delikuens juvenil

40
1 Nagathisen Katahenggam naga_my@yahoo. com 1.0 Pengenalan. Keutuhan sistem tradisi dalam kehidupan harian remaja menjadi semakin rapuh pada masa kini. Perhubungan dalam masyarakat, keluarga, sekolah dan pekerjaan yang melalui tahap transisi menjadi lebih sukar dijangka dan lebih mencabar. Perubahan dalam struktur masyarakat, persaingan dalam sektor pekerjaan, penekanan kecemerlangan akademik merupakan antara faktor- faktor yang menyebabkan seseorang remaja menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Remaja masa kini mempunyai akses kepada lebih banyak peluang, yang baik dan buruk. Malangnya, kebanyakan peluang yang digunapakai menjurus kepada aspek negatif seperti penyalahgunaan dadah dan lumba haram. Konflik- konflik ini seterusnya melahirkan masalah sosial yang dikategorikan sebagai delinkuensi juvana. Masalah yang sering dikaitkan dengan juvana adalah seperti keganasan terhadap orang lain, vandalisme, mencuri dan perilaku lain yang melanggar undang-undang. Golongan yang

Upload: nagathisen-katahenggam

Post on 15-Jun-2015

1.373 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

1.0 Pengenalan.

Keutuhan sistem tradisi dalam kehidupan harian remaja menjadi semakin rapuh

pada masa kini. Perhubungan dalam masyarakat, keluarga, sekolah dan pekerjaan

yang melalui tahap transisi menjadi lebih sukar dijangka dan lebih mencabar.

Perubahan dalam struktur masyarakat, persaingan dalam sektor pekerjaan,

penekanan kecemerlangan akademik merupakan antara faktor-faktor yang

menyebabkan seseorang remaja menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Remaja masa kini mempunyai akses kepada lebih banyak peluang, yang baik dan

buruk. Malangnya, kebanyakan peluang yang digunapakai menjurus kepada aspek

negatif seperti penyalahgunaan dadah dan lumba haram. Konflik-konflik ini

seterusnya melahirkan masalah sosial yang dikategorikan sebagai delinkuensi

juvana.

Masalah yang sering dikaitkan dengan juvana adalah seperti keganasan terhadap

orang lain, vandalisme, mencuri dan perilaku lain yang melanggar undang-undang.

Golongan yang sering menjadi sasaran remaja bermasalah juga adalah remaja lain

yang berada dalam lingkungan umur yang sama.

1.1 Definisi Juvana

United Nations Convention of the Rights of Children 1989 mendefinisikan juvana

sebagai ,

Page 2: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

“All human beings under the age of 18, unless the relevant national laws

recognise an earlier age of majority”

Di Malaysia definisi ini diperincikan dalam Akta Mahkamah Juvana 1947 (Seksyen 2

yang menyebut bahawa,

“kanak-kanak” bermaksud seseorang di bawah umur empat belas tahun

manakala “orang muda” ertinya seseorang yang telah mencapai umur empat

belas tahun dan di bawah umur lapan belas tahun. Akta ini juga

memperuntukkan, ““juvana” ertinya seseorang yang telah mencapai umur

bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun

Keseksaan dan di bawah umur lapan belas tahun”. (Umur bagi

tanggungjawab jenayah menurut seksyen 82 Kanun Keseksaan adalah 10

tahun.)

2.0 Definisi Delinkuens Juvenil

Delinkuens Juvenil dipecahkan kepada dua kategori oleh Klaus Boehnke and

Dagmar Bergs-Winkels (2002). Kategori pertama yang diutarakan adalah

“kewujudan kumpulan penentang” atau “oppositional groups” dalam masyarakat.

Page 3: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Konflik wujud antara kumpulan ini yang terdiri dari juvana dan masyarakat dewasa

akibat dari keinginan golongan muda untuk menunjukkan status dewasa mereka.

Contohnya seperti salahlaku merokok dan memandu tanpa lesen dapat dilihat

sebagai simbol kematangan seseorang dan juvana yang mempraktikkan perilaku

tersebut akan menganggap dirinya sebagai sudah mencapai status dewasa. Juvana

juga akan cenderung untuk membuat provokasi terhadap masyarakat dengan

melakukan penentangan yang melanggar norma-norma yang diterima masyarakat

seperti mengukir grafiti didalam bas atau melukis simbol kumpulan di tempat awam.

Kategori kedua pula membawa teori bahawa juvana sebenarnya melakukan

perbuatan yang normal, dilakukan dan diterima oleh masyarakat tetapi berlaku

secara tersirat. Matza (1964 ) seperti dipetik oleh Klaus Boehnke and Dagmar

Bergs-Winkels, memberi contoh seperti kelakuan penipuan dalam perniagaan,

nepotisme dan keganasan sebagai perilaku yang normal dalam masyarakat kapitalis

barat tetapi tidak berlaku secara terang akibat dari kewujudan peraturan dan

kepercayaan kepada prinsip-prinsip seperti keadilan dan kesaksamaan. Juvana pula

tidak terikat kepada peraturan dan prinsip-prinsip ini sebagaimana orang dewasa.

Albert Roberts (2004) pula memetik definisi delinkuens remaja yang dibuat oleh US

Children's Bureau. Kriteria yang dinyatakan adalah :

Juvenile deliquency cases are those referred to courts for acts defined in the

statutes of the State as the violation of a state law ... by children or youth of

Page 4: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

juvenile court age, or for conduct so seriously antisocial as to interfere with

the rights of others or to menace the welfare of the delinquent himself...

Bukan semua juvana yang mempamerkan ciri-ciri permasalahan dilabel sebagai

delinkuen, remaja yang kadang-kadang terlibat dengan pergaduhan atau salah

faham lain biasanya akan dianggap sebagai mempamerkan perilaku biasa seorang

remaja. Hanya jika kesalahan sebegini sering dilakukan masyarakat akan melabel

seseorang juvana sebagai delinkuen atau remaja bermasalah.

2.1 Ciri-Ciri Salahlaku Juvana.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan beberapa ciri-ciri yang biasa

wujud dalam perilaku salahlaku juvana seperti:

i. Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau pihak berkuasa

ii. Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah

iii. Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan suka bermusuhan

iv. Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan lemah pencapaian akademik

v. Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan kurang akur kepada kemahuan

masyarakat

vi. Datang daripada keluarga yang mempunyai stres yang tinggi, mengalami

kepincangan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan

mempunyai sejarah penyakit mental

Page 5: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

vii. Kurang perasaan empati dan suka mendesak

3.0 Permasalahan Juvana di Malaysia

Salahlaku juvana di Malaysia telah wujud sekian lama tetapi menjadi lebih serius

pada masa sekarang. Menurut pemerhatian Azizi Hj. Yahaya, (2000), permasalahan

pada waktu dahulu hanya terdiri dari kesalahan ringan seperti ponteng kelas, tidak

membuat tugas sekolah, tiada kekemasan diri, melawan guru atau jenayah ringan

lain seperti merokok, vandalisme namun sejak kebelakangan ini jenayah yang lebih

serius seperti rogol, membunuh, berzina dan meragut dikaitkan dengan juvana.

Nasimah Husin (2005) mengkategorikan delinkuensi juvana di Malaysia kepada dua

jenis iatu “kelakuan yang bertentangan dengan undang-undang dan boleh didakwa”

dan “kesalahan status”. Jenis pertama iatu “kelakuan yang bertentangan dengan

undang-undang” termasuklah kes ragut, curi motor, gangsterisme dan jenayah berat

lain seperti pembunuhan dan rompakan. “Kesalahan status” pula mempunyai dua

cabang ; remaja yang tidak dapat dikawal oleh keluarga seperti yang cenderung

untuk lari dari rumah dan juvana yang terlibat dalam masalah moral seperti bohsia,

pelacuran dan penzinaan.

3.1 Statistik Tingkahlaku Devian

Page 6: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mengeluarkan Indeks

Belia Malaysia sebagai “…satu instrumen yang dibina untuk memantau

perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia…”.

Kajian dibuat dari sampel nasional yang mengambil kira agihan dari segi gender,

kaum, kategori umur dan juga kawasan tempat tinggal.

Jadual 1.1

Sumber : IPPBM 2009

Jadual 1.1 menunjukkan Indeks Tingkahlaku Devian pada tahun 2008. Didapati

terdapat peningkatan minima dengan skor 0.4 berbanding dengan tahun 2006.

Analisa dari indikator domain tingkah laku ini mendapati terdapat pertambahan

Page 7: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

dalam belia yang membaca bahan lucah dan belia yang suka melepak. Secara

keseluruhannya, penurunan dapat dilihat dalam skor belia yang mengaku tidak

melakukan tingkah laku devian dalam kajian tersebut.

Jadual 1.2

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009)

Page 8: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Jadual 1.2 menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah mengikut

negeri dari tahun 2005-2007. Kes yang dilaporkan dilihat menaik secara mendadak

setiap tahun. Jumlah kes yang dicatatkan di negeri-negeri dengan kadar urbanisasi

tinggi yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau

Pinang dan Johor adalah 46.5% dari keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun

2007. Kepadatan penduduk, kos hidup tinggi dan tekanan sosial yang lebih di

kawasan urbanisasi tinggi menyebabkan masalah sosial juvana lebih tertumpu di

kawasan tersebut dari negeri-negeri lain.

Jadual 1.3

Jumlah Kes Jenayah Juvana Mengikut Gender Dari Tahun 2005-2007

Page 9: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009)

Perbezaan besar dapat dilhat antara jumlah kes melibatkan pesalah lelaki dan

perempuan. Pada tahun 2006, seramai 5432 juvana lelaki terlibat dalam kesalahan

berbanding 523 pesalah perempuan. Data pada tahun 2007 juga tidak menunjukkan

perubahan yang ketara, hanya 673 pesalah juvana perempuan terlibat dalam

jenayah berbanding dengan 6090 pesalah lelaki. Remaja perempuan secara amnya

terlindung dari pendedahan kepada jenayah kerana terdapat lebih kawalan dan

sekatan terhadap mereka terutamanya dari keluarga. Perempuan juga tertakluk

kepada norma sosial yang diterima masyarakat seperti kegusaran untuk keluar

seorang diri pada waktu malam dan masyarakat kurang memberi toleransi akan

kelakuan yang menyimpang dari kebiasaan. Sifat keagresifan pula adalah sinonim

Jum

lah

Kes

Tahun

Page 10: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

dengan simbol kelelakian dalam masyarakat kuasa baka (patriarchal society) dan

juvana lelaki lebih cenderung untuk menonjolkan sifat tersebut.

Jadual 1.4

Perangkaan Jenayah Juvana Negeri Kedah 2007-2008

Sumber : PDRM

Jadual 1.4 menunjukkan Jenayah yang dilakukan oleh juvana di negeri Kedah bagi

tahun 2007 dan 2008. Jenayah kecurian dalam bangunan mencatatkan jumlah yang

* Maklumat tidak lengkap

Page 11: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

tinggi, 385 kes pada tahun 2007. Jenayah seksual seperti mencabul kehormatan

menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda pada tahun 2008 begitu juga jenayah

membawa cedera parah yang meningkat mendadak.

Jadual 1.5

Sumber : Nasimah Husin (2005)

Analisa berdasarkan kumpulan umur yang terlibat dalam jenayah menunjukkan

juvana berumur 16-18 tahun merangkumi 46% dari keseluruhan salahlaku juvana

dan telah meningkat sebanyak 31.5% dari tahun 2002 hingga 2003. Bagi golongan

Page 12: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

juvana muda, kanak-kanak yang berumur 7-12, trend kenaikan kes jenayah juga

merisaukan, terdapat peningkatan 33.6% dari tahun 2002 hingga 2003.

Apa yang jelas dari jadual tersebut adalah terdapat peningkatan dalam kebanyakan

jenis jenayah yang dilakukan oleh juvana dan peningkatan yang merisaukan adalah

dalam kes jenayah berat termasuk rompakan, mencederakan orang lain dan

jenayah pecah rumah. Peratus juvana di Malaysia yang dijangka meningkat akan

meningkatkan lagi jumlah jenayah yang berlaku di Malaysia

4.0 Faktor-Faktor Berlakunya Delinkuensi Juvana

Setiap aspek pemberontakan yang ditunjukkan oleh juvana adalah disebabkan oleh

faktor-faktor yang dialami oleh mereka dalam kehidupan harian. Transformasi dari

kehidupan kanak-kanak ke alam dewasa memberi cabaran kepada juvana,

perubahan dalam diri dan pemikiran akan menyebabkan remaja mengalami konflik

dalam kehidupan. Remaja pada masa transformasi ini akan cuba untuk mendapat

satu identiti diri untuk menempatkan mereka dalam suatu golongan masyarakat dan

mempraktikkan norma-norma yang diterima oleh golongan masyarakat tersebut.

Contohnya seperti remaja cenderung untuk membentuk klik-klik mereka sendiri

dengan nilai-nilai sama antara mereka.

Intensiti permasalahan yang melibatkan juvana juga berbeza berdasarkan negara

dan kawasan. World Youth Report (2003) melaporkan bahawa terdapat ikatan

Page 13: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

antara kemerosotan ekonomi dan peningkatan kadar kes jenayah juvana di seluruh

dunia. Jenayah juvana juga turut dilapor dalam kadar yang paling tinggi dalam

kawasan “urban poor” atau bahagian paling miskin dalam bandar-bandar besar,

kanak-kanak yang membesar dalam suasana sebegini dan terdedah kepada

keganasan cenderung untuk terlibat dalam jenayah yang lebih serius ketika remaja

dan dewasa.

Dr Azizi Hj Yahya (2000) telah mengetengahkan lima faktor utama yang dapat

dikaitkan sebagai penyebab permasalahan remaja di Malaysia. Impak persekitaran

sekolah, , pengaruh rakan sebaya, faktor ekologi keluarga, media massa dan

internet merupakan faktor-faktor yang diutarakan. Antara faktor lain yang

dikenalpasti adalah urbanisasi dan isolasi.

4.1 Impak dari Sekolah

Antara sebab pemberontakan remaja boleh dikaitkan dengan suasana yang

dihadapi oleh mereka di sekolah. Menurut Robert D. Crutchfield, George Bridges,

Joseph G. Weis (2000:269), perhubungan pelajar dengan sekolah adalah seperti

hubungan kekeluargaan yang memerlukan aspek penerimaan dan hormat-

menghormati. Pelajar-pelajar yang lemah di sekolah akan merasakan diri mereka

“detached” dari sekolah kerana tidak dapat mengikuti arus perjalanan pembelajaran

dan mula mempersoalkan autoriti sekolah terhadap diri pelajar tersebut. Pelajar-

pelajar ini akan hilang minat dalam pendidikan ketika di dunia persekolahan dan

Page 14: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

melihat diri mereka sebagai mencapai status dewasa dan mula menunjukkan minat

terhadap perkara-perkara yang sering dikaitkan dengan kematangan seperti

merokok, menunggang motosikal tanpa lesen dan sebagainya. Percubaan dari

pihak sekolah untuk menasihati atau mempengaruhi pelajar-pelajar tersebut sukar

berkesan akibat dari perasaan pelajar itu sendiri yang telah mengambil pendekatan

negatif terhadap sekolah dan melihat dirinya bukan lagi sebahagian dari arus aliran

persekolahan.

Peraturan dan undang-undang yang ditekankan di sekolah juga tidak mudah

diterima oleh semua pelajar. Pada zaman transisi remaja ke dewasa, berlaku

perubahan minda dan remaja akan mula menunjukkan minat terhadap penampilan

diri mereka seperti mengikuti trend fesyen terkini. Kekakangan peraturan sekolah

terhadap kebebasan pelajar memilih imej diri membawa kepada provokasi pelajar

terhadap sistem tersebut. Contoh yang dapat diambil adalah peraturan mengenai

gaya rambut pelajar, sesetengah sekolah terutamanya sekolah aliran Cina

menekankan kepada standard gaya rambut hampir botak bagi semua pelajar,

remaja yang tidak setuju dengan prinsip keseragaman ini akan melawan peraturan

tersebut dan sanggup diambil tindakan. Pelajar-pelajar ini akan menolak percubaan

untuk menghalang mereka dari mempunyai identiti sendiri dengan apa cara

sekalipun.

Page 15: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Tekanan pembelajaran, peperiksaan dan tekanan guru terhadap pelajar turut

membawa kepada agitasi pelajar. Sistem persekolahan Malaysia yang ketika ini

berorientasikan peperiksaan menyebabkan sesetengah pelajar murung dan

mengalami stres apabila tidak dapat mencapai kecemerlangan yang dikehendaki.

Pelajar-pelajar ini akan tercicir dan mula memonteng kelas atau lebih serius seperti

bunuh diri akibat kecewa dengan keputusan peperiksaan seperti SPM.

4.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Remaja mudah terpengaruh dengan perbuatan dan tingkah-laku rakan sebaya. Ini

boleh dikaitkan dengan usaha juvana berkaitan untuk membentuk identiti diri.

Menurut Karen Heimer (2007), “...association with an aggressive peer group is a

primary cultural context in which youths learn violent definitions...” . Sumber utama

idea untuk berkelakuan delinkuen di kalangan juvana datang dari remaja sebaya

sendiri. Contohnya dalam satu klik dimana seorang ahli pernah terlibat dalam kes

kecurian, juvenil itu akan mempengaruhi ahli-ahli lain untuk terlibat dengan jenayah

tersebut. Ahli kumpulan yang tidak berminat dalam kelakuan jenayah akan terbawa

untuk mengikut perlakuan itu untuk kekal dalam kumpulan dan diterima yang lain.

Antara gejala sosial remaja yang sering menjadi isu adalah lumba motosikal haram,

kelompok juvana yang terlibat dengan gejala ini dipanggil “Mat Rempit”, Firdaus

Abdullah ( 2009, April 30), melihat fenomena ini sebagai “...satu sympton (gejala)

atau petanda daripada penyakit sosial yang lebih besar...”. Gejala ini yang bermula

Page 16: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

sebagai kumpulan lumba motosikal haram telah mula terlibat dalam jenayah seperti

ragut dan keganasan di jalan raya. Analogi berkaitan pengaruh kumpulan terhadap

pembentukan niat keganasan dalam individu juvana dapat dilihat disini. Ahli-ahli

baru yang pada awalnya berminat dalam lumba haram akan turut serta dengan

perilaku jenayah yang dilakukan oleh kumpulan “mat rempit” ini agar tidak

diasingkan.

Juvana yang membesar didalam situasi ketidakstabilan keluarga juga melihat klik

rakan sebaya sebagai sokongan dan simbol keutuhan. World Youth Society, 2003

mendapati kumpulan delinkuen juvana bertindak sebagai “counterbalance” atau

penyimbang kekurangan yang wujud pada diri remaja itu dalam keluarga atau

sekolah. Kumpulan yang wujud mempunyai aspek yang tidak sama dan wujud

sebagai sintesis nilai-nilai yang terdapat dalam golongan dewasa dan yang

diperkenalkan oleh dunia hiburan yang telah disesuaikan dengan budaya tempatan.

Nilai-nilai yang terbentuk ini adalah disebabkan oleh kehendak juvana itu sendiri

untuk mewujudkan hubungkait dengan komuniti yang dilihat sebagai tidak menerima

mereka.

Dalam kumpulan sebegini juga, seseorang juvana boleh membentuk diri mereka,

mencari identiti dan belajar akan aspek kepemimpinan. Walaupun pada dasarnya

kumpulan ini memberi peluang kepada remaja bermasalah untuk mempunyai suatu

ruang yang selamat dan sesuai untuk belajar nilai-nilai dunia, namun keterlibatan

Page 17: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

kumpulan sebegini dalam pemberontakan terhadap sistem masyarakat dan jenayah

lain memberi konotasi negatif terhadap nilai-nilai yang dipelajari. Klik-klik sebegini

banyak terlibat dalam vandalisme, membuat grafiti di tempat awam dan membentuk

kumpulan lumba motosikal haram.

4.3 Faktor Ekologi Keluarga

Keluarga sebagai asas pembentukan sahsiah pembentukan manusia memainkan

peranan penting dalam menentukan halatuju seseorang. Juvana dari keluarga yang

bermasalah atau kedudukan sosial rendah mempunyai kemungkinan yang lebih

besar untuk terjebak dalam jenayah dan tingkahlaku delinkuens yang lain. Mengikut

Karen Heimer (1997) lagi, ibu bapa dari keluarga kelas bawahan yang terlibat dalam

pekerjaan kolar biru bertugas dalam situasi yang menekankan kawalan majikan dan

peraturan yang tegas , ibu bapa sebegini akan terdorong untuk menggunapakai

pendekatan yang sama di rumah ke atas anak-anak. Berbanding dengan keluarga

kelas menengah, famili proletar lebih menekankan aspek fizikal dalam

mengeluarkan arahan, kawalan atau hukuman. Anak-anak yang membesar dalam

keadaan sebegini akan menterjemah kekerasan sebagai simbol kekuasaan dan

cara yang paling afektif untuk mendapatkan sesuatu.

Menurut Cohen (1955) seperti dipetik oleh Karen Heimer, keluarga dalam golongan

sosioekonomi rendah kurang inisiatif dalam menyediakan kemudahan dan inspirasi

bagi anak-anak membawa kepada mereka hilang minat dalam pembelajaran dan

Page 18: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

tertarik kepada budaya sumbang yang melihat delinkuensi secara positif. Contohnya

keluarga yang tidak mempunyai dana yang cukup bagi menghantar anak-anak untuk

menghadiri kelas tambahan atau melabur dalam aktiviti-aktiviti positif yang menjadi

minat mereka.

Institusi keluarga juga haruslah teguh bagi menjamin kawalan terhadap anak muda.

Keluarga yang rapuh dengan masalah dalaman banyak memberi impak negatif

dalam pembentukan sahsiah seseorang. Masalah seperti keterlibatan ibu bapa

dalam jenayah, penyalahgunaan dadah dan alkohol, integrasi keluarga yang rendah

dan kawalan minima oleh keluarga mempunyai hubungan rapat dengan perangai

delinkuen yang dipamer oleh seorang juvana. Jika ada antara ahli keluarga remaja

terlibat dengan jenayah, kemungkinan bagi remaja tersebut untuk melakukan

jenayah yang sama adalah tinggi. Perlakuan jenayah ini akan dilihat sebagai tidak

salah dimata anak-anak kecil dan terbawa-bawa dengan perasaan tersebut hingga

ke zaman remaja. Contohnya kemungkinan seorang kanak-kanak untuk mengikuti

jejak abangnya yang terlibat dalam lumba motosikal haram adalah tinggi.

Institusi keluarga pada zaman sekarang berbeza dengan struktur keluarga yang

wujud dahulu seperti kewujudan keluarga tunggal. Juvana yang membesar dalam

keluarga tunggal tanpa bapa akan mencari penggantinya diluar keluarga, masalah

akan timbul bila remaja tersebut melihat kumpulan delinkuen sebagai sebagai

simbol kelakian dan terlibat dalam permasalahan sosial.

Page 19: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Sesetengah keluarga pula memberi kebebasan luas dengan kawalan minima

kepada remaja. Situasi ini wujud akibat dari tekanan ekonomi pada masa kini yang

memerlukan kedua ibu dan bapa untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga.

Kekurangan interaksi kekeluargaan yang wujud menyebabkan anak-anak mendapat

kebebasan dan kawalan yang kurang. Remaja tersebut akan mencapai “premature

independence”, kebebasan pramatang ini menyebabkan mereka membuat

keputusan tanpa mengenali baik buruk akibat ketiadaan panduan dari ibu bapa.

Antara masalah sosial yang wujud hasil dari keadaan ini adalah seperti melepak

atau ponteng sekolah, lumba haram atau masalah lain yang lebih serius.

4.4 Urbanisasi

Kemajuan negara membawa kepada migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar-

bandar besar untuk mencari peluang hidup yang lebih cerah, migrasi ini turut

menyumbang kepada permasalahan sosial dalam masyarakat. Urbanisasi

membawa denganya satu kejutan sosial (culture shock) kepada migran baru ke

kawasan bandar. Situasi bandar yang banyak menekankan materialisme dan

kekurangan interaksi sosial yang sudah menjadi kebiasaan dengan penduduk luar

bandar menjadikan mereka berasa terasing dari masyarakat. Pengasingan ini

banyak memberi kesan kepada juvana imigran yang membentuk kumpulan sosial

mereka dan memberontak terhadap masyarakat.

Jadual 1.6

Page 20: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Carta aliran (Jadual 1.6) menunjukkan aliran bagaimana delinkuens juvana berlaku

berikutan dari impak urbanisasi. David Musick (1995) membuat perkaitan antara

kemiskinan dengan urbanisasi dimana ianya membawa kepada persekitaran yang

tidak sihat. Persekitaran ini biasanya didiami oleh keluarga yang mengalami

“breakdown” (keruntuhan nilai kekeluargaan) dengan kawalan minima terhadap

anak-anak mereka. Anak-anak juga akan terpengaruh dengan perilaku ibu bapa

mereka yang terlibat dengan anasir-anasir negatif dalam persekitaran tersebut.

Kanak-kanak akan mula menubuhkan kumpulan permainan (play groups) yang akan

berkembang kepada geng-geng tertentu. Mereka akan berjinak dengan perangai

Sumber: David Musick (1995 )

Page 21: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

delinkuens seperti melakukan vandalisme dan perkelahian kecil. Kumpulan juvana

ini akan semakin berkembang dan berkuasa dan mula melibatkan diri dengan

jenayah seperti rompakan, mengedar dadah dan pergaduhan kumpulan untuk

mengawal kawasan.

Kesan urbanisasi dapat dilhat secara jelas apabila dikaitkan dengan masalah sosial

juvana etnik India di Lembah Klang. Muzaffar Desmond Tate (2008) melihat

masyarakat India dari ladang-ladang yang terpaksa berpindah ke Lembah Klang dan

bandar besar lain akibat penutupan estet mengalami masalah yang sama seperti

kesukaran mencari pekerjaan, kekurangan pendidikan, tiada kemahiran teknikal dan

keadaan tempat tinggal yang kotor. Walaupun keadaan agak sama di estet-estet

yang didiami dahulu, wujud sifat paternalistik komuniti dimana masyarakat dan

majikan akan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Faktor-faktor sebegini

menghalang komuniti tersebut untuk memajukan diri, kekurangan peluang pekerjaan

akibat dari ketiadaan kemahiran menyebabkan juvana dan dewasa muda lain

terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri, meragut, gangsterisme dan

sebagainya.

4.5 Perubahan Sosial

Masalah sosial di kalangan juvana turut dikaitkan dengan perubahan mendadak

situasi sosial sebuah negara. Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels (2002)

melihat perubahan ini dalam konteks makrososial dimana masalah sosial dikalangan

Page 22: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

juvana meningkat sejajar dengan perubahan ekonomi dan “politicoideological”

sesebuah negara seperti kegawatan ekonomi mendadak dan keruntuhan sistem

politik (contohnya kejatuhan sistem Soviet). Nickolai Butkevich (2006), melaporkan

bahawa peningkatan mendadak dalam jenayah juvana ke atas masyarakat

terutamanya jenayah perkauman telah dapat dilihat di kalangan juvana Rusia

selepas kejatuhan sistem kerajaan Soviet dan masalah ekonomi yang datang

selepasnya.

Perubahan sosial ini boleh juga dikaitkan dengan liberalisasi pemikiran masyarakat.

Keterbukaan minda masyarakat mengecilkan senarai perkara-perkara “taboo” yang

dahulu dipandang negatif. Contohnya kebebasan pergaulan antara remaja lelaki dan

perempuan, dahulu pergaulan seumpama ini dipandang secara negatif dan dihalang

oleh ibu bapa tetapi masyarakat sekarang membenarkan remaja keluar bersama-

sama dan dipandang ringan. Kebebasan yang didapati dari perubahan sosial ini

boleh disalahguna oleh remaja membawa kepada keterlanjuran dan masalah anak

luar nikah.

4.6 Isolasi

Sistem kapitalis yang berkembang pesat dan kukuh di kebanyakan negara

menyebabkan wujudnya dua kelas masyarakat, yang berkemampuan dan yang

tidak berkemampuan. Golongan yang tidak berkemampuan untuk hidup kendiri

disebabkan oleh urbanisasi, ketiadaan pekerjaan, kemahiran atau inisiatif diri dilabel

Page 23: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

sebagai “golongan terpinggir” yang mengalami isolasi sosial. Walaupun terdapat

pertolongan dari kerajaan tetapi fenomena “new poor” atau miskin baru ini sukar

dibendung. Peminggiran ini secara langsung membawa kepada peningkatan

masalah sosial seperti perpecahan unit keluarga, jenayah dan sebagainya dan

yang sering menjadi mangsa adalah anak-anak muda dalam keluarga tersebut.

Isolasi ini turut merangkumi sikap yang diambil masyarakat keatas remaja yang

bermasalah. Juvenil delinkuens yang dipinggir sukar untuk mendapat bantuan dari

segi pemulihan dan akan lebih cenderung untuk melakukakan agitasi terhadap

masyarakat kerana juvenil tersebut akan melihat dirinya didiskriminasi dan

melakukan berontakan-balas.

4.7 Faktor Media Masa

Akses kepada media massa yang lebih mudah pada zaman sekarang memberi

impak pada pembentukan minda masyarakat terutamanya kepada orang muda.

Internet, media baru era globalisasi ini mendedahkan budaya-budaya anarki baru

yang berkembang di negara barat kepada juvana di Malaysia. Kumpulan anarki

seperti “Punk” dan “Skinhead” makin mendapat sambutan pada kalangan remaja.

Budaya “punk” dikaitkan dengan sifat “nonconformity” dan anarki, menentang

institusi-institusi yang mempunyai kuasa (Craig O'Hara,1999). Juvana di Malaysia

yang dipengaruhi dengan ideologi sebegini membentuk kumpulan-kumpulan “punk”

dan menonjolkan budaya tersebut dengan cara pemakaian, musik dan perilaku

Page 24: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

anarki lain seperti membuat grafiti, melawan polis dan sebagainya. Kumpulan ini

juga biasa terlibat dalam jenayah seperti menyeluk saku dan pergaduhan di tempat-

tempat awam.

Pendedahan kepada media barat yang bersifat liberal turut mempengaruhi

perlakuan di kalangan juvenil di Malaysia. Banyak wayang gambar barat

mempamerkan perangai melawan autoriti yang menjadi ikutan juvana masa kini.

Aktiviti seperti ponteng sekolah, melawan pihak berautoriti seperti guru dan ibu-bapa

yang digambarkan akan dilihat secara positif oleh anak muda kerana adanya “cool

factor”.

Keupayaan komunikasi semasa melalui Internet seperti “chatting” menggunakan

IRC dan MSN mendedahkan anak muda kepada bahaya. Remaja-remaja mudah

dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan zina atau lari dari rumah dan

sebagainya. Pelajar-pelajar sekolah juga selalu didapati melepak di kafe-kafe siber

membuang masa dan duit dengan “chatting” atau bermain permainan komputer.

Masalah serius seperti ponteng sekolah juga wujud dimana mereka akan

menghabiskan masa persekolahan di kafe siber melakukan aktiviti-aktiviti tidak

berfaedah. Remaja juga dilihat mendapat inspirasi dari lawan sesawang seperti

“YouTube” yang memuatnaik video yang dibuat oleh sesiapa. Pergaduhan antara

pelajar sekolah dirakam dan dipamer di laman sesawang ini. Tujuannya untuk

memperlihatkan kekuatan sesuatu klik pelajar dan memalukan pelajar lain.

Page 25: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

5.0 Kesimpulan

Perlakuan delikuens oleh juvana dapat dikaitkan dengan banyak sebab tetapi faktor

ekologi keluarga boleh dilihat sebagai faktor utama yang membentuk kelakuan

seorang remaja. Sistem keluarga yang tidak teguh dengan masalah domestik antara

ibu bapa menyebabkan remaja keluar dari perlindungan rumah untuk mencari

panduan di luar. Kawalan yang tidak kuat dari keluarga akan menyebabkan anak-

anak ini terdedah kepada persekitaran negatif di luar. Isolasi yang wujud hasil dari

kekurangan kawalan keluarga meningkatkan lagi kemungkinan remaja terlibat dalam

permasalahan untuk mendapat perhatian keluarga atau rakan-rakan lain.

Masalah sosial juvana ini lebih tertumpu kepada kumpulan-kumpulan juvana dengan

identiti sendiri dan bukan individu perseorangan dengan majoritinya terdiri dari

golongan lelaki. Tumpuan kemarahan dan agitasi mereka adalah pihak yang

mempunyai autoriti seperti polis, sekolah, ibu bapa dan sebagainya. Kumpulan-

kumpulan ini juga bergiat untuk membentuk identiti sendiri yang digeruni oleh orang

lain.

Bukan semua tingkahlaku delinkuens dalam diri remaja adalah negatif sepenuhnya.

Kebanyakan remaja bermasalah akan membesar sebagai dewasa yang normal,

disini kelakuan anti-sosial pada peringkat awal remaja boleh dikaitkan dengan

proses pembesaran dimana remaja akan mencuba perkara-perkara baru dan

mengenal pasti baik buruknya.

Page 26: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Masalah sosial di kalangan juvana tidak harus dibiarkan tanpa pantauan untuk

berkembang. Inisiatif yang lebih harus diambil oleh pihak bertangungjawab

terutamanya ibu bapa dan institusi sosial lain untuk mencantas masalah sosial dari

akarnya dari berkembang menjadi kelakuan jenayah yang akan memberi masalah

kepada seluruh masyarakat.

Page 27: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Rujukan

Azizi Hj Yahya. (2000). Masalah Sosial Di Kalangan Remaja. Diakses pada 2 Ogos

2009 di http:/// eprints.utm.my

Crutchfield,R.D., Bridges, G.,& Joseph G. Weis. (2000). Crime:Readings.California: Sage Publications, Inc.

Firdaus Abdullah.(2009,4 April).Menangani fenomena mat rempit. Utusan Malaysia.

Heimer, K.. (1997, Mac). Socioeconomic Status, Subcultural Definitions, and Violent

Social Forces, 75(3), hlm 799-833. Diakses pada 2 Ogos 2009 di http://www.jstor.org/stable/2580520.

Kementerian Kesihatan Malaysia.(2008). Masalah tingkah laku & salah laku juvana.Diakses pada 11 Ogos 2009 di www.myhealth.gov.my

Klaus Boehnke and Dagmar Bergs-Winkels. (2002,Mac). Juvenile DelinquencyUnder Conditions of Rapid Social Change. Sociological Forum, Vol. 17(1), hlm 57-59. Diakses pada 2 Ogos 2009 di http://www.jstor.org/stable/685087

Musick, D..(1995). An introduction to the sociology of juvenile delinquency.New York: SUNY Press.

Page 28: Delikuens Juvenil

1

Nagathisen Katahenggam [email protected]

Muzafar Desmond Tate.(2008).The Malaysian Indians.History,Problems and Future. Kuala Lumpur : SIRD.

Nasimah Husin. (2005). Juvenile Delinquiencies in Malaysia: Legal Provisions and Prospects For Reforms. Diakses pada 10 Ogos 2009 di www.childjustice.org

Nickolai Butkevich. (2007, Oktober 17). Jew-Hatred Is on The Rise in the Land of Pogroms. The Jewish Daily Forward. Diakses pada 10 Ogos 2009 di http://www.violence.neu.edu/in_the_news/past_news/hate_crimes/

 

O’Hara, C.. (1999). The philosophy of punk: more than noise. California: AK Press.

Roberts, A.R..(2004).Juvenile justice sourcebook: past, present, and future. Oxford:Oxford Uni Press

World Youth Report.(2003). Juvenile Delinquency.(A/58/79 & E/CN.5/2003/4). United Nations : Author