dewan rakyat - parlimen.gov.my · untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka...

124
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KETIGA Third Session Jilid III Bil. 38 Hari Selasa 2hb November, 1993 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-uadaag Perbekalan 1994 (Ruangan 35) USUL: Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 35)

Upload: duongnga

Post on 17-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KETIGAThird Session

Jilid III Bil. 38 Hari Selasa 2hb November, 1993

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-uadaag Perbekalan 1994 (Ruangan 35)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 35)

Page 2: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 1 -

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 2hb November, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

PELABDR LUAR - JUMLAH

1. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Perdagangan Antarabaagsa danIndustri menyatakan:

(a) jumlah pelaburan luar yang telah masuk ke negaraini mulai Januari hingga September tahun ini danseterusnya jangkaan yang akan masuk lagisehingga akhir tahun 1993; dan

(b) sejauh manakah kesan pelaburan ke negara iniakibat dari perkembangan baru yang lebihmenggalakkan dari segi kemasukan pelaburan barudi Tanah Besar China, Vietnam, Kemboja dan Laosyang memberi saingan kepada Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementeriaa Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bagi terapoh sembilan bulan pertama tahun 1993, sejumlah

497 "projek-projek perkilangan telah diluluskan dengan

jumlah pelaburan sebanyak RM8,464 juta. Dari jumlah

tersebut, RM4,883 juCa (58%) adalah merupakan modal

tempatan dan RM3,581 juta (42%) adalah sumber asing.

Page 3: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 2 -

Adalah dijangkakan bahawa jumlah pelaburan di sektor

perkilangan bagi baki tempoh tahun ini akan hanya

meningkat dalam kadar yang sederhana berdasarkan

kemerosotan ekonomi negara-negara pengeksport modal utama

dan peningkatan persaingan dari ncgara-negara jiran dan

beberapa negara seperti China, Vietnam dan Laos.

(b) Memang telah dijangkakan bahawa persaingan untuk

mendapatkan pelaburan baru pada masa ini adalah semakin

meningkat berikutan kemunculan pasaran ekonomi bebas baru

seperti China, Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa

negara bekas komunis di Eropah. Walaupun demikian, arah

aliran ini dijangka tidak begitu membimbangkan,

memandangkan bahawa industri-industri baru yang dibawa ke

negara-negara tersebut lebih berintensif buruh, di mana

Malaysia tidak lagi menggalakkannya. Seperti Ahli Yang

Berhormat sedia maklum, dasar perindustrian sekarang ini

lebih menumpukan kepada pertumbuhan industri-industri

'hi-tech' dan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, dalam masa

sembilan bulan kebelakangan ini, sepertimana Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen telah menerangkan tadi bahawa ramai pelabur

telah masuk ke negara kita. Saya cuma hendak bertanya, daripada

pelabur-pelabur luar yang raasuk ke negara ini, berapa percentage

yang telah terlibat dan dalam sektor apa?

Page 4: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 3 -

Yang kedua, adakah Kementerian mempunyai angka dari segi

petabur negara kita yang telah menanam. modal di luar negara Malaysia

dan ke negara-negara mana pelabur tampatan telah menanam modal?

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, angka-angka

pelaburan dalam negara kita dalam tempoh 9 bulan ini ialah lebih

kurang seperti berikut:

Pertanian - 17%

Perlombongan. (Petroleum) - 13%

Pembuatan - 69%

Lain-lain - 1.5%

Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka

yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat

di luar negeri daripada usahawan-usahawan negara kita oleh kerana

banyak pelaburan ini melalui lain-lain negeri seperci Singapura dan

Hongkong. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memberi satu angka

yang tepat.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar pihak Kerajaan atau

Keraenterian telah menyekat atau melambat-lambatkan pelaburan ke

Kelantan? Misalnya, mini pelabuhan di Tumpat ataupun kilang simen

di Gua Musang. Apa yang difahamkan kepada saya ialah permohonan

untuk projek kilang simen itu sudah lama dibuat kepada pihak

Kerajaan. Apakah benar pihak Kerajaan telah menyekat atau

melambat-lambatkan projek atau pelaburan ke Kelantan?

Page 5: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 4 - .

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

tidaklah bcnar untuk mengatakan bahawa Kerajaan Pusat sedang

melambat-lambatkan permohonan untuk melabur di negeri Kelantan, Apa

yang berlaku sebenamya ialah kita tidak dapat usahawan-usahawan

yang melibatkan diri dalam negeri Kelantan pada masa kini. Ini saya

tidak boleh menjelaskan apakah sebabnya. Saya rasa Yang Berhormat

sendiri sedar apakah sebabnya,

Berkaitan dengan permohonan untuk kilang simen itu saya boleh

mengatakan bahawa kelambatan untuk meluluskan permohonan kilang

simen itu ialah disebabkan satu kajian yang Kementerian telah buat

keseluruhannya di dalam semua kilang simen yang ada di negara kita,

Tetapi saya boleh mengatakan bahawa ada satu jawapan baik yang akan

diterima oleh pihak kilang simen tidak lama lagi.

Page 6: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 5 -

WANITA PENGHIBUR BAGI TENTERA JEPUN - TUNTUTAN PAMPASAN

2. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama adaKerajaan Malaysia akan mendapatkan pampasan daripada Kerajaan Jepun,selain dari pengakuan kesudian memaafkan kesalahan yang dipohon olehKerajaan Jepun baru-baru ini yang mana mereka mengakui bahawatentera Jepun telah memaksa kaum wanita Asia termasuk wanitaMalaysia untuk menjadi wanita penghibur (comfort women) bagi anggotatentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dulu, jika tidak, mengapa,

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin

Che Wan]: Tuan Yang di-Pertua, soal pampasan bcrkaitan dengan Perang

Dunia Kedua daripada Kerajaan Jepun telah pun diselesaikan di antara

Keraj

iaitu

aan Malaysia dengan Kerajaaan Jepun menerusi dua perjanjian

Amerika Syarikat pada 8.9.1991; dan

(ii) Perjanjian Dua-Hala yang ditandatangani pada 21.9.1967.

Bagaimanapun, kedua-dua perjanjian ini tidak menghalang

mangsa-mangsa peperangan tersebut di Malaysia untuk membuat tuntutan

secara individu daripada Kerajaan Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, Kcrajaan Malaysia mengambil pendirian

bahawa soal pampasan oleh individu-individu warganegara Malaysia

termasuk wanita penghibur (comfort women) adalah isi moral . Oleh

yang demikian, Kerajaan Malaysia amat bersimpati dengan. mereka yang

berkenaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia bersedia

memberikan bantuan sewajarnya dalam tuntutan mereka yang berkenaan

sekiranya terdapat bukti-bukti yang jelas.

Page 7: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 6 -

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apa

yang dilakukan oleh tentera Jepun yang raeraaksa wanita Asia termasuk

wanita Malaysia pada masa Perang Dunia Kedua dahulu yang memaksa

mereka menjadi wanita penghibur (comfort women) adalah satu war

crime yang paling dahsyat dan tidak boleh dimaafkan dari segi peri

kemanusiaan. [Tepuk] Saya rasa terkejut dan tidak boleh terima dan

ingin menentang sekeras-kerasnya kenyataan .oleh... [Pembesar suara

dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya kena mencelah sebab Yang Berhormat bukan hendak menyoal, tetapi

nampaknya hendak berucap. Soal teruslah Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Itu backgroundlah. Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan saya ialah berhubung dcngan kenyataan oleh Yang

Berhormat Timbalan Menteri bahawa isu ini adalah satu isu moral.

Saya tidak bersetuju dan ingin bertanya Yang Bcrhormat iaitu adakah

apa yang dipanggil Treaty -of Peace itu mangandungi perkara-perkara

yang berkait dengan comfort women? Adakah Kerajaan Malaysia dalam

perjanjian itu bersetuju kcpada kelakuan dan tindakan tentera Jepun

yang memaksa wanita Malaysia dijadikan comfort women pada Perang

Dunia Kedua itu? Adakah Kerajaan mengadakan satu pendirian rasmi

untuk membantu wanita-wanita penghibur dari Malaysia supaya membuat

Cuntutan kepada Kerajaan Jepun sebagai satu tanggungjawab Kerajaan

untuk membantu wanita-wanita Malaysia yang terlibat kerana mereka

telah mengalami kesengsaraan, kepayahan dan penderitaan yang amat

sangat? Ini yang pertama.

Page 8: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 7 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dulu.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, suara saya mungkin•

tinggi sedikit:...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak Yang

Berhormat, nanti dulu. Saya bukan hendak komen tentang suara.

Kalau tidak silap saya, ini pun mengandungi tiga soalan kecil:

Tuan Tan Kok Wai; Bukan, bukan ini satu soalan besar yang

mengandungi beberapa soalan kecil. [Ketawa] Soalan besar yang kedua,

adakah pernah Karajaan menerima aduan-aduan daripada wanita-wanita

penghibur Malaysia atau wakil-wakil mereka atau adakah pernah

Kerajaan membuat satu kajian terhadap aduan dan permintaan mereka

sama ada satu search perlu diadakan untuk menentukan beberapa wanita

Malaysia dijadikan wanita penghibur oleh tentera Jepun dan berapakah

pusat-pusat yang dijadikan pusat hiburan tentera Jepun itu?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

saya hairan sangatlah mengapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi

begitu marah-marah. Perkara ini adalah perkara yang kita anggapkan

sudah sejuk dan pihak Kerajaan pun sehingga kini belum secara rasmi

menerima apa-apa aduan dari mana-mana pihak bersabit dengan isu

comfort women. Tctapi kita buat lebih daripada itu. Kita sudah

menyiasat dan. kini kica dapati melalui Biro Pengaduan Parti MCA dan

melalui Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia, kini terdapat

daripada Malaysia sahaja lebih kurang 8 orang yang mungkin terlibat

dalam isu comfort women semasa Perang Dunia Kedua.

Page 9: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 8 -

Kita telah pun memberitahu bahawa kita sanggup membantu mereka

sekiranya mereka Inginkan pihak Kerajaan. membantu mereka mendapatkan

pampasan daripada Kerajaan Jepun. Tetapi mereka mestilah datang

kepada pihak Kerajaan sekiranya mereka mahu Kerajaan membantu

mereka. Tetapi, jikalau mereka tidak mahu, itu hak mereka dan kita

tidak boleh mencampur hak asasi mereka.

Tuan Abdul Malek Munip: Tuan Yang di-Pertua} soalan tambahan.

Ini soalan kecil dan saya ingin bertanya dalam bentuk yang penuh

lemah-lembut. Saya hendak bertanya mengenai masalah pampasan

comfort women, adakah boleh ianya diperluaskan untuk kezaliman dalam

bentuk-bentuk lain yang lebih dahsyat dari sekadar menggadai

kehormatan diri bahkan kadang-kadang menggadai jiwa?

Dato' Dr. Abdullab Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

kita pun ada dengar desas-desus adanya sekumpulan. rakyat Malaysia

yang juga ada kemungkinan boleh menuntut pampasan dari segi sebab-

sebab lain daripada menjadi wanita penghibur pihak tentera Jepun..

Pihak kami telah pun menasihatkan pihak mereka ini supaya kumpulkan

segala bukti-bukti yang sahih, butir-butiran yang boleh kita

ketengahkan, dan kalau boleh, kita akan bawa ke tengah untuk

mendapat pertimbangan supaya diberi pampasan kepada mereka ini,

insya Allah kita akan usahakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Ong Tin Kim.

[Soalan No.3 - Y.B. Tuan Ong Tin Kim tidak hadir]

Page 10: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 9 ~

KEWARGANEGARAAN - SYARAT KELAYAKAN

4. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada warga-negaraasing untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia; dan

(b) jumlah kes-kes yang telah diluluskan, ditolak dan di dalampertimbangan serta nyatakan sebab-sebabnya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Di antara syarat-syarat untuk memperolehi kewarganegaraan

ialah orang-orang asing yang berumur 21 tahun atau lebih

yang mempunyai taraf pamastautinan tetap dan bermastautin

di Persekutuan selama tempoh 12 tahun dari tempoh mendapat

taraf Pemastautin Tetap, mereka juga hendaklah lulus

Bahasa Malaysia, berkelakuan baik dan mendapat restu

daripada Kementerian Dalam Negeri.

(b) Semenjak merdeka sehingga hari ini sebanyak 1,999,482

permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia telah

diluluskan dan 55,485 ditolak. Di antara sebab-sebab

penolakan tersebut ialah gagal ujian Bahasa Malaysia,

mempunyai rekod- jenayah, maklumat peribadi diragui dan

tidak menunjukkan niat untuk terus menetap di negara ini.

Tuan Maidom P. Pansai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Memandangkan negara Malaysia ini terdiri daripada berbagai negeri

termasuk Sabah dan Sarawak, adakah Kerajaan Persekutuan mengambil

tahu tentang kelulusan untuk mendapatkan kewarganegaraan ini

Page 11: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 10 -

daripada orang-orang asing, memberikan salinan atau senarai

nama-nama mereka yang telah menjadi warganegara terutamanya di Sabah

memandangkan di Sabah ini banyak orang-orang asing yang diberikan

kad pengenalan yang diragui. Jadi, bagaimana Kerajaan Negeri boleh

mendapat tahu yang manakah satu yang benar-benar telah mendapat

kelulusan untuk menjadi warganegara dan yang mana pula yang tidak?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peraturan

memproseskan permohonan warganegara daripada peringkat daerah

Jabatan Pendaftaran Negara sehingga ibu pejabat sampai kepada

Kementerian Dalam Negeri memang peracuran adalah ketat dan semua

langkah-langkah adalah mengikut Perlembagaan. Kalau tidak silap

saya, Yang Berhormat dari Kota Belud cuba hendak bangkitkan hal

dafftar lewat bukan permohonan warganegara. Sebab seseorang

warganegara asing kalau dia tidak memenuhi mana-mana satu syarat

yang ditetapkan di bawah Perlembagaan tidak boleh- kita timbang

langsung. Jadi kalau sebut orang asing mungkin Yang Berhormat cuba

bangkit-hal-hal daftar lewat. Kalau-sekiranya ada bukti-bukti atau

ada sungutan mengatakan bahawa di Sabah dan Sarawak mempunyai

kes-kes daftar lewat yang....

Tuan Maidom P. Pansai:[Bangun]*

Tuan Ong Ka Ting: Nanti saya jawab dulu. Yang telah cuba

memberikan dokumen ataupun pengesahan yang kurang tepat,

Pihakberkuasa sanggup sentiasa menyiasat, kalau sekiranya benar kita

akan ambil tindakan undang-undang untuk membatalkan dan juga

terhadap pegawai yang menyeleweng. Itu adalah satu jaminan yang

boleh saya beri.

Page 12: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 11 -•

Tuan Maidom P. Pansai: Ini maksud soalan. Penjelasan yang

dibangkitkan tadi. Bukan, penjelasan sahaja. Sebagaimana yang kita

tahu, Ketua Polis Negara sendiri pernah menyatakan menerusi

persidangan akhbar di. Sabah bahawa terdapat 300,000 orang asing yang;-

tidak terdaftar di Sabah dan di kalangan mereka ini ramai yang

memiliki kad pengenalan yang palsu. Jadi, bagi Kerajaan Negeri

Sabah tidak tahu yang mana satu mereka ini yang sudah menjadi

warganegara dan yang mana satu yang belum, yang hanya memiliki kad

pengenalan palsu, Jadi, kita minta kepastian. supaya kita dapat

mengenal pasti di mana-mana.

Tuan Ong Ka Ting: Nampaknya Yang Berhormat sudah dapat dua

peluang untuk bertanya, tetapi saya cubalah menjawab. Mengikut

kenyataan Ketua Polis Negara, saya rasa Ketua Polis Negara kita

tidak mengatakan sekarang pihak berkuasa sudah tidak boleh

mebbezakan yang mana palsu dan yang bana tidak palsu. Itu bukan

kenyataan yang sebenar. Apa yang sebenarnya ialah ada pendatang

tanpa izin di Sabah, mungkin ada mempunyai kad pengenalan palsu.

Tetapi pihak berkuasa tidak bertolak ansur, Kita ambil tindakan

juga untuk mengesan kad pengenalan itu. Kalau palsu kita ambil

langkah-langkah mengusir, menangkap dan mendakwa.

Kad pengenalan sistem baru ini adalah satu cara untuk pada

akhirnya memastikan seraua mereka yang memiliki kad pengenalan pada

satu hari nanti mengikut sistem baru itu tidak boleh dipalsukan.

Sebab selama ini kad-kad yang palsu itu adalah kad plastik ataupun

kad pengenalan dikatakan baru tetapi kualitinya adalah lain daripada

sebenar. Jadi, itu sebenarnya sudah keluar sedikit daripada

tajuk.

Page 13: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

' DR.2.11.93 - 12 -

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa

terdapat pemohon-pemohon yang nemohon untuk menjadi warganegara

Malaysia sebab nereka sudah kahwin dengan rakyat Malaysia sama ada

perempuan dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan, ini berlaku

bukan dengan perempuan Taiwan sahaja tetapi di negeri Sarawak ramai

yang berkahwin dengan orang Indonesia. Maka adakah dasar Kerajaan

dalam perlaksanaan peraturan mereka, adakah pertimbangan tambahan

yang berdasarkan kepada kemanusiaan diberi kepada permohonan begini,

sebab dalam tangan saya beberapa permohonan belum diproses dan ia

sudah menimbulkan kesusahan yang banyak di antara

rumahtangga—rumahtangga tertentu sebab isterikah ataupun suamikah

terpaksa meninggalkan Malaysia setahun sekali untuk membaharui

dokumen perjalanannya?•

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, bagi seseorang isteri

asing ataupun isteri daripada negara asing, sekiranya seseorang itu

telah berkahwin dengan rakyat Malaysia secara sah mengikut

undang-undang perkahwinan Malaysia, maka rakyat asing itu kalau

sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, mereka

boleh terlebih dahulu mendapatkan visa isteri asing, tempohnya

adalah setahun ke setahun. Sehingga lima tahun duduk di sini maka

mereka layak untuk memohon status penduduk tetap iaitu PR, selepas

itu mereka boleh mendapatkan Kad Pengenalan Merah. Ini adalah

syarat-syarat asas. Selepas itu mereka boleh mengikut Perkara 15(1)

Perlembagaan Malaysia, memohon menjadi warganegara dengan tempoh

bermastautin hanya dua tahun. Tetapi semua isteri asing yang telah

dapat kedudukan Penduduk tetap, semuanya sudah

Page 14: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 13 -

layak di bawah . Artikel ini. Yang menjadi masalah sekarang ialah

ramai di antara mereka ini mereka tidak faham peraturan. Tidak

mengikut semua peraturan ataupun undang-undang memasukkan

permohonan. Ada di antara mereka memang tidak tahu terutamanya

mereka yang duduk di luar daripada bandar, mereka kurang faham.

Maka saya rasa kalau sekiranya mereka mengikut undang-undang ini,

mereka akan ditimbang dengan sewajarnya.

BAS MINI - PENGAMBILALIHAN PERKHIDMATAN

5. Tuan. Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Perusahaan Awammenyatakan adakah pihak Kementerian akan bertindak mengambil alihperkhidmatan bas mini yang didapati melanggar syarat-syaratperlesenan pengangkutan awam.

Setiausaha Parlimen Kementeriaa Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan

ini bagi pihak Kementerian Perusahaan Awam. Kementerian Perusahaan,

Awam khususnya Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan boleh

menggantung ataupun membatalkan lesen-lesen bas mini yang melanggar

syarat lesen. Soal mengambilalih perkhidmatan bas mini tidak

berbangkit buat raasa ini kerana perkhidmatan yang serupa boleh

diberi oleh bas berhenti-henti yang sedia ada.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Tuan Yang di-Pertua,

saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat bersabit dengan bas

mini. Dari segi disiplia semua orang tahu bahawa bas mini tidak ada

mempunyai disiplin. Yang kedua, bas mini ini-asapnya lebih daripada

kenderaan yang lain-lain. Maknanya maintenance is very poor.

Apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan masalah besar ini?

Satu masalah environment, satu lagi masalah kemalangan yang

berleluasa berlaku sepanjang masa. Saya pohon penjelasan.

Page 15: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 14 -

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, bidang kuasa untuk

menjalankan penguatkuasaan adalah di bawah JPJ, Polis dan

pihakberkuasa tempatan. Jadi, untuk bas mini yang tidak

berdisiplin, maksud Yang Berhormat ialah driver ataupun pemiliknya,•

JPJ dan Polis dan juga penguatkuasa daripada Jabatan Alam Sekitar

sentiasa menjalankan penguatkuasaan. Sekiranya mereka selalu

melanggar undang-undang, maka rekodnya akan dirujuk kepada Lembaga

Pelesenan Kenderaan Perdagangan di bawah Kementerian Perusahaan Awam

dan jika sekiranya bukti sudah cukup, lesen mereka boleh ditimbang

untuk dibatalkan.

Tuan Nasruddin bin Haji-Alang Saidin: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

hendak minta penjelasankah?

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Ya, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi sekarang

bukanlah masanya hendak minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Terima kasih. Beri

peluang kepada yang lain pula.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sungai Besi.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen yang bukan dipertanggungjawabkan

kepada Kementerian yang tersebut. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan

sedar, banyak bas-bas mini bukan diuruskan oleh pemegang permit.

tetapi diuruskan oleh orang yang tidak berkelayakan. Mereka yang

memegang permit tidak mengurus tetapi duduk di rumah mengutip

Page 16: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 15 -

sumbangan dan bayaran sahaja daripada mereka yang di"Ali-Baba"kan.

Adakah Kementerian bersetuju kepada keadaan ini atau tidak? Kalau

tidak, adakah Kerajaan sudi menarik balik permit-permit yang•

diberikan kepada mereka yang tidak menguruskan perniagaan ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, semua lesen-lesen bas

mini adalah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Awam dengan

menetapkan syarat-syarat. Jadi, setiap syarat itu perlu dipatuhi.

Kalau sekiranya seseorang pengusaha itu tidak mematuhi mana-mana

satu syarat sama ada dikesani oleh pihak penguatkuasa dari

Kementerian sendiri atau mendapat aduan daripada orang awam, maka

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan boleh ambil tindakan.

Jadi ,terpulang kepada sama ada mereka melanggar syarat-syarat atau

tidak.

Page 17: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 16 -

PASPORT TERHAD/ANTARABANGSA - JUMLAH DITAHAN

6. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Dalam Negeri menyatakanbilangan Pasport Terhad dan Antarabangsa yang telah ditahan olehpihak Jabatan Imigresen atas sebab keselamatan mengikut pecahanjenis sebab spesifik.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, dari tahun 1985 hingga 19hb Oktober 1993, seramai

5,724 orang pemilik Pasport Antarabangsa Malaysia dan Pasport

Malaysia Terhad telah ditahan pasport mereka atas sebab-sebab

keselamatan. Pecahan perangkaan adalah seperti berikut:

Jenis Kesalahan Bilangan

Jenayah Berat 653 orang

Mengedar Dadah 4,246 "

Melawat Negara Terlarang 825 "

Jumlah 5,724 orang

Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada

seorang penyair yang terkenal dalam negara kita - Cecil Rejendra

Page 18: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 17 -

yang pasportnya telah ditahan oleh pihak Kerajaan. Sampai hari ini

rakyat jelata belum lagi diberitahu alasan mengapakah pasport

beliau ditahan. Saya juga difahamkan bahawa seorang conservationist

di Sarawak, pasporttiya juga ditahan. Bolehkah Kementerian tersebut*

memberi satu penjelasan yang penuh dan jelaskan atas Akta apa

tindakan itu diambil? Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar

Negeri ada sebuckan mengenai hak asasi rakyat Malaysia, jadi adakah

hak asasi meraka ini juga telah dicabuli?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, pasport adalah hakmilik

Kerajaan dan selalunya Kerajaan menggunakan. kuasa secara

berhati-hati dan dengan bijaksana. Dalam-kes yang disebutkan oleh

Yang Berhormat dari Petaling Jaya, mereka yang terlibat ini, oleh

kerana"pihak Berkuasa ada sebab untuk mempercayai sesuatu telah

dilakukan dari segi sama ada tingkah-lakunya telah memberikan satu

kesan negatif kepada imej negara ataupun kepada keselamatan, maka

Pihak Berkuasa, khasnya Jabatan Imigresen berhak menahan pasport

untuk disiasat. Jadi, penyiasatan itu akan menentukan sama ada

pasport itu akan terus ditahan ataupun dikembalikan. Di peringkat

ini, saya tidak ingin berulas apa sebab siasatan masih dijalankan.

Saya ingin menjelaskan di sini, negara Malaysia ini memanglah

scbuah negara yang berdemokrasi, yang ada mempunyai kebebasan yang

tertentu. Kalau kita hendak membandingkan hak asasi manusia dengan

ketenteraan awam dan keselamatan, saya rasa hak asasi seseorang

individu itu tidak boleh dikatakan lebih penting daripada keadaan

keselamatan keseluruhan untuk negara. Itu adalah satu prinsip

yang Kerajaan Malaysia selalu patuhi. Jadi, dengan ringkasnya,

Page 19: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.U.93 - 18 -

Kerajaan telah menggunakan kuasa secara munasabah dan hak asasi

manusia dalam konteks Malaysia ini memang terjamin.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Bolehkah Kerajaan mengkaji semula terhadap pasport yang

ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk rakyat Malaysia yang

pergi ke negeri China tanpa visa yang sah? Kerana majoriti mereka

addalah orang-orang Cua dan kurang faham peraturan-peraturan•

Imigresen. Travel agencies juga begitu, Banyak masalah dan

kesulitan, khasnya di Sarawak, kerana hak untuk keluar atau renew

pasport itu telah ditarikbalik oleh Ibu Pejabat Imigresen di sini

mengakibatkan orang tua menghadapi banyak masalah dan kesulitan

untuk memohon. Mereka terpaksa tunggu lama walaupun melalui Wakil

Rakyat, untuk mendapat jawapan dari Ibu Pejabat Imigresen.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, salah satu kategori

rakyat Malaysia yang telah kena tahan pasport, saya telah beritahu•

tadi iaitu melawat negara terlarang adalah seramai 825 orang. Di

antara 825 orang, termasuklah mereka yang pernah melawat negeri

China pada masa Malaysia belum buka peluang untuk rakyatnya pergi ke

negeri China tanpa memohon terleblh dahulu seperti hari ini. Walau

bagaimanapun, dengan adanya keadaan yang baru ini, Kerajaan

terutamanya Kementerian Dalam Negeri sudah buat satu keputusan di

mana tempoh penahanan pasport untuk kategori ini sudah dikurangkan

kepada 3 tahun. Setahu saya, kebanyakan mereka ini, hampir semua

atau lebih 90% pergi ke negeri China tanpa izin ini sudah lebih

daripada 3 tahun. Jadi, dengan pengurangan tempoh pcnahanan ini,

Page 20: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 19 -

masalah mereka boleh dikatakan selesai. Yang menjadi masalah,

mereka ini tidak faham prosedur untuk mengambil balik. Sepatutnya,

mereka sendiri kena merayu dengan menandatangani surat dengan

sendiri. Jangan beri kepada Wakil Rakyat atau orang lain untuk

menandatangani untuk dia. Dia kena merayu kepada Ketua Pengarah

Imigresen untuk perhatian Bahagian Keselamatan, dengan memberikan

nombor rujukan semasa pasportnya ditahan. Kalau sekiranya tidak

memberi nombor rujukan atau tidak ada butir-butir tepat, maka

Jabatan Imigresen susah hendak mengesan pasport yang telah

ditahankan lama dahulu. tni adalah satu prosedur yang Wakil-wakil

Rakyat boleh menerangkan kepada mereka.

KADAR CAJ RAWATAN DI KLINIK/HOSPITAL SWASTA - KAWALAN

7. Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta MenteriKesihatan menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mengawal kadar cajrawatan di klinik dan hospital swasta kepada kadar yang lebih rendahdan termampu oleh pelbagai lapisan masyarakat supaya matlamatmasyarakat penyayang dapat dicapai.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' K,

Kumaran]: Tuan Yang di-Pertua, penentuan kadar caj rawatan yang

dikenakan oleh klinik dair hospital swasca tidak termasuk di bawah

bidangkuasa Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, sebagai

agensi yang bertanggungjawab terhadap masalah-masalah kesihatan yang

Page 21: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 20 -

dihadapi oleh rakyat, Kementerian Kesihatan amat prihatin terhadap

perkara ini. Satu Jawatankuasa yang terdiri dari wakil-wakil dari

Kementerian Kesihatan, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan

Pengamal Perubatan dan Persatuan Hospical Swasta telah ditubuhkan

untuk berunding dan mengkaji cadangan-cadangan kadar caj agar ianya

bersesuaian dengan kos penyediaan perkhidmatan serta kemampuan

pelbagai lapisan masyarakat.

Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Nampaknya, rawatan di hospital-hospital Kerajaan seperti Institut

Jantung Negara, yang sukar dapat rawatan segera kerana kekurangan

wang. Hospital Kerajaan di mana-mana tempat akan tambah bayarannya

kerana beberapa bidang akan diswastakan kelak. Oleh yang demikian,

semakin lama, bayaran seroakin meningkat. Memandangkan keadaan

semakin serius ini, adakah Kerajaan akan menggubal satu undang-

ndang, bukan sahaja menetapkan garispanduan bayaran rawatan klinik

dan hospital swasta, ia juga memaksa mereka mencatat bayaran butiran

yang lebih jelas seperti harga setiap jenis ubatnya berapa dan

consultation feenya berapa; dan mungkin hendak ambil giliran nombor

itu kena bayar berapa [Ketawa] dan sebagainya, supaya orang yang

ingin dapat rawatan di klinik dan hospital dapat merabuat

perbandingan yang lebih jelas sama ada dia hendak pergi ke klinik

inikah atau klinik itu? Kalau Kerajaan tidak mengadakan satu

garispanduan yang tertentu untuk memaksa mereka, mungkin tekanan

jiwa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri

lebih daripada 900,000 orang kcna tekanan jiwa dan tekanan mental.

Kalau keadaan berlarutan, raungkin bilangan ini akan bertambah.

Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan supaya

keadaan tidak bertambah serius lagi?

Page 22: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -21-

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua,. soalan asal adalah

berkenaan dengan hospital swasta dan klinik-klinik. Di sini

berkaitan , dengan hospical Kerajaan, kita ada Akta Fee di mana ada

diterangkan segala butiran. Oleh sebab itu, saya minta Ahli Yang

Bcrhormat merujuk kepada Akta Fee itu.

Tuan Lau Dak Kee: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dahulu Yang Berhormat. Sebenarnya, soalan asal itu bersabit

dengan klinik dan hospital swasta scpcrtimana yang disarankan tadi

itu, saya bersetuju.

Tuan Lau Dak Kee: Soalan saya ialah mengenai klinik swasta

dan hospital swasta. Saya telah meminta menentukan satu

garis panduan atau bukti bayaran. Tetapi mungkin Yang

Berhormat.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat:,

dia sudah jawab tadi.

Tuan Lau Dak Kee: ......Setiausaha Parlimen itu tidak begitu

faham.

Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya minta Yang*

Berhormat merujuk kepada jadual yang disediakan.

Tuan Lau Dak Kee: Betul! Saya tetap masukkan, tetapi dia

tidak beri masuk sahaja. [Ketawa]

Tuan Fong Kui Lun: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Klang.

Page 23: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -22-

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Baru-baru ini MMA meminta Kabinet meluluskan kenaikan caj rawatan

dan perubatan, tetapi ditolak. Soalan saya, adakah MMA ada membuat

cadangan baru? Jika ada, apakah pandangan Kerajaan?

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya

jawabkan tadi, dalam Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian

Kesihatan, MMA juga adalah salah seorang anggota dalam Jawatankuasa

itu. Apabila kita mengadakan perundingan atau perbimbangan, kita

mengambilkira pandangan mereka sebelum kita mengambil sesuatu

keputusan. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat ada apa-apa cadangan atau

pandangan, kirimkan kepada Kementerian saya dan saya boleh bawa ke

Jawatankuasa itu untuk pertimbangan Jawatankuasa. [Disampuk]

PELUPUSAN BUANGAN INDUSTRI DI BUKIT NANAS,NEGERI SEMBILAN - PELAKSANAAN PROJEK

8. Tuan Sim Kwang Tang minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan sana ada Jemaah Menteri Persekutuan bersamadengan pihak Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Projek WMC diBukit Nanas di Negeri Sembilan, dan adakah beliau. sedar, ramaipenduduk-penduduk tempatan di sekililing Bukit Nanas masih belummenerima pelaksanaan projek itu, walaupun kempen publisiti telahdilancarkan oleh syarikat berkenaan secara meluas.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Tuan

Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang.

Berhormat, Jemaah Menteri pada mesyuaratnya bertarikh 20hb Januari;

1993 telah bersetuju supaya Kementerian Sains, Teknologi dan Alam

Sekitar menyegerakan projek kemudahan pengolahan dan pelupusan

buangan industri di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. Berdasarkan

kepada penilaian yang dibuat oleh ahli panel EIA, Ketua Pengarah

Alam Sekitar telah melaluskan laporan EIA bagi projek tersebut

Page 24: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -23-

pada 26hb Ogos, 1993. Kelulusan bagi gunatapak projek masih

diperingkat pertimbangan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan.

Saya sedar bahawa memang terdapat sebilangan kecil penduduk di

sekitar Bukic Nanas masih belum menerima pelaksanaan projek

tersebut, walaupun kajian menunjukkan bahawa projek tersebut tidak

memberi kesan .yang significant kepada manusia dan alam sekitar.

Dalam hal ini, pihak Kementerian berserta pihak pemaju projek akan

terus memberi penjelasan kedudukan sebenar projek ini kepada mereka

yang berkenaan.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah membaca

laporan EIA ke atas projek WMC di Bukic Nanas yang dicadangkan itu.

Soalan tambahan saya ialah tentang EIA ini dan EIA pada amnya dalam

projek ini skopnya terlalu sempit, sebab ia cuma menyiasat satu

kawasan 8km dari projek site sahaja. Kenapakah 8km sahaja? Kenapa

tidak lOkm ataupun schingga Port Dickson sebab, dengan izin,

underground water contamination boleh dibawa oleh sungai-sungai ke

laut. Ini pun boleh dipersoalkan di dalam mahkamah centang

kepakaran mereka yang menjalankan EIA, sebab saya rasa,dalam

syarikat kontraktor yang menjalankan EIA ini, tidak ada seorang pun

pakar environmental science, environmental engineering ataupun

environmental technology, Ini adalah bidang sains, dan kejuruteraan

yang baru. Maka adakah pihak Kerajaan sanggup mengkaji aemula

prosidur dan syarat-syarat untuk melayakkan sesuatu kontraktor

ataupun syarikat menyediakan EIA, bukanlah untuk Bukit Nanas sahaja,

bahkan untuk semua projek besar.

Page 25: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -24-

Soalan kedua, tidak payahlah. Saya rasa dia pun tidak boleh

menjawab. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Janganlah buat

sangkaan Yang Berhormat. Tidak baik buat macam itu! [Ketawa]

Tuan Peter Chin Fah Kui: Soalan kedua, kosong.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

bertanya sekejap. Saya mahu minta raaaf dan minta izin. Ini bukan

hendak menghina dia. Soalan kedua ialah, adakah Kerajaan bertujuan

untuk mengkaji semula taktik dan strategi dalam isu besar ini,

mungkin untuk menghidupkan semula suatu cadangan dulu ataupun

cadangan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Bukan untuk satu

WMC dibina di Bukit Nanas sahaja, tetapi dicentralise dan

diconstruct supaya ianya diletakkan dekat dengan tempat sisa-sia

toksid dikeluarkan untuk mengurangkan risiko dalam proses

pengangkutan dan supaya mengelakkan jangan memangsakan rakyat Bukit

Nanas yang tidak menikmati hasil dari program perindustrian. Saya

rasa ini dia memang kata "tidaklah", sebab saya sudah katakan tadi,

saya tarik balik.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Ahli

Yang Berhormat dari Bandar Kuchihg ini seolah-olah menjadi pakar

tentang perkara ini dan bolch menasihatkan panel EIA yang melibatkan

pakar-pakar tcntang perkara engineering dan sebagainya untuk

menjalankan usaha EIA tersebut.

Tuan Sim Kwang Yang: [Bangun]

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, walau

bagaimanapun, saya hendak jawab.....

Page 26: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -25-

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhorraat

Bandar Kuching, sabar.

Tuan Peter Chin Fah Kui: ....soalan-soalan yang ditujukan oleh

Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching tadi. Kajian EIA ini telah

dijalankan dan pihak panel EIA yang ditubuhkan oleh Ketua Pengarah

Jabatan Alam Sekitar telah meneliti laporan EIA ini dan mereka telah

bermesyuarat beberapa kali dengan panjang lebar untuk menyelesaikan

perkara ini. Akhirnya, dalam keputusan panel EIA ini mereka

bersetuju EIA ini boleh diterima, projek ini boleh diluluskan dengan

syarat-syarat yang mereka masukkan dalam surat kebenaran itu.

Saya hendak menjelaskan di sini, kalau Ahli Yang Berhormat

dapat meneliti surat kelulusan itu, beliau boleh mendapati bahawa

syarat-syarat yang ketat dan sangat padat dari segi keselamatan dan

sebagainya supaya pihak peraaju iaitu Kualiti Alam Sdn. Bhd. apabila

menjalankan atau membina projek ini akan memberi penuh perhatian

supaya semua syarat-syarat ini dapat diawasi oleh semua pihak dan

supaya projek ini dari keseluruhannya selamat. Inilah yang telah

dibuat dan pihak panel EIA merasakan mereka berpuas hati. Oleh

sebab itu, barulah Ketua Pengarah memberi surat kelulusan kepada

pihak pemaju pada 20hb. Ogos, 1993. Ini bermakna dari sembilan

bulan sampai satu tahun mereka berunding dan bermesyuarat supaya

projek ini diberi sepenuh perhatian dan tidak sia-sia sahaja

diluluskan.

Page 27: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR. 2.11.93 ' - 26 -

Mengenai cadangan oleh Ketua Pembangkang tentang

'decentralisation' projek ini, saya sudah memberi jawapan semasa

menggulung perbahasan' di dalara Dewan yang mulia ini. Saya sudah

memberi alasan yang cukup panjang iaitu buat masa sskarang kita

tidak boleh 'decentralise' projek-projek seperti ini, kerana kalau*

kita 'decentralise' projek ini, dari segi-private sectornya projek

ini tidak ekonomik dari segi returnnya, dan oleh itu projek ini

tidak dapat 'decentralised'. Kalau di'decencralised' hanya dapat

memberi pengolahan yang separuh sahaja, tidak menyeluruh. Apa

yang kita hendak buat ialah satu pusat di mana semua sisa-sisa ini

boleh diolahkan dengan cukup teknik dan cukup saintifik serta

dengan teknologi yang canggih. Inilah maksud dan pendirian

Kerajaan iaitu kita tidak boleh 'decentralise'kan projek ini. Itu

sahaja jawapannya.

Tuan Lim Kit Siang: Adakah Kerajaan memandangkan masalah

. atau protes oleh penduduk-penduduk tempatan terhadap Projek WMC

di Bukit Nanas dan hasrat mereka untuk menjaga alam sekitar mereka,

sebagai satu ancaman terhadap keselamacan negara, sehingga

suratkhabar diberi arahan secara langsung atau tidak langsung,

tidak memberi tempat atau ruang kepada masalah mereka?, Adakah ini

Page 28: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 27 -

membayangkan kalau mereka terus membuat protes bagi menjaga masa

depan mereka dan anak-cucu mereka, mungkin mereka akan ditahan di

bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pernah dilakukan terhadap

aktivis-aktivis dalam isu radioactive waste di Papan dan Bukit•

Merah.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah

hendak membuat satu debate di dalam Dewan ini tencang sama ada

pihak Kerajaan sudah memberi pencraagan yang cukup atau

consultation dengan pihak penduduk. Di dalara jawapan asal saya

tadi, saya sudah menyatakan usaha-usaha untuk memberi penerangan,

untuk bermesyuarat dengan pihak penduduk di sekitar Bukit Nanas

itu masih dijalankan dan satu syarikat perhubungan awam

(consultant) telah dilantik oleh pihak Syarikat Kualiti Alam

bernama 'Burson-Marsteller' telah berusaha dari segi dialognya, dari

segi.....

Tuan Lim Kit Siang: Itu bukan jawapannya, saya bertanya sama

ada ISA akan digunakan.

Tuan Peter Chin Fah Kui: .... semua cara-cara untuk barhubung

dengan mereka supaya....

Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jangan mencelah,

Yang Berhormat.

Tuan Peter Chin Fah Kui: .... mereka dapat memahami semua

kaedah-kaedah rentang projek ini, jangan disalah anggap dan

dipengaruhi oleh pihak-pihak berkenaan, seperti DAP.

Tuan Lim Kit Siang: Tidak faham! [Boo!]

Page 29: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 28 -

BAYARAN RAWATAN PERUBATAN DI SABAH - PENGECUALIAN

9. Tuan Radin Malleh minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) kenapakah permohonan pengecualian bayaranrawatan perubatan bagi mereka yang tidakberkemampuan di Sabah tidak lagi dilayan.Adakah Kementerian sengaja menyusahkan rakyatmiskin dan suka melihat kesengsaraan mereka;dan

(b) kenapakah pesakit-pesakit gigi di arah untukmembuat 'appoinment' acau temujanji dalammasa enam bulan barulah memperbaikinya sepertimenampal dan sebagainya. Bukankah tempohsebegitu tersangat lama bukan saja menambahkanrosak kepada gigi tetapi juga menjadikan gigibusuk dan buruk.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' K. Kumaran]:

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Permohonan pengecualian bayaran rawatan per-

ubatan daripada mereka yang tidak berkemampuan

boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh

mana-mana Ketua Hospital atau seseorang wakil

Page 30: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 29 -

yang dilantik olehnya di semua hospital-

hospital Kerajaan di seluruh negara,termasuk

Sabah. Perkara ini diperbekalkan di bawah

Perenggan 16(7) Perintah Fee 1982 dan masih

terus dilaksanakan sehingga sekarang.

(b) Pesakit yang memerlukan rawatan tampalan gigi

boleh diberi temujanji dalam tempoh masa

enam bulan sekiranya kerosakan gigi hanya

terjadi pada peringkat awal di mana belum

melibatkan dentina. Kerosakan gigi apabila

sampai ke peringkat dentina boleh merebak

dengan cepatnya sehingga ke peringkat pulpa.

Dalam keadaan ini, rawatan campalan perlu*

diadakan dengan segera supaya tidak terus

merebak. Telah menjadi amalan di semua Klinik

Pergigian Kerajaan di mana kes yang memerlukan

rawatan segera diberi rawatan serta-merta.

Tuan Radia Malleh: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan

tambahan ini berkaitan dengan Kementerian Kesihatan, walaupun tidak

berkait langsung dengan soalan asal, tetapi saya mengambil

kesempatan ini untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen. Adakah Kementerian sedar sama ada

ada directive ataupun pcruntukan-peruntukan undang-undang yang

membolehkan pihak Kementerian membenarkan pesakit-pesakit

Page 31: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR. 2.11.93 - 30 --

terutama sekali di Sabah untuk 'employ', dengan izin,

pendatang-pendatang asing untuk menjaga mereka dan tidak

membolehkan saudara-mara untuk menjaga mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

saya rasa soalan ini agak terkeluar dari soalan asal.

Dato' K. Kumaran: Ini luar daripada bidangkuasa Kementerian.

Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kali ini

tetap masuk ... [Katawa]

Timbalan Yaag di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Itu bukan

keputusan Yang Berhormat.

Tuan Lau Dak Kee: Ramalan saya memang betullah.

Timbalan Yang di-Petua [Tuan Oog Tee Keat]: Pak nujum!

Tuan Lau Dak Kee: Sebab berkenaan dengan pengecualian bayaran

rawatan perubatan, Adakah satu arahan telah diberi kepada mana-mana

klinik Kerajaan ataupun hospical Kerajaan. di mana apabila pesakit-

pesakit mendapat rawatan daripada hospital tersebut ataupun telah

sembuh, apabila mereka hendak keluar daripada hospital dan

bayaran-bayaran yang telah ditetapkan oleh hospital itu kena

dibayar, kalau mereka tidak membayar ataupun tidak menjelaskan

bayaran itu, mereka tidak boleh keluar daripada hospital tersebut.

Adakah itu satu arahan baru yang telah dikeluarkan oleh

Kementerian?

Page 32: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR. 2.11.93 - 31 -

Yang kedua, nampaknya jawapan daripada Yang Berhormat

Seciausaha Parlimen yang menyatakan berkenaan dengan- rawatan

pergigian ini, hanya mereka dapat membuat satu temujanji

(appointment) kalau penyakit-penyakit itu didapati adalah penyakit

di peringkat awal dan boleh tunggu, jadi mereka kena tunggulah

selama 6 bulan. Itukah sikap Kerajaan apabila penyakit yang tidak

begitu serius boleh tunggu, kalau penyakit yang serius boleh

mendapat rawatan yang segera, mana tahu? Mungkin pcnyakit itu

pada peringkat awalnya, dalam sekelip mata, boleh menjadi serius.

Jadi, macam mana Kerajaan dapat memastikan sama ada gigi itu akan

rosak dalam raasa 6 bulan atau tidak? Ini bergantung kepada tubuh

badan seseorang ataupun kualiti gigi itu, bukan daripada pandangan

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sendiri.

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, -saya hendak menjawab

soalan kedua dahulu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, tetapi

perkara ini dipastikan bukan olch orang biasa, bukan oleh saya atau•

orang lain, tetapi oleh seorang doktor yang berkelayakan penuh dan

dia juga boleh buat temujanji. Oleh scbab itu, soal ini tidak

timbul.*

Mengenai soalan tambahan yang pertama, pada pcndapat saya,

Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk

menahan seseorang pesakit yang telah di'discharged' daripada

hospital. Saya telah menerangkan bahawa jika seseorang yang tidak

mampu membayar mereka boleh dikecualikan iaitu mereka boleh

membuktikan ataupun meminta kebenaran daripada Ketua Hospital

uncuk mendapat pengecualian. Oleh sebab itu, arahan untuk menahan

seseorang pesakit jika mereka tidak mampu membayar bayaran hospital

itu tidak timbul dan saya adalah sedar mengenai hal ini. Walau

bagaimanapun, jika ada bukti, sila berikan dan saya boleh menyiasat

dan mengambil tindakan.

Page 33: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 32 -

TELEFON - PERKHIDMATAN KE RUMAH PANJANG, SARAWAK

10. Tuan Jawah Anak Gerang minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan selaras dengan polisi Kerajaan untuk mengadakanperkbidmatan telefon ke scluruh kampung di seluruh negara, bilakahtiap-tiap rumah panjang di Sarawak akan menikmati telefonnyasendiri. Sama ada Kerajaan juga akan mengeksploitasikansungai-sungai yang deras dan kccil di luar bandar untuk dijadikanmini-hidro supaya penduduk-penduduk luar bandar akan juga dapatmenikmati keuntungan daripada janakuasa.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di samping

usaha-usaha untuk menyediakan kemudahan telefon dengan menggunakan

infrastruktur telekomunikasi yang sedia ada, Telekom Malaysia juga

sedang menguji satu sistem teknologi radio yang baru. Dengan adanya

sistem ini kelak, kemudahan telekomunikasi dapat disediakan kepada

kawasan-kawasan rumah panjang dan Telekom Malaysia menjangkakan

sasaran satu telefon di setiap kampung termasuk rumah panjang dapat

dinikmati menjelang tahun 1997.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha Kerajaan uncuk mengekspioitasi

sungai-sungai di Sarawak bagi projek mini-hidro sentiasa dijalankan.

Sebanyak 320 tempat seluruh negeri Sarawak telah dikenalpasti

sebagai tapak keupayaan untuk membina projek mini-hidro. Daripada

itu 60 tapak boleh dimajukan oleh kerana cukup dekat kepada kampung-

kampung.

Daripada itu 15 tapak telah dijalankan pcnyelidikan peringkat

pra kemungkinan (prefeasibility study) dan 11 buah projek terbaik

telah pun dipilih untuk pelaksanaan melalui Rancangan Malaysia

Keempat sampai Rancangan Malaysia Keenam.

Page 34: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 33 -

Setakat ini 7 buah projek yang bcrjumlah RM41.7 juta telah siap

dibina dan tapak baru sentiasa dicari untuk memfaedahkan

penduduk-penduduk luar bandar.

PENGLIBATAN MENTERI/KETUA MENTERI DALAM SYARIKAT BERDAFTAR

11. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama adaahli pendadbiran seperti Menteri dan Ketua Menteri dibenarkanberkecimpung dalam bidang perniagaan dan memiliki saham secaralangsung dalam syarikat berdaftar atau tidak menerusi syarikatpenama:

(a) dan kalau ya, apakah tindakan yang akan diambil ke atasmereka yang berbuat demikian seperti Ketua Menteri Melaka- Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik;

(b) dan kalau tidak, mengapa, serta adakah pihak Kerajaanbercadang untuk menghapuskan amalan ini; dan

(c) berapa banyakkah Menteri, Timbalan Menteri, SetiausahaParlimen, Ketua Menteri dan ahli EXCO mempunyaikepentingan dalam syarikat berdaftar.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Douglas

Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, anggota pendadbiran termasuklah

Menteri dan Ketua Menteri memang tidak boleh berkecimpung secara

aktif dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, mereka

dibenarkan memiliki sahara dalam syarikat-syarikat berdaftar

sekiranya jumlah pemilikan sahara tersebut tidak meraberi kuasa dalam

pengurusan syarikat yang berdaftar itu atau tidak membawa sebarang

conflict of interest.

Page 35: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 34 -

Jawapan bagi soalan-soalan seterusnya ialah:

(a) tindakan yang seauai akan diambi1 untuk menyiasat dengan

rapi apa-apa kes yang melibatkan amalan yang tidak

diingini oleh Kerajaan;

(b) pihak Kerajaan akan terus memastikan bahawa semua

anggota pentadbiran bebas daripada berkecimpung dalam

bidang perniagaan secara aktif; dan

(c) soalan ini adalah spesifik dan memerlukan masa untuk pihak

Kerajaan mendapatkan data yang relevant.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut telah

pun cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Pertanyaan No. 3 dan No. 12 bingga 32 akan dimasukkan

dalam naskhah bercetak kelak

Page 36: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 35 -

RANG UNDANG-UNDANG

HANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1994

Bacaan Kali Yang Kedua

BAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1994

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Rang Undang-undang

Perbekalan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul

yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlahwang sebanyak tidak lebih daripada RM13,850,004,080(Ringgit Malaysia tiga belas bilion, lapan ratus limapuluh juta, empat ribu dan lapan puluh) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1994 danbagi tujuan-tujuan dan buciran-butiran perbelanjaanpcmbangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan.atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1994 yangdibentangkan sebagai Kerteas Perintah 31 Tahun 1993,adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaanjumlah-jumlah yang bersetentangan " dengan butiran-butiranitu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut". [1hbNovember, 1993)

Page 37: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 36 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuaa Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Marang, diminta sambung.

3.35 ptg.

Tuaa Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,

semalam saya telah menerangkan secara ringkas berkenaan dengan

prinsip dan pelaksanaan di dalam negara Islam yang telah berjaya

membuktikan kejayaannya ketika ia dilaksanakan. Namun begitu masih

banyak tanda-tanda yang menunjukkan kini tidak ada keyakinan kepada

cara Islam di kalangan orang-orang yang mengaku Islam sendiri dan

tidak serius untuk memperkenalkan cara Islam itu kepada dunia sama

ada dalam perkara dasar begitu juga dalam pelaksanaannya melalui

pentadbiran, pengurusan dan termasuklah untuk membanteras jenayah

yang begitu ketara sekarang. Mungkin kerana telah berlalu masa yang

lama dan hasil daripada kesan serangan pemikiran yang dibawa oleh

penjajah yang mencuba dan berusaha untuk melumpuhkan manusia

khususnya umat Islam supaya mereka tidak membina kekuatan ummah dan

kekuatan keperibadian manusia yang pernah dibuktikan oleh Islam

sehingga negara-negara penjajah ataupun yang mempunyai semangat

imperialisme tidak berjaya untuk menguasai negara-negara yang hendak

dijajah itu.

Melihat kepada betapa seriusnya keruntuhan peribadi manusia dan

bertambahnya kejadian jenayah, maka kita perlu mengkaji semula

terhadap apa yang dilaksanakan sekarang ini. Kejadian jenayah yang

berlaku dalam negara kita sungguh serius. Di sini saya ingin

mengemukakan bagaimana meningkatnya kejadian jenayah berlaku dalam

negara kita seperti yang pernah dinyatakan oleh Kementerian Dalam

Page 38: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 37 -

Negeri ketika menjawab soalan saya pada 12hb Mei, 1992. Kejadian

jenayah di antara tahun 1981 sehingga tahun 1991:

Membunuh - 258 pada tahun 1981, meningkat kepada 415;

Merogol - 360 meningkat kepada 706;

Mencuri - 63',356 menurun kepada 5,421;

Merompak - 4,937 meningkat kepada 5,804;

Mengedar dadah - 134 meningkat kepada 744.

Jumlah peratus peningkatan ataupun penurunan kadar kejadian

jenayah tersebut jika dibandingkan di antara tahun 1981 dan tahun

1991 ialah, membunuh meningkat kepada 37.8%; merogol meningkat

kepada 8.49%; mencuri menurun kepada 12.3%; merompak meningkat 15%.

Walaupun mencuri menurun kepada 12%, rompakan meningkat kepada 5%.

Ini mungkin pencuri sudah naik pangkat jadi peronpak. Kita perlu

melihat kepada peningkatan ini. Mengedar dadah meningkat kepada

81.99%. Inilah perkembangan jenayah yang berlaku. dalam negara

kica.

Sepatutnya Kerajaan sudah peka dengan keadaan sekarang di mana

pencurian, penyelewengan bukan lagi puluhan ribu ringgit tetapi

kepada peringkat juta dan jutawan. Membunuh bukan sekadar membunuh

tetapi sudah ke peringkat, mengerat-ngerat selepas dibunuh dan

membunuh bayi dan seterusnya dalam perkara-perkara yang lain

menunjukkan perlunya penyelesaian baru dicari, perlunya kita mencari

penyelesaian yang lain bagi mengatasi masalah tersebut.

Walau bagaimanapun, saya mengalu-alukan kenyataan Menteri

Undang-undang untuk mengorak langkah ke arah meninggalkan

undang-undang Inggeris dijadikan rujukan untuk kembali kepada

undang-undang yang sesuai dcngan masyarakat yang ada di Malaysia

ini. Oleh kerana undang-undang lslam adalah undang-undang daripada

agama yang dianut oleh sebahagian besar daripada masyarakat

Malaysia, maka ianya perlu diberi perhatian yang sungguh-sungguh.

Page 39: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 38 -

Walaupun perkara undang-undang Islam telah dijelaskan. beberapa kali

dalam seminar-seminar yang diadakan di pusat-pusat pengajian tinggi,

oleh Jabatan Kerajaan, pertubuhan-pertubuhsn ugama dan lain-lain,

Jabatan Agama Islam Kedah pernah menganjurkan seminar berkenaannya

dalam tahun 70-an, tetapi masih ramai yang tidak faham atau senjaga

tidak faham. Maka saya mahu mengulangi sekali lagi secara lebih

detail di Dewan ini, mudah-mudahan boleh diterima dan menyedari

kawajipan menerimanya menjadi suatu tanggungjawab yang tidak boleh

dipandang kecil dan remeh-temeh, kerana keadaannya sudah menjadi

parah dan perlu kepada rawatan yang segera dan berkesan. Tidak

berguna lagi kita meneruskan secara yang telah menunjukkan tidak

berkesan itu.

Sebenarnya syariah atau pcrundangan Islam ini tidak asing

kepada kita, seperti asingnya undang-undang Inggeris dan Perancis

yang banyak diamalkan di bekas-bekas tanah jajahan, - termasuklah

negara kita ini. Bahkan negara-negara Barat yang menghasilkan

undang-undang tersebut telah pun menunjukkan kebuntuan yang parah.

Apakah kita mahu menunggu masa depan yang parah juga? Kita

bertanggungjawab tidak boleh mengizinkannya sekali-kali, maka kami .

juga merasa bertanggungjawab walaupun memerlukan beberapa kali

menerangkan perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, syariat Islam atau perundangan Islam itu

berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana ia memberi

penekanan dalam dua aspek. Yang pertama, aspek spiritual, rohani,

menimbulkan keinsafan - adanya pengawasan Allah yang Maha Mengetahui

sehingga tidak boleh disembunyikan, termasuklah segala yang tersirat

Page 40: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11,93 - 39 -

dalam hati manusia. Adanya perhitungan dosa dan pahala kepada semua

tindak-tanduk, baik dan jahat yang dilakukan oleh manusia, dan

seterusnya ada pula perhitungan selepas mati, yang baik dibalas baik

dan diberi ganjaran syurga, dan yang jahat dimasukkan ke dalam

neraka, walaupun terlepas daripada tindakan di dunia ini. Aspek ini

tidak ada dalam undang-undang manusia.

Yang kedua, aspek zahir melalui tindakan undang-undang oleh

Kerajaan dengan keterangan-keterangan dan syarat-syaratnya yang

ketat dan tegas. Kesemua undang-undang Islam itu merangkumi segala

aspck yang perlu dalam kehidupan manusia dalam kontaks individu dan

masyarakat, di mana melibatkan kepentingan agama, nyawa akal,

keturunan atau kekeluargaan dan harta benda sama ada di peringkat

negeri atau antarabangsa. Kesemua undang-undang ini pernah

dilaksanakan dengan cemerlangnya dan diterima bukan sahaja oleh

orang-orang Islam, bahkan diterima juga oleh orang-orang yang bukan

Islam yang merasai betapa baik kesannya ketika ia dilaksanakan dalam

masyarakat majmuk yang lcbih besar dari yang ada di Malaysia hari

ini. Apabila ternyata undang-undang tslam ini telah mewujudkan

keadilan, keamanan yang mutlak, maka negara Islam di masa itu

berjaya menarik kedatangan orang-orang yang bukan IsTara dari luar

datang melabur, mempelajari kepesatan tamaddun Islam dan lain-lain

lagi. Oleh itu, masalah kegerunan orang-orang yang bukan Islam

tidak timbul.

Undang-undang Islam yang telah tidak diberi peranan sekarang

perlu dikembalikan semula untuk dikaji dan dipraktik setelah manusia

dilanda oleh nilai kemanusiaan yang sangat dahsyat. Bertambahnya

kadar jenayah yang menjatuhkan martabat manusia yang mengancam

Page 41: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 40 -

sifat beragama, berakhlak, mengorbankan nyawa, akal fikiran,

keluarga dan harta benda. Berlakunya di seraua pcringkat sama adn•

berkolar putih atau biru, di kalangan dewasa dan remaja. Perkara

ini menjadi perbincangan hangat di kalangan pendidik dan

penguatkuasa undang-undang tanpa menghasilkan sesuatu penyelesaian

yang benar-benar berkesan, menandakan kegagalan undang-undang

manusia yang terlalu ketara sama ada undang-undang yang bcrsifat

keras ataupun lembut, di samping tidak ada pula suatu jaminan yang

menghalang adanya orang-orang yang mungkin menjadi mangsa

penganiayaan undang-undang itu kerana cara menghasilkan keterangan,

saksi dan sebagainya tidak merapunyai syarat-syarat yang baik,

Marilah secara ikhlas, insaf dan bertanggungjawab, tanpa fanatik,

kita melihat perundangan Islam dan memahaminya dalam segala aspek

yang ada di tengah-tengah masyarakat kita supaya masalah kita

bersama dapat diatasi setelah beberapa lama kita mencuba - undang-

undang Inggeris yang asing dari masyarakat Melayu, Cina dan India

yang menganut berbagai-bagai ugama di negara ini.

Di sini, saya ingin mengemukakan contoh undang-undang jenayah

sahaja untuk menyelesaikan masalah semasa yang sangat mendesak.

Islam membahagikan undang-undang jenayah kepada tiga bahagi. Yang

pertama dinamakan 'qisas' iaitu hukuman yang berkait dengan hak

manusia yang berhubung dengan nyawa sehingga menyebabkan kematian

dan kecederaan, di mana hukumannya ditentukan oleh Al-Quran dan

Hadis Nabi S.A.W. yang menjadi nas pemutus sama ada dalam qisas yang

dinaraakan "qatlul 'amal", pembunuhan dengan sengaja ataupun

"syibghul. 'amat", pembunuhan menyerupai sengaja ataupun

"al-qatlulkhata", pembunuhan secara tersilap ataupun tersalah.

Page 42: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 41 -

Dalam pembunuhan sengaja sebagai suatu contoh, sekiranya membunuh

dilakukan dengan alat yang membunuh dengan tujuan membunuh, maka

dijatuhkan. hukuman bunuh. Di samping itu, hukuman bunuh itu

dijatuhkan -dengan keterangan-keterangan yang ketat, dengan*

saksi-saksi yang disertai dengan syarat-syarat yang ketat, setelah

hukuman itu dijatuhkan, dibenarkan kepada keluarga si mati mengampun

bukan Lembaga Pengampunan yang mengampun. Dan setelah diampun,

dikenakan bayaran 'diat', gantirugi yang berat dan mahal dalam

perkara yang berkait dengan "syibghul. 'amat", pembunuhan menyerupai

sengaja dan perabunuhan secara tersilap ataupun pembunuhan sengaja

yang dilakukan oleh kanak-kanak, yang dilakukan oleh orang gila,

orang yang tidak berakal, maka Islam setelah mengenakan diat yang

keras - bukan dikenakan kepada penjenayah, tetapi

dipertanggungjawabkan kepada keluarga penjenayah, iaitulah

keluarga-keluarganya yang menerima pesaka secara ' asabah, iaitu di

kalangan keluarga lelaki yang menerima pesaka yang banyak mengikut

hukum Islam dan menerima secara menghabisi harta setelah ditentukan

beberapa bahagian kepada yang ditentukan bahagiannya. Ini dalam

perkara yang berkait dengan qisas.

Perkara yang kedua, yang dikenali hukum 'hudud'. Hukuman hudud

ini ialah hukuman yang ditentukan atau dihadkan kadarnya oleh Al-

Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang melibatkan hak Allah dan hak

manusia menurut ajaran Islam iaitu dalam perkara yang melibatkan

moral, harta benda yang sangat perlu dipelihara, iaitu kesalahan•

mencuri, di mana kesalahan mencuri yang ditakrifkan mengikut hukuman

Islam yang dimaksudkan dengan mencuri itu ataupun 'sariqah' iaiah

perbuatan memindah dengan cara bersembunyi harta-alih daripada

Page 43: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 42 -

jagaan atau milikan tauannya tanpa persetujuan tuannya yang mana

perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menghilangkan harta itu

daripada jagaan atau milikan tuannya. Orang yang melakukan

kesalahan ini, setelah dibuktikan dengan keterangan-keterangan sama

ada ikrar pengakuan daripada penjenayah ataupun dengan saksi yang

adil yang ketat syarat keadilannya, maka dijatuhkan hukuman potong

tangan.

Yang kedua, 'hirabah', iaitu yang berkait dengan merompak.

Mereka yang merampas harta orang dengan menggunakan kekerasan,

menggunakan senjata dengan cara paksaan, maka dijatuhkan hukuman

bunuh sekiranya dia membunuh dan disertai dengan salib sekiranya dia

membunuh dan mengambil harta, dan dipotong tangan dan kaki sekiranya

dia mengambil harta sahaja, dan dibuang daerah ataupun dipenjara

sekiranya dia melakukan ancaman sahaja, bclum lagi mengambil harta

ataupun membunuh.

Page 44: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 - 43 -

Yang ketiga, kesalahan berzina iaitu kesalahan persetubuhan

tanpa perkahwinan yang sah di mana Islam mentakrifkan perzinaan yang

dimaksudkan dengan zina ialah persetubuhan yang dilakukan bukan

melalui perkahwinan yang sah sama ada suka sama suka ataupun tidak,

sama ada dipaksa ataupun tidak, Ia adalah zina mengikut hukum Islam

di mana takrif yang begini luas tidak ada di dalam undang-undang

Barat. Hukuman zina ini ialah direjam sehingga mati kepada yang

telah berkahwin dan sebat sebanyak seratus kali kepada yang belum

pernah berkahwin.

Yang keempat, kesalahan qas!r iaitu menuduh zina tanpa saksi

yang adil, tanpa empac orang saksi, hukumannya ialah disebat

sebanyak lapanpuluh kali.

Yang kalima, syuruk iaitu meminum arak atau minuman yang

memabukkan dan hukumannya ialah disebat tidak lebih dari lapanpuluh

kali dan tidak kurang daripada empatpuluh kali.

Yang keenam ialah riddah ataupun murtad yang dikenakan kepada

orang-orang Islam sahaja, tidak dikenakan kepada orang yang bukan

Islam yang keluar dari Islam. Hukumannya ialah dibunuh kerana dia

telah melanggar perjanjiannya yang berkait dengan akidah dengan

Allah S.W.T.

Yang ketujuh, hukuman takzir iaitu hukuman kepada kesalahan-

kesalahan yang lain daripada hudud dan qiaas yang diserahkan cara

dan penentuannya mengikut kebijaksanaan badan perundangan ataupun

budibicara mahkamah.

Page 45: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 . - 4 4 -

Sekiranya kita mengkaji secara mendalam nescaya akan didapati

bahawa hukuman yang ditegaskan, hukumannya kepada jenayah yang

sangat besar kesannya kepada manusia tnengenai perkara-perkara yang

berhubung dengan mereka, dengan nyawa, dengan harta-benda, dengan

maruah dan lain-lain dalam perkara qisas. Memandangkan betapa

besarnya harga nyawa manusia dan jasad mereka supaya tidak boleh

diperlakukan sewenang-wenang kerana pencabulan nyawa dan anggota

bukan sahaja melibatkan mangsa, tetapi keluarga dan masyarakat.

Dalam perkara zina, kerana ia boleh meruntuhkan keluar"ga dan

keturunan di samping terdedahnya kepada jenayah-jenayah yang lain

kerana mahu menutup malu, berlakunya perabuangan bayi, pembunuhan dan

lain-lain dan terdedahnya kepada penyakit-penyakit yang sangat

merbahaya seperti AIDS, sifl is dan lain-lain yang bukan sahaja

membahayakan orang yang melakukan jenayah itu tetapi juga keluarga

dan masyarakat.

Begitu juga dalam perkara khodat iaitu menuduh orang tanpa

sakai supaya tidak ada manuaia yang menjadi mangsa fi tnah sesama

sendiri dalam perkara merompak dan mencuri kerana memandang betapa

kejamnya manusia yang mengambil harta secara zalim melalui kerja dan

tenaga orang lain, Dalam kesalahan meminum arak, kerana menghormati

harga akal fikiran yang waras yang menjadi pembeza di antara manusia

dengan haiwan supaya ianya tidak disalahgunakan sewenang-wenang.

Undang-undang Islam tidak boleh dilihat kepada betapa keras dan

menggerunkan hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah-penjenayah

itu sahaja tetapi mestilah diketahui untuk melaksanakannya dikenakan

Page 46: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 - 45 -

syarat-syarat yang sangat ketat yang berkait dengan perkara

keterangan, yang berkait dengan perkara saksi dan lain-lain lagi

sehingga apabila ia dikuatkuasakan, terlalu payah untuk menjatuhkan

hukuman kerana tidak -memenuhi syarat-syaratnya. Apa yang penting

ialah kesan psikologi daripada undang-undang ini sangat mendalam

kepada pemikiran masyarakat di mana kalau kita melihat betapa

ketatnya syarat-syarat yang dikenakan untuk menjatuhkan hukuman

berhubung dengan keterangan, kesemua kesalahan yang berkait dengan

undang-undang yang tersebut hendaklah dibuktikan dengan keterangan

lisan atau ikrar yang dibuat oleh yang dituduh tanpa paksaan atau

dengan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan itu

hendaklah sekurang-kurangnya dua orang kecuali dalam perkara zina,

hendaklah oleh empat orang.

Saksi-saksi itu mestilah di kalangan lelaki Islam yang berakal

supaya dia tidak boleh digertak, baligh, adil yakni tidak melakukan

dosa besar, tidak mengekali dosa kecil dan tidak melakukan perkara-

perkara yang menjatuhkan maruah. Kecuali' dalam kes yang dibawakan

oleh orang-orang yang bukan Islam, kita boleh menerima saksi di

kalangan mereka dengan s-yarat saksi mereka mestilah orang yang

benar-benar patuh kepada agama mereka dan berakhlak, tidak

mengekali, keterangan-katerangan yang diberi mestilah nyata sehingga

tidak ada kesamaran sedikit pun. Kesemua saksi mestilah berdiri

teguh dengan keterangannya, bukan sahaja di mahkamah tetapi juga

pada masa hukuman dijatuhkan. Tuduhan tanpa saksi yang adil atau

Page 47: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 - 46 -

salah seorang dari saksi menarik tuduhan atau ternyata tidak

memenuhi syarat dikenakan hukuman had qaa'r dalam perkara zina dan

fakzir dalam perkara yang lain.

Dalam perkara hakim pula, seseorang hakim itu bukan sahaja

berilmu dan bijaksana dalam syariat Islam dan mengendalikan

mahkamah, tetapi mestilah seorang yang beriman kepada undang-undang

itu dan mempunyai sifat-sifat yang sangat baik dan benar-benar adil

peribadinya, maka Islam tidak membenarkan hakim yang bersifat fasik

dan tidak bermaruah.

Rasulullah S.A.W. pernah bcrsabda, "Satu hakim ke dalam syurga

dan dua hakim ke dalam neraka. Hakim yang mengetahui perkara yang

benar dan menjatuhkan hukuman dengan cara yang benar ke dalam

syurga, hakim yang mengetahui perkara yang benar lalu tidak

menghukum dia atas yang benar kedalam neraka dan hakim yang tidak

mengetahui perkara yang benar dan menghukum tidak mengetahuinya juga

ke dalam neraka".

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya binasa umat yang

terdahulu kerana apabila orang bangsawan melakukan kesalahan, mereka

tidak menjatuhkan hukuman dan apabila orang yang dhaif melakukan

kesalahan, mereka menjatuhkan hukuman. Maka Aku sesungguhnya, jika

anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya Aku potong

tangannya".

Hakim mestilah mencari jalan untuk membebaskan orang yang

dituduh dengan mengkaji sehalus-halusnya dan sedalam-dalamnya.

Page 48: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 - 47 -

Bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman kerana mengikut kaedah

perundangan Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah. Dia

hanyalah dituduh. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hukuman hudud

digugurkan dengan adanya kekeliruan". Sabda Rasulullah S . A . W . ,

"Kesilapan seseorang hakim membebaskan seorang yang bersalah lebih

baik dari kesilapan menjatuhkan hukuman ke atas orang yang tidak

bersalah."

Tuan Yang di-Pertua, di sana terdapat kesalahan-kesalahan yang

mesti memenuhi syarat, contohnya dalam perkara mencuri, di mana

kesalahan itu tidak boieh dijatuhkan hukuman dalam keadaan-keadaan

berikut:-

(i) Apabila nilai harta yang dicuri kurang daripada

nisab harga yang ditetapkan;

(ii) apabila keterangannya tidak boleh dibuktikan;

(iii) apabila pesalah tidak mukallaf;

(iv) apabila pemilik harta tidak mengambil langkah yang

cukup untuk menjaga hartanya;

(v) apabila pesalah tidak memiliki secara sempurna

harta yang dicuri;

(vi) apabila harta yang dicuri tidak bernilai mengikut

hukum syarak;

(vii) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh orang

yang meraberi hutang kepada orang yang berhutang

kepadanya dengan syarat harta yang dicuri tidak

melebihi hutangnya;

Page 49: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.3.11.93 - 48 -

(viii) apabila kesalahan dilakukan dalam keadaaa yang

sangat mendesak seperti peperangan, kelaparan,

penyakit dan alam.

Begitu juga tidak boleh dijatuhkan hukuman kepada kesalahan

yang berlaku di kalangan keluarga seperti isteri mencuri harta suami

terutamanya suami yang bakhil dan anak mencuri harta bapa dan

sebaliknya. Apabila kesalahan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan jika

dibahagikan nescaya tidak mencukupi nisab apabila pemilik harta

tidak lagi mengaku hartanya apabila pesalah itu membuat bantahan

yang boleh diterima oleh hakim berkenaan dengan saksi dan lain-lain

maka hukuman hendaklah digugurkan.

Begitulah juga dalam hal-hal yang lain yang berkait dengan

perzinaan, yang berkait dengan rompakan dan lain-lain lagi hendaklah

dilihat kepada syarat-syaratnya yang ketat. Sekiranya kesalahan itu

berlaku tetapi tidak boleh memenuhi syarat-syarat untuk dijatuhkan

hukuman hudud, maka hendaklah dikenakan hukuman takzir.

Bagaimana hukuman dilaksanakan? Ini juga suatu perkara yang

perlu diberi perhatian. Sesuatu hukuman hudud yang dijatuhkan tidak

boleh dilaksanakan melainkan pesalah telah diperiksa oleh doktor

yang adil bahawa pesalah itu dalam keadaan sihat di mana hukuman

tidak boleh dilakukan ke atas pesalah perempuan yang hamil sehingga

dia melahirkan anak dan suci dari darah nifas. Kalau yang

dijatuhkan hukmnan rejam, biarlah sehingga anaknya selesai tempoh

penyusuan dan ada penjaganya, mestilah dalam perkara yang berkait

dengan hukuman sebat.

Bagaimanakah sebat di dalam Islam? Terdapat perbezaan yang

jauh di antara sebat di dalam Islam dengan sebat yang berlaku di

dalam penjara pada hari ini,

Page 50: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 49 -

Mestilah dilakukan dengan alat yang sederhana, membahagikan pukulan

di merata-rata badan dengan pukulan yang sederhana, tidak boleh

mengangkat lebih tinggi daripada kepala, secara berturut-turut dan

tidak raelebihi bilangan yang ditetapkan dan pesalah hendaklah dalam

keadaan berdiri dan berpakaian nipis yang menutup aurat mengikut

hukum syarak. Jika pesalah tidak raampu lagi mengikut pengesahan

Pegawai Perubatan maka ditangguhkan dengan serta merta sehingga

boleh disambung seraula dan Islam memberi penekanan dalam perkara

yang berkait dengan pengampunan.

Dalam perkara yang herkait dengan pengampunan dengan hukum

qisas yang berhubung dengan hak manusia, Islam menggalakkan.

pengampunan di mana hak pengampunan itu ialah kepunyaan mangsa yang

masih hidup dalam perkara kecederaan atau melukakan dan diberi hak

pengampunan kepada walinya dalam perkara pembunuhan. Apabila

berlakunya pengampunan maka hukuman qisas digugurkan secara damai

sama ada diganti dengan bayaran diat ataupun tidak secara

mewujudkan perdamaian yang menimbulkan kasih sayang dan Islam

memberi penegasan dalam perkara ini dengan firman Allah S.W.T. di

dalam Al-Quranul-Karim yang bermaksud:-

"Maka barangsiapa.. yang mendapat kemaafan daripada

saudaranya, orang yang memaafkan itu mengikuti dengan cara

yang baik yang demikian itu adalah satu keringanan

daripada Tuhan kamu dan rahmat. Maka sesiapa yang

melampaui batas selepas itu maka baginya azab yang pedih".

Ada pun hak pengarapunan yang diberi kepada satu Lembaga

Pengampunan yang dilantik pada hari ini tidak boleh memadamkan rasa

dendam dan permusuhan yang membawa kepada melakukan jenayah yang

lain pula .

Kepada penjenayah yang tidak sengaja, sebagai suatu

Page 51: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 50 -

contoh, Islam mewajibkan kepada penjenayah itu membayar diat yang

- dikenakan. kepada penjenayah c.an ditanggung oleh keluarganya iaitulah

di kalangan assabah,di kalangan orang-orang yang menerima pesaka

secara menghabisi di kalangan keluarganya'. Yang lelaki mesti

membayar diat bagi pihak orang yang raelakukan kesalahan secara

tersilap ataupun kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang

yang tidak mukallaf seperti orang gila, kanak-kanak hendaklah

dibayar oleh asabah yakni di kalangan keluarga lelakinya. Kepada

orang yang melakukan kesilapan yang melibatkan kepada pembunuhan ini

juga Islam mengenakan syarat ia mestilah memerdekakan seorang

hamba. Sekiranya tidak ada hamba maka dia hendaklah berpuasa dua

bulan berturut-turut.

Ini adalah merupakan suatu hukuman yang terlalu keras yang

dikenakan dalam perkara pembunuhan sama ada secara sengaja ataupun

tidak sengaja, dan kita melihat bagaimana dalam perkara pengampunan

ini Islam menggalakkan orang-orang yang melakukan maksiat itu

bertaubat. Jangan dia menyerah diri kepada pemerintah, di mana

seorang yang melakukan kesalahan zina, mencuri, merompak dan

lain-lain, dia bertaubat sebelum dibawa kepada pengadilan adalah

lebih afdal, adalah lebih baik mengikut ajaran Islam. Bagaimana

pula Islam mengenakan hukuman had ini dengan syarat-syarat yang

ketat bukan sahaja pada masa dibicarakan di mahkamah bahkan pada

masa undang-undang itu dilaksanakan.

Mengikut hukum Islam, umpamanya di dalam perkara yang berkait

dengan rejam, sebagai suatu contoh, ketika direjam orang yang

melakukan kesalahan secara mengaku melakukan perzinaan, ia direjam

ataupun disebat; setelah ia menarik balik pengakuannya, maka

Page 52: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 51 -

hendaklah dihentikan. Kalau orang yang direjam itu rnelarikan diri,

tidak boleh diburu lagi, hendaklah dihentikan kerana mungkin dia

telah menarik balik pengakuannya dan tidak dimestikan kepada

Kerajaan mencarinya dan memaksa supaya dia mengaku semula, Ini

menunjukkan bagaimana tujuan daripada undang-undang itu lebih

berbentuk untuk mendidik dan mengajar.

Dalam menguatkuasakan undang-undang Islam, kita akan dapati

wujudnya penekanan mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri

daripada melakukan jenayah-jenayah yang meruntuhkan moral melalui

kesan psikologi dengan kehebatan undang-undang yang sangat mendalam

kepada penjenayah, bakal penjenayah dan masyarakat di mana

berlakunya perkara-perkara berikut:-

(i) hukuman yang dikenakan benar—benar menginsafkan

penjenayah sehingga dia t idak mengulangi lagi

kesalahannya dengan kesan hukuman itu dan hilangnya

dosa dengan hukuman itu dan dengan ber taubat raelalui

k e m a f a n n y a dalam hukuman yang cidak membawa kepada

mematikannya atau dia mati dalam keadaan ber taubat

dan dtampunkan dosanya;

(ii) hukuman itu benar-benar menggerunkan bakal-bakal

penjenayah sehingga dia memberhentikan hasrat untuk

melakukan jenayah;

(iii) masyarakat Islam dididik supaya menghargai dan

bersimpati kepada orang-orang yang bertaubat dan

insaf walaupun dengan menerima hukuman oleh mahkamah

dengan undang-undang Islam;

Page 53: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 52 -

(iv) simpati hendaklah diutamakan kepada mangsa jenayah

dan masyarakat bukannya kepada penjenayah. Apa yang

berlaku sekarang, simpati diberi kepada penjenayah

tetapi tidak diberi kepada masyarakat yang menjadi

mangsa penjenayah. Ini adalah hujah yang dilakukan

oleh mereka yang menolak pelaksanaan hukum syariat

yang berkait dengan jenayah; dan

(v) berlakunya apa yang ditegaskan oleh firman Allah

S.W.T, yang bermaksud: "Cegahan daripada Allah", se-

hingga jenayah dapat diatasi di mana keberkatannya

tidak dirasai dan tidak dapat digambarkan dengan

ucapan. Dengan pelaksanaan, kesannya terbukti ketika

Islam dilaksanakan di zamam silam dan di negara zaman•

kini yang pernah melaksanakan hukum hudud sejak

sekian lama, yang tarnyata kadar jenayahnya paling

kurang daripada negara-negara iain. Orang-orang yang

bukan Islam, mereka tidak dipaksa.

Para ulama telah mengemukakan pandangan-pandangan mereka

berhubung dengan orang-orang yang bukan Islam dan mereka diberi hak

memilih sama ada mereka mahu atau tidak dikuatkuasakan undang-undang

Islam. Sekiranya agama tnereka mempunyai undang-undang, maka

diizinkan mereka melaksanakan undang-undang agama mereka. Sekiranya

agama mereka tidak aJ. undang-undang, pemerintah tidak boleh

membiarkan jenayah berlaku begitu sahaja, maka diberi hak

menjatuhkan hukuman takzir mengikut kebijaksanaan pemerintah. Ini

adalah pandangan-pandangan yang luas yang dikemukakan oleh

ulama-ulama Islam di dalam kicab-kitab mereka yang kaya dengan

penghuraian. berbagai-bagai masalah.

Page 54: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 53 -

Sebenarnya kita boleh mengizinkan pelaksanaan undang-undang-

Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khasnya yang sepatutnya

diberi keizinan sekiranya kita menafsirkan Artikel 3, Perlembagaan

Malaysia secara membebaskan diri daripada pemikiran yang

dibelenggukan oleh penjajah dengan menafsirkan Islam secara Barat

yang telah menyempitkan kedudukannya. Sekiranya di tafsirkan Islam

itu mengikut pengertiannya yang sebenar, maka tidak ada halangan

untuk dilaksanakan undang-undang Islan tanpa menjejaskan penganut

agama lain untuk beramal dengan ajaran agama mereka berdasarkan

kepada perintah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud; "Tidak ada

paksaan di dalam agama".

Rasullallah s .a .w. mengizinkan orang-orang bukan Islam di

kalangan Yahudi supaya menghukum dengan undang-undang agama mereka

sekiranya agama mereka mempunyai undang-undang dan mangsa-mangsa

jenayah yang bukan Islam juga dibenarkan sekiranya mereka mahukan

undang-undang Islam dilaksanakan kepada orang-orang yang melakukan

kezaliman ke atas hak mereka.

Sejarah membuktikan bahawa orang-orang yang bukan Islam lebih

berminat untuk dibicarakan berdasarkan kepada undang-undang Islam

kerana syaratnya yang terlalu ketat . Orang-orang yang dituduh lebih

mudah untuk dibebaskan daripada undang-undang yang diamalkan oleh

manusia dan sejarah telah membuktikan apabila undang-undang Islara

diamalkan, ternyata ianya memberi kesan psikologi yang sangat

mendalam. Jangan kita memikirkan apabila ia dilaksanakan akan

Page 55: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 . - 54 -

ramailah orang-orang yang kudung, akan ramailah orang-orang yang

direjam, akan ramailah orang-orang yang disebat, sebalikaya

sekiranya ia dilaksanakan akan terhentilah orang-orang yang

melakukan jenayah. Terlalu payah untuk kita melihat dalam masa

beberapa tahun orang yang dipotong tangannya. Mudah-mudahan dengan

kita dapat mengawal masalah moral yang berlaku dalam masyarakat,

maka perkembangan kebendaan, kemajuan yang kita nyatakan itu akan

dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Tanpa moral yang baik,

tanpa pembendungan kepada keruntuhan moral yang berlaku sekarang,

kita tidak akan dapat mencapai kejayaan walaupun di dalam bidang

ekonomi dan bidang kebendaan.

Page 56: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 55 -

Tuan Yang di-Pertua, penutup ucapan. Saya ingin mengingatkan

Kerajaan supaya tidak memuji diri sendiri, terutamanya lebih dari-

pada yang patut dan memberhentikan sikap mengampu kerana ia termasuk

dalam perkara pembohongan dan tidak ikhlas. Kerajaan yang baik dan

bersih tidak perlu mengisytiharkan dirinya sendiri baik dan bersih

kerana kalau benar-benar baik dan bersih, siapa pun tidak berjaya

menafikannya tetapi mestilah menyedari adanya kelemahan- kelemahan.

Hanya Tuhan sahaja yang tidak ada kelemahan langsung. Oleh itu,

contohilah Abu Bakar radiallahu anhu apabila dilantik menjadi

Khalifah, beliau menyatakan:

Maksudnya: "Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi Ketua*

kamu. Saya bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu.

Sekirannya saya baik, tolonglah saya. Sekiranya saya ter-

pesong, perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah, bohong ada-

lah khianat. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di

sisiku, sehingga aku mengembalikan hak yang dirampas daripada

orang yang lemah dan orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat

di sisiku sehingga aku membelanya dan mengembalikan haknya yang

dirampas oleh orang yang kuat."

Umar pula menyatakan: "Apabila kamu melihat pada diri-ku ini.

penyelewengan, maka memperbetulkan aku."

Contohilah Nabi Yusof alaihissalam yang pernah memerintah bukan

sahaja dalam perkara ekonomi, 7 tahun subur persediaan menghadapi 7

tahun kemarau selepasnya tetapi juga dalam perkara prinsip politik,

ekonomi dan akhlak, dengan menegaskan:

Page 57: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.U.93 - 56 -

Yang bermaksud: "Itulah daripada apa yang diajarkan kepada

ku oleh Tuhanku. Scsungguhnya, tegas Nabi Yusof alaihis-

salam, aku telah meninggalkan agama yang dibawa oleh kaum

yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada

hari akhirat, mereka mengengkarinya dan aku dengan

tegasnya mengikut ajaran yang dibawa oleh ayahku,

nenek-moyangku, Ibrahim Ishak Yaacob, dan aku tidak

sekali-kali menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

dan itu semua adalah kurnia daripada Allah kepada kami dan

kepada keseluruhan manusia. Tetapi kebanyakan manusia

tidak bersyukur."

Apakah dalam sebahagian daripada perkara ekonomi, kita

mencontohi Nabi Yusof alaihissalam tetapi dalam perkara-perkara yang

lain, dalam perkara yang berkait dengan halal dan haram, dalam

perkara yang berkait menentang kezaliman, dalam perkara menentukan

dosa ddan pahala, kita tidak mencontohi Nabi Yusof alaihissalam.

Mudah-mudahan menjadi renungan kepada kita semua.

Sekian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Alor Setar.

Page 58: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 57 -

4.14 ptg.

Tuan Chor Chee Heung [Alor Setar]: Tuan Yang di-Pertua, saya

berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang

kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 1994 yang telah

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29hb Oktober,

1993.

Saya juga dengan ikhlasnya mengucapkan tahniah kepada Yang

Berhomat Menteri Kewangan, pada kali ini membentangkan satu

Belanjawan yang dikatakan berimbang. Boleh dikatakan sejak negara

kita mencapai kemerdekaan, kemungkinan pada kali pertama inilah

Belanjawan berimbang tercapai iaitu segala perbelanjaan mengurus dan

pembangunan tidak melebihi pendapatan daripada semua sektor.

Dari satu aspek, Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan Belanjawan

tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu Belanjawan untuk

berpendapatan rendah dan miskin kerana ia begitu memberi tekanan ke•

atas kebajikan mereka dalam golongan ini. Belanjawan tersebut juga

mcmberi tanda-tanda ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih

tinggi yang dijangka akan mencapai tahap 3.2% tahun hadapan. Saya*

yakin Belanjawan ini memberi kesan "spin-off" untuk memesatkan lagi

pembangunan negara ke tahap dan peringkat yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga dapat melihat bahawa Kerajaan

memang dapat menguruskan ekonomi negara dengan begitu baik sekali

berbanding dengan kebanyakan negara dalam rantau Asia ini.

Kestabilan harga yang menghasilkan Indeks Harga Pengguna hanya

bertambah pada kadar yang begitu rendah iaitu 3.7% tahun ini

berbanding dcngan 4.7% tahun lalu. Inflasi telah dikawal ke tahap

Page 59: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 58 -

yang minimum dan saya yakin bahawa pelaburan asing akan terus

berkcmbang dan syarikat-syarikat tempatan akan digalakkan berkembang

dengan pelaburan modal yang lebih tinggi memandangkan cukai

persyarikatan juga telah diturunkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam awal tahun ini sahaja, kita semua

telah melihat betapa baiknya prestasi bursa saham negara dengan

pencapaian kapita bursa (market capitalisation) sebanyak RM370

bilion. Ini bukan sahaja bursa saham yang tcrbesar di rantau ini

bahkan salah satu yang terbesar di dunia. Pencapaian hariannya

sepanjang tahun ini kadangkala melebihi Bursa Saham New York,

hakikat bahawa 68 dari saham kita telah dipilih oleh pengurus dana

(fund manager) Amerika Syarikat, Morgan Stanley, supaya mereka

dihubungkaitkan dengan World Index dan juga Europe, Australia, Asia

dan Far East. Index (EAFE) menunjukkan bahawa pasaran saham dunia

menghargai pasaran saham kita.

Prestasi bursa sahara negara ini bcrbanding dengan prestasi yang

lembab pasaran saham yang lain di dunia telah menarik begitu banyak

dana asing juga membuktikan bahawa Kerajaan kita mengurus negara ini

dengan baik. Oleh yang demikian, adalah munasabah pada hari ini,

ucapan .saya akan menyentuh tentang pasaran sekuriti sahaja. Akan

tetapi saya juga ingin menyatakan di sini bahawa saya telah

mengikuti perkembangan bursa saham negara kita dengan begitu rapi

sekali.

Selain daripada terlibat sebagai, seorang pelabur yang sah, saya

tidak mengalami sebarang kerugian di bursa aaham, tidak seperti Yang

Page 60: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 59 -

Berhormat dari Tanjong. Mungkin itulah sebabnya beliau apabila

menyoal tentang soal Union Paper Holdings Berhad (UPHB), beliau

melepaskan geram begitu sahaja dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun dengan rekod bursa

saham kita yang kian berkembang, kami berharap Suruhanjaya Sekuriti

akan mempertingkatkan lagi tugas pengawasannya dan 'pengawalseliaan

yang telah dijalankan dengan begitu baik selama ini. Syabas! Akan

tetapi pada pandangan. saya, Bursa Saham Kuala Lumpur masih lagi

longgar dan tidak begitu teratur dalam menguruskan segala transaksi

keadaan pasaran sekuriti kita iaitu dalam ertikaca syarikat-syarikat

broker di seluruh negara mestilah mematuhi segala peraturan dan

perintah Bursa Saham Kuala Lumpur dengan rapi. Ini merupakan salah

satu prasyarat untuk mewujudkan satu pasaran sekuriti sihat dan

maju. Demikian juga dengan Suruhanjaya Sekuriti yang mesti

senantiasa mengawasi semua syarikat-syarikat yang telah disenaraikan

supaya syarikat-syarikat ini tidak bertindak sewenang-wenangnya yan-g

dapat memberi kesan negatif kepada para pelabur.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada

beberapa pemerhatian yang telah. dibuat oleh saya dan dipersetujui

oleh beberapa orang pakar dalam industri sekuriti demi mewujudkan

sebuah pasaran yang sihat dan bertaraf hubungan antarabangsa di

mana pengurus dana asing sudi datang melabur di mana sudah tentunya

BSKL merupakan satu bursa yang unggul di rantau dunia ini. Saya

percaya peranan-peranan yang dimainkan oleh BSKL dan Suruhanjaya

Sekuriti adalah sungguh penting dan sangat memerlukan perhatian.

Page 61: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 60 -

Suruhanjaya Sekuriti mesti senantiasa berwaspada dan mengawal

prestasi syarikat-syarikat yang tersenarai demi memastikan pihak

pengurusan ataupun sindiket tidak memanipulasikan pasaran sahingga

menjejaskan hak dan kebajikan pelabur kecil.

Pada masa yang sama, perana BSKL juga harus mengawalseliakan

semua syarikat-syarikat broker saham dalam peranan. sebagai pihak

perantaraan ataupun broker saham dan bukan semata-mata sebagai satu

pihak yang hanya mencari keuntungan dalam urusniaga saham dan. tidak

menghiraukan kepentingan para pelabur kecil yang Lain yang mana ia

akan membawa konflik kepentingan berlaku.

Page 62: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -61-

Sebentar lagi saya akan menerangkan macam mana konflik akan

berlaku jika broker saham tidak dengan semata-matanya menjalankan

tugas tetapi telah melibatkan diri dalam urusniaga jual dan beli

saham. Adalah lebih adil mendesak pihak yang berkuasa mengambil

tindakan serta-merta terhadap pihak yang bertanggungjawab ataupun

menyiasat hal tersebut dan bukan setakat membuat pengumuman ataupun

kenyataan di dalam media massa berkenaan dengan kesalahan ataupun

pecah amanah yang telah berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.

Tindakan sedemikian ini bukan sahaja akan mengakibatkan kejatuhan

harga saham yang palsu dan sengaja tetapi juga akan memberi peluang

kepada mereka yang bertanggungjawab terlepas dari hukuman dan

denda.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun ini sahaja didapati 3 buah

syarikat yang telah diberikan amaran oleh BSKL dengan tidak memberi-

tahu BSKL mengenai maklumat penyata kewangan awalan seperti yang

dikehendaki oleh syarat-syarat BSKL. Kita juga telah melihat sebuah

syarikat yang telah memecah amanah para pemegang sahamnya dengan

menggunakan sejumlah wang yang bcsar dari saham terbitan untuk

kegunaan tujuan-tujuan lain yang tidak dipersetujui di dalam

mesyuarat agung luar biasa.

Saya berpendapat bahawa Suruhanjaya Sekuriti ataupun BSKL

sepatutnya mendesak diadakan hukuman lebih berat bukan setakat

memberi amaran sahaja di dalam kes-kes kesalahan yang lain yang

Page 63: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11,93 -62-

dilakukan oleh syarikat yang sama. Suruhanjaya Sekuriti dan BSKL

seharusnya mempunyai dasar yang bukan sahaja Cepat tetapi perlu

bertindak sebelum masalah yang berkaitan timbul. Jika tidak, ini

akan menakutkan iklim pelaburan dan seolah-olah BSKL kita tidak

mempunyai satu sistem yang matang dan mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin menyeru BSKL untuk

memastikan bahawa syarikat-syarikat broker saham meraatuhi dengan

tegas peraturan-peraturan dagangan dan tidak mengenakan

syarat-syarat lain dengan sewenang-wenangnya. Di Malaysia,

syarikat-syarikat broker saham memang mengamalkan sistem

penyelesaian tetap ataupun dengan izin, fixed settlement system,

bagi semua transaksi belian dan jualan saham. Ini bermakna sebarang

belian mesti dijelaskan bayarannya dalam tempoh 8 hari iaitu dari

tarikh pembelian ataupun dikatakan "T + 7 hari". Akan tetapi

sepanjang 6 bulan yang lepas, kita dapati bahawa setengah-setengah

syarikat broker saham teLah mengenakan berbagai peraturan dan

sekatan ke atas alasan dagangan di Bursa Saham terlalu hangat.

Setengah syarikat pula hanya menjalankan dagangan secara tunai dan

yang lain. pula bayaran belian dijelaskan pada hari keempat. Kalau

tidak, faedah akan dikenakan atas harga pembelian. Saya .melihat

keadaan sedemikian sebagai tidak memadai kerana pada hari keempat,

saham-saham tersebut mungkin belum masuk scan. Jadi, bagaimana

seorang itu perlu membayar faedah? Bolehkah Yang Berhormat Menteri

Kewangan dapat memberi sedikit penjelasan ke atas soalan ini?

Page 64: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -63-

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin setengah-setengah pengarah

syarikat broker saham memang berspekulasi dan berjudi dengan sengaja

memberi arahan kepada remiser dalam syarikat mereka, hanya menerima

dagangan secara tunai dan dengan itu menjatuhkan harga saham supaya

mereka sendiri dapat membelinya dan selepas itu mengarahkan remiser

mereka pula melepaskan sekatan belian secara tunai dan membenarkan

belian" tanpa bayaran sehingga hari kelapan iaitu transaksi pada

lazimmya. Tidakkah tindakan sedemikian satu penipuan dan

manipulasi?

Saya berpendapat tindakan -sedemikian manipulasi pada peringkat

tertinggi dan jelas sekali mcnunjukkan bahawa para pelabur kecil

dijadikan mangsa-mangsa syarikat! broker saham besar itu. Adalah

tidak memeranjatkan bahawa setengah-setengah pengarah syarikat

broker sahara juga mengawal syarikat broker sahara yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, jika BSKL dan Suruhanjaya Sekuriti tidak

mengeluarkan satu set peraturan tetap untuk mengurus semua transaksi

dagangan, saya yakin semua kepentingan pelabur kecil tidak akan

dilindungi. Sudah tentu kita berasa gembira bahawa kapitalisasi

bursa telah mencapai tahap yang bernilai RM360.7 bilion pada

pertengahan tahun dan telah menjadi Bursa Sahara yang terbesar di

ASEAN dan salah satu daripada 10 bursa saham di seluruh dunia yang

mencatatkan jumlah dagangan harian sebanyak RM2.48 bilion. Akan

tetapi, adalah jelas dan betul untuk mengatakan bahawa tidak mungkin

kita tidak mempunyai elemen spekulasi dalam bursa saham. "Tidak ada

sebarang bursa saham dapat beroperasi dan maja tanpa wujudnya

Page 65: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -64-

ciri-ciri spekulasi. Para pelabur senantiasa berspekulasi dan

seharusnya tidak wujud sebarang campurtangan dari sesiapa pun

termasuk agensi-agensi Kerajaan jika semua yang terlibat bertindak

mengikut peraturan yang dikenakan oleh BSKL.

Kes Union Paper Holdings Bhd. adalah salah satu contoh yang

baik. Dalam kes ini wujud spekulasi yang banyak persamaan dengan

semua pihak yang terlibat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,

telah mengakibatkan satu trajedi yang menyedihkan. Pada pendapat

saya, BSKL dan Suruhanjaya Sekuriti telah gagal mengenakan kawalan

yang ketat, tidak sehingga segala kemusnahan muncul. Saya tidak

ingin mengulangi kes ini kecuali untuk mengatakan bahawa kejadian

sedemikian tidak harus berulang lagi.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga saya ingin mengemukakan soalan

ini kepada pihak Kerajaan iaitu apakah syarat-syarat yang perlu

dipenuhi sebelum sesuatu lesen broker saham dapat dikeluarkan.

Setakat hari ini bcrapa banyak lesen tersebut telah dikeluarkan dan

berapa banyak lagi yang telah diluluskan tetapi lesen itu masih

belum digunakan untuk berniaga?

Saya bertanya soalan ini kerana jika diperhatikan apabila

dagangan Bursa Saham menjadi sangat hangat iaitu, dengan izin, when

the bulls were charging in, ataupun apabila pasaran saham kita

mengalami satu keadaan yang'"bullish" dan di mana wang ringgit para

pelabur. tidak dilindungi langsung, jika para pelabur dengan

sewenang-wenangnya melabur wang ringgit di Bursa Saham dan membeli

saham-saham mereka yang minati melalui broker saham. Ini merupakan

Page 66: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -65-

satu keadaan yang tidak adil kerana sebelum sesuatu lesen

dikeluarkan, lindungan insuran yang- mcncukupi perlu diadakan

senantiasa untuk melindungi kepentingan para pelabur.

Kita harus mempelajari dari pengalaman di negara Taiwan yang

mana pada beberapa tahun yang lepas, episod kenaikan harga saham dan

penurunan harga saham yang mengejut telah menyebabkan beberapa

syarikat broker saham mempunyai kesukaran untuk menjelaskan wang

Dollar NT kepada pelabur.

Saya ingin juga bertanya Kementerian Kewangan, siapakah yang

akan masuk campur untuk mempertahankan pelaburan-pelaburan para

pelabur sekiranya syarikat broker saham menjadi muflis atau, dengan

izin, insolvent. Memang salah satu contoh ialah dalam bidang

perundangan yang mana semua anggota peguam di dalam negara ini telah

membeli insuran yang dikenali sebagai professional inderanity. Jika

para professional macam peguam dapat tnengadakan suatu indemnity

ataupun insuran untuk melindungi kepentingan pelanggan-pelanggan,

saya percaya dalam aspek broker saham ini, memang dapat juga membeli

satu insuran yang mana kepentingan para pelabur dapat dijaga.

Page 67: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 66 -

Adalah raenjadi satu cadangan yang baik jika pihak Kerajaan

boleh memulakan satu kajian, sama ada lebih banyak lesen syarikat

broker saham dapat dikeluarkan demi mengelakkan situasi monopoli

berlaku supaya lebih ramai rakyat dapat berkecimpung dalam • Bursa

Saham. Jika kita ingin melihat dan memelihara suatu keadaan yang

sihat dan mempunyai skop dagangan yang luas, saya mencadangkan

bahawa modal yang dikenakan ke atas semua syarikat-syarikat broker

saham hendaklah sekurang-kurangnya RM40 juta, sebab ada setengah

broker saham yang mempunyai modal pusingan RM20 juta dan ini

tidak lagi mencukupi pada masa sekarang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan

yang sedang mengkaji kemungkinan membenarkan jualan singkat yang

teratur atau pun regulated short-selling, dengan izin, dalam

industri sekutiri. Ini jelas menunjukkan bahawa pasaran sekuriti

negara kita akan menjadi matang dan canggih lagi, akan tetapi

sebelum ianya dilaksanakan, sistera jualan singkat yang sedia wujud,

yang diaraalkan di bursa-bursa saham lain di negara lain seperti

di New York perlu dikaji, kerana jenis jualan singkat yang teratur

itu memerlukan sokongan yang kukuh dari suatu atau beberapa pusat

peminjam skrip, yang mana lesen-lescn kepada syarikat yang

menjalankan tugas peminjam skrip seperti CDS (Central Deposicory

Page 68: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 67 -

System) yang baru-baru ini dilaksanakan di negara ini demi

memudahkan jualan singkat dan pinjaman skrip dengan bayaran

kadar yuran yang tertentu. Sudah tentu jika regulated

short-selling, dengan izin, dibenarkan suatu industri lain, seperti

syarikat broker sahara akan wujud, tetapi industri ini hanya

melibatkan dalam urusniaga skrip atau saham.

Jualan singkat ada beberapa bentuk, Tuan Yang di-Pertua,

seperti yang diamalkan oleh Bursa Saham New York. Di dalam sistem

New York, jualan singkat ini mungkin boleh dipostpone daripada 6

bulan sampai 12 bulan. Ini memang salah satu sistem yang telah

lama wujud di New York, tetapi pada pendapat saya, kalau kita memang

benar akan membenarkan regulated short-selling dalam negara kita,

kita mesti mempunyai satu tempoh masa yang akan pendek. Sebab

dalam masa 6 bulan hingga satu tahun akan berbangkit beberapa

masalah, Walau bagaimanapun, apa jua bentuk yang diamalkan untuk

menjalankan jualan singkat yang teratur dan betul, BSKL perlu

memastikan bahawa jualan singkat tidak akan berlaku akibat

maklumat dalaman atau insider information, dengan izin, dengan

tujuan hendak memanipulasikan saham tarsebut seperti contohnya Union

Paper Holdings Berhad.

Untuk memastikan kemajuan BSKL, Taan Yang di-Pertua, saya

berpendapat Suruhanjaya Sekuriti harus mengkaji dengan terperinci

bagaimana hendak mewujudkan suatu sistera untuk mendakwa pihak-pihak

Page 69: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 68 -

yang terlibat dalam dagangan dalaman (insider trading). Walaupun

kita mempunyai undang-undang mengcnai kesalahan insider trading,

tetapi sehingga hari ini tidak sesiapa atau pihak mana-mana dengan

berjayanya dihadapkan ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara maju mahupun di Barat

atau di manapun memang juga mempunyai masalah berkaitan dengsn

insider trading dan Bursa Saham Kuala Lumpur adaiah juga tidak

dikecualikan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bursa Saham London oleh

kerana telah mempunyai berbagai masalah berkaitan- dengan insider

trading dan selama ini tidak berjaya untuk menangkap

penjenayah-penjenayah, baru-baru ini telah memperolehi satu sistem

iaitu yang dipanggil Integrated Monitoring and Surveillance System•

(IMASS) untuk membantu mereka dalam menencang insider trading.

Memang pada masa ini saya tidak begitu tahu macam mana IMASS ini

menjalankan tugas, tetapi walau bagaimanapun jika London, sebagai

satu bursa saham yang begitu lama, telah menggunakan sistem ini,

saya percaya Kerajaan kita juga harus mencari satu jalan ataupun

mencari satu sistem, yang mana kita dapat menentang insider

trading.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, BSKL dan Suruhanjaya

Sekuriti perlu mempertingkatkan lagi kecanggihan dan perabangunan

yang lebih lanjut pada bursa saham demi memastikan pertumbuhan yang

Page 70: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 69 -

sihat dan maju. Janganlah kita semua terlupa bahawa negara

Malaysia merupakan salah satu daripada 15 buah negara yang sedang

membangun dalam dunia ini yang mempunyai pertumbuhan dan•

pembangunan ekonomi yang tertinggi pada keseluruhannya.

Akhirnya, saya sekali mengucapkan terima kasih kepada Tuan

Yang di-Pertua yang telah memberikan saya peluang dan juga saya

mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan yang telah

menjalankan kerja-kerja ini dengan begitu licin dan teratur dan

sehingga hari ini kita dapdt mencapai satu Belanjawan yang

'berimbang'. Maka dengan" kata-kata ini saya mohon menyokong.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Bandau.

4.36 ptg.

Tuan George Sangkin [Bandau]: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil

bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan negara

1994 di Dewan yang mulia ini.

Saya juga turut mengucapkan syabas dan mengucapkan tahniah

kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia kerana telah

menyediakan Belanjawan negara yang begitu. menyeluruh dan baik.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Kewangan

di atas kejayaan beliau dalam usahanya untuk menduduki kerusi yang

kedua tertinggi dalam UMNO, yang juga sudah pasti menempatkan

beliau dalam kerusi yang kedua tertinggi dalam Kerajaan Malaysia

yakni Timbalan Perdana Menteri.

Page 71: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - - 70 -

Sebagai rakyat Malaysia dan salah seorang pemimpin dari negeri

Sabah, saya ingin melihat suatu perubahan yang positif terhadap

dasar-dasar negara, terutamanya berhubung dengan usaha Kerajaan•

untuk membawa pembangunan yang seimbang kepada seraua negeri di

negara ini. Rakyat Malaysia di Sabah ingin melihat perubahan ke

atas persepsi para pemimpin.Pusat terhadap rakyat dan negeri Sabah

yang selama ini agak begitu tidak memberangsangkan.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan yang telah dibentangkan oleh

Yang Berhormat Menteri Kewangan itu telah mendapat reaksi yang

kebanyakannya positif dari berbagai golongan, terutamanya golongan

korporat, peniaga-peniaga, pemaju-pemaju dan juga daripada kumpulan

pekerja. Sehingga hari ini kita masih membaca berbagai-bagai komen

dan analisa daripada media-media cetak mengenai impact Belanjawan

ini yang telah berjaya menghasilkan suatu 'Belanjawan berimbang'.

Pertumbuhan ekonomi negara ini yang terus kukuh di paras

8%-9% selama 6 tahun berturut-turut telah membolehkan Menteri

Kcwangan menyediakan 'Belanjawan yang berimbang'. Inilah, Tuan

Yang di-Pertua, antara hasil yang dapati diperolehi daripada

pertumbuhan ekonomi yang. kukuh. Belanjawan ini, menurut Menteri

Kewangan, bertujuan untuk terus mempertahankan pertumbuhan ekonomi

yang kukuh dengan menggunakan strategi Belanjawan seperti berikut:

Page 72: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 71 -

Pertama: mempastikan pertumbuhan ekonomi terus utuh, segar

dan mampan;

Kedua: membanteras inflasi;

Ketiga: menggilap ketrampilan dan menguasai tsknologi; dan

Keempat: membina masyarakat seimbang dan saksama."

Strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan untuk

mencapai matlamat Belanjawan ini memanglah baik bagi memastikan

plan-plan tindakan yang telah diatur akan dapat memantapkan lagi

serta terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Saya setuju

bahawa pengurusan kewangan yang baik dan teratur akan membolehkan

pihak Kerajaan menggunakan dananya dengan optima.

Kita juga amat berbangga ke atas kejayaan serta kekukuhan

pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik daripada pertumbuhan

ekonomi-ekonomi negara-negara maju yang hanya pada kadar 0.2%-i.5/i,

Page 73: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 72 -

Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga melebih jauh daripada pertumbuhan

ekonomi dunia keseluruhannya iaitu pada kadar 1.7% hingga 2% sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengangguran pula, kita masih

boleh mengorak senyuman kerana kita hanya di paras 3% berbanding

dengan masalah-masalah pengangguran di negara-negara industri iaitu

pada paras 8.3%. Di dalam keghairahan kita dengan kejayaan-kejayaan

yang telah kita lalui ini, para pemimpin Kerajaan haruslah peka

dengan masalah-masalah yang boleh membawa kesangsaraan kepada

masyarakat.

Saya amat tertarik kepada strategi yang keempat, iaitu membina

masyarakat seimbang dan saksama di mana ianya bertujuan untuk

merapatkan jurang ekonomi dan pembangunan serta keadaan kehidupan

antara kawasan dan kumpulan pendapatan. Sehubungan dengan ini,

sejumlah RM162 juta disediakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan

dalam pembangunan sosisl dan ekonomi antara negeri dan kawasan, di

mana peruntukan ini digunakan bagi penyediaan kawasan perindustrian,

mengadakan program menggalakkan kemasukan industri dan mempelbagai-

kan asas ekonomi negara melalui Lembaga Kemajuan Wilayah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh serba-sedikit

mengenai satu masalah yang nampaknya menjadi satu daripada isu

hangat yang sering dianalisa oleh para sarjana dan juga para

penggubal dasar di negara ini, iaitu masalah pembangunan ekonomi

yang tidak seimbang dan pembangunan wilayah atau, dengan izin,

regional economic in equality and regional development.

Page 74: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.92 - 73 -

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), para penggubal dasar negara

telah mengenengahkan strategi pembangunan wilayah dengan membawa

bersama secara rapi integrasi di kalangan semua negeri-negeri di

negara ini. Dasar ini sebenarnya bertujuan untuk mengagih-agihkan

secara adil dan saksama atau, dengan izin, equitable distribution ke

atas pendapatan negara dan juga kemudahan-kemudahan kesihatan,

pendidikan, perumahan, perkhidmatan, rekreasi dan yang penting

sekali ialah peluang untuk, dengan izin, economic and social

advancement of the people.

Secara ringkasnya, Dasar Pembangunan Wilayah menurut DEB adalah

untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara negeri-

negeri di Malaysia, dan pada ketika itu, antara strategi-atrategi

yang telah diambil ialah;

Pertama, Strategi Pembangunan Tanah Baru dan Sumber atau,

dengan izin, the Resource and New Land Development. Strategi ini

melibatkan perabukaan tanah-tanah yang subur untuk ditanam atau

diusahakan. Sumber hutan untuk kayu balak dan hasil-hasil balak dan

perlombongan. Misalnya FELDA, FELCRA, RISDA dan RIDA telah ditubuh

dan ditugaskan untuk melaksanakan strategi ini.

Kedua ialah Strategi Pembangunan Luar Bandar In-situ (In-situ

Rural Development Strategy). Ini dilaksanakan melalui Projek

Pembangunan Pertanian Bersepadu atau, -dengan - izin, Integrated

Agricultural Development Projects (IADP)s yang melibatkan

agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA, MADA, KEMUBU dan Besut.

Ketiga, Industrial Disposal Strategy, dengan izin, dan ini

telah melibatkan agensi untuk melaksanakannya seperti MIDA dan

SEDCO.

Page 75: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 74 -

Yang terakhir ialah Rural Organisation and. New Growth Centre

Strategy, dengan izin. StraCegi ini bertujuan untuk mempercepatkan

industriallsasi dan program urbanisasi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh para sarjana di negara ini

selepas strategi-strategi ini dijalankan, didapati masalah ketidak-

seimbangan pembangunan ekonomi dan pembangunan wilayah masih lagi

berleluasa di kalangan negeri-negeri di Malaysia dengan bersandarkan

kepada indikator seperti GNDP, dengan izin, di mana kita dapati

masih ada negeri-negeri yang maju bertambah maju dan negeri yang

kurang maju bertambah kurang maju.

Tuan Yang di-Pertua, semangnya ada perbezaan cara untuk

melaksanakan Dasar Pembangunan Negara di antara Wilayah Semenanjung,

Sabah dan Sarawak. Contohnya, dalam Rancangan Malaysia Kelima,

program untuk menghapuskan kemiskinan di sektor pertanian ialah

berlainan caranya di Semenanjung dan di Sabah. Di Semenanjung telah

mengadakan 15 projek Integrated Agricultural Development, dengan

izin, dengan menggunakan wang sejumlah RMl,020 juta tetapi tidak

terdapat di negeri Sabah rancangan serupa ini dalam jangka masa yang

sama.

Tuan Yang di-Pertua, pengalaman dapat mengajarkan kita dalam

uaaha mengatasi masalah ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi ini,

iaitu di antara negeri-negeri ataupun wilayah-wilayah yang mana pada

ketika itu kita telah menemui kegagalan kerana ketidakberkesanan

strategi-strategi yang telah diamalkan itu. Misalnya, segala

langkah-langkah yang telah diambil untuk menggalakkan penempatan

industri-industri di negeri yang kurang maju telah gagal untuk

Page 76: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - - 75 -

menarik pelabur-pelabur. Malah pelabur-pelabur itu tadi terus

memilih tempat-tempat atau kawasan-kawasan yang lebih maju ataupun

yang sudah sedia maju. Maka sebab itu masalah ketidakseimbangan

antara negeri dan wilayah semakin berterusan dan jurang perbezaannya

semakin bertambah di ancara negeri yang maju dengan yang kurang

maju.

Sememangnya strategi-strategi yang telah di"adopt", dengan

izin, itu adalah baik belaka tetapi cara pelaksanaannya yang telah

menemui kegagalan, dan besar kemungkinan dalam proses kita untuk

melaksanakan RJPK atau dengan izin, OPP 2 akan terus menemui

kegagalan juga. Misalnya, menurut pelunjuran (projection) dalam OPP

2, dapat dirumuskan bahawa pembangunan akan terus tertumpu di

negeri-negeri yang sudah sedia maju seperti Wilayah Persekutuan,

Selangor dan Pulau Pinang sementara negeri-negeri lain dijangka akan

tidak mengalami perubahan atau menjadi ketinggalan jauh.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the spill-over effects yang

diharap-harapkan dalam OPP 2 ini untuk membawa kesan, dengan izin,

trickled down to the less developed areas tidaklah semudah seperti

yang dikatakan. Kerana menorut kajian, kesan proses ini amatlah

lambat dan hanya membawa kesan yang minimal.

Dalam OPP 2 ini juga kita akan menghadapi masalah, dengan izin,

regionalisation and institutional conflict. Dalam OPP 2 ini

tiap-tiap negeri telah didefinasikan sebagai wilayah. Sementara se

waktu OPP 1 dahulu, pengwilayahan bukanlah berupa begini. Pengwi-

layahan dalam OPP 2 ini boleh mengakibatkan, dengan izin, non-

optimal untilisation of resources dan juga institutional conflict di

antara Pusat dan Negeri.

Page 77: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 76 -

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana serupa ini memanglah negeri

Kelantan dan Sabah akan terus ketinggalan memandangkan kedua-dua

negeri ini bukan komponen Barisan Nasional. Sangat jelas sekali,

bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh bukan komponen Barisan

Nasional akan menerima peruntukan yang berkurangan. Tambahan kepada

itu juga, terdapat masalah pelaksanaan projek-projek Persekutuan

yang akan mengakibatkan kelambatan kadar pembangunan di kedua-dua

negeri tersebut. Akibat daripada ketidakseimbangan ini, kaum

bumiputera akan terus ketinggalan memandangkan kebanyakan

negeri-negeri yang kurang maju secara demografik adalah dikuasai

oleh kaum bumiputera yang masih ketinggalan. jauh dari segi sektor

industri, Keadaan ini akan berterusan kerana kebanyakan

peluang-peluang ekonomi adalah tertumpu, dengan izin, kepada

corridor Semenanjung di kawasan-kawasan seperti Klang Valley, Pulau

Pinang, Butterworth dan Johor Bahru.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan akan mengambilkira

sepenuhnya masalah ketidakseimbangan ini terutamanya dalam usaha

Kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan industri-industri di Pantai

Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Saya berharap pemberian

galakkan taraf printis kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk

melabur ke kawasan-kawasan tadi akan dilaksanakan secara agresif.

Page 78: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 77 -

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pelepasan

bagi anak-anak belajar di luar negeri. Saya menggesa Kerajaan untuk

memikir serta mcngkaji semula ke atas cadangan untuk mengurangkan

pelepasan untuk anak-anak yang menuntut di Luar negeri daripada

empat kaliganda kepada dua kaliganda pelepasan biasa. Tuan Yang di-

Pertua, menghantar anak-anak untuk melanjutkan pendidikan ke luar

negeri adalah satu enterprise, dengan izin, yang mahal dan memerlu-

kan banyak wang. Kebanyakan yang menghantar anak-anak mereka ke

luar negeri itu bukan kerana semata-maca mahukan anak mereka ke luar

negeri, tetapi kerana ketiadaan pilihan kerana kekurangan peluang

pendidikan terdapat di dalam negara kita ini. Sehubungan dengan

ini, saya menggesa Kerajaan supaya menubuhkan lebih banyak

institusi-institusi pengajian tinggi di dalam negara ini - mungkin

barangkali satu universiti bagi satu negeri - supaya galakan

pelepasan empat kaliganda ini untuk anak-anak menuntut dalam negeri

membawa banyak faedah yang lebih maksima.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh mengenai dengan

persempadanan baru piliharnaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Walaupun ianya mungkin awal, tetapi peluang untuk berucap seumpama

ini bukanlah selalu ada, jadi, saya menyentuh di sini. Tindakan

untuk mengubah persempadanan baru pilihanraya Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri tidaklah mendatangkan kebaikan. Malah ianya telah

mendatangkan keraguan dan kebencian oleh rakyat Malaysia di negeri

Sabah. Tindakan ini telah menghapuskan kawasan Dewan Undangan

Negeri Tempawan dan Langkon dan telah membuka dua kawasan yang lain.

Page 79: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 78 -

Bagi kawasan Langkon, saya ingin menumpukan perkara ini

di mana ianya terletak dalam kawasan saya sendiri, iaitu satu

inquiry, dengan izin, telahpun diadakan pada 27hb September, 1993

yang lalu di mana pegawai-pegawai tinggi dari Suruhanjaya

Pilihanraya telah mendengar bancahan dan rayuan pemimpin-pemimpin

dalam kawasan tersebut. Namun di sini, saya ingin menambah sedikit

perkara-perkara yang saya rasa penting mengenai perkara ini.

Persempadanan baru tni telah memindah beberapa pengundi dari

tempat asal mereka ke tempat yang lain yang mengakibatkan

kemusykilan kerana jarak yang jauh, misalnya di pusat mengundi.

Kampung Taritipan, sebelum persempadanan baru mengundi dalam kawasan

N.5 Tandek, dan kini telah dipindahkan kc N.4 Matunggong yang

melibatkan jarak jauh lebih kurang 20 batu jauhnya. Demikian juga

berapa pusat mengundi lain seperti Ongkilan, Bongon, Mengaris,

Ranauj Tegaroh, Simpangan dan Malangkap. Kesemua pengundi di

pusat-pusat mengundi ini terpaksa berjalan jauh untuk menemui Wakil

Rakyat mereka kelak apabila persempadanan baru ini dikuatkuasakan.

Masalah-masalah yang timbul, Tuan Yang di-Pertua, adalah seperti

berikut.

Pertama, para pengundi ini terpaksa berjalan kaki dengan jarak

yang jauh di antara 10 hingga 30 batu jauhnya untuk menemui Wakil

Rakyat . mereka untuk berurusan dengan . Wakil . Rakyat. tersebut,.,

sedangkan jalanraya di tempat-tempat ini adalah tidak baik, tambahan

lagi dengan ketiadaan sistem pengangkutan yang baik. Kebanyakan

mereka ini kelak akan berjalan kaki untuk hanya semata-mata menemui

Wakil Rakyat mereka.

Page 80: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 79 -

Kedua, ini akan merumitkan pentadbiran seorang Wakil Rakyat

nanti kcrana bilangan pengundi yang diawasi oleh ADUN atau Ahli

Dewan Undangan Negeri itu kelak akan bertambah banyak, dan keluasan

kawasan juga bertarabah besar. Ini akan mengurangkan kecekapannya

untuk melayan rakyat di bawah jagaannya kelak atas sebab perhubungan

yang tidak baik dan penduduk-penduduk yang bertaburan.

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan luar

bandar akan berkurangan. Misalnya dalam kawasan saya, iaitu P.135

Bandau atau dalam persempadanan baru P.147 Bandau, ini bermakna fasa

pembangunan untuk meninggikan taraf hidup penduduk di tempat ini

akan terganggu. Pada masa kini, terdapat tiga kerusi Dewan Undangan

Negeri dalam kawasan P.135 Bandau, iaitu N.4 Matunggong, N.5 Tandek

dan N.6 Langkon. Apabila persempadanan baru ini dikuatkuasakan,

maka hanya N. 4 Matunggung dan N. 5 ' Tandek sahaja lagi yang masih

ditetapkan dalam kawasan P.135 Bandau, sementara N.6 Langkon

disatukan dalam kawasan DUN N.5 Tandek.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi peruntukan, Ahli Dewan Undangan

Negeri menerima peruntukan khas setiap tahun, dan pada tahun ini

ketiga-tiga Ahli Dcwan Undangan Negeri dalam kawasan ini menerima

peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RMl.5 juta.

Peruntukan-peruntukan ini akan dibahagi-bahagikan ke seluruh

kampung-kampung di luar bandar untuk membiayai projek-projek bagi

keperluan mereka, seperti jalan raya kecil, membina surau, balai

raya, gelanggang sepak takraw dan sebagainya. Kini dengan

penghapuaan N.6 Langkon, bererti kawasan P.135 Bandau akan

Page 81: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 80 -

kehilangan peruntukan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ini akan mengakibatkan terganggunya pembangunan luar bandar yang

kebanyakannya rakyat yang kurang mampu atau kurang berada. Saya

ingin bertanya, Tuan Yang di-Pertua, bukankah ini bertencangan

dengan hasrat Wawasan 2020 kerana kita semua tahu bahawa wawasan ini

mahukan negara ini maju. Tetapi dalam keadaan ini Kerajaan Pusat

pula mengganggu pembangunan, malah memusnahkan arus pembangunan yang

baik dan menggantikan dengan sistem yang tidak baik. Kita mohon

supaya rayuan ini dapat didengar.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, dengan terhapusnya

N.6 Langkon bermakna peluang untuk menjadi, Wakil Rakyat pun

berkurangan, bukan sahaja dari golongan orang-orang muda daripada

PBS, mahupun juga daripada UMNO dalam kawasan tersebut.

Persempadanan baru ini telah mengumpul atau mengasingkan suatu kaum

dan agama daripada masyarakat umum. Misalnya, kebanyakan

pengundi-pengundi daripada pusat raengundi Ongkilan dan Taritipan

adalah beragama, Islam dan berkeCurunan Bajau. Kesemuanya telah

dimasukkan ke dalam satu bakul atau raga dan dipindahkan ke kawasan

N.4 Matunggung daripada N.5 Tandek, kerana bertujuan untuk

menambahkan bilangan pengundi di N.4 Matunggong yang berketurunan

dan beragama sedemikian. Adakah perkara ini satu amalan yang

sihat? Saya yakin ini adalah tidak sihat kerana ianya menggalakkan

perkauman dan membabitkan perkara agama dan kepercayaan. Akibat

daripada ini, ramai masyarakat Islam yang terlibat sangat marah

dengan persempadanan baru ini.

Saya mencadangkan persempadanan baru ini tidak diteruskan kerana

ianya mengakibatkan berbagai masalah kepada rakyat dan mempunyai

Page 82: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 81 -

iraplikasi seperti segregasi (segregation) suatu kaum dan agama dan

sebagainya. Sepatutnya kawasan seperti Langkon dan Nabawan tidak

dihapuskan, malah ditambah dengan kerusi Dewan Undangan Negeri yang

Lebih banyak, memandangkan kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri

ini adalah kawasan yang luas dan lebar, di mana penduduk-penduduknya

bertaburan dan ditambah pula dengan keadaan kesukaran perhubungan

yang semakin mendesak. Saya mcncadangkan supaya Dewan Undangan

Negeri Nabawan dan Langkon ditetapkan seperti sediakala.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh seterusnya mengenai

pendaftaran Kad Pengenalan baru yang saya telah dapati bahawa

gerakan pendaftaran bergerak yang telah diadakan di daerah Kota

Marudu yang telah dijalankan dengan tidak mengikuti prosedur-

prosedur yang betul, tetapi mengikut kemahuan suatu golongan. Saya

berkaca demikian kerana didapati beberapa pemimpin-pemimpin parti

politik, terutamanya daripada UMNO yang turu bersama-sama dalam

gerakan pendaftaran itu, menggalakkan pendaftaran kepada orang-orang

asing,terutamanya Filipina. Didakwa juga bahawa pegawai-pegawai

Pendaftar ini mengadakan pendaftaran tersebut secara ' sulit-sulit

dengan tidak memberikan pengetahuan kepada Pegawai-pegawai Daerah

atau pemimpin-pemimpin di peringkat kampung, kalau di Sabah seperti

ketua kampung dan sebagainya. Didakwa juga, bahawa kumpulan

pendaftar ini telah menyediakan seorang yang digelar sebagai- -

penghulu, iaitu seorang yang menyebelahi pihak UMNO menandatangani

kesemua borang-borang pengakuan acau pengesahan kepada

Page 83: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 82 -

pemohon-pemohon dari orang asing bagi membolehkan mereka mendaftar

untuk mendapatkan kad pengenalan baru ini. Didapati juga kumpulan

ini mengadakan pendaftaran di waktu malam dan ini amatlah meragukan,

Saya mencaangkan supaya perbuatan seumpama ini dapat disiasat

kerana ianya akan membawa implikasi yang buruk kepada negara ini.

Mungkin pada ketika ini kita tidak boleh rasai, tetapi pada

masa-masa yang lampau kita akan merasai kesemua bersama.

Page 84: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 83 -

Saya minta kepada Kementerian Dalam Negeri, khususnya Jabatan

Pendaftaran Negara untuk mengadakan penyiasatan terhadap perkara ini

dan mengarabil tindakan yang tertentu bagi memastikan tiada orang

asing akan mendapat kad pengenalan baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, topik terakhir yang ingin saya sampaikan

di sini. ialah mengenai dengan tuntutan Filipina ke atas negeri

Sabah. Nampaknya isu ini bukan pula dapat diselesaikan dengan

teratur malah ianya semakin bertambah rumit dan kadangkala boleh

mengakibatkan ketakutan kerana masa hadapan yang tidak menentu

terhadap isu ini. Saya ingin tahu apakah perkembangan terbaru yang

telah dilakukan bagi menyelesaikan perkara tuntutan ini? Nampaknya

pihak kita tidak begitu serius untuk menyelesaikan perkara ini.

Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan cepat,

saya khuatir semakin banyak perkara-perkara akan timbul yang boleh

mengakibatkan perasaan prasangka dan sebagainya. Contohnya, Tuan

Yang di-Pertua, Sultan Sulu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu

menyatakan kesediaannya untuk menggunakan Muslim separatist rebels,

dengan izin, bagi memerang negara kita sekiranya Malaysia tidak

memandang berat atas tuntutan atau, dengan izin, proprietary claim

oleh Sultan Sulu tersebut.

Perkara ini teLah dikatakan oleh jurucakap kepada Sultan

tersebut iaitu Firdausi Abbas yang merupakan peguam kepada Sultan

Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram III. Suratkhabar tempatan

Page 85: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DRJ8.11.93 - 84 -

scperti Borneo Mail telah melaporkan pada 30 September 1993 di mana\

Firdausi Abbas menyatakan, dengan izin, "The Sultan will not

hesitate to have an armed confrontation with the Malaysian

Government and that he could mobilize at least 100,000 members of

the Moro National Liberation Front and the Moro Islamic National

Liberation Front to pursue his cause".

Tuan Yang di-Pertua, itulah petikan kenyataan yang dikeluarkan

oleh Sultan Sulu ke atas tuntutan tersebut. Bagi saya, kenyataan

serupa ini amatlah kuat dan harus diberikan perhatian yang berat

serta diikuti dengan langkah-langkah diplomatik untuk menyelesaikan

tuntutan ini. Sultan tersebut juga menuntut sewa sejumlah US$10

bilion ataupun lebih kurang RM25 bilion dari Kerajaan Malaysia dan

royalti sejumlah 5% daripada semua hasil-hasil daripada sumber alam

dari negeri Sabah.

Permintaan serupa ini mungkin bagi orang yang lebih tamadun

adalah dikatakan sebagai suatu yang tidak berperikemanusiaan, tetapi

ianya cukup untuk mengingatkan kita bahawa pemerintahan manusia

kadangkala boleh menggunakan peraturan binatang atau, dengan izin,

the rule of the beaat untuk mendapatkan kemahuannya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mestilah dipandang berat dan

perhacian yang serius oleh pemimpin negara kita terutamanya Perdana

Menteri dan Kementerian Luar dengan meneruskan perbincangan

diplomatik sehingga masalah ini diselesaikan. Sekian, saya mohon

menyokong.

Page 86: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2-11.93 - 85 -

Tuan Yang di-Pertua: Sibu.

5.04 ptg.

Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu]: Tuan Yang di-Pertua, saya

dengan ikhlas hati mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Yang

Berhormat Menteri Kewangan kcrana membentangkan satu Belanjawan yang

seimbang dan memandang jauh pada 29 Oktober 1993.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat di segenap lapisan hidup di negara

kita telah mengatakan rasa puas hati mereka dan memberi komen yang

memuaskan mengenai Belanjawan itu apabila dicemuramah oleh pihak

auratkhabar, radio dan televisyen. Saya yakin bahawa Belanjawan

1994 ini akan mencapai empat tujuah yang disebutkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan ke satu tahap yang tinggi.

Sebagai seorang Wakil Rakyat dari Sibu, Sarawak maka wajarlah

ucapan saya mengutarakan pandangan dan aspirasi rakyat Malaysia di

Sarawak amnya dan di Sibu, khususnya, supaya Kerajaan Persekutuan

akan dapat memberi perhatian ke atas pembangunan Sibu dan Sarawak

untuk menjadi setaraf dengan Seracnanjung Malaysia dalam masa yang

singkat.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan saya aupaya jalinan

bekerjasama yang rapat dan raraah antara Barisan Nasional Kerajaan

Negeri Sarawak dart Barisan Nasional Kerajaan-Persekutuan akan dapat

diperkukuhkan lagi ke arah satu negara yang bersekutu dan bersatu

bagi mencapai tujuan mendorong negara menjadi satu negara yang

berindustri tinggi pada tahun 2020.

Page 87: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 86 -

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira melihat jumlah

Perbelanjaan Mengurus untuk 1994 ditingkatkan daripada RM32.29

bilion kepada RM33.285 bilion - satu pertambahan sebanyak lebih

ditinggikan daripada RMl 1.854 bilion pada tahun 1993 kepada RM13.85

bilion pada tahun 1994 - satu pertambahan sebanyak RM1.996 bilion.

Dari itu, jumlah Belanjawan meningkat kepada RM47.135 bilion pada

tahun 1994 daripada RM44.145 bilion pada tahun 1993 dan ini

merupakan satu pertambahan sebanyak lebih kurang RM3 bilion.

Disebabkan oleh pertumbuhan' ekonomi yang utuh, anggaran hasil

Kerajaan Persekutuan untuk tahun 1994 adalah RM44.73 bilion

merupakan satu defisit keseluruhan yang sangat kecil sebanyak 0.3%

dari Keluaran Negara Kasar (KNK).

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa

pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan menjana hasil pendapatan

secukupnya untuk mencapai Belanjawan berimbang.

Tuan Yang di-Pertua, Keluaran Negara Kasar kita telah meningkat

pada kadar 8% hingga 9% semenjak 6 tahun yang dahulu, manakala pukul

rata dunia adalah kira-kira 1.7% sehingga 2% yang dikira memang

gagal. Ini adalah mustahil berdasarkan kestabilan politik oleh

Kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat Persekutuan mahupun

peringkat negeri dengan peraturan dan pemikiran mereka yang luwes

atau flexible, dengan izin, terbuka, moden dan pro-aktif.

Keyakinan para pelabur asing kita masih kukuh walaupun kita

terpaksa bersaing dengan negara-negara China, Vietnam dan sebagainya

untuk buruh berintensif dan pelaburan industri berteknologi rendah.

Going hitech, dengan izin, hanyalah merupakan salah satu daripada

pilihan untuk mengekalkan kuasa saingan kita. Kita perlulah

meneliti dengan serius pilihan yang lain.

Page 88: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 87 -

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi aaya benar-benar memohon

kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji dengan serius potensi

besar ekonomi negeri Sarawak yang merupakan ncgeri terbesar di

Malaysia, sebesar Semenanjung Malaysia tanpa ncgeri Perlia. 'Dalara

negeri Sarawak, bahagian-bahagiannya adalah sebesar negeri-negeri

yang ada di Semenanjung Malaysia dan dari itu Sarawak mempunyai

tanah yang luas manakala Semenanjung Malaysia menghadapi kekurangan

tanah.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak mempunyai potensi tenaga terbesar

di negara kita. Sekarang rizab minyak, arang batu, gas dan hidro

cukup untuk menampung pertumbuhan ckonomi di masa hadapan. Di bawah

pimpinan Kerajaan BN3, negeri Sarawak telah mencapai kestabilan

politik dan dengan dijangkanya kemasukan Parti Bansa Dayak Sarawak

(PBDS) ke dalam BN3 Kerajaan Negeri, kestabilan politik akan terus

diutuhkan lagi. Polltik pembangunan Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri Sarawak telah mulai membuatkan hasil berdasarkan industri

pembuatan, kayu, elektronik dan sebagainya yang sedang berkembang.

Sebenarnya pengeluaran kayu lapis telah melebihi Semenanjung

Malaysia dan pengeluaran minyak kelapa sawit juga meningkat secara

mengejut serta akan menjadi setanding dengan Semenanjung Malaysia

sepertimana industri kayu lapis. Bagaimanakah Sarawak boleh dijadi-

kan sebagai kuasa besar ekonomi negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bila mendapat tahu

bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah bercadang untuk

mengurangkan kadar cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan

aktiviti yang digalakkan di koridor Pantai Timur Semenanjung, Sabah

Page 89: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 88 -

dan Sarawak daripada 10% kepada 5% di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 dan juga pertambahan dalam peruntukan pembangunan

infrastruktur di Sarawak. Tetapi malangnya langkah yang diambil

olch Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan infrastruktur

pembangunan, pelabuhan, bandaraya dan insentif cukai adalah tidak

mencukupi, terganggu dan tidak spesitik untuk negeri Sarawak. Tidak

terdapat sebarang desakan terhadap pelan induk untuk pembangunan

masa depan dan tidak cukup menggalakkan Sarawak sebagai satu tempat

yang sesuai bagi pcmbangunan industri dan destinasi untuk para

pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan belanjawan tahunan untuk negeri

Sarawak haruslah dikaji seraula dengan mengambil kira keluasan negeri

Sarawak dari segi geografi. Harus diingatkan bahawa satu Bahagian

dalam negeri Sarawak adalah sama besarnya dengan sebuah negeri di

Semenanjung dan. kami mempunyai sembilan Bahagian dalam negeri

Sarawak. Sekiranya Sarawak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya

dari Kcrajaan Persekutuan, saya rasa potensi ekonominya tidak akan

dapat diutilisasikan secara produktif dan tepat pada waktunya

sebagai. kuasa besar ekonomi Malaysia dalam membantu usaha negara

kita untuk mencapai tujuan Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menumpukan keperluan negeri

Sarawak dari Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan belanjawan

Kementerian bcrikut.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa jumlah

peruntukan untuk Kementerian Pendidikan telah meningkat daripada

RM8.525 bilion pada tahun 1993 kepada RM9.001 bilion pada 1994 dan

masih lagi merupakan jumlah peruntukan yang terbesar di antara semua

Page 90: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 89 -

Kementerian. Jumlah peruntukan yang besar ini menunjukkan bahawa

Barisan Nasional (Kerajaan Persekutuan) adalah prihatin dan melabur

agak tinggi dalam pendidikan.

Tuan Yang di-Pertuat saya sebagai wakil dari Sarawak juga ingin

melahirkan rasa bersyukur kerana universiti yang kelapan, Universiti

Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri semasa perayaan Hari Kebangsaan di

Bahagian Samarahan, Sarawak. Untuk tahun 1994, sejumlah RM15 juta

telah diperuntukkan kepada UNIMAS. Saya pasti bahawa UNIMAS akan

dapat memainkan peranan yang penting dalam menyediakan lebih banyak

lagi tempat bagi pengajian tinggi kepada pelajar-pelajar kita dan

juga bertindak sebagai sumber sokongan teknologi untuk pembangunan

industri negeri Sarawak khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini saya telah

menyuarakan beberapa kali mengenai masalah kekurangan cabung pem-

bangunan yang runcing untuk pembangunan sekolah dan "kemudahan meng-

ajar di luar bandar. Di Sarawak terdapat terlalu banyak sekolah

terutamanya di luar bandar yang berada dalam keadaan yang usang dan

menyedihkan sehinggakan ada yang hampir runtuh. Misalnya, di

kawasan Pilihanraya saya, SRB Choi Siew kini sedang menghadapi

masalah keruntuhan kerana hakisan tebing Sungai Rajang dan sekolah

ini pula sedang menanti peruntukan tambahan daripada Kementerian.

Pendidikan untuk membaiki dinding tebing sungai itu. Saya berharap

dengan adanya Tabung Pembangunan Sekolah sebanyak RMl.287 bilion

pada tahun 1994, situasi yang amat menyedihkan ini akan dapat

diatasi.

Page 91: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 90 -

Tuan Yang di-Pertua, raasalah kekurangan guru masih lagi

serius. Bolehkah Kementerian berkenaan memberi kami jangka masa

yang tetap untuk menyelesaikan masalah ini. sepenuhnya? Berilah kami

satu pelan tindakan sebenar yang khusus berserta masa yang tetap

untuk menyelesaikan raasalah yang telah lama ada ini. Kesesakan di

sekolah-sekolah bandar terutaraanya di sekolah rendah bantuan (SRB)

Cina, pertambahan dalam jumlah bilik darjah di SRB Cina bandar

haruslah setanding dengan pengurusan yang cekap dan SRB Cina yang

baru hendaklah dibina di kawasan perumahan di mana penduduknya

memerlukan SRB Cina kerana SRB Cina ini memainkan peranan yang

penting dalam sistem pendidikan kebangsaan kita dan akan memain

peranan yang lebih penting bila mana pengetahuan asas dalam bahasa

Mandarin menjadi aset dalam urusan perniagaan antarabangsa di rantau

ini.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengeruaikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin memohon kepada

Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah institusi pengajian

tinggi di Sibu yang menjadi pusat perniagaan dan pengurusan di

Lembangan Rajang dengan 5% daripada penduduk negeri Sarawak. Pada

masa ini ia adalah merupakan satu kekosongan. Satu-satunya maktab

perguruan di Sibu telah pun ditutup beberapa tahun yang lalu.

Hakikatnya bandar Sibu tanpa sebuah institusi pengajian tinggi akan

melambatkan program perindustriannya dan akan diambilalih oleh

bandar besar yang lain di Sarawak.

Page 92: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 91 -

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa Kerajaan kita

mengamalkan polisi yang terbuka luas dan bcrguna mengenai usahasama

antara institusi pengajian tinggi swasta dengan universiti luar

negeri dan pembinaan cawangan di Malaysia olch universiti luar

negeri. Pada hari ini, saya ingin memohon kepada Kerajaan untuk

menilai sewajarnya perraohonan yang dicadangkan olch Lcmbaga

Pcngurusan Bersatu Sckolah Mcncngah Cina bebas untuk membina sebuah

kolej pengajian tinggi sebagai satu tenaga tambahan untuk memajukan

pendidikan negara kita ke satu arah yang kukuh dan berbagai.

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai Yang Berhormat Menteri

Kewangan kerana memberi pelepasan cukai uncuk anak-anak yang meng-

ikuti pelajaran tinggi dalam Malaysia sehingga 4 kali ganda tuntutan

biasa. Namun, saya tidak bersetuju jika perkara tersebut dikurang-

kan kepada 2 kali untuk anak-anak yang mengikuti pengajian tinggi di

luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan ibu-bapa di Malaysia menghantar

anak-anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran kerana

tidak terdapat tempat pengajian tinggi yang secukupnya di Malaysia,

terutamanya atas sistem kuota. Ramai ibu-bapa terpaksa menjual

tanah, saham dan lain-lainnya untuk menampung perbelanjaan

persekolahan anak-anak di luar negeri. Dari itu saya ingin

Page 93: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 92 -

mencadangkan bahawa pembayar cukai yang menghancar anak-anak untuk

belajar ke luar negeri haruslah diberi pelepasan cukai pendapatan

sebanyak 4 kali ganda tuntutan biasa dari pelepasan cukai pendidikan

anak-anak.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa sejumlah RM2.39

bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan pada tahun

1994 - sedikit penurunan daripada RM2.482 bilion pada tahun 1993.

Kos rawatan kesihatan di Malaysia adalah salah satu yang paling

murah di dunia walaupun adanya skim rawatan insurans kesihatan.

Namun demikian, Kementerian Kesihatan masih menghadapi kerumitan

untuk melatih pakar-pakar, pcgawai perubatan dan jururawat kerana

sektor swasta mampu menyediakan gaji yang lebih lumayan.

Saya celah pun berapa kali mencadangkan kepada Kementerian

Kesihatan di dalam Dewan yang mulia ini supaya menaikkan gaji para

pegawai perubatan di hospital Kerajaan berserta dengan insentif

untuk terus berkhidmat di hospital Kerajaan dan skim untuk membenar-

kan doktor swasta menyewa kemudahan hospital Kerajaan dan sebaliknya

dilaksanakan dengan segera untuk menangani masalah kekurangan pakar

perubatan, pegawai perubacan dan jururawac di hospital Kerajaan di

seluruh negara.

Oleh kerana hospital Kerajaan dan kemudahan perubatan di

universiti tempatan memerLukan lebih ramai pakar perubatan dan

Pangarah, saya mencadangkan agar Kerajaan melonggarkan peraturan

kefasihan dalam Bahasa Malaysia. Kekurangan kakitangan di hospital

Kerajaan telah memberi banyak tekanan kepada pegawai perubatan dan

lebih banyak kecelakaan di dalam bilik pembedahan dijangka akan

Page 94: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 93 -

berlaku. Kementerian berkenaan perlulah mengutarakan satu

penyelesaian kepada masalah ini untuk menghindari kecacatan yang

tidak diingini ataupun kehilangan nyawa.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat gembira bahawa jumlah peruntukan

bagi Kementerian Kcrja Raya telah pun ditingkatkan kepada RM2.685

bilion pada tahun 1993 kepada RM3.591 bilion pada tahun 1994.

Namun, saya berasa araat kecewa kerana hanya RMl18.4 j uta sahaja

diperuntukkan uncuk membina lebuhraya di Sarawak dan sejumlah RM29.5

juta lagi telah diperuntukkan untuk membina jalan raya biasa di

Sarawak di bawah Jabatan Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua, Lebuhraya Pan-Borneo amat memerlukan

sebuah jambatan untuk menyambung Sungei Rajang dekat Sibu. Saya

mendapat tahu bahawa terdapat berlainan pendapat dalam memilih tapak

yang sesuai untuk pembinaan Jambatan Rajang. Diharap dapat memberi-

kan jawapan yang tepat mengenai jadual pembinaan jambatan ini dan

saya benar-benar berharap Kerajaan tidak akan menangguhkan lagi

perkara ini. Dengan ini sekali lagi saya memohon Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri untuk menimbang dengan sewajarnya

permohonan untuk membina jambatan yang akan menghubungkan Bandar

Sibu ke sebelah Barat di bawah Kajian Setengah Penggal Rancangan

Malaysia Keenam pada bulan Disember depan.

Tuan Yang di-Pertua; rakyat Sibu yang berada di Lembangan

Rajang telah menanti kedua-dua jambatan itu dan adalah diharapkan

agar permohonan ini tidak dikecewakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat gembira bahawa jumlah

peruntukan untuk Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos akan dinaikkan

Page 95: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 94 -

daripada RM49.37 juta pada tahun 1993 kepada RM89.869 juta pada

tahun 1994. Pada tahun 1994, Sarawak telah diperutitukkan sebanyak

RM15.999 juta untuk memajukan pelan hidro elektrik mini.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sibu yang berada di sepanjang

Lembangan Rajang berasa sangat bimbang mengenai,cadangan pembinaan

Empangan Hidro Elektrik Bakun. Saya difahamkan bahawa kuasa

elektrik yang dijanakan itu akan disalurkan ke Semenanjung. Dalam

hal ini, rakyat di Lembangan Rajang akan sentiasa bimbang atas

sebarang kecelakaan biar pun kecil di mana sekali pun.

Tuan Yang di-Pertua, dari itu bagi pihak rakyat Sibu yang

berada di sepanjang Lembangan Rajang, saya dengan tegasnya memohon

kepada Kerajaan Persekutuan agar menimbangkan pcrkara berikut

mengenai Empangan Hidro Elektrik Bakun iaitu:

(a) Kajian ekologi alam sekitar, termasuk laporan kajian bio-

diversity dijalankan secara teliti oleh pakar dan diumum-

kan kepada orang ramai, terutamanya yang berada di .

sepanjang Lembangan Rajang;

Page 96: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -95-

(b ) Sibu sebagai sebuah pusat perniagaan dan pentadbiran

Limbungan Rajang dijadikan sebagai pusat penguruaan

bagi projek Bakun.

(c) Kerajaan hendaklah mengariakan satu pelan induk

pembangunan ekonomi sosial yang raenyeluruh dan

bersepadu, dengan menjadikan Sibu sebagai pusat

terutaraanya mengenai kadar elektrik yang lebih murah,

membangunkan kawasan perindustrian yang menggunakan

kuasa tenaga tinggi dan institusi pengajian tinggi

dengan penguasaan dalam industri kayu, perkapalan,

pertanian dan hidro-elektrik.' Pelan induk ini

hendaklah merupakan salah satu bahagian di dalam

projek package deal, dengan izin, Projek Bakun.

Keraudahan telekomunikasi untuk luar bandar hendaklah

ditingkatkan lagi terutama di Sarawak yang mempunyai kawasan luar

bandar yang luas. Saya telah banyak menerima aduan tnengenai

syarikat telefon ATUR yang menjual terlalu banyak telefon dengan

kawat talian yang tidak mencukupi sehinggakan araat sukar untuk

menghubungi kawan. Siasatan haruslah dijalankan oleh pihak

Kerajaan ke atas syarikat-syarikat telefon untuk memastikan

kepentingan pengguna telefon dilindungi.

Page 97: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -96-

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan tempoh selaraa tiga minggu

untuk membayar bil-bil telefon adalah tidak memadai terutamanya

bagi pelanggan telefon di luar bandar Sarawak di mana surat-menyurat

selalunya lambat sampai ke tangan penerima. Dari itu saya

mencadangkan denda sebanyak RM50 dikenakan jika amaun bil tertunggak

adalah kurang daripada depositnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa gembira bahawa jumlah

peruntukan untuk pembangunan luar bandar telah dinaikkan kepada

RM1.748 bilion pada 1994 daripada RMl.427 bilion pada 1993. Saya

berasa gembira melihat skim elektrikfikasi luar bandar untuk Sarawak

akan dinaikkan kepada RM40 juta pada 1994 daripada RM2.8 juta pada

1993. Akan tetapi, bekalan air luar bandar Sarawak hanya

diperuncukkan dengan sejumlah RM20 juta sahaja atau pengurangan

sebanyak RM4.8 juta j ika dibandingkan dengan tahun 1993. Jalan

kampung sejumlah RM55.4 juta dan lain-lain peruntukan misalnya

bantuan kepada golongan termiskin, saya berharap bahawa peruntukan

untuk pembinaan jalan luar bandar sebanyak RMllO juta akan dapat

dibahagikan sama rata di antara semua negeri.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan sebanyak RM5.367 bilion

untuk pertahanan negara pada 1994 marupakan peruntukan yang kedua

terbesar selepas pendidikan. Sekali lagi saya merasakan bahawa

pertahanan negara adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia Dari

itu, saya mencadangkan bahawa sistem khidmat negara yang wajib

diperkenalkan untuk memupuk rasa tanggungjawab di kalangan rakyat

Malaysia dan menyelesaikan masalah kekurangan tindak-balas dalam

Page 98: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -97-

pengambilan rekrut baru. Sementara itu, sistera ini akan

menyama-ratakan pembabitan semua bangsa dalam bidang pertahanan dan

perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, aliran pasaran saham yang meningkat pulih

baru-baru ini di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) telah

menimbulkan minat mendalam di antara rakyat Malaysia untuk melabur.

Berdasarkan khabar angin yang tidak berasas dan bukan keuntungan

yang sebenar dan nilai aset saham-saham tersebut, Minat mendalam

dalam pembelian dan penjualan saham hendaklah diawasi supaya pelabur

besar dan ejen sekuriti tidak dapat memanipulasikan pasaran tanpa

memikirkan kepentingan kebanyakan pelabur kecil.

Tuan Yang di-Pertua, sekatan atas penggunaan cakera parabola

haruslah dikaji semula supaya penoncon televisyen di Malaysia

mempunyai banyak program untuk dibeli dan memberi saingan kepada

sistem televisyen tempatan untuk memperbaiki program televisyen

mereka. Saya benar-benar merasakan bahawa penonton televisyen di

Sarawak haruslah dibenarkan untuk menggunakan cakera parabola kerana

resepsi program televisyen di kawasan luar bandar adalah teruk dan

agak mustahil.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju benar dengan raeningkatkan

pengecualian cukai untuk para saintis dan artis yang memperolehi

pendapatan melalui kemampuan kreatif. Selain daripada artis dan

saintis, saya mencadangkan bahawa Kerajaan harus menghargai

sumbangan besar terhadap pembangunan negara oleh kakitangan dari

segi bidang seperti penyertaan industri, khidmat Kerajaan dan

Page 99: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 -98-

pertahanan, dengan pingat Kerajaan dan hadiah wang ataupun insentif

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 1994 tidak menyatakan dengan

jelasnya sama ada kadar cukai individu akan diturunkan sepertimana

kadar cukai syarikat. Saya mencadangkan bahawa kadar cukai individu

harus juga diturunkan setirapal dengan kadar cukai syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan bahawa penurunan serta

penghapusan cukai import ke atas lebih 1,000 barangan diberikan

kepada pengguna. Kerajaan hendaklah merangkakan satu cara untuk

memastikan tujuan ini dapat dicapai.

Tuan Yang di—Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang

Berhormat Menteri Kewangan kerana prihatin terhadap golongan hak

milik perumahan kos rendah. Peruntukan sebanyak RMl.4 bilion adalah

merupakan satu peruntukan perumahan yang baik. Namun. dernikian, di

Sarawak kos lebih RM25,000 adalah sukar untuk dicapai kerana kos

pembinaan yang lebih tinggi. Dari itu saya merayu kepada Kerajaan

Persekutuan untuk membuat peruntukan tertentu bagi Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat gembira bahawa Yang Berhormat

Menteri Kewangan telah mencadangkan untuk menggalakkan penanaman

semula hutan yang dianggap sebagai satu industri strategik. Saya

mencadangkan bahawa syarikat pembalakan yang sedia ada untuk menanam

semula hutan dengan insent i f . Jabatan Perhutanan bersama-sama

dengan Jabatan Pertanian hendaklah bersatu tenaga untuk memilih

jenis kayu yang paling sesuai bagi menghasilkan kayu serabut (wood

fiber) yang. baik dalam jangka masa yang pendek.

Page 100: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR. 2.11.93 - 99 -

Kawalan ke atas pencemaran oleh kilang-kilang hendaklah diper-

kukuhkan. Kempen 'Indah dan Bersih' haruslah dikekalkan di seluruh

negara.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 1994 adalah satu Belanjawan

yang penyayang terutama kepada golongan miskin melalui peningkatan

rebat, pelepasan cukai dan sebagainya. Potongan cukai ke atas

perbelanjaan bagi menyediakan pusat penjagaan anak adalah

penyayang dan produktif, kerana negara kita tnemerlukan kaum wanita

untuk turut serta di dalam pekerjaan. Namun demikian, Belanjawan

tersebut tidak mengatakan dengan jelas sama ada yuran yang dibayar

kepada pusat penjagaan anak di luar syarikat untuk para pekerja

adalah layak untuk dipotongkan daripada cukai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya nampak di dalam

Belanjawan 1994, peruntukan sebanyak hampir RM16 juta telah

diperuntukkan. Tetapi saya telah menerima beberapa aduan dari

pemohon kerja dan pegawai-pegawai Kerajaan supaya hasil kerja

(performance) JPA masih tidak begitu berkesan dan cepat.

Saya difahamkan JPA telah ditubuhkan untuk memberi khidmat

untuk mencari pekerja awam bagi Kementerian-kementerian. Tambahan

pula, Ahli Lembaga JPA ialah orang kanan, tetapi bukan pakar

spesifik dalam sektor perkhidmatan pakar dan profesional kerana itu.

Page 101: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR. 2.11.93 - 100 -

Ketua Jabatan Kerajaan menguasai interview pemohon-pemohon kerja

dan memberi rekomendasi kepada JPA untuk membuat keputusan!

Prosidur itu sangat memakan masa kerana semua pemohon di Jabatan-

jabatan Kerajaan haruslah menunggu aelama lebih kurang 8 bulan

sebelum menerima keputusan daripada JPA. Di dalam masa itu,

produktiviti Jabatan Kerajaan akan menurun kerana kekurangan

kakitangan dan pemohon-pemohon jawatan kosong telah pergi ke negeri

jiran atau luar negeri yang lebih cepat meluluskan permohonan

mereka. Itu adalah satu kerugian besar kepada negara kita, Tuan

Yang di-Pertua, kerana ibu bapa telah mengeluarkan wang yang banyak

untuk mendidik anak-anak mereka, tetapi akhirnya negara lain atau

negara jiran yang memperolehi perkhidmatan anak-anak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, hoapital-hospital Kerajaan di seluruh

negeri tidak cukup doktor pakar dan jururawat, kerana itu doktor-

doktor pakar di hospital-hospital Kerajaan haruslah bekerja berat,

mungkin seorang perlu memberi tanggungjawab kepada 2-3 orang

pesakit di hospital, iaitu j ika ada kemalangan serius, if an

accident happens sometimes leading to loss of life, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya merayu Kementerian Kesihatan bersama

Kementerian Pendidikan dapat menubuhkan satu JPA sendiri supaya

Kementerian Kesihatan boleh mengisi kekosongan jawatan mereka

dengan cepat, tambahan pula pegawai kanan di lain-lain Jabatan

Kerajaan harus dihadkan untuk memberi keputusan bagi mengisi

kekosongan kerja jika pengisian kekoaongan telah diluluskan oleh

JPA.

Page 102: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2.11.93 - 101 -

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengatakan segala

perkara yang tersebut di atas adalah berdasarkan keikhlasan hati

dan kepercayaan saya. Masa depan Malaysia menjadikan Kerajaan

Barisan Nasional yang sedia ada diberi mandat unCuk menerajui

Kerajaan negara kita. Sistem konfrantasi dalam policik dan

perselisihan industri harus diketepikan oleh rakyat. Seluruh rakyat

Malaysia harus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan

Nasional dalam usahanya untuk memberi kestabilan politik,

keharmonian kaum, pembangunan ekonomi dan tnasa depan yang cerah

untuk semua rakyat Malaysia yang tercinta.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan ini. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

dari Hulu Selangor,

5.47 ptg.

Tuan G. Palanivel [Hulu Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan

yang berjaya membentangkan Belanjawan bagi tahun 1994, yang raana

memberi penumpuan terhadap kedudukan sosio-ekonomi khasnya rakyat

berpendapatan rendah.

Salah satu keutaraaan sosio-ekonomi yang ditumpukan adalah

dalam sektor rumah kos rendah, semestinya Belanjawan tahun ini

menunjukkan perhatian dalam sektor ini. Kerajaan bercadang untuk

Page 103: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR 2. 11.93 - 102 -

membuat satu Program Rumah Kos Rendah yang beranggaran RM1.4

bilion, yang mana jelas menunjukkan Kerajaan memberi penumpuan

kepada golongan yang berpendapatan rendah. Ini juga menunjukkan

Kerajaan mengambilkira cadangan daripada beberapa orang Wakil

Rakyat semasa berucap mengenai isu ini di dalam Dewan yang mulia

ini .

Adalah diharapkan dengan insentif-insentif pembinaan rumah kos

rendah dalam Belanjawan tahun ini, Kerajaan akan berusaha untuk

melancarkan satu program segera (crash programme) untuk membina

rumah koa rendah. Kini Program Rumah Kos Rendah sudah lebih jauh

daripada Rancangan Malaysia Keenam, di mana sasarannya adalah

343,800 unit rumah.

Cadangan Kerajaan untuk memberi pelbagai insentif kepada

pemaju perumahan dan inst i tuai kewangan akan menggalakkan pemaju

perumahan uncuk melibatkan diri dalam projek pembinaan rumah kos

rendah. Tetapi aspek yang paling penting adalah untuk memastikan

satu peraturan dikemaskinikan bagi memastikan golongan yang

memerlukan rumah kos rendah sahaja diberikan turapuan semasa

penjualan rumah kos rendah ini.

Masalah rumah kos rendah kini merupakan masalah yang besar

dan saya mencadangkan sekali lagi supaya Kerajaan mengambil

tindakan yang segera untuk menubuhkan Lembaga Pembangunaa Perumahan

Kos Rendah. Tindakan-tindakan segera mesti diambil oleh Kerajaan

dan Kementerian berkenaan untuk menubuhkan lembaga tersebut.

Walaupun Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

telah membuat beberapa cadangan dalam isu ini, tetapi langkah-

langkah penubuhan lembaga ini berjalan dengan begitu perlahan

sekali.

Page 104: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 103 -

Kerajaan aeharusnya mempercepat dan memberikan tumpuan yang

serius dalam langkah-langkah untuk menubuhkan Lcmbaga ini. Dcngan

tidak tertubuhnya satu lembaga yang tetap untuk membuat kerja-kerja

berhubung dengan program perumahan kos rendah negara,. sektor ini

mungkin tidak akan dapat pcnumpuan yang diharapkan dan rakyat yang

berpendapatan rendah terpaksa menunggu untuk Belanjawan yang baik

seperti kali ini untuk mendapatkan penekanan dalam sektor perumahan

kos rendah. Apabila tertubuhkan Lembaga ini, maka adalah terjamin

kepada mereka yang memerlukan rumah kos rendah dengan segala

kelengkapan asas. Kita juga mesti mengadakan satu program

pendaftaran peringkat nasional kepada mereka yang memerlukan rumah

kos rendah dengan satu sistem rckod yang teratur yang mempunyai

butir-butir mengenai pemohon rumah kos rendah. Semua pemohon harus

yang dipohon.

juga dimaklumkan bilakah mereka akn diperuntukkan rumah kos rendah

penting. Kerajaan mesti memberikan perhatian dan keutamaan yang

diperlukan kepada sektor ini. Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri dan Menteri Kewangan secara peribadi mengawasi hal ini

maka kehendak golongan berpendapatan rendah akan dapat disempurna-

kan. Wawasan 2020 mungkin tidak akan tercapai sekiranya penduduk

berpendapatan rendah tidak mempunyai rumah Setakat ini projek

perumahan kos rendah sudah ketinggalan jauh ke belakang dan banyak

aduan diterima dalam sektor ini mengenai rasa tidak puashati

Page 105: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 104 -rakyat. Untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, Kerajaan

dengan. segera mesti menubuhkan Lembaga tersebut. Lembaga ini

seharusnya mengandungi ahli-ahli yang mempunyai minat, komitmen,

berdedikasi serta berpandangan serius dalam sektor ini supaya dapat

menjamin kejayaan dan keadilan dalam program ini.

Program rumah kos rendah. Kerajaan buat masa ini mempunyai

banyak kelemahan yang mana akhirnya membawa kepada penyalahgunaan.

Kadang-kadang pemohon terpaksa menunggu selama 10 hingga 15 tahun

untuk mendapatkan rumah kos rendah. Ini adalah satu jangka masa

yang agak lama untuk ditunggu. Selain dari itu, ada juga kes-kes

di mana rumah kos rendah diperuntukkan kepada mereka yang berada.

Dengan tidak adanya rumah yang sempurna, secara automatik

masalah-masalah lain akan timbul seperti kemudahan air dan elektrik

yang seterusnya menjejaskan kualiti dan taraf hidup golongan yang

berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, saya berasa gembira pihak

Kerajaan telah menumpukan perhatian dalam hal ini dan memberikan

harapan kepada golongan yang berpendapatan rendah yang tidak

mempunyai rumah.

Tuan Yang di-Pertua, aaya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Santubong.

5.54 ptg.

Puan Rohani binti Abd. Karim [Santubong]: Tuan Yang di-Pertua,

saya turut bangun untuk menyokong usul Belanjawan yang telah

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29hb Okttobcr,

1993.

Page 106: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 105 -

Saya merasa sungguh kagum atas Usul Belanjawan yang sangat

perihatin akan permintaan dan keadaan semasa. Belanjawan sebegini

akan menempah tempat negara kita menuju ke arah Wawasan yang

diidamkan dan seterusnya menempah nama negara kita di dalam golongan

negara maju di dunia ini.

Seperti diperjelaskan dalam Ucapan Bclanjawan uncuk pertama

kalinya dalam sejarah negara, kita telah berjaya menghasilkan

Belanjawan berimbang, iaitu satu matlamat Bclanjawan yang menjadi

idaman semua negara. Oleh yang demikian, rakyat akan sentiasa peka

dan responsif terhadap scbarang pembaharuan positif yang dilakukan

oleh pihak Kerajaan di mana akan datang, supaya kemajuan kita tetap

berterusan dan cemerlang. Keempat-empaC strategi Belanjawan yang

dicadangkan iaitu:

(i) mempastikan pertumbuhan ekonomi terus utuh, segar dan

mampan;

(ii) membanteraa inflasi;

(iii) mengilap ketrampilan dan menguasai teknologi; dan

(iv) membina masyarakat seimbang dan saksama membawa hasrat

Wawasan 2020 ke arah meningkatkan martabat dan darjah

bangsa.

Anggaran Perbelanjaan yang dicadangkan bagi tahun 1994 yang

berjumlah RM47.135 bilion iaitu RM33.285 bilion iaitu peratusan

70.62% untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM13.850 bilion iaitu 29.38%

untuk perbelanjaan Pembangunan menunjukkan bahawa Kerajaan mengambil

berat soal kepentingan rakyatnya dan menumpukan penuh perhatian

terhadap meneguhkan lagi jentera Kerajaan yang memberikan segala

Page 107: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 106 -

perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat jelata.

Di dalam perbahasan kali ini, saya ingin menyentuh beberapa

perkara yang berkaitan dengan k«hendak negara kita bagi mewujudkan.

masyarakat penyayang, masyarakat perdagangan dan perindustrian dan

masyarakat maju dan berpendidikan.

Mengenai masyarakat penyayang, satu perkara penting yang telah

diberi penekanan dalam Wawasan Negara ialah supaya kita mewujudkan

masyarakat penyayang yang tidak mengira bangsa, agama, budaya dan

kcpercayaan. Tctapi malangnya, baru-baru ini masyarakat kita

digempar oleh gejala-gejala yang jauh menyimpang daripada hasrat

yang dicita-cita, iaitu tnasalah pembuangan bayi. Moral yang

mclakukan perkara yang terkutuk ini telah runtuh dan langsung tidak

menunjukkan perasaan perikemanusiaan.

Masalah remaja lari dari rumah; masalah tidak mcnghormati orang

tua; masalah remaja melepak; dan yang sering kita dengar ialah

masalah meningkatnya jumlah penagih dadah.

Mengenai pembangunan sosial dan perpaduan, adalah tidak dapat

dinafikan bahawa masa depan Malaysia amat bargantung kepada

kestabilan dan perpaduan negara. Program-program pembinaan bangsa

dan masyarakat penyayang perlu dititik-berat dan diamalkan oleh

semua pihak. Pihak Kerajaan melalui beberapa Kementerian dan agensi

telah mengaturkan beberapa program yang menuju ke arah matlamat ini.

Tuan Yang di-Pcrtua, saya telah difahamkan bahawa Kementerian

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah merancang berbagai

program perpaduan dan perabangunan masyarakat. Tetapi di dalam

Belanjawan ini tidak begitu menampakkan pembahagian peratusan

Page 108: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 107 -

perbelanjaan yang diperlukan. Saya tahu bahawa Kementerian tersebut

bertanggungjawab ke atas penduduk Malaysiaiaitu prograra yang

merangkumi aspek Sebelum seseorang itu lahir - iaitu dari bayi dalam

kandungan sehingga ke saat masuk ke liang tahad - iaitu sehingga

mati. Saya mohon pihak Kerajaan khasnya Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Penerangan menyebarkan

seluas-luasnya program-program yang akan dirancang dan dilaksanakan

mengenai aspek perpaduan dan pembangunan masyarakat.

Saya amat tertarik hati dengan beberapa program yang

dijalankan oleh Kementerian yang saya rasa harus dipertingkatkan di

masa akan datang. Program-program seperti "Titian Emas", "Sedar

Padu", "Hari Perpaduan", "Rukun Tetangga", "Jiran Muda dan Jiran

Wanita", "Tabika Perpaduan", "Program Pendidikan Tidak Formal",

"Khemah Kerja Kejiranan" dan "Prograra Integrasi". Malangnya

kebanyakan program-program ini tidak mendapat publisiti yang

setimpal.

Tuan Yang di-pertua, mengenai kes perabuangan anak-anak,

kejadian yang kejam ini telah memberi satu kejutan yang menggerun

serta membimbangkan. Langkah yang diambil olch Kementerian

Perpaduan Megara dan Pembangunan Masyarakat amat dialu-alukan} iaitu

ibu bapa atau penjaga yang tidak berupaya atau tidak mahu memelihara

bayi mereka haruslah melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

yang berhampiran agar bayi itu dapat dibantu dan diberikan penjagaan

yang sempurna. Tetapi saya berharap Kementerian akan mengkaji

pelaksanaannya nanti sebab takut langkah ini akan menggalakkan

pula kejadian ramai bayi yang dilahirkan di luar nikah dan

setengah-setengah golongan orang akan mengambil peluang ini untuk

melepaskan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.

Page 109: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 108 -

Kita tidak mahu pula negara kita menjadi sebuah negara, dcngan izin,

welfare state. Perkara masalah sosial, saya ingin kaitkan dengan

peranan wanita. Yang mengandung dan yang menjadi mangsa adalah

wanita, dan yang kena kutuk oleh masyarakat adalah wanita. Tetapi

sebenarnya gejala seperti pembuangan bayi, pelacuran dan lari dari

rumah bukan harus dipersalahkan hanya sebelah pihak, tetapi bak kata

pepatah Melayu "tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi". Oleh

yang demikian, saya seru kepada pihak HAWA, iaitu Bahagian Hal Ehwal

Wanita dan NCWO, iaitu National Council of Women's Organisations,

termasuk agensi-agensi lain untuk menilai semula strategi pembangun-

an wanita dan mengikut garis panduan di dalam dasar wanita negara.

Di sini saya ingin memetik ucapan perasmian Yang Berhormat Dato'

Seri Anwar Ibrahim iaitu Menteri Kewangan di forum Perancangan dan

Pembangunan Kependudukan Pcringkat ASEAN pada 26hb Oktober, 1993

yang berbunyi berikut, dengan izin:

"Thus, expanding educational programmes for girls and

eraployment opportunities for women and improving

information on health and nutrition will result in

smaller families. With education, and not some crude

method of family planning, they will be able to

decide on the size of their family."

Dengan kenyataan bcgitu adalah disokong di sini bahawa melalui

pendidikan, kita dapat menghapuskan gejala-gejala yang tidak sihat

seperti, dengan izin, ignorance dan gender discrimination.

Kebanyakan fakcor yang mendorong berlakunya dengan berleluasa

perkara anti-soaial sekarang ini disebabkan mereka ini adalah dari

Page 110: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 109 -

golongan, dengan izin, dropouts akibat pembangunan ekonomi,

keluasan pembandaran, penambahan pelbagai macam rangkaian perhubung-

an dan pengangkutan serta peningkatan sebaran media massa telah

merangkumi para individu anggota masyarakat ke dalam jaringan sosial

yang amat luas, dan terlibat dalam arus perubahan yang amat pesat.

Saya mengucapkan terima kasih kerana dimasukkan dalam

Belanjawan satu bab pendek mengenai pengiktirafan peranan wanita

dalam pembangunan negara. Saya sangat berharap Pusat Sumber

Maklumat Wanita akan terus meraberi satu arah tujuan kepada peranan

wanita dalam negara serta merekodkan segala sumbangan yang telah

diberikan oleh tokoh-cokoh wanita di Malaysia. Saya juga menyeru

kepada pihak HAWA yang mengendalikan Pusat Sumber Maklumat Wanita

lebih proaktif dan menyebarkan perolehan serta kajian yang telah

dijalankan, sekurang-kurangnya memberitahu mengenai aktiviti dan

kajian kepada golongan ahli-ahli politik wanita khasnya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai potensi tenaga belia. Satu lagi

gejala yang telah hangat diperbincangkan ialah budaya lepak.

Kebanyakan mereka yang melepak adalah dari golongan muda. Generasi

muda umumnya dianggap sebagai golongan yang memasuki zaman ber-

masalah dalam tahap-tahap perkembangan manusia. Mereka bukan sahaja

dianggap menimbulkan pelbagai masalah kepada diri, tetapi juga

terhadap orang lain di sekitarnya, khususnya golongan tua. Tetapi

golongan inilah yang banyak berpotensi, dan merekalah yang kita

harap untuk menjadi bakal pemimpin di masa akan datang. Golongan

remaja mempunyai beberapa ciri-ciri yang positif yang boleh di-

terokai. Ciri-ciri adalah seperti berikut:

Page 111: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 110 -

- mempunyai tahap tenaga fisikal yang tinggi;

peningkatan ketara tingkahlaku penerokaan atau

ingin tahu;

perkembangan secara significant kebolehan ber-

fikir dengan jelas;

- membolehkan remaja menghadapi masa depan dan alam-

sekitarnya yang semakin kompleks dan mencabar

dengan cara yang berkesan.

Oleh sebab yang demikian, golongan ini mudah dipengaruhi, ter-

utama sekali dari golongan peer groupnya. Oleh yang demikian saya

serukan di sini kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian

Sumber Manusia agar menerokai sumber goLongan remaja yang berpotensi

ini. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya terbaca dalam surat-

khabar yang mengatakan bahawa negara kita memerlukan tenaga kerja

yang mahir seramai 60,270 dalam masa lima tahun yang akan datang.

Tidakkah dapac Kementerian yang berkenaan menggunakan tenaga golong-

an remaja ini diberi latihan yang diperlukan, kalau tidak dalam

tenaga mahir, sekurang-kurangnya dalam tenaga separa mahir, dan

sediakan mereka ini sebagai sumber tenaga pekerja yang diperlukan?

Kalau mereka ini diberi latihan secukupnya dan masa dihabtskan

dengan kursus orientasi, saya rasa masalah lepak akan dapat diatasi.

Masalah pada masa ini adalah mereka ini tidak dapat mengisi masa

lapang yang banyak terluang. Gunakan sistem seperti, dengan izin,

National Service, di mana mereka dikehendaki berkhidmat kepada

Kerajaan dalam satu tempoh masa yang akan dicetapkan. Dengan jalan

ini, selain dari menghindar golongan belia terjebak dalam gejala

anti-sosial yang tidak diingini, Kerajaan kica akan sentiasa ada

satu 'pool' tenaga pekerja yang mahir dan separa mahir, Dengan cara

Page 112: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 111 -

begini, negara kita dapat menggunakan serta menggerakkan sumber

tenaga belia ini untuk pembangunan negara.

Saya cadangkan di sini supaya belia-belia menganggur berumur 16

hingga 18 tahun diserapkan dalam National Service, di mana mereka

ini diberi kursus dan orientation oleh Biro Tata Negara dan agensi-

agensi yang berkenaan, dan selepas itu mereka ini diberi latihan

yang mahir atau separa mahir seperti machinist iaitu 4,519 kekosong-

an, plant maintenance mechanic iaitu 3,688 kekosongan, juru-clektrik

2,452 kekosongan, weldcrs 2,031 kekosongan, cools and dye makcrs

1,417 kckosongan, juruteknik 13,312 kekosongan, jurutcra 9,273

kekosongan, dan pada masa yang sama negara akan memerlukan 192,480

tenaga kerja separa mahir dan 92,485 tenaga kerja tidak mahir.

Dengan cara begini adalah diharapkan negara kita akan mempunyai

tenaga mahir, separa mahir dan tidak mahir dengan lebih dari men-

cukupi. Pada masa tersebut, ncgara kita boleh menghantar tenaga

kerja kita yang terlatih ke luar negara yang memerlukan. Dengan

keadaan bcgini, kita tidak perlu mengarabil pekerja asing lagi dan

masalah sosial akan dapat dibendung seperti masalah dadah dan budaya

lepak.

Tuan Yang di-Pertua, masalah penagihan dadah. Sejumlah 10,242

orang pcnagih dadah telah dikesan di scluruh Malaysia tiap bulan.

Angka ini sangat memeranjatkan dan menakutkan. Keadaan ini akan

menggugat keamanan dan kesejahteraan ncgara. Daripada jumlah ter-

sebut, 3,741 orang atau 36.5% adalah pcnagih baru, dan 6,501 orang

atau 63.5% adalah kes-kes relapse. Setakat ini sejumlah 25,257

orang penagih dadah masih dalam rawatan pemulihan di bawah

Kementerian Dalam Negeri. Di sini, saya ingin bertanyakan

Kementerian Dalam Negeri, setakat ini apakah keberkesanan yang di-

perolehi di dalam program merawat dan memulih penagih dadah di

pusat-pusat serenti ini?

Page 113: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 112 -

Banyak benar perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk tujuan

tersebut dan banyak juga peruntukan telah disediakan untuk

menghantar pegawai-pegawai berkursus di dalam dan di luar negeri

untuk tujuan yang sama.

Saya juga hendak mengambil peluang ini untuk bertanya kepada

Kementerian Dalam Negeri mengenai tindakan yang sedang dan akan

diambil mengenai masalah penghiduan gam. Masalah ini kian merebak

dan memang menjadi masalah utama di Sarawak terutama sekali yang

dialami oleh golongan belia dan penuntut sekolah. Pada masa ini,

masalah penagihan dadah adalah dianggap sebagai penyakit tetapi saya

rasa, eloklah kita kaji semula dan mungkin mengambil langkah yang

lebih drastic dan menganggap penagihan dadah sebagai offence.

Peruntukan yang banyak untuk tujuan tcrsebut boleh dipcruntukkan

untuk pembinaan lebih banyak kelas-kelas atau sckolah-sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, kualiti pcndidikan. Di bawah Anggaran

Mengurus bagi Kementerian Pendidikan, sebanyak KM7.715 bilion

merupakan scbanyak 23.2% daripada keseluruhan jumlah Perbelanjaan

Mengurus tahun 1994. Sebahagian besar daripada peruntukan ini

adalah untuk pembiayaan emolumen termasuk keperluan membiayai

tambahan lebih kurang 5,799 jawatan guru baru dan 160 jawatan

sokongan. Oleh hal yang demikian, saya ingin mempersoalkan masalah

kualiti pcndidik yang harus menanggung tanggungjawab ke arah

mewujudkan masyarakat berpendidikan.

Page 114: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 113 -

Kualiti pendidikan adalah bersangkut secara langsung kepada

kualiti pendidiknya. Ini telah terbukti di dalara sebuah kajian yang

telah dijalankan oleh Institut Teknologi MARA, Kampus Sarawak yang

memberi sebab berlakunya kelemahan dan ketidak-prihatinan penuntut

kepada matapelajaran Matematik adalah diakibatkan oleh tiada

motivasi atau galakan dari pihak guru, malah ada dilaporkan bahawa

terdapat guru yang tidak terlatih dalam matapelajaran tersebut.

Memang diakui bahawa satu daripada sebabnya guru-guru tidak dapat

memberi perhatian penuh kepada prestasi. penuntut adalah disebabkan

bcbanan tugas dan tanggungjawab yang kian bertambah yang disebabkan

perubahan kurikulum.

Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan langkah yang diambil

oleh pihak Kerajaan untuk mewujudkan sistem kenalkan pangkat dalam

pcrkhidmatan pcndidikan. Sistera ini amat dialu-alukan oleh kerana

sistem ini menambah ganjaran dengan memberikan peluang kenaikan

pangkat bagi guru-guru dari pelbagai disiplin tanpa memerlukan

mereka bertukar ke sekolah lain bagi menjalankan tugas pcntadbiran.

Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai

pusat kccemerlangan pendidikan dan menarik pclajar-pelajar dari

negara-negara lain juga akan memberi kesan mendalam terhadap sistem

pendidikan negara. Oleh yang demikian, adalah dialu-alukan usaha

untuk memperkenalkan Akta Pcndidikan baru yang menyeluruh dan ianya

harus disegerakan.

Page 115: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 114 -

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan penubuhan Institut

Kajian Strategi Pendidikan (ISPEN). Sebagai pusat, perlu

disegerakaa kerana dengan wujudnya ISPEN, kita yakin rakyat akan

dirangsang supaya berfikir menoleh ke belakang, memandang jauh ke

hadapan, menganalisa dan seterusnya mengorak strategi untuk

menencukan tujuan pendidikan di dalam konsep yang menyeluruh.

Kita berharap agar ISPEN akan dapat merangkumkan seraua pihak

yang terlibat dalam pendidikan supaya berusaha secara kolektif dan

bersatu-padu bagi memikirkan semula strategi pendidikan. Kita

berharap juga supaya perabcntukan ISPEN akan mengkaji kelemahan

dalam sistem pcndidikan masa kini dan mengimbanginya dengan sebuah

perubahan pemikiran yang mengambilkira akan keadaan masa kini.

Kita berharap satu strategi baru yang lebih mantap dan komited

untuk melahirkan generasi baru dan berilmu, bermoral dan mampu

bersaing dalam era saintifik dan teknologi sejagat masa hadapan.

Pemikiran ini harus mempertahankan identiti Kebangsaan memandangkan

Malaysia akan menjadi negara paling maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan. Pcruntukan sebanyak

RM276 juta kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

dan Lembaga Penggalakan Pclancongan Malaysia adalah satu peruntukan

yang besar, Ini mcnunjukkan betapa pentingnya induatri pelancongan

kepada negara kita. Industri pelancongan telah meningkat dengan

pesatnya dan hasil dari peningkatan ini, kita dapati ada pertambahan

peluang pekerjaan, perhotelan, perbekalan makanan dan industri

kraftangan.

Page 116: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 115 -

Rakyat yang berada di persekitaran pusat-pusat pelancongan

telah dapat menikmati betapa pesatnya pertumbuhan industri ini.

Saya mengalu-alukan insentif pengecualian cukai yang diberi kcpada

syarikat pengusaha pelancongan tempatan ke atas pendapatan

mengendalikan sekurang-kurangnya 500 pelancong asing yang

dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2000 dan memperluaskan kemudahan

ini supaya meliputi semua pelancong yang datang melalui udara, darat

dan laut.

Saya juga mengalukan penurunan duti import motorised home

kepada 35% sebagai satu langkah untuk mempelbagaikan tarikan

pelancong ke Malaysia. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia akan

menceburi hobi baru iaitu melancong dalam negara dengan menggunakan

motoriscd home. Kemudahan yang seterusnya seperti penyediaan tapak

parking motorised home, kemudahan bekalan elektrik dan air serta

tandas dan bilik mandi awam dan juga kawalan keselamatan harus

disediakan di merata tempat di Malaysia.

Bagi Sarawak, industri pelancongan adalah satu potensi untuk

menambahkan pendapatan tetapi untuk tnencapai tujuan ini serta

menambahkan lagi 'significance'nya, kita berharap Kerajaan

Persekutuan terutama sekali Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Pelancongan akan mcrabantu mengatasi bcbcrapa masalah yang ketara dan

yang telah menyekat industri ini berkembang dengan lebih pesat lagi.

Masalah-masalah ini adalah tidak cukup publisiti atau

penerangan mengenai Sarawak sebagai sebuah pusat pelancongan dan

Page 117: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 116 -

masalah kedua adalah air accessibility, dengan izin, yang tidak

mencukupi,

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kenusukan pelancong asing ke

Sarawak telah meningkat semenjak tahun 1986, Semcnjak tahun

tersebut sehingga tahun 1990, juralah kemasukan pelancong asing telah

bcrtambah tiga kali ganda iaitu daripada 145,236 orang hingga kepada

434,343 orang. Pertumbuhan. yang begitu pesat yang dialami oleh

Sarawak ialah dalam tahun 1990 sempena dengan pelancaran Tahun

Melawat Malaysia sccara besar-bcsaran iaitu 33.6% dari tahun 1989.

Pada keseluruhannya pula, Malaysia telah mencatatkan kemasukan

pelancong asing berjumlah 7.5 juta orang dalam tahun 1990. Jika

dibandingkan peratusan tersebut dan hanya yang memasuki Sarawak,

angkanya amat mengecewakan.

Oleh yang dcmikian, saya menyeru kcpada Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Pclancongan untuk merangka satu program yang lebih

strategik dan lebih menggalakkan lagi untuk mengutarakan Sarawak

sebagai satu destinasi pelancongan di Malaysia. Banyak pendapat

pelancong asing mengatakan. bahawa Sarawak berpotensi dalam industri

pelancongan sebab Sarawak masih banyak alam semulajadi yang dapat

diterokai o4eh pelacong seperti mengembara dalam hutan, mendaki

gunung dan berperahu di sungai yang penuh dengan rapids, dengan

izin. Saya berharap, dalam aturcara Tahun Melawat Malaysia 1994

akan menampakkan pertambahan dalam kemasukan pelancong asing ke

Sarawak.

Page 118: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 117 -

Tuan Yang di-Pertua, pengujudan EAEC dan AFTA. Saya sangat

mengalu-alukan kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri' .Perdagangan

Antarabangsa dan Industri bahawa Perundingan Ekonomi Asia Timur

(EAEC) yang dicadangkan penubuhannya oleh Perdana Menteri, Dato'

Seri Dr. Mahathir Mohamad tiga tahun lalu dijangka beroperasi tahun

hadapan. Cadangan supaya sebuah forum perundingan longgar di

kalangan negara-ncgara Asia Timur itu mula dilaksanakan juga

menjelang tahun hadapan. Berita baik juga telah disebar di media-

massa mengenai pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

mungkin menjadi kenyataan lebih awal daripada yang dijangkakan

berikutan sokongan padu di kalangan negara anggota ASEAN.

Tuan Yang di-Pertua, prospek perdagangan antarabangsa masih

belum meyakinkan kerana keengganan ncgara-negara maju mencapai

kesepakatan dalam Perundingan Perdagangan Pusingan Uruguay, termasuk

mengadakan pelbagai sekatan tarif serta bukan tarif dan munculnya

blok perdagangan NAFTA termasuk EC.

Page 119: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 118 -

Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju bahawa daya saing barangan

kita perlu terus diperbaiki sehingga dapat menembusi segala sekatan

yang dihadapi dan pada masa yang sama kita perlu mengaju strategi

perdagangan yang lebih agresif, meneroka pasaran baru di Negara-

negara Selatan serta mempercepatkan integrasi ekonomi rantau ini.

Saya juga berpendapat bahawa pengwujudan EAEC seharusnya

dilihat dari perspektif yang berlainan. Usaha untuk mendapat

sokongan dari luar negara ASEAN adalah satu proses yang akan memakan

masa yang panjang dan tidak ada penghujungnya akibat masalah

non-affinity dan diversity nilai-nilai nasional. EAEC harus diwujud

sebagai kesinambungan ASEAN dan usahasama harus dipupuk oleh semua

anggota ASEAN secara lebih serius. Ini akan membolehkan EAEC ber-

tindak sebagai sebuah 'econoraic cooperation' dan mempunyai potensi

sebagai sebuah 'trading bloc'. ASEAN sepatutnya mengorak laagkah

untuk mempercepatkan dan mempertingkatkan intra-ASEAN cooperation.

Saya berpendapat bahawa pada masa kini usaha ini agak perlahan dan

kejayaan kerjasama ini adalah terhad kepada Common Preferential

Tariff (CEPT) dan joint ventures yang tidak berapa visible. Oleh

yang demikian, dengan terlaksananya AFTA segala masalah ini akan

dapat diatasi dan perdagangan antara negara-negara ASEAN akan dapat

dipertingkatkan dan kita harus mempercepatkan lagi proses

perdagangan kita untuk memenuhi matlamat penubuhan ASEAN dan memper-

kembangkan AFTA untuk diselaraskan dengan pengwujudan EAEC.

Page 120: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.U.93 - 119 -

Pembangunan Usahawan Bumiputera

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dipertanggungjawab

menyediakan beberapa pakej perkhidmatan bersepadu membangun sebuah

masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Strategi

pembangunan usahawan dan korporat oleh PUNB meliputi program Skim

Vendor dengan syarikat-syarikat Kerajaan dan syarikat

multi-national, program pertukaran usahawan, program industri

sasaran dan program pendekatan terus. Semua program ini, saya yakin

adalah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan

perindustrian. Tetapi saya ingin mempersoalkan pelaksanaan

program-program ini.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya berpendapat bahawa PUNB

belum mencapai tujuannya dan belum lagi memberi kesan yang ketara di

dalam soal meningkatkan status usahawan bumiputera. Saya berharap

PUNB mesti memperhebatkan usaha pemasaran dan publisitinya di luar

kawasan Lembah Kelang. Saya berpendapat demikian, memandangkan

bahawa di kawasan Lembah Kelang sudah didapati terlalu banyak

usahawan-usahawan bumiputera yang telah meningkat maju jika

dibandingkan dengan negeri lain. Ini adalah disebabkan terdapat

suasana yang kompetitif, mudah mendapat maklumat dan pinjaman

kewangan dan kemudahan yang lengkap di kawasan Lembah Kelang. Lain

pula keadaannya di negeri-negeri lain, terutama sekali di Sarawak.

Kemudahan adalah sangat terhad dan usahawannya adalah kurang

kompetitif dan bergantung semata-mata atas kontrak Kerajaan.

Kesimpulannya, usahawan di luar kawasan Lembah Kelang sangat

memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan serta bantuan PUNB.

Usahawan sebeginilah harus diberi perhatian oleh pihak PUNB.

Page 121: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - - 120 -

Pengkomputeran sektor perkhidmatan Kerajaan

Tuan Yang di-Pertua, pengkomputeran bukan lagi sesuatu yang

mewah dan ianya adalah sesuatu yang perlu bagi mengimbangi pem-

bangunan yang pesat masa kini. Bahkan sejumLah peruntukan telah

disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan

dengan pesat sistem pengkomputeran di Jabatan-jabatan Kerajaan. Di

dalam sektor Kerajaan, banyak Jabatan-jabatan Kerajaan telah meng-

gunakan sistem komputer di dalara urusan harian mereka. Apa yang

ingin saya persoalkan di sini adalah sama ada pihak Kerajaan

bercadang untuk menggubal dan mengadakan sebuah pelan pengkomputeran

nasional untuk meneliti dan mengkaji keperluan pengkomputeran sektor

dilakukan pada masa ini. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai

apakah pandangan pihak Kerajaan mengenai perkara ini termasuk juga

jenis-jenis 'data-base' yang diperlukan. Di dalam bidang yang sama,

saya ingin mengetahui mengenai idea yang telah dibincangkan tahun

lepas, iaitu "Public Service Network" yang hendak diwujudkan.

Sehingga kini belum lagi diketahui perkembangannya.

Isu tenaga elektrik

Tuan Yang di-Pertua, kita di negara ini sangat bertuah oleh

kerana kita mempunyai sumber tenaga yang banyak termasuk sumber

tenaga dari minyak, gas asli, eletrik hidro dan arang batu, Krisis

tenaga di negara kita adalah terkawal akibat campurtangan yang cepat

dari pihak Kerajaan. Tetapi kebelakangan ini, Kerajaan telah

membuka peluang kepada pihak swasta untuk membekalkan elektrik.

Page 122: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 121 -

Valaupun langkah penswastaan adalah baik, tetapi dalam hal ini saya

ingin menyeru kepada pihak Kerajaan supaya berhati-hati dan meneliti

secara terperinci pelan pelakaanaannya. Di dalam peringkat

pelaksanaannya nanti, pihak Kerajaan mesti memastikan bahawa segala

aktiviti dan mungkin kemudian permintaan pihak swasta mudah diselia

dan dikawal. Ini adalah berkaitan dengan derived effect yang akan

timbul, iaitu kos elektrik/tenaga atau harga tenaga yang ditetapkan

oleh pihak swasta yang membekalkan tenaga tersebut. Semua ini

sepatut dan seharusnya dikawal sepenuhnya oleh pihak Kerajaan. Oleh

yang demikian, saya ingin menyarankan agar semua keperluan asas

seperti bekalan tenaga dan air masih kekal di' bawah bidangkuasa

Kerajaan dan seterusnya bertanggungjawab secara langsung untuk mem-

bekalkan keperluan kepada rakyat, lebih-lebih lagi kos tenaga yang

tinggi akan memberi kesan langsung kepada pembangunan industri di

negara ini, terutama sekali ianya akan melemahkan penyertaan pelabur

asing ke negara ini,

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan ini, saya meng-

ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri

Kewangan yang telah memberikan kita satu Belanjawan yang berimbang.

Kesemua aspek telah diambil kira dan saya rasa tidak ada apa lagi

yang tertinggal atau yang akan menjadi isu pihak pembangkang.

Faktor keadilan, keharmonian sosial, kesejahteraan hidup dan

kemakmuran rakyat telah diberi penekanan. Kita bersyukur kerana•

negara dan rakyat sentiasa dalam keadaan aman dan damai dan ini

adalah hasil dari perjuangan semua golongan dan lapisan rakyat dan

juga adalah hasil dari kestabilan politik dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 123: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 122 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Pasir Mas.

6.27 ptg.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua,

iltizam politik Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja memungkinkan

suatu Belanjawan yang dinamakan Belanjawan daripada hati pemimpin

kepada rakyat tetapi melahirkan apa yang dinamakan 'Belanjawan

berimbang' untuk tahun 1994. Apabila disebut Belanjawan berimbang,

banyak pihak memberi pentafsiran apakah erti."berimbang".

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat ataupun mengkaji

Belanjawan yang dibencang ataupun yang dikemukakan oleh negara-

negara maju ataupun oleh negara-negara lain yang sedang membangun,

kita dapati boleh dibilang dengan jari, tidak mungkin ada sebuah

negara dalam keadaan sekarang ini boleh mengemukakan suatu

Belanjawan yang berimbang (balanced Budget) dan inilah suatu

kejayaan yang sememangnya di luar dugaan sama sekali.

Pertama, saya ingin merujuk kepada laporan Hansard ataupun

laporan Penyata Rasmi Parlimen, sesudah mengikuti perbahasan yang .

dimulakan semalam dan hari ini terutamanya daripada Ahli Parlimen

Marang dan juga daripada Ahli Parlimen Tanjong sebagai Ketua

Pembangkang,Saya hendak merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh

Ahli Parlimen Marang yang saya kira ucapannya yang memakan masa

hampir dua jam tetapi pada pandangan saya dalam konteks prosedur

perbahasan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Marang adalah out of

context. Tidak lebih daripada datang membaca suatu ready text of

speech yang sememangnya bertentangan dengan amalan peraturan Dewan

Rakyat, dan kandungan ucapannya itu ialah kandungan ucapan berbuku,

Page 124: DEWAN RAKYAT - parlimen.gov.my · Untuk menjawab soalan. yang kadua, kita cidak dapat angka-angka yang tertentu untuk menimbangkan semua pelaburan yang telah dibuat di luar negeri

DR.2.11.93 - 123 -

yang tiga perempat daripada apa yang disebutkan, memang kita semua

tahu, yang saya sentiasa menyebutkan seolah-olah bukan perbahasan

dalam Dewan RakyaC tetapi penyampaian khutbah Jumaat yang seolah-

olah mempersoalkan di kalangan Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat,

seolah-olahnya belum mengetahui tanggungjawabnya kepada Allah

S.W.T., tidak mengetahui hukum-hakam dari segi agama, maka beliau

memperkecil-kecilkan dengan mengatakan kenyataan yang saya anggap

cukup bercanggah dengan ucapan beliau sendiri.

Timbalan Yaog di-Pertua [Tuan Oag Tee Keat]: Yang Berhormat,

masa sudah suntuk ya.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Elok. Saya sambung esok, Tuan Yang

di-Pertua.

Timbalan Yang dl-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

diminta sambung esok.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang

esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.