definisi ilmu sains sosial

Upload: muhammad-safwan

Post on 14-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Definisi Ilmu Sains Sosial

    1/4

    2.0 DEFINISI ILMU SAINS SOSIAL

    Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Memandangkan

    pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan begitu meluas. Sains

    sosial merupakan kajian saintifik terhadap fenomena sosial merupakan disiplin sosial yang

    begitu luas dan bukan terhad kepada cuma satu disiplin bidang sains sosial.

    Menurut Mitchell (1979)1 secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk

    pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut

    memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah dan saintifik metodologi dalam

    penelitian terhadap hubungan rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa

    setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu

    mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah

    ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat

    Menurut J.F Forrester(1982)2 menyatakan bahawa pengajian sosial ialah kajian

    tentang masyarakat dan tujuan utamanya ialah untuk membantu masyarakat untuk memahami

    dunia dimana mereka harus berada dan bagaimana itu terjadi.

    Menurut Rohana Yusof(1996)3, di dalam bukunya sains sosial ialah disiplin akademik

    yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari

    kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompok-

    kelompok manusia.

    Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang

    kelompok manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat

    mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya. Sains

    sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks.

    Oleh hal yang demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang

    atau unit pengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah

    yang kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi,

    psikologi dan sebagainya. Pembahagian disiplin-disiplin ni didasarkan kepada bagaimana

    1

    A New Dictionary of Sociology2http://www.socialstudies.org/standards/introduction

    3Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi

    http://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introduction
  • 7/27/2019 Definisi Ilmu Sains Sosial

    2/4

    cara manusia itu berinteraksi antara satu sama lain. Berikut adalah keterangan ringkas tentang

    beberapa disiplin sains sosial.

    2.1 Sejarah

    Kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan

    perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau

    rantau tertentu. Seorang mengkonstruksi semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, Negara

    dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen

    lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

    2.2 Sains Politik

    Kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam system politik yang berbeza-

    beza. Ahli sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang

    menggunakankuasa, siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan

    menghadkan penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli sains politik

    termasuklah konflik dan kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan

    organisasi, badan-badan dalam sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan

    pertubuhan bukan-kerajaan.

    2.3 Ekonomi

    Kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan

    dalam sistem ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada

    bagaimana sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah

    sumber produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi

    termasuk pola-pola gunatenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi,

    pertukaran barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

    2.4 Psikologi

  • 7/27/2019 Definisi Ilmu Sains Sosial

    3/4

    Kajian tentang tingkahlaku dan proses menta manusia. Ahli psikologi lazimnya

    meneliti individu, interaksi semuka (face-to-face interaction) dan kelompok kecik untuk

    memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran,

    pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktur-sttruktur kognitif.

    2.5 Undang-undang

    Kajian yang memfokuskan kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan

    statut atau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan

    sosial yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang,

    sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi

    undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.

    2.6 Linguistik

    Kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacam-

    macam aspek tentang bahasa. Misalnya , bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza

    atau berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan

    bunyi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauhmanakah bahasa mempengaruhi

    pengamatan dan pemikiran manusia. Hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

    2.7 Antropologi

    Kajian tentang manusia yang merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau

    perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia dan

    prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku dan hubungan dalam sesebuah masyarakat

    biasanya masyarakat bukan barat. sub-disiplin antropologi terdiri daripada fizikal, arkeologi,

    genetik dan antropologi sosial. Manakala ahli antropologi sosial turut menumpukan perhatian

    kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam yang dihasilkan oleh

    manusia dalam masyarakat tertentu.

    2.8 Sosiologi

  • 7/27/2019 Definisi Ilmu Sains Sosial

    4/4

    Kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah

    masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta

    meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.