resepi laksa utara

7
LAKSA PENANG Bahan-bahan Untuk Stock Ikan 10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin 5 keping asam keping Air secukupnya untuk merebus ikan Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih. Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih. Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan. Masukkan juga asam keping

Upload: faizul-haslan-abu-hassan

Post on 10-Sep-2015

73 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

teknik menyediakan laksa utara

TRANSCRIPT

LAKSA PENANG

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin5 keping asam kepingAir secukupnya untuk merebus ikan

Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol

Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.Masukkan juga asam kepingKemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.

Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.10 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus

Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikanAir tulang ikanAir isi ikanIsi ikan yang di ramas kasarPes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)2 kuntum bunga kantan ~ di belah 27 keping asam keping1 inc lengkuas ~ di hiris1 mangkuk daun kesum1 sudu besar pes udang atau petis1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap!Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.

Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.

Dah siap pun kuah laksa kita, mudah aje kan membuatnya.Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini

Bahan utamanya mestilah laksa berasJika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.Bila dah lembut angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.

Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

1 kg laksa beras yang telah di rebus1 pokok daun salad ~ di hiris1 ikat daun pudina ~ di hiris1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)1 batang timun ~ di hiris mancis1 labu bawang besar ~ di hiris1/2 biji nenas ~ di racik halustelur rebus ~ di belah 4Limau kasturi1 kuntum ~ bunga kantan di hiris1 batang cili merah ~ di hiriscili padi secukupnya ~ di hiris halus

RESEPI LAKSA UTARA

Jumlah Hidangan :5 orang makanBahan-Bahan: 1 bungkus laksa beras 1 kg ikan kembung 1 sudu besar belacan 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4 1 ikat daun kesum 4 keping asam keping gula dan garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus: 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus 50g ikan bilis, rendam seketika 2 biji bawang besar 8 biji bawang merah 6 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan: 5 biji telur, direbus 2 biji bawang besar, hiris nipis 1 batang timun, hiris nipis Limau nipis, di potong 1 ikat daun selom cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan: Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.