dialek dalam bahasa melayu

16
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Penguasaan bahasa merupakan tafsiran kepada lambang-lambang yang terdiri daripada perkataan- perkataan sebagai cara bagi memperoleh pengetahuan, baik secara lisan mahupun secara bertulis (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir , 2005: 1). Laras bahasa pula ialah penggunaan bahasa mengikut konteks dan situasi. Maka, pengkajian mengenai laras bahasa adalah penting dalam usaha mencari perbezaan penggunaan bahasa dalam konteks dan bidang yang berlainan. 1.1Definisi 1.1.1Definisi Laras Bahasa Laras Bahasa ialah cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa mengikut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Seseorang pengguna bahasa akan menggunakan bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Taraf kemajuan sesuatu bahasa diukur melalui jumlah laras yang wujud dalam sesuatu bahasa itu juga berdasarkan kepada perkembangan sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat. 1

Upload: bio-nick-bio-edd

Post on 29-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ciri-ciri utama dalam dialek Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Dialek dalam Bahasa Melayu

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang

arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Penguasaan bahasa merupakan tafsiran kepada lambang-lambang yang terdiri daripada

perkataan-perkataan sebagai cara bagi memperoleh pengetahuan, baik secara lisan mahupun

secara bertulis (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir , 2005: 1). Laras bahasa pula ialah

penggunaan bahasa mengikut konteks dan situasi. Maka, pengkajian mengenai laras bahasa

adalah penting dalam usaha mencari perbezaan penggunaan bahasa dalam konteks dan bidang

yang berlainan.

1.1Definisi

1.1.1Definisi Laras Bahasa

Laras Bahasa ialah cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa mengikut situasi bahasa itu

digunakan dan bidang yang diperkatakan. Seseorang pengguna bahasa akan menggunakan

bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Taraf kemajuan sesuatu bahasa

diukur melalui jumlah laras yang wujud dalam sesuatu bahasa itu juga berdasarkan kepada

perkembangan sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat.

1

Page 2: Dialek dalam Bahasa Melayu

1.1.2 Definisi Laras Bahasa Sains

Laras Bahasa Sains adalah penyampaian maklumat berdasarkan kajian dan fakta. Laras ini

disampaikan secara formal dan objektif serta penggunaan kata yang tepat iaitu menggunakan

kata ganti nama dan mengurangkan penggunaan kata adjektif. Laras ini turut menekankan

terhadap penggunaan kosa kata atau rumus sains.

1.1.3 Definisi Laras Bahasa Sains Sosial

Laras Bahasa Sains Sosial ialah penggunaan gaya bahasa yang kurang atau tidak iaitu tidak

menggunakan kata “kita” dan “anda”. Laras Bahasa ini juga banyak menggunakan kata kerja

pasif atau bentuk-bentuk lain. Laras bahasa Linguistik ialah penggunaan kata yang

menggunakan jenis-jenis tertentu termasuklah stilistik, etnolinguistik, sosiolinguistik,

psikolinguistik, semantik, retorik, pragmatik dan semiotik.

1.2 Permasalahan Kajian

1- Kurangnya pengkajian oleh pengkaji dalam melihat perbezaan laras dan perbezaan

sesuatu laras daripada bidang-bidang yang berbeza.

2- Timbulnya masalah kekeliruan dalam penggunaan laras mengikut bidang.

2

Page 3: Dialek dalam Bahasa Melayu

1.3 Objektif Kajian

Objektif pengkajian dijalankan adalah untuk:

1- Menganalisisperbezaan laras bahasa yang terdapat dalam bidang Sains Tulen iaitu

Fizikdanbidang Sains Sosial iaitu Linguistik.

1.4 Skop Kajian

Kajian hanya diskopkan kepada laras bahasa dalam bidang sains tulen dan sains sosial. Kajian

dalam bidang sains tulen hanya diskopkan kepada fizik iaitu kajian laras bahasa yang terdapat

dalam buku “Asas- Asas Fizik Statistik dan Terma” hasil penulisan F.Reif yang

diterjemahkan oleh Sabar Bauk. Manakala Linguistik menjadi pilihan dalam perkongsian ilmu

dalam bidang sains sosial dengan pengkajian dalam buku “Linguistik Melayu” hasil tulisan

Zulkifley Hamid, Ramli Md.Saleh dan Rahim Aman. Selain itu, kajian dalam laras ini

menekankan ciri-ciri linguistik iaitu dari aspek leksikal dan sintaksis.

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan pengkajian adalah untuk:

1- Memberikan penerangan dengan lebih jelas mengenai perbezaan yang terdapat dalam

Laras Bahasa Sains dan Laras Bahasa Sains Sosial.

2- Melihatkan kesesuaian dan ketepatan penggunaan sesebuah laras bahasa dalam

sesuatu bidang.

3

Page 4: Dialek dalam Bahasa Melayu

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan teliti mengenai kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan. Pengkaji akan memperlihatkan kajian yang telah dijalankan daripada peringkat

pengajian tinggi dan perbicaraan sarjana-sarjana berhubung dengan aspek yang akan dikaji

oleh pengkaji. Kajian akan menyorotkan mengenai laras bahasa yang terdapat dalam bidang

sains dan sains sosial.

Sorotan kajian adalah satu himpunan maklumat terawal yang mempunyai hubungan secara

langsung dan tidak langsung dalam kajian yang dilakukan. Kesilapan yang berlaku dalam

kajian dapat dikurangkan apabila kajian lepas dikaji dengan lebih mendalam juga mampu

memberikan pengajaran melalui pengalaman lalu orang lain. Terdapat beberapa orang

pengkaji lepas telah membuat kajian mengenai laras bahasa yang terdapat dalam bidang sains

dan sains sosial. Penggunaan laras bahasa digunakan dan diaplikasikan dengan teliti selaras

dengan bidang dan konteks yang diuntukkan.

2.2 Laras Bahasa Sains dalam bidang Fizik.

Khalijah Mohd. Salleh (1992: 13) dalam bukunya “Pendidikan Fizik di Universiti Suatu

Perspektif” telah menjelaskan bahawa fizik adalah satu cabang bidang ilmu sains. Ia berbeza

dari bidang sains yang lain seperti kima atau biologi kerana objek kajian disiplin ini merujuk

4

Page 5: Dialek dalam Bahasa Melayu

kepada aspek jirim yang terdapat dalam segala benda yang dicipta Tuhan. Matlamat utama

disiplin ilmu ini ialah untuk memperoleh ilmu sebenar tentang alam kejiriman secara objektif

(Maxwell 1984), dan secara bertertib yang logik. Fitur alam yang ingin dikaji ialah tentang

bentuk, sifat, perilaku objek kejiriman yang wujud, hukum-hukum yang dipatuhinya dan

syarat terlihatnya bentuk sifat. Tujuan semua ini akhirnya adalah untuk membantu manusia.

Sabar Bauk (1991:1) dalam buku terjemahannya “Asas-asas Fizik Statistik dan Terma” telah

meninggalkan pendekatan sejarah dan mengambil pendekatan yang menekankan kesatuan

asasi perkara pokok dan berusaha untuk membentuk pengertian fizik dengan menekankan

kandungan miksoskopik teori tersebut. Pengkajian sistem yang terdiri daripada bilangan zarah

yang banyak boleh jadi merupakan penyelidikan fizik moden yang paling aktif di luar bidang

fizik tenaga-tinggi.

2.3 Laras Bahasa Sains Sosial dalam bidang Linguistik.

Abdullah Hassan (1984:2) dalam bukunya “Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran

Tatabahasa” telah menjelaskan bahawa linguistik ialah satu sains yang mengkaji bahasa .

Linguistik mengandungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari

oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisis satu-satu bahasa. Teori-teori dan teknik-teknik

menganalisis bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa daripada pemerhatian-pemerhatian

mereka terhadap bahasa.

5

Page 6: Dialek dalam Bahasa Melayu

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan sorotan kajian lepas yang telah dikaji ini, kesimpulan yang dapat dikonklusikan

ialah walaupun pendekatan yang berbeza digunakan dalam bidang yang berlainan, tujuannya

tetap sama iaitu mahu membantu manusia. Membantu manusia dalam konteks kedua-duanya

adalah sebagai medium menambah ilmu pengetahuan dengan penggunaan laras bahasa yang

berbeza supaya lebih mudah difahami. Pengkajian seterusnya akan menjelaskan mengenai

perbezaan yang belaku dalam laras bahasa sains dan sains sosial.

6

Page 7: Dialek dalam Bahasa Melayu

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan tatacara penyelidikan yang akan diaplikasikan dalam kajian yang

dilakukan. Maka, beberapa perkara akan dijelaskan dalam bab ini meliputi aspek pendekatan,

pandangan dan teori yang akan digunakan.

3.2 Kaedah Kajian

Usaha penghasilan kajian ini, terdapat dua kaedah kajian yang akan digunakan oleh pengkaji,

iaitu:

1- Kaedah kajian kepustakaan

Kaedah ini digunakan dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat yang relevan dan

berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Rujukan dibuat dengan menggunakan

Kamus Dewan, Kamus Ensiklopedia, Buku Rujukan, Makalah, Jurnal dan kertas kerja

terdahulu bagi tujuan pemantapan dalam kajian ini.

2- Kaedah Kajian Teks

Kaedah ini digunakan dengan menganalisis, memahami dan meneliti secara terperinci

berdasarkan kajian lalu mengenai laras bahasa. Berdasarkan kaedah ini, dapat dilihat

perbezaan laras yang berlaku antara Laras Bahasa Sains dan Laras Bahasa Sains Sosial.

7

Page 8: Dialek dalam Bahasa Melayu

3.3 Laras Bahasa Sains dalam bidang Fizik.

Sains merujuk kepadailmu memaklumkan kepada kita satu struktur yang merangkum hukum

alamiah ciptaan Allah untuk menggambarkan kebesaranNYA. Khalijah Mohd. Salleh dalam

bukunya “Pendidikan Fizik di Universiti Satu Persepektif”(1992:14) menjelaskan kajian

tentang alam iaitu dengan melihat kajian termodinamik manusia mempunyai kuasa untuk

merekacipta wap, bagaimana kajian semi-konduktif telah membolehkan transistor, radio

transistor dicipta. Penggunaan laras bahasa melibatkan penggunaan deria dan pengalaman dari

segi bentuk, sifat atau proses fenomena yang berlaku.

3.4 Laras Bahasa Sains Sosial dalam bidang Linguistik.

Disiplin Linguistik terdapat dalam lapangan studi yang satu dengan yang lain berhubungan,

oleh kerana masing-masing bidang memberikan perhatian dan konsentrasi tertentu pada

aspek-aspek bahasa. Jos Daniel Parera dalam bukunya “ Kajian Linguistik Umum Historis

Komparatif dan Tipologi Struktural: 1991” menyatakan Linguistik dibezakan dengan

Linguistik Deskriptif, Linguistik Komparatif, Linguistik Historis, Linguistik Bandingan,

Linguistik Terapan dan Linguistik Geografi.

3.5 Kesimpulan

Melalui bab ini, dapat diterangkan dengan jelas teori dan pandangan yang digunakan dalam

usaha memahami, meneliti dan mengkaji perbezaan antara laras bahasa sama ada Sains dan

Sains Sosial. Penggunaan ayat yang berbeza dalam bidang yang berbeza menyumbang kepada

pemerolehan bahasa yang berbeza dalam setiap laras. Bab seterusnya akan menerangkan

mengenai dapatan kajian, iaitu maklumat yang didapati setelah kajian dijalankan.

8

Page 9: Dialek dalam Bahasa Melayu

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Pengkaji akan turut menjalankan kajian perbezaan mengenai laras ini dengan memasukkan

kajian mengenai aspek leksis dan sintaksis. Aspek leksis ialah . Aspek sintaksis

4.2Laras bahasa Sains

Laras bahasa sains boleh mempunyai gaya didaktik dan gaya sepenuh peribadian.

Gaya didaktik bertujuan untuk mengajar dengan menggunakan ungkapan tertentu yang

menunjukkan unsur ajaran, arahan dan penjelasan.

i- Terdapat gabungan arahan dengan penjelasan.

Contoh dalam teks yang dikaji : Aspek-aspek Fizik Statistik dan Terma

ii- Terdapat gabungan arahan dengan pertanyaan.

iii- Terdapat gabungan pertanyaan dengan penjelasan.

Gaya separuh peribadian ialah apabila perkataan “kita” lazimnya digabungkan dengan konsep

“mengajak”. Walaupun laras bahasa sains lebih menjurus kepada sikap yang formal, tetapi

ciri peribadian tetap timbul dengan menggunakan konsep “kita” dan “anda”.

Contoh ayat yang digunakan dalam laras bahasa sains ialah :

1. Asas-asas Fizik Statistik dan Terma, halaman 63.

9

Page 10: Dialek dalam Bahasa Melayu

“ Pertimbangkan suatu penghayun harmonik satu dimensi berjisimƠdan pemalar spring k, dan

bincangkan dalam sebutan mekanik klasik. Tandai koordinat sesaran pengayun dengan x dan

momentum linearnya dengan p. Ketika itu ruang fasa adalah dua dimensi. Tenaga E pengayun

diberikan oleh E = p² + 1”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti perkataan

penghayun harmonik, dimensi, jisim, pemalar spring, koordinat dan momentum linear.

Manakala, aspek sintaksis memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat perintah. Ayat-ayat

jenis ini digunakan khususnya ketika atahan ditujukan kepada pelajar untuk membuat latihan

dan lanjutan.

2. Asas-asas Fizik Statistik dan Terma, halaman 557

“ Sekarang kita bincangkan kebersandaran suhu bagi ɳ. Jika penyerakan molekul serupa

dengan pergerakan sfera keras, maka daripada Persamaan keratan rentas Ơ° adalah suatu

nombor yang tak bersandar kepada T. Maka didapati dari Persamaan bahawa kebersandaran

suhu bagi ɳ adalah sama seperti bersandaran bagi Ѵ̄I; iaitu bagi penyerakan sfera keras”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti kebersandaran,

penyerakan molekul, sfera, keratan rentas dan suhu. Manakala, aspek sintaksis

memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat arahan. Selain itu, terdapat penggunaan gaya

keperibadian iaitu dengan menggunakan perkataan “kita”.

3. Asas-asas Fizik Statistik dan Terma, halaman 561

“ Secara umumnya, Ơ° juga cenderung untuk berubah terhadap suhu dengan cara. Akibatnya,

kmeningkat lagi dengan agak lebih pantas terhadap peningkatan suhu. Suatu anggaran tertib

10

Page 11: Dialek dalam Bahasa Melayu

magnitud kbagi suatu gas pada suhu bilik boleh diperolehi dengan mudah dengan

memasukkan nombor-nombor tipikal ke dalam Persamaan”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti suhu, magnitud dan

gas. Manakala, aspek sintaksis memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat penyata.

4.3Laras bahasa sains sosial

Laras bahasa dalam bidang ini lebih menggunakan gaya bahasa yang kurang atau tidak

mengaplikasikan penggunaan konsep “kita” dan “anda”. Laras ini banyak menggunakan kata

kerja pasif dan juga bentuk-bentuk lain.

1. Linguistik Melayu, halaman 21

“ Kajian bahasa boleh kita lakukan secara sinkronik atau diakronik. Dalam sesebuah kajian

yang berbentuk sinkronik, seseorang pengkaji bahasa akan memilih aspek tertentu bagi

sesuatu bahasa dan kemudiannya mengkaji fenomena tersebut pada ketika yang tertentu tanpa

melihat kepada sejarah perkembangannya”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti sinkronik,

diakronik, bahasa yang sememangnya istilah yang merupakan istilah ala bidang, yakni bidang

bahasa Melayu. Manakala, aspek sintaksis memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat

penyata.

2. Linguistik Melayu, halaman 90

“ Sifat manusia yang sebegini telah ditegaskan oleh Polanyi (dlm. Polanyi & Prosch 1975).

Dia menyatakan bahawa, “Manusia biasanya hidup di sekitar makna yang berupaya

11

Page 12: Dialek dalam Bahasa Melayu

ditafsirkannya. Dia melibatkan dirinya dalam suasana yang sejajar dengannya dan tidak asing

baginya. Makna-makna boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti melibatkan dirinya

dalam suasana yang sejajar dan juga makna-makna. Manakala, aspek sintaksis

memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat petikan.

3. Linguistik Melayu, halaman 210

Untuk menjelaskan hal ini, kita lihat perbualan di bawah:

Siti: Sedap tak masakan di jamuan seminar kita?

Sarah: Nasinya mentah, daging tak empuk, sayur lembik dan ikan dah berbau.

Maklumat yang terkandung dalam senarai Sarah menghasilkan kesan konteks kepada Siti

yang membolehkan beliau menyimpulkan implikator “masakan di jamuan seminar itu tidak

sedap”.

Hasil pengkajian mendapati ayat di atas memasukkan aspek leksis seperti kesan konteks, dan

implikator. Manakala, aspek sintaksis memperlihatkan ayat di atas menggunakan ayat tanya

dan penerapan ayat dialog.

4.4 Kesimpulan

Kesimpulan hasil daripada pengkajian ini, pengkaji mendapati terdapat perbezaan aspek leksis

dan sintaksis antara laras bahasa sains dan sains sosial. Aspek leksis yang terdapat dalam laras

bahasa sains lebih berunsurkan ke arah penggunaan terma-terma sains. Kajian fizik ini

mendapati bahawa laras bahasa fizik menggunakan aspek leksis yang seiras dengan laras

12

Page 13: Dialek dalam Bahasa Melayu

bahasa sains lain iaitu kimia dan biologi. Ketiga-tiga komponen sains ini berkongsi

penggunaan perkataannya seperti suhu, gas dan jisim.

Selain itu, terdapat perbezaan aspek sintaksis antara kedua-dua laras bahasa ini. Laras bahasa

sains lebih mudah menggunakan ayat arahan dan ayat penyata manakala laras bahasa sains

sosial lebih mementingkan penggunaan ayat seruan. Penggunaan ayat arahan dan penyata

dalam laras bahasa sains adalah sesuai dengan matlamat buku rujukan, iaitu untuk

menyatakan fakta-fakta kepada pembaca. Ayat-ayat jenis ini turut digunakan khusus ketika

arahan ditujukan kepada pelajar untuk membuat latihan dan aktiviti lanjutan. Laras bahasa

sains turut menerapkan gaya peribadian dalam laras bahasanya. Manakala, untuk laras bahasa

sains sosial, terdapat penggunaan ayat petikan, ayat seruan, ayat tanya dan dialog yang

memudahkan pelajar memahaminya. Penggunaan simbol seperti tanda soal dan tanda seruan

itu adalah simbolik yang berkait dengan bidang bahasa.

13

Page 14: Dialek dalam Bahasa Melayu

BAB 5

KESIMPULAN

Laras bahasa sains dibezakan dengan laras bahasa sains sosial ialah pada gaya bahasanya.

Gaya bahasa dalam laras bahasa sains menekankan konsep “kita” dan “anda”, manakala

sebaliknya bagi laras bahasa sains yang lebih menekankan penggunaan kata kerja pasif dan

bentuk-bentuk lain. Selain itu, laras bahasa sains lebih menggunakan bahasa yang khusus dan

saintifik, bukan bahasa sehari-hari dan berbeza dengan corak penulisan yang lain. Penggunaan

ayat juga tidak berjela-jela dan memberi penekanan yang lebih kepada penggunaan istilah

yang khusus.

Laras bahasa sains sosial pula kurang bersifat didaktik kecuali bahagian yang menguji

kefahaman. Laras ini lebih kepada gaya pendedahan iaitu meletakkan konsep mentakrif,

menghurai dan menjelaskan dalam penggunaan ayat. Selain itu, laras bahasa sains sosial tidak

menjalankan sesi uji kaji sebagaimana dalam laras bahasa sains kerana lebih berfokus kepada

konseptualisasi, hal-hal abstrak, situasi dan persoalan manusia.

Maka, perbezaan yang berlaku inilah yang dapat memberi gambaran terhadap laras daripada

bidang yang berbeza. Pengkajian ini secara keseluruhannya dapat menjelaskan perbezaan

yang berlaku dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial.

14

Page 15: Dialek dalam Bahasa Melayu

Bibliografi

Zulkifley Hamid, Ramli Md.Saleh, Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu. Bangi.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

F.Reif (Sabar Bauk) (1992). Asas-asas Fizik Statistik dan Terma. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalijah Mohd. Salleh (1992). Pendidikan Fizik di Universiti Satu Perspektif. Bangi.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jos Daniel Parera (1991). Kajian Linguistik Umum Historis Komparatif dan Tipologi

Struktural. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

.

15