data

6
4.3 Miskonsepsi kedua dalam tajuk perwakilan data a) Interpretasi Carta Pai yang mengelirukan Miskonsepsi seterusnya ialah interpretasi carta pai yang mengelirukan.Terdapat murid yang tidak melukis dengan betul menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas.Ini kerana dengan menggunakan pengetahuan tentang carta pai,kita dapat menafsir suatu carta pai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Cara menginterpretasi Carta Pai ialah berasaskan prinsip bahawa bahagian pai yang terbesar mewakili item data yang terbesar dan bahagian pai yang terkecil mewakili item data yang terkecil .Maka, ianya mudah untuk membandingkan data-data. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyediakan satu jadual seperti berikut: Hasil sebuah ladang dalam tahun 2012. Hasil Kuantiti( ton metric ) Kubis 2100 Sayur manis 720 Tembikai 360 Teh 1500 Kacang soya 540 Jagung 180 b) Cara mengatasinya

Upload: hegan22

Post on 03-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dasf

TRANSCRIPT

Page 1: Data

4.3 Miskonsepsi kedua dalam tajuk perwakilan data

a) Interpretasi Carta Pai yang mengelirukan

Miskonsepsi seterusnya ialah interpretasi carta pai yang mengelirukan.Terdapat murid yang

tidak melukis dengan betul menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas.Ini

kerana dengan menggunakan pengetahuan tentang carta pai,kita dapat menafsir suatu carta

pai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Cara menginterpretasi Carta Pai ialah

berasaskan prinsip bahawa bahagian pai yang terbesar mewakili item data yang terbesar dan

bahagian pai yang terkecil mewakili item data yang terkecil .Maka, ianya mudah untuk

membandingkan data-data.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyediakan satu jadual seperti berikut:

Hasil sebuah ladang dalam tahun 2012.

Hasil Kuantiti( ton metric )

Kubis 2100

Sayur manis 720

Tembikai 360

Teh 1500

Kacang soya 540

Jagung 180

b) Cara mengatasinya

Guru perlu menunjukkan langkah-langkah yang perlu diingati semasa melukis Carta Pai .Jika

Carta Pai dilukis dengan tangan, berikut adalah langkah-langkah utamanya:

a) Kirakan sudut ditengah-tengah bulatan yang mana ianya agak mudah kerana satu bulatan

mempunyai sudut 360 darjah.

b) Apabila anda melukis bahagian-bahagian pai, anda memerlukan protraktor untuk mencari

sudut ditengah-tengah bulatan. Kemudian cari jumlah nilai yang perlu ditunjukkan. Jumlah

keseluruhan mewakili keseluruhan bulatan. Kemudian, bahagikan untuk setiap bahagian

Berdasarkan jadual di atas,guru membimbing murid melukis carta pai mengikut

langkah-langkah berikut:

Page 2: Data

1. Lukis bulatan

2. Tentukan saiz sudut sektor

Jumlah hasil = 2100 + 720 + 360 + 1500 + 540 + 180 = 5400 ton metric

Saiz sudut sektor bagi :

Kubis = 21005400

x 360 8

= 140 8

Sayur manis = 720

5400 x 360 8

= 48 8

Tembikai = 360

5400 x 360 8

= 24 8

Teh = 15005400

x 360 8

= 100 8

Kacang soya =540

5400 x 360 8

= 36 8

Jagung = 180

5400 x 360 8

Page 3: Data

= 12 8

3. Bahagikan bulatan mengikut saiz sudut sektor

4. Labelkan sektor-sektor itu selepas mengira peratus keseluruhan.

Hasil sebuah ladang dalam tahun 2012.

Hasil Kuantiti( ton metric ) Peratusan

Kubis 2100 21005400

x 100% =

38.9%

Sayur manis 720 7205400

x 100% =

13.3%

Tembikai 360 3605400

x 100% = 6.7%

Teh 1500 15005400

x 100% =

27.8%

Kacang soya 540 5405400

x 100% = 10%

48 "

140 "

24 "

100 "

36 " 12 "

Page 4: Data

Jagung 180 1805400

x 100% = 3.3%

Carta pai yang siap dilabelkan

Kesimpulannya ialah Pewakilan data di dalam bentuk visual adalah sangat berguna di dalam

pengumpulan data semasa menjalankan kajian tetapi lebih penting lagi ialah ianya juga

digunakan di dalam kehidupan seharian kita yang menggunakan graf dan carta untuk

mewakili pelbagai perkara seharian. Adalah penting untuk mengetahui anatomi setiap satu

pewakilan data secara visual ini agar kita tahu bagaimana membuat interpretasi dengan lebih

baik dan efektif.

Sebagai guru adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa pelajar tidak

dikelirukan atau ditipu dengan pewakilan data yang salah dan sengaja hendak mengelirukan

pelajar. Dengan adanya pengetahuan mengenai cara-cara yang betul untuk membaca dan

menginterpretasi carta dan graf ini, diharapkan agar kita akan lebih peka dan dapat membuat

keputusan yang lebih bijak apabila dipersembahkan dengan data secara visual ini.

Pengetahuan ini hendaklah juga diajar kepada pelajar kita agar mereka dapat mengecam ciri-

ciri yang mengelirukan dan dapat dengan mudah menyangkal miskonsepsi yang boleh

berlaku. Hanya dengan pengetahuan yang baik mengenai cara membaca carta dan graf

dengan betul sahaja sudah cukup untuk membantu mereka membuat interpretasi yang

keputusan yang bijak dan tepat.

Page 5: Data