definisi pokok misai kucing.docx

13
DEFINISI POKOK MISAI KUCING Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia . Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya . Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnyaOrthosiphon stamineus, Benth. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. 1

Upload: maiza-samsudin

Post on 08-Dec-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

DEFINISI POKOK MISAI KUCING

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnyaOrthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat.

1

Page 2: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

MANFAAT DAN KHASIAT POKOK MISAI KUCING

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Misai kucing juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Misai kucing mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Tumbuhan ini juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan otot licin pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Misai kucing amat bagus untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ini sangat bagus bagi kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat

2

Page 3: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda. Khasiat lain Misai Kucing adalah:

mencuci saluran kencing dan buah pinggang mengelakkan dari terjadinya batu karang membuang asid urik berlebihan dalam badan mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan

gula dalam darah mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan

akibat masalah asid berlebihan menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan merawat masalah keputihan bagi wanita mengatasi masalah sembelit mengurangkan risiko penyakit gout mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang menambahkan tenaga setiap hari

Misai Kucing atau Java Tea (Orthosiphon Aristatus) mempunyai khasiat dan kelebihan-kelebihan berikut:

Membersihkan & Menyahkan Toksik GinjalToksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid, perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan:

* keletihan

3

Page 4: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

* kulit tidak berseri* daya ketahanan yang lemah* sengal-sengal* kesakitan dll

Misai Kucing membersihkan GINJAL, salah satu organ penyahtoksik utama dalam badan dan membantu menyingkirkan air dan toksin berlebihan. Ia melakukan secara semulajadi serta lembut tanpa membebankan ginjal, tidak seperti diuretik yang lain, ia tidak mendatangkan kesan sampingan seperti ubat diuretik sintetik.

Mengurangkan Inflamasi & GoutFungsi anti-inflamasi Misai Kucing membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak untuk melegakan kesakitan di sendi dan otot. Selain fungsi anti-inflamasinya, ia menyingkirkan asid dan toksin yang terkumpul di sendi dan otot. Pengumpulan asid dan toksin selepas sesuatu jangka masa akan merengsangkan tempat tersebut dan menyebabkan sengal-sengal, kesakitan dan inflamasi. Misai kucing telah digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh gout.

Membantu Mengembalikan Tekanan Darah Tinggi Kepada Normal Methylripariocromene A (komponen semulajadi yang terdapat dalam Misai Kucing) telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam beberapa cara:* Menggalakkan penegenduran sel-sel otot dalam dinding saluran darah, menyebabkan vasodilatan atau meluaskan saluran darah untuk mengurangkan tekanan darah* Menormalkan kadar denyutan jantung untuk mengurangkan tekanan pada jantung* Mengeluarkan natrium (garam) berlebihan melalui air kencing. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh pengambilan garam berlebihan akan memperoleh manfaat daripada meminum misai kucing. 

Mengurangkan Pembendungan Air

4

Page 5: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan dan mengurangkan pembendungan air dalam badan melalui air kencing.Antara masalah pembendungan air yang dapat diatasi oleh Misai Kucing ialah:* Kesembapan sebelum dan semasa haid* Ketidakcergasan* Muka sembab* Kebengkakan pada mata* Berat badan meningkat* Kaki yang bengkak dan berat

Manfaaat-manfaat Misai Kucing Yang Lain ialah:* Mengurangkan tahap kolesterol* Mengawal atur tahap gula dalam darah* Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang)* Membaiki tahap stamina dan tenaga.

Pengetahuan Tradisional disahkan Sains Moden

Butiran saintifik dan butiran lain mengenai Misai Kucing didokumentasikan dalam Farmakopoeia utama dan Monograf lain, termasuklah

The European Scientific Cooperative on Phytotherapy 1997 ESCOP British Pharmacopoeia 2002 British Herbal Pharmacopoeia 1997 . BHP Complete German Commission E. Commission E Martindale 33rd edition European Pharmacopoeia 2004 Ph Eur

Tidak seperti farmaseutikal moden, ubat atau tumbuh-tumbuhan berfungsi mengandungi pelbagai fitokimia (kimia tumbuhan) kompleks yang aktif. Lihatlah pada senarai fitokimia yang ada dalam Misai Kucing.

5

Page 6: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

Lipophilic Flavonoid

a) Sinensetin       b) Tetramethylscutellarein       c) Eupatorin d) Salvigenin    e) Cirsimaritin     f) Pilloin       g) Rhamnazin       h)Trimethylapigenin     i) Tetramethylluteolin.

Bahan-bahan Diterpene

a) Orthosiphonone       b) Orthosiphonone B     c) Orthosiphol A d)Orthosiphol B       e) Orthosiphol F       f) Orthosiphol G       g) Orthosiphol H       h) Neoorthosiphols A     i) Orthosiphol B     j) Staminol A.

Bahan-bahan Benzochromene

a) Orthochromene A     b) Methylripariochromene A    c) Acetovaillochromene

Essential oils

a) β-elemene   b) β-caryophyllene   c) α-humulene   d) β-caryophyllene oxide   e) Can-2-one   f) Palmitic acid

Lain-lain a) Inosital   b) Caffeic acid   c) Rosmaric acid   d) β-sitosterol  etc.

Fitokimia yang dihuruftebalkan telah dikenal pasti mempunyai kesan-kesan bermanfaat. Farmakopoeia British dan Farmakopoeia Eropah telah menjalankan prosedur analisis terperinci untuk menguji Java Tea (Misai

6

Page 7: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

Kucing) di mana Sinensetin diandaikan sebagai penanda i.e. Fitokimia yang terpenting.

Kajian tentang Kegunaan Misai Kucing

Kesan diuretik dan peningkatan peredaran darah, banyak menyumbang kepada

peningkatan dan pemeliharaan kesihatan. Sesetengah produk pelangsing dan

penyahtoksik herba barat, menambah Misai Kucing ke dalam rumusan produk mereka

kerana khasiat ini.

Kesan Diuretik

Fungsi Misai Kucing inilah yang paling meluas kajiannya. Beberapa kajian terhadap haiwan menunjukkan, ekstrak Misai Kucing mempunyai kesan-kesan diuretik. Fitokimia Sinensetin danTetramethoxy-flavone menenangkan otot-otot dinding pembuluh darah dalaman, dengan yang demikian memudahkan pengaliran air kencing dan juga zarah-zarah kecil yang menjadi batu karang.Methylripariochromene A didapati meningkatkan kadar aliran kencing dan pembuangan ion sodium. Kesan diuretik juga menjelaskan kegunaan tradisional Misai Kucing bukan hanya bagi masalah saluran kencing tetapi juga untuk gout, batu karang dan darah tinggi.

Kesan Anti-Hipertensi

7

Page 8: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

Ubat diuretik moden selalu dipreskripsikan untuk merawat darah tinggi. Penjelasannya mudah. Kurangkan air dan ion sodium dalam darah akan mengurangkan tekanan dan memudahkan jantung untuk mengepam. Dalam kajian terhadap haiwan, fitokimia Methylripariochromene A didapati menghalang pengecutan toraks aorta dan mengurangkan daya pengecutan tanpa menjejaskan kadar degupan jantung. Terdapat sepuluh lagi fitokimia dalam teh Misai Kucing yang menunjukkan sifat yang sama tetapi pada kadar yang rendah.

Kesan Anti-Kencing Manis

Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak Misai Kuching pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara, dibandingkan dengan satu kumpulan uji kaji terkawal. Eksperimen perbandingan yang dilakukan dengan glibenclamide (dadah standard anti kencing manis) menunjukkan kesan serupa boleh diperolehi tetapi dengan dos Misai Kucing yang tinggi.

Kesan Perencatan-Kolestrol

Kajian makmal menunjukkan bahawa Misai Kucing menyekat enzim 15-lipoxygenase yang dipercayai terbabit dengan punca arteri tersumbat oleh kolestrol LDL. Aktiviti rencatan keseluruhan ekstrak adalah lebih kuat daripada yang dijangkakan daripada kesan gabungan setiap individu flavonoid. Ini membuktikan bahawa sinergi keseluruhan semula jadi produk adalah lebih berkesan daripada fitokimia terpencil atau pengganti sintesis.Kajian yang terbaru menunjukkan bahawa Trimethylapigenin, Eupatorin dan Tetramethylluteolin adalah fitokimia Misai Kuching yang paling berkesan menyebabkan rencatan ini.

Kesan Perencatan-Tumor

Sinensetin dan Tetramethylscutellarein telah menunjukkan aktiviti perencatan terhadap beberapa kelas sel tumor, di mana sinensetin terbukti lebih berkesan berbanding dengan tetramethylscutellarein. Orthosiphols A dan B telah dilaporkan merencat penggalak tumor 12-O-tetradecanoylphorbol–13–acetate (TPA) dalam ekperimen ke atas tikus makmal. Dalam kajian makmal, ekstrak

8

Page 9: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

daun Misai Kucing telah dilaporkan mempunyai aktiviti perencatan terhadap sel kanser kulit. Baru-baru ini, Sinensetin mendapat perhatian signifikan dalam penyelidikan kanser kerana ia terbukti berkesan sebagai pemeka kemo. Pemeka kemo ialah bahan-bahan yang meningkatkan kesan teraputik ubatan kemoterapi, terutama terhadap sel MDR (multi drug resistant – rintangan terhadap multiubatan). 

CARA-CARA PENGGUNAAN MISAI KUCING

1. Ambil beberapa helai bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air.

2. Minum setiap malam dan pagi setiap hari

ATAU

1. Ambil beberapa helai bunga herba misai kucing dan dikoyak-koyakkan.

2. Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.3. Minum sehingga habis dan amalkan setiap hari pagi dan malam.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

9

Page 10: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas. Apabila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

10

Page 11: DEFINISI POKOK MISAI KUCING.docx

RUJUKAN

1. http://fazlisyam.com/2007/11/01/khasiat-bunga-pokok-misai-kucing/ 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucing 3. http://bm.mykucingtea.com/Misai%20Kucing%20butiran

%20saintifik.html4. http://matsomherbs.blogspot.com/2009/10/khasiat-dan-kelebihan-

teh-misai-kucing.html5. http://8vertising.blogspot.com/2013/06/misai-kucing-berkesan-

rawat-kencing.html

11