dasar pengoperasian kokurikulum ppu 2012

12
DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA 2012 PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara

Upload: halusan-maybe

Post on 09-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

dasar perlaksanaan dan proses pengoperasian kokurikulum tingkatan 6

TRANSCRIPT

  • DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM

    PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA

    2012

    PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 2

    DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM

    PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA

    1.0 Pengenalan :

    1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi segala aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan yang merupakan aktiviti luar bilik darjah dan mempunyai peranan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

    1.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi perlu memahami bahawa penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk kemasukan ke IPTA.

    1.3 Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar PPU adalah suatu aktiviti yang boleh membentuk ciri-ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan futuristik, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.

    1.4 Namun demikian, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9 Tahun 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi, mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan ke IPTA.

    2.0 Pengoperasian kokurikulum PPU

    2.1 Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan pengoperasian ko kurikulumnya. Walaupun tiada modul khas tentang pelaksanaannya dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak PPU mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum diadakan secara berasingan daripada aktiviti kokurikulum aliran perdana. Oleh yang demikian, pelajar PPU tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum bersama para pelajar aliran perdana.

    2.2 Secara rasionalnya, pengasingan penglibatan kokurikulum PPU adalah seperti berikut :

    2.2.1 Penglibatan aktiviti kokurikulum dalam kumpulan pelajar pra Universiti sahaja.

    2.2.2 Peluang kepada pelajar aliran perdana memegang jawatan tertinggi dalam Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan.

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 3

    2.2.3 Aktiviti kokurikulum PPU melibatkan kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Kerajaan dan NGO.

    2.2.4 Pelajar akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah dan komuniti setempat.

    2.2.5 Penglibatan sepenuhnya pelajar PPU dalam mendapatkan markah maksimum 10% daripada kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke IPTA

    3.0 Penglibatan Kokurikulum PPU

    3.1 Pengoperasian kokurikulum PPU mewajibkan setiap pelajar menyertai pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Namun demikian, pelajar PPU diwajibkan menyertai Sukan Tahunan Sekolah melalui penglibatan dalam Rumah Sukan serta membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.

    3.2 Setiap pelajar PPU wajib menyertai Kelab Setia ( persatuan wajib pelajar PPU ) dan menyertai tiga kegiatan kokurikulum :

    3.2.1 Badan Beruniform :

    3.2.1.1 Pertahanan Awam JPA 3 ( wajib )

    3.2.2 Kelab / Persatuan :

    3.2.2.1 Kelab Setia ( wajib ) 3.2.2.2 Kelab Pengajian Am 3.2.2.3 Kelab Pencinta Filem 3.2.2.4 Majlis Perwakilan Pelajar PPU

    3.2.3 Permainan :

    3.2.3.1 Petanque 3.2.3.2 Badminton

    3.3 Pemilihan Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan adalah berdasarkan kriteria berikut:

    3.3.1 Merupakan kelab dan persatuan berkaitan mata pelajaran STPM.

    3.3.2 Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan dan NGO.

    3.3.3 Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus anjuran seperti anjuran pihak Jabatan Penerangan.

    3.3.4 Pelajar yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat Negeri dan Kebangsaan.

    3.3.5 Kebanyakan Guru Penasihat adalah dalam kalangan tenaga pengajar PPU dan memudahkan penglibatan bidang tugas pada sebelah petang (2.00- 3.20 petang)

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 4

    4.0 Pelaksanaan Kokurikulum PPU :

    4.1 Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar PPU dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 Semester sahaja iaitu Semester 1 dan 2 dan 3.

    4.2 Melibatkan sekurang-kurangnya 6 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 10 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 1.

    4.3 Melibatkan sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 18 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 2 dan 3.

    4.4 Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Pengurusan KoKurikulum setiap Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan dan diselia oleh seorang guru penasihat.

    4.5 Jadual Aktiviti Kokurikulum : ( Rujuk Lampiran 1 )

    Hari Waktu Rasmi

    Rabu 1.15 3.00 petang

    Khamis 2.30 4.30 petang

    4.6 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum PPU

    Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Haji Borhan b. Md. Nor Setiausaha : En. Jumali bin Rasikun Naib Setiausaha : En. Hishamudin b. Haron

    ( Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU, Sila Rujuk Lampiran 2 )

    4.7 Senarai Nama Guru Penasihat ( Sesi 2012 ) :

    Unit Beruniform / Persatuan Kelab / Permainan Guru Penasihat

    Pertahanan Awam (JPA3) En. Chan Thian Chwee Pn. Norhayati bt. Md. Hassan Kelab Setia Tn. Hj Harun b. Hashim Kelab Pencinta Filem Pn. Raisah bt. Brahim

    Persatuan Pengajian Am Pn. Tian Chwee Siang

    Badminton Pn. Norshin Yeo Abdullah Pn. Shirley Chua Swee Eng

    Petanque Pn. Noor Asiah bt. Dolah

    Majlis Perwakilan Pelajar PPU En. Jumali b. Rasikun

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 5

    4.8 Guru Penasihat yang terlibat hanya menguruskan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan kokurikulum PPU sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum aliran perdana.

    4.9 Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan :

    4.9.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan GPK PPU.

    4.9.2 Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat.

    4.9.3 Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan JPM, PPD, Pengetua dan GPK PPU.

    4.9.4 Bekerjasama dengan GPK Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum Kementerian, JPM, PPD, dan sekolah.

    4.9.5 Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU sekiranya diperlukan.

    4.9.6 Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan dilaksanakan.

    4.9.7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK PPU.

    4.10 Kod Pakaian

    4.10.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :

    4.10.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan

    1. Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek sekolah. 2. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung

    sekolah sahaja dibenarkan.

    4.10.1.2 Aktiviti Unit Beruniform

    1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.

    4.10.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan

    1. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.

    4.11 Ketidakhadiran Aktiviti kokurikulum

    4.11.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak sihat daripada doktor awam/swasta.

    4.11.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar tindakan disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid.

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 6

    5.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum PPU

    5.1 Penilaian Aktiviti Kokrikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan :

    a. Kehadiran b. Jawatan disandang c. Penglibatan

    d. Pencapaian

    5.2 Gred Keseluruhan

    5.2.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi.

    Contoh :

    Jumlah Markah Persatuan Badan Beruniform : 79 Jumlah Markah Persatuan / Kelab : 68 Jumlah Markah Sukan / Permainan : 85

    Markah purata ialah : ( 79+85 ) / 2 : 82

    Markah bonus ( Ketua Pengawas / Pelajar ) : 8

    Markah keseluruhan : 82 + 8 : 90

    Gred Keseluruhan : A

    5.2.2 Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum

    GRED MARKAH A Antara 80 hingga 100 B Antara 60 hingga 79 C Antara 40 hingga 59 D Antara 20 hingga 39 E 19 ke bawah

    4.2.2.1 Gred Penilaian seperti :berikut:

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 7

    5.2.3 Markah Bonus

    5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan :

    a. Jawatan Kepimpinan

    i. Perjawatan Peringkat Sekolah Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Presiden MPP dan sebagainya.

    ii Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan sebagainya.

    iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya

    5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA

    = Markah Keseluruhan x 10 100

    Contoh Kiraan Markah 10% :

    Markah Keseluruhan = 80 = 80 x 10 100

    Markah 10% = 8.0

    5.3 Peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) :

    5.3.1 Pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti PLKN, boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, pelajar mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah atau 60/100 x 10 = 6 ( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

    5.4 Pelaksanaan Penilaian :

    5.4.1 Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Langkah ini memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA.

    5.4.2 Pihak PPU hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada tenaga pengajar PPU dan dipengerusikan oleh GPK PPU.

    5.4.3 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh GPK PPU

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 8

    6.0 Khidmat Masyarakat

    6.1 Merupakan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar

    6.2 Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan oleh pelajar dan dikawal selia oleh penyelia projek.

    6.3 Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari pihak sekolah.

    6.4 Program ini membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

    6.5 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan.

    6.6 Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.

    6.7 Setiap pelajar perlu melaksanakan khidmat masyarakat ini sekurang-kurangnya 3 jam sepanjang sesi pengajian ( Semester 1 dan 2 sahaja )

    6.8 Setiap pelajar diwajibkan melaksanakan tempoh khidmat masyarakat ini sebagai prasyarat tamat pengajian atau digraduasikan ( syarat graduasi ) pada majlis mini konvokesyen ( Majlis Graduasi )

    7.0 Penutup :

    Pengoperasian Kokurikulum PPU yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan dan penjenamman semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka sebagai panduan serta penyelarasan untuk guru-guru PPU menggerakkan kegiatan kokurikulum agar lebih terancang dan berfokus.

    Disediakan Oleh : Disemak dan Disahkan Oleh :

    EN. JUMALI BIN RASIKUN Kokurikulum PPU

    PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 9

    Lampiran 1

    PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUNAN 2012

    MINGGU TARIKH AKTIVITI KOKURIKULUM CATATAN

    SEMESTER 2

    1 02-06/01/2012 Perancangan Aktiviti Kokurikulum

    2 09-13/01/2012 10/01/2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum

    Sekolah 11/01/2012 : Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah

    Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum SMKST

    3 16-20/01/2012 16/01/2012 : Mesyuarat Agung Rumah Sukan 18/01/2012 : Mesyuarat Agung Unit Uniform 19/01/2012 : Mesyarat Agung Kelab / Persatuan

    Perjumpaan 1

    4 23-27/01/2012 CUTI TAHUN BARU CINA

    5 30/01-02/02/12 30/01/2012 : Kursus Dalaman JK Tertinggi

    UU/KP/RS 02/02/2012 : Larian Sekolah

    6 06-10/02/2012

    08/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    09/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 2

    7 13-17/02/2012 15/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 16/02/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 2

    8 20-24/02/2012

    22/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    23/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 3

    9 27/02-02/03/12 29/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 01/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 3

    10 05-09/03/2012 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1

    10-18/03/2012 : CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

    11 19-23/03/2012

    21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 4

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 10

    12 26-30/03/2012 28/03/2012 : Aktiviti Kelab Setia 29/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 4

    13

    02-06/04/2012

    04/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    05/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 5

    14

    09-13/04/2012 11/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 12/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 5

    15

    16-20/04/2012

    18/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    19/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 6

    16

    23-27/04/2012 25/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 6

    17 30/04-04/05/12 02/05/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan

    Kelab Pencinta Filem

    03/05/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 7

    18 07-11/05/2012 09/05/2012 : Aktiviti Kelab Setia 10/05/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 7

    19 14-18/05/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

    20 21-25/05/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

    22/05-10/06//2012 : CUTI SEMESTER 2

    SEMESTER 3

    21 11-15/06/3012

    21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 8

    22 18-22/06/2012 20/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 21/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 8

    23 25-29/06/2012

    27/06/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    28/06/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 9

    24 02-06/07/2012 04/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 05/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 9

    25 09-13/07/2012 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 3

    26 16-20/07/2012

    18/07/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    19/07/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 10

    27 23-27/07/2012 25/07/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/07/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 10

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 11

    28 30/07-03/08/12

    01/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    02/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 11

    29 06-10/08/2012 08/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 09/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 11

    30 13-17/08/2012

    15/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem

    16/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton

    Perjumpaan 12

    18-26/08/2012 : CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 3

    31 27-31/08/2012 29/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 30/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 12

    32 03-07/09/2012

    33 10-14/09/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )

    34 17-21/09/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )

    35 24-28/09/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )

    36 01-05/10/2012

    37 08-12/10/2012 10/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 11/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 13-14

    38 15-19/10/2012 17/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 18/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 15-16

    39 22-26/10/2012 24/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 25/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 17-18

    40 29/10-02/11/12

    41 05-09/11/2012

    CUTI AKHIR TAHUN ( 10 NOVEMBER 2012 - 01 JANUARI 2013 ) - 53 HARI

    Waktu Rasmi Aktiviti Kokurikulum PPU :

    1. Hari Rabu : 1.15 tengahari - 3.00 petang 2. Hari Khamis : 2.30 petang - 4.30 petang

    PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara

  • Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 12

    Lampiran 2

    Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU

    1. Guru kokurikulum berperanan sebagai penyelaras kokurikulum PPU dan bersama guru-guru PPU menggerakkan aktiviti kokurikulum.

    2. Sebagai penyelaras kokurikulum PPU, maka guru kokurikulum PPU bertanggungjawab sebagaimana berikut :

    i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan enam.

    ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan enam.

    iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.

    iv. Mendokumentasikan segala perjalanan, aktiviti, surat menyurat dalam fail induk pengurusan kokurikulum tingkatan enam.

    v. Membuat perancangan tahunan aktiviti kokurikulum untuk dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan tingkatan enam.

    vi. Membuat laporan tahunan / setengah tahun aktiviti kokurikulum tingkatan enam.

    vii. Bersama-sama guru penasihat sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform menggerakkan aktiviti kokurikulum pelajar PPU.

    viii. Berbincang dengan GPK PPU untuk membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirangka dan dijalankan.

    ix. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua dan GPK PPU dari masa ke semasa.

    x. Memastikan perjalanan program mengikut masa yang telah ditetapkan.

    xi. Mengemaskini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU.

    xii. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam program yang dianjurkan oleh MSSMM, JPM danPPD.

    xiii. Menyelaras dan menguruskan pertandingan-pertandingan yang disertai .