definisi jati diri

11
DEFINISI JATI DIRI Umumnya bila membicarakan persoalan mengenai pembentukan jati diri seseorang rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada menjawab beberapa persoalan utama. Pertama, apakah definisi jati diri? Kedua, bagaimanakah yang dikatakan jati diri acuan Malaysia? Ketiga, bagaimanakah jati diri sesebuah Negara terbentuk dan boleh berubah? Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et. al.], 2010). Cita-cita pemupukan jati diri boleh dicapai kerana kita sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yang sesuai dengan negara ini. Namun krisis yg berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat di negara mewujudkan perlembagaan sebagai undang- undang tertinggi negara. Setiap pembentukan sebuah matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa menempuhi cabaran yang mendatang. Seperti peribahasa yang

Upload: nazlee-shah

Post on 15-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI JATI DIRI

DEFINISI JATI DIRI

Umumnya bila membicarakan persoalan mengenai pembentukan jati diri seseorang

rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada menjawab beberapa persoalan utama.

Pertama, apakah definisi jati diri? Kedua, bagaimanakah yang dikatakan jati diri acuan

Malaysia? Ketiga, bagaimanakah jati diri sesebuah Negara terbentuk dan boleh

berubah?

Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri secara amnya membawa

maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat

sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,

cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan

jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et. al.], 2010). Cita-cita pemupukan jati diri

boleh dicapai kerana kita sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan

yang sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan

berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yang sesuai

dengan negara ini. Namun krisis yg berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 Mei)

mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi

asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara

rakyat di negara mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Setiap pembentukan sebuah matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa menempuhi

cabaran yang mendatang. Seperti peribahasa yang selalu diungkap, kalau tidak

dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Peribahasa ini bermaksud, tidak akan

tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah (sumber :

http://bmspm.net).

Untuk memudahkan pembacaan, cabaran dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia

dapat dikategorikan kepada dua aspek. Yang pertama merupakan cabaran dalaman

dan yang kedua adalah cabaran luaran. Kedua-dua aspek ini perlu difahami dengan

jelas oleh setiap individu yang bergelar warganegara untuk mengenalpasti mengapa

sikap sedemikian boleh menjejaskan keamanan serta menjatuhkan perpaduan antara

rakyat di Malaysia. Cabaran dalaman yang dimaksudkan di sini datangnya daripada

Page 2: DEFINISI JATI DIRI

dalam diri individu masyarakat itu sendiri, baik dari segi pemikirannya, mental mahupun

rohani. Manakala, cabaran luaran itu datangnya dari ancaman anasir-anasir luar yang

berusaha untuk menggugat ketenteraman kita.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai matlamat membentuk bangsa

Malaysia seperti Wawasan 2020 dan yang terbaru, gagasan 1 Malaysia. Kita sendiri,

sebagai rakyat Malaysia juga haruslah berusaha untuk bersama-sama membentuk jati

diri yang boleh kita perbanggakan sebagai satu bangsa Malaysia. Memahami dan

menghayati sejarah Negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, lagu

Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang merupakan langkah pertama yang harus

diambil oleh setiap individu bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara.

Pemerkasaan bahasa kebangsaan dan menjadikan agama Islam sebagai panduan

hidup turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan jati diri dan identiti

bangsa Malaysia.

Menerusi penulisan ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut lagi apakah

cabaran yang harus dihadapi dalam usaha membentuk jati diri dan identiti bangsa

Malaysia dan langkah-langkah yang boleh kita praktikan dalam mengatasi cabaran

yang timbul sepanjang proses pembentukan matlamat ini. Kami berharap sedikit

sebanyak informasi yang kami kongsi di sini dapat membuka minda para pembaca

akan kepentingan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia.

Setelah membuat beberapa pembacaan melalui internet, buku rujukan dan

berdasarkan pemerhatian, kami dapati antara punca mengapa sukar untuk membentuk

jati diri rakyat Malaysia adalah disebabkan pemikiran individu itu sendiri. Jati diri tidak

akan dapat dibentuk jika individu itu menolak untuk berubah. Pemikiran mereka yang

kebanyakan masih di takuk yang lama, menolak perubahan yang dilakukan oleh

kerajaan sedangkan segala yang dimajukan adalah untuk kebaikan rakyat juga.

Perbezaan pemikiran dan percanggahan pendapat inilah yang mendatangkan jurang

dalam usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan rakyat. Orang Melayu khususnya

dari generasi lama biasanya terkenal dengan sikap mereka yang akan menentang

habis-habisan jika tidak bersetuju jika pembaharuan dilakukan oleh kerajaan. Mungkin

Page 3: DEFINISI JATI DIRI

juga kerana masih trauma akibat kesan penjajahan yang pernah oleh penjajah-penjajah

sebelum ini.

Selepas penjajahan, usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi lebih

sukar malah sehingga ke hari ini,usaha untuk meningkatkan sikap kecintaan terhadap

negara masih lagi dijalankan. Hal ini kerana, untuk membawa semua kaum yang sudah

memahami budaya dan adat kaum sendiri, secara tiba-tiba disuruh bersatu dengan

kaum lain, tentulah bukan mudah.

Mungkin sebilangan dari kita, rakyat Malaysia masih tidak menyedari betapa

pentingnya jati diri dalam kehidupan kita yang masih lagi bersatu, membangun bersama

kaum yang berbilang bangsa di negara ini . Bila mana tiada jati diri di dalam diri masing-

masing, maka persengketaan mudah berlaku. Malahan, jika tiada sedikit sikap hormat

pun, boleh mendatangkan perbalahan. Kita sebagai generasi muda tidak langsung

mengambil iktibar daripada peristiwa 13 mei 1969, rusuhan yang melibatkan kaum-

kaum di negara ini sehingga mengorbankan nyawa. Lebih teruk dari itu,ada juga yang

tidak tahu menahu mengenai peristiwa berdarah ini.

Ramai di antara kita yang hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif

perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan dan bertindak

membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka hanya mahukan

suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya,kerana sikap inilah yang

membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun dengan orang Melayu.

Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini.

Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah pandai

bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang pelajar. Mereka

terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah sematamata untuk peperiksaan

dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan tokoh-tokoh pejuang Tanah

Melayu dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya dalam diri mereka.

Cabaran dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan

perbezaan budaya yang terdapat pada kaum di negara ini. Masingmasing mahu

mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain. Sikap tidak

Page 4: DEFINISI JATI DIRI

menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh

meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum tersebut. Dan ini menyukarkan

proses perpaduan antara kaum di Malaysia.

Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di mana kita

dibesarkan. Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat.

Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan

beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai

bangsa.

Amat ketara jika orang melayu dibandingkan dengan orang cina dan india. Majoriti

orang cina dan india di negara ini fasih bertutur,menulis dalam Bahasa Malaysia, tetapi

hanya segelintir dari orang melayu yang pandai bertutur atau menulis dalam Bahasa

Cina ataupun Bahasa Tamil. Agak pelik bukan? Jadi, tidak mustahil jika kebanyakan

orang melayu tidak dapat menyesuaikan diri apabila berada di dalam kelompok cina

atau india.

Hiburan. Merupakan penyebab utama mengapa jati diri rakyat Malaysia sukar

dibentuk. Hiburan yang merupakan saluran utama barat untuk menjajah minda rakyat

kita. Sekaligus dengan hiburan kita akan mudah leka dan terpengaruh dengan budaya

orang barat. Tidak kira dari segi percakapan, malahan perwatakan orang barat juga

telah diikuti oleh generasi muda kini.

Gaya hidup orang barat yang bebas dan tidak keterlaluan jika dikatakan sangat

sosial mungkin menjadi idaman golongan muda remaja di Malaysia. Generasi tua pun

apa kurangnya, sibuk menyertai program realiti yang dianjurkan oleh pihak televisyen.

Tidak salah,tetapi jika berterusan, boleh mengundang leka. Sedangkan di negara lain,

golongan-golongan ini bersatu dengan pemuda-pemudi dan bertungkus-lumus untuk

mempertahankan agama dan negara dari serangan musuh.

Kita perlu memahami dan menghayati sejarah Negara, perjuangan dan susah payah

membangunkannya.Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari

makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke

negara ini sebagai buruh paksa suatu masa dahulu. Golongan bukan Melayu

Page 5: DEFINISI JATI DIRI

khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah negara ini tidak boleh

dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah negara adalah sejarah

Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua kaum. Ini sama dengan

perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ia adalah

perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan

daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam.

Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di

negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban

apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah

asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk

akal. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan

melunturkan kecintaan kepada tanah air.Orang- orang Melayu pula perlu benar-benar

memahami dan sedar bagaimana negara Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah

Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di

rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik

Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Orang Melayu perlu

tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai

warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil suatu hari

nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri.

.Kita kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan

Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur

Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.Rukun Negara telah

digubal oleh Majlis Perundangan Negara dan diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Ia

dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri

rakyat Malaysia. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat

Perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia sebagai satu Bangsa

Malaysia. Ramai kalangan rakyat Malaysia yang lancar menyebut lima prinsip Rukun

Negara. Menyanyikan lagu Negaraku dan menyenaraikan warna-warna serta

lambanglambang yang terdapat pada Jalur Gemilang tetapi tercengang dan

tergagapgagap apabila diminta menerangkan maksudnya.

Page 6: DEFINISI JATI DIRI

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini.

Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa

setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "

Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan perlu

digerakkan dengan mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh dan

koordinasi antara badan penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk

memupuk perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik

Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,

bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden. Matlamatnya adalah untuk melahirkan

generasi masa depan Bangsa Malaysia yang fasih, menghormati dan berbangga

dengan bahasa yang menjadi identiti mereka sehingga dapat mempromosikannya di

mana sahaja mereka berada.

Sebagai agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yang wajar dalam

penyelesaian masalah seperti yang diperakui dalam Perlembagaan Malaysia. Ajaran

Islam yang mengandungi norma-norma yang bercorak universal dan menentang

paksaan terhadap orang bukan Islam sangat sesuai untuk masyarakat berbilang kaum.

Unsur toleransi dalam Islam harus ditonjolkan dan diterima dalam konteks penyelesaian

cabaran yang wujud dalam pembentukan jati diri rakyat di Malaysia.

Sekadar menyenaraikan cabaran dan penyelesaiannya, itu perkara mudah.

Realitinya, usaha membentuk jati diri rakyat Malaysia bukannya satu perkara yang

mudah dan mengambil masa yang panjang untuk direalisasikan. Pada pandangan

kami, cabaran terbesar datangnya daripada individu yang mendakwa diri mereka rakyat

Malaysia. Mempunyai status warganegara di dalam kad pengenalan bermakna mereka

terikat dengan Perlembagaan Persekutuan dan mereka mesti memenuhi

tanggungjawab mereka selaku warganegara Malaysia. Peristiwa-peristiwa yang telah

berlaku sepanjang tahun 2011 dan juga pada awal tahun 2012 jelas membuktikan

kedangkalan masyarakat kita dalam memahami dan menghayati sejarah, menerima

perubahan serta makna keamanan yang sedang kita kecapi sekarang. Kecetekan

Page 7: DEFINISI JATI DIRI

minda generasi sekarang berpunca dari kurangnya kesedaran dan minat untuk

menimba ilmu dan menerima perubahan. Bukan itu sahaja, kurangnya kesedaran dan

minat untuk memelihara keamanan yang dinikmati turut menjadi faktor yang

menghalang usaha-usaha untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia.

Sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah kita haruslah berusaha untuk memupuk

kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa pentingnya jati

diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang mantap,baik

meningkatkan semangat patriotisme,iaitu semangat cintakan negara di dalam diri setiap

rakyat Malaysia. Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu mempertahankan

kemerdekaan yang sudah 57 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah suatu angka yang

kecil, tapi jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil kita akan dijajah

semula. Mungkin negara kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jika tiada jati diri juga

dianggap dijajah. Jika kita mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan setakat mental

dan fizikal kita turut menjadi kuat, bahkan ikatan perpaduan kita akan menjadi semakin

utuh, sekaligus memudahkan kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara

kita daripada ancaman anasir-anasir luar yang tidak pernah senang melihat keamanan

Negara kita, Malaysia.

Bukannya satu tugas yang mudah untuk membentuk jati diri seseorang individu jika

tanpa wujudnya kesedaran dan minat dalam diri individu itu sendiri untuk menerima

perubahan. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri

seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduan

dan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.

Tiada gunanya segala perancangan dan usaha untuk membina jati diri rakyat Malaysia

jika tanpa kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati.

Dipetikan daripada: http://www.scribd.com/doc/97559164/PEMBENTUKAN-JATI-

DIRI-RAKYAT-MALAYSIA-CABARAN-DAN-PENYELESAIANNYA