dalam mahkamah rayuan malaysia (bidang …_278,_279-08-201… · pendidikan melalui pembangunan...

42
- 1 - DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.B-01-277-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-278-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-279-08/2014 ANTARA PENTADBIR TANAH KUALA SELANGOR ... PERAYU DAN MAYBANK ISLAMIC BERHAD ... RESPONDEN DAN MENTERI BESAR SELANGOR PENCELAH YANG (PEMERBADANAN) DICADANGKAN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perkara Rujukan Tanah No: 15-41-06/2012 Perkara Rujukan Tanah No: 15-52-06/2012 Perkara Rujukan Tanah No: 15-93-06/2012 Antara Maybank Islamic Berhad ... Pemohon Dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor ... Responden)

Upload: haphuc

Post on 05-Feb-2018

352 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 1 -

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO.B-01-277-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-278-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-279-08/2014

ANTARA

PENTADBIR TANAH KUALA SELANGOR ... PERAYU

DAN

MAYBANK ISLAMIC BERHAD ... RESPONDEN

DAN MENTERI BESAR SELANGOR … PENCELAH YANG (PEMERBADANAN) DICADANGKAN

(Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perkara Rujukan Tanah No: 15-41-06/2012 Perkara Rujukan Tanah No: 15-52-06/2012 Perkara Rujukan Tanah No: 15-93-06/2012

Antara

Maybank Islamic Berhad ... Pemohon

Dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor ... Responden)

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 2 -

Didengar bersama

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO.B-01-280-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-281-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-282-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-283-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-284-08/2014 RAYUAN SIVIL NO.B-01-285-08/2014

ANTARA

PENTADBIR TANAH KUALA SELANGOR ... PERAYU

DAN

LBCN DEVELOPMENT SDN BHD ... RESPONDEN

DAN

MENTERI BESAR SELANGOR … PENCELAH YANG (PEMERBADANAN) DICADANGKAN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam

Rujukan Tanah No: 15-40-09/2012 Rujukan Tanah No: 15-43-06/2012 Rujukan Tanah No: 15-44-06/2012 Rujukan Tanah No: 15-45-06/2012 Rujukan Tanah No: 15-46-06/2012 Rujukan Tanah No: 15-94-06/2012

Antara

LBCN Development Sdn Bhd ... Pemohon

Dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor ... Responden)

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 3 -

Didengar bersama

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO.B-01-286-08/2014

ANTARA PENTADBIR TANAH KUALA SELANGOR ... PERAYU

DAN

MALAYSIAN ASSURANCE ALIANCE BERHAD ... RESPONDEN

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Rujukan Tanah No: 15-51-08/2012

Antara

LBCN Development Sdn Bhd ... Pemohon

Dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor ... Responden) Didengar bersama

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO.B-01-287-08/2014

ANTARA PENTADBIR TANAH KUALA SELANGOR ... PERAYU

DAN

CITARASA HARUMAN SDN BHD ... RESPONDEN

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 4 -

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Rujukan Tanah No: 15-49-07/2012

Antara

Citarasa Haruman Sdn Bhd ... Pemohon

Dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor ... Responden)

KORAM

MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR BADARIAH SAHAMID, HMR

ABDUL RAHMAN SEBLI, HMR

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan

[1] Di hadapan kami terdapat 11 rayuan yang dikemukakan oleh

Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor (“Perayu”) terhadap

keputusan (“ruling”) YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat, H (sebagaimana

beliau ketika itu) di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 9.7.2014

bahawa tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk

tujuan awam bagi “Pemulihan Projek Terbengkalai dan Pelaksanaan

Perancangan Projek Alam Perdana” di Mukim Ijok, Daerah Kuala

Selangor telah dizonkan bagi tujuan pembangunan dan penilaian bagi

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 5 -

tujuan pampasan terhadap tanah-tanah berkenaan hendaklah

ditaksirkan berdasarkan fakta tersebut.

[2] Rayuan-rayuan tersebut ialah seperti berikut:-

(i) B-01-277-08/2014;

(ii) B-01-278-08/2014;

(iii) B-01-279/08/2014;

(iv) B-01-280-08/2014;

(v) B-01-281-08/2014;

(vi) B-01-282-08/2014;

(vii) B-01-283-08/2014;

(viii) B-01-284-08/2014;

(ix) B-01-285-08/2014;

(x) B-01-286-08/2014; dan

(xi) B-01-287-08/2014;

[3] Sementara itu, responden-responden telah memfailkan Notis-

Notis Usul yang berikut:

(i) Maybank Islamic Berhad, responden-responden dalam

Rayuan-Rayuan Sivil No. (i), (ii) (iii) di atas – Lampiran

7a; dan

(ii) LBCN Development Sdn. Bhd., responden-responden

dalam Rayuan-Rayuan Sivil No. (iv) – (ix) di atas, -

Lampiran 11a,

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 6 -

memohon supaya Notis-Notis Rayuan di perenggan [2] di atas

dibatalkan.

[4] Berikutan dari pemfailan Notis-Notis Usul di atas, Perayu juga

telah memfailkan Notis-Notis Usul (Lampiran 14a), memohon

pelanjutan masa untuk memfailkan Rekod-Rekod Rayuan.

[5] Apabila rayuan-rayuan ini dipanggil untuk didengar, kami

dimaklumkan bahawa terdapat 11 lagi Notis-Notis Usul (Lampiran

14a) yang difailkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)

(selepas ini disebut “Pencelah Yang Dicadangkan”), memohon antara

lain, perintah agar ia diberi kebenaran untuk mencelah dalam rayuan-

rayuan ini atas alasan-alasan yang berikut:

“(i) Pencelah Yang Dicadangkan adalah pemilik berdaftar hartanah tersebut selepas pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri Selangor dan bertindak sebagai pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih projek perumahan terbengkalai Alam Perdana, iaitu tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut. Pemulihan Projek Alam Perdana tersebut adalah selaras dengan tujuan pengambilan tanah tersebut oleh Kerajaan Negeri.

(ii) Pencelah Yang Dicadangkan telah membayar sejumlah wang pampasan bagi mengambil alih tanah-tanah tersebut sebanyak RM143,893,200.00 kepada/bagi faedah pemilik tanah terdahulu iaitu Syarikat LBCN Development Sdn. Bhd.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 7 -

(iii) Sebarang perintah yang diberikan oleh Mahkamah dikhuatiri akan mengakibatkan peningkatan di dalam kos pembangunan dan pemulihan projek pemulihan Alam Perdana tersebut. Sebarang kenaikan di dalam kos pembangunan akan turut menjejaskan usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik kepada peneroka-peneroka dan pembeli projek Perumahan Alam Perdana tersebut.”.

[6] Perayu menyokong Notis-Notis Usul yang difailkan oleh

Pencelah Yang Dicadangkan tetapi dibantah dengan keras oleh

responden-responden.

Latar Belakang Fakta

[7] Sebelum kami membincangkan Notis-Notis Usul di atas,

adalah suai manfaat sekiranya kami menyatakan latar belakang fakta

yang membawa kepada pemfailan Notis-Notis Usul oleh pihak-pihak

yang terlibat. Ia bolehlah diringkaskan seperti berikut:

(a) Melalui Pemberitahuan Warta Kerajaan Selangor bertarikh

7.5.2010, satu pengisytiharan telah diterbitkan menurut

seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (“Akta 486”)

untuk mengambil balik tanah-tanah yang terlibat bagi

“Tujuan Awam bagi Pemulihan Projek Terbengkalai dan

Perlaksanaan Perancangan Semula Pembangunan Projek

Alam Perdana”.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 8 -

(b) Secara khususnya, pengambilan tanah-tanah terlibat ialah

bagi tujuan awam yang berikut:

(i) untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor

menyelesaikan Projek Terbengkalai di Alam Perdana

secara serentak dan bersepadu bagi melindungi

kepentingan 2,500 pembeli rumah pangsa rendah,

1,318 pembeli rumah teres dan 643 pembeli lot

banglo serta 383 orang peneroka;

(ii) untuk membolehkan perancangan semula

pembangunan Alam Perdana selaras dengan

pembangunan sekeliling bagi menaikkan taraf hidup

penduduk Kuala Selangor dan mewujudkan Anjung

Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan

pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi

pendidikan sedia ada iaitu Universiti Teknologi MARA

(UiTM) yang terletak di sebelahan; dan

(iii) untuk menyediakan rumah mampu milik semua

masyarakat Ijok dan Kuala Selangor serta kawasan

bersebelahan iaitu Daerah Petaling dan Klang.

(c) Dalam proses pengambilan tanah-tanah tersebut,

Pencelah Yang Dicadangkan, sebagai anak syarikat

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 9 -

Kerajaan Negeri, telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri

pemilik berdaftar yang baru bagi tanah-tanah terlibat dan

diamanahkan sebagai pengurus projek untuk memulihkan

Projek Alam Perdana tersebut.

(d) Perbicaraan bagi menentukan nilai pampasan tanah-tanah

terlibat telah dijalankan di hadapan Pentabdir Tanah Kuala

Selangor (“Pentadbir Tanah”). Responden-responden

tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang

diawardkan Pentadbir Tanah dan mengemukakan

bantahan melalui Borang N dan merujuk kes-kes tersebut

ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

(e) Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara pada 20.2.2014

di hadapan Y.A Tuan Vernon Ong H (sebagaimana beliau

ketika itu). Walau bagaimanapun, perbicaraan telah

ditangguhkan sementara menunggu pelupusan isu

undang-undang, iaitu sama ada kategori penggunaan

tanah bagi tujuan pemberian pampasan telah dizonkan

untuk tujuan pembangunan atau pertanian.

(f) Isu undang-undang ini berbangkit kerana terdapat syarat

nyata kegunaan tanah asal yang dikeluarkan oleh perayu

pada tahun 1999 berdasarkan Suratan Hakmilik

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 10 -

Sementara yang mencatatkan seperti yang berikut:

“Syarat-Syarat Nyata: i. Tanah ini hendaklah dimajukan sebagai

Rancangan Pembangunan Bersepadu (Industri/ Bangunan/Kediaman/Perniagaan/Rekreasi) dan keperluan yang berkaitan dengannya mengikut Pelan Tatatur yang dicadangkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.

ii. Tanah ini hendaklah diserah semula kepada Kerajaan untuk diberimilik semula mengikut syarat-syarat dan bayaran yang akan ditetapkan.”.

(g) Pada 9.7.2014, Y.A Tuan Vernon Ong Lam Kiat, H

memberi keputusan bahawa tanah-tanah terlibat telah

dizonkan untuk tujuan pembangunan dan bukan

pertanian.

(h) Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu telah

memfailkan Notis-Notis Rayuan bertarikh 21.7.2014

kepada Mahkamah Rayuan seperti yang dinyatakan

sebelum ini.

Keputusan Mengenai Lampiran 14a

[8] Setelah mendengar hujahan-hujahan lisan dan meneliti

afidavit-afidavit yang difailkan pihak-pihak, kami memutuskan bahawa

Notis-Notis usul tersebut adalah tidak bermerit dan ditolak tanpa

perintah mengenai kos.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 11 -

[9] Alasan kami ialah seperti berikut:

(i) Kami telah meneliti Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh

Raja Shahreen bin Raja Othman bagi menyokong Notis-

Notis Usul Pencelah Yang Dicadangkan. Kebimbangan

utama Pencelah Yang Dicadangkan ialah bahawa

sebarang keputusan yang akan diberikan oleh Mahkamah

ini akan memberi kesan kepada usaha pemulihan Projek

Pemulihan Perumahan Alam Perdana yang sedang

dijalankan oleh Pencelah Yang Dicadangkan. Sejumlah

RM143,893,200 telah dibayar kepada Kerajaan Negeri

Selangor bagi tujuan pembayaran pampasan pengambilan

tanah-tanah yang terlibat dalam projek tersebut. Justeru,

sebarang peningkatan bayaran pampasan yang berbangkit

dari keputusan (“ruling”) Hakim Mahkamah Tinggi Shah

Alam tersebut akan memberi kesan kepada usaha

pemulihan Projek Alam Perdana. Pada pandangan kami,

kebimbangan ini tidak berasas. Walaupun Pentadbir

Tanah Daerah Kuala Selangor (Kerajaan Negeri) dan

Pencelah Yang Dicadangkan adalah dua identiti undang-

undang yang berbeza, namun isu undang-undang yang

menjadi hal perkara dalam rayuan di hadapan kami adalah

sama. Kerajaan Negeri diwakili oleh Penasihat Undang-

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 12 -

Undang-Undang Negeri. Justeru, kepentingan Pencelah

Yang Dicadangkan secara tidak langsung akan dilindungi

secara berkesan oleh Kerajaan Negeri.

(ii) Kepentingan Pencelah Yang Dicadangkan telah

berbangkit semasa permohonan semakan kehakiman di

Mahkamah Tinggi Shah Alam lagi. Ini bermakna

kepentingan Pencelah Yang Dicadangkan tidak bolehlah

dikatakan hanya berbangkit di peringkat rayuan. Dalam

hal demikian, peluang terawal yang terbuka kepada

Pencelah Yang Dicadangkan untuk membuat permohonan

untuk mencelah dan menjadi satu pihak kepada prosiding

ialah di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pencelah Yang

Dicadangkan telah gagal berbuat demikian. Fakta yang

dideposkan dalam Afidavit Sokongan tidak menunjukkan

bahawa Pencelah Yang Dicadangkan tidak mengetahui

atau mempunyai sebab untuk tidak mengetahui prosiding

di Mahkamah Tinggi. (lihat Chong Fook Sin v Amanah

Raya Bhd (as administrator for the estate of Raja Nong

Chik bin Raja Ishak, deceased) & Ors [2011] 1 MLJ

721). Tidak ada alasan kukuh yang dikemukakan

mengapa permohonan ini dibuat di peringkat rayuan.

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 13 -

(iii) Kami telah memberi pertimbangan kepada fakta bahawa

Pencelah Yang Dicadangkan ialah pihak yang perlu

membayar pampasan pengambilan tanah-tanah tersebut

dan dengan demikian mempunyai kepentingan dalam

prosiding rayuan-rayuan ini. (Lihat Sistem Penyuraian

Trafik KL Barat Sdn Bhd v Kenny Heights

Development Sdn Bhd [2009] 4 CLJ 57). Walau

bagaimanapun, dalam keadaan yang wujud dalam kes ini,

kepentingan Pencelah Yang Dicadangkan adalah

terpelihara kerana Pentadbir Tanah Daerah Kuala

Selangor telah membuat rayuan dan isu undang-undang

yang terlibat adalah sama. Apa-apa hujahan undang-

undang yang akan dikemukakan oleh Pencelah Yang

Dicadangkan, jika berbeza dengan hujahan yang akan

dikemukakan oleh pihak perayu, bolehlah dibuat melalui

Penasihat Undang-Undang Negeri. Pada hakikatnya,

mereka mempunyai kepentingan yang sama.

(iv) Peguamcara-peguamcara responden-responden telah

membangkitkan isu bahawa Notis-Notis Usul telah

diserahkan kepada mereka dalam tempoh beberapa hari

sebelum hari pendengaran rayuan-rayuan dan ini tidak

membolehkan mereka membuat hujah yang lengkap bagi

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 14 -

menentang permohonan ini. Ini tidak sepatutnya berlaku

kerana keputusan (“ruling”) Mahkamah Tinggi Shah Alam

telah dibuat pada 9.7.2014 dan Notis-Notis Rayuan telah

dikemukakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kuala

Selangor pada 21.7.2014.

(v) Kebenaran untuk menjadi pencelah adalah merupakan

budibicara Mahkamah. Perkara utama yang perlu

dipertimbangkan ialah sama ada dengan membenarkan

Pencelah Yang Dicadangkan menjadi satu pihak kepada

prosiding rayuan-rayuan ini, ia boleh membantu

mahkamah membuat keputusan yang adil. Mahkamah ini

telah memberi pertimbangan kepada faedah dan bantuan

yang mungkin diperolehinya dari segi hujahan undang-

undang yang akan dikemukakan oleh Pencelah Yang

Dicadangkan jika kebenaran diberikan. Dengan hormat,

kami berpendapat bahawa hujah-hujah undang-undang

yang akan dikemukakan oleh Pencelah Yang Dicadangkan

tidak akan melebihi dari apa yang boleh dikemukakan oleh

Penasihat Undang-Undang Negeri dan peguamcara-

peguamcara pihak-pihak sedia ada.\

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 15 -

Lampiran-Lampiran 7a dan 11a

[10] Notis-Notis Usul di Lampiran-Lampiran 7a dan 11a akan

dipertimbangkan bersekali kerana mereka adalah berkaitan antara

satu sama lain. Pihak-pihak juga tidak mengemukakan hujah-hujah

secara berasingan.

[11] Alasan-alasan yang dikemukakan oleh responden-responden

bagi membatalkan Notis-Notis Rayuan bertarikh 21.7.2014 ialah –

(a) Keputusan yang dibuat oleh Y.A Vernon Ong Lam Kiat, H

pada 9.7.2014 hanyalah merupakan suatu “ruling” dan

bukannya suatu penghakiman dan/atau perintah yang

boleh dirayukan; dan

(b) Notis-Notis Rayuan tersebut adalah cacat kerana Rekod-

Rekod Rayuan telah difailkan di luar tempoh masa yang

ditetapkan.

Alasan (a)

[12] Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah Tinggi

Shah Alam telah membuat keputusan bahawa tanah-tanah terlibat

hendaklah dinilaikan berdasarkan zon pembangunan dan kesemua

kerja pembangunan dan infrastruktur yang telah dijalankan di atasnya

hendaklah juga diambil kira.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 16 -

[13] Berikutan dari keputusan tersebut, melalui surat-surat yang

kesemuanya bertarikh 25.8.2014, Penasihat Undang-Undang Negeri

Selangor, bagi pihak perayu, telah menyampaikan Draf-draf

Penghakiman bertarikh 9.7.2014 untuk kelulusan peguamcara-

peguamcara responden-responden. Peguamcara-peguamcara

responden-responden enggan untuk meluluskan Draf-draf

Penghakiman tersebut atas alasan bahawa keputusan berkenaan

hanya merupakan suatu “ruling” dan bukannya suatu penghakiman

dan/perintah-perintah yang sesalinan drafnya sewajarnya diluluskan

dan selanjutnya difailkan, dimeteraikan dan diekstrakkan di bawah

Aturan 42 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang dibaca bersama

seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

[14] Peguamcara-peguamcara responden-responden memohon

supaya Penasihat Undang-Undang Negeri, bagi pihak perayu,

menetapkan suatu temujanji dengan Pendaftar/Timbalan

Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam

untuk mendapat klarifikasi dan pencerahan mengenai keputusan

tersebut.

[15] Pada 10.10.2014, selepas mendengar penghujahan pihak-

pihak dan juga setelah merujuk kepada YA Hakim, Pendaftar/

Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar telah memaklumkan

kepada pihak-pihak bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 17 -

pada 9.7.2014 tersebut hanyalah suatu “ruling” dan bukannya suatu

penghakiman dan/atau perintah.

[16] Hujahan utama yang dikemukakan oleh peguamcara-

peguamcara responden-responden bagi menyokong Notis-Notis Usul

di Lampiran 7a dan 11a ialah bahawa keputusan (“ruling”) berkenaan

tidak melupuskan hak-hak pihak-pihak secara muktamad dalam

prosiding rujukan tanah tersebut. Justeru, ia tidak termasuk di bawah

makna keputusan (“decision”) dalam seksyen 3 Akta Mahkamah

Kehakiman 1964 yang memperuntukkan:

“‘decision’ means judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not finally dispose of the rights of the parties”.

[17] Bagi menyokong hujahan mereka, rujukan dibuat kepada kes

Syarikat Tingan Lumber Sdn. Bhd. v Takang Timber Sdn. Bhd

[2013] 2 MLJ 405, apabila Mahkamah Rayuan memutuskan:

“(4) Any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause and matter, which did not finally dispose the rights of the parties, did not constitute a decision for the purpose of s 3 of the Act. It must also be emphasized that the ruling must be made in the course of a trial or hearing of the cause or matter. Therefore, what must be asked was not only whether a ruling had disposed the final rights of the parties but also whether it was a ruling made in the course

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 18 -

of a trial or hearing of any cause or matter, for if it was not a ruling made in the course of a trial or matter, then regardless of the fact that it did not dispose of the rights of the parties, it may not be excluded by the definition of 'decision' as provided in s 3 of the Act and hence, would be appealable (see pp 501H–502D).”.

[18] Keputusan dalam kes Syarikat Tingan Lumber Sdn. Bhd.

(supra) telah diikuti oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Anthony @

Alexander Banyan v Badco Engineering And Construction Sdn.

Bhd. & Anor [2011] 1 LNS 1282 apabila Mahkamah Tinggi

menyatakan –

“In fact in Syarikat Tingan Lumber Sdn. Bhd. v Takang Timber Sdn. Bhd (supra), the Court of Appeal pronounced that the amendment was to filter out appeals from decisions made in the course of trial which does not finally dispose of the rights of parties:

On hindsight, we feel that this entire exercise on the interpretation of the meaning of a final order, and an interlocutory order was needless, and the case law that was tendered irrelevant. This is simply because one needs to merely look at the cold print of s. 3 CJA as amended, to see that any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause and matter, which does not finally dispose the rights of the parties, does not constitute a decision for the purpose of s. 3 CJA, as amended. This is the stark reality of s. 3 CJA, as amended. It is simply, and lucidly stated leaving no room for doubt in its application. The intention of the

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 19 -

legislature when drafting the amendment was that the amendment should serve as a filter process for appeals.

Coming back to the instant case, the decisions in question are interlocutory in nature and they do not have the effect of finally disposing of the rights of the parties. The rights of the parties would be finally disposed of only if a decision is made at the end of the trial. Pajan Singh Gill JCA in Syarikat Tingan Lumber Sdn. Bhd v Takang Timber Sdn. Bhd (supra) gave the following test in determining whether a decision or order is “final”:

The order must therefore be a final order in the sense that it is final in the effect as in the case of a judgment or a sentence.”.

[19] Seterusnya, rujukan dibuat kepada kes Sekutu Eksklusif Sdn.

Bhd and Anor v Pentabdiran Tanah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Kuala Lumpur Rujukan Tanah No: S-15-50-2009 (tidak

dilaporkan) apabila Pemohon Pertama telah memfailkan permohonan

di Lampiran 7 dalam perbicaraan rujukan tanah memohon agar

Mahkamah dan pengapit-pengapit mengenepikan syarat nyata dalam

Suratan Hakmilik apabila membuat penilaian mengenai pampasan

pengambilan tanah. Permohonan tersebut ditolak oleh Mahkamah.

Berhubung dengan isu sama ada “ruling” tersebut boleh dirayukan,

Prasad Sandosham Abraham, PK (sebagaimana beliau ketika itu)

berkata:

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 20 -

“The present proceedings are not an action suit or other original proceedings between a Plaintiff and a Defendant but are proceedings specifically provided for by the Land Acquisition Act and certainly do not bear the hall marks of the court exercising its original jurisdiction. In my view, the dismissal of Enclosure 7, by the court does not dispose of the rights of the parties and in fact, the court proceeded to hear the reference ie the only issue before the court. In the light of the aforesaid provisions that I have alluded to, I hold the appeal against Enclosure 7 is a matter that is non appealable, bearing in mind section 49 of the Land Acquisition Act provides a specific provision to appeal.”.

[20] Peguamcara-peguamcara responden-responden menghujah-

kan, berdasarkan nas-nas di atas, bahawa apa-apa “ruling” dalam

sesuatu prosiding rujukan tanah, walaupun ia mempunyai pengaruh

terhadap amaun pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan

tanah di Mahkamah Tinggi, tidak melupuskan hak-hak pihak-pihak

secara muktamad dalam prosiding tersebut. Justeru, ia tidak boleh

dirayukan ke Mahkamah Rayuan.

[21] Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri, bagi pihak

perayu, sebaliknya berhujah bahawa keputusan yang dibuat oleh

Mahkamah Tinggi tersebut adalah suatu keputusan (“decision”)

dan/atau perintah (“order”) yang boleh dirayukan ke Mahkamah

Rayuan. Perayu bergantung kepada seksyen 67 Akta 1967 yang

memperuntukkan –

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 21 -

“(1) The Court of Appeal shall have jurisdiction to hear and determine appeals from any judgment or order of any High Court in any civil cause or mater, whether made in the exercise of its original or of its appellate jurisdiction, subject nevertheless to this or any other written law regulating the terms and conditions upon which such appeals shall be brought.

(2) The Court of Appeal shall have all the powers conferred by section 24A on the High Court under the provisions relating to references under order of the High Court.”.

[22] Berdasarkan peruntukan seksyen 67 di atas, dihujahkan

bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan

bahawa penilaian bagi bayaran pampasan tanah-tanah terlibat

hendaklah dibuat berdasarkan syarat nyata tanah iaitu zon

pembangunan dan bukannya zon pertanian, sebenarnya adalah suatu

keputusan dan/atau perintah dalam makna seksyen 67 tersebut.

Keputusan yang dibuat adalah merupakan “controlling question of

law” yang akan menentukan keputusan akhir amaun pampasan yang

kena dibayar dalam rujukan tanah tersebut dan dengan demikian ia

adalah “masak” untuk dirayukan (“the decision is ripe for appeal”).

[23] Bagi menyokong hujahan tersebut, rujukan dibuat kepada kes

Tan Kim Leng v Cong Boo Eng [1974] 1 LNS 167 apabila

Mahkamah memutuskan:

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 22 -

“The term “judgment” is sometimes used in different senses. It may mean “a judicial determination; the decision of a Court: the decision or sentence of a Court on the main question in a proceeding, or in one of the questions, if there are several… The term “judgment” is also used to denote the reasons which the Court gives for its decisions;….

(See ‘The Dictionary of English Law’ by Earl Jowitt).”.

[24] Seterusnya, perayu merujuk kepada kes Typoon Realty Sdn.

Bhd v Senwara Development Sdn. Bhd [1999] 3 CLJ 377 apabila

Mahkamah memutuskan:

“It is to be noted that the word "decision" is not used in s. 67(1), so that, there is no compelling reason to refer to s. 3 of the Act for its meaning as is in the case of criminal appeals. That being so, the Court of Appeal has jurisdiction to hear appeals "from any judgment or order of any High Court in any civil cause or matter, whether made in the exercise of its original or of its appellate jurisdiction". The phrase "from any judgment or order" is not to be restricted to the meaning given to the word "decision" in the current version of s. 3. This is because, in s. 67, civil appeals to the Court of Appeal are from "any judgment or order" of any High Court, whereas, in the case of criminal appeals they are against "any decision" made by the High Court. There is no compelling reason to extend the meaning of the words "any judgment or order" to mean a judgment or order which would finally dispose of the rights of the parties. It is not the business of a court of law to put

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 23 -

words into a statutory provision which are not there because to do so would be intruding into the domain of the legislature.”.

[25] Perayu menekankan bahawa isu undang-undang yang terlibat

adalah merupakan suatu isu yang penting berkenaan dengan

pampasan pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah

1960, terutamanya berkaitan dengan isu penilaian amaun yang perlu

dibayar berdasarkan syarat pengunaan tanah, kategori tanah dan

kesilapan pendaftaran tanah. Justeru, adalah wajar rayuan-rayuan ini

didengar berdasarkan merit dan tidak dibatalkan berdasarkan teknikal

undang-undang yang remeh. Isu ini mempunyai kepentingan awam

dan selayaknya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Perayu

menggesa supaya Mahkamah ini memberi peluang sepenuhnya untuk

rayuan-rayuan yang dikemukakan didengar atas merit tanpa dikekang

oleh isu-isu teknikaliti undang-undang. Dalam kes Aguam v C.A, et

al., G. R No. 137672, 31 Mei 2000, Mahkamah Agung Filipina

menegaskan seperti berikut:

“xxx. The court has the discretion to dismiss or not to dismiss an appellant’s appeal. It is a power conferred on the court, not a duty. The "discretion must be a sound one, to be exercised in accordance with the tenets of justice and fair play, having in mind the circumstances obtaining in each case." Technicalities must, however, be avoided. The law abhors technicalities that impede the cause of justice. The court’s primary duty is

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 24 -

to render or dispense justice "A litigation is not a game of technicalities." "Lawsuits unlike duels are not to be won by a rapier’s thrust. Technicality, when it deserts its proper office as an aid to justice and becomes its great hindrance and chief enemy, deserves scant consideration from courts." Litigations must be decided on their merits and not on technicality. Every party litigant must be afforded the amplest opportunity for the proper and just determination of his cause, free from the unacceptable plea of technicalities. Thus, dismissal of appeals purely on technical grounds is frowned upon where the policy of the court is to encourage hearings of appeals on their merits and the rules of procedure ought not to be applied in a very rigid, technical sense; rules of procedure are used only to help secure, not override substantial justice. It is a far better and more prudent course of action for the court to excuse a technical lapse and afford the parties a review of the case on appeal to attain the ends of justice rather than dispose of the case on technicality and cause a grave injustice to the parties, giving a false impression of speedy disposal of cases while actually resulting in more delay, if not miscarriage of justice.”. (Penekanan ditambah).

[26] Seterusnya perayu mengemukakan hujah bahawa jika rayuan

dibuat selepas Mahkamah Tinggi telah menetapkan amaun

pampasan, rayuan itu akan terhalang oleh seksyen 40D(3) Akta

Pengambilan Tanah 1960. Justeru, perayu tidak mempunyai apa-apa

remedi untuk mempertikaikan keputusan tersebut. Ini adalah

merupakan suatu ketidakadilan kepada pihak Kerajaan Negeri yang

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 25 -

mengambil tanah-tanah terlibat untuk kepentingan awam.

Keputusan

Prinsip Undang-Undang

[27] Pada umumnya, Mahkamah Atasan hanya mempunyai bidang

kuasa untuk mendengar rayuan daripada penghakiman akhir (“final

judgment”). Keputusan akhir ialah sesuatu keputusan yang

melupuskan keseluruhan kes (“an entire case must be resolved”).

Dengan perkataan lain, penghakiman akhir telah menamatkan

tindakan yang dikemukakan, tidak meninggalkan apa-apa perkara lagi

untuk mahkamah tersebut membuat keputusan dan/atau perintah bagi

secara muktamad menentukan hak-hak pihak-pihak yang terlibat

dalam prosiding. Justeru, sesuatu penghakiman akhir, hendaklah

antara lain, mempunyai ciri-ciri berikut –

(i) dimaksudkan oleh mahkamah bicara sebagai suatu

penghakiman yang secara muktamad dan akhir

memutuskan segala hal perkara yang dipertikaikan oleh

pihak-pihak;

(ii) menghakimi semua tuntutan terhadap semua pihak; dan

(iii) Direkodkan oleh Mahkamah melalui suatu perintah.

[28] Rasionale mengapa hanya penghakiman akhir boleh dirayukan

adalah tidak sukar difahami. Ia bertujuan untuk mengelakkan rayuan

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 26 -

dibuat secara berperingkat (“piece-meal appeals”) yang boleh

mengganggu proses perbicaraan dan untuk memastikan masa

kehakiman (“judicial time”) mahkamah dapat dioptimakan. Ia juga

dapat menjimatkan kos litigasi pihak-pihak. Di samping itu, ia dapat

memelihara dan mengekalkan fungsi utama hakim bicara untuk

mengadili dan memutuskan semua isu yang terdapat dalam sesuatu

prosiding di hadapannya tanpa diganggu oleh suatu rayuan pra-

matang.

[29] Dalam rayuan ini, fakta yang tidak dapat pertikaikan ialah

bahawa prosiding rujukan tanah tersebut belum lagi diselesaikan di

Mahkamah Tinggi Shah Alam. Penentuan amaun pampasan tanah-

tanah terlibat belum lagi diputuskan. Adalah menjadi undang-undang

mantap bahawa amaun pampasan akan ditentukan oleh pengapit

yang dilantik dari pihak kerajaan dan swasta. Setiap pengapit akan

memberi pandangan secara bertulis mengenai setiap tuntutan

gantirugi yang dibangkitkan oleh orang berkepentingan dan Hakim

Mahkamah Tinggi hendaklah merekodkan pandangan tersebut. Ini

diperuntukkan secara jelas oleh seksyen 40b Akta 486:

“(1) In a case before the court as to the amount of compensation or as to the amount of any of its items the amount of compensation to be awarded shall be the amount decided upon by the two assessors.”.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 27 -

[30] Hakim Mahkamah Tinggi tidak boleh membelakangkan

dan/atau enggan menerima pendapat kedua-dua pengapit berhubung

dengan amaun pampasan tanah-tanah terlibat. Di dalam kes

Jitender Singh Pagar Singh & Ors v. Pentadbir Tanah Wilayah

Persekutuan & Another Appeal [2012] 2 CLJ 165, Mahkamah ini

telah memutuskan seperti berikut pada muka surat 175:

“The High Court judge is required to adopt the opinion of the assessors sitting with him, or elect to adopt the opinion of one of them, if they differ. The legislative intent is clear and unambiguous. A High Court judge cannot come to a valuation different from the opinion of the assessors, or if different, from either one of them.”.

(lihat juga kes The Royal Selangor Golf Club v Pentadbir

Tanah Wilayah Persekutuan [2012] 3 CLJ 293).

[31] Kami tidak nampak bagaimana keputusan Mahkamah Tinggi

yang membuat “ruling” bahawa penilaian pampasan tanah-tanah

terlibat hendaklah dibuat berdasarkan fakta bahawa tanah-tanah

berkenaan telah dizonkan sebagai pembangunan adalah merupakan

suatu penghakiman akhir yang telah melupuskan kesemua isu yang

berbangkit dalam prosiding rujukan tanah berkenaan sedangkan isu

utama, iaitu, amaun pampasan yang kena dibayar kepada responden-

responden belum lagi diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang

akan bersidang bersama dua orang pengapit. Pihak-pihak belum lagi

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 28 -

mengemukakan hujahan-hujahan masing-masing dan Mahkamah

belum lagi menimbangkan keterangan atau material yang berada di

hadapannya, termasuklah laporan penilai yang disediakan oleh pihak-

pihak.

[32] Adalah ketara bahawa Notis-Notis Rayuan yang dikemukakan

oleh perayu adalah pra-matang kerana “ruling” tersebut dalam apa

keadaan sekalipun belum lagi “ends the litgation on the merits and

leaves nothing for the court to do but execute the judgment”.

[33] Isu sama ada perayu boleh membuat rayuan mengenai

keputusan persoalan undang-undang ini selepas Mahkamah Tinggi

Shah Alam telah membuat perintah mengenai pampasan yang kena

dibayar terhadap tanah-tanah terlibat akan ditentukan oleh panel yang

lain. Kami tidak boleh mendahului keputusan tersebut. Walau

bagaimanapun, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa

perayu dihalang untuk membuat rayuan berhubung dengan isu

gantirugi/pampasan (lihat seksyen 40D(3) Akta 486; Calamas Sdn

Bhd v Pentadbir Tanah Batang Padang [2011] 5 AMR 589; Koriah

Sudar v Pentadbir Tanah Kuala Selangor [2013] 5 CLJ 571 (CA)).

Undang-undang tidak menghalang perayu untuk membuat rayuan

mengenai isu undang-undang. Dengan hal demikian, pintu rayuan

tidaklah tertutup sepenuhnya sebagaimana yang cuba digambarkan

oleh perayu. Terdapat kes-kes yang diputuskan yang menunjukkan

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 29 -

bahawa perayu boleh mengemukakan rayuan dalam keadaan-

keadaan tertentu.

[34] Dalam kes Kerajaan Malaysia v Pentadbir Tanah Daerah

Kuala Lumpur & 2 Lagi, Rayuan Sivil No. K-01-594-09/2011, Balia

Yusof bin Hj. Wahi, HMR ketika memberi penghakiman Mahkamah

Rayuan menyatakan:

“[28] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah rayuan tidak akan sewenang-wenangnya campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim bicara. Di dalam keadaan di mana telah dibuktikan bahawa “the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision” campur tangan mahkamah ini adalah merupakan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. (UEM Group Bhd v. Genisy’s Integrated Engineers Pte Ltd. Anor [2010] 9 CLJ 785). Mahkamah ini tidak akan hanya berpeluk tubuh dan membiarkan kekhilafan tersebut berterusan tanpa sebarang pembetulan. Kami mendapati HMT “was plainly wrong in arriving at his decision.” [29] Dalam keadaan kes ini, kami juga berpuas hati terdapatnya “palpable dan overriding error” di pihak HMT di dalam mencapai keputusannya yang telah tidak mematuhi kehendak dan peruntukkan undang-undang di dalam Akta 486. (Sila lihat: Bear Island Foundation v. Attorney General for Ontario 83 DLR (4th) 381 keputusan Supreme Court of Canada yang dirujuk dan diikuti oleh K-01-594-09/2011 14 Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Ah Seng & Anor v. Public Prosecutor [2007] 6 MLJ 1).

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 30 -

[30] Hujahan peguamcara responden dan sandaran beliau kepada peruntukan di bawah seksyen 40 D(3) adalah meleset. Mahkamah ini adalah berkompeten untuk mendengar dan memutuskan rayuan yang dikemukakan atas alasan terdapatnya “manifest error” di dalam penghakiman HMT yang menolak permohonan perayu di dalam kes rujukan tanah di hadapannya dan mengesahkan award yang dibuat oleh responden pertama. Berdasarkan kepada fakta dan keadaan berserta dengan berbagai kekhilafan yang ditunjukkan, peruntukan seksyen 40 D(3) tersebut tidak boleh menyekat kuasa mahkamah ini untuk mendengar rayuan yang dibuat oleh perayu.”.

[35] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami memutuskan bahawa

Notis-Notis Rayuan bertarikh 21.7.2014 adalah tidak berkompeten

dan Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar

rayuan-rayuan yang difailkan oleh perayu. Oleh itu, Lampiran 7 dan

11a dibenarkan.

[36] Keputusan kami di atas adalah memadai untuk menolak

Lampiran 7a dan 11a. Walau bagaimanapun, bagi melengkapkan

perbincangan, kami akan memperkatakan juga alasan (b).

Alasan (b)

[37] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, perayu telah memfailkan

Notis Rayuan bertarikh 21.7.2014. Rekod-Rekod Rayuan telah

difailkan pada 19.9.2014. Rekod-Rekod Rayuan tersebut sepatutnya

difailkan dalam tempoh 8 minggu iaitu pada atau sebelum 14.9.2009.

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 31 -

[38] Perayu memberi alasan bahawa Rekod-Rekod Rayuan

tersebut tidak dapat difailkan dalam masa yang ditetapkan kerana

Redod-Rekod Rayuan yang perlu disediakan oleh perayu adalah

banyak. Oleh itu, perayu telah terkhilaf dalam perkiraan masa untuk

pemfailan dan penyampaian Rekod Rayuan. Hal ini dikatakan tidak

disengajakan dan bukan bertujuan untuk tidak menghormati

Mahkamah. Perayu telah mengambil tindakan untuk membetulkan

keadaan dengan memfailkan Notis-Notis Usul, memohon perlanjutan

masa untuk memfailkan Rekod-Rekod Rayuan tersebut.

[39] Perayu bergantung kepada Aturan-aturan 1A, 102, 103 dan

104 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 dan Aturan 1A

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Perayu menegaskan bahawa

Mahkamah ini perlu memberi pertimbangan yang wajar terhadap

keadilan kes dan tidak semata-mata melihat kepada teknikaliti

undang-undang. Rujukan dibuat kepada, antara lain, kes-kes berikut:

(i) Sin Hai Estate Berhad v Lim Fit Kim @ Lim Tian Fee

[2002] 1 LNS 16;

(ii) Megat Najmuddin Dato’ Sri Dr Megat Khas v Bank

Bumiputera Malaysia Berhad [2002] 1 MLJ 645;

(iii) John Dennis De Selva v Crescent Court Management

Corporation [2006] 4 AMR 618;

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 32 -

(iv) Cosway (M) Sdn Bhd v Gan Poh Im [2005] 1 CLJ 573;

(v) Hock Seng Construction Sdn Bhd & Anor v Yeoh Poh

Owi & Anor [2001] 4 CLJ 1;

(vii) Ratnam v Cumarasamy & Anor [1964] 2 LNS 237; dan

(viii) Tan Chwee Geok & Anor v Khaw Yen-Yen & Anor

[1975] 2 MLJ 188.

[40] Responden-responden sebaliknya menghujahkan bahawa

perayu telah melanggar Aturan 18(7) Peraturan-Peraturan Mahkamah

Rayuan 1994 yang menghendaki supaya Rekod-Rekod Rayuan

difailkan dalam tempoh 8 minggu selepas Notis Rayuan dimasukkan.

Rekod-Rekod Rayuan tersebut telah diserahkan kepada responden-

responden pada 23.9.2014 yang sepatutnya diserahkan pada

15.9.2014, berdasarkan tempoh 8 minggu.

[41] Responden-responden selanjutnya menghujahkan bahawa

tidak ada penjelasan yang munasabah diberikan oleh perayu atas

kelewatan penyerahan Rekod-Rekod Rayuan tersebut.

Keputusan

[42] Peraturan 18(7) Peraturan-Peraturan Mahkamah Rayuan 1994

adalah jelas dan ia adalah seperti berikut:

“(7) The memorandum and copies above referred to

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 33 -

which, together shall be called the record of appeal, shall be filed at the Registry within eight weeks after the entry of the appeal or within such further time as the Court may allow.”. (Penekanan ditambah).

[43] Dalam mentafsirkan Peraturan 18 di atas, Mahkamah Rayuan

dalam kes Chuah Tim Lan v RHB Bank Berhad & Anor [2008] 6

CLJ 500 menyatakan:

“A scrutiny of Rule 18 and its sub-rules here show that Parliament, in its desire to instil discipline in the world of civil litigation, has consistently alluded to the usage of the terminology "shall". Such usage of word, by due construction in the circumstances of the case, demands mandatory adherence of the rule and the sub-rules; anything less will detract from the intention of Parliament. The promulgation of rules of procedure import discipline and certainty in our judicial system and without them precision of action in the conduct of litigation by contesting parties, may not be achieved.”.

[44] Dalam kes Capital Insuran Bhd v Kasim Mohd Ali [2000] 1

CLJ 269 Mokhtar Sidin HMR menyatakan:

“In our view the Rules and Practice Directions made by this court are to be obeyed and not to be broken. We would like to stress here that parties to an appeal must adhere and comply strictly to those Rules and Directions. Of late we found that there were numerous instances where parties had not adhered or complied to those Rules and Directions and we want to make it clear that they do so at their own risk.”.

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 34 -

[45] Walau apa pun jua, mahkamah mempunyai budibicara untuk

memberi kebenaran terhadap sesuatu permohonan untuk

melanjutkan tempoh masa pemfailan Rekod-Rekod Rayuan sekiranya

terdapat penjelasan yang munasabah dan boleh diterima. Dalam kes

Bala Subramaniam Sengodan v Ahmed Sidique Abdul Latiff &

Another Appeal [2015] 5 CLJ 623, Mahkamah ini telah

memperkatakan mengenai prinsip-prinsip yang terpakai dalam

mempertimbangkan suatu permohonan pelanjutan masa bagi

memfailkan Notis Rayuan yang juga terpakai dalam situasi kes ini. Di

muka surat 630 – 631, Mahkamah menyatakan:

“[33] At the outset, it should be emphasised that when the appellant allows the time to file a notice of appeal to go by, his position suffers a radical change. Whereas previously he was in a position to appeal as of right; he now becomes an applicant for a grant of indulgence by the court.

[34] The power to extend the time to file a notice of appeal is discretionary, and has to be exercised judicially, having regard to established principles. In Soh Keng Hian v. American International Assurance Co Ltd [1996] 2 CLJ 449 (CA), Gopal Sri Ram JCA (as he then was), in delivering the judgment of the court, said at p. 453:

It is axiomatic that this court is seized of a wide discretion to extend time in proper and deserving cases. But it is not unprincipled discretion. There must be some relevant evidential material available to us before we may exercise discretion.

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 35 -

[35] The principles governing the grant of leave to file a notice of appeal out of time may be summarised as follows:

(i) rules of court providing a time limit for the conduct of litigation, must, prima facie, be obeyed (See Ratnam v. Cmaraswamy [1964] 3 All ER 935; Revici v. Prentice Hall Incorporated and Others [1969] All ER 772).

(ii) where there has been a non-compliance with a time-limit, the court has a discretion to extend time (See Thiruchelvasegaram Manickavasegar v. Mahadevi Nadchatiram [1998] 4 CLJ 883; [1998] 4 MLJ 297);

(iii) in exercising its discretion, the court will consider:

(a) the length of the delay;

(b) the reasons for the delay;

(c) the chances of the appeal succeeding if time for appealing is extended; and

(d) the degree of prejudice to the respondent if the application is granted;

(See Development & Commercial Bank Bhd v. Tan Ong Hwa & Anor [1992] 2 MLJ 764; Bank Utama (Malaysia) Berhad v. Sistem Bis Komputer Sdn Bhd & Ors [1994] 4 CLJ 347; [1994] 3 MLJ 452; Abdul Rahim Ponniah Abdullah v. Kulim Intensive Driving Centre Sdn Bhd [2000] 1 LNS 204; [2000] 6 MLJ 583).

[46] Apakah alasan yang dikemukakan oleh perayu untuk

memohon pelanjutan masa memfailkan Rekod-Rekod Rayuan?

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 36 -

Dalam Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Puan Etty Eliany Binti

Tesno Pegawai Undang-Undang Negeri Selangor di Kamar

Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, beliau mendeposkan

seperti berikut:

“6. Saya sesungguhnya mengatakan bahawa permohonan Lanjutan Masa pemfailan Rekod Rayuan ini diperlukan kerana kamar PUU Selangor tidak boleh memfailkan kesemua rekod rayuan dalam masa yang ditetapkan iaitu sebelum 15 September 2014 sebagaimana yang telah diarahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam surat bertarikh 8 Ogos 2014 tersebut.

7. Dalam pada masa yang sama, saya sesungguhnya percaya bahawa Kamar PUU Selangor memerlukan masa untuk menyiapkan Rekod Rayuan bagi kes ini kerana rayuan ini adalah difailkan serentak dengan 11 kes lain yang telah didengar bersama-sama dengan kes ini semasa pendengaran kes ini semasa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

8. Perayu di dalam tindakan ini mempunyai rayuan yang bermerit dan bona fide dan demikian seharusnya diberi peluang untuk didengari oleh Mahkamah Yang Mulia ini.” .

[47] Kami telah meneliti alasan yang dikemukakan oleh perayu

dengan penuh simpati. Walau bagaimanapun, kami berpendapat

alasan tersebut adalah tidak memadai untuk membolehkan kami

melaksanakan budi bicara secara kehakiman bagi membenarkan

permohonan pelanjutan masa untuk memfailkan Rekod-Rekod

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 37 -

Rayuan. Kami agak keberatan untuk menerima alasan bahawa oleh

kerana terdapat banyak Rekod Rayuan yang perlu disediakan oleh

pihak-pihak, tempoh masa yang ditetapkan undang-undang boleh

dimaafkan (“condoned”). Jika alasan diterima, ia akan membuka

ruang kepada pihak-pihak yang tidak secara bersungguh-sungguh

dan tekun menyediakan Rekod-Rekod Rayuan dalam tempoh masa

yang ditetapkan, mengemukakan alasan remeh ini pada masa

hadapan. Ia akan mengakibatkan “effective and expeditious

disposal” kes-kes di Mahkamah Rayuan tidak dapat dicapai demi

keadilan semua pihak.

[48] Perayu berhujah bahawa tindakan telah diambil untuk

membetulkan keadaan dengan memfailkan Notis-Notis Usul di

Lampiran 14a. Kami ingin membuat pemerhatian di sini bahawa

perayu telah tersentak dari “tidur lena” mereka (“woke up from their

slumber”) apabila responden-responden telah memfailkan Notis-Notis

Usul di Lampiran 7a dan 14a. Perayu menyedari ketidakaktifan

mereka apabila tindakan untuk membatalkan Notis-Notis Rayuan

telah difailkan oleh responden-responden walaupun perayu telah

sedia mengetahui bahawa Rekod-Rekod Rayuan sepatutnya

difailkan dalam tempoh 8 minggu dari Notis-Notis Rayuan difailkan

iaitu pada 14.9.2009. Kami bersetuju dengan pemerhatian yang

dibuat dalam kes Nahar Investment Limited v Grindlays Bank

Page 38: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 38 -

International (Zambia) Limited [1984] ZMSC 1:

“appellants who sit back until there is an application to dismiss their appeal, before making their own frantic application for an extension, do so at their own peril.”.

[49] Kami ingin mengakhiri perbincangan ini dengan mengulangi

semula apa yang dikatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam Bala

Subramaniam Sengodan (supra) di muka surat 635:

“[57] It is to be emphasised that the procedural requirements of the rules on appeal is not trivial technicalities that can be ignored. Indeed, non-compliance with the rules cannot be tolerated. The rationale for this strict approach is not difficult to appreciate. These rules are designed to facilitate the orderly disposition of appealed cases. As has been said time and time again, litigants ignore the rules and court orders at their peril.

[58] We adopt the view that whatever sympathy the Court might have shown for the appellant must yield to the more important principle that a flagrant disregard for the court rules should not be countenanced.”.

Kesimpulan

[50] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan

seperti berikut;

(i) Lampiran 7a dan 11a dibenarkan; dan

(ii) Lampiran 14a ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00

yang perlu dibayar oleh perayu kepada setiap responden.

Page 39: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 39 -

[51] Responden dalam Rayuan Sivil No: B-01-287-08/2014 tidak

memfailkan Notis Usul untuk membatalkan rayuan terhadapnya.

Namun begitu, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri, bagi

pihak perayu, dengan sukarela telah mencadangkan kepada

Mahkamah supaya Notis Rayuan juga dibatalkan. Kami memuji

pendekatan yang diambil oleh beliau. Memandangkan isu yang

terlibat adalah sama, maka adalah wajar rayuan tersebut juga tidak

diteruskan dan dibatalkan. Berikutannya, Mahkamah telah

memerintahkan supaya Notis Rayuan berkenaan dibatalkan tanpa

perintah mengenai kos.

Bertarikh: 20 Ogos 2015

t.t. (MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bagi Kes: No.B-01-277-08/2014 No.B-01-278-08/2014 No.B-01-279-08/2014 Peguamcara Perayu: Ahmad Fuad bin Othman (Rafiqha Hanim binti Mohd Rosli dan Mohd Abdul Hakim bin Mohd Ali bersamanya) Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Bangunan SSASS 40512 Shah Alam, Selangor.

Page 40: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 40 -

Peguamcara Responden: Rosli bin Dahlan (Ho Ai Ting bersamanya) Tetuan Lee Hishamudidn Allen & Gledhill Level 16, Menara Tokio Marine No. 189, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Peguamcara Pencelah: Kamaruzaman Arif Yang Dicadangkan (Sofiah Omar Nurliza Shafien bersamanya) Tetuan Kamaruzaman Arif Amran & Chong No.66, Jalan Ragbi 13/30 Tadisma Business Park Seksyen 13 40100 Shah Alam. Bagi Kes: No.B-01-280-08/2014 No.B-01-281-08/2014 No.B-01-282-08/2014 No.B-01-283-08/2014 No.B-01-284-08/2014 No.B-01-285-08/2014 Peguamcara Perayu: Ahmad Fuad bin Othman (Rafiqha Hanim binti Mohd Rosli dan Mohd Abdul Hakim bin Mohd Ali bersamanya) Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Bangunan SSASS 40512 Shah Alam, Selangor. Peguamcara Responden: B. Tangaraj (Azad Bashir bersamanya) Thangaraj & Associates Unit D1-3A-13 Block D1, Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas 1 Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur.

Page 41: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 41 -

Peguamcara Pencelah: Kamaruzaman Arif Yang Dicadangkan (Sofiah Omar Nurliza Shafien bersamanya) Tetuan Kamaruzaman Arif Amran & Chong No.66, Jalan Ragbi 13/30 Tadisma Business Park Seksyen 13 40100 Shah Alam. Bagi Kes: No.B-01-286-08/2014 Peguamcara Perayu: Ahmad Fuad bin Othman (Rafiqha Hanim binti Mohd Rosli dan Mohd Abdul Hakim bin Mohd Ali bersamanya) Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Bangunan SSASS 40512 Shah Alam, Selangor. Peguamcara Responden: Felix Raj Messrs Shaikh David Raj M-2-19, Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1 Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur. Peguamcara Pencelah: Kamaruzaman Arif Yang Dicadangkan (Sofiah Omar Nurliza Shafien bersamanya) Tetuan Kamaruzaman Arif Amran & Chong No.66, Jalan Ragbi 13/30 Tadisma Business Park Seksyen 13 40100 Shah Alam.

Page 42: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG …_278,_279-08-201… · Pendidikan melalui pembangunan pelbagai jaringan pendidikan bagi melengkapkan lagi institusi ... Isu undang-undang

- 42 -

Bagi Kes: No.B-01-287-08/2014 Peguamcara Perayu: Ahmad Fuad bin Othman (Rafiqha Hanim binti Mohd Rosli dan Mohd Abdul Hakim bin Mohd Ali bersamanya) Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Bangunan SSASS 40512 Shah Alam, Selangor. Peguamcara Responden: Simrenjeet Singh Tetuan Gananathan Loh B-06-12, Gateway Kiaramas No. 1, Jalan Desa Kiara Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur. Peguamcara Pencelah: Kamaruzaman Arif Yang Dicadangkan (Sofiah Omar Nurliza Shafien bersamanya) Tetuan Kamaruzaman Arif Amran & Chong No.66, Jalan Ragbi 13/30 Tadisma Business Park Seksyen 13 40100 Shah Alam.