di bawah langit yang sama

2
DI BAWAH LANGIT YANG SAMA Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama. Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama. Aku ingin menyeberangin Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesame kita – warga dunia Di bawah langitnya Yang sama Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit yang Sama. Potret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006 Citra Kurnia Enterprise i. Berikan latar tempat luar negara yang terdapat dalam sajak. (2 markah)

Upload: zainudin-m-husain

Post on 07-Apr-2016

64 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Di Bawah Langit Yang Sama

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Di bawah langit yang samaKita hirupi udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala LumpurkuKita menghirup udaraDi bawah langit yang sama.

Aku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warna

tiada bezanya.

Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit ini Kita sama.

Aku ingin menyeberangin Laut China SelatanLayari Lautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesame kita – warga duniaDi bawah langitnyaYang sama

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mulaKita dakapi mimpi tak berbeza

gapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit yangSama.

Potret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006Citra Kurnia Enterprise

i. Berikan latar tempat luar negara yang terdapat dalam sajak. (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mewujudkan keamanan dunia? (3 markah)

iii. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut (4 markah)