dapatan kajian a

Upload: joleinewongjr

Post on 02-Jun-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Dapatan Kajian A

    1/5

    DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden

    terhadap kebersihan persekitaran di taman permainan Kampung Guru yang diperoleh melalui

    kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

    BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

    Bahagian ini diperoleh melalui kaedah kajian soal selidik dengan menggunakan borang

    soal selidik. Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia berhubung

    terus dengan kumpulan sasaran. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular untuk

    mendapatkan data primer. Soal selidik merupakan satu kaedah di mana suatu susuanan soalan

    yang tersusun untuk mendapatkan respon daripada responden. Sebanyak 30 orang responden

    yang merupakan penduduk Kampung Guru telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan.

    Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, lingkungan umur dan kaum

    seperti yang dipersembahkan dalam bentuk rajah.

    LINGKUNGAN UMUR

    (TAHUN)

    BILANGAN RESPONDEN (ORANG)

    LELAKI PEREMPUAN

    11 20 tahun 1 0

    21 30 tahun 4 4

    31 40 tahun 1 4

    41 50 tahun 3 4

    51 60 tahun 3 2

    60 tahun dan ke atas 3 1JUMLAH 15 15

    Jadual 1 : Profil Demografi Mengikut Lingkungan Umur dan Jantina Responden

    (Sumber : Kajian Lapangan 2014)

  • 8/11/2019 Dapatan Kajian A

    2/5

    JANTINA

    Rajah 1 : Jantina Responden

    (Sumber : Lapangan Kajian 2014)

    Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 15 orang (50

    peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 15 orang (50

    peratus) adalah responden perempuan. Tidak terdapat perbezaan jurang yang besar dalam

    pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 1. Kajian ini

    adalah untuk melihat pendapat penduduk. Oleh yang demikian, jantina yang dipilih perlulah

    seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak pada satu gender sahaja.

    50%50%

    Jantina Responden

    Lelaki

    Perempuan

  • 8/11/2019 Dapatan Kajian A

    3/5

    LINGKUNGAN UMUR

    Rajah 2 : Lingkungan Umur Responden

    (Sumber : Kajian Lapangan 2014)

    Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang diberi soal

    selidik, hanya 1 orang(3 peratus) yang berumur antara 11 hingga 20 tahun. Majoriti penduduk

    berumur antara 21 hingga 30 tahun iaitu seramai 8 orang(27 peratus). Seramai 5 orang(17

    peratus) terdiri daripada golongan responden masing-masing yang berumur antara 31 hingga 40

    tahun dan golongan responden yang berumur 51 hingga 60 tahun. Manakala responden yang

    berumur antara 41 hingga 50 tahun adalah seramai 7 orang(23 peratus). Terdapat 4 orang(13

    peratus) yang berumur 60 tahun dan ke atas. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat dalam

    Rajah 2. Responden yang berbeza usia diperlukan kerana mereka mempunyai pandangan yang

    berbeza-beza.

    3%

    27%

    17%23%

    17%

    13%

    Lingkungan Umur Responden

    11 - 20 tahun

    21 - 30 tahun

    31 - 40 tahun

    41 - 50 tahun

    51 - 60 tahun

    60 tahun ke atas

  • 8/11/2019 Dapatan Kajian A

    4/5

    KAUM

    KAUM BILANGAN (ORANG)

    Melayu 2

    Cina 18

    India 10

    Lain-lain -

    Jadual 2 : Profil Demografi Mengikuti Kaum Responden

    (Sumber : Kajian Lapangan 2014)

    Rajah 3 : Kaum Responden

    (Sumber : Kajian Lapangan 2014)

    Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 18 orang

    (60 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, manakala responden yang terdiri daripada kaum

    India adalah 10 orang (33 peratus). Hanya 2 orang responden yang berbangsa Melayu yangmewakili 7 peratus. Terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum responden kerana

    kebanyakan penduduk Kampung Guru adalah kaum Cina. Data yang lebih terperinci boleh rujuk

    pada Rajah 3. Responden yang berbeza kaum diperlukan kerana mereka mempunyai pandangan

    yang berbeza-beza.

    7%

    60%

    33%

    Kaum Responden

    Melayu

    Cina

    India

  • 8/11/2019 Dapatan Kajian A

    5/5