d20102043041kbk3033tugasan1

Upload: cik-atifah-tumin

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    1/18

    1

    RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KBK 3033

    Intervensi Awal Kanak-kanak Dalam Pendidikan Khas

    KUMPULAN

    UPSI 08 (A112PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    ATIFAH BINTI TUMIN D20102043041 017-6209593

    NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHAMED FAWZI BIN YUSUF

    TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2012

    Tugasan 1

    Intervensi Awal Kanak-kanak

    Sindrom Down dan Autisma

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    2/18

    2

    BIODATA DIRI

    NAMA : ATIFAH BINTI TUMIN

    TARIKH LAHIR : 30 MAC 1973

    TEMPAT LAHIR : JOHOR

    PENGALAMAN MENGAJAR : 16 TAHUN

    SEKOLAH SEMASA : SK AYER KEROH, MELAKA

    OPSYEN ASAL : PSR-MATEMATIK 93/95

    MAKTAB : MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU

    MELAKA

    MATA PELAJAR DIAJAR SEMASA : a) MATEMATIK

    b) MUZIK

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    3/18

    3

    PENGHARGAAN

    Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

    Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatNya,

    dapat saya menyiapkan tugasan KBK3033 Intervensi Awal Kanak-kanak dalam

    Pendidikan Khas ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

    dugaan yang dihadapi dapat dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran .

    Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

    pensyarah (E-Learning) saya iaitu En. Mohamed Fawzi bin Yusuf di atas sumbangan

    ilmu dan panduan yang diberikan oleh beliau sehingga saya selamat menyempurnakan

    tugasan ini. Semoga kebaikkan yang diberikan oleh beliau akan di rahmati olehNya.

    Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan di

    sekolah dan rakan-rakan di dalam kumpulan UPSI 08 yang sudi berkongsi maklumat

    untuk menyiapkan tugasan KBK 3033 ini.

    Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu

    saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah.

    Sesungguhnya segala kesabaran dan kesungguhan pastinya akan memberikan

    kejayaan yang cemerlang.

    Terima Kasih.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    4/18

    4

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    1.0 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK

    1.1 Definisi 6

    1.2 Objektif 6

    1.3 Falsafah 7

    1.4 Prinsip 7

    2.0 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK AUTISMA 10

    2.1 Kanak-kanak Autisma 10

    2.2 Intervensi Awal Kanak-kanak Autisma 11

    3.0 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN 14

    3.1 Kanak-kanak Sindrom Down 14

    3.2 Intervensi Awal Kanak-kanak Sindrom Down 15

    4.0 PENUTUP 16

    5.0 RUJUKAN

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    5/18

    5

    INTERVENSI

    AWAL KANAK-KANAK

    BERKEPERLUAN KHAS

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    6/18

    6

    1.1 DEFINISI

    Intervensi ialah perkhidmatan pemulihan yang direka untuk memulihkan kanak-kanak

    berkeperluan khas .Intervensi awal pula ialah perkhidmatan pemulihan awal yang diberikan

    kepada kanak-kanak berkeperluan khas setelah kanak-kanak tersebut dikenalpasti mengalami

    masalah seperti sindrom down , hiperaktif dan sebagainya. Intervensi awal merupakan satu

    program berstruktur untuk mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Intervensi awal terdiri

    daripada gabungan usaha pendidikan , maklumat tentang pemakanan, penjagaan diri,

    perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus, interaksi sosial dan sokongan

    keluarga.

    Program intervensi awal juga merupakan program pencegahan awal yang membantu

    kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakupayaan dan perkembangan yang dilakukan

    sejak mereka lahir. Terdapat lima bidang perkembangan kanak-kanak yang dikenalpasti

    dijalankan dalam program intervensi awal iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi ,

    social dan emosi dan adaptasi iaitu terapi.

    1.2 OBJEKTIF

    Intervensi awal bertujuan mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada

    pembelajaran dengan tujuan untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih ketara apabila

    kanak-kanak tersebut memasuki alam sekolah rendah. Intervensi awal tidak dijadikan amalan

    oleh pihak ibu bapa mahupun badan NGO atau kerajaan kerana kadar pertumbuhan kanak-

    kanak sukar diramalkan pada jangkamasa umur mereka masih muda. Kadangkala guru di

    sekolah mengaitkan kesukaran belajar murid kepada perkembangan lewat terhadap murid

    bermasalah pembelajaran dan berfikir mereka perlu diberi lebih banyak masa untuk menguasai

    sesuatu konsep. Contohnya kanak-kanak dyslexia tidak dapat membaca seperti kanak-kanak

    lain dan ditafsirkan oleh guru sebagai lewat perkembangan dan perlu diberi lebih masa.

    Kebanyakkan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka

    gagal untuk menguasai kemahiran 3M.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    7/18

    7

    1.3 FALSAFAH

    Menurut falsafah intervensi awal, diagnosis kanak-kanak yang menghadapi masalah

    pembelajaran perlu dijalankan dalam lingkungan masa dilahirkan sehingga kanak-kanak itu

    berumur enam bulan. Tetapi ini jarang berlaku. Terdapat banyak kes di mana, intervensi awal

    bermula selepas tiga atau enam tahun. Ini berlaku kerana ibu bapa kurang yakin dengan

    kebolehan anak mengurus diri apabila berada di pusat intervensi.

    Intervensi awal yang diberikan adalah satu langkah berterusan yang memberikan

    kebebasan kepada keluarga kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini untuk membantu anak

    mereka mengembangkan potensi sejajar dengan perkembangan usia dan kognitif kanak-kanak

    tersebut. Intervensi awal juga merupakan usaha yang transaksional di mana satu rangka kerja

    memupuk pendidikan melalui permainan sambil menekankan interaksi kanak-kanak dengan

    persekitarannya.Penekanan interaksi di dalam keluarga , komuniti, guru dan terapis adalah

    sangat ditekankan dalam program intervensi awal kanak-kanak.

    Di dalam melaksanakan program intervensi awal kanak-kanak, ibu bapa diberi peluang

    sepenuhnya untuk membantu pusat intervensi mendidik anak mereka di rumah. Justeru itu, ibu

    bapa digalakkan mempelajari cara dan kaedah menjalankan intervensi awal ini di rumah

    memandangkan masa kanak-kanak ini lebih banyak berada di rumah. Seperti di Amerika FAPE

    adalah pendidikan percuma yang diberikan kepada kanak-kanak kurang upaya mengikut

    ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pendidikan arus perdana.

    1.4 PRINSIP INTERVENSI AWAL

    Intervensi awal adalah penting diberikan kepada kanak-kanak yang yang telah didiagnosa

    mengalami kecacatan kerana program ini dapat melengkapkan kanak-kanak tersebut dengan

    kemahiran asas sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Intervensi awal yang

    komprehensif banyak mendatangkan faedah kepada keluarga dan masyarakat kerana ia

    mempunyai impak yang positif kepada persekitaran kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut

    Lerner ( 2003 ), individu dalam sesebuah komuniti perlu menyedari bahawa mereka juga

    bertanggungjawab kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal juga dapat

    membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi

    penguasaan bahasa, pengurusan diri dan sebagainya. Secara tidak langsung kanak-kanak

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    8/18

    8

    berkeperluan khas dapat mempertingkatkan mindanya untuk berinteraksi dengan kanak-kanak

    lain.

    Program intervensi awal menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi

    awal yang berkesan boleh mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas di peringkat

    sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan

    pendidikan khas akan berkurangan. Intervensi awal juga boleh meningkatkan intelek,

    perkembangan fizikal dan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal

    yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga

    kanak-kanak berkeperluan khas dan menghalang kewujudan masalah lain.

    1.5 Pelaksanaan Intervensi

    Pelaksanaan sesuatu intervensi awal bergantung kepada tahap ketidakupayaan kanak-

    kanak berkeperluan khas samada dilaksanakan secara individu , berkumpulan atau

    keseluruhan sebuah kelas.Guru akan menetapkan strategi pembelajaran yang digunakan iaitu

    berpusatkan murid atau berpusatkan guru. Selain itu, guru juga harus menentukan kesesuaian

    kaedah-kaedah pembelajaran bergantung kepada jumlah dan jenis ketidakupayaan.

    Menurut gersten (1998) ,intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan

    untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku. Oleh itu,

    selain memberikan ilmu, guru juga bertanggungjawab mencegah suatu ketidakupayaan supaya

    tidak menjadi semakin kritikal apabila kanak-kanak berkeperluan khas ini meningkat dewasa.

    Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam pelaksanaan intervensi awal berpusatkan guru ini

    juga, pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran, model , demonstrasi, memberi arahan

    kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan memantau kemajuan mereka dilakukan oleh guru

    sepenuhnya.

    Mengikut Graham, Harris dan Reid (1993) , intervensi berpusatkan murid sesuai

    dilaksanakan keatas murid berkeperluan khas yang berupaya mengawal tingkah laku sendiri.

    Istilah berpusatkan murid menunjukkan bahawa murid boleh berdikari dan boleh mengendalikan

    proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam hal ini murid memainkan peranan utama tetapi

    masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru. Murid diajar kaedah

    mengawal diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    9/18

    9

    mengatasi masalah . Kaedah intervensi berpusatkan murid melatih kanak-kanak berkeperluan

    khas melatih murid untuk lebih berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.

    Dalam intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai

    sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Penglibatan ibu bapa dalam program

    intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas merupakan elemen mustahak dalam

    pembelajaran kanak-kanak. Ini dapat memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan

    golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada

    setiap ahli keluarga. Secara tidak langsung pendekatan ini mampu mengeratkan hubungan

    kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    10/18

    10

    2.0 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK AUTISMA

    2.1 Kanak-kanak Autisma

    Individu autisma adalah individu yang tidak dapat membentuk hubungan sosial dan

    komunikasi yang normal seperti individu lain. Kerana kelainan ini, individu autisma sering

    mengasingkan diri dari pergaulan dengan individu lain dan hidup didunianya sahaja. Individu

    autisma cenderung untuk melakukan perlakuan secara berulang. Mereka juga biasanya

    mempunyai tahap obsesi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Selalunya, individu autisma

    dapat dikesan sejak lahir atau sebelum berusia 3 tahun. Dianggarkan, 1 daripada 500 kelahiran

    kini adalah individu autisma dan sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki.

    Terdapat beberapa kategori kanak-kanak autism iaitu seperti mengalamai masalah dari

    segi interaksi sosial, komunikasi dan kemampuan bermain secara imaginatif serta adanya

    perlakuan berulang , masalah dalam perkembangan sosial dan minat serta aktiviti terbatas,

    mengalami perkembangan normal dan hilang kemampuan dan mempunyai ciri-ciri autism dan

    menunjukkan perkembangan yang normal pada usia kanak-kanak 2 tahun . Kateristik individu

    autism terdapat didalam 6 aspek seperti interaksi social, komunikasi, perilaku emoi, pola

    bermain, gangguan sensori halus dan kasar dan lewat perkembangan.

    AUTISMA

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    11/18

    11

    Selalunya, individu autisme hanya dapat dikesan seawal usia 2-3 tahun. Ini kerana

    anak-anak autisma akan mempunyai kelambatan dari segi pertuturannya. Sebagai ibu yang

    mempunyai anak autisma, ingin sekali saya berpesan kepada ibubapa, pembesaran awal tahun

    kanak-kanak sangat penting. Pantau perkembangan anak-anak. Sekiranya terlewat, berjumpa

    pakar jika perlu. Autisma dapat dibantu dengan intervensi awal.

    2.2 Intervensi awal Kanak-kanak Autisma

    Program intervensi untuk kanak-kanak autism boleh dimulakan sebaik sahaja masalah

    ketidakupayaan dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat permulaan, adalah tertumpu

    kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku.Ubat Ritalin diberikan kepada kanak-

    kanak ini untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu , pengambilan

    vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan

    perhatian kanak-kanak autism. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan

    teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku positif dan

    mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti

    pengasingan , member ganjaran dan sebagainya. Intervensi awal adalah sangat penting

    kepada kanak-kanak autism supaya masalah yang dialami dapat dikurangkan.

    Kanak-kanak autism boleh dididik melalui program pendidikan yang terancang dan

    bersepadu. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau

    kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autism seperti tingkah laku, emosi,

    komunikasi , sosial dan kognitif. Bagi mencapai objektif utama intervensi awal terhadap kanak-

    kanak autisma ini, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi menjayakan matlamat intervensi

    awal yang dijalankan kepada anak mereka. Tujuannya supaya kemahiran dan pendekatan yang

    diajar di pusat intervensi, boleh diaplikasikan di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan

    tingkah laku. Terdapat kanak-kanak autism, yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu

    yang agak kurang sesuai, sukar untuk mengubah tingkah laku mereka. Justeru itu ibu bapa

    diharap dapat memberikan intervensi di rumah bagi memastikan apa yang dijalankan di sekolah

    mendapat kesinambungan oleh ibu bapa. Dengan kerjasama yang diberikan, matlamat

    intervensi dapat dicapai walau pun kemajuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini agak

    sedikti.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    12/18

    12

    Kanak-kanak autism biasanya dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik di

    dalam kelas. Jenis intervensi yang diterima di pusat intervensi biasanya bergantung kepada

    teknik dan cara pelaksanaan oleh pusat tersebut. Fokus pembelajaran di pusat intervensi

    adalah menekankan kemahiran motor halus, koordinasi mata , tangan , kemahiran sensori dan

    kemahiran kognitif. Selain pusat intervensi, kanak-kanak autism juga boleh dihantar ke tadika

    aliran perdana supaya berpeluang berinteraksi dengan kanak-kanak biasa.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    13/18

    13

    INTERVENSI

    AWAL KANAK-KANAK

    BERKEPERLUAN KHAS

    SINDROM DOWN

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    14/18

    14

    3.0 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    3.1 Kanak-kanak Sindrom Down

    Ramai yang kurang mengetahui fakta mengenai sindrom down. Sindrom Down

    merupaka satu kelainan yang terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai masalah genetik atau

    kromosom. Pada tahun 1866 seorang doktor iaitu Dr. John Longdon Down telah membuat

    penyelidikan dan mengenalpasti penyakit sindrom down merupakan kelainan kromosom yang

    dapat dikesan dan dilihat melalui pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak sindrom down.

    Pertumbuhan kanak-kanak sindrom down adalah lambat berbanding dengan kanak-kanak

    normal. Bentuk fizikal mereka adalah berlainan dengan bentuk fizikal kanak-kanak normal

    terutamanya di bahagian badan, kepala yang mengecil, bentuk hidung menyerupai orang

    Mongolia dan dikenali juga sebagai Mongoloid. Pada tahun 1970-an, pakar-pakar perubatan

    dari Amerika Syarikat dan Eropah telah membuat kajian semula terhadap kanak-kanak yang

    mempunyai kelainan dengan memberikan istilah sindrom down dan ianya kekal di sebut

    sehingga kini.

    Menurut laporan, kelahiran bayi sindrom down di Malaysia adalah 1 nisbah 660

    berbanding di Amerika Syarikat iaitu 1 nisbah 1000. Ini bermakna kadar kelahiran bayi yang

    menghidap sindrom down adalah lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat. Sindrom down

    tidak boleh diubati. Kanak-kanak sindrom down mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah

    atau mengelamai kerencatan akal peringkat sederhana. Ada di antara mereka menghadapi

    kecacatan fizikal lain yang teruk seperti pergerakan yang terbatas. Namun terdapat beberapa

    kaedah yang boleh digunakan dalam perkembangan fizikal, mental dan sosial mereka. Oleh itu

    ibu bapa perlu menghantar anak mereka mengikuti program pendidikan khas yang disediakan

    oleh Kementerian Pelajaran kepada kanak-kanak sindrom down ini.

    Sindrom down terjadi disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom merupakan

    serat-serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana terdapat

    bahan-bahan genetic yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi yang normal dilahirkan

    dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21( 2 kromosom

    21). Sindrom down kerap berlaku disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 di mana 3

    kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh

    melibatkan kedua-dua jantina.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    15/18

    15

    Kromosom adalah blok asid deoksiribonukleik atau dikenali sebagai DNA yang dijumpai

    dalam setiap sel dalam tubuh manusia. Kromosom mengandungi satu set terperinci arahan

    genetic yang mengawal pelbagai factor seperti bagaimana sel badan berkembang,

    mempengaruhi jantina bayi dan warna mata seseorang bayi. Seseorang yang sihat akan

    mempunyai 46 kromosom daripada ibi bapa mereka iaitu 23 daripada ibu dan bapa masing-

    masing.

    3.2 Intervensi Awal Kanak-kanak Sindrom Down.

    Pelbagai kaedah intervensi yang boleh diikuti oleh kanak-kanak Sindrom Down untuk

    meningkat potensi dan kefungsian mereka. Terapi pertuturan perlu dilaksanakan ke atas kanak-

    kanak Sindrom Down dengan menggunakan alat artikulasi. Terapiini boleh dilakukan secara

    berperingkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Ini kerana kategori Sindrom Down

    adalah pelbagai. Aktiviti permainan bahasa boleh dipilih bagi mengajar kanak-kanak ini

    mengeluarkan bunyi daripada peti suara mereka. Sebagai guru, kita perlu memberikan peluang

    kepada kanak-kanak ini dengan menggalakkan mereka melibatkan diri didalam aktiviti

    permainan bahasa ini.

    Penggunaan ayat pendek adalah memudahkan kanak-kanak Sindrom Down untuk

    memahami arahan pendek yang digunakan oleh guru. Kaedah ini boleh meransang kanak-

    kanak Sindrom Down untuk belajar. Semua aktivit yang perlu dilaksanakan juga bergantung

    kepada kesediaan kanak-kanak ini dimana guru hanya perlu memberikan satu pengajaran

    sahaja dalam sesuatu sesi pengajaran . Contohnya melakukan kemahiran motor halus seperti

    membuka mulut dengan mengeluarkan bunyi. Mereka juga perlu diberi peluang berinteraksi

    dengan kanak-kanak Sindrom Down yang lain supaya mereka boleh member tindak balas

    terhadap percakapan mereka.

    Selain itu, terapi cara kerja juga boleh dilakukan keatas mereka seperti kemahiran motor

    kasar dan halus, pengurusan diri dan sebagainya bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down

    .Kanak-kanak Sindrom down mudah terganggu dan amat perlu mereka diletakkan di

    persekitaran yang lebih berstruktur dan selamat. Kemahiran motor kasar juga perlu diberikan

    kepada kanak-kanak SD. Pemulihan ini dapat membina postur dan kestabilan kanak-kanak SD

    untuk melakukan pertuturan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti bermain alat

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    16/18

    16

    muzik yang digemari untuk membuatkan gerakan badan, melantunkan bola diatas kerusi dan

    sebagainya.

    4.0 PENUTUP

    Tujuan intervensi awal adalah untuk memberi pelbagai jenis perkhidmatan dan sokongan

    moral kepada kanak-kanak khas supaya kecacatan fizikal, sosioemosi dan kognitif yang dialami

    dapat dikawal di peringkat awal, bagi memudahkan kanak-kanak khas hidup seperti kanak-

    kanak normal. Tujuan sampingan intervensi awal adalah untuk membina platform

    pembelajaran kukuh sebelum memasuki sekolah rendah. Falsafah intervensi awal merujuk

    kepada satu usaha berterusan yang memberi empowermen kepada keluarga kanak-kanak khas

    supaya dapat membantu anak mereka memperkembangkan semua potensi yang masih ada,

    sejajar dengan perkembangan umur dan kognitif anak tersebut. Usaha ini transaksional di mana

    satu rangka kerja memupuk pendidikan melalui permainan sambil menekankan interaksi kanak-

    kanak khas dengan persekitarannya melalui kolaborasi di antara keluarga, komuniti, guru

    dengan terapis.

    Prinsip berpusatkan keluarga merujuk kepada perkhidmatan kaunseling untuk keluarga. Ibu

    bapa diberi pendidikan dan kaunseling tentang cara-cara berkomunikasi dan membesarkan

    anak khas mereka. Ibu bapa diajar tentang aras terbaik untuk mula merawat/memulihkan anakmereka. Sebahagian besar intervensi dikendalikan oleh ibu bapa. Ibu bapa akan dipantau

    oleh pakar-pakar di hospital. Contohnya, jika anak dikenal pasti mengalami masalah

    pendengaran, ibu bapa diajar cara-cara berkomunikasi. Persekitaran yang merangsangkan

    merujuk kepada persekitaran yang sesuai untuk merangsangkan deria-deria yang masih ada.

    Contohnya, jika seorang kanak-kanak khas menghadapi masalah penglihatan, maka, kanak-

    kanak ini perlu dibenarkan berinteraksi dengan persekitaran semula jadi (natural environment)

    supaya dia boleh mengenal pasti pelbagai jenis bau, merasa, menyentuh barang-barang yang

    terdekat dan mendengar bunyi-bunyian.

    Penglibatan golongan profesional dalam intervensi awal sangat penting untuk

    memperkembangkan potensi kanak-kanak khas. Para profesional mempunyai kelayakan dan

    kemahiran yang berkomprehensif, tersusun, berfokus untuk membantu kanak-kanak cacat.

    Biasanya, para ahli profesional berganding bahu bersama-sama ibu bapa untuk memulihkan

    pergerakan kanak-kanak khas. Contohnya, membantu kanak-kanak cerebral palsy berjalan.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    17/18

    17

    Intervensi awal merupakan langkah pertama untuk membetulkan keadaan kecacatan

    seseorang kanak-kanak khas. Kanak-kanak khas berbeza dari kanak-kanak normal dalam

    pelbagai aspek, terutamanya, perkembangan formatif. Program intervensi awal disediakan oleh

    pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

  • 7/29/2019 D20102043041KBK3033TUGASAN1

    18/18

    18

    5.0 RUJUKAN

    Modul KBK 3073. Murid-Murid Berkeperluan Khas.(Kohort 1) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Modul KBK 3083 .Dasar Pengurusan Pendidikan Khas. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Modul KBK 3033 . Intervensi Awal Kanak-kanak Pendidikan KHas. Universiti Pendidikan Sultan

    Idris.

    Dewan Bahasa dan Pustaka.( 2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.

    Sylvia S.Mader.(1995). Biologi Evolusi,Kepelbagaian Dan Persekitaran.Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka

    Sindrom Down, Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down. 24 Oktober 2012. 8.45pm

    Lailetaty A Rahman.(2010). Potensi Anak Sindrom Down.bminggu @bharian.com.my . 24

    Oktober 2012. 9.15pm

    Peter Crosta M.A.(2009). What Is Down Syndrome? What Causes Down Syndrome?.http://www.medicalnewstoday.com/articles/145554.php .

    6 November 2012 9.30pm

    NHS Choices. . http://www.nhs.uk/Conditions/Downs-syndrome/Pages/Causes.aspx. 6 November 2012 9.47pm

    Cuckle HS. Primary prevention of Down's syndrome. Int J Med Sci (2005); 2(3):93-99.http://www.medsci.org/v02p0093.htm .7 November 2012 7.45am

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down.%20%2024%20Oktober%202012http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down.%20%2024%20Oktober%202012http://www.medicalnewstoday.com/articles/145554.phphttp://www.nhs.uk/Conditions/Downs-syndrome/Pages/Causes.aspxhttp://www.medsci.org/v02p0093.htm%20.7http://www.medsci.org/v02p0093.htm%20.7http://www.nhs.uk/Conditions/Downs-syndrome/Pages/Causes.aspxhttp://www.medicalnewstoday.com/articles/145554.phphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down.%20%2024%20Oktober%202012