di bawah langit yang sama soalan

2
Di bawah langit yang sama Di bawah langit yang sama Kita hirup udara Tanpa mengira Beirutmu Atau Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama Maksud: Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama. Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama. Maksud: Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh- tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia. Aku inigin menyeberang Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita - warga dunia Di bawah langitnya Yang sama. Maksud: Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan. Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat

Upload: kwongyaw

Post on 11-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Jaa

TRANSCRIPT

Page 1: Di Bawah Langit Yang Sama Soalan

Di bawah langit yang sama

Di bawah langit yang samaKita hirup udaraTanpa mengira BeirutmuAtau Kuala LumpurkuKita menghirup udaraDi bawah langit yang sama

Maksud: Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Aku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warnatiada bezanya.Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit iniKita sama.

Maksud: Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.

Aku inigin menyeberang Laut China SelatanLayari Lautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita - warga duniaDi bawah langitnyaYang sama.

Maksud: Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mulaKita dakapi mimpi tak berbezagapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yangSama.

Maksud: Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam.

Page 2: Di Bawah Langit Yang Sama Soalan

1. Terangkan maksud rangkai kata ‘lebur kebencian kuburkan sejarah hitam’.

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar bahawa mereka setaraf antara satu sama lain?

3. Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

4. Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’.

5. Apakah program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam kalangan masyarakat dunia?

6. Apakah harapan penyajak berdasarkan sajak tersebut?

7. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan bangsa lain di dunia?

8. Nyatakan tiga kesan buruk jika dunia tidak aman.

9. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia?