di bawah langit

3

Click here to load reader

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 12-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

komsas

TRANSCRIPT

Page 1: Di Bawah Langit

Nama: ___________________________ Kelas:_________ Tarikh:__________________

Latihan Sajak Di Bawah Langit Yang Sama:

1. Terangkan maksud rangkai kata ‘lebur kebencian kuburkan sejarah hitam’.

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar bahawa mereka setaraf antara satu sama lain?

3. Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

4. Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’.

5. Apakah program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam kalangan masyarakat dunia?

6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia?

7. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan bangsa lain di dunia?

8. Nyatakan tiga kesan buruk jika dunia tidak aman.

Page 2: Di Bawah Langit

Contoh Jawapan:

1.         -           buangkan perasaan benci dan lupakan kisah pahit.

2.         -           manusia akan saling menghormati hak masing-masing;

            -           manusia tidak akan bermusuhan;

            -           manusia akan saling membantu;

            -           dunia akan aman dan damai.

3.         -           kita menghirup udara yang sama;

            -           pokok-pokok di London dan Washington adalah sama;

            -           mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika;

            -           manusia sejagat berkongsi siang dan malam.

4.         -           memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan bermuafakat.

5.         -           pertandingan sukan seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik;

            -           program pertukaran pelajar antara negara;

            -           misi bantuan bencana alam kepada negara yang terbabit;

            -           persidangan dunia bagi membincangkan isu-isu dunia seperti proses damai,  kerjasama antara

negara dan sebagainya.

6.         -           manusia hanya dipisahkan oleh sempadan tetapi sempadan wajar sentiasa   terbuka;

            -           manusia perlu berusaha untuk bersatu;

            -           kita perlu membuang perasaan benci untuk mengelakkan perbalahan.

7.         -           kita memerlukan kedatangan mereka untuk memajukan industri       pelancongan negara;

            -           rakyat Malaysia akan melanjutkan pelajaran di luar negara;

            -           kita dapat mempelajari teknologi moden, mendapatkan sumber makanan     serta barang keperluan

lain daripada mereka.

8.         -           manusia akan hidup dalam ketakutan;

            -           ekonomi negara akan lumpuh;

            -           menyukarkan rakyat untuk pergi ke sesuatu negara atas urusan penting;

            -           berlaku krisis kenaikan harga minyak.

9.         -           sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan       ekonomi;

            -           pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan;

            -           kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri.