dewan negara parlimen keempat belas penggal … · puan asmak binti husin: terima kasih kepada yang...

88
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 11 Rabu 12 September 2018 K A N D U N G A N USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 (Halaman 32) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 (Halaman 51) Rang Undnag-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 (Halaman 62)

Upload: lykhanh

Post on 08-Aug-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Bil. 11 Rabu 12 September 2018

K A N D U N G A N USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 (Halaman 32) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 (Halaman 51) Rang Undnag-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 (Halaman 62)

Page 2: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Rabu, 12 September 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

10.03 pg.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya membaca satu usul, saya mohon

mencadangkan:

“Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis

Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua

urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini

diputuskan dan diluluskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan

pada tarikh yang tidak ditetapkan.”

Saya mengusulkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa walau

apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak

Page 3: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 2 akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan

Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan diluluskan dan selepas Majlis Mesyuarat akan

ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan dikemukakan kepada Majlis untuk

diputuskan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Ng Chiang Chin minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah subsidi minyak yang telah dibelanjakan untuk menstabilkan harga minyak RON95, RON97, dan Diesel sejak Mei 2018, adakah kerajaan merancang untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada masa yang akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi

wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk

Ng Chiang Chin berkenaan dengan jumlah subsidi minyak yang telah dibelanjakan oleh

kerajaan bagi menstabilkan minyak RON95 dan diesel sejak Mei 2018.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah subsidi petrol

RON95 dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh Mei 2018 sehingga Julai 2018

adalah sebanyak RM1.667 bilion. Pada masa ini, kerajaan masih mengekalkan harga runcit

petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada paras RM2.20 seliter bagi RON95 dan

RM2.18 seliter berikutan keputusan kerajaan pada 7 Jun 2018. Walaupun harga sebenar

pasaran adalah lebih tinggi daripada harga yang dikekalkan.

Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengutamakan

kesejahteraan rakyat lebih daripada sasaran semata-mata meningkatkan hasil kerajaan,

tanpa mengira impak negatif kepada kos hidup rakyat, khususnya golongan B40.

Manakala, harga runcit bagi produk RON97 telah diapungkan semula berdasarkan

penetapan harga secara mingguan mengikut trend harga minyak mentah dunia

memandangkan produk RON97 merupakan produk premium yang mampu ditanggung oleh

golongan yang berada. Pada masa yang akan datang, kerajaan akan melaksanakan sistem

subsidi petroleum secara bersasar mengikut janji dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Page 4: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 3 Kerajaan akan memberikan subsidi petrol pada kadar yang sesuai setiap bulan dan mengikut

satu kuota yang akan ditetapkan kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal

125cc ke bawah dan kereta 1,300 cc ke bawah.

Mekanisme terperinci mengenai pelaksanaan sistem subsidi bersasar ini sedang

dikaji dan akan diumumkan kelak apabila ianya dimuktamadkan. Kerajaan setakat ini tidak

merancang untuk menurunkan harga sehingga ke paras RM1.50. Kecualilah pada ketika itu

harga minyak mentah dunia turun sedemikian rupa sebagaimana yang didakwa, dijanjikan

dalam Manifesto Pakatan Harapan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin.

Yang Berhormat Senator, saya mencari dekat mana yang kita janji RM1.50 ini dalam buku

Manifesto Pakatan Harapan, tidak ada. Saya tidak tahulah kot-kot ada siapa-siapa dalam

keghairahan berkempen itu, menjanjikan RM1.50. Akan tetapi tidak ada dalam buku

Manifesto Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih.

Datuk Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada

kepada Yang Berhormat Menteri yang telah beri jawapan. Saya ada sikit saja hendak tanya

soalan tambahan saya. Bagaimanakah usaha kementerian ini dalam menyasarkan subsidi

minyak kepada golongan bersasar sahaja? Oleh kerana kita dapati warga asing, terutama di

sempadan dan pendatang tanpa izin juga menikmati harga minyak yang masih terkawal ini.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan

Yang di-Pertua, bagi mereka yang berada di sempadan, kita telah menetapkan beberapa

rulings, dengan izin, yang mana mereka tidak dibenarkan untuk mengisi minyak lebih

daripada amaun yang telah ditetapkan dan sebagainya.

■1010

Begitulah juga kalau kenderaan daripada Singapura dan sebagainya. Akan tetapi

dalam mekanisme yang ada sekarang ini, sudah tentulah mana-mana pengguna yang pergi

ke pump station yang ada, mereka akan menikmati harga RM2.20 dan RM2.18 bagi RON95

dan juga diesel ini pada kadar yang sama. Sebab itu kita mengatakan bahawa ianya lebih

adil dan lebih sesuai kalau dibuat secara bersasar.

Maksudnya, kalau kita dah kenal pasti dan kita tetapkan mereka yang hanya akan

dapat subsidi secara bersasar ini. Contohnya adalah kumpulan B40, yang boleh kita kenal

pasti daripada daftar yang ada pada kita, kemudian mungkin diperkenalkan sama ada sistem

kad yang mana dengan kad ini akan di-upload beberapa amaun subsidi yang telah dinyatakan

Page 5: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 4 dan mereka boleh menggunakan kad ini ketika mana berurusan di pump station dan

sebagainya.

Akan tetapi, kita sedang meneliti sistem yang paling baik yang tak perlu kita invest

dengan mesin yang banyak dan sebagainya untuk kita melaksanakan subsidi bersasar ini

supaya hanya mereka yang disasarkan untuk mendapat subsidi ini akan mendapatnya dan

mereka yang lain akan membayar pada harga pasaran. Terima kasih.

[Soalan No. 2 – YB. Puan Bathmavathi Krishnan tidak hadir]

3. Puan Asmak binti Husin minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendirian Malaysia terhadap isu di Pattani dan Mindanao.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani

Rahim. Tuan Yang di-Pertua, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin di atas

soalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, pendirian kita amat

jelas bahawa Kerajaan Malaysia secara prinsipnya tidak akan campur tangan urusan

dalaman dan sentiasa menghormati kedaulatan negara lain. Ini termasuklah dengan konflik

di Pattani, Selatan Thailand dan Mindanao di Selatan Filipina. Namun, Malaysia sentiasa

komited mencari keamanan yang berpanjangan di rantau ini termasuklah konflik di Pattani

dan di Mindanao.

Memandangkan keamanan negara-negara jiran ini adalah amat penting kepada kita

dan juga kesejahteraan rantau ini, Malaysia amat berbesar hati kerana telah diberi

kepercayaan yang tinggi oleh Kerajaan Filipina dan Thailand untuk memainkan peranan

bertindak sebagai pengantara atau fasilitator proses damai di Selatan Filipina sejak tahun

2001 dan di Selatan Thailand sejak tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks penglibatan Kerajaan Malaysia di Mindanao,

Selatan Filipina, Malaysia telah menjadi pengantara rundingan damai di antara Kerajaan

Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro iaitu lebih kita sebut dengan MILF. Bagi

memastikan kejayaan pelaksanaan proses damai ini, Malaysia telah mengadakan pertemuan

dan perbincangan dengan pelbagai stakeholder di Filipina terutamanya Pejabat Presiden

Filipina, Pejabat Penasihat Presiden Mengenai Rundingan Damai MILF dan Pertubuhan

Kerjasama Islam atau Organization of Islamic Cooperation (OIC).

Page 6: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 5

Hasilnya, alhamdulillah, Kerajaan Undang-undang Autonomi Bangsamoro atau,

dengan izin, The Organic Law for The Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao

telah berjaya diluluskan oleh Kerajaan Filipina pada 26 Jun 2018 dan diumumkan sendiri oleh

Presiden Duterte. Undang-undang ini diharapkan dapat mengakhiri konflik yang panjang di

Selatan Filipina yang bermula sejak tahun 2001.

Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa penglibatan secara berterusan oleh

pemantauan antarabangsa di Mindanao sejak tahun 2004 juga telah berjaya mengurangkan

secara mendadak jumlah kejadian serangan bersenjata permusuhan, ceasefire hostility

violation di antara Kerajaan Filipina dan MILF. Sejak tahun 2013, tiada sebarang insiden

pelanggaran gencatan senjata dilaporkan.

Kementerian Luar Negeri secara khususnya telah membantu membina keupayaan

institusi-institusi dan sosioekonomi Bangsamoro melalui Malaysian Technical Cooperation

Program atau lebih kita kenali sebagai MTCP. Kerjasama ini meliputi perkongsian

pengalaman serta melatih masyarakat Bangsamoro bagi mentadbir Wilayah Autonomi

Bangsamoro berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga merupakan pengantara proses damai Kerajaan

Thailand dan wakil-wakil komuniti di Selatan Thai termasuklah Pattani. Dengan kepercayaan

yang diberikan oleh Kerajaan Thailand, Kerajaan Malaysia telah menganjurkan beberapa siri

mesyuarat di peringkat teknikal dan kumpulan kerja bersama bagi mencari penyelesaian

kepada masalah pembangunan sosial di Selatan Thailand.

Di antara kejayaan signifikan yang telah dicapai dalam proses damai di Selatan

Thailand adalah penubuhan zon selamat atau lebih dikenali sebagai safety zone di Wilayah

Narathiwat. Pelaksanaan yang dijangka akan dimulakan pada hujung tahun ini akan

mewujudkan satu daerah yang bebas daripada segala bentuk kegiatan keganasan dan

menjadi bukti komitmen Kerajaan Thailand dan wakil-wakil komuniti dalam menyelesaikan

konflik di Selatan Thai.

Selain itu, proses damai ini juga telah berjaya mewujudkan inisiatif 3E iaitu education,

entrepreneurship dan employment di bawah rangka Jawatankuasa Joint Development

Strategy for Border Area atau lebih kita sebut JDS untuk membantu masyarakat di Selatan

Thai dalam bidang pentadbiran.

Kementerian Luar Negeri sekali lagi telah memainkan peranan penting dalam

menganjurkan program bina upaya di Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat dalam bidang

pendidikan, latihan vokasional dan keusahawanan melalui kerangka MTCP.

Page 7: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 6

Malaysia percaya bahawa kita kini berada di landasan yang tertinggi dalam membina

kepercayaan dan kejayaan kedua-dua pihak sama ada di antara Kerajaan Filipina dan MILF

atau Kerajaan Thailand dengan komuniti di Selatan Thai. Kementerian ini akan terus

melaksanakan tanggungjawab dalam mengekalkan momentum kerjasama dengan Kerajaan

Filipina dan Thailand. Malah, kita bersedia untuk memfasilitasikan mana-mana negara jiran

mahupun serantau sekiranya memerlukan bantuan Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang

di-Pertua.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana

komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum saya masuk kepada soalan

tambahan, saya ingin mengalu-alukan pelawat daripada Rafflesia International & Private

Schools, Kajang. Semoga lawatan ini akan memberi manfaat kepada semua... [Tepuk]

Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada usaha perdamaian, adakah kita

Kerajaan Malaysia berusaha juga untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan

mengembangkan Bahasa Melayu di Nusantara melalui kerjasama antara Pattani dan

Mindanao? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Itu adalah

satu daripada usaha yang telah kita jalankan seperti mana kita juga dalam program MTCP

yang telah dianjurkan di mana sebelum ini kita telah menerima seramai hampir 90 orang

Filipina untuk belajar di sini. Begitu juga dengan di Selatan Thailand, adalah jumlah yang agak

besar, iaitu sekitar 985 peserta kerana mereka terlalu dekat. Di situ jugalah kita banyak

menganjurkan dan membudayakan bahasa kita dan juga kehidupan kita di Malaysia ini.

Terima kasih.

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

bertanya kepada Menteri Luar. Masalah ini masalah yang lama, tak kunjung padam sehingga

sekarang, iaitu masalah dua kerakyatan, Thailand dan Malaysia.

■1020

Bertahun-tahun, hatta berpuluh tahun masalah ini tidak diselesaikan dan ianya

menimbulkan masalah sosial dan juga politik. Sering mereka melakukan jenayah di negara

Thailand dan mereka lari ke Malaysia kerana mereka ada memegang kad pengenalan dan

mereka melakukan jenayah di Malaysia dan mereka pulang ke negara kerana mereka

mempunyai dua kerakyatan.

Page 8: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 7 Jadi, saya hendak tanya, apakah perancangan kerajaan yang serius untuk

membendung masalah ini iaitu untuk berbincang dengan negara Thailand, bagaimana untuk

memastikan hanya satu kerakyatan sahaja yang perlu mereka pilih. Okey, terima kasih.

Tuan Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Merujuk

kepada soalan tadi adalah lebih kepada keselamatan. Tadi Yang Berhormat

menspesifikasikan antaranya adalah Thailand dan Philipine. Akan tetapi kalau kita hendak

rujuk dari masalah keselamatan ini, kita juga bukan sahaja dua negara ini yang kita hadapi

masalah, hari ini dengan kemasukan pendatang-pendatang, pekerja-pekerja asing yang

begitu ramai di negara kita ini juga mendatangkan masalah sosial dan masalah lain yang

boleh berlaku di negara ini.

Akan tetapi merujuk kepada ini, pihak kita akan selalu berbincang dengan

Kementerian Dalam Negeri untuk sama-sama kita mengatasi masalah ini. Dari situ saya rasa

pendekatan yang lebih baik diambil adalah daripada KDN iaitu untuk memastikan

keselamatan negara. Bagi kita di Kementerian Luar Negeri ini, kita akan terus memantau

tentang soal kemasukan mereka ini dan juga dasar-dasar serta polisi yang akan kita buat

melalui Kementerian Luar Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan itu lebih

ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri.

4. Datuk Haji Abidullah bin Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan, statistik dapatan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) iaitu jumlah bantuan yang telah disalurkan dan jumlah penerima yang memperoleh manfaatnya sehingga hari ini dan bagaimana program ini boleh dikaitkan dengan laporan UNICEF bertajuk Kanak-kanak Pinggiran?

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Program Pemulihan Kanak-kanak

Kekurangan Zat Makanan telah diwujudkan pada tahun 1989 selaras dengan usaha kerajaan

untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan statistik pemakanan kanak-kanak dari

golongan termiskin. Kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada keluarga

miskin tegar, miskin dan mudah miskin yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan kementerian

dan dikesan mengalami masalah kurang berat badan akan dimasukkan ke dalam Program

Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan. Peserta program ini akan menerima

bantuan makanan yang asas setiap bulan seperti beras, ikan bilis, minyak masak, biskut,

susu tepung penuh krim dan multivitamin.

Page 9: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 8 Tuan Yang di-Pertua, sepanjang program intervensi ini dilaksanakan sehingga kini,

seramai 214 ribu orang kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin

telah menerima manfaat daripada program ini dan sejumlah RM263 juta telah diperuntukkan.

Untuk makluman, mereka yang lebih enam tahun, kanak-kanak yang masuk sekolah rendah

yang dikenal pasti daripada keluarga miskin tegar layak menerima bantuan Rancangan

Makanan Tambahan yang di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kanak-kanak di kawasan PPR juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan

tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujukkan anak-anak mereka ke klinik kesihatan

di bawah Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti kelayakan.

Rangka kerja UNICEF menggariskan bahawa terdapat pelbagai penyebab masalah

kurang zat makanan. Antaranya ialah food security, ketidak boleh dapatan kepada sumber

makanan dan kurang penjagaan kepada kanak-kanak. Ianya juga dipengaruhi oleh faktor

sosioekonomi, budaya dan persekitaran. Oleh itu, kerjasama agensi luar dan kementerian

lain adalah diperlukan bagi meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat di kawasan PPR ini

khususnya. Sekian.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah

menjawab soalan tadi. Hanya Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan

(PPKZM) ini telah diwujudkan pada tahun 1989 dan sebanyak RM263 juta telah dibelanjakan.

Jadi, soalan saya, adakah sebarang rancangan susulan untuk kanak-kanak berusia

lebih enam tahun yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan? Kerana selepas

enam tahun ini, baru hendak masuk Darjah 1, adakah kita biarkan? Mungkin selepas enam

bulan hingga enam tahun kita menjaga dia, memberi zat makanan yang baik selepas itu kita

biarkan. Adakah rancangan daripada kementerian untuk meneruskan rancangan ini sehingga

lah sekurang-kurangnya kanak-kanak ini sehingga tamat sekolah rendah? Sekian, terima

kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Senator yang

bertanyakan berkenaan kanak-kanak enam tahun atau lebih. Memang kita tahu, kebetulan

kanak-kanak yang lebih daripada enam tahun dikawal selia di bawah Kementerian

Pendidikan. Kita juga tahu bahawa memang ada program bagi susu untuk kanak-kanak di

sekolah rendah. Jadi ini merupakan satu program berterusan untuk menjaga dari segi

nutrition untuk kanak-kanak. Sekian.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak

menyentuh tentang KKM ini melaksanakan program PPKZM untuk masyarakat Orang Asli.

Page 10: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 9 Apa yang saya dimaklumkan pada tahun 2018 ini tiada peruntukan untuk program PPKZM

kepada masyarakat Orang Asli. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk kalangan Orang Asli,

kebetulan memang di bawah Program Community Feeding yang kita mulakan di bawah

Kementerian Kesihatan dan kita telah berbincang dengan Kementerian Luar Bandar dan

program ini akan diteruskan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, masalah pemakanan kanak-kanak Orang

Asli ini bermula sejak 2009 apabila ada wabak influenza di mana ada tujuh kes kematian

kanak-kanak Orang Asli yang faktor penyumbang terbesar adalah masalah malnutrition.

Selepas itu Program Community Feeding ini dimulakan dan kita janji program ini akan

berterusan dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar. Sekian.

Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada

Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat keprihatinan masyarakat kita

dalam membantu masyarakat khasnya golongan gelandangan yang ada di sekitar kota raya

ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pihak kementerian juga memantau

agihan pemakanan yang diberikan oleh, yang disalurkan oleh pihak NGO kepada kumpulan

gelandangan kerana kita bimbang ia juga mempengaruhi dari segi kesihatan dan sebagainya.

Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Semua pembekal atau

pun penjual makanan akan dikawal oleh di bawah Akta Makanan dan Keselamatan Makanan

itu perlu dikawal selia dan penyedia makanan tersebut juga memerlukan saringan yang

sesuai dan menerima vaccination untuk typhoid dan sebagai nya. Jadi, keselamatan

pembekal walaupun daripada NGO atau pun badan-badan yang berkenaan tertakluk kepada

akta makanan yang menjamin keselamatan bekalan makanan tersebut. Sekian.

■1030

5. Dato' Zahari bin Sarip minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, persiapan kerajaan menghadapi musim tengkujuh dalam memastikan bekalan makanan berasaskan ikan, sayur-sayuran dan lain-lain mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Zahari. Dari segi

jawapan kami adalah kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah

membuat persiapan menghadapi musim tengkujuh bagi memastikan bekalan makanan

Page 11: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 10 berasaskan ikan, sayur-sayuran dan lain-lain mencukupi. Antara persiapan yang

dilaksanakan adalah seperti berikut.

Pertama, mewujudkan stok simpanan ikan segar beku untuk menyimpan ikan semasa

musim lambakan dan dipasarkan sewaktu permintaan tinggi, bekalan berkurangan dan harga

ikan tinggi terutamanya semasa musim tengkujuh dan musim perayaan. Sebanyak tiga buah

persatuan nelayan iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan

Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK Besut) diberi

tanggungjawab untuk menyediakan pusat simpanan ikan segar beku dan untuk menampung

bekalan ikan bagi kawasan-kawasan berdekatan.

Kedua, melaksanakan sekatan eksport beberapa spesies ikan terpilih bagi

memastikan bekalan ikan mencukupi kepada rakyat tempatan dengan harga yang berpatutan

sepanjang musim tengkujuh serta menjamin bekalan stok ikan dalam negara mencukupi.

Ketiga, memantau pengeluaran sayur-sayuran secara mingguan di kawasan

pengeluaran utama negara seluas 6,595 hektar terutamanya bagi sayur-sayuran seperti

bayam, bendi, cili, kacang panjang, kubis, sawi, terung, timun dan tomato. Sebanyak 88

peratus daripada jumlah pengeluar utama sayur-sayuran ini adalah di Pantai Barat

Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Pahang, Cameron Highlands, Perak dan Selangor

dengan keluasan 5,793 hektar. Oleh itu jika berlaku musim tengkujuh ia tidak memberi kesan

ketara kepada pengeluaran sayur-sayuran negara.

Keempat, melaksanakan Program Stok Simpanan Bekalan Makanan (SSBM) sejak

Mac 2014 untuk menstabilkan harga dan bekalan barangan makanan termasuk ketika musim

tengkujuh. Melalui program ini sembilan jenis sayur-sayuran terpilih dibekalkan seperti lobak,

kubis bulat, tomato, kentang, bawang besar, bawang kecil, halia, cili merah dan kelapa tua.

Bermula daripada tahun 2018 pula FAMA bersama dengan agensi berkaitan dan usahawan

FAMA memperluaskan pembekalan melibatkan 27 komoditi seperti sembilan jenis sayur-

sayuran, barang kawalan, gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar (Q-Fish), ayam

proses standard, telur ayam dan barangan industri asas tani. Terima kasih.

Dato' Zahari bin Sarip: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang

Berhormat Timbalan Menteri. Saya bertanyakan soalan ini Tuan Yang di-Pertua kerana setiap

tahun bila tiba musim tengkujuh kita dapati ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan

untuk menaikkan harga dan sebagainya yang menggunakan pelbagai alasan. Oleh sebab itu

saya tanyakan soalan ini.

Page 12: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 11 Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana musim tengkujuh ini adalah

musim yang kita hadapi setiap tahun. Jadi, adakah selain daripada program-program yang

dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kadang-kadang pun menghadapi

masalah ketidakcukupan bekalan dan sebagainya, adakah pihak kementerian bercadang

untuk mengadakan program mengimport barangan ini khusus untuk musim tengkujuh

sahaja? Musim lain mungkin kita ada bekalan yang mencukupi daripada pembekal tetapi

untuk musim tengkujuh sahaja. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Ya, memang dalam kementerian kita tahu bahawa ini adalah isu

supply and demand. Bagaimana kita stabil kan harga supaya kalau supply cukup untuk

menampung demand maka harga stabil. Jadi itu adalah cara kita untuk menstabilkan harga

pasaran.

Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Senator, sebenarnya kita ada program-

program tertentu untuk mengimport. Contohnya SSBM, kita diberikan sejumlah wang tertentu,

peruntukan untuk menstabilkan harga. Apabila musim tengkujuh atau musim perayaan kalau

kita tahu bahawa kita sudah tahu dia punya masa itu maka kita akan melalui pelbagai cara,

melalui import kah dan sebagainya untuk menampung keperluan untuk menstabilkan harga.

Memang dalam program itu ada.

Kedua, adalah tentang dari segi ikan dan sebagainya sebenarnya masa musim

tengkujuh bukan sepanjang empat bulan itu tidak boleh pergi ke laut. Memang mungkin satu

minggu ombak besar maka nelayan tidak pergi tetapi selepas itu dia akan pergi. Jadi catch

itu masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa. Akan tetapi kalau tidak

mencukupi maka kita akan import atau kita akan stop kan eksport sesetengah ikan ke luar

negara maka dalam pasaran mencukupi.

So, sepanjang tahun kebelakangan tidak ada major issue dari segi harga yang

melambung terlalu tinggi walaupun pada masa 2015 apabila ada banjir yang cukup besar dan

serius di Kelantan dan Terengganu walaupun ada disruption dari segi supply tetapi harga

masih stabil, ada naik sedikit tetapi dengan usaha daripada- masa itu krisis dan apabila ada

usaha daripada kerajaan dan juga NGO yang turut membantu maka krisis itu bolehlah

dikatakan boleh diselesaikan. Jadi kita kementerian akan memantau dengan lebih detail

tentang isu ini. Terima kasih.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat

Timbalan Menteri, sebagai langkah jangka panjang dan sustainable, sejauh manakah

kementerian dan pemain-pemain industri pertanian dan juga perikanan untuk

Page 13: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 12 membangunkan industri ternakan ikan dalam sangkar dan juga penanaman sayur-sayuran

secara hortikultur secara besar-besaran. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih, Yang Berhormat Senator kerana memberi soalan

tersebut. Sememangnya sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan ternakan ikan sangkar

ke tahap yang 50/50. Buat masa sekarang lebih kurang 85 peratus adalah tangkapan

daripada laut, hanya 15 peratus adalah ternakan sangkar ikan. Jadi ini tidak mencukupi

kerana kita tahu bahawa ikan di perairan sekarang semakin menurun dan perlunya usaha

untuk meningkatkan sangkar ikan supaya kita boleh meningkatkan hasil daripada laut.

Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Senator, sebenarnya kita ada beberapa usaha,

semasa musim tengkujuh kita ada menggalakkan sesetengah nelayan untuk bertukar ke

penternakan sangkar ikan laut. Walau bagaimanapun, contohnya program bantuan

akuakultur program ternakan ikan dalam sangkar dijalankan sebagai aktiviti sampingan

semasa musim tengkujuh. Pada tahun 2017 sebanyak RM746,000 telah disalurkan kepada

45 orang nelayan di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi menjalankan aktiviti ternakan

ikan manakala pada tahun 2018 sebanyak RM164,000 telah diperuntukkan bagi tujuan yang

sama. Ini bermaksud bahawa kerajaan cuba untuk meningkatkan program akuakultur.

■1040

Untuk tanaman, Kementerian telah melaksanakan pelbagai program seperti TKPM

dan memperkenalkan inisiatif seperti pertanian mudah melalui sistem fertigasi untuk

meningkatkan produktiviti dari segi sayur-sayuran.

Akan tetapi saya hendak menyeru di sini sekali lagi adalah Kerajaan Negeri yang

mempunyai kuasa terhadap tanah dan sebagainya, perlu faham bahawa keperluan untuk

meningkatkan makanan. Kena memperuntukkan tanah untuk tanaman makanan kerana

tanaman makanan itu, agriculture adalah the basis of the society. Setiap orang perlu makan.

Kerajaan Negeri sekarang, lebih saya nampak bahawa trend nya adalah lebih suka

memperuntukkan tanah untuk pembangunan industri, pembangunan perumahan. Akan tetapi

tanah untuk pertanian itu semakin berkurang.

Kalau populasi negara semakin meningkat, tetapi tanah untuk pertanian semakin

menurun. Maka, we have a food crisis. Kita kena memastikan bahawa setiap orang ada cukup

makanan dan itu adalah prioriti sesebuah negara. Sesebuah kerajaan adalah untuk

memastikan setiap warga negara Malaysia mempunyai makanan yang mencukupi.

Jadi, kita menyeru Kerajaan Negeri harus looking serious into agricultural sector.

Peruntukkan tanah, perbetulkan segala kanun-kanun tanah yang lapuk, yang tidak menepati

Page 14: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 13 zaman kerana kita sekarang ada industri pertanian. Ia menjadi satu industri. Akan tetapi

kanun-kanun tanah masih tidak catch up to the new development.

Jadi saya mohon Yang Berhormat Senator-Senator, tolong bawa isu ini balik kepada

Kerajaan Negeri, jumpa dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri, bincang balik supaya ada

perubahan dari segi undang-undang tanah dan boleh membiarkan lebih ramai menceburi

industri pertanian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, pandai menjawab.

Apabila menggunakan perkataan Inggeris kena gunakan, dengan izin. Terima kasih Yang

Berhormat.

Yang Berhormat Datuk John Ambrose. Silakan.

6. Datuk John Ambrose minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha untuk memberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam terutamanya kepada mereka yang baru saja menamatkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk

John Ambrose.

Soalan beliau ialah meminta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha untuk

memberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam terutamanya kepada mereka yang baru

sahaja menamatkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan dan

pelantikan ke perkhidmatan awam sentiasa terbuka sepanjang masa kepada semua warga

negara Malaysia termasuk lulusan Universiti Awam mahupun Swasta.

Setiap Pihak Berkuasa Melantik iaitu PBM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA,

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan

Tentera, Badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Negeri melaksanakan pengambilan berdasarkan bidang kuasa masing-

masing. SPA sepanjang masa melaksanakan pelantikan Penjawat Awam bagi Pegawai

Perkhidmatan Awam Am, Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Awan Negeri Melaka,

Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis.

Pada masa ini, untuk makluman Yang Berhormat Senator, peluang pekerjaan

sentiasa terbuka dan tersedia di dalam Perkhidmatan Awam. Namun persaingan di antara

calon menjadi semakin sengit disebabkan bilangan permohonan yang tinggi. Hanya calon

Page 15: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 14 yang berkualiti dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja yang akan dipilih. Bagi

memudahkan calon membuat permohonan pekerjaan, SPA telah menyediakan sistem

pengambilan berkomputer yang dikenali sebagai sistem mengambil sepanjang masa, SMSM.

Semua warga negara Malaysia boleh memohon secara dalam talian dengan mengisi borang

SPA 8i di Portal SPA pada bila-bila masa dan di mana jua di seluruh dunia.

Apabila terdapat kekosongan dalam Perkhidmatan Awam, urusan pengambilan akan

dilaksanakan bermula dengan menggunakan proses tapisan berkomputer, peperiksaan

online, penilaian kompetensi PAC, dan seterusnya temu duga.

Pada tahun 2017, SPA telah memproses sebanyak 1,342,949 permohonan untuk

pelantikan tetap ke Perkhidmatan Awam bagi catatan di bawah bidang kuasanya. Daripada

jumlah tersebut, seramai 300,110 orang telah dipanggil menghadiri temu duga dan 15,090

calon telah dilantik. Daripada jumlah lantikan tetap ini, seramai 7,142 calon menggunakan

kelayakan akademik Ijazah dan Diploma atau setaraf.

Selain itu, SPA juga melantik seramai 19,370 calon ke jawatan kontrak. Pada masa

ini, urusan pengambilan temu duga bagi pelantikan ke jawatan kontrak telah diuruskan oleh

Kementerian atau Jabatan ataupun SUK berkenaan masing-masing.

Sementara itu, bagi tahun 2018, tahun ini sehingga Jun, SPA telah memproses

sebanyak 1,093,470 permohonan bagi pelbagai jawatan tetap. Seramai 113,438 calon telah

dipanggil temu duga dan 8,616 orang telah dilantik ke Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah

lantikan tetap ini, seramai 2,248 calon menggunakan kelayakan akademik Ijazah dan Diploma

atau setaraf. Dalam tempoh yang sama, SPA juga telah melantik seramai 7,898 calon ke

jawatan kontrak.

Akhirnya, bagi pengambilan pelantikan anggota Kementerian Pendidikan di bawah

bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pula, pada tahun 2017, SPP telah

memproses sebanyak 141,792 permohonan, memanggil temu duga seramai 20,301 calon

dan melantik seramai 10,111 calon. Pada tahun 2018 sehingga Jun, SPP telah memproses

sebanyak 132,246 permohonan. Seramai 6,208 calon dipanggil temu duga dan 3,772 dilantik

ke Perkhidmatan Awam.

Sebagai makluman, urusan pengambilan dan pelantikan oleh Pihak Berkuasa

Melantik SPA dan SPP dibuat berdasarkan kekosongan jumlah jawatan berpandukan kepada

tawaran perjawatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan

diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sebarang pertambahan perjawatan perlu

Page 16: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 15 melalui proses yang ditetapkan oleh JPA dan Kementerian Kewangan Malaysia. Sekian,

terima kasih.

Datuk John Ambrose: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada

Menteri. Soalan tambahan saya, adakah pihak Kerajaan merancang untuk membentuk satu

program kebolehan pasaran yang bertujuan untuk membantu graduan penganggur

meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu kemahiran

dan pengalaman kerja.

Seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Pada

2011 dahulu, ada satu program seumpama ini telah dibentuk dan dinamakan Skim Latihan 1

Malaysia atau SL1M. Adakah ini akan diteruskan kerana cadangan ini akan memberi peluang

pekerjaan untuk graduan-graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan

rendah atau tinggal di kawasan pedalaman. Selain daripada itu, latihan ini juga perlu untuk

graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan Ijazah yang diperoleh. Terima

kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya

agak panjang. Saya catat apa yang saya dapat catat. Akan tetapi saya memohon maaf jika

sekiranya...

Tuan Yang di-Pertua: Soalan itu berkenaan dengan ada tidak program yang digelar

SL1M itu, diteruskan atau pun tidak.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Yang SL1M memang saya ada catat. Saya akan

jawab yang SLIM dulu. Sebenarnya saya tidak lagi ada apa-apa maklumat sama ada Skim

Latihan 1 Malaysia itu iaitu SL1M itu akan diteruskan ataupun tidak. Akan tetapi saya percaya

sekiranya sesuatu program yang sebelum ini yang kita rasa ia adalah satu program yang baik

dan wajar diteruskan, saya rasa kerajaan yang baru sekarang tidak akan ada masalah untuk

meneruskan skim yang sebegitu. So, berkemungkinan SL1M itu tidak slim lah.

Tentang lain tadi, saya minta maaf sebab saya dapat catat secara ringkas sahaja.

Saya rasa memang secara umumnya saya hendak beritahu dengan Senator memang segala

pelantikan kita akan memastikan ia dibuat berdasarkan kemampuan dan juga kebolehan

serta pencapaian akademik seseorang.

■1050

Sebab itu kita akan pastikan segala pelantikan itu mestilah selaras dengan keupayaan

mereka sebab kita tidak mahu mana-mana pelantikan itu mereka dilantik dalam keadaan

mereka tidak berupaya sekali gus ini akan menyebabkan pihak kerajaan tidak akan dapat

Page 17: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 16 memanfaatkan perkhidmatan mereka. Oleh sebab itulah saya ingin menegaskan kepada

Yang Berhormat Senator bahawa segala pelantikan yang kita lantik sama ada jawatan tetap

ataupun kontrak, ia adalah berdasarkan kebolehan pencapaian akademik dan sebagainya

dan melalui proses-proses yang telah saya sebutkan tadi.

Atas sebab itulah pihak Yang Berhormat Senator tidak perlu risau sekiranya

seseorang itu layak dan wajar diberikan ataupun dipertimbangkan pelantikan, pihak SPA atau

JPA akan memastikan mereka itu akan dipilih dan sudah tentulah ini akan bergantung kepada

pencapaian mereka dalam proses seperti temu duga dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan

perjawatan-perjawatan awam yang dilantik di Pejabat-pejabat Menteri dan juga Timbalan

Menteri sama ada bolehkah kita pertimbangkan graduan-graduan ini diperjawatkan di tempat

itu ataupun sebagai intern. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator

yang telah bertanyakan soalan tentang pelantikan perkhidmatan awam di kementerian

khususnya di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi pelantikan penjawat awam ataupun

pelantikan kontrak daripada Menteri, sebenarnya di sana ada satu Pekeliling yang telah

ditetapkan iaitu tidak silap saya Surat Pekeliling Bil. 6/2012.

Ini adalah Pekeliling yang telah ditetapkan untuk Menteri dan Timbalan Menteri.

Sebenarnya Pekeliling ini kalau ikut asalnya ia hanyalah- contohnya Timbalan Menteri hanya

boleh melantik PTTK seorang sahaja. Akan tetapi baru-baru ini telah ada satu arahan baru,

saya difahamkan ada penambahan. Begitu juga ada pelantikan untuk Setiausaha Akhbar

Menteri dan sebagainya. Jadi semua ini adalah bergantung kepada pekeliling.

Jadi pihak yang melantik ini akan memastikan segala pelantikan itu adalah selaras

dengan pekeliling yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan

bahawa di sana juga ada pelantikan-pelantikan yang bersifat kontrak yang boleh dilantik

berdasarkan rekomendasi-rekomendasi daripada pihak-pihak Menteri dan Timbalan Menteri.

Saya difahamkan oleh pihak SPA, sebenarnya untuk SPA, mereka memang

mengambil berat, memberikan keutamaan kepada segala pelantikan yang dibuat oleh

Menteri dan Timbalan Menteri. Atas sebab itulah saya rasa tidak perlu kita gusar bahawa

seseorang yang hendak dilantik ke jawatan di bawah kementerian sama ada di Pejabat

Menteri atau Timbalan Menteri ini, akan ditolak dan sebagainya. Ia bergantung sebenarnya

Page 18: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 17 kepada rekomendasi dan juga aturan-aturan yang telah ditetapkan dan pihak SPA saya

ulang, akan memberikan keutamaan lebih kepada pelantikan daripada pihak Menteri dan juga

Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membaca satu

artikel mengenai Laporan Statistik Kajian Pengesanan Graduan 2017 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Dalam kajian itu didapati bahawa lebih ramai

pengangguran berlaku di kalangan graduan daripada universiti awam berbanding dengan

graduan daripada IPTS...

Tuan Yang di-Pertua: Swasta.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Soalan saya, kalaulah statistik ini sahih dan telah

menimbulkan persoalan kenapa majikan itu lebih tertarik kepada graduan IPTS berbanding

dengan universiti awam. Apakah punca utama yang menyebabkan graduan universiti awam

ini sukar mendapat pekerjaan Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima

kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya pun tidak pasti bahawa kementerian Yang Berhormat...

Dipersilakan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Saya

boleh menjawab, insya-Allah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang

bertanyakan soalan tersebut. Sebenarnya kajian itu saya tidak berapa pasti sama ada kajian

itu telah diberikan kepada pihak SPA ataupun tidak tetapi saya nak beritahu secara umumnya,

memang kita akuilah. Memang kita akui bahawa mungkin dari segi bilangan pekerjaan dan

statistik ini, kemungkinan mereka-mereka daripada institusi swasta lebih ramai diambil.

Mungkin banyak faktor. Orang kata, dia bukan satu faktor yang terpakai untuk semua. Dia

mungkin berbeza-beza ikut disiplin pekerjaan.

Akan tetapi saya boleh dikatakan beginilah, Yang Berhormat Senator. Sebenarnya

bagi kakitangan daripada institusi swasta ini khususnya sebab mereka punya- apa yang

dipanggil dalam bahasa itu, niche berbeza sikit. Contohnya, kolej swasta ini kebanyakan

mereka diperlukan menguasai bahasa Inggeris sebagai contoh. Jadi di universiti swasta ini,

kebanyakan pelajar-pelajarnya agak lebih, dengan izin, conversion dalam English

dibandingkan dengan pelajar-pelajar daripada institusi awam. Ini secara umumnyalah.

Jadi apabila mereka boleh menguasai bahasa Inggeris, jadi mereka sebenarnya,

kalau mereka minta kerja di sektor-sektor swasta, lebih mudah diterima berbanding dengan

kakitangan daripada sektor awam. Jadi ini juga perkara yang saya rasa pihak kementerian

Page 19: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 18 dan juga pihak kerajaan memang peka sebab itulah kerajaan juga sebenarnya dalam proses

meningkatkan lagi proses penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kakitangan awam.

Jadi saya rasa mungkin akan datang, kemungkinanlah. Saya tidak cakap lagi ini satu

kepastian tetapi kemungkinan dengan kerajaan baru ini kita pastikan bahawa graduan-

graduan daripada universiti awam mungkin setanding dengan graduan daripada universiti

swasta dari segi penguasaan bahasa Inggeris, dari segi keterampilan dan sebagainyalah.

Ini mungkin memerlukan satu kajian yang menyeluruh dan saya rasa kalau sekiranya

kita dapat membuat satu kajian yang betul-betul menyeluruh, apakah punca sebenarnya

masalah, saya rasa masalah ini akan dapat diselesaikan. Ada satu pepatah kata. If the

problem is well stated, kalau satu masalah kita tahu, sebahagian masalah boleh selesai. Bila

kita tahu masalah kita, sebahagian daripada masalah sudah selesai. Sometime kita tidak tahu

masalah kita. Oleh sebab itu tidak selesaikan masalah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, yang bahasa Inggeris itu pendapat

Menteri atau pendapat kerajaan?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: [Ketawa] Sebenarnya saya dapat juga input

daripada kerajaan ini. Saya cuba share benda ini. Di samping itu pengetahuan-pengetahuan

yang lain melalui pembacaan. Jadi saya sebenarnya dalam menyediakan jawapan ini, saya

akan ambil semua maklumat.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, sudah tiga soalan tambahan.

Saya tidak benarkan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan pun. Saya cuba

mengehadkan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan ini, saya boleh

beritahu tidak bolehlah. Silakan Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya percaya soalan tambahan ini mustahak.

Tuan Nga Hock Cheh: Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan

penghargaan saya atas laluan yang telah Tuan Yang di-Pertua beri kepada saya bila ambil

perbahasan dalam bahasa Inggeris kali pertama.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan ada

menggalakkan kegunaan bahasa Inggeris, adakah apa-apa cadangan bahasa Inggeris

digunakan dengan lebih luas di Dewan yang mulia ini?... [Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Itu bukan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri.

Page 20: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 19

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Melencong ini.

Tuan Yang di-Pertua: Kita memartabatkan bahasa Malaysia di Dewan yang mulia

ini. Kita memberi izin kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada masalah dengan Bahasa

Malaysia tetapi kalau nak minta laluan yang besar ini, saya ingat tidak bolehlah Yang

Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya bertanyakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan

Kebajikan Penduduk, Persatuan Kebajikan dan Sosial Ipoh Timur ke Dewan Negara...

[Tepuk] Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada mereka semua.

Soalan saya nombor 7. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1100

7. Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apakah pendekatan kerajaan berhubung dengan tanah-tanah bukit yang sebelum ini ditebang dan pamah.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

[Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Terima kasih Yang Berhormat

Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan alam sekitar

dalam setiap perancangan pembangunan selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Kementerian bukan sahaja memantau pembangunan di kawasan cerun dan bukit, malah

mempunyai peruntukan undang-undang yang berbentuk pencegahan dan kawalan bagi

pengurusan hutan simpan secara keseluruhan.

Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Perintah Kualiti Alam

Sekeliling- aktiviti yang ditetapkan, penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015, terdapat

peruntukan supaya kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling dilakukan bagi aktiviti-

aktiviti yang ditetapkan, termasuk berkaitan dengan aktiviti di kawasan tanah tinggi dan cerun

seperti pembangunan atau pembersihan tanah kawasan cerun dan juga pembinaan jalan,

terowong atau jambatan yang melintasi kawasan cerun.

Dalam hubungan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran dan impak

ke atas alam sekitar boleh dikawal dan dicegah melalui bukan sahaja kaedah

penguatkuasaan dan pemantauan, malahan melalui pendekatan elemen perancangan,

pencegahan serta kawalan.

Page 21: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 20 Oleh itu, mana-mana pihak yang berhasrat membangun kawasan bukit dan tanah

tinggi hendaklah menyediakan dokumen Land-disturbing Pollution, Prevention and Mitigating

Measures (LD-P2M2) dan dokumen tersebut hendaklah disediakan oleh indidvidu yang

mempunyai kelayakan pensijilan, Certified Professional in Erosion and Sediment Control.

Pelaksanaan ditapak haruslah menggunakan best management practices dan dipantau oleh

environment officer (EO) yang kompeten.

Tindakan penguatkuasaan merupakan jalan akhir bagi memastikan pematuhan

sepenuhnya terhadap undang-undang sedia ada dalam memastikan hutan-hutan simpan ini

sentiasa dipelihara bagi generasi akan datang. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

suka melihat kepada statistik perhutanan. Keluasan hutan simpanan kekal yang dilesenkan

untuk penghasilan mengikut status tanah, Yang Berhormat. Kalau kita melihat daripada

statistik ini, Pahang mendahului dengan selama dari 2006 sehingga 2015 sebanyak 161,379

hektar. Kemudian diikuti oleh Kelantan dengan jarak yang dekat 157,919 hektar. Itu bukan

soalan saya.

Soalan saya, yang saya tengok daripada tahun 2006 sehingga 2015, tiap-tiap tahun

ada kebenaran diberikan. Makna kata, ditambah acreage untuk mengeluarkan hasil. Kita

ambil contoh Pahang, kalau 2006 itu hanya 13,000 hektar sahaja. Akan tetapi pada 2015

telah menjadi 24,000 hektar dan di Kelantan 2006 hanya 19,000. Sekarang ini 2015 - 12,000

dan peningkatan ini tiap-tiap tahun.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan baharu

akan membenarkan lagi mulai dari 2018, saya tidak ada figure di sini, dengan izin? Apakah

kerajaan baharu akan membenarkan kepada setiap negeri? Saya ucap tahniah kepada Pulau

Pinang kerana Pulau Pinang daripada 2006, tidak ada sebatang pokok pun yang ditebang

dalam hutan. Tahniah kepada Pulau Pinang.

Akan tetapi kepada negeri-negeri lain, termasuk juga Perlis. Jadi, saya hendak tanya

kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan baharu akan membenarkan

hutan-hutan ini dikeluarkan hasilnya?

Soalan saya juga, apakah kerajaan akan upgrade, dengan izin, Forest Monitoring

Using Remote Sensing (FMRS) kerana keberkesanannya amat baik sekali untuk

menganalisis hutan-hutan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang

Berhormat Timbalan Menteri.

Page 22: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 21 Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih statistik yang

Yang Berhormat Senator sebutkan tadi. Di sini, kalau daripada segi pembangunan cerun, kita

memang akan letak ia dalam beberapa fasa, lebih kurang. Ia ada mengikut- contoh kalau

Jadual I- pembangunan, pembersihan tanah yang meliputi kawasan yang kurang daripada

50 peratus, kawasan cerun yang berkecerunan melebihi satu atau sama dengan 50 darjah

tetapi kurang daripada 35 darjah.

Kita ada Jadual II, di mana pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi 50

peratus atau lebih kawasan cerun yang berkecerunan lebih daripada atau sama dengan 25

darjah dan tetapi kurang daripada 35 darjah.

Jadi, kelulusan di bawah kerajaan baharu saya lihat kita juga mementingkan

pembangunan. Akan tetapi tidak juga kita menidakkan untuk kita kekalkan alam sekitar dan

juga hutan kita ini. Permohonan yang baru ini, saya tidak boleh cakap kita tidak tolak ataupun

kita tolak di sini tetapi ia bergantung kepada tujuan pembangunan tersebut. Di peringkat

kementerian, kita sentiasa melihat perkara ini secara serius.

Contoh, kalau saya boleh sebut dalam Jadual II ini juga, kita melibatkan juga public

display untuk selama 60 hari. Itu kita melibatkan orang ramai, masyarakat untuk sama-sama

melihat dan menilai proses ini.

Untuk soalan tambahan tadi Yang Berhormat Senator, saya menerima baik cadangan

Yang Berhormat Senator. Di bawah kita juga, kita ada agensi Remote Sensing yang mana

kita boleh memantau bukan sahaja dari segi hutan dan juga contoh, kalau pembakaran

terbuka. Saya terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan tadi. Cuma saya hendak ingin

bertanya penjelasan lanjut. Oleh sebab sebagai orang yang melihat sisi lingkungan alam

sekitar ini juga mempunyai sisi hak asasi manusia. Benda itu ada sisi itu.

Jadi soalan saya ialah, kalau di negara-negara lain, contohnya kalau di negara

Indonesia dan sebagainya. Kuasa kepada dipanggil di sana Komisi Nasional Hak Asasi

Manusia (Komnas HAM) juga memainkan peranan dalam memastikan tadbir urus ataupun

kita mematuhi aturan-aturan alam sekitar.

Jadi di Malaysia, saya tengok pendekatan yang bersifat sangat centralized, Federal

bersifatnya, kadang-kadang agak kurang efektif. Terutama sekali kerana ia melibatkan

kerjasama dengan kerajaan tempatan yang meluluskan pelan-pelan pembangunan. Jadi

soalan saya ialah, adakah Kerajaan Pakatan Harapan hari ini ada melihat strategi-strategi

Page 23: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 22 baru, mengambil kira keterbatasan pendekatan sekarang? Rata-rata, kita tidak dapat nafikan

banyak isu alam sekitar ini dan malah isu sustainability ini, dengan izin, kemapanan ini adalah

isu utama rantau dunia dan sebagainya. Mohon penjelasan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih Yang

Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Di bawah kerajaan baharu

sekarang ini, kita sentiasa mahu memperbaiki, juga mungkin akta-akta yang sebelum ini

sudah ada dengan melibatkan lebih ramai, mungkin masyarakat dan juga kerajaan negeri.

Kerajaan negeri untuk sama-sama terlibat dalam dari segi contoh, pembangunan.

Membangunkan sesuatu kawasan tetapi kita terpaksa menebang hutan, contohnya begitu.

Saya mungkin boleh mengambil salah satu inisiatif kerajaan yang kita buat pada hari

ini, yang sedang berlangsung di mana mungkin tidak melibatkan tentang cerun ataupun

kawasan hutan, akan tetapi contohnya, macam pembakaran terbuka, di mana isu ini saban

tahun kita hadapi. Sekarang ini kita ada Mesyuarat dan Bengkel Reka bentuk Pelan Tindakan

Pembakaran Terbuka Kebangsaan yang mungkin keputusan ia kita akan uar-uarkan selepas

ini, selepas mesyuarat dan tindakan susulan dan melibatkan berapa ramai orang. Ini antara

usaha-usaha kerajaan untuk kita memperhalusi akta-akta yang sedia ada. Terima kasih.

■1110

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat

Timbalan Menteri, pertamanya terima kasih atas penjelasan yang diberikan berkait dengan

soal penguatkuasaan dan tindakan-tindakan untuk menjaga alam sekitar dan hutan.

Cuma soalan saya ialah baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ada

mengemukakan laporan tentang pembalakan haram yang masih berlaku secara berleluasa

dalam hutan simpan. Ini menunjukkan maknanya masih ada lagi kelonggaran dari segi tata

kelola penguatkuasaan untuk menjaga hutan simpan ini.

Jadi soalan saya ialah, apakah di peringkat kementerian Kerajaan Pakatan Harapan

untuk menambahkan lagi penguatkuasaan supaya hutan simpan ini terpelihara daripada

proses pembalakan haram yang masih berlaku di negeri-negeri? Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Sebenarnya saya tidak boleh

umum sekarang, maksudnya sama ada ya atau tidak sebab saya rasa contoh kalau macam

alam sekitar ini, ia ada banyak sub-subnya. Contoh mungkin pembalakan tadi, cerun. Lepas

itu mungkin pembakaran terbuka. Akan tetapi, kementerian sentiasa bersedia sekiranya ada

Page 24: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 23 keperluan untuk kita tingkatkan kompaun ataupun membawa perkara ini ke mahkamah

dengan denda yang lebih berat kalaulah perkara ini akan lebih nampak untuk kita

menyelesaikan- contohnya pembalakan haram di mana-mana negeri termasuk semuanya di

seluruh Malaysia. Sekiranya, terima kasih.

[Soalan No. 8 – YB. Datuk Haji Husain bin Awang tidak hadir]

9. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, perancangan dan tindakan kerajaan melalui kementerian bagi membendung masalah kemerosotan kadar kelahiran di Malaysia menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan

Hannah Yeoh]: Tuan Yang di-Pertua, antara cabaran dan isu utama perubahan demografi

yang dihadapi pada hari ini adalah penurunan kadar kesuburan yang pesat. Sejak tahun

1980-an, kadar kesuburan jumlah (KKJ) atau total fertility rate negara telah menurun dua kali

ganda daripada empat kepada 1.9 orang kanak-kanak bagi setiap wanita pada tahun 2016.

Ini bermakna setiap wanita di Malaysia pada ketika ini secara puratanya melahirkan dua

orang anak di sepanjang hayatnya.

Selain daripada peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pendidikan dan tenaga

buruh, trend melewatkan perkahwinan adalah antara faktor kadar kesuburan jumlah (KKJ)

semakin menurun.

Menyedari akan masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah dan

insentif bagi menggalakkan pasangan untuk berkahwin seterusnya memiliki anak di samping

membantu mengimbangi antara tuntutan kerjaya dan keluarga. Antara insentif yang telah

dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) bagi penjawat awam, kemudahan perkhidmatan kesuburan diberikan

secara percuma kepada pasangan yang mengalami masalah

kesuburan seperti mana yang diperuntukkan dalam Pekeliling

Perkhidmatan, Bil. 4, Tahun 2001, Pelaksanaan Kemudahan

Perubatan dan mempunyai syarat-syarat seperti kemudahan ini adalah

untuk mengatasi primary infertility iaitu bagi mereka yang tidak pernah

mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung;

(ii) kemudahan cuti tanpa gaji selama lima tahun untuk menjaga anak

kepada penjawat awam;

Page 25: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 24

(iii) kemudahan perkhidmatan subfertility dan kesuburan oleh LPPKN

kepada semua pasangan yang mempunyai masalah untuk hamil;

(iv) projek rintis waktu kerja fleksibel di peringkat kementerian untuk

memberi kemudahan kepada pasangan dwi kerjaya mengimbangi

kerjaya dan pembentukan keluarga terutama dari segi penjagaan anak;

dan

(v) kemudahan childcare yang sedang diusahakan oleh semua agensi

kerajaan.

Pada masa ini, ketidaksuburan tidak tersenarai di dalam 90 penyakit kritikal yang

membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 di KWSP. Oleh itu, memandangkan kos rawatan

kesuburan yang amat tinggi, kementerian kita sedang dalam perbincangan dengan pihak

KWSP untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan

ketidaksuburan seperti IVF. Ini adalah sebagai galakan kepada pasangan yang menginginkan

anak namun sukar dan tidak mampu memperoleh rawatan tersebut. Ini adalah rancangan

jangka masa panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang saya rasa

cukup jelas. Sekarang saya baru faham.

Saya rasa memang wajar pihak kerajaan memberi insentif-insentif yang banyak

kerana saya masih ingat, Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1982, Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri pada masa itu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah

mengarahkan- eh! “mengarahkan” kuat sangat agaknya. Telah menasihatkan supaya kita

mempunyai penduduk seramai 70 juta. Akan tetapi, saya lihat dengan masalah-masalah yang

diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga masalah yang paling penting pada hari

ini ialah masalah beban sara hidup, saya rasa cukup sukar.

Persoalan saya, apakah Perdana Menteri yang sama pada hari ini ingin meneruskan

sasaran itu? Kalau ingin meneruskan, agak-agak target kita hendak beri peluang kepada

rakyat Malaysia ini sampai tahun berapa agaknya? Supaya kita boleh berusaha sikit, target

baharu kan. Dulu saya rasa by year 2020. Sekarang mungkin bagi peluang by year 2050 kah,

but target-nya mesti ada.

Kalau ada, apakah strategi-strategi yang lain? Saya rasa strategi itu cukup tepat.

Mungkin ada benda-benda yang lain, mungkin tidak logik- saya hendak cadangkanlah. Kalau

di luar negara di Eropah, negara Barat, sebab kita punya teknologi yang begitu canggih,

Page 26: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 25 makcik-makcik 50 tahun ke atas pun boleh beranak lagi, makcik 70 tahun pun boleh beranak

lagi. Apakah ini kita hendak ambil kira? Saya memikirkan strategi-strategi yang lain sebab

banyak strategi yang telah kita melakukan nampaknya kurang berjaya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu soalan yang

pertama. Soalan yang kedua...

Tuan Yang di-Pertua: Lebih 50 tahun itu makcik?... [Dewan ketawa] Sila, silakan

Yang Berhormat Senator.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Soalan yang

kedua, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cukup bimbang melihat pengemis-

pengemis di negara kita ini terutama pengemis luar, pengemis asing yang terdiri daripada

kanak-kanak dan warga wanita yang saya rasa telah mencemarkan nama baik negara kita

kerana sebelum ini saya rasa di Malaysia tidak kita tahu sangat tentang pengemis. Pada hari

ini begitu lumrah. Soalan saya, apakah pihak kerajaan ingin meneruskan perkara ini,

membiarkan ataupun mengambil tindakan-tindakan tertentu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua mengenai pengemis tidak

ada kaitan dengan soalan pokok. Maka saya tidak dapat menjawabnya pada hari ini.

Akan tetapi mengenai rancangan lain yang kita ada untuk menggalakkan wanita untuk

mempunyai lebih ramai anak, kita kena lihat faktor kenapa juga orang tidak mahu mempunyai

lebih daripada dua orang anak.

Saya juga seorang ibu dan saya rasa ramai ibu sekarang mempunyai kerisauan

tentang kos sara hidup. Mengikut satu laporan, yang kita ada pada tahun 2011, mendapati

peningkatan kos pendidikan dan kedudukan kewangan semasa keluarga adalah antara faktor

utama dalam menentukan keputusan isteri untuk menambah bilangan anak. Bagi ibu bapa

muda pada hari ini seperti saya, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan

sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar di peringkat

tertinggi.

Satu lagi faktor yang kita lihat adalah dari segi pendidikan dan pekerjaan.

Pemanjangan tempoh pendidikan hingga ke tahap tertiary dan memberikan lebih tumpuan

terhadap kemajuan kerjaya menjadikan wanita lebih cenderung untuk melewatkan

perkahwinan. Menangguhkan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh

umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.

Page 27: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 26

Jadi kita kena lihat secara total, totality. Bukan sahaja memberikan insentif tetapi kita

kena lihat dan mengkaji semula kos sara hidup terutamanya kos pendidikan yang berkualiti

kepada anak-anak supaya ibu bapa akan rasa sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita

mesti mempunyai kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita,

berbeza dengan zaman ibu bapa kami dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan.

■1120

Puan Asmak binti Husin: Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

bertanya berkaitan dengan soalan- ini adalah saya dapati pada hari ini, kita kurang

memasarkan untuk menggalakkan rakyat supaya lebih beranak ramai. Contohnya kita faham

hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran, antaranya sebab faktor ekonomi, tetapi

dalam TV kita tidak nampak iklan yang banyak. Tengok di TV pun cerita-cerita banyaknya

berkisar anak seorang dan dua.

Selepas itu kalau berkahwin pun bercerai, kahwin, cerai, kahwin, cerai jadi

menyebabkan kita hendak beranak ramai ini sangat takutlah. Jadi apakah rancangan

kerajaan untuk memasarkan supaya kita ini suka beranak ramai. Buat pengetahuan Tuan

Yang di-Pertua, saya ini lima, alhamdulillah [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Hannah Yeoh: Saya tak tahu macam mana hendak jawab soalan ini, Tuan

Yang di-Pertua [Ketawa]

Seorang Ahli: Kahwin satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat Yang Berhormat, Yang Berhormat pandai jawab.

Puan Asmak binti Husin: Saya rasa mungkin inilah peruntukan iklan contohnya

dekat TV, galakan media dan sebagainya.

Puan Hannah Yeoh: Saya rasa sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, tidak

memadai untuk kita hanya membuat program untuk menggalakkan lebih ramai wanita

beranak. Kita kena lihat sokongan yang boleh kita berikan kepada ibu yang melahirkan anak.

Oleh sebab itu, perhatian khusus yang kami ambil dalam kementerian adalah supaya kita

mengutamakan facility childcare. Ini kerana kita juga mempunyai target yang lain. Kita hendak

ramai ibu balik kepada workforce ataupun untuk menggalakkan mereka terus bekerja. Kalau

kita tak ada facility yang mencukupi, ramai wanita tidak akan mahu melahirkan anak.

Oleh sebab itu, perhatian yang harus kita berikan adalah childcare dulu, supaya

mereka bila pergi bekerja mereka tidak risau mengenai isu keselamatan anak-anak mereka.

Page 28: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 27 Akan tetapi bajet untuk media dan komunikasi ini, Timbalan Menteri Media dan Komunikasi

juga hadir. Saya rasa mereka akan mengambil nota dan mungkin meletakkan di dalam bajet

mereka. Terima kasih.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adakah- tadi sahabat Senator saya

ada tanya berkenaan dengan promosi untuk menyedarkan rakyat. Akan tetapi adakah pihak

kerajaan bercadang untuk memberi kesedaran kepada kaum bapa, sebab apa kalau kita lihat

apabila kita bercakap pasal keluarga ataupun melahirkan anak ini, hanya di lihat dari segi

konteks kaum ibu. Childcare centre is a mother’s problem, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Namun dia tidak melihat bahawa membesarkan anak itu adalah sebenarnya

tanggungjawab bersama, antara bapa dan juga ibu. Apabila kita bercakap tentang masalah

anak, mesti sering kali dikaitkan dengan ibu. Maknanya childcare centre kena ada di tempat

ibu bekerja. Macam masalah kesihatan anak, ibu juga. Adakah kerajaan bercadang untuk

memberi kesedaran kepada kaum-kaum bapa yang muda ini bahawa membesarkan anak

dan menjaga institusi kekeluargaan itu adalah tanggungjawab bersama.

Maknanya kaum bapa juga terutama kaum bapa yang muda ini turut perlu mengambil

peranan dan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak yang masih kecil. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

Puan Hannah Yeoh: Saya setuju dengan Yang Berhormat Senator. Trend yang kita

lihat sekarang ramai bapa muda juga mengambil tanggungjawab bersama untuk menjaga

anak dan kementerian kita juga dalam press conference kita mengenai kematian baby Adam,

kami turut menggalakkan semua agensi kerajaan, walaupun agensi tersebut mempunyai

majoriti 90 peratus pekerja lelaki tetapi kementerian ini mengambil dasar untuk menggalakkan

mereka terus menyediakan childcare, walaupun pekerja lelaki, ini kerana adalah

tanggungjawab bapa juga.

Dalam perbincangan kementerian ini bersama KWSP mengenai cadangan untuk

mengeluarkan wang Akaun 2 untuk rawatan ketidaksuburan, kita juga masukkan cadangan

untuk membenarkan bapa mengeluarkan wang daripada akaun KWSP mereka kerana untuk

mempunyai anak adalah tanggungjawab ibu dan bapa bersama. Terima kasih.

[Soalan No.10 - YBM. Engku Naimah binti Engku Taib tidak hadir]

Page 29: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 28

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk pertanyaan bagi

pihak YBM. Engku Naimah soalan nombor 10.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat yang bertanya soalan

itu tak ada dalam Dewan, saya hendak alih kepada soalan nombor 2 Yang Berhormat.

Sila Yang Berhormat Puan Bathmavathi Krishnan.

Puan Bathmavathi Krishnan: Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya mengutarakan soalan nombor 2. Terima kasih.

2. Puan Bathmavathi Krishnan minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan, mengapa tiada unit yang bertanggungjawab menyelaraskan perkara-perkara yang melibatkan pekerjaan OKU. Kini terdapat Bahagian Dasar KSM, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, HRDF, PERKESO, ILP yang masing-masing menjalankan tugas secara berasingan dalam membantu OKU walaupun di bawah satu kementerian tapi tanpa koordinasi. Timbalan Menteri Tenaga Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua, mujur saya tak balik tadi. [Ketawa] Saya hampir-hampir hendak hantar

nota untuk hendak balik, ada mesyuarat pukul 12.30 nanti.

Tuan Yang di-Pertua: Oleh kerana Menteri ini aktif dan tunggu dalam Dewan, saya

bagi kelonggaran.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Yang Berhormat Puan Bathmavathi atas soalan yang dikemukakan. Walaupun

Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai satu unit ataupun jabatan agensi yang

tertentu dalam pengendalian terhadap pekerja-pekerja OKU, tetapi kita mempunyai satu

jawatankuasa yang menyelaraskan semua unit-unit ataupun jabatan-jabatan dan agensi yang

ada di bawah kita yang melaksanakan fungsi masing-masing mengikut bidang-bidang

masing-masing seperti PERKESO, HRDF, ILP, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Jabatan

Tenaga Kerja dan ada yang lain-lain lagi.

Kita menyelaraskan melalui satu jawatankuasa pekerjaan di bawah bahagian dasar

Kementerian Sumber Manusia. Jawatankuasa pekerjaan ini juga adalah merupakan satu

jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKB-

OKU) yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jadi kita di bawah Kementerian Sumber Manusia ini mempunyai pelbagai agensi dan jabatan

yang menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Seperti yang di dalam kementerian ini, kita

mempunyai bidang-bidang yang berkaitan dengan penempatan pekerjaan melalui

Page 30: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 29 JobsMalaysia. Jadi semua mereka-mereka yang ingin mendapatkan kerja ataupun pencari-

pencari kerja termasuk daripada OKU boleh melalui JobsMalaysia.

Kita juga melakukan penguatkuasaan dan pemantauan melalui undang-undang iaitu

melalui Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah melalui JTK,

Jabatan Tenaga Kerja. Kita juga melakukan proses, program advokasi, rehabilitasi dan

penempatan semula pekerjaan oleh Pertubuhan Keselamatan PERKESO. Dalam hal ini, kita

telah berjaya menempatkan semula, penempatan semula kepada lebih daripada 19,000

pekerja-pekerja yang sebelum itu mengalami kecederaan dan sebagainya, dan kemudiannya

mereka boleh kembali bekerja di sektor yang sama ataupun sektor yang berbeza.

Kita juga memberikan penawaran peluang program latihan kemahiran melalui Jabatan

Tenaga Manusia (JTM) iaitu melalui Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh Malaysia.

Begitu juga dengan kolej-kolej kita yang lain, ADTEC dan juga Institut Teknikal Jepun

Malaysia (JMTI). Kita mempunyai 22 Institut Latihan ILP, lapan Pusat Teknologi Tinggi

ADTEC, satu Institut Teknikal Jepun (JMTI) dan juga baru dimasukkan ke dalam Kementerian

Sumber Manusia ini, ialah IKBN dan juga IKTBN daripada Kementerian Belia dan jumlahnya

lebih kurang 22 institut latihan kemahiran ini. Kita menawarkan kepada semua orang yang

ingin menyertai latihan kemahiran ini dalam bidang-bidang teknologi mekatronik, teknologi

kejuruteraan elektronik, teknologi komputer, seni bina, jaminan kualiti, teknologi perisian,

fabrikasi logam, kejuruteraan polimer, mekanik, percetakan, kejuruteraan teknologi

pembuatan.

Dalam ILP, kita telah pun memberikan latihan daripada tahun 2007 sehingga 2017 ini

kepada 199 orang OKU yang menyertai kursus-kursus latihan kemahiran sehingga SKM3.

Namun daripada 199 itu hanya 137 sahaja yang menamatkan kursus mereka dan mereka

telah pun mendapat pekerjaan. Ada di kalangan mereka itu yang menjalankan usahawan

sendiri ataupun perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran yang mereka miliki melalui

institut latihan kemahiran ini.

■1130

Semasa mereka belajar, OKU ini diberikan RM300 sebulan berbanding dengan yang

bukan OKU, hanya RM100 sebulan. Ini di bawah ILP iaitu kita memberikan kelebihan dan

keutamaan kepada OKU. Saya berharap Yang Berhormat Senator dapat memberikan seruan

dan kerjasama dengan kami kepada mana-mana OKU khususnya mereka yang berada di

sistem persekolahan sekarang ini supaya bila mereka berakhir SPM nanti, mereka boleh

memilih sama ada untuk menyertai pengajian akademik biasa ataupun latihan pendidikan

Page 31: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 30 kemahiran di bawah Kementerian Tenaga Manusia dan juga beberapa kementerian lain yang

juga menjalankan program latihan kemahiran. Kemudian kita juga- sekarang ini ada 84 orang

yang masih menjalankan latihan kemahiran di pusat-pusat latihan kemahiran di bawah

Kementerian Tenaga Manusia.

Begitu juga kita membuat program-program yang lain melalui Jabatan Pembangunan

Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja dan kita menyediakan peluang-peluang untuk mereka

menjadi usahawan dan kita membantu mereka dengan geran-geran tertentu seperti mana

yang diperuntukkan setiap tahun ada geran di bawah Jabatan Tenaga Kerja. Jabatan Tenaga

Kerja ini lebih kurang dua juta setiap tahun. Sehingga tahun ini, kita telah menghabiskan

hampir sejuta geran kepada OKU yang menjalankan keusahawanan-keusahawanan sendiri.

Jadi saya harap dengan penjelasan yang saya berikan itu, memberikan jawapan

kepada apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan.

Puan Bathmavathi Krishnan: Ya, terima kasih. Tambahan, terima kasih Yang

Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan cadangan pindaan

kepada Akta Kerja 1955 iaitu Akta 265. Adakah pihak kementerian bercadang juga untuk

melihat kepada apa yang disarankan dalam Akta OKU 2008 berkenaan dengan beberapa

perkara yang ada terkandung dalam seksyen 29 Akta OKU itu?

Saya hendak menyebut tentang suatu perkara iaitu pengubahsuaian yang

munasabah kepada tempat kerja supaya pekerja OKU itu boleh berfungsi dan boleh buat

kerja seperti orang lain. Dalam hal ini, mereka memerlukan contohnya kalau seseorang

pekerja yang OKU penglihatan, beliau memerlukan peralatan komputer yang sedia dengan

perisian yang khas supaya beliau boleh menjalankan tugas.

Bagi pekerja pekak, mereka memerlukan peralatan seperti IT punya communication

devices ataupun seorang jurubahasa isyarat. Jadi adakah kementerian akan memberi

perhatian supaya adanya penyelarasan apa yang disarankan dalam Akta OKU dengan

pindaan-pindaan yang akan dibuat untuk keselesaan dan untuk menjamin pekerja OKU tidak

menghadapi masalah dalam pekerjaan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas

soalan tambahan. Pihak kementerian sentiasa terbuka untuk melihat sebarang masalah-

masalah yang boleh memberikan penambahbaikan khususnya kepada bidang tugas

pekerjaan yang dialami oleh pihak OKU. Jadi oleh sebab itu- waktu ini saya tidak ada

Page 32: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 31 maklumat yang tepat, yang sebenar dan saya akan merujuk kepada pihak jabatan-jabatan

untuk melihat apakah telah pun berlaku semakan itu ataupun sebagainya.

Akan tetapi yang penting kepada kita bahawa Kementerian Tenaga Manusia sentiasa

memberikan keutamaan dan peluang yang sama seperti mana yang ada kepada semua

golongan pekerja. Sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana-mana pekerja termasuk

OKU sendiri, kita begitu tegas untuk mengambil tindakan dan kita mengharapkan kepada

mana-mana majikan akan memberikan kemudahan-kemudahan yang terbaik berasaskan

kepada latar belakang OKU tersebut. Jika mereka cacat penglihatan umpamanya, mereka

harus diberikan keupayaan-keupayaan untuk mereka dapat melaksanakan tugas secara

yang sebaik-baiknya. Termasuk juga bagi yang pekak, bisu dan sebagainya, harus juga

diberikan peralatan-peralatan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas

secara yang sebaik-baiknya, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Berdasarkan kepada jawapan tadi –

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok sekarang kemudahan khusus untuk

disable people, sekarang ini peruntukannya di bawah Persons with Disabilities Act, seksyen

29.

Soalan saya kepada kementerian, satu, pemindaan Akta Kerja tetapi sementara

menunggu pemindaan Akta Kerja, kalau kita tengok Akta Kerja sekarang Bahagian VIII ia ada

khas untuk wanita, Bahagian IX untuk maternity benefit, 12A untuk foreign workers, 15 untuk

sexual harassment.

Soalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk dalam proses mengkaji semula

Akta Kerja ini, mewujudkan satu bahagian khas untuk disable person?

Kedua, kalau kita tengok akta sekarang, ia ada satu kuasa, Menteri ada kuasa untuk

create regulation. Kalau dulu kita tengok, employment of young persons and children, ia

dalam Akta Kerja seksyen 45 hingga seksyen 54. Sekarang dikeluarkan dan ia dibuat sebagai

satu regulation. Fasal kalau kita hendak tunggu pemindaan akta itu kena pergi Parlimen dan

sebagainya. Saya rasa Menteri ada kuasa untuk buat regulations untuk employment of

disable persons. Sama ada kementerian berhasrat atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang

Berhormat Menteri.

Page 33: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 32

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang

minta penjelasan. Saya tidak boleh menjawab secara spesifik. Saya percaya bahawa

pegawai-pegawai di belakang saya ini akan membuat catatan untuk menyemak kembali apa-

apa cadangan yang telah pun dikemukakan kerana ini membabitkan pertama, akta dan yang

keduanya ialah kuasa Menteri. Kuasa Menteri untuk membuat sebarang regulations dan

sebagainya. Jadi, insya-Allah kita akan melihat di mana sesuatu yang menjadi keperluan dan

kemunasabahan untuk menjaga kepentingan golongan pekerja-pekerja OKU ini maka kita

akan lakukan yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG ANTIBERITA TIDAK BENAR (PEMANSUHAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang di

tangguh atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

sekarang”. [27 Ogos 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Menteri menyambung.

11.37 pg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menyambung jawapan

kepada perbahasan-perbahasan yang telah dikemukakan oleh para Senator yang bijaksana

pada sidang yang lepas, pada sebelum cuti lagi.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah menjawab boleh

katakan hampir banyak persoalan yang dikemukakan. Pada hari ini saya cuma akan

menyambung satu atau dua perkara sahaja.

Page 34: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 33

Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang ada Ahli Dewan Negara ini ataupun

Senator yang telah membangkitkan berkenaan dengan tentang anti-fake news yang telah pun

dilaksanakan di Jerman. Ini saya akui memang di Jerman ada satu undang-undang yang

telah pun digubal oleh Parlimen Jerman berkaitan dengan anti-fake news ini. Cumanya saya

rasa di sana wujudnya satu perbezaan yang besar di antara undang-undang di Jerman dan

juga undang-undang di dalam negara kita.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya hendak jawab tentang anti-fake

news di Jerman itu, saya hendak beritahu beginilah. Sebenarnya Jerman ini kalau kita hendak

compare dengan negara kita ini, kita kena berhati-hati sebab Jerman ini dia terlalu advance

sangatlah. Saya hendak beri contoh, di Jerman sekarang ini, Parlimen mereka sedang

bincangkan apa tahu?

Untuk kalau boleh kereta konvensional ini yang gunakan minyak ini, kemungkinan

sudah tidak ada lagi sudah. By 2030, dengan izin, kemungkinan di Jerman mereka hendak

pergi kepada dipanggil electric vehicle (EV) ataupun kenderaan elektrik. Jadi mereka sudah

jauh sudah ke hadapan dengan kita. Kita di Malaysia, hendak buat kereta baru pun jadi isu.

Bincang macam-macam lah.

■ 1140

Jadi mereka sudah pergi Parlimen mereka sudah bincang bab itu. Sebab itu bagi saya,

kalau kita hendak gunakan Jerman, kita kena berhati-hati. Di Jerman, memang ada undang-

undang di panggil Network Enforcement Act ataupun dalam istilah ringkasnya NetzDG. Ini

undang-undang di Jerman, saya telah membaca rang undang-undang itu.

Apa perbezaan di antara undang-undang di Jerman dengan undang-undang yang kita

buat anti-fake news ini? Di Jerman, undang-undang itu disasarkan khusus kepada dipanggil

telemedia service provider, penyedia perkhidmatan telemedia seperti Facebook, Twitter,

maknanya orang-orang yang sediakan itu. Ia meletakkan tanggungjawab untuk memantau

dan mengambil tindakan terhadap unlawful content dalam media sosial ke atas penyedia

perkhidmatan- service provider. Kalau dalam negara kita, macam kita itulah, yang sediakan

contohnya Celcom, Unifi. Semua itulah, yang mereka target kepada itu, service provider.

Kalau sekiranya mereka ambil tindakan ke atas unlawful content dalam media sosial

ini ke atas penyedia perkhidmatan, kalau mereka di dapati bersalah, mereka dikenakan satu

denda yang amat besar. Sekiranya mereka gagal untuk memadam kandungan yang salah

tersebut, mereka akan dikenakan di bawah peruntukkan seksyen 3(2)(2) akta tersebut, akta

yang saya nyatakan tadi, Akta Network Enforcement Act atau NetzDG. Kalau sekiranya ada

Page 35: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 34 kandungan yang kurang jelas melanggar undang-undang dalam sosial media di Jerman

seperti Facebook dan Instagram, undang-undang di sana memberikan tempoh tujuh hari

untuk mereka pertimbangkan dan sekiranya sesuai untuk memadam posting tersebut- diberi

peluang dahulu, kalau sekiranya mereka ada peluang untuk memadam seperti peruntukkan

di bawah Seksyen 3 (2)(3) akta berkenaan- dibenarkan dahulu untuk orang padam.

Kegagalan untuk mematuhi tarikh akhir boleh menyebabkan dikenakan denda

sehingga 50 juta Euro sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 4(2) akta tersebut. Setelah

undang-undang ini dilaksanakan di Jerman, setakat 1 Januari 2018 Tuan Yang di-Pertua,

hanya terdapat satu sahaja kes melibatkan ahli politik pembangkang Jerman yang memuat

naik status di Twitter mempersoalkan tweet tahun baharu oleh pasukan polis Poland yang

disiarkan dalam bahasa Arab. Twitter telah memadam tweet tersebut dengan segera dan

menyekat pemilik akaun Twitter selama 12 jam.

Dalam kes di Jerman, pengguna ataupun pemilik akaun media sosial tidak dikenakan

penalti kewangan, cuma hak mereka untuk menyatakan pendapat ataupun perbahasan

sementara disekat untuk tempoh tertentu. Maknanya tidak dikenakan denda tetapi dia ada

hukuman dalam bentuk contoh dalam tempoh tertentu semua tidak boleh digunakan itu

sahaja di Jerman.

Sekarang kita lihat di dalam negara kita, undang-undang di negara kita, pertamanya

skop sasaran berbeza. Skop sasaran di Malaysia ini, ianya kepada semua orang. Kalau kita

lihat pada akta ini, saya bagi- ada 4 seksyen. Seksyen 4, 5 dan 6. Saya hendak bagi Seksyen

4 Akta Anti-Fake News. Saya bacakan, “Any person who, by any means, maliciously creates,

offers, publishes, prints, distributes, circulates or disseminates any fake news or publication

containing fake news commits an offence.” Sekiranya mereka bersalah, pertamanya mereka

kena denda sebanyak RM500 ribu tidak boleh melebihi ataupun pada hukuman penjara untuk

tempoh tidak melebih six years ataupun kedua-duanya sekali. Sekiranya kesalahan itu

berterusan, dalam Seksyen 4 mereka boleh dikenakan denda yang berterusan sebanyak

RM3,000 setiap hari, tidak boleh melebihi RM3,000 sehinggalah- daripada mereka mula

mengulangilah, maknanya mereka tidak...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua minta laluan?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, silakan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang

Berhormat Menteri. Saya dengar pasal fake news ini bukan fake news tetapi saya dengar di

luar rakan-rakan saya juga bertanya. Kenapa kita hendak tarik balik? Saya hendak minta

Page 36: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 35 pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapa kita hendak tarik balik RUU Fake-

News ini oleh sebab kononnya lah fake atau tidak, kita tidak tahu. Kononnya, kes-kes yang

di kumpul begitu banyak- macam ada satu bank lah, satu tabung kes-kes yang di kumpul ini

untuk diambil tindakan kebanyakannya adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan Pakatan

Harapan.

Oleh sebab itu, RUU Fake-News ini hendak di tarik balik supaya tindakan terhadap

mereka tidak boleh diambil. Adakah benda ini betul atau sengaja diadakan? Padahal, kita

hendak buat ini untuk tujuan kebaikan kerana janji Pakatan Harapan kepada rakyat bahawa

sekiranya berjaya dalam Pilihan Raya yang lepas, kita hendak tarik balik yang ini. Adakah

janji PRU ataupun kerana yang disebarkan ini kononnya pemimpin-pemimpin Kerajaan

Pakatan Harapan ini banyak sangat menyebarkan fake news dahulu dan sekarang ini hendak

tarik balik supaya tindakan tidak dapat di ambil.

Saya khuatir, kerana sekarang ini saya sebut dalam perbahasan tempoh hari, saya

sebut, saya kata saya paling khuatir kerana saya sekarang duduk di pembangkang. Selalunya

kerajaan lah yang beruntung untuk mengambil tindakan terutama sekali kepada kami di

pembangkang ini yang sekarang ini tukang penyebar. Umpamanyalah saya beri

contohnyalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato Sri

Khairudin. Sebelum saya menjawab itu, izinkan saya sambung sedikit tadi- Yang Berhormat

Senator Dato Sri Khairudin dan Tuan Yang di-Pertua. Saya kata seksyen 4, di sana juga ada

seksyen 5. Jadi saya hendak bezakan dengan Jerman tadi.

Seksyen 5 ini kalau sekiranya kita memberikan bantuan kewangan, sesiapa terlibat

dalam memberikan financial assistant mereka juga boleh diambil tindakan.

Seksyen 6 ini, izinkan saya untuk melihat Seksyen 6. Saya baca Seksyen 6 ialah,

“failing to carry out duty to remove publication”, maknanya ini juga, sekiranya kita gagal

removed, kita dengan- setelah kita tahu benda itu adalah fake news dan kita ada sebab

munasabah bahawa publication itu mengandungi fake news maka kita juga boleh dikenakan

tindakan.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah kalau kita lihat seksyen 4, 5 dan 6 dia

menggunakan perkataan any person maknanya semua orang tidak kira Yang Berhormat

Senator Dato Sri Khairudin pembangkang kah, kerajaan kah, Menteri kah, Timbalan Menteri

kah semua orang terdedah kepada pendakwaan ataupun siasatan.

Page 37: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 36

Jadi inilah yang menyebabkan kita rasa perkara ini- bukan maknanya kita kata saya

hendak kata saya ulang balik ,saya hendak jawab terus kepada Yang Berhormat Senator

Dato Sri Khairudin tadi. Sebenarnya bukan masalah kita hendak condone Fake-News. Tidak

timbul pun sebenarnya sebab saya hendak katakan- seperti saya kata sebelum ini juga

bahawa di negara kita sudah ada undang-undang yang mencukupi, tidak perlu undang-

undang lain. Di Jerman, mereka tidak buat create satu offence baharu, Fake News itu

berdasarkan undang-undang yang ada, cumanya mereka sasar kepada siapa. Itu beza di

Jerman dengan negara kita.

Kita create- sudah ada satu akta lain contohnya kita ada Akta Kanun Keseksaan, kita

ada Multimedia dan Komunikasi, kita ada contohnya Akta Hasutan walaupun kita akui Akta

Hasutan mungkin ada orang tidak berapa setuju. Akan tetapi dia masih lagi di boleh

digunakan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Semua akta inilah akta-akta yang

mengandungi peruntukkan-peruntukkan yang melarang daripada kita menyebarkan berita

palsu. Sekiranya kita melakukan kesalahan kita akan diambil tindakan di bawah akta sedia

ada.

Sebab itu kalau kita create lagi akta ini kita create pula satu kesalahan yang baharu.

Apatah lagi akta ini juga berdasarkan seksyen 3, ia terpakai untuk dipanggil extra territorial,

kepada yang di luar pun boleh di ambil tindakan. Maknanya bukan kesalahan di Malaysia

sahaja kesalahan di luar negara, katakan orang Malaysia duduk di England kah, duduk di

Afrika, pun boleh dikenakan tindakan. Jadi- okey.

■1150

Sebenarnya tuduhan, kalau ada tuduhan ya, seperti Yang Berhormat Senator katakan

tadi, sebenarnya RUU Anti-Fake News kita mahu repeal atau kita mahu mansuhkan kerana

kita takut ramai yang terlibat dengan fake news ini adalah parti pembangkang dahulu yang

sekarang ini menjadi kerajaan. Saya rasa itu tuduhan yang amat nakal, saya tidak kata

tuduhan- tuduhan nakal la ya. Oleh sebab apa, saya tidak tahulah orang lain tetapi bagi saya

kalau setakat Ahli Parlimen atau Menteri-menteri daripada Pakatan Harapan, kami rasanya

memang tidak pernah- daripada pembangkang sehingga sekarang, kita tidak berminatlah

dengan benda-benda fake ini, tidak kira apa pun. Kita suka benda yang genuine, benda yang

asli.

Oleh sebab itu kita, tidak payah mahu sue, tidak payah ada akta inilah. Kalau tidak

ada akta ini pun kita tidak akan sebarkan berita palsu sebab bagi kita, berita palsu ini kalau

kita sebarkan, kredibiliti kita pun akan jatuh. Bukan sahaja masalah- kalau kita sebarkan berita

Page 38: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 37 palsu, saya rasa rakyat tidak akan terima dan rakyat akan tolak kita pada pilihan raya yang

lepas. Kenapa rakyat terima kempen kita? Saya rasa rakyat lebih pandai, mereka lebih

pandai, mereka lebih bijak.

Kalau mereka rasa apa yang disampaikan oleh pembangkang pada masa itu adalah

tidak betul, mereka tolak kita. Contohnya kita tengok 1MDB tidak betul, mereka akan bantah

kita dan mereka akan hukum kita dalam pilihan raya. Akan tetapi, apa yang berlaku ialah,

segala apa yang kita cakap itu, kita berhujah dengan mereka, mereka boleh terima dan

mereka akui bahawa kita menyampaikan berita yang benar. Oleh sebab itulah mereka pilih

kita dan mereka jadikan kita sebagai kerajaan. Jadi, tidak timbul mahu kenakan pada diri kita

ataupun takut diri kita kena. Bagi kita, tidak ada berita, tidak ada akta ini pun kita tidak akan

cerita atau sebarkan berita yang tidak benar.

Oleh sebab bagi kita, lagi-lagi kalau kita orang Islam, tidak ada akta pun kita tidak

boleh cakap benda bohong ini. Benda bohong ini benda palsu ini bukan masalah akta.

Masalah kita dengan Tuhan pun tidak selesai kalau sekiranya kita ini- saya rasa ini orang

yang beragama lain pun sama. Kalau kita yakin kita ni seorang yang yakin ada satu- we

believe in God, kita tidak akan buat benda-benda ini. Saya percaya semua orang juga, apatah

lagi kita orang Islam, yang kita tahu bahawa kita akan dikenakan hukuman dan sebagainya,

sudah tentulah kita tidak akan sebarkan berita yang tidak palsu.

Jadi, saya rasa tidak timbul dan kita pun, kalau kita hapuskan hari ini pun sebenarnya

saya mahu beritahu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin, pembangkang yang

sekarang yang mungkin sepatutnya lebih berhati-hati. Saya mahu beritahu Yang Berhormat

Senator Dato’ Sri Khairudin juga, di hadapan saya ini ada satu- saya dapat satu maklumat...

[Menunjukkan dokumen berkaitan] Statistik. Kalau nak, saya boleh berikan kemudian nanti.

Tentang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), senarai kes yang

mereka dakwa kerana menyebarkan berita palsu di bawah Akta Multimedia, daripada tahun

2016 sehingga tahun 30 Jun 2018.

Saya nak bacakan, “Bilangan kes disiasat”- pada tahun 2016 sebanyak 37 orang.

Tahun 2017, sebanyak 40 orang. Tahun 2018, sebanyak 36 orang. Maknanya dalam undang-

undang sekarang, sudah adapun berdasarkan akta. Belum ada Anti-Fake News Act pun,

sudah ada. Saya ada nama-nama senarai orang-orang yang didakwa, semua ada ni. I got all

the details. Maknanya, kalau sekiranya tidak ada akta Anti-Fake News pun, bukan bermakna

perbuatan menyebarkan fake news ini akan diambil ringan oleh pihak kerajaan. Tidak! Fake

Page 39: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 38 news ini, mana-mana Ahli Parlimen, orang awam tidak boleh sama sekali tolerate. Akan

tetapi, itu bukan bermakna kita justify...

Dato’ Sri Ti Lian Ker: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap ya. Kewujudan Anti-Fake News.

Kecuali negara kita tidak ada undang-undang, itu saya boleh terimalah. Kita perlukan Anti-

Fake News. Sekarang ini kita ada undang-undang yang mencukupi untuk nak deal. Kalau

ada kelemahan undang-undang itu, seperti yang saya katakan, kita buat pindaan. Pindaan

itu, untuk makluman Ahli Parlimen, SKMM dalam proses untuk meminda Akta Komunikasi

dan Multimedia. Oleh sebab, akta ini khususnya seksyen 211, seksyen 223 ada orang

pertikaikan, seksyen ini mungkin bermasalah.

Sekiranya ada masalah, saya rasa undang-undang ini, undang-undang yang akan

dipinda nanti, akan mengambil kira segala input daripada orang ramai dan akan digunakan

ataupun digubal seadil yang boleh untuk memastikan hanya orang yang betul-betul terlibat

dengan penyebaran berita palsu sahaja yang akan diambil tindakan dan proses itu mestilah

adil. Seperti yang saya hujahkan sebelum ini, kita dalam undang-undang ini ada adil dan juga

proses keadilan. Decision and decision-making process. Silakan, Tuan Yang di-Pertua ada...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan

perbandingan negara Jerman, saya rasa adalah perbandingan yang tidak wajar ataupun tidak

sepatutnya. Ini kerana negara kita berbilang kaum, sensitiviti dan sebagainya. Masih lagi

jurang perbezaan dan persefahaman ataupun perpaduan antara kaum dan keagamaan itu

masih kekurangan.

Tadi juga Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa, antara kita dengan

Tuhan seakan-akan kita- kebanyakan kita macam malaikat. Akan tetapi saya rasa kita lebih

munafik daripada malaikat.

Soalnya kalau kita pengamal sosial media, kita dapat tengok bukan sahaja berita-

berita palsu telah diviralkan tetapi ada juga ramai di antaranya adalah fake account. Ia berlaku

secara berleluasa. Antaranya, kegentingan politik ataupun fahaman politik yang begitu

zombie-like, dengan izin, adalah disebabkan oleh fake news yang tersebar secara berleluasa

yang mana orang terima sahaja dan tidak ingin membuktikan ataupun menerima atau

mengkaji dengan lebih mendalam.

Jadi, saya rasa kita perlu mengambil dan menerima hakikat bahawa memang Akta

Anti-Fake News ini diperlukan lebih-lebih lagi di negara kita.

Page 40: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 39

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator daripada MCA ya? Saya mahu beritahu kepada Yang Berhormat Senator MCA lah,

tentang malaikat dan munafik itu. Bahaya tu. Nanti kena MCA sendiri. Oleh sebab dulu, MCA

tidak berkawan dengan PAS kan? Sekarang berkawan dengan PAS. Orang kata ini munafik

nanti. Oleh sebab itu jangan memberikan pandangan...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat minta Menteri tidak

payah lari daripada itulah.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya bercakap...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, kita menghormati kerajaan.

Kalau mahu polemik begini...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa. Tidak apa. Yang Berhormat Senator Tuan Khairul

Azwan, sila duduk.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Okey, terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya bercakap ini respons kepada...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: ...Tiada yang

kata siapa Tuhan...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: No, I’m responding, I’m responding...

Tuan Yang di-Pertua: Kita jangan, kita jangan...

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya mahu jelaskan ini. Sebenarnya malaikat...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Let me reply first-lah.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Malaikat dan munafik ini universal. Itu tidak boleh semua kita

masukkan dalam Islam...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: You yang bangkitkan, bukan I yang bangkitkan.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: ...Dan provokasi sentimen orang-orang Muslim. Itulah

masalahnya orang-orang politik seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Hello? Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri,

tolonglah jangan personal ya. Ini kita jawab secara...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tidak, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

personal, membangkitkan, saya responding kepada apa yang beliau kata...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Jawab terus. Jawab terus tidak payah hendak...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Senator.

Page 41: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 40

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, okey. Saya akuilah. Tidak apalah. Saya

mahu katakan sebab itu kena berhati-hati bila kita bangkitkan istilah munafik dan sebagainya

sebab saya takut nanti kena pada diri kita sendiri. Itu maksud saya.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya tidak quote Rukun Islam atau apa...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Let me reply first-lah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, Yang

Berhormat Senator, kalau mahu adakan perbincangan sila keluar dari Dewan. I sudah bagi-

kita dalam sini berjalan secara aman. Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat

Senator ini bercakap saya tidak dengar apa-apa yang ada masalah dengan apa yang

diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri. Sila jawab Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan teruskan

kepada ini. Mengenai Jerman dengan Malaysia ini. Sebenarnya, saya mahu beritahu dengan

Yang Berhormat Senator, untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebenarnya memang

saya akuilah mungkin Jerman itu kita katakan tadi tidak berbilang kaum, macam di negara

kita seperti mungkin tidak multiracial macam negara kita. Akan tetapi sebenarnya, dalam

dunia global sekarang ini, saya rasa kita mungkin sudah tidak boleh lagi mahu katakan mana-

mana negara ini hanya ada satu kaum sahaja. Ini sebab sentiasa akan ada pelbagai kaum

yang mungkin akan datang ke negara itu.

Di Jerman untuk makluman Yang Berhormat Senator, ramai rakyat Turki di sana tau.

Turki, Turki ini orang Islam. So, nak kata mereka di sana satu kaum pun tidak betul. Satu

bangsa pun tidak betul. A lot of people, ramai orang-orang yang bukan daripada- yang ambil

suaka politik dan sebagainya, ramai di sana.

Oleh sebab itu, sekarang Jerman adalah antara negara yang banyak terima pelarian

daripada Syria dan sebagainya. Jadi, kita kena faham bahawa dengan dunia global village

ini, isu-isu multiracial ini mungkin sudah tidak relevan lagi dah. Maksudnya, akan datang

makin lagi rencam bangsa ataupun kaum dalam sesuatu negara. Itu yang pertama.

Kedua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, bila kita buat undang-undang di

negara kita ini, bukan sahaja Anti-Fake News, undang-undang apa-apa pun kita mengambil

kira semua kaum ini.

■1200

Jikalau kita gunakan logik Yang Berhormat Senator, sudah tentulah undang-undang

lain pun sama juga. Tidak boleh kita ini- sedangkan undang-undang ini, apabila kita buat di

dalam negara kita ini, kita mengambil kira semua kaum di dalam negara kita ini. Kita ambil

Page 42: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 41 kira semua. Oleh sebab itu bagi saya, isunya bukan isu anti-fake news dengan Jerman ini

berbeza, sana kaum, komposisi kaum, tidak? Isunya adalah kita sudah ada undang-undang

yang cukup, sudah ada undang-undang yang cukup.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, saya sudah tahu sangat sebab saya

adalah pengamal undang-undang dan saya tahu macam mana undang-undang dalam negara

kita sudah cukup sangat. Mungkin Yang Berhormat Senator tidak ada pengalaman sebagai–

macam Tuan Yang di-Pertua, pengamal undang-undang. Kita tahu undang-undang yang ada

sudah cukup.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jikalau kita terlampau banyak undang-

undang, ini tidak bagus, it’s not good, to many laws tidak bagus. Oleh sebab negara yang

banyak undang-undang...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya

mencelah sedikit?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap. Negara yang banyak undang-undang-

sekejap ya Yang Berhormat. Negara yang banyak undang-undang ini kebanyakan secara

umumnya, negara-negara yang dipanggil negara diktator. Itu banyak undang-undang. Oleh

sebab apa, negara yang diktator, ia perlukan undang-undang sebab ia rasa tidak secured

kedudukannya. Ia perlukan undang-undang untuk melindungi kesalahan-kesalahannya.

Oleh sebab itulah negara-negara ini ia akan sentiasa buat undang-undang baru jikalau

ia rasa undang-undang lain tidak mencukupi. Inilah yang berlaku dalam negara kita, minta

maaf Yang Berhormat Senator. Sudah ada undang-undang yang mencukupi pun kita rasa

tidak cukup lagi. Tambah, tambah, tambah, akhirnya apabila tambah undang-undang ini,

kesannya ialah ia tambah kerja kepada pihak polis, tambah kerja kepada pihak penguat

kuasa, tambah kerja kepada mahkamah, ia juga melibatkan kos.

Saya juga hendak beritahu kepada Yang Berhormat Senator, jangan kita ingat

pelaksanaan undang-undang tidak ada kaitan dengan kos. I can show you a book written by

Weinz Scholar, hubungan- relationship between undang-undang dengan kos ini. Ada ia

punya interrelation, dengan izin, ada hubung kait antara undang-undang dan ekonomi. Makin

banyak undang-undang, sebenarnya kita makin banyak menghabiskan wang negara.

Jadi, saya rasa isu sama ada undang-undang ini di Jerman dan di Malaysia itu

berbeza, tidak timbul sebenarnya. Sepatutnya, jikalau kita hendak buat undang-undang,

jikalau kita rasa undang-undang di negara kita ini kita hendak buat undang-undang, tidak

Page 43: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 42 salah jikalau kita ambil undang-undang negara lain sebagai panduan untuk kita memastikan

undang-undang negara kita ini juga selaras dengan keadilan sejagat itu.

Di Jerman, saya rasa ataupun negara-negara lain semua tidak suka fake news.

Jikalau mereka suka fake news, sudah tentu mereka tidak buat undang-undang yang seperti

mana saya katakan tadi. Apabila mereka buat undang-undang itu, bermakna mereka tahu

bahawa perlunya undang-undang ini. Negara kita pun sebenarnya, alhamdulillah, kita

sebenarnya advanced in the sense that kita sudah ada undang-undang khas untuk hendak

deal dengan fake news ini. Oleh sebab itu tidak perlu undang-undang yang lain. Tuan Yang

di-Pertua, tadi ada Yang Berhormat Senator hendak tanya.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya setujulah, saya faham apa Yang Berhormat Menteri terangkan. Saya hendak

quote dua bukulah. Buku yang pertama ditulis oleh pemimpin kerajaan pada hari ini bertajuk

Time Bomb of Malaysia, please read that book, Time Bomb. Buku yang kedua, satu buku

yang ditulis oleh penulis barat, Eliza Griswold, ‘The Tenth Parallel’.

Saya hendak tekankan di sini, saya faham, negara kita Yang Berhormat Menteri,

sebuah negara majmuk. Eliza Griswold mengatakan bahawa Malaysia ini sebuah negara

yang cantik, moden, sofistikated, prosperous. Dia cukup bangga dengan Malaysia, maka dia

menganggap Malaysia ini satu negara dalam dunia walaupun berbilang kaum, kita telah maju

ke hadapan, dia cukup bangga. Eliza ini buat research seluruh dunia, bukan sahaja Malaysia.

Eliza punya research fokus on negara-negara Islam, bagaimana perpecahan negara Islam,

apa sebab?

Saya hendak katakan di sini, Eliza telah bagi warning. Dia kata walaupun Malaysia ini

negara maju, hebat, ekonomi bagus, pelbagai, cantik tetapi the word she used, dia kata,

“religious differences”, boleh menghancurkan negara ini, melalui provokasi-provokasi antara

kaum. Saya faham di Germany yang sebenar- Germany itu saya consider homogeneous

society-lah. Pihak-pihak Pak Arab very small number. Kita ini majmuk, kita besar, berbeza.

Sejarah kita dari dahulu, cukup sensitif, kebelakangan ini lagi sensitif. Jikalau sekiranya

kerajaan tidak berkeras, saya tidak kisah hendak mansuh, tidak mansuh.

Saya yang kisahkan pada hari ini, anak cucu-cicit kita, itu yang saya bimbang. Saya

faham dari segi kos, dalam kos ini jikalau kita tidak jaga kosnya, kos anak cucu-cicit kita tidak

akan hidup akan dapat hidup macam kita hidup pada hari ini. Saya maksudkan kita telah

diberi amaran oleh penulis-penulis Barat yang buat research, buku-buku akademik, banyak

Page 44: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 43 yang saya baca, dia selalu warning, please Malaysia, jangan. Provokasi ini cukup-cukup

bahaya, korang semua sudah bagus, sudah cantik, tidak ada dalam dunia macam kamu ini,

cukup cantik. Akan tetapi provokasi tolong jaga.

So, saya mengharapkan- kita juga faham, pihak kerajaan kena faham, kami bukan

hendak menghentam tidak tentu fasal. Terus terang saya katakan, hendak mansuh, tidak

mansuh, it’s not my problem, my problem is my generation, cucu-cicit kita, orang Melayu kah,

orang Cina kah, orang India kah, Sabah dan Sarawak sama, mereka cucu-cicit kita. We will

go, what will happen to them, kita sebagai pemimpin kena fikir betul-betul. Tolakkan sentimen-

sentimen ideologi parti masing-masing. Kita fikir anak kita ini. Maka dengan itu Tuan Yang di-

Pertua, saya harap kita jelas, kita faham.

Oleh sebab kita telah diwarning berkali-kali. Saya sebagai orang akademik, saya

boleh tunjukkan buku dia, cukup banyak buku bagi warning. Malaysia jangan kacau, pastikan.

Oleh sebab provokasi agama cukup-cukup bahaya di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri. Yang

Berhormat Menteri, panjang lagi?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sudah hendak gulung ini. Boleh katakan- saya

berharap soalan terakhirlah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat

Senator yang bertanya tadi, saya setujulah religious differences ini memang kadang-kadang

digunakan untuk sampai berbunuhan. Ia bukan satu fenomena yang berlaku di Malaysia

sahaja, sejarahnya memang begitulah. Daripada unsur Syiah, Sunni, itu semua religious

differences lah, yang sekarang berbunuh-bunuhan di negara Arab ini religious differences

lah.

Saya tahu sangatlah Yang Berhormat Senator sebab apa, kebanyakan saya akuilah,

kadang-kadang orang yang bercakap tentang religious differences ini pun ramai juga yang–

saya hendak cakap umum ya, bukan dekat Malaysia sahaja, ramai juga yang tidak faham

agama. Mereka tidak boleh terima bahawa dalam Islam sebagai contoh, agama ini ada benda

yang kita boleh berbeza pendapat, ada benda tidak boleh beza pendapat.

Dalam agama, saya hendak beritahu istilah untuk Tuan Yang di-Pertua, ada perkara

yang dipanggil perkara thawabit. Thawabit ini perkara yang tetap, tidak boleh kita berbeza

pendapat. Ada perkara yang dipanggil mutghayyirat, perkara yang dipanggil benda-benda

yang anjal, yang ada fleksibel, yang kita boleh beza pendapat. Ini perkara yang sebenarnya

sudah lama, ulama sudah bincang panjang.

Page 45: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 44

Akan tetapi sekarang masalahnya sekarang ini, kita kadang-kadang berbeza

pendapat dalam perkara yang sepatutnya kita boleh beza pendapat, dianggap tidak boleh

beza pendapat. Lagi satu, saya hendak beritahu dengan...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu yang

dimaksudkan religious differences...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap-sekejap Yang Berhormat Senator.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: ...Islam dan

bukan Islam, ini buku ini kata. Islam dan bukan Islam, selepas 9/11.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, tidak mengapa Yang Berhormat Senator.

Sebenarnya, saya hendak beritahu Yang Berhormat Senator, tentang isu Islam dan bukan

Islam ini juga. Sebenarnya jikalau negara kita, sebenarnya tidak perlu takut sebab apa, dalam

perlembagaan kita sudah ada satu yang dipanggil kalau orang gunakan istilah ialah

indigenous elements.

Elemen-elemen yang tidak boleh kita sentuh pun. Contohnya, dari segi Islam sebagai

agama Persekutuan. Isu tentang Raja-Raja, isu tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi, isu hak istimewa orang Melayu, affirmative action. Ini semua adalah dipanggil elemen-

elemen yang telah imbedded dalam constitution, yang tidak boleh disentuh pun.

Ini saya rasa- alhamdulillah negara kita ini, kita boleh mengucapkan tahniah kepada

semua kaum di dalam negara kita ini, baik Melayu, Cina dan India, mereka terima ini sebagai

social contract dan mereka tidak pernah pertikaikan. Apa yang menjadi masalahnya ialah

ada setengah-setengah pihak yang tidak bertanggungjawab, yang suka sangat main isu

perkauman ini, khususnya dalam pilihan raya. Suka sangat main isu perkauman, apabila

ada– kadang-kadang kita main isu perkauman, Melayu terancam lah sebagainya. Jadi, inilah

menyebabkan negara kita menjadi kucar-kacir, huru-hara.

Sebenarnya saya rasa, jikalau rakyat dididik dengan betul, dalam pendidikan kita didik

dengan betul tentang konsep negara kita ini, tidak ada orang pun yang akan- sebenarnya

hendak suka-suka bergaduh ini. Apa yang berlaku sebagai contoh, benda-benda pahit seperti

tragedi 13 Mei dan sebagainya, ini bukan salah agama, salah orang-orang tertentu, saya tidak

mahu sebutlah, ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Ini yang sepatutnya

kita salahkan, bukan salah pihak agama.

Ada juga orang kadang-kadang sering juga menyalahgunakan agama sehingga jadi

melahirkan ekstremisme ataupun pelampau. Mudah menghukum orang dan sebagainya.

Saya tahulah sebab saya pernah dalam- pernah jadi mangsa kepada perkara-perkara itu.

Page 46: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 45 Jadi, saya tahu sangat tentang bagaimana kadang-kadang kita menyalahgunakan, baik

agama dan sebaginya untuk membuat kan ini, ia ada sikap dipanggil “holier than thou- “aku

lebih suci daripada orang lain”. Aku lebih tahu, ini yang- jikalau kita belajar.

■1220

Ini yang kalau kita baca- saya baca buku tentang ISIS yang ditulis oleh ini kan. Kenapa

wujudnya ISIS ini? Kerana itulah, kerana ada sikap holier than thou, aku lebih mulia dari orang

lain. Apabila kita pegang satu agama, kita rasa kita lebih mulia dari orang lain, kita lebih suci

dari orang lain. Orang lain kita anggap sebagai orang yang mungkin second class dan

sebagainya.

Inilah yang mengakibatkan kadang-kadang apabila orang tidak faham ini, ia

menyebabkan berlakunya persengketaan agama. Kalau sekiranya benda itu berlaku pun,

tidak perlu kita risau sebab undang-undang yang ada sekarang sudah cukup.

Saya bentangkan sebelum ini bagaimana undang-undang Kanun Keseksaan itu dia

punya hebat undang-undang itu sehingga kita tidak boleh fitnah orang mati pun tidak boleh

fitnah. Bukan orang hidup sahaja, orang mati pun tidak boleh fitnah. Ha, undang-undang ini.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Mohon mencelah Yang Berhormat

Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya sebenarnya sudah hendak habis tetapi

kalau...

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Sedikit lagi.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua lah.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Sebab saya hendak mohon sedikit

penjelasan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: No, you have to get permission from Tuan Yang

di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ha! Boleh. Kalau boleh, tidak apa.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut dalam hujah berbahas, Yang

Berhormat Timbalan Menteri kata undang-undang yang sedia ada sekarang ini sudah

mencukupi. Sudah sangat mencukupi untuk mengatasi anti berita tidak benar ini, isu ini.

Akan tetapi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab

undang-undang yang sedia ada- satu yang kita guna pakai adalah Kanun Keseksaan, Akta

Page 47: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 46 Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana undang-

undang ini yang digubal 20 tahun yang lalu. Maknanya paling latest 1998 tetapi 20 tahun yang

lalu. Akan tetapi apabila timbul isu Akta Antiberita Tidak Benar digubal pada tahun lalu ini, ia

adalah untuk bukan sahaja untuk mengatasi tetapi kita hendak prevention. Maknanya untuk

mengelakkan lebih banyak kes-kes ataupun berita-berita tidak benar ini berlarutan. Maknanya

dengan keadaan kepesatan media sosial dan sebagainya.

Tadi apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi undang-undang yang sedia

ada sudah mencukupi, maka saya hendak bertanya, undang-undang di akta manakah yang

ada menyentuh tentang interim order secara khususnya yang juga mempunyai satu takrifan

yang sangat jelas yang menyatakan tentang maksud berita tidak benar dalam undang-

undang yang sedia ada? Sebab, saya rasa dalam undang-undang sedia ada yang saya sebut

tiga tadi, tidak ada menyentuh tentang perkara-perkara ini. Saya rasa ada lima kah berapa

takrifan dan sebagainya.

Maka adakah kerajaan bercadang sebenarnya- adakah untuk daripada kita terus

bubar terus, maknanya kita terus mansuhkan akta ini, baiklah sebaiknya kita pinda dahulu

akta sedia ada untuk membaiki ataupun menutup kekurangan undang-undang yang sedia

ada macam interim order? Sebab apa, interim order ini kalau katalah macam dalam

perbahasan saya, banyak kali saya sebut, ia untuk protect ataupun mengelakkan lebih

banyak berita-berita yang tidak benar ini berada terutamanya dalam media sosial. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator Dato’ Fahariyah. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Yang Berhormat

Senator Dato’ Fahariyah. Sometimes your argument, you are contradicting yourself, dengan

izin. Saya hendak beri contoh kata-kata Yang Berhormat Senator bahawa daripada kita

mansuhkan ini, baik kita pinda undang-undang yang sedia ada.

Saya sebenarnya setuju dengan point-point Yang Berhormat Senator. Sepatutnya

itulah yang kita buat. Cuma beza saya dengan Yang Berhormat Senator, Yang Berhormat

Senator kata pinda dan juga kekalkan undang-undang itu. Itu saya tidak setuju. Sebenarnya

kita patut pinda undang-undang yang ada, kalau ada kelemahan dan kita jangan adakan

undang-undang yang baharu. Itu yang dahulu kami cadangkan.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak cakap

kekal. Saya cakap dipinda dahulu undang-undang itu baru dimansuhkan.

Page 48: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 47

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ya lah.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Maknanya right now the government

currently, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, hendak memansuhkan dahulu tanpa meminda.

So, maknanya dalam peralihan, kalau katalah kita hendak- kita bercakap fasal kepentingan

rakyat ini. Kita hendak bercakap fasal keadaan yang mana kalau katalah ada berita tidak

benar berlaku, bagaimana rakyat hendak dilindungi kalau kata dalam undang-undang yang

sedia ada, interim order tidak disentuh dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada?

Kedua, undang-undang sedia ada tidak ada menyatakan tentang tafsiran atau definisi

tentang berita tidak benar. Masih banyak lagi undang-undang sedia ada tidak ada, tidak

menyentuh perkara-perkara dalam akta ini. Sebab itu saya katakan bukan mengekalkan

tetapi sekiranya kerajaan hendak memansuhkan, saya setuju, tetapi pinda dahulu akta yang

ada. Maknanya supaya rakyat ini dilindungi. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya itu saya kata tadi. Saya kata tadi

masalahnya Yang Berhormat Senator, dengan izin, apabila kita hendak pinda dahulu baru

kita mansuh, bermakna pending mansuh itu, undang-undang itu ada lagi. Faham tidak?

Sebab itu saya katakan tadi, your argument kalau kita terima, bermakna kita pergi pinda,

jangan mansuh dahulu, selepas habis pinda baru kita mansuh. Maknanya pending waktu itu,

undang-undang itu terpakai. Itu saya kata tadi, maknanya walaupun you tidak cakap kekalkan

tetapi hakikatnya itu yang berlaku.

Saya hendak kata begini. Saya hendak kata bahawa sebenarnya itu yang kami

cadangkan dahulu. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Senator, kami pernah

mencadangkan semasa Dewan Rakyat hari itu, semasa undang-undang ini hendak dibuat,

pergi kepada Select Committee di Dewan Rakyat, kita bincang betul-betul. Kalau kita rasa

undang-undang yang sekarang ini tidak mencukupi, kita pinda. Kami bercakap dengan baik

semasa itu tetapi semasa itu, kerajaan dahulu tidak dengar. Dia hendak buat juga. Dia hendak

juga bulldoze, buat juga. Saya ingat sebab saya terlibat dalam perbahasan itu.

Jadi bagi saya- okey, saya bagi contoh tadi saya setuju dengan apa yang dikatakan

oleh Yang Berhormat Dato’ Fahariyah tadi, contohnya kata undang-undang sekarang ini

mungkin tidak ada temporary measure. Ia bukan tidak ada. Undang-undang sekarang ini ada,

cuma dalam bentuk sivil. Ia bukan dalam bentuk criminal macam ini. Dalam undang-undang

sekarang ini, yang Anti-Fake News ini, diletak dalam seksyen 7.

Page 49: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 48

Dalam undang-undang sebelum ada Anti-Fake News ini, kita ada temporary measure

yang dipanggil interlocutory injunction ataupun interim injunction. Cumanya, kaedah itu ialah

kaedah sivil dan ia perlukan seorang lawyer dan orang itu kena by lawyer. Itu bezanya. Dia

bukan incorporated dalam law. Dia dalam bentuk dipanggil rules of court sahaja. Itu ada

sebenarnya. Interim measure sudah ada tetapi mekanismenya dalam bentuk sivil, bukan

bentuk criminal.

Akan tetapi RUU Anti-Fake News ini, dia letak dalam seksyen 7. Saya sudah

bincangkan pada hari itu, seksyen 7 ini walaupun interim measure ada tetapi ia berbentuk

draconian. Sebab saya kata apa, sebab ia berbentuk ex parte, hanya dengar sebelah pihak

sahaja, dia tidak dengar inter parte, dua-dua pihak. Sekiranya kerajaan buat, mahkamah kena

benarkan. Kalau pihak kerajaan yang buat permohonan, mesti dibenarkan. Ini dalam seksyen

8.

Sebab itu, bagi saya, ini semua adalah tidak adil. Sebab itulah, bagi saya, kalau

sekiranya katakanlah betul lah cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah yang

temporary measure di sini mungkin lebih baik, saya setuju lebih baik, sepatutnya saya rasa,

kalau tidak ada dalam undang-undang lain kecuali undang-undang sivil tadi, kita sepatutnya

masukkan temporary measure itu dalam undang-undang yang kita hendak pinda nanti.

Saya akan mencadangkan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

(SKMM), kalau sekiranya mereka hendak pinda nanti Akta Komunikasi dan Multimedia ini,

saya hendak mencadangkan supaya mereka masukkan elemen temporary measure ini dalam

undang-undang itu supaya mana-mana orang kalau didapati ada berita palsu, dia tidak perlu

engage lawyer, buat kes sivil yang memerlukan belanja banyak, sebaliknya dia pergi kepada

polis, polis yang akan membuat permohonan itu untuk mendapatkan dipanggil temporary

measure itu.

Seperti mana sekaranglah. Kalau kita tengok Akta Keganasan Rumah Tangga, ada

peruntukan-peruntukan yang dibenarkan oleh pihak polis untuk mendapatkan dia pergi

interim measure ini ada, tetapi dalam bentuk lain iaitu dalam bentuk serangan fizikal. Akan

tetapi sekarang ini adalah dalam bentuk fake news. Jadi oleh sebab fake news ini bermakna

berita palsu ini ada dalam undang-undang yang juga di-covered oleh undang-undang Akta

Komunikasi dan Multimedia dan oleh sebab dalam Akta Komunikasi dan Multimedia mungkin

ada kelemahan, tidak ada temporary measure itu, kita masukkan sahaja, tidak ada masalah.

Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Nampaknya makin lama makin ramai. Let me...

Page 50: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 49

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan

Menteri, rumuskan sahaja.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya rasa saya sudah hendak habis, hendak

rumuskan sudah pun. Minta maaf Yang Berhormat Senator, saya tidak dibenarkan oleh Tuan

Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, saya boleh jawab.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Tadi saya hendak kata beginilah kepada

Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator.

Sebenarnya kita tidak perlu sangatlah akta ini sudah. Percayalah, apabila kita memansuhkan

akta ini, kita tidak akan compromise kepada berita palsu. Saya hendak beritahu kepada

semua, berita palsu ini adalah musuh kita semua. Not only musuh Pakatan Harapan, musuh

kita semua. Is our number one enemy. Akan tetapi, kita kena berlaku adil.

Saya hendak baca dalam al-Quran kata... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Antara

maksudnya, janganlah kerana kebencian kepada satu kaum, kita berlaku tidak adil. Berlaku

adillah kerana ia lebih dekat kepada takwa. Inilah prinsip keadilan yang diajar kepada orang

Islam bahawa kita mesti berlaku adil walaupun dengan musuh kita. Paling susah, Islam ini

mengajar kita untuk kita membuat keadilan kepada perkara yang paling susah iaitu kepada

musuh, kepada keluarga sendiri, kepada diri kita sendiri. Itu yang di-promote sebab keadilan

ini ia mesti blind.

Kalau katakan ada fake news dibuat oleh PH, saya sendiri akan meminta supaya

disiasat. Kita tidak mahu. Sebab itu sekarang kita tidak kacau Parlimen, kita tidak kacau

Peguam Negara hendak buat kerja.

■1220

Kita memang betul-betul minta mereka buat kerja secara profesional. Saya beritahu

kepada, sebagai kesimpulan saya hendak kata beginilah. Saya hendak bagi contoh ya. Masa

persidangan Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, kita punya Yang di-Pertua

halau keluar seorang Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, orang pertama iaitu Yang

Berhormat Ramkarpal Singh kerana dia ingkar perintah yang dikemukakan oleh pihak Yang

di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua kita PH, halau Ahli Parlimen PH sendiri. Orang tanya pada saya

macam mana ini Tuan Yang di-Pertua halau Ahli Parlimen daripada PH. Saya kata kami tidak

ganggu tugas Tuan Yang di-Pertua, tetapi dulu saya tidak yakin perkara ini berlaku. Saya

tahulah sebab saya dalam pembangkang. Saya soal fasal 1MDB, kalau lima soalan, mungkin

Page 51: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 50 enam soalan ditolak. Punya hebatnya. Tidak boleh langsung bincang. Berapa kali kena halau

tidak tahulah.

Jadi inilah mengingatkan bahawa kita sudah buat perubahan. Jadi perubahan ini saya

hendak beritahu kepada Yang Berhormat Senator semua, akan dilakukan juga bagi

menangani berita palsu. Saya yakin walaupun tidak ada Akta ‘Antiberita Palsu’, kita semua

akan bersama-sama untuk menentang berita palsu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,

sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah

bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

agar dapat dibuat Undi Belah Bahagi. Saya mohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada tidak lapan orang bersama dengan Ahli

Yang Berhormat.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Ada, Tuan Yang di-Pertua, ada.

Tuan Yang di-Pertua: Sila berdiri di tempat masing-masing.

Beberapa Ahli: [Berdiri]

Tuan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih dari lapan orang

bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 45(4), saya

meminta supaya satu belah bahagi diadakan sekarang.

Setiausaha sila bunyikan loceng, dua minat.

[Loceng dibunyikan]

Tuan Yang di-Pertua: Undian dijalankan sekarang.

■1230

[Dewan berbelah bahagi]

[Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas keputusan dibaca saya

tidak mahu Ahli-ahli Yang Berhormat ini perangai macam budak-budak. Ahli-ahli Yang

Berhormat, setelah selesai undian dibuat dan dikira, sekarang saya kemukakan keputusan

undian iaitu seramai 21 orang menyokong, 28 orang tidak menyokong dan tiga orang tidak

mengundi.

Page 52: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 51

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PEMBUBARAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.42 tgh.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Tuan Yang di-Pertua,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk

memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] untuk

membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah akta itu

untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakkan hartanya pada kerajaan dan untuk

mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Kamarudin Jaffar Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli-ahli

Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan pada 23 Mei 2018 yang lalu telah memutuskan

supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubarkan dan fungsinya diambil

oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil keputusan ini

adalah antara lain bertujuan menambah baik aspek pengurusan dan perbelanjaan kewangan

kerajaan selain daripada itu langkah ini juga bertujuan memastikan keberkesanan dan

keseragaman dalam aspek perancangan dasar dan pembangunan pengangkutan awam

darat di seluruh negara.

Kerajaan mendapati bahawa fungsi yang dilaksanakan oleh SPAD boleh

dilaksanakan oleh satu jabatan kerajaan sahaja tanpa perlu diperbadankan. Apabila satu

agensi itu diperbadankan, didapati kos pengoperasiannya akan menjadi lebih tinggi

berbanding satu jabatan kerajaan yang mempunyai saiz perjawatan yang sama. Perkara ini

amat ketara terutamanya yang melibatkan aspek perbelanjaan pengoperasian dan

emolumen atau gaji pegawai badan berkanun berkenaan.

Selain daripada itu pemusatan semua agensi yang terlibat dalam aspek perancangan,

pembangunan dan penguatkuasaan berkaitan pengangkutan di bawah Kementerian

Pengangkutan akan dapat menambah baik aspek keberkesanan, inclusivity dan koordinasi

pembangunan dan pelaksanaan semua dasar yang dirancang.

Page 53: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 52

Bagi melaksanakan arahan dan keputusan kerajaan ini, Kementerian Pengangkutan

telah meneliti perundangan-perundangan yang terlibat dan mengemukakan Rang Undang-

undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 untuk perbahasan dan

pembentangan dalam Dewan yang mulia ini. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk

memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] seterusnya

akan membubarkan SPAD.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta 714 ini telah berkuat kuasa mulai

Jun 2010 dan merupakan punca kuasa kepada penubuhan SPAD. Dalam hubungan ini SPAD

pula telah mula beroperasi sepenuhnya pada 31 Januari 2011.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018

ini mengandungi sembilan fasal utama dan saya ringkaskan seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa

rang undang-undang yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk menerangkan beberapa takrifan yang digunakan dalam rang

undang-undang ini.

Fasal 3 memasukkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714]

dan seterusnya membubarkan SPAD.

Fasal 4 menerangkan mengenai perpindahan dan pengambilalihan semua kuasa,

hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi SPAD oleh kerajaan sebaik sahaja pembubaran SPAD.

Fasal 5 menerangkan mengenai perpindahan sebarang baki wang yang ada dalam

Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kepada kerajaan dan dimasukkan

ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Fasal 6 menerangkan bahawa sebarang perjanjian, surat ikatan dokumen dan surat

cara akan terus berkuat kuasa selepas tarikh pembubaran SPAD. Kerajaan akan menjadi

penama menggantikan SPAD dalam semua perjanjian surat ikatan dokumen dan surat cara

yang terlibat.

Fasal 7 menerangkan bahawa sebarang prosiding atau kuasa tindakan yang telah

wujud dan belum selesai ke atas SPAD akan diteruskan dan dimulakan dan diambil alih oleh

kerajaan.

Fasal 8 menerangkan bahawa segala undang-undang bertulis termasuk perundangan

subsidiari akan terus berkuat kuasa selepas daripada pembubaran SPAD sehingga mana-

mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari itu dipinda atau dibatalkan.

Page 54: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 53

Fasal 9 menerangkan mengenai kuasa kepada Menteri untuk menetapkan suatu

tarikh peletakhakkan dan pada tarikh itu semua hak, harta, kepentingan, obligasi dan liabiliti

SPAD akan dipindahkan dan diletakkan hak ke atas kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

Ini lah berlaku kalau tidak menyokong kerajaan ini [Ketawa]

Dato’ Kamarudin Jaffar: Sokong sahaja.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah

rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] untuk membubarkan Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah akta itu untuk mengadakan

peruntukan bagi peletakan hartanya kepada kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan

bagi perkara-perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk

dibahaskan.

Ya, sila Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi

Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membubarkan Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan digantikan dengan sebuah agensi baru iaitu Agensi

Pengangkutan Awam Darat (APAD).

■1250

Rang undang-undang yang bertujuan membubarkan SPAD yang ditubuhkan di bawah

Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yakni Akta 714 akan mendatangkan

banyak kebaikan kepada kerajaan dan rakyat khususnya pengguna. Kita mengharapkan

selepas SPAD dibubarkan dan APAD berkuat kuasa, segala wang yang menjadi milik SPAD

atau yang akan dibayar akan diserah atau dipindahkan kepada kerajaan, malah kerajaan

perlu bertegas bahawa semua perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat lain cara yang

wujud serta harta atau wang yang dipindahkan di bawah akta ini hendaklah terus berkuat

kuasa sepenuhnya dengan memihak kepada kerajaan untuk menjamin APAD berkesan.

Amat nyata akta baru ini jika dilaksanakan akan menjimatkan kos perbelanjaan

mengurus dijangka sebanyak hampir RM40 juta setahun kerana itu bukan suruhanjaya tetapi

Page 55: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 54 hanya sebuah agensi sahaja. Ini bermakna ia tidak melibatkan pembayaran gaji dan imbuhan

untuk kakitangan sebuah suruhanjaya di mana akan menjimatkan elaun besar iaitu tiada lagi

Ketua Pesuruhjaya yang menerima gaji mencecah RM25,000 sehingga RM30,000 sebulan.

Dijangka Ketua Pengarah APAD tidaklah menerima gaji dan elaun sebanyak itu walaupun

mempunyai kuasa dan pentadbiran yang hampir sama.

Tuan Yang di-Pertua, apa pun sebagai kerajaan yang membela rakyat perlu dijamin

kebajikan hampir 1,000 bekas kakitangan SPAD. Perkara ini hendaklah dipertimbangkan

secara mendalam. Mereka terdiri daripada kakitangan tetap, kakitangan kontrak selain

pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad. Ini termasuk,

satu, pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat. Dua,

serapkan kakitangan yang sesuai kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tujuan

penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin Kementerian Pengangkutan peka dengan

masalah kakitangan bekas SPAD lagipun penstrukturan semula APAD sedang diperincikan

di peringkat kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan empat jawatankuasa kecil yang

ditubuhkan oleh kementerian dan dipantau oleh Ketua Setiausaha Kementerian

Pengangkutan mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bekas kakitangan SPAD

ini. Jangan kerajaan tidak dilihat tidak memberikan perhatian kepada bekas pekerja SPAD

kerana mereka pernah berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan juga negara. Saya juga

menyokong penuh untuk diturunkan segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi

diperturunkan kepada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya juga ingin meminta kerajaan

mengatasi kekeliruan dan salah faham ramai pihak berhubung pembayaran saman SPAD

susulan pembaharuan suruhanjaya tersebut. Rakyat atau pesalah trafik perlu jelas bahawa

mereka masih perlu membuat bayaran saman. Ini kerana kekeliruan kononnya apabila SPAD

di bubar, maka tiada penguatkuasaan dan mereka tidak perlu membayar saman lagi.

Beritahu mereka bahawa sehingga Akta SPAD dibubarkan di Parlimen, semua perkara

berkaitan penguatkuasaan tersebut seperti saman masih berjalan. Itu sahaja Tuan Yang di-

Pertua. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya menyokong Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan

suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah akta itu dibubarkan dan digantikan dengan akta baru

pengangkutan awam darat APAD 2018. Terima kasih.

Page 56: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 55

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk dan

dipersilakan pula Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd Nordin. Sila.

12.54 tgh.

Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd Nordin: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk

membahaskan satu rang undang-undang bagi membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat 2018.

Tuan Yang di-Pertua, selama lebih lapan tahun lalu telah banyak perubahan yang

berlaku dalam landskap Sistem Pengangkutan Awam Darat di Malaysia. Peralihan fungsi

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Keretapi di bawah

Kementerian Pengangkutan telah berubah landskap sistem pengangkutan awam yang amat

berdaya maju dan bersepadu kini.

Kalau kita imbas kembali peranan SPAD dalam meliberalisasi pengangkutan awam

darat di Malaysia amat signifikan dengan adanya perkhidmatan rel seperti LRT, monorail,

KTMB, komuter, ETS–KTMB, MRT dan perkhidmatan bas yang banyak membantu rakyat

untuk memilih perkhidmatan multi modal ini sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun

bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pada tahun 2016, Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu menubuhkan Kumpulan

Wang Amanah Pengangkutan Awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam sama ada

di bandar atau di luar bandar di seluruh negara. Salah satu inisiatif Kerajaan Barisan Nasional

yang benar-benar membantu pengangkutan awam darat adalah melalui Skim Bantuan

Pemandu Teksi dan Tabung ISBSF yakni Interim Stage Bus Support Fund yang diberikan ke

atas bas sektor laluan tidak menguntungkan yakni atau laluan sosial yang menghubungkan

luar bandar.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya berapakah jumlah

terkini Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam sehingga Ogos 2018 sebab apabila

dimansuhkan SPAD ini kita tahu bahawa segala kewangan dan juga harta dan sebagainya

akan dialihkan kepada pihak kerajaan. So, kita hendak tahu sebenarnya berapa sebenarnya

yang ada dalam jumlah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam.

Keduanya saya ingin bertanya apakah perancangan kerajaan ke atas inisiatif ISBSF

yakni Interim Stage Bus Support Fund bagi memastikan kelangsungan subsidi pengangkutan

awam kepada masyarakat luar bandar dan ketiganya apakah impak dan kesan ke atas

Page 57: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 56 operasi bas di laluan sosial yakni laluan yang tidak menguntungkan operator apabila SPAD

di bubar dan mungkin isu peralihan akan merencatkan operasi bas di laluan sosial ini. Oleh

sebab kita tahu apabila ada peralihan maka akan adalah operator-operator yang mengambil

kesempatan ataupun tidak mahu beroperasi kerana kesan kewangan dan sebagainya. Kita

hendak tahu apakah impak dan adakah satu kajian telah dibuat.

Keempatnya, bagaimanakah nasib-nasib pemandu teksi akan terus dibela kerana

dalam persekitaran kenaikan harga petroleum dan kos sara hidup dan persaingan dengan

perkhidmatan e-hailing yakni Grab car atau sebagainya iaitu e-hailing. Mereka ini

memerlukan kerajaan yang memberikan perhatian yang amat signifikan selepas tempoh

peralihan pembubaran SPAD sebab e-hailing dan sebagainya diletakkan di bawah SPAD,

apabila berada peralihan apakah nasib-nasib mereka ini, pemandu teksi khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu kemalangan jalan raya melibatkan

pengangkutan awam darat komersial merupakan penyumbang utama kepada statistik

kematian akibat musibah kemalangan jalan raya di Malaysia. Perkembangan terkini

perkhidmatan e-hailing juga memerlukan kerajaan mempunyai sistem pemantauan

bersepadu dalam menyimpan rekod dan profil peribadi pemandu, syarikat dan operasi agar

tumpuan penguatkuasaan dan kesepaduannya lebih sempurna dan bermakna.

Persoalan yang ingin saya kemukakan kepada pihak kerajaan, bagaimanakah migrasi

profil rekod kesalahan kes-kes pelanggaran dan mata demerit dapat disepadukan dalam

kerangka penguatkuasaan JPJ, PDRM dan kerajaan tempatan agar operator dan pemandu

pengangkutan awam darat benar-benar berintegriti dalam memenuhi semua kehendak

perundangan.

Keduanya, bagaimanakah kod tata amalan pelesenan peperiksaan dan pengiktirafan

diberikan kepada lesen-lesen vokasional pemandu kenderaan awam darat, pemandu atau

operator perkhidmatan rel agar kenderaan yang dikendalikan benar-benar terjamin selamat

untuk dinaiki oleh orang ramai.

Ketiganya, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan melalui pembubaran SPAD ini,

isu pertindihan dalam menyelenggarakan aspek modal insan yang berkecimpung dalam

pengangkutan awam darat dilatih secara komprehensif dan skim saraan gaji serta imbuhan

lebih sempurna agar sistem pengangkutan awam darat Malaysia benar-benar berprestij

tinggi. Oleh sebab kita tahu apabila diwujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD) ini pada asalnya adalah untuk efficiency selain daripada untuk memastikan efficiency

penjawat-penjawat awam ataupun efficiency dalam melaksanakan pelbagai perkara.

Page 58: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 57

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita sambung 2.30 karang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Mesyuarat Dewan sehingga

jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.03 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam

sejahtera. Ahli Yang Berhormat, saya minta sambung Yang Berhormat Dato’ Hajah

Fahariyah binti Haji Md Nordin.

Dato’ Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya, saya tinggal lagi satu isu sahaja yang ingin saya sentuh. Isu yang pertama tadi

saya menyentuh tentang Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang digunakan

untuk subsidi laluan-laluan bas yang tidak berkeuntungan.

Keduanya, fasal e-hailing. Ketiganya, saya ingin menyentuh tentang pertindihan

kuasa antara SPAD, JPJ, PDRM dan pihak berkuasa tempatan yang sering kali timbul apabila

berlakunya musibah besar dalam kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam darat.

Justeru, dengan pembubaran SPAD, Kementerian Pengangkutan hanya perlu

menjalankan koordinasi penguatkuasaan dengan PDRM dan PBT dalam memastikan aktiviti

penguatkuasaan lebih berkesan dan komprehensif.

Soalan saya adalah, pertama, bagaimanakah satu dasar pelesenan operasi dapat di

selenggara dengan baik ke atas operator pengangkutan awam seperti lori pengangkutan iaitu

kontena atau pasir dan barangan berbahaya seperti LPG dan petroleum agar semua

kenderaan berat menghentikan operasi pada waktu pagi, pergi dan pulang ke sekolah

khususnya. Ini kerana mengelakkan kes-kes pelajar di gilis oleh kenderaan berat.

Keduanya, bagaimanakah kerajaan membuat ketetapan atau kaedah agar kapasiti

muatan sesuatu kenderaan pengangkutan barang seperti lori pasir, lori balak dan

pengangkutan bahan berbahaya agar menyesuaikan muatannya mengikut bentuk fizikal

laluan operasinya? Saya lihat pada ketika ini banyak kemalangan lori pasir ataupun balak

Page 59: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 58 yang berlaku disebabkan lebih kapasiti muatan kerana mereka membawa muatan pasir atau

kayu balak melebihi muatan dan tidak sesuai dengan bentuk fizikal seperti di Lebuhraya KL-

Karak. Oleh sebab kalau kita tengok dalam SPAD terdapat peruntukan yang mana

memberikan kuasa kepada SPAD untuk menentukan masa operasi dan juga beberapa

ketetapan berkenaan dengan keselamatan jalan raya.

Maka, apabila pembubaran SPAD ini, kita hendak tahu lah macam mana kerajaan

bercadang untuk menyelaraskan perkara-perkara tersebut?

Akhir sekali, harapan saya dengan pembubaran SPAD ini, isu penguatkuasaan

kenderaan awam darat ini dapat ditangani dan juga diselaraskan dengan lebih menyeluruh

dan berkesan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada

Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, khususnya kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali dan

juga Yang Berhormat Dato’ Hajah Fahariyah kerana memberikan pandangan-pandangan dan

soalan-soalan yang saya akan cuba memberikan penjelasan. Kalau tidak mencukupi, saya

harap saya dapat memberikan penjelasan yang bertulis sedikit masa lagi selepas Dewan ini

selesai.

Pertamanya, Yang Berhormat Datuk Senator Razali. Saya berterima kasih telah

mengalu-alukan rang undang-undang untuk membubarkan SPAD ini dan memberi harapan

supaya wang daripada SPAD ini dipindah kepada kerajaan. Terima kasih dan sudah tentu

proses ini sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam rang undang-undang ini, termaktub

kesemua perpindahan itu daripada SPAD kepada jabatan kerajaan dan kepada akaun-akaun

kerajaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Berkaitan dengan soal gaji SPAD, berbanding dengan gaji APAD. Secara umumnya,

saya boleh maklumkan bahawa sudah tentu apabila ia berubah daripada ia bertaraf satu

suruhanjaya kepada ia menjadi agensi atau jabatan kerajaan. Maka segala proses, prosedur,

kaedah gaji, keistimewaan dan sebagainya akan berlandaskan kepada prosedur yang

terkena kepada pegawai-pegawai jabatan awam kerajaan yang berada, yang berlaku

sekarang ini.

Walaupun begitu, ini tidak bererti bahawa kita tidak memberikan kebajikan atau

jaminan kepada kakitangan-kakitangan APAD yang baru. Ia sebagaimana yang juga

termaktub dalam rang undang-undang ini akan diberikan sepenuhnya perkiraan yang

mengikut lunas-lunas pengurusan pentadbiran SPAD yang ada. Apabila lebih kurang 1,000

Page 60: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 59 orang ini ditamatkan perkhidmatan atau kontrak mereka, ia adalah berdasarkan dan menurut

peraturan-peraturan berkaitan pembubaran agensi awam dan syarikat.

Pertamanya, sama ada tertakluk kepada Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun

ataupun Akta 239 iaitu di bawah seksyen 10(5)(b) dan seksyen 6(a)(b) ataupun ia tertakluk

juga kepada Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan ia juga

tertakluk kepada Akta Pekerjaan atau, dengan izin, Employment Act 1955 atau Akta 265.

Bagi memastikan kelancaran penyediaan perkhidmatan dan tidak menjejaskan

fungsi-fungsi teras sedia ada, semua penyandang-penyandang lantikan tetap dan kontrak

oleh SPAD dan SPAD PRO disebutkan itu yang dikenal pasti dan disahkan oleh pihak

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melaksanakan fungsi-fungsi teras Pengangkutan Awam

Darat dan memerlukan kepakaran dan kompetensi teknikal, kerajaan akan menawarkan

penyandang untuk berkhidmat dengan perjawatan tetap yang akan dibekalkan dalam waran

perjawatan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun agensi

baru- APAD yang akan ditubuhkan.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali di atas

sokongan dan cadangan yang diberikan berkaitan dengan nasib kakitangan SPAD yang

disebutkan tadi. Soalan ataupun pertanyaan akhir beliau ialah sama ada kekeliruan tentang

bayaran saman salah trafik masih perlu dibayar dan sebagainya. Semuanya berjalan seolah-

olah tidak ada perubahan kecualilah perubahan daripada sebuah suruhanjaya kepada

sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan dengan pandangan dan soalan-soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat

Senator Dato’ Hajah Fahariyah pula. Saya boleh laporkan berkaitan dengan baki tabung

KWAPA yang disebutkan tadi, Kumpulan Wang Amanah Perkhidmatan Awam.

■1440

Setakat Julai 2018, baki tabung KWAPA adalah sebanyak RM130 juta di mana

sebanyak RM124 juta diperuntukkan untuk pembiayaan inisiatif kepada SPAD manakala

sebanyak RM8 juta diperuntukkan kepada LPKP Sabah dan Sarawak yang disalurkan melalui

Jabatan Perdana Menteri.

Berkaitan dengan inisiatif di bawah KWAPA seperti ISBSF untuk membantu bas henti-

henti dan sebagainya ini, kerajaan sedang meneliti kesemua inisiatif-inisiatif yang ada yang

dibiayai melalui peruntukan di bawah Tabung KWAPA ini berdasarkan kemampuan

kewangan kerajaan dan mengikut keperluan dan keutamaan.

Page 61: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 60

Berkaitan dengan isu pertindihan dan menyelenggarakan modal insan,

memandangkan APAD adalah merupakan jabatan kerajaan, kesemua latihan dan

pembangunan kompetensi kepada kakitangan APAD adalah tertakluk kepada pekeliling dan

peraturan kerajaan yang berkuat kuasa masa kini.

Berkaitan dengan kod tata amalan terbaik industri ataupun ICOP, bagi memastikan

kod tata amalan diteruskan iaitu Industrial Code of Practice (ICOP) ini, ia akan diteruskan

oleh APAD. Program ICOP ini yang bermula pada tahun 2013 adalah untuk menerapkan nilai

keselamatan dalam organisasi dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya

pengendali pengangkutan awam. Latihan ICOP- Keselamatan SPAD akan diteruskan oleh

APAD kepada pemandu dan pengendali di mana sehingga Jun 2018, sesi latihan kepada

sebanyak 6,429 pengendali telah diadakan atau dilaksanakan.

Berkaitan dengan impak kepada laluan sosial apabila SPAD dibubarkan, pihak

kementerian mengambil maklum bahawa terdapat laluan sosial yang tidak menjana

keuntungan kepada operator dan diberikan subsidi oleh pihak kerajaan. Berkenaan bantuan

subsidi seumpama ini, pihak kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan pemberian ini demi

menjaga kebajikan dan kesejahteraan orang ramai.

Berkaitan dengan soalan migrasi data profiling pemandu dan integrasi dengan JPJ

bagi pelaksanaan sistem mata demerit, data profiling pemandu melibatkan pemandu

kenderaan komersial telah dilaksanakan oleh SPAD secara rintis atau pilot, dengan izin,

dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam di negara kita. Selaras

dengan pembubaran SPAD dan pengambilalihan fungsi oleh Kementerian Pengangkutan,

perkara ini akan dikaji semula termasuk integrasi sistem dengan JPJ bagi pelaksanaan dan

penguatkuasaan mata demerit. Pada masa ini, penguatkuasaan mata demerit melibatkan

kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berkaitan pembelaan nasib pemandu-pemandu teksi dengan kenaikan harga petrol

dan pelaksanaan e-hailing yang dikemukakan oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi, bagi

memastikan nasib pemandu-pemandu teksi dipelihara dan memberi kesaksamaan kepada

mereka susulan dari pelaksanaan e-hailing, kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kepada

penyedia-penyedia perkhidmatan penghantaran yang bersifat level playing field, dengan izin.

Selain itu, sebagai langkah untuk mengurangkan kos operasi pengusaha teksi,

kerajaan telah memanjangkan tempoh valid pemeriksaan dari enam bulan ke 12 bulan.

Maknanya pemandu teksi yang keretanya berusia lebih daripada tiga tahun, bukan dua kali

setahun tetapi hanya sekali setahun untuk memastikan ia tidak menganaktirikan pemandu

Page 62: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 61 teksi berbanding dengan pemandu e-hailing. Pelaksanaan ini telah bermula pada Julai 2018.

Saya boleh sebutkan juga lain-lain inisiatif akan dikaji dari semasa ke semasa mengikut

keperluan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Berkaitan dengan bagaimana dasar kerajaan untuk mengehadkan kenderaan

pengangkutan barangan masuk dalam kawasan PBT dalam waktu-waktu tertentu, Akta

Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa

tempatan (PBT) untuk mengehadkan jenis-jenis kenderaan pengangkutan barangan masuk

atau melalui kawasan PBT pada waktu-waktu tertentu. Dalam hal ini, PBT boleh memohon

kepada Kementerian Pengangkutan untuk menjadikan ia sebagai satu peraturan bagi

mereka. Jadi kuasa kekal dan kuasa Kementerian Pengangkutan untuk memberikan kuasa

itu kepada PBT kekal.

Akhir sekali, berkenaan dengan penyelarasan penguatkuasaan antara agensi-agensi

penguatkuasaan iaitu sebagaimana disebutkan tadi apabila SPAD tidak ada, PDRM, JPJ dan

PBT, bagaimana diselaraskan di antara ketiga-tiga agensi ini tanpa SPAD. Aktiviti

penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa iaitu PDRM dan JPJ adalah

berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan

kaedah-kaedah di bawahnya. Penyelarasan aktiviti penguatkuasaan sentiasa dibuat melalui

platform sedia ada seperti mesyuarat di peringkat atasan ataupun di peringkat-peringkat

pelaksana-pelaksana penguatkuasaan ini.

Penguatkuasaan berat muatan lori adalah mengikut berat dengan muatan seperti

lesen pengendali yang dikeluarkan oleh APAD akan dilakukan sepanjang masa iaitu ia tidak

berubah walaupun SPAD akan menjadi APAD selepas Dewan yang mulia ini meluluskan rang

undang-undang ini dan rang undang-undang yang saya akan bentangkan selepas rang

undang-undang ini dipersetujui oleh Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya

ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan

sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Page 63: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 62

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-

undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang

ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin)

dan diluluskan]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

2.50 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Tuan Yang di-Pertua,

saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum kerajaan

pada 23 Mei 2018 yang lalu telah memutuskan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam

Darat (SPAD) dibubarkan dan fungsinya diambil oleh Kementerian Pengangkutan. Susulan

daripada keputusan itu kerajaan pada 6 Jun 2018 juga telah bersetuju supaya satu entiti

baharu bertaraf jabatan kerajaan sepenuhnya yang dinamakan Agensi Pengangkutan Awam

Darat (APAD) ditubuhkan bagi mengambil alih dan melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan

pengangkutan awam darat yang sebelum ini dilaksanakan oleh SPAD.

Bagi melaksanakan arahan dan keputusan kerajaan ini Kementerian Pengangkutan

telah meneliti perundangan-perundangan yang terlibat dan mengemukakan Rang Undang-

undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini bertujuan

untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat [Akta 715] bertujuan memberi kuasa kepada

Kementerian Pengangkutan, APAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil

Page 64: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 63 alih fungsi dan peranan yang digariskan dalam Akta 715 berkaitan pengangkutan awam

darat.

Secara ringkasnya fungsi utama berkaitan pembangunan sektor pengangkutan awam

darat yang dinyatakan dalam Akta 715 boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu

fungsi dasar dan fungsi operasi perkhidmatan. Fungsi-fungsi utama yang merangkumi mod

pengangkutan jalan dan rel atau kereta api ini termasuklah:

(i) menggubal, membangunkan dan mengawal selia pelaksanaan dasar

bagi pengangkutan awam darat negara;

(ii) melesenkan pengendali atau operator yang menyediakan

perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam, kenderaan

pelancongan, pengendali perkhidmatan kenderaan barangan dan skim

kereta api;

(iii) melesenkan terminal pengangkutan awam darat;

(iv) mengkaji, merangka dan menyediakan skim penentuan harga bagi

kesesakan lalu lintas kawasan;

(v) mengkaji, merancang dan menyediakan laluan-laluan perkhidmatan

pengangkutan awam;

(vi) mengkaji dan menetapkan tambang pengangkutan penumpang,

barangan serta jadual perjalanan pengangkutan perkhidmatan awam;

(vii) menguatkuasakan semua peraturan peruntukan-peruntukan di bawah

Akta 715 bagi mod jalan dan rel;

(viii) mempertimbangkan dan meluluskan permohonan pembukaan skim

kereta api baharu selain daripada mempertimbangkan dan memantau

kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian

skim kereta api; dan

(ix) melaksanakan siasatan ke atas sebarang kemalangan yang

melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan skim kereta api.

Susulan daripada pembubaran SPAD, semua fungsi-fungsi berkaitan pembentukan,

perancangan, gubalan dan kawal selia, pelaksanaan Dasar Pengangkutan Awam Darat

melibatkan mod jalan dan mod rel akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan.

Perkara ini adalah selaras dengan skop, fungsi dan tanggungjawab semua kementerian

kerajaan sedia ada. Di samping itu agihan fungsi ini akan berupaya meningkatkan aspek

keberkesanan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan.

Page 65: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 64

APAD pula akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi sebagai agensi

kawal selia ekonomi atau, dengan izin, economic regulator ke atas sektor pengangkutan

awam darat merangkumi fungsi operasi, perkhidmatan mod jalan dan mod rel. Fungsi operasi

ini termasuklah melesenkan pengendali dan penyelia perkhidmatan pengangkutan barangan

dan pengangkutan awam, mempertimbangkan, meluluskan dan mengawal selia

pembangunan dan pengoperasian skim kereta api serta menetapkan kadar tambang serta

jadual operasi pengangkutan awam.

JPJ pula akan diberi kuasa untuk melaksanakan semua fungsi penguatkuasaan

termasuk mengeluarkan saman dan kompaun dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah

mod jalan iaitu pematuhan syarat pelesenan dan pematuhan peraturan bagi perkhidmatan

pengangkutan awam mod jalan. Pelaksanaan fungsi ini oleh JPJ akan menambah baik aspek

penguatkuasaan memandangkan liputan penguatkuasaan JPJ yang lebih meluas serta

mengelakkan persepsi terdapatnya pertindihan fungsi agensi-agensi penguatkuasaan di atas

jalan.

JPJ juga akan turut diberi kuasa untuk menyediakan perkhidmatan permohonan

pelesenan di kaunter JPJ yang melibatkan permohonan pelesenan pengendali perkhidmatan

pengangkutan penumpang, pelancongan dan barangan. Perkara ini adalah bagi

mengelakkan wujudnya dua entiti yang menyediakan perkhidmatan kaunter di lapangan.

Bagi merealisasikan hala tuju dan agihan fungsi ini secara amnya semua rujukan

kepada suruhanjaya di dalam Akta 715 akan dipinda seperti berikut:

(i) peruntukan-peruntukan yang sebelum ini memberi kuasa kepada

suruhanjaya untuk membuat peraturan di bawah Akta 715 akan dipinda

dan diberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas

pengangkutan; dan

(ii) peruntukan-peruntukan yang sebelum ini memberi kuasa kepada

suruhanjaya untuk melaksanakan dan menguatkuasakan fungsi-fungsi

pentadbiran dan operasi serta peruntukan di bawah Akta 715 akan

dipinda dan akan diberikan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat, Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat,

Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan pegawai-pegawai

pengangkutan awam darat.

Agihan kuasa seperti ini adalah bertujuan memelihara dan mengekalkan aspek kawal

selia kerajaan ke atas agensi pelaksananya. Di samping itu ketetapan ini akan memastikan

Page 66: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 65 semua peraturan yang akan dibangunkan kelak akan memastikan kebajikan orang ramai

adalah terjaga, di samping mengambil kira keperluan perniagaan oleh operator dan

pengendali dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan.

Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 ini akan

mengandungi 83 fasal yang menerangkan pindaan-pindaan terlibat dan saya ringkaskan 83

fasal ini seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa

rang undang-undang.

Fasal 2 menerangkan pindaan-pindaan am dan berulang yang melibatkan pelbagai

seksyen dalam Akta 715 susulan pembubaran SPAD di mana semua rujukan kepada

suruhanjaya dipinda kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kecuali dalam

seksyen-seksyen yang dinyatakan dalam fasal 2.

Fasal 3 meminda seksyen 2, Akta 715 bagi memasukkan beberapa takrifan baharu

susulan pembubaran SPAD termasuk meminda rujukan Menteri kepada Menteri

bertanggungjawab kepada pengangkutan, takrifan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat, takrifan Pegawai Pengangkutan Awam Darat serta memansuhkan beberapa takrifan

sedia ada termasuk takrifan suruhanjaya.

Fasal 4 memansuhkan Bab 1 Bahagian II melibatkan seksyen 3, 4 dan 5, Akta 715,

susulan pembubaran SPAD. Seksyen-seksyen yang terlibat menerangkan fungsi SPAD

sebagai satu badan berkanun, seksyen-seksyen ini tidak diperlukan lagi apabila SPAD

dibubarkan dan fungsi diambil alih oleh satu agensi bertaraf jabatan dan fungsi yang

dinyatakan adalah merupakan fungsi-fungsi yang sedia ada dan konvensional bagi satu

jabatan kerajaan termasuk aspek pembentukan dasar serta sebarang rancangan induk

berkaitan pengangkutan awam darat negara.

Fasal 11 memansuhkan seksyen 15, Akta 715 kerana seksyen ini hanya diperlukan

bagi melindungi kepentingan SPAD sebagai satu badan berkanun. Ia menerangkan

keperluan entiti kerajaan lain untuk mengadakan perbincangan dengan SPAD dalam urusan

berkaitan penetapan harga mengenai kesesakan lalu lintas. Apabila APAD sebagai satu

jabatan kerajaan mengambil alih fungsi SPAD, maka ketetapan ini tidak lagi diperlukan dan

semua entiti kerajaan akan merujuk kepada Kementerian Pengangkutan dan APAD di dalam

perkara-perkara berkaitan di bawah Akta 715.

Page 67: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 66

Fasal 38 meminda seksyen 111, Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk

membuat peraturan mengenai standard prestasi berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan

dan kemudahan kereta api oleh pengendali perkhidmatan berkenaan.

Fasal 45 meminda seksyen 149, Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk

membuat peraturan berkaitan pengeluaran notis kemalangan melibatkan perkhidmatan

pengangkutan awam.

■1500

Fasal 46, memansuhkan Bahagian VII, Akta 715 kerana bahagian ini hanya

diperlukan untuk SPAD sebagai satu badan berkanun sahaja. Bagi satu agensi kerajaan

bertaraf jabatan, segala urusan berkaitan dengan pengurusan pelanggan dan penyelesaian

pertikaian akan diuruskan berdasarkan kepada pekeliling, peraturan dan tatacara berkaitan

pengurusan pelanggan yang berkuat kuasa seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh

jabatan atau Kementerian Kerajaan yang lain.

Fasal 47, meminda Bahagian VIII, Akta 715 dipinda susulan kepada pembubaran

SPAD di mana kuasa untuk mempertimbangkan semula semua keputusan operasi berkaitan

permohonan, pembaharuan dan pembatalan lesen yang dibuat oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat adalah kini diletakkan di bawah kuasa Menteri.

Pindaan ke atas bahagian ini akan memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik

suatu Jawatankuasa Rayuan untuk mendengar dan menyediakan cadangan ke atas rayuan

yang diterima. Menteri akan membuat keputusan berdasarkan kepada syor oleh

Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan ini akan ditubuhkan dan diurusetiakan di

Kementerian Pengangkutan.

Fasal 55, meminda seksyen 215, Akta 715 dengan menggantikan perenggan sedia

ada dengan perenggan baharu bagi menerangkan skop, fungsi dan bidang tanggungjawab

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menyediakan hala tuju, memberi arahan,

membuat kawalan, dan mengawal selia semua perkara berkaitan Pengangkutan Awam Darat

di bawah bidang kuasa Akta 715.

Pindaan ini juga menerangkan bahawa kuasa dan tanggungjawab Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta 715 boleh dilaksanakan oleh Timbalan Ketua

Pengarah, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan

Awam Darat.

Fasal 56, mewujudkan seksyen baharu seksyen 215A bagi memberi kuasa kepada

Menteri untuk melantik pegawai dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pengangkutan

Page 68: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 67 Awam Darat bagi melaksanakan peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta 715. Pegawai

Pengangkutan Awam Darat yang dilantik akan melaksanakan semua fungsinya dengan

mematuhi semua hala tuju arahan, kawalan dan penyeliaan daripada Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat.

Fasal 74, meminda seksyen 241(2), Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Pegawai

Pengangkutan Awam Darat dan Pegawai Pengangkutan Jalan untuk menjalankan

pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 715. Pindaan ini bertujuan

meningkatkan keberkesanan aspek penguatkuasaan dan mengelakkan tunggakan kes di

mahkamah.

Fasal 75, memansuhkan seksyen 247 dan seksyen 248, Akta 715 kerana semua hasil

yang dikutip oleh agensi kerajaan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan. Selain itu, fungsi pelaporan yang dinyatakan di bawah seksyen 248 hanya

bersesuaian untuk SPAD sebagai satu badan berkanun. Fungsi pelaporan adalah merupakan

satu fungsi biasa bagi jabatan kerajaan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam satu akta

sebagai satu fungsi khusus agensi berkenaan.

Fasal 76, menerangkan mengenai penomboran semula seksyen 170 dalam akta asal

kepada seksyen 249A dan mewujudkan satu seksyen baharu iaitu seksyen 249B. Seksyen

249A, adalah bertujuan melindungi kebajikan penumpang dengan memastikan semua

pengendali perkhidmatan pengangkutan awam akan dipertanggungjawabkan ke atas

sebarang kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang walaupun

terdapat kontrak yang diadakan sebelum perkhidmatan menidakkan obligasi berkenaan.

Seksyen 249B pula memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi kuasa pada

mana-mana orang untuk melaksanakan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

berkaitan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam,

kenderaan pelancongan dan barangan, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan

pembukaan kereta api serta pengumpulan bayaran dan caj di bawah Akta 715.

Tujuan pemberian kuasa ini adalah untuk memberi ruang kepada Menteri untuk

menambah baik prestasi, produktiviti, kualiti dan keberkesanan penyediaan perkhidmatan

atau menambahbaik pengurusan kewangan agensi dengan melantik lain-lain pihak untuk

melaksanakan fungsi terlibat apabila langkah-langkah berkenaan diperlukan di masa

hadapan.

Page 69: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 68

Fasal 77 dan fasal 78, meminda seksyen 252 dan seksyen 253, Akta 715 bertujuan

menetapkan kuasa untuk membuat peraturan di bawah Akta 715 sekarang adalah terletak di

bawah bidang kuasa Menteri sahaja.

Fasal 81, memansuhkan seksyen 256, seksyen 257 dan seksyen 258, Akta 715.

Seksyen 256 dimansuhkan kerana kuasa-kuasa membuat peraturan susulan pembubaran

SPAD hanya terletak di bawah bidang kuasa Menteri.

Manakala seksyen 257 dan seksyen 258 dimansuhkan kerana seksyen ini hanya

diperlukan oleh SPAD sebagai sebuah badan berkanun bagi melindungi pegawai-pegawai

lantikan SPAD di bawah Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 serta perlindungan

daripada guaman dan prosiding undang-undang dalam melaksanakan fungsi awam.

Fasal 82, menyatakan bahawa apa-apa sahaja tindakan, kelulusan, garisan panduan

atau arahan yang telah dibuat adalah terus berkuat kuasa selepas pembubarannya dan

diambil alih atau diteruskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat. Begitu juga

bagi perkara-perkara yang melibatkan lesen yang telah dikeluarkan, permohonan-

permohonan yang sedang dalam proses, sebarang tindakan atau prosiding mahkamah yang

telah dimulakan dan sedang berjalan, sebarang obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman

sebelum SPAD dibubarkan akan terus sah dan akan berkuat kuasa selepas pembubarannya

dan diambil alih atau diteruskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Selain daripada itu, semua baki wang yang ada atau yang perlu dibayar ke Kumpulan

Wang Pengangkutan Awam Darat akan dipindahkan kepada kerajaan apabila rang undang-

undang ini dikuatkuasakan.

Fasal 83, menyatakan mengenai pembatalan apa-apa dasar dan perancangan

termasuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang telah disediakan oleh

SPAD.

Susulan pembubarannya fungsi pembentukan dan penggubalan dasar berkaitan

Pengangkutan Awam Darat Negara akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan.

Sebarang input berkaitan dasar atau rancangan induk yang telah disediakan oleh SPAD akan

diambil alih dan akan disatukan ke dalam Dasar Pengangkutan Negara yang sedang

dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah

merupakan pindaan kecil yang bersifat editorial, dengan izin, dan consequential dengan izin,

susulan kepada pembubaran SPAD.

Page 70: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 69

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia, saya dengan

rendah diri dan rendah hati memohon supaya rang undang-undang yang telah dibentangkan

dapat diluluskan oleh Dewan yang mulia ini demi merealisasikan aspirasi kerajaan dalam

membangunkan Sektor Pengangkutan Awam Darat ke arah perkhidmatan yang lebih cekap,

berkesan dan menyeluruh.

Kejayaan dalam membangunkan Sektor Pengangkutan Awam Darat akan akhirnya

dapat menyumbang kepada meningkatkan dan menambah baik tahap kesejahteraan, kualiti,

serta taraf hidup masyarakat di samping menjadi platform untuk menyokong kepada kejayaan

pembangunan ekonomi negara Malaysia yang kita cintai ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada

sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah

suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua

sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ada tiga orang Yang Berhormat Senator yang hendak

bahas. Kalau ada sesiapa lagi yang hendak tambah boleh saya terima lagi ya.

Saya mula dengan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, dipersilakan.

3.09 ptg.

Datuk Rabiyah binti Ali: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberikan izin kepada

saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

2018. Sebagaimana kandungan pindaan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Pengangkutan, Fasal 83 rang undang-undang ini telah menzahirkan

bahawa semua dasar dan perancangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam

Darat dimansuhkan dan dibatalkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri setelah lebih lapan tahun SPAD

diwujudkan, terdapat dua iaitu Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara dan

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat bagi Lembah Klang dan Kuala Lumpur

Page 71: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 70 dikeluarkan untuk menyusun pembangunan pengangkutan awam darat untuk memenuhi

keperluan pengguna dan golongan B40.

■1510

Dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat di Lembah Klang dan Kuala

Lumpur, kerajaan menumpukan terhadap program transformasi perkhidmatan teksi

berpandukan perkhidmatan bas Rapid, KTMB, LRT, MRT dan monorail bagi menangani

masalah kesesakan lalu lintas dan mengurangkan tahap pelepasan gas karbon di bandar

utama Lembah Klang. Bagi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara pula, ia

menekankan kepada aspek teras dan memastikan kemapanan perkhidmatan rel, bas dan

teksi memenuhi keperluan rakyat dalam memastikan obligasi sosial kepada golongan

berpendapatan rendah, terus diberi keutamaan dalam pembangunan negara.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri berhubung

perkara ini. Apakah dengan pembatalan rancangan induk ini, Kerajaan Pakatan Harapan

akan mengkaji semula pendekatan lebih holistik dalam pembangunan pengangkutan awam,

agar isu kesesakan jalan raya, pelepasan gas karbon dan akses pengangkutan merangkumi

golongan kurang upaya dan individu berpendapatan rendah diberikan keutamaan?

Apakah kesan ke atas pasaran modal dan ekuiti yang mana langganan bon-bon atau

sukuk Islamik yang diterbitkan bagi membiayai pembangunan sektor pengangkutan awam

negara terus terjamin dan memastikan pulangan yang diunjurkan, tidak terjejas? Bagaimana

kerajaan merancang bagi mengurangkan subsidi petroleum dan meningkatkan sumbangan

ke atas Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam apabila rancangan induk yang dibuat

SPAD dibatalkan dan kerajaan akan merancang semula Dasar Pembangunan Pengangkutan

Awam Darat yang baru.

Pada pindaan akta ini, sidang Dewan Negara sebelum ini, kerajaan meminta Akta

Pengangkutan Awam Darat ini, ingin memastikan perkhidmatan e-hailing di sektor

perkhidmatan teksi dan kereta e-hailing akan memberi sinar baru dalam sistem pengangkutan

awam negara. Kita masih mendengar rungutan dan keluhan pemandu-pemandu teksi kerana

perkhidmatan e-hailing ini masih lagi mempunyai kekangan, yang mana ianya perlu ditangani

secara holistik dengan mengambil kira kepentingan pemandu teksi yang telah diberikan

permit bertahun-tahun lamanya, diberikan perhatian khusus.

Soalan saya. Apakah dengan pindaan akta ini nasib dan kebajikan pemandu-

pemandu teksi akan terus diberikan perhatian dan bantuan sebagaimana mereka mendapat

insentif dan bantuan sebelum ini? Bagaimanakah status migrasi pemandu-pemandu teksi

Page 72: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 71 yang beroperasi secara konvensional kepada perkhidmatan e-hailing dan apakah peranan

yang akan dimainkan Kementerian Pengangkutan agar seluruh negara dapat mengguna

pakai perkhidmatan e-hailing dengan meningkatkan infrastruktur dan kerangka kerja kawal

selia dan penguatkuasaan.

Akhir kata, saya mohon agar Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan yang

lebih serius untuk memastikan sistem pengangkutan awam darat ini benar-benar

memanfaatkan rakyat tanpa membataskan perubahan landskap politik kini. Kerajaan perlu

menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam secara berkesan,

agar semua laluan bandar besar, pinggir bandar dan laluan sosial luar bandar diberikan

perhatian sewajarnya dalam dasar baru Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Dan saya minta pula Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris. Silakan.

3.14 ptg.

Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi

Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dan menyokong langkah kerajaan untuk

memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (SPAD) kepada Akta

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan 2018 (APAD 2018)). Ini kerana ia memberikan kuasa

serta peruntukan penting kepada Ketua Pengarah APAD supaya dapat melaksanakan tugas

agensi dengan berkesan. Langkah ini akan membawa kebaikan kepada kerajaan dan rakyat

di mana walaupun akta berkenaan dibubarkan, agensi yang akan ditubuhkan itu tetap

berfungsi seakan SPAD, tetapi pada masa yang sama menjimatkan belanja pentadbirannya.

Kami amat yakin pelantikan seorang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

akan mampu merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat negara khususnya

berkaitan perkhidmatan Transit Aliran Masa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), rel dan

sistem bas yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, pengangkutan awam yang efisien bukan sahaja memudahkan

rakyat, tetapi juga menjadi faktor pada perkembangan dan pembangunan ekonomi rakyat dan

negara. Pengangkutan awam yang efisien juga akan mengurangkan kemalangan jalan raya,

menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan setimpal selain menjimatkan masa.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan tugas Ketua Pengarah APAD juga amat jelas

dalam perkara 215(1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bertanggungjawab bagi

Page 73: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 72 arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubung dengan

pengangkutan awam darat di bawah akta ini. Berkaitan ini, saya mencadangkan agar saman

had laju dilakukan oleh hanya satu agensi sahaja iaitu melalui JPJ sahaja dengan tugas

APAD yang semakin efektif dan efisien.

Bahagian trafik polis hendaklah digugurkan tugas mereka melakukan saman.

Maksudnya, saman had laju Tuan Yang di-Pertua. Sama ada di lebuh raya atau Jalan

Persekutuan dan negeri. Ini kerana bimbang ia bertindih tugas, selain mendapat bantahan

daripada rakyat. Dengan APAD ini dipertingkatkan fungsinya dan dengan bahagian

penguatkuasaan JPJ semakin berkembang dan efisien, tugas saman maksudnya saman had

laju, sama ada melalui kamera tetap yang dipasang di lebuh raya atau perangkap had laju,

hendaklah dikendalikan oleh JPJ sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, soalannya. Siapa pula yang akan mengawasi arahan, perintah,

kawalan dan pengawasan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah berkenaan? Apakah tugas

Menteri atau ketetapan dan peruntukan tertentu dalam agensi bagi menyekat

penyalahgunaan kuasa dan juga menarik perhatian dalam perkara 215A(1) ialah Menteri

boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi

maksud melaksanakan peruntukan akta ini. Sementara mereka yang dilantik oleh Menteri,

pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah

menjalankan kuasanya.

Yakni, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipan dengan mematuhi

arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

yang dinyatakan secara lisan dan bertulis oleh beliau. Maksudnya, oleh Ketua Pengarah.

Sekali lagi, kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam begitu penting dalam melalui akta

ini.

Diharapkan penguatkuasaan, pengawasan dan kawal selia terhadap Ketua Pengarah

dan semua pegawai APAD dilaksanakan dan dipatuhi. Malah, peruntukan di mana

seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan berhubung

dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen, boleh merayu

kepada Menteri melalui peruntukan 177(1) melalui akta ini dihormati.

Melalui 178(1), Menteri boleh sebagaimana yang difikirkannya patut melantik satu

jawatankuasa rayuan untuk menimbangkan rayuan di bawah seksyen 12D, 27,45 dan 62 rang

undang-undang 16.

Page 74: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 73

Tuan Yang di-Pertua, selain itu struktur organisasi dan perjawatan dalam APAD

pastinya akan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yakni JPA akan

membuahkan hasil yang lebih baik. Berkaitan ini, walaupun dikatakan penjimatan akan

berlaku, JPA pula perlu meneliti dan menilai peranan Ketua Pengarah APAD berkenaan yang

sudah pasti mempunyai tugas yang berat dengan menyediakan imbuhan yang setimpal dan

dinaikkan, dinilaikan sebaik-baiknya.

■1520

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks fungsi dan kuasa APAD pula, kita amat yakin

kementerian akan menilai dan meneliti peranan agensi itu sama ada daripada segi

perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat seperti yang pernah

dibuat oleh SPAD. Mungkin apa yang dilakukan oleh SPAD sekarang ini akan diserap dalam

APAD.

Walau bagaimanapun, persoalan atau bidang yang masih kabur dan perlukan

pencerahan ialah apakah penguatkuasaan, pengendalian dan pengeluaran lesen kenderaan

swasta atau perdagangan ini benar-benar dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ) sepenuhnya. Dengan cadangan pelaksanaan melalui akta baharu, di mana

permohonan lesen atau hendak bayar lesen, semuanya melalui kaunter JPJ. Tidak akan ada

lagi kaunter berasingan dan akan memudahkan pelanggan. Selain daripada itu, dengan

penstrukturan semula itu, beberapa akta perlu dipinda dan dimansuhkan.

Satu lagi perkara ialah APAD juga akan terbabit dengan pemprosesan lesen

kenderaan perdagangan tetapi kaunter servis akan diletakkan di bawah JPJ. Apakah bidang

kuasa mereka hanya tertakluk di Semenanjung Malaysia sahaja? Kita mohon pencerahan

dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Jemaah Menteri sudah bersetuju iaitu dua

agensi yang memproses permohonan lesen kenderaan perdagangan termasuk lori dan bas

iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak yang

sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia kini akan diletakkan di bawah

Kementerian Pengangkutan. Soalan saya, kenapa sedemikian.

Selain daripada itu, melalui pindaan Akta SPAD 2010 [Akta 714] dimansuhkan

sementara Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] akan dipinda untuk memberi

kuasa kepada Kementerian Pengangkutan, APAD dan JPJ. Sementara Akta Pengangkutan

1987 [Akta 333] juga akan dipinda untuk diberi kuasa kepada JPJ. Kita mohon penjelasan

Page 75: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 74 selanjutnya daripada kerajaan mengenai perkara ini untuk mengetahui sejauh manakah ia

akan menguntungkan rakyat.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Walau bagaimanapun, saya menyokong akta ini dibubarkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali dan

kalau ada sesiapa lagi hendak berucap, saya beri peluang.

Ketiga, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul.

3.23 ptg.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya

memulakan perbahasan saya, saya ingin mengambil peluang mengucapkan kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat Senator dan rakyat yang beragama Islam, ‘Selamat Menyambut Tahun Baru’

dalam kalendar Islam iaitu 1440 Hijrah. Salam Maal Hijrah kepada semua... [Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Ucapan terima kasih saya juga ucapkan kepada Tuan Yang

di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam perbahasan Rang

Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

Secara ringkasnya, RUU ini membawa kepada tertubuhnya Agensi Pengangkutan

Awam Darat atau dikenali sebagai APAD. Ditubuhkan bagi mengambil alih dan

melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan pengangkutan awam darat yang sebelum ini

dilaksanakan oleh SPAD. Umum sudah mengetahui apabila kerajaan baharu iaitu Pakatan

Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, maka banyak dasar dan polisi

kerajaan terdahulu akan dikaji dan dirombak. Ini merupakan sebahagian daripada program

transformasi inisiatif kerajaan sekarang yang telah banyak membuat pertimbangan daripada

segi penjimatan kos dan memansuhkan polisi dan kerja urus yang membazir.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak terkecuali daripada perkara ini.

Apabila kerajaan sudah membuat pengumuman untuk memansuhkan SPAD dan digantikan

dengan APAD, ramai suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan. Pelbagai tohmahan

telah dilemparkan tetapi kita tidak boleh menafikan tadbir urus pengangkutan awam darat

harus dipertingkatkan bagi menjamin kemudahan pengangkutan awam darat lebih teratur,

efisien dan selamat untuk semua rakyat jelata. Dalam kata lain, penubuhan APAD iaitu Agensi

Pengangkutan Awam Darat yang berperanan merancang pembangunan sektor

Page 76: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 75 pengangkutan awam darat negara merupakan langkah ke hadapan menggantikan tadbir urus

sistem yang lama.

Sekiranya kita meneliti, SPAD dilihat telah mengambil alih kuasa daripada

Kementerian Pengangkutan dan mengumpulkan kuasa-kuasa yang berkaitan dengan

pengangkutan awam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini bukan satu trend yang sihat dan

sangat wajar dihentikan bagi melihat kepada banyaknya agensi yang diletakkan di bawah

Jabatan Perdana Menteri.

Maka dengan itu, saya lihat dengan adanya penyelarasan ini, kuasa seharusnya

diletakkan kembali di bawah Kementerian Pengangkutan dan diselaraskan dengan model

pengangkutan yang lain dan bukannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri

terutamanya yang melibatkan dengan pengurusan sistem pengangkutan awam darat.

Langkah kerajaan yang drastik ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memberi

perkhidmatan yang baik untuk rakyat. Syabas diucapkan kepada kementerian dan juga

kerajaan.

Maka dengan itu, soalan pertama saya kepada Menteri, kenapa perlu

memperkenalkan sistem pada pentadbiran pertama Pakatan Harapan. Adakah kementerian

akan mengadakan siri kempen dan roadshow, dengan izin dalam memberikan penerangan

kepada rakyat kenapa harus perlunya dengan segera dibubarkan SPAD dan menggantikan

pula dengan APAD? Ini kerana ada pihak yang mengatakan kerajaan baharu ini hanya

membuat rebranding, dengan izin, by agency yang sudah ditubuhkan di bawah Kerajaan

Barisan Nasional yang lalu. Dalam erti kata lain, platform sudah pun disediakan oleh kerajaan

dahulu, kerajaan baharu ini dikatakan hanya menukar nama sahaja. Saya rasa perkara ini

harus diperjelaskan oleh pihak kementerian.

Maka Menteri Pengangkutan juga pernah berkata, bahawa langkah ini merupakan

antara pelan penstrukturan semula suruhanjaya tersebut bagi mengurangkan kos dan

memastikan tiada pertindihan tugas dengan jabatan lain terutamanya Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ). Dikatakan juga bahawa pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD) dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun.

Saya ingin bertanya, adakah sebarang kos yang harus ditanggung oleh kerajaan dalam

menubuhkan agensi baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada isu yang berkaitan dengan

kakitangan dan pegawai SPAD selepas pembubaran SPAD yang baru kita luluskan. Saya

rasa ramai yang telah membangkitkan mengenai perkara ini. Apa tidaknya kakitangan

Page 77: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 76 suruhanjaya itu secara keseluruhan merangkumi kakitangan tetap, kakitangan kontrak selain

pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad. Kebanyakan

mereka dikatakan akan diserapkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi bukan

semua kakitangan itu adalah kakitangan penguatkuasaan.

Cuma kenapa saya timbulkan isu ini adalah kerana baru-baru ini, saya ada terbaca di

satu laman sosial bahawa hanya seramai 42 orang sahaja kakitangan daripada 350 pegawai

kelas pertengahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bakal diserap. Manakala bagi

jawatan kelas bawahan, hanya 178 orang pegawai penguat kuasa SPAD yang akan

menerima tugas baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada 400 orang pegawai

sedia ada di suruhanjaya berkenaan.

■1530

Tindakan ini dikatakan bertentangan dengan langkah penstrukturan semula yang

diumumkan oleh Menteri Pengangkutan. Maka, dengan itu saya ingin bertanya, adakah

sebarang kebenaran mengenai perkara ini atau ini sekadar, dengan izin, fake news yang di

bawa oleh pihak yang ingin memburukkan hasrat murni kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, terdahulu kita melihat ada dua kaunter berbeza bagi

pengurusan pengangkutan awam, tidak kira sama ada untuk permohonan permit, lesen dan

pengendali jalan kenderaan barangan. Rakyat sebenarnya keliru apabila ada dua kaunter

berbeza iaitu SPAD dan JPJ. Wujud dua entiti yang menyediakan perkhidmatan kaunter.

Kini, semua perkara ini diselaraskan di bawah satu kaunter sahaja iaitu kaunter JPJ. Tiada

kaunter berasingan JPJ dan SPAD selepas penstrukturan. Walau bagaimanapun, saya ingin

bertanya mengenai di negeri Sabah. Adakah ini berbeza atau urusan kaunter di bawah LKAP

atau JPJ? Saya fikir perkara ini harus diperhalusi oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Lembaga

Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak. Ini kerana selepas SPAD

dimansuhkan, LPKP Sabah dan Sarawak masih kekal ada. Ini kerana SPAD sebelum ini

hanya berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia sahaja. Ini tidak melibatkan Sabah dan

Sarawak. Maka, walaupun SPAD ini dimansuhkan, LPKP Sabah dan Sarawak masih kekal

kerana mereka ditadbir dalam akta yang berlainan.

Saya ingin tahu, bagaimana struktur organisasi dan pengurusan dapat dijalankan?

Adakah perlu dipinda sebarang peraturan untuk menyelaraskan segala urusan koordinasi,

perancangan dan pelaksanaan Dasar Pemberian Lesen dan Penguatkuasaan akan

diselarikan dalam Kementerian Pengangkutan? Harus diingat juga, bahawa LPKP Sabah

Page 78: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 77 dan Sarawak supaya mereka juga memainkan peranan untuk meningkatkan pengangkutan

awam darat di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu subsidi di bawah agensi

ini. Adakah agensi ini juga akan bertanggungjawab mengenai isu subsidi pengangkutan

awam darat? Kita ambil contoh kadar tambang, fi atau saman yang dikenakan. Beberapa

kadar tambang yang dikenakan adalah berasaskan kepada subsidi oleh kerajaan. Saya ingin

tahu, perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, RapidKuantan, RapidPenang,

RapidKL, MyBus dan MRT melibatkan subsidi. Berapakah jumlah subsidi yang diberikan oleh

kerajaan? Langkah ini dapat membantu rakyat dan menggalakkan rakyat untuk

menggunakan pengangkutan awam apabila kadar tambang yang dikenakan tidak mahal,

maka ia tidak akan membebankan rakyat.

Menyentuh mengenai bas Rapid dan tambang, saya ingin bertanya kepada

kementerian mengenai perancangan masa hadapan bagi kemudahan bas Rapid di negeri

Sabah. Bagi mengurangkan kesesakan trafik di Kota Kinabalu, Sabah, kerajaan mewujudkan

Sistem Bas Rapid Transit (BRT). Sistem BRT ini menggunakan laluan khas dan dilaksanakan

menerusi konsep perkongsian awam swasta dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak

RM2 bilion.

Katanya, projek ini bakal membabitkan dua fasa dengan jajaran sepanjang 44

kilometer. Fasa 1 iaitu laluan pertama Kepayan-KotaKinabalu-Inanam sejauh 15 kilometer

akan dilaksanakan dahulu dengan kos sebanyak RM1 bilion. Adakah ia akan diteruskan?

Sekiranya dilaksanakan, bagaimanakah kaedah operasi dan pengurusan BRT ini? Adakah

agensi ini juga akan terlibat dalam memudahkan urusan dan pengendalian BRT?

Tuan Yang di-Pertua, semua negara di dunia, khususnya bandar-bandar utama

mempunyai dasar menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Saya hendak tahu,

adakah kementerian ini akan memberikan penjelasan tentang dasarnya berkaitan

pengangkutan awam, khususnya meningkatkan peratusan penumpang ataupun masyarakat

yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak atau pergi ke

tempat kerja dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian.

Kita tidak mahu kereta persendirian digunakan semakin bertambah dan menyebabkan

kesesakan lalu lintas, menyebabkan carbon emissions, dengan izin, pencemaran dan

sebagainya. Adakah kementerian mempunyai satu hala tuju yang jelas tentang masa depan

pengangkutan awam dalam negara kita? Mengenai perkara yang sama, saya ingin

menyentuh mengenai hala tuju pengangkutan di negeri Sabah.

Page 79: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 78

Perkara ini merupakan perkara yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam

manifestonya. Saya ingin cadangkan agar perancangan ini dibuat dengan teliti agar

pembangunan pengangkutan awam darat dapat dilaksanakan dengan teliti dan terancang.

Soalan saya, apakah dasar hala tuju pembangunan masa hadapan bagi pengangkutan awam

darat di negeri Sabah? Apakah mekanisme perancangan yang dapat dibuat sekiranya kita

luluskan rang undang-undang ini? Nyatakan juga bentuk kerjasama yang dapat dibentuk di

antara kementerian ini dengan kementerian lain bagi membangunkan pengangkutan awam

darat di Sabah?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam APAD ini, agensi ini juga bertanggungjawab

dalam mengeluarkan lesen-lesen pengangkutan syarikat. Saya ingin menjurus kepada van

pelancongan di Sabah. Ini kerana perkara ini saya bangkitkan di dalam perbahasan Titah

Diraja pada baru-baru ini. Dalam kita membangunkan pelancongan di Sabah, aspek van

pelancong juga harus diambil kira. Sekiranya di bawah Kementerian Pelancongan akan

mengurus urusan promosi van pelancongan, adakah di bawah APAD perkara ini diutamakan?

Adakah diberikan sebarang bantuan dan insentif ataupun subsidi bagi van pelancong di

Sabah? Sekiranya ada, maka saya mohon kepada kementerian bagi menambahkan lagi

kemudahan syarikat van pelancongan di Sabah setanding dengan negara jiran kita di

Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu yang

serius yang harus kementerian dengan teliti iaitu kadar kemalangan di negara kita Malaysia,

tidak kira di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kadar kemalangan di negara kita masih di

tahap yang membimbangkan. Kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam melibatkan

banyak perkara, antaranya struktur jalan itu sendiri dan juga kita tidak boleh menolak faktor

kenderaan awam itu sendiri.

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa saya ingin

menyarankan supaya kita memberi perhatian kepada keselamatan penumpang-penumpang

yang menggunakan perkhidmatan awam. Sebagai contoh, bas ekspres terutamanya di mana

kita lihat banyak sangat kemalangan yang berlaku kebelakangan ini dan ini melibatkan bas-

bas ekspres. Kebanyakan daripada kemalangan-kemalangan ini adalah- saya gunakan

istilah ‘yang mengerikan’, di mana kita lihat penumpang-penumpang mengalami kecederaan-

kecederaan yang begitu serius sekali.

Namun, kita juga tidak boleh menolak aduan bahawa pemandu-pemandu bas ini

adalah pemandu yang mempunyai kaitan atau sabitan kesalahan lampau. Kebanyakan

Page 80: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 79 mereka apabila diuji untuk ujian saringan air kencing, di dapati positif dadah. Jadi, saya

menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga anggota-anggota yang sedia

ada, mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan keselamatan penumpang-penumpang

yang menggunakan bas ekspres sentiasa terjamin.

Saya juga ingin menekankan mengenai faktor kenderaan awam itu sendiri. Sebagai

contoh, alat-alat ganti kenderaan yang dijual di bengkel-bengkel kenderaan, kebanyakannya

adalah alat ganti palsu. Adakah kementerian sedar akan perkara ini? Adakah perkara ini di

bawah tanggungjawab APAD? Sekiranya ya, apakah langkah yang boleh diambil agar

bengkel-bengkel kenderaan tidak menjamin alat ganti kenderaan palsu bagi keselamatan

pengguna jalan raya keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai fasal 75, bagi memansuhkan

seksyen 247, dan seksyen 248, Akta 715 iaitu mengenai semua hasil yang dikutip oleh agensi

kerajaan hendaklah dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Disatukan dan bukan ke dalam

tabung khas di agensi yang terdahulu. Saya yakin pihak kementerian akan menjamin

ketelusan dalam penyaluran hasil kutipan dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Soalan saya cuma satu sahaja, adakah Menteri akan membuat pengumuman atau

membentangkan laporan tersebut kepada umum? Ini kerana ramai yang ingin tahu mengenai

perbezaan hasil kutipan semasa adanya SPAD dan dengan tertubuhnya APAD yang baharu

ini.

■1540

Selain daripada itu, mengenai fasal 47 untuk meminda Bahagian VIII, Akta 715 dipinda

susulan kepada pembubaran SPAD di mana kuasa untuk mempertimbangkan semula semua

keputusan operasi berkaitan permohonan, pembaharuan dan pembatalan lesen yang dibuat

oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat adalah kini diletakkan di bawah kuasa

Menteri.

Pindaan ke atas Bahagian VIII akan memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik

satu jawatankuasa rayuan untuk mendengar cadangan ke atas rayuan yang diterima di mana

Menteri akan membuat keputusan berdasarkan kepada syor oleh jawatankuasa rayuan.

Jawatankuasa rayuan ini akan ditubuhkan dan diurusetiakan di Kementerian Pengangkutan.

Saya ingin tahu komposisi jawatankuasa rayuan ini dan adakah ia juga melibatkan negeri

Sabah dan negeri Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, walaupun pembubaran SPAD dan

penubuhan APAD ini tidak diuar-uarkan ketika kempen PRU yang lepas tetapi ia

Page 81: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 80 menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan bahawa

walaupun ia bukan janji 100 hari tetapi kerajaan akan melaksanakannya demi kebaikan dan

kepentingan sektor pengangkutan awam.

Saya cukup percaya bahawa langkah ini akan membolehkan sektor pengangkutan

terutamanya pengangkutan awam darat akan berubah ke arah perkhidmatan yang lebih

cekap, berkesan dan menyeluruh. Ini lantas dapat menyumbang kepada peningkatan dan

menambah baik kesejahteraan kualiti serta taraf hidup masyarakat di samping menjadi

platform yang menyokong kepada kejayaan pembangunan ekonomi negara Malaysia yang

kita cintai ini.

Maka dengan kata-kata itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya Rang

undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lucas

Umbul.

Saya sekarang pula minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Silakan.

3.42 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Kamarudin Jaffar]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali,

Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris dan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas

Umbul di atas ucapan-ucapan yang kita dengar sebentar tadi.

Saya bersyukur bahawa kita berada dalam satu Dewan yang mulia ini yang mana

pada saya jelas menunjukkan bahawa semua Yang Berhormat Senator khususnya yang

ucapan-ucapan yang diberikan tadi adalah Yang Berhormat Senator yang memberikan

keutamaan kepada pembangunan negara kita dan tidak langsung melibatkan politik-politik

sempit, kalau boleh saya katakan dengan maaf, yang mungkin berlaku di tempat-tempat yang

lain. Jadi, tahniah.

Saya akan cuba menjawabnya dan dalam Yang Berhormat Senator sekalian

menyokong, di samping menyokong, begitu banyak soalan-soalan yang dikemukakan. Saya

akan cuba memberikan penjelasan yang semampunya dan sekali lagi, jika tidak berjaya dan

tidak lengkap, saya harap kita minta supaya pegawai-pegawai melalui saya akan

menyampaikan maklumat-maklumat yang lebih terperinci yang mungkin tidak termampu

untuk kita sediakan dalam Dewan yang mulia ini pada masa ini.

Page 82: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 81

Bermula secara umumnya dengan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti

Ali dan mungkin ketiga-tiga Yang Berhormat Senator tadi. Sekali lagi saya ingin jelaskan

bahawa kita di Kementerian Pengangkutan mempunyai perancangan-perancangan yang

melibatkan masa depan hala tuju pengangkutan awam negara sebagai satu daripada isu

utama yang dirancang oleh kementerian ini.

Mungkin saya dapat maklumkan bahawa lebih kurang dua minggu yang lalu, kita

menghidupkan semula apa yang dipanggil Majlis Pengangkutan Awam Negara dengan

mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri yang dihadiri

oleh mereka yang terlibat dalam bidang pengangkutan awam dan yang dilibatkan juga ialah

Exco-Exco yang berkaitan dengan pengangkutan awam daripada seluruh negeri-negeri

dalam Malaysia ini termasuk negeri-negeri yang dikuasai atau kerajaannya ialah parti

pembangkang seperti Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah dan Sarawak.

Jadi ini adalah suatu penjelasan yang umum yang bermaksud untuk menjelaskan

bahawa isu berkaitan dengan masa depan hala tuju pengangkutan awam negara diambil

berat oleh kementerian ini dan kita melibatkan semua pihak, semua kerajaan negeri tanpa

kita menganaktirikan mana-mana pihak. Secara umumnya begitu, Tuan Yang di-Pertua,

dasar kita untuk menambah baik dan memajukan sektor perkhidmatan awam demi kebajikan

rakyat kita di bandar ataupun di luar bandar, kaya ataupun miskin.

Khusus berkaitan dengan penubuhan SPAD dan pembubaran rancangan

pengangkutan awam darat yang dipanggil Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat

Negara (RIPAD). Apabila SPAD dimansuhkan, secara tidak langsung pelan rancangan atau

dasar yang SPAD bangunkan akan turut dimansuhkan iaitu pergi bersama-sama dengan

SPAD.

Namun begitu, mansuh bukan bermaksud dibuang atau tidak diguna pakai langsung.

Sebarang perancangan yang telah dibangunkan oleh SPAD akan diambil kira dan disatukan

dalam Dasar Pengangkutan Negara supaya menjadi lebih menyeluruh dan berkait rapat

antara satu sama lain. Dalam hubungan ini, ia akan turut mengambil kira isu-isu semasa

seperti kawalan alam sekitar dan sebagainya.

Berkaitan dengan isu kebajikan pemandu-pemandu teksi, seperti yang telah saya

sebutkan dalam rang undang-undang sebelum ini, apa yang telah dilakukan ialah bahawa

pada Julai 2018, kerajaan telah memperkenalkan peraturan-peraturan yang membolehkan

teksi dan e-hailing berada di atas satu, dengan izin, level playing field dengan perkhidmatan

Page 83: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 82 e-hailing dengan penyeragaman tempoh pemeriksaan jenis kenderaan yang digunakan,

keperluan mendapatkan lesen PSV dan sebagainya.

Lain-lain inisiatif akan terus kita fikirkan untuk memastikan bahawa pemandu teksi,

kebajikan mereka, akan menjadi sebaik-baiknya dan tidak rugi dengan wujudnya e-hailing

yang merupakan suatu perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak dapat lagi kita nafikan

kewujudan mereka, sebaliknya kita perlu iktiraf mereka, beri panduan kepada mereka, kawal

mereka dan pastikan mereka tidak dijadikan suatu perkhidmatan yang merugikan pemandu-

pemandu teksi yang akan juga kita bantu supaya mereka dapat keuntungan atau peluang

keuntungan yang sama dan mereka juga akan mendapat layanan yang sama sepertilah kita

layan pemandu e-hailing, begitu jugalah kita layan pemandu-pemandu teksi yang tradisional

ini.

Berkaitan saman had laju oleh satu agensi sahaja dan supaya PDRM digugurkan

daripada membuat speed trap, Kementerian Pengangkutan mengambil berat akan syor yang

telah dikemukakan. Sebagai permulaan, kementerian sedang mengkaji untuk

menyeragamkan SOP antara JPJ dan PDRM dalam proses saman had laju termasuk

menyeragamkan kaedah dan penetapan kadar saman. Perkara ini masih dalam

perbincangan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Berkaitan dengan siapakah yang akan memantau Ketua Pengarah APAD dan

pegawai-pegawainya, yang akan memantaunya adalah Ketua Setiausaha Kementerian

(KSU) dan kementerian itu sendiri yang kemuncaknya dengan Menteri. Ketua Pengarah

APAD dan semua pegawainya adalah sebagai pegawai-pegawai kerajaan tertakluk kepada

semua syarat kerja pegawai-pegawai dan peraturan pegawai-pegawai awam.

Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Razali seterusnya,

kenapa LPKP Sabah dan Sarawak- dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk

Dr. Lucas- diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Ini adalah bagi memastikan dan

menambah baik aspek perancangan dasar, pelaksanaan dan keseragaman pembangunan di

Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.

■1550

Penerapan ataupun dipindahkan LPKP daripada JPM kepada Kementerian

Pengangkutan ini, boleh saya sebutkan berlaku lebih awal daripada rang undang-undang ini

lagi. Jadi ini dari satu sudut adalah menunjukkan bahawa kerajaan baharu ini adalah

konsisten dalam prosesnya untuk memastikan bidang tugas yang berkaitan diletakkan

Page 84: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 83 semuanya di bawah satu kementerian dalam kes pengangkutan awam, di bawah

Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan bidang kuasa APAD dan JPJ dalam pelesenan di Sabah dan Sarawak. Bagi

urusan pelesenan di Sabah dan Sarawak adalah di bawah lembaga LPKP tadi, diletakkan di

bawah Kementerian Pengangkutan bagi memudahkan koordinasi perancangan dan

pembangunan dasar yang melibatkan pengangkutan di bawah satu bumbung dan demi

memperkukuh tadbir urus berkenaan dengan pengangkutan awam seluruh negara, pelan

pengangkutan awam.

Berkaitan dengan yang disebut tadi roadshow berkenaan dengan pembatalan

ataupun pembubaran SPAD dan penubuhan APAD, adakah ia hanya rebranding dan apakah

kos penubuhan APAD. Inisiatif ini bukan sahaja menukar nama sebagaimana Yang

Berhormat bayangkan tadi tetapi untuk menambah baik aspek perancangan, pembangunan

dan penguatkuasaan apabila semua agensi yang berkaitan pengangkutan diletakkan di

bawah Kementerian Pengangkutan.

Kos utama yang ditanggung oleh kerajaan masih diteliti dan dibincangkan dengan

SPAD, Kementerian Kewangan dan JPA. Kos penjimatan sebagaimana Yang Berhormat

Senator sebutkan tadi ialah hampir RM40 juta kos operasi bulanan dijimatkan melalui

perubahan ini.

Isu dalam blog mengenai kakitangan yang akan dilantik dalam peringkat pertengahan

dan bawahan. Angka-angka yang Yang Berhormat Senator sebutkan tadi setakat yang kita

tahu secara rasminya masih belum ada dan jika ia berlaku sudah tentu ia akan umumkan.

Walaupun begitu, saya boleh membayangkan bahawa saya tidak fikir jumlah yang akan

dilantik dan diserapkan sebegitu kecil peratusannya sebagaimana Yang Berhormat Senator

tanya tadi. Akan tetapi ini akan kita pastikan sebab tidak ada lagi apa-apa yang muktamad

berkaitan dengan itu sehinggalah kita selesai kelulusan rang undang-undang ini di peringkat

Parlimen dan di peringkat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong.

Subsidi kepada pengangkutan awam dibangkitkan tadi. Seperti yang dinyatakan

sebelum ini, subsidi-subsidi yang telah diberikan sebelum ini akan diteruskan semula tetapi

juga sebahagiannya akan dikaji semula bagi menilai kembali kesan dan keuntungannya

kepada rakyat. Oleh sebab kita terpaksa mengakui keadaan ekonomi negara amat terhad

sekarang ini, oleh itu kajian ini untuk memastikan ia benar-benar memberi keuntungan

kepada rakyat.

Page 85: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 84

Berkaitan dengan dasar pengangkutan awam Sabah dan Sarawak serta projek seperti

bas Rapid Transit yang dibangkitkan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan akan

mengadakan perbincangan dan engagement dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan

Sarawak dalam membangunkan sektor pengangkutan awam dan di kedua-dua negeri yang

terbabit agar selari dengan tahap pembangunan di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna

ialah bahawa kita akan pastikan bahawa tahap pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak

akan dipastikan ia adalah selari dan sama dengan tumpuan yang kita berikan kepada negeri-

negeri di Semenanjung Malaysia ini.

Berkaitan LPKP sekali lagi berfungsi sebagai pengawal selia bagi kenderaan

pengangkutan awam darat. Pihak Kementerian Pengangkutan sememangnya merancang

supaya fungsi LPKP ini merangkumi penyeliaan dan pembangunan kepada pengangkutan

awam darat di Sabah dan Sarawak sama seperti yang dilaksanakan oleh SPAD sebelum ini

dan APAD selepas ini di Semenanjung Malaysia. Perancangan ke arah memastikan bahawa

LPKP di Sabah dan Sarawak sekarang ini berada di bawah Kementerian Pengangkutan

berfungsi dengan semaksimumnya adalah dalam perancangan aktif yang kementerian

sedang lakukan.

Laporan berkaitan dengan wang yang disatukan sama ada ia akan dimaklumkan atau

tidak, saya yakin ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan paling tidak, ia sudah

tentu ada dalam laporan kewangan negara yang dibentangkan tiap-tiap tahun bersekali

dengan pembentangan belanjawan negara. Walaupun begitu, kesemua kutipan yang dikutip

oleh SPAD sebelum ini dibawa ke pihak kerajaan dan segala kutipan yang akan dibuat oleh

APAD akan disalurkan kepada wang kumpulan awam yang disatukan tadi.

Komposisi jawatankuasa rayuan yang akan dilantik oleh Menteri. Yang Berhormat

Menteri boleh melantik dua atau lebih orang untuk menganggotai jawatankuasa rayuan.

Keahlian tidak dihadkan atau dirujuk atau dikhususkan kepada mana-mana pihak agensi atau

negeri. Maknanya itu adalah kuasa Menteri dan Yang Berhormat Menteri tidak terhad,

maknanya kita pun boleh memberi sumbangan pandangan, pendapat tentang siapa yang

selayaknya untuk berada dalam jawatankuasa rayuan tersebut.

Berkaitan dengan isu penting kemalangan jalan raya. Mengenai faktor-faktor Yang

Berhormat Senator sebutkan tadi, faktor kenderaan awam itu sendiri, faktor struktur jalan

Yang Berhormat Senator sebutkan tadi- isu keselamatan jalan raya dipandang dengan berat

oleh Kementerian Pengangkutan dan kita ada jabatan khusus sebagaimana Yang Berhormat

Page 86: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 85 Senator tahu, MIROS yang sentiasa memberikan laporan tentang apa-apa sekalipun

kemalangan yang besar, penting, yang perlu kementerian dimaklumkan.

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan akan meningkatkan aspek-aspek

promosi, advoksi dan penguatkuasaan merentasi dan melibatkan agensi-agensi seperti JPJ,

JKJR dan MIROS sebagaimana saya sebutkan tadi untuk terus mengkaji dan memberikan

ulasan dan memberikan cadangan kepada kementerian bagaimana kemalangan-

kemalangan khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan awam seperti bas-bas ekspres

itu dapat kita kurangkan, kalau tidak pun menghindarkan sepenuhnya daripada berlaku.

Berkaitan dengan alat-alat kereta palsu, ini bukan di bawah bidang kuasa

Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan dengan isu van pelancong di Sabah, cadangan ini baik dan akan diambil

perhatian serta kita cuba untuk lihat bagaimana untuk menggalakkan van pelancongan di

negeri Sabah itu.

Berkaitan dengan keselamatan penumpang bas ekspres, dalam usaha memastikan

keselamatan penumpang melibatkan bas ekspres, JPJ telah melakukan pemeriksaan teknikal

bas dan pemandu di terminal-terminal sepanjang masa termasuk meletakkan pegawai JPJ di

terminal. Pemeriksaan tersebut juga dibuat secara rawak di RNR dan di Lebuhraya PLUS

dan lebuh raya-lebuh raya lain seperti LPT di Pantai Timur. Ini termasuk membuat

penyamaran dalam bas dan sebagainya. Maknanya termasuk pegawai yang menyamar dan

menjadi penumpang bas untuk memastikan kita dapat memahami sepenuhnya apakah

tindakan yang dilakukan oleh pemandu dan juga syarikat-syarikat bas ekspres ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya dapat jawab dan saya berterima kasih sekali lagi

di atas peluang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli

Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan

sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 83 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-

undang]

Page 87: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 86

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang

ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin)

dan diluluskan]

■1600

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kini adalah hari terakhir sesi

Parlimen di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas Persidangan

Dewan Negara 2018, yang telah berlangsung selama sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, pelbagai spekulasi timbul mengenai Rang Undang-undang

Cukai Jualan dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018. Namun apa yang jelas

ialah Dewan yang mulia ini bukan tempat untuk kita mempraktikkan politik kejumudan. Semua

rang undang-undang yang sama ada diluluskan atau tidak, membuktikan hanya satu perkara

penting iaitu bahawasanya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini hanya mempunyai satu

kepentingan iaitu untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara... [Dewan

tepuk]

Saya pasti ini akan memperhebatkan lagi keyakinan rakyat terhadap Sistem

Demokrasi Berparlimen negara kita. Kita berkata tentang Demokrasi Berparlimen, teringat

saya kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen

yang pertama pada tahun 1959. Dengan izin, I quote, His majesty said, “The Constitution of

the Federation of Malaya our charter of rights and liberties is now finally and completely

incorporation with establishment of Parliament, and Malaya had dedicate itself to the Principle

Parliamentary Democracy”

Saya pasti kita kana bersama-sama untuk mempertahankan kemuliaan Dewan yang

mulia ini serta mempertahankan prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen dengan menjalankan

amanah yang dipertanggungjawabkan dengan betul. Apa yang jelas ialah kestabilan dan

kemantapan politik di bawah Sistem Demokrasi Berparlimen bergantung kepada Ahli-ahli

kedua-dua Dewan yang mulia Parlimen Malaysia.

Dengan izin, the character, the strength and the success of any legislative institution

will fundamentally depend on the attitude of its Members to their responsibilities.

Malahan Ahli-ahli Dewan ini memikul tanggungjawab yang lebih besar kerana kita

adalah ahli badan legislative tertinggi negara seperti mana yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan. Apabila setiap Ahli memahami, memelihara dan mendukung

Page 88: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum

DN 12.9.2018 87 prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen, saya percaya malahan cukup yakin kesejahteraan

rakyat dan kepentingan tanah air akan selalu terjamin dalam proses penggubalan undang-

undang negara.

Oleh yang demikian, harapan saya dalam sidang-sidang Dewan Negara yang akan

datang, kualiti dan cara perbahasan akan dipertingkatkan, dan saya ingin menegaskan di sini

untuk setiap Ahli wajib patuh kepada Peraturan Mesyuarat Dewan yang mulia ini supaya

Dewan ini selalu dan sentiasa dihormati.

Sebelum saya menangguhkan Dewan, penghargaan diucapkan kepada warga kerja

Parlimen terutamanya Setiausaha Dewan Negara serta pegawai dan kakitangan Bahagian

Pengurusan Dewan Negara yang komited dalam menentukan kelancaran persidangan

Dewan.

Akhir sekali, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari seluruh negara yang akan kembali

ke kampung halaman masing-masing, saya doakan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan

selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1440 kepada umat Islam.

Dengan kata-kata ini, saya tangguhkan Dewan ini sehingga satu tarikh yang tidak

ditetapkan.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang]