihentikan serta-merta semua kejahilan, kegelojohan, ketamakan, kezaliman,nganiyaan, kedayusan serta pencabulan yang melampau-lampau batasan ini demi masahadapan anak cucuku, demi kedamaian serta kesejahteraan generasi-generasi akandatang yang masa ini baru mahu mengenal erti sebuah kehidupan, masih hingusan, terlalu mentah untuk merasai kesusahan dan kepayahan, apatah lagi bibit-bibit kesengsaraan, penderitaan dan pengorbanan.

Apakah yang harus aku perbuat pada gelombang tsunami pembaratan hebat yang kini sederas melanda tanah airku dengan membawa bersamanya segala sampah sarap dan kotoran najis cara hidup manusia-manusia jahiliyyah sehingga bagaikan kanser telah mula meracuni jiwa serta budaya Islam bangsaku, terutamanya golongan anak-anak muda masakini yang sering dalam kemelut, teraba-raba mencari identiti diri?

Apa yang harus kulakukan dengan sebaran luas media massa berunsur maksiat dan separcah, yang khurafat lagikan tahyul, yang syirik, sesat dan mengelirukan, terlalusedikit ilmu-ilmu yang berfaedah, gawat dengan nilai-nilai peradaban dan kesantunan, mempamirkan budaya jalanan secara terang mahupun berselindung, bersepah-sepah merata, begitu mudah diperolehi lalu menjadi bahan tontonan, keghairahan dan mimikan pemuda-pemudi Islam dan anak-anak Melayu?

Apakah yang harus aku nistakan pada manusia-manusia pelopor cita bencana yang denn-tangan tersembunyi telah mempelopori dan menggerakkan budaya liar, kehidupan hedonistik, hiburan jalanan, menggalakkan pergaulan bebas anak-anak muda lelaki dan perempuan yang Islam dan Melayu, sehingga meningkatnya kes-kes pelacuran danperzinaan, lalu lahirlah bayi-bayi yang tidak berdosa, sampai hati dibuang bagaikan sampah sarap mahupun dibunuh dengan kejam!!

Apa yang harus kuperingatkan pada golongan artis-artis dan selebriti-selebriti panak Melayu yang disebut sebagai idola namun sayang seribu kali sayang, ramai yang menunjukkan contoh moral yang bejat, menjadi ikutan para peminat?

Apa yang harus kukatakan pada politikus-politikus tempatan yang kini sering bermaintik picisan, persukuan, cabar-mencabar, cantas-mencantas, saman-menyaman, penuhdengan pesta keegoan dan upmanship masing-masing sehingga terabai amanah kepimpinan?? Lalu tercetuslah pecah-belah nan hebat, menjatuhkan martabat tanah airku dimata dunia, ditertawakan orang-orang luar, diambil kesempatan oleh anasir-anasirsubversif sehingga jikalau tidak ditangani mampu menggoyahkan keselamatan negara??

Apakah yang harus kucercakan pada golongan si jelek, pada kebodohan si penderhaka yng mencabuli kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu yang sakaral, kesumat untuk memecah-belahkan perpaduan ummah dan orang-orang Melayu, yang sentiasa hasad, sukamengadu-domba dan hasut-menghasut di kalangan mereka? Jikalau mereka degil mahuterjun ke lubuk buaya walaupun sudah berkali-kali diperingatkan tentang mara bahayanya, itu hal mereka, tapi mengapa pula mahu dihumban sekali golongan rakyatMelayu yang naf ?? Apa untungnya agenda pak kaduk-pak kaduk, lebai malang-lebai malang dan pak pandir-pak pandir moden ini, mungkinkah kerana kebodohan mereka yang gagal dibendung, suatu masa nanti terjadi bencana menang sorak, kampung tergadai kepada bangsa Melayu ini??

Haruskah aku pasrah dan mengalah dengan lambungan badai tsunami mega yang melanda tairku, membawa bersamanya kuman cita bencana yang amat mengancam keluhuran spiritualisme anak bangsaku selama ini, sehingga dalam bahaya kehancuran Melayu dan kekuatan Islam? Atau adakah aku perlu melawan gelombang pembinasa ini pada segenapkekuatan dan jiwa ragaku? Bagaimana? Terasa kerdil dan lemah sekali dengan keupayaanku yang tidak seberapa.Argggh! Dilema, dilema.

Aku dambakan reformasi! Aku menuntut revolusi! Aku dambakan peralihan paradigma yantas sebelum sayang semuanya sudah terlambat, tak guna engkau sesalkan lagi. keranaaku takutkan kemurkaan dan azab Illahi pada umat ini!!

Aku bukanlah malaikat, tidak juga seorang wali. Aku bukan manusia maksum, banyak kean, kesilapan dan kealpaan. Aku rakyat awam, lahir dari sebuah keluarga biasa dengan latarbelakang pendidikan sekular sepertimana halnya kebanyakan orang-oranglain di luar sana. Dan sepertimana kebanyakan mereka, aku juga pencinta keamanan, mendambakan kesejahteraan. Aku penjejak kebenaran, bertatih selangkah demi selangkah dalam suatu kembara panjang mencari jalan berpulangan kepada Yang Maha Pencipta, Tuhanku dan Tuhan semua makhluk tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, itulah Allah RabbulJalil. Aku impikan zaman penuh kedamaian, hidup dalam suasana masyarakat luhur madani yang gemilang, menyambung tradisi leluhurku yang menjunjung agama dan menjinjing adat, mendakap budaya penuh kesantunan dan berperadaban tinggi. Namun apa yang aku saksikan di sekelilingku mutakhir ini amat mendukacitakanku. Terfikir-fikir di benakku tentang sabdaan junjungan mulia Rasulullah SAW, Baginda semulia-mulia makhluk ciptaan Illahi, bahawa salah satu tanda Akhir Zaman adalah apabila umat Islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku di sekeliling mereka malangnya tidak mampu mencegahnya kerana sudah terlalu umum! Melihatkan kebencanaan umum yang melata berlaku di sekelilingku hari ini, aku menjadi yakin bahawa inilah satu fasa daripada fasa-fasa Akhir Zaman. Dari aspek yang lain pula, aku bimbang dengan gaya hidup dan hala tuju generasi mudamasakini. Kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebung, dan jikalau keruh di hulu bermakna keruhlah di hilir. Namun apa yang kuperhatikan, kini wujudbibit-bibit pengasingan anak-anak muda Melayu daripada budaya tradisi nenek moyang mereka, terlalu gersang dan jauh terpinggir daripada nilai-nilai kesantunan serta peradaban Melayu dan tuntutan-tuntutan agama Islam yang mulia, harmoni danmensejahterakan. Dan aku curiga dengan penglibatan golongan modenis dan liberalis pelampau dalam membimbing sebahagian anak-anak muda ini, seolah-olah digerakkan oleh tangan-tangan terselindung dengan suatu agenda yang cukup sinis, iaitu ingin memalapetakakan masa hadapan bangsa Melayu. Percambahan kes-kes murtad di kalangan orang-orang Melayu hari ini sudah cukup menjadi hujjah kukuh tentang natijah yang lahir daripadaagenda jahat mereka!!

Aku juga khuatir melihat trend kebanyakan gadis-gadis Melayu yang sebahagian merekaberasal dari kampung, datang ke bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur untuk bekerja ataupun menuntut ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi. Sebahagian mereka telah mula pandai bermain sandiwara dengan keluarga dan saudara mara di kampung, mengamalkan double standard dalam kehidupan, berbaju kurung, bertudung litup,menjadi gadis Melayu penuh santun dan beramal agama di kampung, sedangkan hakikatnya adalah gadis-gadis liar dan bebas laku setiap kali mereka kembali ke bandar. Sebahagiannya menjadi wanita-wanita yang bersekedudukan dengan teman-teman lelaki mereka, mengambil sugar daddy, ataupun bekerja part-time sebagai GRO di sebelah malam bagi menampung gaya hidup moden serba kecanggihan, ibubapa di kampung yang terlalu naf sibuklah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kesayangan mereka, sejuk hati mendapat sejumlah wang kiriman anak pada setiap penghujung bulan, langsung tidak tahu menahu betapa mereka telah ditipu bulat-bulat oleh anakanak yang tertambat dengan kehidupan penuh keji dan terpesong. Paling menyedihkan, terpampang di dada-dada akhbar utama bahawa kes-kes zina sehingga melahirkan anak-anak luar nikah banyak melibatkan pelajar pengajian tinggi IPTyang berasal dari kampung. Mereka datang dengan niat suci untuk menuntut ilmu, menjadi golongan intelek pembangun negara di masa hadapan, harapan nusa dan bangsa, namun sayang seribu kali sayang, kecundang moral di tengah jalan gara-gara terjebak dalam kancah kehidupan yang ternoda. Belumpun termasuk statistik yang melibatkan gadis-gadis Melayu yang bekerja di kilang-kilang serta di tempat-tempatlain yang juga terpaksa berjauhan daripada keluarga mereka di kampung-kampung. Merintihlah roh-roh nenek moyang orang-orang Melayu melihat gelagat sumbang cucu-cicit mereka sebegini. Aku menjadi kaget bila memikirkan apa akan terjadi jikalau anak-anak muda Melayu seperti inilah yang bakal menerajui generasi kepimpinan masa hadapan, mencorak dasar dan menentukan halatuju negara ini dan bangsaku. Apa akan jadi dengan kehidupan anak-cucuku di tangan kepimpinan Melayu yang memayungi dan menggerakkan jenis tamadun tidak bertuhan (godless society) ini? Apakah ada masa hadapan yang cerah dan cemerlang untuk bangsa dan agamaku, untuk kekal sebagai sebuah negara yang masih terus mengamalkan gagasan MELAYU ISLAM BERAJA yang redup pegangan leluhur bangsa ini semenjak hampir 600 tahun yang lalu? Apakah dengan kegawatan pengamalan agama dalam masyarakat Melayu hari ini yang dibiarkan terus merebak dan berleluasa umpama barah yang kronik, sehingga dalam ancaman melahirkan generasi-generasi yang hampir menyerupai kehidupan masyarakat jahiliyyah, bakal menjemput hukuman dari langit dalam bentuk bencana-bencana besar di tanah airku ini?? Jikalau ianya terjadi, siapakah yang bakal menjadi mangsa kepada malapetaka ini, adakah hanya orang-orang zalim yang patut-patut menerima hukuman, ataupun termasukjuga golongan anak-anak kecil yang tidak berdosa, kaum ibu dan warga emas yang lemah dan tidak berdaya, sepertimana yang galak dipertontonkan kepada umum dalammedia-media perdana sewaktu Acheh dilanda tsunami tahun 2006 yang lalu, dan kalaGaza dijarah Yahudi Zionis yang kejam awal tahun 2009 baru-baru ini?? Arrgh! Dilemaku! Segenap sanubariku meronta-ronta minta semua yang jahil, jahat dankorup ini dihentikan serta-merta, kerana aku terlalu bimbang gara-gara ini semuakemungkinan tercetus malapetaka-malapetaka hebat yang menghancur serta menghuru-harakan manusia dan alam kerana itulah sunatullah, hukum alami. Hujjahnya pun banyak tertera dalam al-Quran dan al-Hadeeth, termaktub dalam sejarah kehidupan manusia yang panjang. Apakah kudratku untuk menghentikan semua ini?? Tiadalah daya upayaku melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Petikan dari buku Cita Sempurna Melayu Islam Beraja & Ahlul-Bait Nabi SAWUntuk maklumat lanjut, rujuk bahagian Karya Penulis

Version: Mobile | Web