daripada umar berkata: nabi saw telah bersabda : … abu umamah radhiallahu `anhu katanya: ”saya...

2
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN 1.Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat. Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).” (HR Muslim) 2. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] 3) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah ( ketenangan ) Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.” (Muttafaq ‘alaih) 4. Kelebihan Surah Al Mulk Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik. “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” 5. Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Upload: lamthuan

Post on 18-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : … Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah ... surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

1.Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah

sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu,

sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat

memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya

(mengamalkannya).” (HR Muslim)

2. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg

membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya

daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat

dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

3) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah ( ketenangan )

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:“Ada seorang lelaki membaca

surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali,

kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari

dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu

`alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda

sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan

yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran

itu.” (Muttafaq ‘alaih)

4. Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan

pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah

melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca

surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

5. Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka

disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata

musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci

dan meninggalkan baginda SAW.

Page 2: Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : … Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah ... surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat

Rukujan

6) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.

Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia

adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang

yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia

selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”

(Muttafaq `alaih)

7) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam

bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh

satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.

Aku tidak mengatakan bahwa „alif lam mim‟ itu satu huruf, tetapi „alif‟ adalah satu huruf, „lam‟ satu huruf dan „mim‟ juga satu huruf.” (HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih )

9) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak

akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi

dari Ibnu Mas’ud r.a.)

8 ) Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW,

baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya

permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat

Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

10) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas

setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca

ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan

kekaraman.

www.dakwahpdf.blogspot.com www.scribd.com/jundi1975 www.jundi75.wordpress.com