dapatan kajian 2.dochj

8

Click here to load reader

Upload: yievia

Post on 24-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

eryj

TRANSCRIPT

Melalui kaedah- kaedah yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan Gajah Berang

Graf yang telah dilukis di depan menunjukkan jenis pengangkutan awam yang digunakan oleh 26 responden di kawasan Gajah Berang. Didapati paling ramai orang menggunakan bas sekolah, iaitu sebanyak 10 orang. Sebanyak 5 orang yang menggunakan van, sama dengan bilangan teksi, bas awam dan beca.

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan Gajah Berang. Antaranya ialah masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh penggunaan diesel oleh bas dan lori yang akan menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Selain itu, penyelenggaran bas, teksi, dan lori yang kurang baik juga akan mengeluarkan asap kotor dan seterusnya mencemarkan udara. Pemandu hendaklah mencintai alam sekitar dengan baik. Di samping itu, terdapat juga masalah pencemaran bunyi yang disebabkan oleh bunyi enjin diesel yang lebih bising daripada bunyi enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh teksi dan bas yang melalui kawasan kediaman akan menjejaskan keselesaan penduduk di kawasan kajian. Pemandu hendaklah bertimbang rasa terhadap penumpang. Masalah kesesakan lalu lintas juga berlaku kerana jalan raya yang sempit tidak dapat menampung bilangan kereta yang banyak pada waktu puncak. Sesetengah bas yang tidak mengikut jadual akan menggalakkan penggunaan kereta persendirian dan seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pemandu bas hendaklah bertanggungjawab dan menepati masa. Di samping itu, berdasarkan pemerhatian, saya dapati perjalanan bas yang memerlukan jangka masa yang panjang juga merupakan salah satu masalahnya. Perjalanan bas yang lama dan sesak menyebabkan penumpang menunggu lama dan lewat sampai ke destinasi. Penumpang hendaklah bersabar dan bertimbang rasa. Tambahan pula, kemalangan juga mudah berlaku kerana sikap sesetengah pemandu yang kurang berhati- hati seperti mengantuk semasa memandu atau memandu secara merbahaya. Pemandu hendaklah memandu secara berhemah demi keselamatan penumpang.

Berdasarkan soal selidik yang saya jalankan, didapati beberapa cadangan yang dicadangkan oleh responden untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan Gajah Berang. Antaranya adalah dengan menguatkuasakan undang- undang dan mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor untuk mengurangkan pencemaran udara. Pemandu bas dan teksi hendaklah menyayangi alam sekitar. Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum juga boleh mengurangkan masalah pencemaran dengan menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum yang lebih baik. Pemandu hendaklah mengambil berat akan keselesaan penumpang. Di samping itu, ada responden yang mencadangkan supaya penapis asap atau Catalytic converter dipasang di eksos kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap merbahaya dan bahan pencemar yang akan mencemarkan alam sekitar. Pemandu handaklah menjaga alam sekitar dengan baik. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen alam sekitar untuk menyedarkan penduduk tentang pentingnya alam sekitar di samping mengurangkan masalah pencemaran. Penduduk hendaklah mencintai alam sekitar. Pendidikan alam sekitar juga boleh dilaksanakan bagi mendidik generasi muda tentang pentingnya alam sekitar yang bersih. Penduduk hendaklah mendidik anak mereka agar menyayangi alam sekitar.