dasar pm ke-6 : kementerian

3
a. Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat bilateral, serantau dan antarabangsa menerusi diplomasi proaktif; b. Merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015 menerusi Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Rangka Tindakan Kebudayaan Sosial ASEAN; c. Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kerangka 1Malaysia dalam senario geopolitik yang sentiasa berubah; dan d. Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan di dalam dan luar negara. 17. Malaysia juga menjalinkan hubungan sangat baik dengan negara lain, di peringkat bilateral dan multilateral, melalui mekanisme serantau dan antarabangsa yang sedia ada dalam ASEAN, PBB dan pertubuhan lain yang kita anggotai. 18. Dasar luar Malaysia distruktur berdasarkan kerangka bilateral, serantau dan multilateral yang jangkauannya seperti pola bulatan sepusat. ASEAN membentuk teras keutamaan dasar luar semasa Malaysia, memandangkan jiran kita merupakan sekutu kita yang terdekat. Melihat lebih jauh ke luar, Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam juga mementingkan perpaduan Ummah dan semangat kerjasama dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Status Malaysia sebagai sebuah negara membangun bermakna bahawa adalah mustahak untuk negara ini memainkan peranan aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, Kumpulan 77 (G77), Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8), Dialog Asia-Timur Tengah (AMED), Forum Kerjasama Asia Timur Jauh-Amerika Latin (FEALAC), Persatuan Pinggir Lautan Hindi bagi Kerjasama Serantau (IOR-ARC), Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) dan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Tidak kurang penting ialah penyertaan negara ini secara aktif dan berterusan dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa yang lain. 19. Menerusi pertubuhan tersebut, Malaysia berusaha untuk menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan dalam kalangan negara membangun dan dunia Islam. Malaysia juga mendukung dasar ‘Memakmurkan Jiran’ untuk meningkatkan

Upload: diana-amran

Post on 03-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

a. Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat bilateral, serantau dan antarabangsa menerusi diplomasi proaktif; b. Merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015 menerusi Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Rangka Tindakan Kebudayaan Sosial ASEAN; c. Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kerangka 1Malaysia dalam senario geopolitik yang sentiasa berubah; dan d. Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan di dalam dan luar negara. 17. Malaysia juga menjalinkan hubungan sangat baik dengan negara lain, di peringkat bilateral dan multilateral, melalui mekanisme serantau dan antarabangsa yang sedia ada dalam ASEAN, PBB dan pertubuhan lain yang kita anggotai. 18. Dasar luar Malaysia distruktur berdasarkan kerangka bilateral, serantau dan multilateral yang jangkauannya seperti pola bulatan sepusat. ASEAN membentuk teras keutamaan dasar luar semasa Malaysia, memandangkan jiran kita merupakan sekutu kita yang terdekat. Melihat lebih jauh ke luar, Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam juga mementingkan perpaduan Ummah dan semangat kerjasama dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Status Malaysia sebagai sebuah negara membangun bermakna bahawa adalah mustahak untuk negara ini memainkan peranan aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, Kumpulan 77 (G77), Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8), Dialog Asia-Timur Tengah (AMED), Forum Kerjasama Asia Timur Jauh-Amerika Latin (FEALAC), Persatuan Pinggir Lautan Hindi bagi Kerjasama Serantau (IOR-ARC), Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) dan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Tidak kurang penting ialah penyertaan negara ini secara aktif dan berterusan dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa yang lain.

19. Menerusi pertubuhan tersebut, Malaysia berusaha untuk menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan dalam kalangan negara membangun dan dunia Islam.

Malaysia juga mendukung dasar Memakmurkan Jiran untuk meningkatkan

hubungan dan kerjasama ekonomi dengan negara jiran menerusi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMTGT) dan entiti lain. 20. Malaysia akan terus memainkan peranan penting berhubung dengan pelbagai isu multilateral yang melibatkan kepentingan kita. Antara isu itu termasuk pelucutan senjata, kempen menentang keganasan, pemerdagangan manusia, perubahan iklim dan isu alam sekitar. Selaku anggota PBB, Malaysia berpegang teguh pada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mendukung undang-undang antarabangsa. 21. Pemilihan Malaysia sebagai Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) bagi 2010 dan Pengerusi Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuktikan lagi imej positif Malaysia di arena antarabangsa. 22. Malaysia juga akan terus menjalinkan hubungan dengan negara-negara sehaluan, baik di rantau ini mahupun di luarnya bagi memastikan kedaulatan dan kesejahteraan ekonominya dipelihara dan dilindungi. Malaysia akan terus mengamalkan prinsip menjalinkan hubungan dan kerjasama, bukan menyisihkan diri dan bertindak secara unilateral. 23. Peluang perdagangan dan pelaburan akan terus diterokai dengan rakan dagangan tradisi kita dan serentak dengan itu, perkongsian strategik untuk perdagangan dan pelaburan dijalinkan dengan negara di Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan bahagian lain di Asia. 24. Dalam dekad menjelang 2020, Malaysia akan perlu menangani perubahan besar dalam persekitaran global sambil memperbaik dan menaikkan taraf situasi domestik di negara ini. Menyedari cabaran ini, adalah penting dasar luar Malaysia terus tertumpu kepada usaha melindungi kepentingan negara sambil menyumbang secara bertanggungjawab dan berkesan ke arah membina sebuah dunia yang adil dan saksama.

25. Prinsip asas, iaitu kesamaan kedaulatan, menghormati kedaulatan wilayah satu sama lain, menyelesaikan pertikaian secara aman di samping menjalinkan hubungan saling berfaedah akan terus menjadi panduan dalam hubungan Malaysia dengan negara lain. Prinsip tersebut telah melepasi ujian zaman. Malah, dengan berpegang teguh pada prinsip itu, disokong pula dengan dasar luar yang konsisten, Malaysia mendapat imej sebagai sebuah negara berwibawa di mata masyarakat antarabangsa.

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia Posted by Cikgu Nik Mie at 10:33 PM

https://www.scribd.com/doc/194048170/Dasar-Luar-Malaysia-Enam-Orang