d20112055167_bml3092

22
BML3092 ANALISIS WACANA 1. TUGASAN BAHAGIAN A 2. TUGASAN BAHAGIAN B NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY NOMBOR I.D. : D20112055167 KUMPULAN : UPSI 02 NAMA PENSYARAH : DR. HJ. MOHD RASHID BIN HJ. MD IDRIS TARIKH AKHIR : 11 MEI 2014

Upload: nitotony73

Post on 25-Nov-2015

175 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BML3092 - Analisis Wacana

TRANSCRIPT

BML3092ANALISIS WACANA

1.TUGASAN BAHAGIAN A2.TUGASAN BAHAGIAN B

NAMA PELAJAR:NITO ANAK TONYNOMBOR I.D.:D20112055167KUMPULAN:UPSI 02NAMA PENSYARAH:DR. HJ. MOHD RASHID BIN HJ. MD IDRISTARIKH AKHIR:11 MEI 2014

PENGHARGAANPertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

KandunganBilanganPerkaraMuka suratTugasan Bahagian A1Pengenalan12Teori tatabahasa wacana13Ciri-ciri wacana34Rumusan55Rujukan7Tugasan Bahagian B6Pengenalan87Konsep struktur tema88Analisis struktur tema berdasarkan 30 ayat yang dipilih119Rumusan1510Rujukan16

Tugasan Bahagian A PengenalanSanat Md Nasir (1986) menyatakan wacana merujuk kepada teks iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. Unit teks berdiri sebagai satu ayat baik secara fonik atau grafik. Wacana bermakna bidang kajian terhadap unit bahasa, menyamai maksud analisis wacana, analisis teks, linguistik teks atau linguistik wacana. Wacana dapat dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan dilihat dari aspek linguistiknya tetapi turut dikaitkan dengan keperluan mentauhidkan Allah Yang Maha Esa. Konsep yang dikemukakan oleh Sanat Md Nasir ini juga boleh dikenali sebagai wacana plus iaitu beliau berpendapat bahawa bahasa ialah anugerah Allah SWT yang sewajarnya dikaji melalui aqli dan naqli. Teori tatabahasa wacanaBagi Sanat Md. Nasir, persoalan keteraturan fikiran dalam wacana dipanggil runtutan. Ayat-ayat yang tidak mempunyai hubungan logik antara satu sama lain dan diletakkan secara berturut-turut, kumpulan ayat ini tidak boleh dipanggil sebagai runtut. Sanat Md Nasir pula telah menggunakan istilah tautan bagi menjelaskan persoalan yang sama. Menurut Sanat Md Nasir (1998:122-124) berpendapat bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu Teori Atqakum. Teori ini menggabungkan kepadaan deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan atqakum.Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Teori ini menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang memaksimumkan fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liyabudu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan bahasa pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk kepada kemahabesaran Allah (wakhilaf) bagi yang mengetahuinya. Kerangka fungsi bahasa (liyabudu) ini tidak hanya terbatas kepada 1penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep alamma memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai Wacana Plus Plus. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi.Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik. Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul bahasa (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara asal usul bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.Menurut Beaugrande dan Dressler (1986:17) :If we assume that structures are always the outcome of intentional operations, then even single sentences must evolve through election rather than being derived from abstract rules alone.Berdasarkan petikan dapat difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan sistem yang bersangkutan dengan cara penyampaiannya.2Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).

Ciri-ciri wacanaTautan.Tautan leksikal dapat dibahagikan kepada empat iaitu tautan leksikal repitisi (pengulangan), hiponim, kolokasi, dan ekuivalensi. Repitisi atau pengulangan adalah kata yang sering kali diulang yang terdiri daripada 'kata isi' (content word). Pengulangan dilakukan terhadap perkataan-perkataan yang penting. Perkataan penting ini boleh dikenali dengan melihat fungsinya sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan. Sekiranya ditinggalkan, ayat tersebut menjadi tidak bermakna. Terdapat beberapa jenis pengulangan berdasarkan model pindaan Sanat Md Nasir. Unsur pengulangan kata boleh dilihat melalui ayat di bawah :Jejaka itu telah berjaya menyelamatkan seorang puteri daripada lemas. Jejaka itu akhirnya mendapat balasan setimpal apabila diberi ganjaran lumayan.

Melalui petikan di atas, terdapat pengulangan perkataan jejaka sebanyak dua kali. Apabila subjek jejaka dalam ayat 2 digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis kerana ketiadaan subjek. Sanat Md Nasir pula membahagikan konjungsi kepada hubungan berlawanan, hubungan keluarga serta hubungan sebab dan akibat. Pertama adalah hubungan kekeluargaan menggunakan kata yang mempunyai hubungan superordinat dan ordinat. Hubungan seterusnya adalah hubungan masa menggunakan penanda-penanda wacana yang berkaitan dengan masa. Seterusnya adalah hubungan berlawanan boleh dilihat melalui entiti atau keadaan yang berlawanan. Pengguguran atau elipsis menurut Beaugrande dan Dressler dalam Mohd Rashid Md Idris (2004:10) adalah salah satu pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya. Elipsis boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama3adalah elipis kata nama. Elipsis ini selalunya mengugurkan kata nama. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam contoh di bawah :

Surani dan Dayana membeli-belah di Mid Valley. Mike dan Nike pula sebaliknya.

Contoh di atas menunjukkan pengguguran kata nama Surani dan Dayana dalam ayat kedua. Sebenarnya selepas perkataan sebaliknya wujud perkataan Surani dan Dayana.Kedua adalah elipsis kata kerja. Elipsis kata kerja selalunya akan menggugurkan kata kerja. Misalnya di bawah :

Malik dan Jemat memancing ikan di sungai. Mereka telah meminjam dua joran pancing daripada Ah Tong. Pada minggu lalu saya telah meminjam satu.

Petikan di atas menunjukkan pengguguran kata kerja dalam ayat kedua. Perkataan yang digugurkan adalah perbuatan meminjam joran. Oleh sebab meminjam adalah kata kerja yang menjadi inti ayat, perkataan tersebut tidak dapat digugurkan kerana akan menyebabkan ketidakgramatisan ayat. Perkataan yang digugurkan adalah joran yang mewakili perbuatan subjek.Seterusnya adalah elipsis klausal. Pengguguran ini berlaku apabila menggugurkan klausal. Sebagai contohnya, lihat ayat di bawah :

Kamu semua sudah makan nasi ayam dekat dapur? Belum - bukan? Kalau belum - silalah.

Petikan di atas menunjukkan pengguguran klausal pada tanda sempang. Tanda sempang pertama dan kedua sepatutnya diisi oleh klausal makan nasi ayam tetapi telah digugurkan. Pengguguran ini perlu memenuhi syarat. Tanpa klausal, ayat masih boleh difahami oleh pembaca. Jika tidak difahami ayat tersebut tidak menepati ciri tautan klausal.

4Runtutan.Runtutan sering juga disebut sebagai koherensi. Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) pula mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Secara kesimpulannya, runtutan dapat difahami sebagai kaitan sesuatu ujaran secara logik bagi memberi kefahaman kepada pembaca. Menurut Sanat Md. Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), terdapat beberapa tahap runtutan. Pertama adalah tahap tujuan. Tahap tujuan melihat kedalaman pemahaman penulis atau penutur tentang sesuatu teks yang ditulis. Tahap kedua pula melihat sejauh mana tahap penerimaan pendengar atau pembaca tentang sesuatu teks. Tahap ketiga pula melihat ketepatan tanggapan pembaca terhadap sesuatu maklumat dalam teks. Tahap yang terakhir melihat kerelevanan sesuatu teks berdasarkan situasi ujaran. Tahap-tahap runtutan hanya dapat dicapai melalui penggunaan perkataan atau kebijaksanaan pengarang dalam mengaitkan sesuatu perkara melalui penggunaan runtutan.Struktur tema.Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema terbahagi kepada tema dan rema. Tema boleh difahami sebagi fokus utama penceritaan. Selain itu, tema dapat difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan rema adalah predikat yang menerangkan subjek. Hal ini boleh difahami melalui contoh di bawah:TemaRemaAbu suka makan kek.

Ayat di atas menunjukkan penggunaa tema dan rema. Tema dapat dilihat melalui perkataan Abu kerana berfungsi sebagai subjek yang diterangkan sedangkan suka makan kek pula merupakan rema kerana berfungsi menerangkan predikat.RumusanBerdasarkan perbincangan yang dibuat berdasarkan model teori dan ciri wacana ini terdapat dua tokoh bahasa yang bergiat aktif dalam bidang kajian wacana. Sanat Md. Nasir mengemukakan Teori Atqakum, konsep tautan dan konsep struktur tema. Beaugrande Dressler memperkenalkan konsep runtutan dan ciri pengguguran atau elipsis. 5Wacana difahami sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Wacana dapat disampaikan melalui lisan dan tulisan. Sesebuah wacana yang dikatakan utuh ciri-ciri asas pembentukannya agar difahami oleh pembacaan atau pendengar. Kesemua ciri yang dibincangkan mempunyai kaitan antara satu sama lain.( 1,391 patah perkataan)

6RujukanA. John. (2003). Textual analysis: A beginners guide. London: SAGE Publications.Gee. (2005). An introduction to discourse analysis. 2nd ed. London: Routledge.Mohd Rashid Md Idris (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat dan struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd.Sanat Md. Nasir & Rogayah A. Razak (1998). Pengajian bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya.Wodak & Meyer. (2001). Methods of critical discourse analysis. London: Sage.

7Tugasan Bahagian B PengenalanMengikut pendapat Halliday yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2007:76), struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat. Kemudian, mengikut Sanat Md. Nasir, struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md Idris (2004:21). Menurut Sanat Md. Nasir lagi, klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah yang selebihnya iaitu bahagian yang mengembangkan ataupun menerangkan tentang tema. Konsep struktur tema.Terdapat salah satu struktur yang bercirikan amanat dikenali sebagai struktur tema. Struktur tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema (T) dan rema ( R). Perkara ini dapat dirumuskan mengunakan rumus T + R = ST. Mengikut Mohd Rashid Md Idris (2007:77) dalam sesebuah klausa tema biasanya berada di hadapan iaitu menjadi titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Seterusnya, tema diikuti oleh rema yang bertugas sebagai penerang. Segala ayat yang selepas tema dikenali sebagai rema.Sanat Md. Nasir juga mengemukan konsep ini untuk membentuk sebuah wacana yang lengkap. Menurut Sanat Md. Nasir, konsep struktur tema merupakan struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema dan rema. Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan juga rema. Tema harus berada dihadapan klausa atau awal klausa. Rema pula berada atau diletakkan selepas tema. Misalnya, ayat (Farid) (pergi ke pasar) di mana Farid merupakan tema dalam klausa ini dan pergi ke pasar pula merupakan rema dalam klausa. Contoh struktur tema yang seterusnya adalah seperti berikut:TEMAREMA(Dia pernah mendengar)(seorang tua menceritakan perihal askar-askar British yang menunggu penonton-penonton di luar kawasan kampung dengan 8beberapa buah lori yang besar-besar.) Mengikut contoh di atas dapat dilihat bahawa struktur tema berada dihadapan ayat yang berfungsi sebagai benda atau subjek dalam klausa. Kemudian, tema diikuti oleh rema yang berperanan untuk menceritakan tema dalam klausa tersebut. Begitulah contoh struktur tema yang dikemukakan oleh Sanat Md. Nasir.Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema terbahagi kepada tema dan rema. Tema boleh difahami sebagi fokus utama penceritaan. Selain itu, tema boleh difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan rema merupakan predikat yang menerangkan subjek. Perkara ini dapat difahami melalui contoh seperti di bawah ini:

TemaRemaAbu suka makan kuih.

Contoh ayat di atas menunjukkan penggunaan tema dan rema. Tema boleh dilihat melalui perkataan Abu kerana berfungsi sebagai subjek yang diterangkan sedangkan suka makan kuih pula merupakan rema kerana berfungsi menerangkan predikat. Bolehlah disimpulkan secara ringkas bahawa struktur tema mempunyai dua bahagian, iaitu tema dan rema. Rumus di bawah menggambarkan kenyataan ini :STT + RStruktur tema (ST) dibahagikan kepada dua di mana yang pertama ialah tema. Tema (T) biasanya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama (KN), kata sendi nama (KSN) dan kata hubung (K.Hbg.) Misalnya :i.Suraya pergi ke pawagam.[Suraya] [pergi ke pawagam.]9T (Kata Nama) RTema bagi klausa tersebut ialah kata nama khas Suraya.ii.Di Sarawak, Aman tinggal.[Di Sarawak,] [Aman tinggal.]T (Kata Sendi Nama)RKata sendi di Sarawak merupakan tema bagi klausa tersebut.iii.Dengan cepat, dia membuka pintu bilik itu.[Dengan cepat,] [dia membuka pintu bilik itu.]T (Kata Hubung)RFrasa kata sendi nama dengan cepat merupakan tema bagi klausa tersebut.Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Biasanya, rema terletak pada bahagian belakang iaitu selepas tema. Kenyataan ini dijelaskan seperti contoh ayat di bawah ini:i.Suraya pergi ke pawagam.[Suraya] [pergi ke pawagam.]T (Kata Nama)RRema bagi klausa tersebut ialah frasa kata kerja pergi ke pawagam. ii.Di Sarawak, Aman tinggal.[Di Sarawak,] [Aman tinggal.]T (Kata Sendi Nama)RFrasa nama Aman tinggal merupakan rema bagi klausa tersebut.10iii.Dengan cepat, dia membuka pintu bilik itu.[Dengan cepat,] [dia membuka pintu bilik itu.]T (Kata Hubung)RFrasa kata nama dia membuka pintu bilik itu merujuk kepada rema bagi klausa di atas.Analisis struktur tema berdasarkan 30 yang dipilih.Struktur tema (ST) dibahagikan kepada dua di mana yang pertama ialah tema. Tema (T) biasanya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Biasanya, rema terletak pada bahagian belakang iaitu selepas tema. Bolehlah disimpulkan secara ringkas bahawa struktur tema mempunyai dua bahagian, iaitu tema dan rema. Rumus sepertidi bawah dapat menggambarkan kenyataan ini:STT + RSeterusnya, mari kita menganalisis tiga puluh ayat secara berturutan berdasarkan teks tulisan iaitu Majalah Era Hijau yang bertajuk Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar telah ditulis oleh Norliza Mohd Jannes dan dikeluarkan pada bulan Mac/Jun tahun 2005.TemaRema1. Pengetua/Guru Besar memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam pembentukan dan pengurusan ke arah Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar.2. Ini melibatkan perancangan, pembentukan strategi, pelaksanaan pelan tindakan, pemantauan, penilaian dan penyemakan semula.3. Kerjasama sekolah dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru11(PIBG), bekas pelajar, masyarakat setempat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan adalah perlu untuk menjayakan aktiviti Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar.4. Aktiviti ini dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah seperti pejabat, bilik guru, makmal, bengkel, kantin, tandas, tempat pelupusan sampah dan kawasan lapang.5. Amalan 5Riaitu fikir semula (Rethink), baik pulih (Repair), kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle) diutamakan dalam konteks ini.6. Mewujudkan visi dan misipendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.7. Menjadikan pendidikan sebahagian daripada perancangan kurikulum dan alam sekitar kokurikulum tahunan sekolah.8. Menubuhkan Jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, Sekolah Lestarikakitangan sokongan dan wakil pelajar.9. Mewujudkan kerjasamaantara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi lain untuk pelaksanaan program alam sekitar.10. Mewujudkan dan bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar memantapkan koleksidi pusat sumber sekolah.11. Menyediakan sudutmaklumat alam sekitar di dalam bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.1213. Menyebarkan mesej alam sekitar semasa perhimpunan.14. Memberikan pendedahan tentang nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntuk kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar.15. Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.16. Menganjurkan dan kesedaran pendidikan alam sekitar.melaksanakan kempen17. Mengadakan dan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.melaksanakan peraturan18. Memastikan pihak melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pengusaha kantinpelupusan bahan buangan secara terancang.19. Merancang, mengurus danpelupusan sisa buangan berbahaya/toksik seperti sisa-sisa memantaumakmal/bengkel/Ekonomi Rumah Tangga (ERT)/Kemahiran Hidup (KH) secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan.20. Menyediakan laporanuntuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan panitia alam sekitar merentasi kurikulum menggunakan format yang disediakan.21. Memberikan pengiktirafankepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar.22. Merancang aktiviti kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan penyebaran maklumat kesedaran alam sekitar.23. Kurikulum Bersepadumenekankan penerapan pendidikan alam sekitar merentas13Sekolah Rendah dankurikulum.Kuirkulum Bersepadu Sekolah Menengah24. Unsur tentang, melalui danserta nilai murni alam sekitar diserapkan dalam pelbagai untuk alam sekitar kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran di sekolah.25. Pentaksiran pendidikan untuk Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar boleh alam sekitar dilaksanakan dengan menilai bagaimana komponen yang dipelajari dalam kelas dipraktikkan dalam aktiviti kokurikulum dan cara ia mempengaruhi gaya hidup warga sekolah.26. Menerapkan nilai-nilaipendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).27. Melaksanakan modulrancangan pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum.28. Menganjurkan program/untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru bengkel/seminar (telah dilaksanakan di sekolah-sekolah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).29. Kokurikulum sekolah melibatkan tiga bahagian berikut: unit beruniform; kelab/persatuan; dan sukan/permainan.30. Komitmen dan kreativitidalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk meningkatkan warga sekolah amalan hidup lestari.

14RumusanSesebuah wacana menjadi bermakna disebabkan wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap. Wacana dianggap penggunaan bahasa dalam konteks yang membawa makna kerana setiap bahasa melibatkan wacana. Selain itu, analisis wacana berdasarkan struktur tema membenarkan kita menghayati wujudnya pertalian yang erat antara kognitif dan bahasa semasa berkomunikasi. Begitu juga, seseorang pengkaji yang ingin menganalisis wacana dari perspektif struktur tema seharusnya mempunyai skemata yang lengkap terhadap keduaduanya iaitu tema dan rema. Perkara ini sangat memainkan peranan yang penting supaya hasil analisis terhadap ayat-ayat tersebut dianggap berkualiti dan diyakini penjelasannya. Dapatlah disimpulkan bahawa struktur tema mempunyai dua bahagian iaitu tema dan rema. ( 1, 444 patah perkataan )

15RujukanA. John. (2003). Textual analysis: A beginners guide. London: SAGE Publications. Mohd Rashid Md Idris (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat dan struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd. Norliza Mohd Jannes (2005). Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar. Selangor: Aslita Sdn. Bhd.Sanat Md. Nasir & Rogayah A. Razak (1998). Pengajian bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya. Wodak & Meyer. (2001). Methods of critical discourse analysis. London: Sage.

16