dapatan - cadangan mengurangkan kesan

5
5. CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR a) Kuat kuasa undang-undang Beberapa akta telah dikuatkuasakan untuk menjaga sumber air daripada dicemari seperti Akta Kualiti Alam Sekitar. 1974, untuk memelihara kebersihan alam sekitar dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, 1979, untuk mengawal pembuangan sisa industri. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 29A - Larangan Atas Pembakaran Terbuka mengenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 bagi pesalah yang melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, diharapkan satu sistem pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan kemas dan mantap dapat dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak lain untuk mencegah pencemaran daripada terus berlaku. b) Kempen cintai alam sekitar Menyertai sesuatu kempen cintai alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Dalam kempen- kempen ini, penduduk Taman Putra Perdana akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Kempen- kempen seperti ini dapat mengurangkan pencemaran bau akibat pembuangan sampah-sarap. Antara kempen-kempen cintai alam sekitar ialah:

Upload: gadisnovel

Post on 24-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan - Cadangan Mengurangkan Kesan

5. CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM

SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR

a) Kuat kuasa undang-undang

Beberapa akta telah dikuatkuasakan untuk menjaga sumber air daripada

dicemari seperti Akta Kualiti Alam Sekitar. 1974, untuk memelihara kebersihan

alam sekitar dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, 1979, untuk mengawal

pembuangan sisa industri.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 29A - Larangan Atas

Pembakaran Terbuka mengenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 bagi pesalah

yang melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, diharapkan satu sistem pengawalan,

pemantauan dan penguatkuasaan kemas dan mantap dapat dilaksanakan oleh Jabatan

Alam Sekitar mahupun pihak lain untuk mencegah pencemaran daripada terus

berlaku.

b) Kempen cintai alam sekitar

Menyertai sesuatu kempen cintai alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan

amat digalakkan. Dalam kempen-kempen ini, penduduk Taman Putra Perdana akan

diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa

buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam

sekitar. Kempen-kempen seperti ini dapat mengurangkan pencemaran bau akibat

pembuangan sampah-sarap. Antara kempen-kempen cintai alam sekitar ialah:

i. Kempen Cintailah Sungai Kita menjalankan banyak aktiviti untuk

membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan

kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

ii. Kempen Kitar Semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula

bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, penduduk Taman

Putra Perdana akan belajar untuk berjimat-cermat. 

iii. Sahabat Alam menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok

bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok

bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga

dapat menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah

Page 2: Dapatan - Cadangan Mengurangkan Kesan

penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan

rumah hijau. 

c) Pendidikan Alam Sekitar

Untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk Taman Putra Perdana,

cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Dengan adanya pendidikan alam sekitar,

akan wujud kesedaran tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi

dikekalkan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat

rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran

Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti

Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains

Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat

umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan

peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu,

terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.  

d) Insinerator

Incinerator atau insinerator (tapak pelupusan sampah sanitari) berfungsi

melalui kegiatan pembakaran sisa-sisa atau sampah-sarap secara tertutup. Alternatif

ini dapat memperbaiki sistem pelupusan sampah di Taman Putra Perdana yang masih

mengamalkan tapak pelupusan dan pembakaran sisa secara terbuka. Tapak pelupusan

sanitari mempunyai loji rawatan leachate (air larut resapan) ke dalam sumber air

bawah tanah, sistem saluran paip untuk menyerap gas Metana yang dihasilkan

daripada proses pereputan sampah serta sistem penutupan sampah yang dilupuskan

bagi mengelak risiko bau. Selain itu, pembarakan sampah secara tertutup juga

memerlukan masa yang lebih sedikit berbanding dengan membakarnya secara

terbuka.

e) Petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada

penggunaan teknologi moden. Penggunaan petrol tanpa plumbum

dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan yang

Page 3: Dapatan - Cadangan Mengurangkan Kesan

mendatangkan bahaya kepada kesihatan penduduk Taman Putra Perdana. Hal ini

kerana plumbum ialah sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh

menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

f) Catalytic converter

Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan

karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon

monoksida yang beracun kepada karbon dioksida. Hal ini mengurangkan pencemaran

udara akibat gas karbon monoksida tersebut.

Saya berbangga kerana penduduk di Taman Putra Perdana memiliki kesedaran dan

sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar. Kerjasama telah diberikan

untuk menyenaraikan alternatif atau cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran

alam sekitar. Namun begitu, kerajaan dan rakyat perlu sama-sama berganding bahu untuk

menangani isu ini.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR

LANGKAH-LANGKAH BILANGAN RESPONDEN

Kuat kuasa undang-undang 5

Kempen Cintai Alam Sekitar 4

Penapis asap 5

Petrol tanpa plumbum 3

Catalytic Converter 3

JUMLAH 20

(Sumber: Soal Selidik terhadap Penduduk Taman Putra Perdana)