dalam kitab kecil yang bertajuk

4
Dalam kitab kecil yang bertajuk " ر ص عا م ل ا ي ملا س لال ا م ع ل ا ي ف ره ث – و ا ة ي ه ق ف ل ا ات لاف ت خلا ا* “ “ ادتAdab- adab berbeza pendapat ulama`-ulama` hukum dan kesannya dalam kehidupan islam moden” karangan Dr Tala`at Muhd Afifi yang merupakan Rektor kuliah Dakwah di Universiti Azhar telah menerangakan beberapa sebab perbezaan pendapat para ulama` dalam banyak permasalahan hukum sama ada hukum itu telah diterangkan dalam Al-quran atau Hadis mahu pun yang tidak diterangkan. oleh itu, mungkin dalam perkongsian yang serba ringkas ini, kita dapat memahami beberapa sebab perselisihan ulama`. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perselisihan antara ulama` antaranya ialah : 1) Berbeza pendapat dalam memahami Ayat Al-Quran sama ada yang Muhkamat atau mustasyabih ( * هات ب ا ش مت و ات م حك م), yang dijelaskan hukum atau tidak dijelaskan ( ي ن6 ظ و ي طع ق), yang jelas dan yang ditakwilkan ( membawa makna lain ) ( ول ؤ م ح و ي ر ص). Sesungguhnya Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran bukanlah untuk menghendaki kepada satu kefahaman sahaja ini membuktikan keistimewaan Al-Quran - luas kefahaman para ulama` dalam memahami Al-Quran sehingga kita mengikut pandangan mereka yang mempunyai beberapa pandangan yang berbeza .

Upload: asrul-tokai

Post on 23-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

uiuioiuyi

TRANSCRIPT

Page 1: Dalam Kitab Kecil Yang Bertajuk

 

Dalam kitab kecil yang bertajuk " – المعاصر اإلسالمي العمل في أثره و الفقهية االختالفات -Adab“ “ ادب

adab berbeza pendapat ulama`-ulama` hukum dan kesannya dalam kehidupan islam moden”

karangan Dr Tala`at Muhd Afifi yang merupakan Rektor kuliah Dakwah di Universiti Azhar telah

menerangakan beberapa sebab perbezaan pendapat para ulama` dalam banyak permasalahan

hukum sama ada hukum itu telah diterangkan dalam Al-quran atau Hadis mahu pun yang tidak

diterangkan.

oleh itu, mungkin dalam perkongsian yang serba ringkas ini, kita dapat memahami beberapa sebab

perselisihan ulama`.

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perselisihan antara ulama` antaranya ialah :

1) Berbeza pendapat dalam memahami Ayat Al-Quran sama ada yang Muhkamat atau

mustasyabih ( متشابهات و ظني ) yang dijelaskan hukum atau tidak dijelaskan ,( محكمات و ,( قطعيyang jelas dan yang ditakwilkan ( membawa makna lain ) ( مؤول و .( صريح

 

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran bukanlah untuk menghendaki kepada satu

kefahaman sahaja ini membuktikan keistimewaan Al-Quran - luas kefahaman para ulama` dalam

memahami Al-Quran sehingga kita mengikut pandangan mereka yang mempunyai beberapa

pandangan yang berbeza .

Page 2: Dalam Kitab Kecil Yang Bertajuk

 

2) Berbeza pendapat dalam beramal dengan Hadis Nabi SAW kerana terdapat perbezaan dalam

meletakkan syarat penerimaan sesebuah hadis mahupun penolakannya. Dan begitu juga terdapat

perbezaan dalam memahami hadis secara zahirnya.

 

Imam Ibn Taimiyyah telah berkata :

 

‘ tidak ada seorang pun diantara para imam –fuqaha`- diterima pandangan nya dengan penerimaan

yang menyeluruh( sebulat suara ), mengikuti Rasulullah SAW dalam apa jua perkara merupakan

Sunnah baginda, secara terperinci dan tidak terpesong. Sesungguhnya para imam amat meyakini

bahawa menjadi kewajipan mengikuti Rasulullah SAW. Dan sesungguhnya setiap manusia itu boleh

diambil pandangannya ( ucapannya) dan ditinggalkan pandangannya ( ucapannya ) kecuali

Rasulullah SAW. Oleh itu, sekiranya ada perbuatan kamu yang ercanggah dengan Hadis sahih

maka kamu tinggalkanlah perbuatan itu sekiranya mempunyai salah satu dari 3 keuzuran :

a. Tidak berkeyakinan seolah-olah Rasulullah SAW berkata padanya tentang hal itu

b. Tidak berkeyakinan bahawa pandangan dia sahaja yang dikehendaki

c. Berkeyakinan bahawa hukum telah dibuang

 

 

3) Berbeza pendapat dalam memahami pengert ian bahasa arab dalam Al-Quran dan

Hadis, kerana bahasa arab itu mempunyai makna yang terlalu banyak, ada yang hakikat ada yang

kiasan dan lain-lain oleh itu muncul pandangan untuk mentarjih( memberi pandangan yang lebih

kuat) disisi masing-masing.

Page 3: Dalam Kitab Kecil Yang Bertajuk

4) Berbeza pendapat kerana berbeza kemampuan dalam kalangan mujtahidin sama ada dari

segi istinbat hukum, ketelitian kajian, dan kemampuan menghayati makna.

Allah SWT berfirman ..

يشأ ) من يؤتيه الله فضل ,Al-hadid :21 – ( ذلك

itu adalah kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki.

 

daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA, daripada Rasulullah SAW bersabda : barang siapa yang

dikehendaki oleh Allah akan kebaikan maka, Allah akan berikan kefahaman Agama padanya….( HR

Al-Bukhari)

 

Ini menunjukkan bahawa kedudukan manusia itu sama tapi kefahaman itu berbeza mengikut apa

yang Allah berikan kepada mereka.

Inilah antara sebab yang sempat saya sebutkan yang menjadi pebezaan pendapat dan pandangan

para imam. jika anda terjumpa dimana-mana penulisan lagi berkenaan sebab perbezaan ini adalah

tidak mengapa kerana saya berpendapat bahawa keempat-empat sebab ini merupakan sebab yang

paling besar dan yang paling dilupakan ataupun yang tidak diketahui oleh ramai orang sehingga

ramai pula yang melatah sehingga terjadinya penyesatan dan pengkafiran sesetengah kelompok

kepada kelompok yang lain tanpa melihat sebab-sebab perbezaan pendapat yang pasti dan

sememangnya wujud.

Tuntasnya, kita tidak perlulah menjadi orang yang banyak bertelagah dalam hal-hal feqah ini

sehingga menimbulkan emosi yang kurang elok dikalangan kita sedangkan kita selalu mendengar

seruan untuk berjemaah , merasai diri kita adalah satu dan sebagainya..

Page 4: Dalam Kitab Kecil Yang Bertajuk

Saya amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh seorang khatib muda di sebuah surau

berdekatan dengan Kediaman Rasmi Pelajar-pelar Perlis di Kaherah , Mesir. Beliau menyatakan

bahawa, ada seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam dan berkata : 

“aku tidak akan memeluk Agama Islam sekiranya aku melihat orang Arab, kerana mereka ini

lansung tidak tahu peraturan ( kerana keegoan mereka), namun aku jadi tertarik untuk memeluk

agama Islam setelah aku melihat keegoaan mereka itu ditundukkan dalam solat,Haji dan Puasa

Ramadhan. Apabila Imam mengatakan ‘lurus dan rapat-rapatkan saf…’ mereka semua meluruskan

saf yang sama baris tanpa banyak bicara, apabila imam meghabiskan satu bacaan ( Al-Fatihah )

mereka semua sehati sejiwa mengucapkan amin!, mereka berkumpul di Makkah dalam keadaan

yang penuh disiplin, memakai baju yang sama warna, keliling di satu tempat yang sama, malaha!

mengucapkan sesuatu (talbiah) yang sama!. dan mereka juga bersatu hati berpuasa pada satu

bulan yang sama!.”

Wa Akhiran.. One Ummah, One For All..

http://aljazary.blogspot.com/2009/12/sebab-sebab-ulama-berbeza-pendapat.html