daulat tuanku - · pdf fileyasin, tahlil dan doa selamat, di masjid diraja, masjid tengku...

22
Daulat Tuanku SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J. SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2017 Bersamaan 22 Rabiulawal 1439H Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2017 PERCUMA 13 - 19 Disember 2017, 24 - 30 Rabi'ulawal 1439 MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my

Upload: vuongkiet

Post on 31-Jan-2018

389 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

Daulat TuankuSEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSANSERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap SelamatSempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-72

Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorPada 11 Disember 2017 Bersamaan 22 Rabiulawal 1439H

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-72

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

pada 11 Disember 2017

PERCUMA 13 - 19 Disember 2017, 24 - 30 Rabi'ulawal 1439

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

Page 2: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

2 SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Page 3: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

Khas3SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Sultan Badlishah men-

dahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Se-langor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah, pada 11 November lalu.

Sultan Sallehuddin yang dima-syhurkan sebagai Sultan Kedah baru, pada September lalu dikur-niakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK) dalam majlis istiadat yang dilangsung-kan, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini.

Majlis turut disertai DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Teng-ku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah.

Istiadat turut menyaksikan Sultan Sharafuddin berkenan menganugerahkan Darjah Kelas Pertama–Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiplie Kassim dan Ketua Setiausaha Ke-menterian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ketua Pengarah Jabatan Imi-gresen Malaysia, Datuk Seri Mus-tafar Ali pula menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Dato’ Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Se-tia bagi wanita.

Timbalan Mufti Selangor, An-har Opir; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emiratus Datuk Dr Hassan Said dan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Noraida Mohd Yusof antara sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran

Penerima darjah kebesaran Selangor

Sultan Kedah dahului senarai

Dato’ bagi lelaki dan Datin Padu-ka bagi wanita.

Manakala penerima sete-rusnya, Ketua Pegawai Ekseku-tif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Time Press (M) Berhad, Da-tuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan Inspektor Jeneral Tentera Laut Di-raja Malaysia (TLDM), Laksamana

Keberangkatan DYMM Tuanku Sultan Selangor meninggalkan Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang usai Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor kepada 103 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72

Muda N Ganesh antara sembilan penerima Darjah Kebesaran Da-tuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS)(Kelas Kedua) yang mem-bawa gelaran Dato’ bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Dua penerima darjah kebe-saran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (AKS) iaitu darjah dan bintang Kebesaran Sukan Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah

Ketua Jurulatih Bowling, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Kenny Ang Ah Tee dan Atlet Ka-rate MSN Selangor, Syakilla Salni Jefri Krisnan @Krisnanmurthy.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Ma-mat dan bekas Ketua Polis Dae-rah Klang Selatan (kini Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontin-jen (IPK) Kuala Lumpur), Asisten Komisioner Alzafny Ahmad anta-ra 13 penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS).

Seramai 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) ter-masuk Yang Dipertua Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL), Moha-mad Zain A Hamid.

Sementara itu, Penolong Pe-ngarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malay-sia (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul antara 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Sela-ngor (AMS).

Seramai 20 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) ter-masuk Ketua Polis Balai, Balai Po-lis Klang, Asisten Superintendan Mohammad Fadli Minhat.

Baginda juga berkenan meng- anugerahkan Bintang Kegemila-

ngan Sukan Selangor (BKS) kepa-da empat atlet MSN Selangor dan tujuh Bintang Perkhidmatan Ce-merlang (BPC) kepada penjawat awam, di Selangor.

Turut hadir, Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshi-da Taharin serta pimpinan Kera-jaan Negeri juga tetamu kehor-mat lain.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan me-nyatakan, sebanyak 1,939 per-mohonan diterima dan daripada jumlah itu, 1,211 permohonan untuk pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran, manaka-la 728 borang permohonan lagi bagi pencalonan pingat Negeri Selangor.

“Dari 1,211 pencalonan, hanya 21 penerima (kira-kira 0.017 pe-ratus) sahaja terpilih untuk mene-rima Darjah dan Bintang Kebesa-ran iaitu dua penerima SPMS dan seorang penerima SSIS, manaka-la 18 penerima pula bagi Darjah Kebesaran DPMS dan DSIS.

“Semua penerima melepasi tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Page 4: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

KhasSelangorKini 13 - 19 Disember 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menziarahi makam ayahan-danya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, di Makam Diraja Klang, pada 6 Disember lalu.

Istiadat berkenaan antara program yang disusun sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72.

Sultan Sharafuddin diiringi Dato ‘ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya,

pembesar negeri dan kerabat diraja Se-langor.

Turut diadakan majlis tahlil yang di- ketuai Mufti Selangor, Dato Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Baginda tiba di perkarangan makam bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, sekitar jam 10 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selama setengah jam yang dipimpin Mohd Tamyes.

Baginda kemudiannya menabur bunga dan menyiram air mawar di be-berapa makam sebelum berangkat pu-lang meninggalkan perkarangan istana.

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berke-nan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72, pada 11 Disember lalu.

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Sing-gahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini, diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah, pada 7 Disember lalu.

Istiadat itu turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Kera-jaan Negeri, kerabat Diraja Sela-ngor dan dif kehormat.

Air Doa Selamat itu dipersem-bahkan kepada Sultan Sharafud-

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berke-nan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 12.30 tengah hari itu

turut disertai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah.

Baginda disambut Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dato’ Iskandar Abdul Samad; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Se-langor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengarah Ja-

batan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat itu dipimpin Mohd Tamyes.

Selesai majlis, baginda tu-rut berkenan menunaikan solat Jumaat dan kemudiannya me-luangkan masa bertemu juga bersalaman dengan jemaah, di masjid berkenaan.

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72

Sultan Sharafuddin ziarah Makam Diraja Klang

Sultan Sharafuddin bersama Tengku Amir Shah berangkat menziarahi makam Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, di Makam Diraja Klang

KLANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-72.

Keberangkatan tiba baginda bersama DYMM Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada jam 3.30 petang diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir

Shah; Dato’ Menteri Besar, Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali dan is-teri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Selepas lagu Negeri Selangor dimainkan, acara dimulakan de-ngan persembahan tarian tradi-sional, Tarian Menjunjung Duli.

Selepas itu, Upacara Menjamah Pulut Kuning Sempena Kepute-raan DYMM Sultan Selangor ke-72 turut dijalankan.

Selesai upacara menjamah pulut kuning, upacara santapan

bermula sambil diiringi beberapa persembahan tarian dan nyanyi- an.

Baginda kemudiannya berke-nan untuk ke Majlis Menghadap bagi bertemu dan bermesra de-ngan rakyat jelata.

Dalam majlis itu, orang ra-mai berpusu-pusu supaya tidak terlepas peluang bersalaman dan berswafoto dengan Sultan Shara-fuddin, Tengku Permaisuri Nora-shikin dan Tengku Amir Shah.

Tarian Menjunjung Duli serikan Majlis Jamuan Teh Diraja

Tengku Panglima Besar persembah Air Doa Selamat

din oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Sultan Selangor turut berke-nan menyempurnakan penga-nugerahan watikah pelantikan Penghulu Adat Istiadat Diraja Se-langor kepada Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail Engku Mahaja-ralela Setia yang berkuatkuasa, pada 1 Disember lalu.

Ia dilaksanakan di bawah pe-runtukan Undang-undang perka-ra 40 Undang-undang tubuh Ke-rajaan Selangor 1959.

Mufti Selangor ketuai bacaan Yasin

Sultan Sharafuddin bersama Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit JelutongSIDANG PENGARANG

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN: Mohsin Abdullah

KETUA PENGARANG: Cecelia AlphonsusPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib: [email protected], Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Page 5: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

5SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Page 6: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

KhasSelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Demi kebaikan semua

Teguran sultan perkukuh perpaduan

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG - Penekanan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, supaya isu sen-sitif tidak dipermainkan membuktikan keperihatinan baginda supaya keharmo-nian dan perpaduan rakyat di negeri itu terus diperkukuhkan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, saranan Sul-tan Selangor itu perlu disokong semua pihak supaya kemakmuran sedia ada dapat terus dipertahankan demi kebai-kan bersama.

“Pedoman tuanku supaya jangan ada mana-mana pihak memainkan isu sen-sitif amat tepat pada masanya, perlu di-junjung dan didakap semua pihak.

“Sultan yang mithali sentiasa bijak-sana dan meletakkan kebajikan rakyat dekat dihati sanubari. Selangor dikurnia- kan Allah SWT sultan memilki keperiba-dian yang ihsan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis istiadat penganugerahan darjah kebesa-ran Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 DYMM Sultan Sela-ngor, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, pada 11 November lalu.

Katanya, sementara rakyat tuntas mempertahankan institusi Raja Berper-lembagaan, mereka tidak boleh mene-rima kekebalan berpindah kepada pihak eksekutif kerana ia adalah penodaan ter-hadap perlembagaan iaitu executive im-munity is a gross violation of the letter and spirit of the constitution.

“Rakyat menyanjung tinggi pendirian tegas Raja-Raja Melayu berhubung tin-dakan melampau individu dan kumpu-lan menggugat kestabilan serta kehar-

monian masyarakat majmuk.“Raja-Raja Melayu memberikan pedo-

man hidup rukun damai berlandaskan prinsip Islam yang toleran, sederhana dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata, Selangor adalah se-buah negeri berdaulat memiliki silsilah kesultanan dalam kalangan negarawan, pahlawan dan ilmuan dengan sumba-ngan besar dalam membangunkan sistem pemerintahan kesultanan yang menjamin keadilan serta ketenteraman juga keteraturan.

Demi kepedulian kepada rakyat, Mo-hamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan 2018 yang menjamin sekalian rakyat termasuk ne-layan, petani, peniaga kecil, pekerja dan penjawat awam mendapat pembelaaan kebajikan serta menikmati kekayaan negeri melalui Insiatif Peduli Rakyat se-perti perumahan rakyat, kesihatan asas, pendidikan berinovsi juga pembangu-nan usahawan.

“Selangor kekal sebagai negeri pe-nyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara de-ngan mencatat 22.7 peratus bagi 2016 dan terus mencipta nilai dengan pela-buran berteknologi dan berimpak tinggi

Keprihatinan sentuh hati penjawat awam KLANG - Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri me-nyentuh hati warga kerja perkhidmatan awam Selangor.

Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, selain itu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan kepim-pinan negeri sentiasa memberi keper-cayaan penuh kepada penjawat awam negeri itu melaksanakan dasar Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

“Sesungguhnya, patik dan seluruh warga kerja perkhidmatan awam di Se-langor rasa amat bertuah dapat mena-bur bakti di negeri yang makmur, maju serta berkebajikan ini.

"Tuanku sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata dan memas-tikan pentadbiran Kerajaan Negeri sen-tiasa di landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sem-bah ucapannya di hadapan Sultan Shara-fuddin pada Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-72 di Padang

Mahkota, Istana Alam Shah, di sini, pada 10 Disember lalu.

Mohd Amin berkata, jalinan erat an-tara baginda, barisan kepimpinan ne- geri dan warga kerja perkhidmatan awam memberi semangat yang tinggi untuk mereka bekerja dengan penuh de-dikasi juga profesional.

Katanya, baginda juga menjadi tem-pat rujukan terutama dalam merunding-kan sebarang masalah supaya keputusan yang diambil sentiasa adil dan saksama.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi ka-sih ke atas duli tuanku kerana sentiasa memberikan cadangan bernas untuk pa-tik sekalian meningkatkan mutu perkhid- matan terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat jelata, di pelusuk negeri,” katanya.

Beliau berkata, peranan baginda se-bagai ketua agama Islam amat dirasai menyebabkan umat Islam yang ber-naung di Selangor rasa amat bertuah selain menjadi faktor penyatu dalam Se-langor.

”Tuanku ibarat payung besar yang menaungi rakyat tanpa mengira bang-sa, agama dan darjat,” katanya.

yang mempunyai jangkauan global.“Usaha ini berjaya mencipta peker-

jaan yang substantif, menjurus kepada

peningkatan pendapatan rakyat dan mengangkat darjat kehidupan mereka,” katanya.

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah berke-nan beramah mesra bersama sebahagian hadirin, pada Majlis Jamuan Teh Diraja, di Padang Mahkota, Istana Alam Shah

Page 7: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

7SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Shah Alam

Page 8: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

KhasSelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Sentiasa ambil sikap dengar sendiri

Sultan Sharafuddin prihatin nadi Kerajaan Negeri

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memastikan pentadbi-ran Kerajaan Negeri kekal berpaksikan rakyat amat dihargai.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil dan Seder-hana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, ketegasan baginda dalam memantau, menegur serta menasihati Kerajaan Negeri juga sentiasa didam-bakan.

“Sultan Selangor adalah payung kepada rakyat negeri dan kepimpi-nan baginda amat mengagumkan. Atas kapasiti itu, Kerajaan Negeri amat menghargai usaha baginda dalam memartabatkan hak rakyat Selangor,” katanya.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib mengakui sikap baginda yang sa-ngat cakna dengan mengikuti rapat perkembangan isu semasa amat me-nyenangkan Kerajaan Negeri.

“Tuanku sentiasa ambil sikap de-ngar sendiri dan tidak mengendah-

kan khabar angin. Baginda juga sen-tiasa mesra rakyat, malahan pernah bersama kami mencemar duli ke sawah bendang di Sekinchan dan menanam pokok bakau, di Kuala Se-langor,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tem-patan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah pula menyifatkan kepimpinan dan tunjuk ajar Sultan Selangor sebagai nadi kepada Kera-jaan Negeri.

“Keprihatinan tuanku terhadap rakyat jelata dapat memastikan pen-tadbiran Kerajaan Negeri tidak ter-

leka daripada menjaga kepentingan rakyat. Kami amat menghargai kepri-hatinan baginda dalam melindungi hak rakyat Selangor,” katanya.

Turut bersetuju, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi yang menyi-fatkan Sultan Sharafuddin sentiasa memperlihatkan sisi kepimpinan tinggi, namun kekal mesra rakyat.

“Sikap dan karisma baginda itu menjadikan rakyat semakin kasih akan dirinya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Shafie Ngah berkata, kepimpinan ter-puji dan sikap mesra rakyat baginda menjadikan Selangor lebih sejahtera.

“Umpama pohon, pucuknya men-julang tinggi, dahannya rendang me-mayungi,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha turut memuji kepriha-tinan baginda yang sentiasa mengi-kuti perkembangan semasa terutama berkaitan pentadbiran negeri.

“Sikap ini menunjukkan rasa ka-sih baginda terhadap permasalahan rakyat. Tidak hairanlah baginda sen-tiasa ringan untuk turun bertemu rakyat,” katanya.

Selangor makmur di bawah payung naungan tuanku

WAKTU SOLAT SELANGOR13 - 19 Disember 2017

24 - 30 Rabiulawal 1439HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

“Sultan Sharafuddin insan yang peka dengan perkemba-ngan semasa, baginda sering memberi idea bernas dalam mengatasi masalah kemanusiaan. Malah, baginda juga sering menasihatkan rakyat jelata supaya sentiasa mengi-kut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Semoga Sul-tan Sharafuddin dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirul Mukminin de-ngan penuh keberkatan dunia akhirat"

Mohd Nazri Noor, 47, Ahli Perniagaan

"Sultan Sharafuddin seorang yang prihatin terhadap rakyat memandangkan baginda sering turun padang tidak kira kawasan bandar atau luar bandar bagi merasmikan apa sahaja program, malahan baginda amat menitikberatkan kemajuan rakyat dalam pel-bagai bidang termasuk ekonomi dan sosial"

Shantini Arulappen, 25, Pekerja Swasta

"Sejak pemerintahan ayahanda Sultan Sharafuddin lagi, Selangor sememangnya aman sejahtera, kerana baginda mementingkan kebajikan rakyat dan sama sekali tidak memilih bangsa. Sebagai rakyat negeri ini, saya tidak rasa munculnya perbezaan budaya walau-pun berbangsa Cina"

Wong Kok Fatt, 52, Ahli Perniagaan

13 Rabu 5:38 5:48 7:08 1:10 4:33 7:06 8:2114 Khamis 5:39 5:49 7:09 1:11 4:33 7:07 8:2215 Jumaat 5:39 5:49 7:09 1:11 4:34 7:07 8:2216 Sabtu 5:40 5:50 7:10 1:12 4:34 7:08 8:2317 Ahad 5:40 5:50 7:10 1:12 4:35 7:08 8:2318 Isnin 5:41 5:51 7:11 1:13 4:35 7:09 8:2419 Selasa 5:41 5:51 7:11 1:13 4:36 7:09 8:24

13 Rabu 5:41 5:51 7:11 1:12 4:35 7:08 8:2314 Khamis 5:41 5:51 7:11 1:13 4:35 7:09 8:2415 Jumaat 5:42 5:52 7:12 1:13 4:36 7:09 8:2416 Sabtu 5:42 5:52 7:12 1:14 436 7:10 8:2517 Ahad 5:43 5:53 7:13 1:14 4:37 7:10 8:2518 Isnin 5:43 5:53 7:13 1:15 4:37 7:11 8:2619 Selasa 5:44 5:54 7:14 1:15 4:38 7:11 8:26

Teng Chang Khim

Page 9: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

9SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Daulat TuankuSEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorPada 11 Disember 2017 Bersamaan 22 Rabiulawal 1439H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Dan KakitanganMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYASerta Seluruh Warga Petaling Jaya

Page 10: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

10Khas

SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Singgahsana lambang kebesaran kerajaan

Singgahsana adalah lambang ke-daulatan dan kebesaran kerajaan sese-buah negeri, raja serta permaisuri dengan sultan akan bersemayam di atas singgah-sana yang terletak di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Singgahsana yang digunakan bagi upa-cara rasmi seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan ini diperbuat daripada kayu cengal diukir dengan motif bunga tanjung

Istana antara institusi penting di Selangor

Alat kebesaran simbol kedaulatan raja dan negeri

pecah sembilan yang melambangkan sembilan daerah, di Selangor.

Singgahsana ini turut dilengkapi de-ngan sebuah mahkota yang diperbuat daripada kayu, sementara lapik bahagian atas diperbuat daripada baldu kuning di-raja.

Singgahsana ini kali pertama diguna-kan pada istiadat Kemahkotaan dan Perta-balan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sul-tan Sir Ala’eddin Suleiman Shah, pada 24 Oktober 1903.

Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Mahkota yang digunakan oleh DYMM Sultan Selangor hari ini menggantikan mahkota lama bernama ‘Mahkota Le-leng’ yang keseluruhannya diperbuat daripada emas dan berasal dari tanah Bugis, di Sulawesi.

Mahkota Lelang ini diganti dan di-ubah suai atas nasihat seorang ulama, Tuan Sheikh Abdul Ghani ketika peme-rintahan Sultan Muhammad (1826-1857).

Mahkota DYMM Sultan Selangor ini bertatah permata intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia, serta delima asli yang diikat dengan emas sepuluh iaitu emas asli, dari Pahang.

Mahkota ini dipakai ketika Istiadat Per-tabalan dan Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor, Istiadat Pertabalan Tengku Am-puan Selangor, Istiadat Pertabalan Raja Muda, perayaan jubli perak dan jubli emas pemerintahan.

Mahkota DYMM Tengku Ampuan Selangor

Mahkota bertatah berlian, batu deli-ma merah dan diikat dengan emas tulen dipakai oleh DYMM Tengku Ampuan Se-langor ketika Istiadat Kemahkotaan ba-ginda dan juga istiadat pertabalan DYTM Raja Muda.

Keris Panjang Beruk Berayun

Keris ini adalah keris panjang dan mempunyai Hulu Bali, sampir Madura

dan matanya tidak berlok. Keris ini juga diperturun-kan dari sultan ke sultan. DYMM Sultan Sharafuddin

Idris Shah adalah sultan per-tama mengucup keris ini ke-

tika istiadat permahsyuran baginda.

Keris Gading Diraja

Keris Gading Diraja juga dikenali sebagai keris Gading Putih. Ia digu-nakan DYMM Sultan Selangor dalam beberapa upacara rasmi kerajaan. Mata keris berlok lima ini diperbuat daripada besi purba.

Hulu keris diperbuat daripada ga-ding diberi nama ‘Hulu Anak Ayam Teleng’ dalam kategori ‘Hulu Jawa De-mam’. Sampirnya diperbuat dar-ipada gading putih tertera lima bintang berbucu lima, manaka-la lambang peribadi DYMM Sultan Selangor tertera pada sarung keris. Hujung sarung keris dikenali sebagai ‘Bujur Sanggar’.

Keris Terapang Gabus

Keris Terapang Gabus juga dikenali sebagai Keris Tetali Emas atau Keris Emas Pendek. Ia salah satu daripada alat kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan yang dipakai sultan ketika Istia-dat Pertabalan dan Kemahkotaan.

Mata keris ini diperbuat daripada besi ‘Lela Pestaka’ yang dipercayai

mempunyai tuah dan keistimewaan-nya tersendiri. Oleh kerana sarung ke-ris ini diperbuat daripada gabus, maka ianya dipanggil sebagai ‘Keris Terapang Gabus’.

Manakala, gelaran ‘Keris Tetali Emas’ diberi kerana keris ini mempunyai tali

bersalut emas dan hulunya ditatahkan dengan permata. Keris berlok tujuh ini mempunyai hujung sarung berbentuk mata kapak.

Tengkolok DYMM Sultan Selangor

Tengkolok kuning bertatah tiara berlian ini digunakan DYMM Sultan Selangor ketika menghadiri Isitiadat Pertabalan dan Kemah-kotaan, Istiadat Hari Keputeraan, Upacara Pembukaan Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri Selangor, istiadat dalam Negeri Selangor dan istiadat-istiadat rasmi diraja di luar Selangor. Warna rasmi tengkolok bagi seorang sultan ialah warna kuning.

Payung Diraja

Payung Diraja keseluruhannya berwar-na kuning. Ia digunakan ketika istiadat yang dijalankan di luar istana bagi mema-yungi DYMM Sultan Selangor.

OLEH NAZLI IBRAHIM

Bagi sebuah negeri yang bebas dan merdeka, kedaulatan raja serta ne-geri adalah satu elemen penting yang perlu dipelihara.

Kedaulatan ini bukan sahaja perlu dihor-mati, malahan harus dilindungi oleh semua golongan baik istana hingga rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.

Di Selangor, istana adalah institusi yang sangat penting supaya kedaulatan raja dan negerinya terus terpelihara.

Selain kemakmuran, kedaulatannya juga boleh dilihat melalui alat-alat kebesaran di-raja yang penuh keunikan dan terjaga rapi sejak berzaman hingga hari ini.

Alat kebesaran yang dijaga dengan penuh tertib sejak berzaman lagi adalah sebahagian daripada simbol kedaulatan raja dan negeri Selangor Darul Ehsan bumi bertuah.

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-72, SelangorKini akan mengongsikan alat-alat kebesaran diraja Se-langor untuk tatapan pembaca.

Page 11: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Khas MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Terdapat lambang peribadi DYMM Sul-tan Selangor pada payung berkenaan, manakala DYMM Tengku Ampuan Sela-ngor dan DYTM Raja Muda juga mempu-nyai payung peribadi sediri yang tertera lambang peribadi masing-masing.

Payung Isitiadat

Payung Istiadat juga dikenali sebagai Payung Obor-obor Kuning. Ia tidak mem-punyai sebarang lambang dan digunakan dalam beberapa istiadat diraja. Dalam per-barisan, Payung Is-tiadat dibawa oleh para jejawat yang diselangi dengan jejawat Lembing Is-tiadat dan Tombak Istiadat.

Terdapat juga pa-yung isitiadat ber-warna hijau yang digunakan ketika kemangkatan DYTM Raja Muda, manakala payung istiadat ber-warna merah digunakan khas untuk istia-dat yang sama untuk Orang Besar-Orang Besar dan Daerah.

Lembing Sembuana

Lembing Sembuana adalah lembing pusaka yang penting ketika Istiadat Per-tabalan dan Kemahkotaan. Mata lembing ini dibuat daripada campuran Besi Khursani yang dikumpulkan dari sembilan daerah, di Selangor.

Lembing ini dipercayai mempunyai se-mangat yang kuat serta bertuah. Dalam beberapa istiadat diraja, lembing ini digu-nakan dalam upacara ikrar taat setia kepa-da raja dan Kerajaan Negeri.

Antara adat istiadat lain yang memer-lukan Lembing Sembuana ini ialah ketika istiadat pemahsyuran sultan baru depan jenazah, Istiadat Perlantikan DYTM Raja Muda Selangor, DYTM Raja Puan Muda Selan-gor, perlantikan Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah dan Dato’ Diraja Selangor.

Lembing dan Tombak Istiadat

Lembing dan Tombak Istiadat digunakan di dalam majlis-majlis istiadat istana. Di dalam perbari-san, para jejawat Lembing Istia-dat ini akan diselangi dengan jejawat Payung Istiadat.

Keris, Badik dan Sundang yang digunakan oleh Orang Mulia Anak

Raja Berempat

Keris kerajaan terdiri daripada Sundang Diraja, Badik Emas, Keris Pendek dan Keris Panjang Bersalut Emas.

Alat-alat kebesaran ini akan dibawa oleh Yang Mulia Anak Raja Berempat ketika Istia-dat Pertabalan dan Kemahkotaan, Istiadat Menjunjung Duli dan Ulang Tahun Hari Ke-puteraan.

Nobat Diraja Selangor

Selangor adalah salah sebuah ne-geri di Malaysia yang mempunyai per-alatan nobat. Ianya terdiri daripada alat bunyi-bunyian tradisional yang dipalu untuk pelbagai upacara istiadat diraja seperti Istiadat Pertabalan dan Ke-mahkotaan serta Istiadat Perkahwinan

Diraja.Ahli-ahli dan pemain nobat mewa-

risi secara turun temurun dan dipanggil ‘Orang Kalau’ dan Ketua Nobat pula dige-lar ‘Setiakuna’.

Peralatan nobat Selangor yang di-gunakan dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan baginda ialah sebuah nafiri, sebuah serunai, sebuah lengka-ra/mengkara/menggara dengan dua batang rotan penukul dan dua gen-

dang dengan batang rotan penukul.

Paluan nobat dilakukan mengikut adat dan masa yang ditetapkan. Ianya dipalu dalam upacara khas dan se-tiap acara mempunyai lagu nobat tertentu.

Terdapat 16 lagu nobat di antaranya Nobat Tabal, Nobat Raja, Iskandar, Raja Berang-kat, Ibrahim Khalilullah, Puteri Langan Mayang, Lenggang Cik Kobat, Dang Gendang,

Kemang Kemali dan Jong Beralih.

Lambang PeribadiDYMM Sultan Selangor

Tulisan khat Selangor di bahagian atas dicipta dengan Lembing Sem-buana di tengah-tengah memben-tuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di se-belah kiri, manakala di sebe-lah kanannya Keris Tera-pang Gabus.

Bulan sabit dan bin-tang berbucu lima ber-warna kuning dite-rapkan dengan penuh artistik pada lakaran berkenaan. Tulisan khat ‘Dipelihara Allah’ ditulis di bawah lakaran berkenaan. Re-ben kuning dengan tulisan ‘Selangor’ adalah dasar kepada reka bentuk la-karan di atas.

Bulan sabit berwarna kuning meleng-kapkan reka bentuk lambang peribadi baginda.

Pending Emas Bertatah Berlian

Pending Emas Bertatah Berlian adalah satu peralatan yang diperlukan bagi meleng-kapkan sesuatu pakaian istiadat.

Pending ini dipakai buat pertama kalinya oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan baginda dan DYMM Sultan Shara-fuddin Idris Shah adalah sultan kedua memakai pending ini, pada istiadat sama.

Pada pending ini, terdapat lambang peribadi DYMM Sultan Selangor bertatah berlian.

Bendera Peribadi DYMM Sultan Selangor

Bendera Peribadi DYMM Sultan Sela-ngor dikibarkan pada setiap kender-aan rasmi yang baginda naiki. Ia juga

dikibarkan di istana persemaya-man ba-ginda dan di majlis

rasmi yang dihadiri baginda. Bendera ini mempunyai

latar belakang berwarna kuning, sementara bucu puncak sebelah kirinya terdapat warna merah.

Pada bendera itu ter-dapat bulan sabit juga sebutir

bintang pecah lima berwarna putih sebagai simbol kepada keis-

laman dan kesucian. Latar belakangnya terdapat warna kuning

diraja serta diikuti lambang peribadi Sultan Selangor berwarna merah.

Sumber/Kredit: buku Pertabalan & Kemah-kotaan DYMM Sultan Selangor Ke-IX (2003)

11

Page 12: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

Khas Sultan13SelangorKini 13 - 19 Disember 201712 SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Galur Kesultanan Selangor

SULTAN MUHAMMAD, 1826 – 1857Sultan Selangor yang ke-3

Putera Sultan Ibrahim, Raja Muda Mu-hammad menaiki takhta kerajaan Se-langor bergelar Sultan Muhammad

menggantikan ayahandanya yang mang-kat pada 27 Oktober 1826.

Ketika pemerintahan Sultan Muham-mad, Raja Busu seorang anak raja Sela- ngor berjaya mengusahakan lombong bijih timah di Lukut. Beliau kemudiannya dilan-tik sebagai pembesar Lukut. Pelombong terdiri daripada orang Cina yang dibawa sebagai buruh. Kemudiannya berlaku per-gaduhan di antara buruh Cina dengan orang Melayu di Lukut. Dalam pergaduh-an ini ramai yang terbunuh termasuk Raja Busu dan keluarganya.

Lukut terus berkembang sebagai ka-wasan pengeluaran bijih timah yang kaya. Pada tahun 1846, Sultan Muhammad me-lantik menantu baginda, Raja Jumaat, ketu-runan Riau sebagai wakil mentadbir Lukut.

Pada tahun 1844, Sultan Muhammad mengahwinkan puteri baginda, Raja Atfah dengan Raja Abdul Samad bin Raja Abdul-lah Ibn Sultan Sallehuddin Shah. Raja Ab-dul Samad dianugerahkan oleh Sultan Mu-hammad sebagai Raja Panglima Besar dan berkuasa di Kuala Selangor.

Tahun yang sama juga Sultan Muham-mad menyerahkan Klang kepada Raja Abdullah, saudara Raja Jumaat. Sebelum Raja Abdullah, Klang ditadbir putera ba-ginda, Raja Sulaiman.

Tindakan baginda menyerahkan pen-tadbiran Klang kepada Raja Abdullah ini menimbulkan rasa tidak puas hati cucunda baginda, Raja Mahdi, putera Raja Sulai-man. Perselisihan ini kemudiannya mence-tuskan perang di antara Raja Mahdi dengan Raja Abdullah dan berlarutan dengan Raja Ismail, anak Raja Abdullah. Baginda Sultan Muhammad mangkat, pada tahun 1857.

SULTAN IBRAHIM, 1778 – 1826Sultan Selangor yang ke-2

Sultan Ibrahim ialah putera Sultan Sallehuddin Shah dilantik oleh Raja Haji, Yamtuan Muda Johor men-

duduki takhta kerajaan Selangor meng-gantikan ayahanda baginda.

Baginda meneruskan kegiatan perda-gangan di Kuala Selangor. Ketika peme-rintahan baginda, berlaku ketegangan hubungan de-ngan Belanda. Hubungan genting ini dikeruhkan lagi dengan ke-munculan kapal dagang British di Kuala Selangor yang membawa kain dan can-du. Antaranya kapal Junk Selang yang dinakhodai James Scott dan The Bloome yang diketuai Francis Light.

Pada masa sama, turut meletus pe-rang di antara Johor dengan Belanda pada tahun 1782 di Riau. Sultan Ibrahim terlibat dalam gerakan menentang ang-katan Belanda di Melaka. Sementara Jo-hor mempertahankan serangan Belanda di Riau.

Sultan Ibrahim yang berlindung di Pahang melancarkan serangan ke atas pasukan orang Belanda yang berkubu di Kuala Selangor pada Jun 1785 dan berja-ya menghalau angkatan Belanda pulang ke Melaka serta kembali menduduki Kuala Selangor. Sultan Ibrahim mangkat di Kuala Selangor, pada 27 Oktober 1826.

Raja Abdul Samad adalah menantu Sultan Muhammad, melalui perkah-winan baginda dengan Raja Tipah.

Pemerintahan Sultan Abdul Samad menja-dikan perusahaan bijih timah berkembang pesat yang menarik minat penghijrahan orang Cina ke Selangor.

Ketika pemerintah Sultan Abdul Samad berlaku perang di antara Raja Mahdi de-ngan Raja Abdullah yang dikenali dengan Perang Klang. Walaupun Raja Mahdi per-nah berjaya menduduki Klang, akhirnya di-kalahkan oleh Raja Ismail, anak Raja Abdul-lah yang mendapat bantuan Tunku Kudin.

Kerajaan British telah campur tangan dalam pentadbiran kerajaan di Selangor ketika pemerintahan Sultan Abdul Sa-mad. Residen British pertama telah dilan-tik pada tahun 1874 ialah J.G. Davidson. Kemudiannya pada tahun 1896, Selangor bergabung dengan Perak, Negeri Sembi-lan dan Pahang mewujudkan Persekutu-an. Gabungan ini dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Abdul Samad mangkat di Istana Jugra pada 6 Februari 1898, ketika beru-sia 93 tahun dan dimakamkan, di Kuala Jugra.

SULTAN ABDUL SAMAD, 1857 – 1898Sultan Selangor yang ke-4

SULTAN SALEHUDDIN SHAH, 1745 – 1778Sultan Selangor yang pertama

Raja Lumu, putera Daeng Chelak atau Daeng Pali, Yamtuan Muda Johor kedua ialah pengasas kesultanan

Selangor hari ini. Raja Lumu, sebelum memakai gelaran Sultan dikenali dengan panggilan Raja Selangor. Beliau datang ke Selangor sekitar tahun 1730-an dan men-tadbir Selangor selepas Raja Siti, saudara Daeng Pasarai mangkat.

Pada tahun 1742, Raja Lumu bersama ayahandanya, Daeng Chelak datang ke Pe-rak membantu Raja Muda Bisnu merampas takhta kerajaan daripada Sultan Muzaffar Shah. Daeng Chelak gagal menggulingkan Sultan Muzaffar Shah tetapi berjaya me-letakkan Raja Muda Bisnu sebagai Sultan Perak bergelar Sultan Muhammad Shah.

Sebagai balasan terhadap bantuan, Sultan Muhammad Shah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Pemerintah Selangor, pada tahun 1743.

Apabila Daeng Chelak meninggal dunia pada 19 Mei 1745, Raja Lumu meneruskan pentadbiran di Sela-ngor. Kemudiannya, pada tahun 1766 Raja Lumu mendapat pengiktirafan daripada Sultan Mahmud atau Raja Kimas Perak dan memakai gelar-an Sultan Sallehuddin. Pusat pentadbiran Selangor pada masa itu di Kuala Selangor.

Ketika pemerintahan Sultan Sallehud- din, Kuala Selangor menjadi tumpuan saudagar terutama dalam urus niaga bijih timah. Sultan Sallehuddin Shah mangkat, pada tahun 1778.

SULTAN SIR ALA’IDDIN SULEIMAN SHAH, 1898 – 1938Sultan Selangor yang ke-5

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sul-tan Ala'iddin Suleiman Shah ialah putera Duli Yang Teramat Mu-

lia (DYTM) Raja Muda Musa Ibni Al-marhum DYMM Sultan Abdul Samad yang diisytiharkan sebagai Sultan Selangor, pada 17 Februari 1898.

Ketika pemerintah-an baginda, Selangor bertambah maju dari hasil bumi seperti bi-jih timah dan arang batu. Baginda juga menukar bendera Selangor dan bendera tubuh sultan. Dalam kerancakan pertumbu-han ekonomi ini, baginda menandatangani surat perjan-jian pembinaan Istana Mahkota Klang, pada 8 Julai 1899.

Sultan Ala'iddin Suleiman Shah me-lantik Raja Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah sebagai Raja Muda Selangor melalui Warta Kerajaan, pada November 1899. Empat tahun selepas itu, pada 6 November 1903, jam 4.00 pe-tang baginda menganugerahkan gelaran Tengku Putera Mahkota Selangor kepada anakanda baginda, Tengku Musa Eddin. Manakala pada 7 November 1903 pula baginda menggelarkan isteri baginda Tengku Mahrum dengan gelaran Tuanku Ampuan Paduka Suri Selangor.

Pada bulan Mei 1904 isteri baginda, Tu-anku Ampuan Mahrum mangkat di Klang dan dimakamkan di perkuburan Bukit Jugra.

Penganugerahan gelaran Raja Muda Selangor oleh Sultan Ala'iddin Suleiman Shah kepada putera sulungnya, Tengku

Musa Eddin, dibuat pada tahun 1919. Seterusnya, pada tahun 1928 Sultan

Ala'iddin Suleiman Shah menerima bin-tang Knight Grand Cross atau Dame

Grand Cross (GCMG) daripada kerajaan British yang mem-

bawa gelaran Sir. Pada 6 Julai 1936,

jam 12.30 tengah hari Sultan Ala’iddin Su-leiman yang dihadi-ri oleh Orang-orang Besar dan Ahli Maj-lis Mesyuarat Nege- ri (MMN) perkenan

menganugerahkan kepada Tengku Laksa-

mana Tengku Alam Shah gelaran dan kehormatan

Raja Muda. Manakala, Tengku Panglima Besar Tengku Badar Shah dia-

nugerahkan gelaran dan kehormatan Raja Bendahara (Tengku Bendahara). Majlis pelantikan ini perlu dilaksanakan mengi- kut adat istiadat Selangor.

Majlis pelantikan dibuat pada 20 Julai 1936, dengan penuh istiadat yang mem-perlihatkan Tengku Laksamana Tengku Alam Shah dilantik sebagai Raja Muda Se-langor, manakala Tengku Panglima Besar Tengku Badar Shah adalah Raja Bendaha-ra (Tengku Bendahara) dan Tengku Musa Eddin diberi anugerah gelaran Tengku Kelana.

Pada 31 Mac 1938, jam 5.20 petang Sultan Sir Ala'iddin Suleiman Shah mang-kat di Istana Negara, Klang. Kemangkatan baginda diisytiharkan dengan 17 das tem-bakan meriam di Klang dan Kuala Lumpur. Jenazah baginda dimakamkan di Klang dan dikenali sebagai Marhum Atiqullah.

SULTAN SIR HISHAMUDDIN ALAM SHAH AL-HAJ, 1938 – 1942; 1945 – 1960Sultan Selangor yang ke-6

Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj diisytiharkan sebagai Sultan Selangor menggantikan ayahanda

baginda yang mangkat pada ta-hun 1938. Di hari upacara pemakaman jenazah Sul-tan Ala'iddin Suleiman Shah, pada 4 April 1938 Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Me-layu Bersekutu yang mendapat kebenar-an daripada Raja George Vl Great Brit-ain, Ireland mengisy- tiharkan Raja Muda Alam Shah sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Hishamuddin Alam Shah. Selepas pengisytiharan dibuat, jenazah Almarhum Sultan Ala'iddin Suleiman Shah dimakamkan.

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Selangor pada 26 Januari 1939. Ketika pemerintahan baginda, Jepun melancar-kan serangan ke atas Tanah Melayu pada

penghujung tahun 1941. Selepas Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu melalui

penyerahan tentera British pada 15 Februa- ri 1942, kerajaan Tentera Jepun

tidak mengiktiraf Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah

Al-haj sebagai Sultan Se-langor dan melantik ka-kanda baginda Tengku Musa Eddin sebagai Sultan Selangor de-ngan gelaran Sultan Musa Ghiathuddin Shah. Namun begitu,

apabila British kembali berkuasa di Tanah Me-

layu pada tahun 1945, ia di-lucutkan dan melantik semula

Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-haj sebagai Sultan Selangor.

Ketika pemerintah Sultan Sir Hishamud-din Alam Shah Al-haj, kerajaan British mem-perkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Semua Raja Melayu termasuk Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-haj menurun-kan tandatangan ke atas Perjanjian Malayan

SULTAN MUSA GHIATHUDDIN SHAH AL-HAJ, 1942 – 1945 Sultan Selangor yang ke-7

Tengku Musa Eddin yang berge-lar Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah adalah sultan

bagi Selangor pada tahun 1942 hingga 1945, ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tengku Musa Eddin adalah putera sulung Sultan Ala’iddin Suleiman Shah, di-lahirkan dalam bulan Disem-ber 1893.

Baginda mendapat pendidi-kan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1913 hingga 1916 Tengku Musa Eddin berkhidmat sebagai Tim-balan Pesuruhjaya Polis (Melayu) Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tengku Musa Eddin menjadi Juruiring (Aide De Coupe-ADC) kepada beberapa orang Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dari tahun 1920 hingga 1934.

Pada tahun 1920 beliau menjadi Ahli MMN Se-langor dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi men-jadi Ahli Majlis Persekutuan pada tahun 1927 un-tuk menyusun semula Majlis Persekutuan.

Pada tahun 1933 Tengku Musa Eddin meletak

jawatan dari Majlis Persekutuan. Tengku Musa Eddin adalah

anak Melayu yang awal me-nyertai pasukan sukarela dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda, pada ta-hun 1916.

Baginda juga adalah Ahli Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar,

Timbalan Presiden Lembaga Pengurusan Petempatan Per-

tanian Melayu, Kuala Lumpur dan Ahli Jawatankuasa Kolej Peru-

batan King Edward Vll, Singapura.Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah

bersemayam di Istana Mahkota Klang dan ba-nyak membantu kaum kerabat yang menghada-pi masalah di masa pendudukan Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah, pihak British menurun-kan Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah dan meletakkan kembali Sultan Hishamuddin Alam Shah. Tengku Kelana Jaya Putera Tengku Musa Eddin mangkat pada 8 November 1955 di Kua-la Lumpur. Jenazah baginda dimakamkan, di Makam Diraja Klang.

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, 1960 –2001Sultan Selangor yang ke-8

DYTM Raja Muda Tengku Idris Shah de-ngan rasminya dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor dengan gelaran DYMM

Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh Menteri Be-sar Selangor dengan persetujuan Dewan Diraja pada jam 3.00 petang, 22 November 2001.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah di-puterakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang. Baginda adalah putera sulung DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah den-gan isteri baginda, Yang Mulia Raja Nor Saida-tul Hisham bin Tengku Badar Shah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Mene-ngah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, sebelum meneruskan pendidikan di Sekolah St. John Ins- titution, pada tahun 1954 hingga 1959.

Pada bulan September, 1960 DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik dan diwartakan sebagai DYTM Raja Muda Selangor ketika berusia 15 tahun. Pada tahun yang sama juga, baginda berangkat ke Perth, Australia untuk meneruskan pengajian sehingga tahun 1964. Kemudiannya, baginda meneruskan lagi peng-ajian ke England sehingga tahun 1968. Selepas pulang ke tanah air, baginda seterusnya berkh-idmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis di Kuala Lumpur.

Pada 23 Februari hingga 20 September 1969, ketika DYMM Sultan Selangor berangkat ke Eng-land, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja. Seterusnya, pada tahun 1970 dilangsungkan istiadat pel-antikan sebagai DYTM Raja Muda. Pada tahun 1973, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dia-nugerahkan Darjah Kebesaran (D. K.) Selangor. Manakala, pada tahun 1974 ditauliahkan Mejar Kehormat Pasukan Angkatan Tentera. Seterus-

nya, pada tahun 1975 baginda dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan D.K. Terengganu pada tahun 1984.

Pada 24 April 1999, DYMM Sultan Sharafud-din Idris Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor, ketika ayahanda baginda Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah dilantik sebagai YDA ke-11. Ketika memangku takhta kerajaan Selan-gor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sen-tiasa turun padang menjengah keadaan rakyat di desa dan daerah.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah me-miliki hobi yang unik dan istimewa, misalnya membaca, fotografi, belajar, mengumpul sam-pul surat dan setem. Baginda juga mendapat pengaktifan akademik, dilantik sebagai Fellow of the Chartered Institute of Transport, dia-nugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pentad-biran Awam oleh UiTM pada 31 Mac 2001 dan sebagai Pro Canselor UiTM, pada 31 Mei 2000.

Pada masa sama, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah juga terbabit dalam sukan lasak dan menjadi orang pertama menamatkan cabaran motor Peking-Paris (The First To Complete Pe-king-Paris Motor Challenge) pada tahun 1998. Baginda pernah belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y. JUGRA sehingga nama bag-inda tercatat dalam The Malaysian Book of Re-cords sebagai orang pertama belayar mengel-ilingi dunia (The First To Sail Around The World).

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah di- anugerahkan dua orang puteri, hasil perkah-winan baginda dengan Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal; Tengku Zerafina dan Tengku Zarashah. Manakala perkahwinan baginda den-gan Puan Nur Lisa binti Abdullah, dianugerah-kan seorang putera, Tengku Amir Shah yang kini bergelar Raja Muda Selangor.

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH, 2002 HINGGA KINISultan Selangor yang ke-9

DYMM Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah Alhaj adalah putera DYMM Sultan Sir

Hishamuddin Alam Shah Alhaj dengan DYMM Tengku Am-puan Raja Hajah Jemaah binti Raja Ahmad. Baginda dilahir-kan pada jam 3.30 petang, Is-nin 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha.

Ketika ayahanda baginda bersemayam di Bandar Temasya, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Ab-dul Aziz Shah mendapat didikan aga-ma daripada seorang guru yang datang ke Istana Bandar Temasya. Seterusnya, baginda bela-jar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang.

Ketika belajar di sekolah ini, YAM Tengku Abdul Aziz Shah berkesempatan bergaul mesra dengan kanak-kanak orang biasa, khususnya dalam kelas yang sama dengan baginda. Selepas dua tahun belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, pada tahun 1934, baginda meneruskan pengajian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan terpaksa pulang ke Klang pada tahun 1941 kerana meletusnya pe-rang Pasifik.

Pada 1 Ogos 1946, YAM Tengku Abdul Aziz Shah dianugerahkan gelaran kebesaran Sela-ngor, YAM Tengku Laksamana Selangor. Sete-

rusnya pada 13 Mei 1950, YAM Tengku Laksamana Abdul

Aziz Shah dianugerahkan gelaran DYTM Raja Muda Selangor. Selepas me-nimba ilmu dalam pen-tadbiran di pelbagai jabatan kerajaan, DYTM Tengku Laksamana Ab-dul Aziz Shah menceburi

bidang ketenteraan, pada tahun 1952.

DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ditabal-

kan di atas takhta kerajaan Selangor dan DYMM Tengku Hajah Rahimah sebagai

DYMM Tengku Ampuan Selangor pada hari Rabu, 28 Jun 1961. Upacara pertabalan dan pemahko-taan ini berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Ketika bertakhta DYMM Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah Alhaj mengambil berat terhadap agama, kemajuan negeri, kebudayaan, kebajikan rakyat dan pendidikan. Pada tahun 1999, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj ditabal-kan sebagai DYMM Sri Paduka Baginda (SPB) YDA Malaysia Ke-11.

Baginda mangkat pada 21 November tahun 2001 ketika memegang jawatan YDA dan jenazah Almarhum disemadikan, di makam Diraja Klang.

Union yang dibawa wakil kerajaan British, Sir Harold Mac Michael. Perjanjian ini menyerahkan semua ke-daulatan kepada Raja England. Dengan itu, pada 1 April 1946 kerajaan Malayan Union ditubuhkan, di Tanah Melayu.

Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu. Raja Melayu juga tidak hadir dalam pengisytiharan Malayan Union. Akibat bantahan dan tentangan ini akhirnya Malayan Union digan-tikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, pada 1 Februari 1948. Sejurus itu, pada tahun 1950, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj mengisytiharkan

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Bahagian Yang Kedua yang menyentuh waris takhta negeri.

Perjuangan menuntut kemerdekaan diteruskan dan akhirnya Persekutuan Tanah Melayu menca-pai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-haj yang bertakhta di atas kerajaan Selangor dilantik sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong (YDA) ke-2 pada tahun 1960. Selepas empat bulan menyandang jawatan YDA, baginda mangkat di Istana Tetamu, Kuala Lumpur, pada 1 September 1960.

Page 13: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

14Khas

SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

KARISMA dan keayuan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selan-gor, Tengku Permaisuri

Norashikin sering mendapat per-hatian ramai.

Kelibatnya di majlis rasmi atau aktiviti santai keluarga diraja sering mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihat baginda.

Malah, karakter baginda yang sangat merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman disifat-kan penyeri hati rakyat Selangor.

Mereka turut memuji kecan-tikan baginda yang disifatkan sebagai natural beauty selain ke-sederhanaan dalam berpakaian yang menyerlahkan lagi kejelitaan Tengku Permaisuri Norashikin se-laku kesayangan rakyat Selangor.

Mereka berpandangan, pe-sona dimiliki menyerlahkan lagi keluhuran hati dan keikhlasan ba- ginda sebagai permata hati istana Selangor.

Menerusi laman Instagram Se-langor Royal Official (@selangor-royalofficial) yang memuat naik foto rasmi kerabat diraja Sela-ngor, netizen selalu memberikan

Pesona serlahkan keluhuran hati dan keikhlasan

Tengku Permaisuri Norashikin penyeri hati rakyat

pujian terhadap baginda.Keayuan wajah dan keseder-

haan imej dibawa baginda bu-kan sahaja memukau setiap mata, malahan semua yang memandang

Begitu juga dengan kemes-raan antara DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mencuri tum-puan netizen.

Pasangan diraja itu disifatkan sebagai manis bersama dan dido-akan supaya terus dilimpahi rah-mat serta kekal bahagia juga terus memayungi rakyat negeri itu.

Pada 31 Ogos 2016, Sultan Sharafuddin selamat diijab ka-bulkan dengan Tengku Permaisuri Norashikin yang juga bekas per-sonaliti televisyen, di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Permaisuri Norashi-kin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik, di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Baginda berasal dari Kuala Lumpur dan anak bongsu dari-pada tiga beradik.

Sebelum bergelar pembaca berita di RTM, Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas se- bagai pramugari di syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

pasti terpegun.Sering tampil menggayakan

busana menarik di setiap majlis,

netizen memuji cara Tengku Per-maisuri Norashikin berfesyen yang kelihatan ringkas dan elegan.

Page 14: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

15SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja

Page 15: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

16Khas

SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

DULI Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dimasy-hurkan sebagai Raja Muda Se-

langor dalam sebuah Istiadat Pemasyhuran Gelaran yang penuh tradisi, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 8 Oktober 2016.

Baginda mengangkat sumpah gelaran Raja Muda Selangor di hadapan ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah.

Tengku Amir Shah yang kini berusia 27 tahun diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat, adalah anak bongsu dari tiga beradik hasil perkah-winan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Puan Nur Lisa Idris Abdullah.

Baginda mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington Col-lege, United Kingdom (UK) dari 2004 hing-ga peringkat A-Level, pada 2009.

Kemudiannya baginda melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, UK, pada 2014.

Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Aka-demi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, dari 23 September sehingga 5 Disember 2014.

Selepas itu, baginda meneruskan latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 sebelum mendaftar diri di Akademi

Angkat sumpah 8 Oktober 2016

Tengku Amir Shah inspirasi belia

Ketenteraan Diraja Sandhurst, UK, dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.

Rentetan daripada kejayaan itu, baginda ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara, di Kem Terendak, Melaka, pada 19 Julai lalu.

Pada 15 Mac lalu, Tengku Amir Shah dianugerahkan Beret Merun dan Sa-yap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anugerah ini diberikan berdasar-kan komitmen, keazaman, ketabahan serta keyakinan dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan baginda sepan-jang mengikuti kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) siri 2/2016.

Baginda turut terkenal dengan sifat berjiwa rakyat apabila sering meluangkan masa memenuhi unda-ngan dan majlis keraian serta men-jadi Penaung Diraja bagi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memban-

tu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidu-pan.

Antara NGO yang dinaungi baginda ialah Yayasan Raja Muda Selangor, Per-tubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Se-langor Youth Community (SAY).

Baginda turut menggemari su-kan lasak seperti menunggang kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal dan bola sepak.

Tengku Amir Shah turut meng- asaskan Selangor Champions League pada tahun 2016 untuk menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak, di peringkat komuniti.

Cinta baginda terhadap su-kan bola sepak khususnya skuad Red Giants tidak dapat dinafikan menerusi satu kenyataan ber-hubung tujuh cara untuk me-naikkan semula martabat bola sepak Selangor.

Page 16: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

17SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD

103002-H

Page 17: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

18 SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Page 18: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

19SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Page 19: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

20 SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

CENTRAL SPECTRUM (M) SDN BHD (183136-D)

Page 20: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

21SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Pada 11 Disember 2017 Bersamaan 22 Rabiulawal 1439H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Dan Kakitangan MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Serta Seluruh Warga Sepang

Daulat TuankuSEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU

Page 21: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

22 SelangorKini 13 - 19 Disember 2017

Majlis Perbandaran Klang

Page 22: Daulat Tuanku - · PDF fileYasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Masjid Diraja, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, di sini, pada 8 Disember lalu. Keberangkatan tiba baginda

23SelangorKini 13 - 19 Disember 2017