cukai pendapatan badan amanah -...

18
Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN TA 2018 2017 2017 TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A12 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3

Upload: others

Post on 09-Oct-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

Cukai

Pendapatan

Badan

Amanah

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA

NOTA PENERANGAN TA 2018 2017 2017

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

A12 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3

Page 2: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2018. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2018 adalah benar, lengkap dan betul. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TA KECUALI bagi kes pembayaran balik di mana badan amanah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh dicetak dari Buku Panduan Borang TA di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):-

(i) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) HK-8 / HK-9, jika berkenaan, berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF BESAR. Bahagian C, CA dan D perlu diisi dengan nilai sen. Lain-lain bahagian yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B32) RM 180,246.65 Cukai Kena Dibayar (ruang CA4) RM 65,927.98

MAKLUMAT ASAS

dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang TA 2018. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH

Ruang Perkara Keterangan

A1 Mastautin Di Malaysia

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah bermastautin di Malaysia atau ‘2’ jika tidak.

A2

Negara Mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 15 nota penerangan ini atau senarai yang lengkap di Lampiran E Buku Panduan Borang TA.

Contoh: Jika badan amanah bermastautin di Malaysia, masukkan kod negara yang berkenaan seperti berikut:-

A3 Tempoh Perakaunan

Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan badan amanah. Sila rujuk contoh-contoh di ruang A4.

A4 Tempoh Asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika badan amanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A4.

PENDAPATAN BERCUKAI

CUKAI KENA DIBAYAR CA4

B32

1 2

<?

M Y

<>_>>_>>_>>?

, , , 1 8 0 2 4 6

->>_>>_>>_>?

, , , . 6 5 9 2 7 9 8

A1 hingga A15 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.

Page 3: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 2 -

Contoh 1: Badan amanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.5.2017 hingga 31.3.2018 (11 bulan) Akaun kedua: 1.4.2018 hingga 31.3.2019 (12 bulan)

Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/05/2017 - 31/03/2018 01/05/2017 - 31/03/2018 (11 bulan) 2019 01/04/2018 - 31/03/2019 01/04/2018 - 31/03/2019 (12 bulan)

Contoh 2: Badan amanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.2.2017 hingga 30.4.2018 (15 bulan) Akaun kedua: 1.5.2018 hingga 30.4.2019 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/02/2017 - 30/04/2018 01/02/2017 - 30/04/2018 (15 bulan) 2019 01/05/2018 - 30/04/2019 01/05/2018 - 30/04/2019 (12 bulan)

Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.3.2016 hingga 28.2.2017 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.3.2017 hingga 31.12.2017 (10 bulan) 1.1.2018 hingga 31.12.2018 (12 bulan)

Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2017 01/03/2016 - 28/02/2017 01/03/2016 - 28/02/2017 (12 bulan) 2018 01/03/2017 - 31/12/2018 01/03/2017 - 31/12/2018 (22 bulan)

Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.7.2016 hingga 30.6.2017 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.7.2017 hingga 31.5.2019 (23 bulan) 1.6.2019 hingga 31.5.2020 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2017 01/07/2016 - 30/06/2017 01/07/2016 - 30/06/2017 (12 bulan) 2018 01/07/2017 - 30/06/2018 (12 bulan) 2019 01/07/2018 - 31/05/2019 (11 bulan) 2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.1.2016 hingga 31.12.2016 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.1.2017 hingga 31.05.2017 ( 5 bulan) 1.6.2017 hingga 31.05.2018 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2017 01/01/2017 - 31/05/2017 01/01/2017 - 31/05/2017 ( 5 bulan) 2018 01/06/2017 - 31/05/2018 01/06/2017 - 31/05/2018 (12 bulan)

A5 No. Majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

A6 Tarikh Mula Beroperasi

Tarikh badan amanah bermula operasi.

A7 Kelulusan Pengecualian Cukai

Isikan ‘1’ sekiranya badan amanah mendapat kelulusan pengecualian cukai. Isikan ‘2’ jika tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai atau sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai belum diluluskan.

01/07/2017 - 31/05/2018

Page 4: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 3 -

A8 Penyimpanan Rekod

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan ACP 1967. Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika mematuhi. Sekiranya tidak mematuhi, tandakan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’.

A9

No. Kelulusan Pengecualian Cukai

Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

A10 Layak Menuntut Cukai Input Daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Isi ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya badan amanah layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Isi ‘2’ jika badan amanah tidak layak menuntut, tidak menuntut atau tidak berkenaan.

A11 No. Pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan

Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

A12 Layak Menuntut Insentif Di Bawah Seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti kerugian perniagaan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif; atau

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

A13 Alamat Surat-menyurat Badan Amanah

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A13A Alamat Premis Perniagaan

Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.

A14

Alamat Di Mana Rekod Badan Amanah Disimpan

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya rekod badan amanah disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A13; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A13A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A13 dan A13A.

A15 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang A14 = 3.

A16 Maklumat Pemegang Amanah

Isikan ruang A16a hingga ruang A16e berkenaan maklumat pemegang amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2 pemegang amanah, sila senaraikan mengikut format dari ruang A16a hingga ruang A16e dan kemukakan bersama Borang TA.

A17

A18

Nama Bank

No. Akaun Bank

Sekiranya badan amanah layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun di bank berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun bank badan amanah tersebut.

Page 5: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 4 -

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

Jika A1 = 1, isi Bahagian B dan C bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian BA dan CA tidak perlu diisi.

B1 hingga B3 PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan

termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.

Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun N dari Helaian Kerja HK-1C / Amaun L dari Helaian Kerja HK-1D, Buku Panduan Borang TA.

B4 hingga B6 PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun E / G / J dari Helaian Kerja HK-1B, Buku Panduan Borang TA.

ELAUN MODAL

Dibenarkan sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai ke atas aset yang digunakan dalam perniagaan. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A dari Buku Panduan Borang TA boleh dirujuk sebagai panduan untuk membuat pengiraan.

B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3, Buku Panduan Borang TA.

Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, isikan amaun seperti di ruang B7 dalam ruang ini.

B10 DIVIDEN

Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.

B11 FAEDAH DAN DISKAUN

Faedah Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5, Buku Panduan Borang TA.

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B12 SEWA, ROYALTI

Sewa Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B, Buku Panduan Borang TA.

Page 6: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 5 -

Royalti

Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragrapha (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5, Buku Panduan Borang TA.

B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

Anuiti Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran Berkala Lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA sekiranya pendapatan ini melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang C7 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan berikut dianggap sebagai pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat. Perolehan ini berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967. Perolehan ini boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan-perbelanjaan

tersebut telah dibuat. Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Page 7: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 6 -

B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun semasa. Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2018 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi

tahun 2018. Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini. Amaun di ruang B18 adalah terhad kepada amaun di ruang B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi amaun di ruang B17, isikan amaun seperti di ruang B17 dalam ruang ini.

B20 PERBELANJAAN MENCARIGALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh dituntut sebagai potongan. Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang J3.

B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris atau benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri [subseksyen 44(6) ACP1967]

Hadiah wang kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Hadiah Wang Kepada Institusi / Organisasi / Tabung Yang Diluluskan [Proviso subseksyen 44(6) ACP1967]

Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah dihadkan kepada perbezaan di antara antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C).

Terhad kepada 7% daripada Pendapatan Agregat di B17

Hadiah Wang Bagi Aktiviti Sukan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan [subseksyen 44(11B) ACP1967]

Hadiah wang tunai bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C).

Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Bagi Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan [subseksyen 44(11C) ACP1967]

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B).

Hadiah Artifak, Manuskrip Atau Lukisan [subseksyen 44(6A) ACP1967]

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.

Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan Atau Kepada Perpustakaan [subseksyen 44(8) ACP1967]

Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pengajian tinggi.

Perenggan 34(6)(g) ACP1967 tidak terpakai jika tuntutan telah dibuat di bawah subseksyen 44(8).

Hadiah Lukisan Kepada Balai Seni Lukis Negara Atau Balai Seni Lukis Negeri

[subseksyen 44(11) ACP1967]

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Page 8: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 7 -

Zakat Perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.

B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN

Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah. Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas.

B33 PENGECUALIAN BERDASARKAN PENINGKATAN PENDAPATAN BERCUKAI PERNIAGAAN

Rujuk Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.2) 2017 [ P.U. (A) 117/2017 ] untuk syarat-syarat kelayakan dan pengiraan.

Galakan cukai ini berkuatkuasa bagi tahun-tahun taksiran 2017 dan 2018 sahaja; dan terpakai kepada badan amanah yang bermastautin di Malaysia.

Bagi tujuan menentukan amaun peningkatan pendapatan bercukai perniagaan, mana-mana kerugian atau elaun yang tidak diserap dalam tahun taksiran itu dan tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran itu, adalah TIDAK diambil kira.

Pengiraan Pengecualian Pendapatan Bercukai Berdasarkan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan

Sekiranya badan amanah mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan dan punca selain perniagaan, badan amanah perlu membuat pengiraan bahagian pendapatan bercukai daripada punca perniagann sahaja seperti di perenggan 1 dan 2 sebelum membuat perbandingan untuk mendapatkan amaun peningkatan pendapatan bercukai daripada punca perniagaan.

1) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan Tahun Taksiran (TT) 2018

Pendapatan Berkanun Perniagaan

X Pendapatan Bercukai = A Pendapatan Bercukai Perniagaan

Pendapatan Agregat

2) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan TT 2017

3) Pengiraan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan ( A – B ) =

4) Pengiraan Peratusan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan =

Pendapatan Berkanun Perniagaan

X Pendapatan Bercukai = B Pendapatan Bercukai Perniagaan

Pendapatan Agregat

Amaun Dari Ruang 3

X 100 =

%

Amaun B

X 100 A - B B

Page 9: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 8 -

5) Pengurangan kadar cukai pendapatan berdasarkan peratusan kenaikan pendapatan bercukai berbanding

TT sebelumnya

Peratus Kenaikan Pendapatan Bercukai Berbanding TT Sebelumnya

Kadar Cukai Pendapatan Selepas Pengurangan

Kadar Cukai Pendapatan Yang

Layak Berdasarkan Peratusan

Peningkatan Pendapatan Bercukai

Perniagaan Di Ruang 4 5.00% – 9.99% 23% >

10.00% – 14.99% 22%

15.00% – 19.99% 21%

20.00% dan ke atas 20%

Nota: Tiada pengurangan kadar cukai pendapatan jika peratus kenaikan pendapatan bercukai berbanding TT sebelumnya adalah kurang daripada 5%.

6) Pengiraan Amaun Pendapatan Bercukai Perniagaan Yang Dikecualikan

( Amaun Dari Ruang 3

X 24% * ) – ( Amaun dari Ruang 3 X

Kadar Cukai Yang Layak

Dari Ruang 5 )

X Amaun Dari Ruang 3

Amaun Dari Ruang 3 X 24% *

=

* 24% adalah kadar cukai pendapatan badan amanah bagi tahun taksiran semasa.

BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

C1 CARA PENGIRAAN CUKAI

Contoh:

PENDAPATAN BERCUKAI selepas pengecualian di ruang B34: RM 65,500

Cukai atas RM 65,500 pada kadar 24% = RM 15,720.00

Masukkan jumlah cukai di ruang C1 Borang TA.

C2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang TA).

Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C7 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A ACP1967.

C3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.

Rujuk Lampiran F (Buku Panduan Borang TA) untuk senarai negara-negara yang telah memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia.

Gunakan Helaian Kerja HK-8 (Buku Panduan Borang TA) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja tersebut ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

Pindahkan amaun ini ke Ruang B33 di Borang TA

Page 10: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 9 -

C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia.

Gunakan Helaian Kerja HK-9 (Buku Panduan Borang TA) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja tersebut ke ruang ini.

Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

Jika A1 = 2, isi Bahagian BA dan CA bagi badan amanah yang TIDAK BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian B dan C tidak perlu diisi.

BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 3 hingga 6 Nota Penerangan ini.

Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.

BA31 hingga BA31d Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain

Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau Akta Cukai Pendapatan 1967, jika tiada PPPDK.

Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang TA) perlu dikemukakan bersama Borang TA.

BA31a Faedah

Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

BA31b Royalti

Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, ventur, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan untuk mengguna apa-apa harta alih.

BA31d Pendapatan Lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

Page 11: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 10 -

BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

CA1 hingga CA1e PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan

Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 24% RM 25,320.00

Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00

Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00

Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil pengiraannya di ruang CA1a Borang TA seperti berikut:-

Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan CUKAI ATAS KADAR 24% (BA30 x 24%) 24%

Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain

Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA1b hingga ruang CA1e (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau Akta Cukai Pendapatan 1967, jika tiada PPPDK. Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

10%

15%

CA3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 (Buku Panduan Borang TA). Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.

BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI

Cukai kena dibayar adalah dari ruang C6 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang CA4 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-

kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

perbankan internet PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB & Alliance Bank Malaysia Berhad dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank.

ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

ByrHASiL melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di http://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

kaunter bayaran LHDNM dengan menggunakan slip pengiriman bayaran (CP207) yang dilampirkan bersama Borang TA.

pos ke alamat LHDNM seperti dinyatakan di belakang CP207; atau

Pos Malaysia Berhad (Kaunter dan Pos Online).

CA1a ->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 3 2 0 0 0

CA1b

CA1c

->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 0 0 0 0 0

->>_>>_>>_>?

, , , . 1 2 0 4 5 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 2 5 0 0 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 8 0 3 0 0

Page 12: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 11 -

PERINGATAN

Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2018 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset atau ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ jika tidak. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

G1 KERUGIAN

G1a Baki kerugian tahun semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa yang tidak diserap. Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).

G1b Baki kerugian tahun kebelakangan

Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap.

Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).

G1c Kerugian hantar hadapan

G1a campur G1b

Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3 (Buku Panduan Borang TA).

G2 ELAUN MODAL

G2a hingga G2f

Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun Diserap

Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q5 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan Borang TA)

Baki Hantar Hadapan

Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q6 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan Borang TA)

G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Helaian Kerja HK-11 dalam Buku Panduan Borang TA boleh digunakan untuk pengiraan.

G3a Seksyen 107A Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut

Page 13: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 12 -

campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.

G3b Seksyen 109 Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang

bukan pemastautin. Mengikut Bahagian II Jadual 1 ACP 1967,

kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar untuk faedah dan 10% atas jumlah kasar bagi royalti. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA untuk kadar mengikut Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali.

G3c Seksyen 109A Bayaran dalam tempoh asas berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

G3d Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas dalam tempoh asas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin

Kadar cukai pegangan seperti ditetapkan dalam Bahagian V

Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA).

G3e Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti

ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

G3a hingga G3e JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 15 dan 16 nota penerangan ini.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 ELAUN JADUAL 7A

Insentif ini berkenaan dengan projek menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang menukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (perenggan 1C dan subperenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967).

Insentif ini boleh dituntut sekiranya terdapat baki elaun Jadual 7A yang belum diserap sepenuhnya (perenggan 4 Jadual 7A).

Rujuk kepada perenggan 3 Jadual 7A dan Helaian Kerja HK-1B / HK-1C dalam Buku Panduan Borang TA (yang mana berkenaan) berkenaan cara pengiraannya.

Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang layak serta borang permohonan dan pengiraan elaun tersebut untuk semakan.

Page 14: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 13 -

J2 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan kelayakan dan Helaian Kerja HK-1B / HK-1D dalam Buku Panduan Borang TA (yang mana berkenaan) untuk membuat pengiraan.

J3 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH (PERNIAGAAN UTAMA)

K1 Kod perniagaan

Isikan kod perniagaan (Rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang TA) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isikan kod perniagaan untuk perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

K1A Jenis aktiviti perniagaan

Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

K2 Jualan atau perolehan

Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama, K1 termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan terimaan lain.

K3 Stok awal

Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

K4 Belian dan kos pengeluaran

Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, K1.

Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

K5 Stok akhir

Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

K6 Kos jualan

Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

K7 Untung / Rugi kasar

K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

K8 Perniagaan lain

Jumlah pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.

K9 Dividen

Pendapatan kasar daripada punca berkenaan. K10 Faedah dan diskaun

K11 Sewa, royalti dan premium

K12 Pendapatan lain

Jumlah pendapatan kasar daripada semua punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.

Page 15: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 14 -

K14

ke

K21

Perbelanjaan Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.

K14 :Faedah Pinjaman Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

K20A :Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan dibawah ACP1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

K23 Untung / Rugi bersih Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1, HK-1C atau HK-1D (Buku Panduan Borang TA).

K25 ke K28

Aset Tetap

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

K30 Pelaburan

Kos pelaburan dan simpanan tetap

K31 ke K36

Aset Semasa

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

K39 ke K41

Liabiliti

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

K43 ke K48

Modal dan Dana

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HAK KEPADA BENEFISIARI

M1 ke M6

Isikan maklumat bagi setiap benefisiari yang menerima pendapatan daripada badan amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada enam (6) benefisiari, sila senaraikan mengikut format M1 hingga M6 dan kemukakan bersama Borang TA.

Butiran Hak: Nyatakan bahagian hak setiap benefisiari dalam peratusan (%) mengikut pembahagian oleh pemegang amanah seperti dibenarkan / ditetapkan dalam wasiat atau surat ikatan badan amanah.

NOTA:

Helaian Kerja HK-12 (Buku Panduan Borang TA)

– Helaian kerja ini boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod oleh badan amanah.

Helaian Kerja HK-12A (Buku Panduan Borang TA)

– Badan amanah boleh gunakan helaian kerja ini untuk menyedia dan menyerah kepada setiap benefisiari bagi membolehkan mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan.

– Gunakan helaian kerja yang berasingan untuk setiap benefisiari.

Page 16: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 15 -

AKUAN PEMEGANG AMANAH

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang amanah atau pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah. Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

Page 17: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 16 -

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TA untuk senarai yang lengkap.

Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

KOD TUNTUTAN

PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN

Kod Tuntutan

101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad kepada RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

terhad kepada RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

Page 18: Cukai Pendapatan Badan Amanah - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_TA2018_1.pdf · Cukai Pendapatan Badan Amanah BERSAMA MEMBANGUN NEGARA NOTA PENERANGAN

- 17 -

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]

202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008

hingga 2015)

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran 2012 hingga 2017)