ctu551

Upload: ina-kasim

Post on 08-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • SULIT IE/OKT 2006/CTU551

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAPEPERIKSAAN AKHIR

    KURSUSKOD KURSUSPEPERIKSAANMASA

    : TAMADUN

    : CTU551: OKTOBER: 2 JAM

    ISLAM DAN TAMADUN ASIA

    2006

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)BAHAGIAN B (3 Soalan)

    2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

    3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengankebenaran pengawas.

    4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:

    i) Kertas Soalanii) satu Buku Jawapan - disediakan oleh Fakultiiii) satu Kertas Jawapan Objektif OMR - untuk diserah bersama Buku Jawapan

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIANKertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 2 leOKT 2006/CTU551

    BAHAGIAN A

    Jawab SEMUA soalan.

    Hitamkan H jawapan paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

    1. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut Ibn Khaldun, KECUALI:

    A Sistem kenegaraan teraturB Kehidupan cara bandarC Sentiasa bergerak untuk mencari tempat kehidupan sesuaiD Pegangan agama yang kuat

    2. Manakah antara pemyataan berikut TIDAK BENAR mengenai Tamadun Islam.

    A Tamadun Islam adalah pencetus kepada revolusi akidah manusia daripadajahiliah kepada tauhid

    B Tamadun Islam menekankan elemen material dan spritual secara seiring bagipembangunan insan

    C Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan ajaran IslamD Tamadun Islam berpaksikan proses urbanisasi dan adat resam setempat

    3. Kedatangan Barat telah membantut perkembangan Tamadun Melayu dari aspekpolitik, ekonomi, pemikiran dan pendidikan orang Melayu, KECUALI:

    A Menimbulkan satu keadaan kecelaruan ilmuB Membawa elemen rasionaliti dan saintifik dalam ilmu pengetahuanC Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnyaD Penggunaan tulisan jawi yang lebih teratur

    4. Penjajahan Barat telah membawa kesan negatif terhadap perkembangan TamadunIslam di Alam Melayu. Apakah kesan-kesan tersebut?

    i Memonopoli sumber kekayaan negaraii Penyebaran ideologi dan budayaiii Mewujudkan perkongsian kuasaiv Dualisme dalam pendidikan

    A i sahajaB i dan iiC ii dan iiiD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 3 IE/OKT 2006/CTU551

    5. Apakah elemen UTAMA yang perlu ada dalam usaha memantapkan nilai jatidiriMelayu Muslim?

    A llmu dan imanB Agama dan bangsaC Adat dan budayaD Etika dan tatacara

    6. Bagaimanakah perwatakan seseorang mukmin dalam kehidupan seharian mereka?

    A Jalinan cinta antara hamba dengan Allah S.W.T. sahajaB Kemanisan ibadat yang diperolehi dari aspek fizikalC Al-Din sebagai pencetus motivasi duniaD Keimanan, ketakwaan dan amalan yang baik sebagai nur kehidupan

    7. Apakah FAKTOR UTAMA kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun?

    i Cita-cita sesuatu bangsa untuk mendominasi bangsa-bangsa lainii Penghayatan yang tinggi terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupaniii Interaksi antara sesuatu bangsa dengan bangsa lain yang lebih majuiv Rangsangan daripada kehendak rakyat dan pemerintah

    A i dan iiB i dan iiiC ii dan iiiD ii dan iv

    8. Manakah di antara kenyataan berikut yang merujuk kepada istilah civilization?i Masyarakat yang mempunyai kehalusan budi pekerti dan tata susilaii Suatu keadaan kehidupan yang mewahiii Mempunyai perkaitan dengan civil societyiv Revolusi perbandaran

    A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC i, iii dan ivD Semua di atas

    9. Kenapakah Konsep Islam Hadhari dijadikan pendekatan untuk membangunkanNegara?

    A Mengaplikasikan Islam dalam pembangunan negaraB Satu-satunya pendekatan yang ada di dalam ajaran IslamC Majoriti umat Islam kini menghadapi tekanan dalam kehidupanD Fokus kerajaan untuk meningkatkan pembangunan fizikal

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 4 IE/OKT 2006/CTU551

    10. Manakah pernyataan berikut berkaitan visi pendekatan Islam Hadhari di Malaysia?

    i Menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contohii Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan

    sendiriiii Melaksanakan syariat Islam sebagai landasan perundanganiv Mengembalikan kegemilangan tamadun Islam zaman Rasulullah S.A.W.

    A i, dan iiB i, ii dan iiiC ii, iii dan ivD Semua di atas

    11. Apakah matlamat KHUSUS 10 prinsip Islam Hadhari.

    A Untuk memperkasa umat Islam supaya mampu menghadapi cabaran masakini

    B Merangsang minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematikC Untuk memenuhi matlamat pensyariatan lslam(/Waqas/cy al-Syariah)D Membina kekuatan dalaman dan luaran umat Islam

    12. Pemeliharaan alam semulajadi adalah prinsip yang disenaraikan dalam Manhaj IslamHadhari. Manakah pernyataan berikut paling TEPAT merujuk kepada kepentinganmenjaga alam semulajadi?A Manusia dan alam semulajadi saling memerlukan antara satu sama lainB Penjagaan alam semulajadi ada kaitannya dengan keimanan seseorang

    kepada PenciptaC Manusia sebagai khalifah di bumi bebas mengeksploitasi alam semulajadiD Manusia hendaklah meyakini bahawa alam semulajadi adalah kurniaan

    Allah S.W.T.

    13. Globalisasi bermakna berlaku hegemoni Barat yang memberi kesan positif dannegatif terhadap dunia. Manakah kenyataan berikut BENAR mengenai kesan positifglobalisasi?

    A Tersebarnya budaya hedonisme secara meluasB Idea dan amalan demokrasi yang memberi kebebasan berorganisasi dan

    akauntabiliti awamC Penguasaan ekonomi oleh negara-negara maju ke atas negara miskinD Lahimya penjajahan bentuk baru melalui pendidikan dan media massa

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 5 IE/OKT 2006/CTU551

    14. Antara pernyataan berikut, manakah cara untuk menangani cabaran dan ancamantamadun Barat ke atas tamadun Islam?

    i Memahami realiti amalan dan penghayatan Islamii Berhadapan dengan Barat melalui kekuatan rohani semata-mataiii Menangani perbezaan nilai budaya dan agama melalui dialog peradabaniv Pelajari sejarah silam untuk perbaiki kelemahan orang IslamA i, ii dan iiiB i, ii dan ivC i, iii dan ivD ii, iii dan iv

    15. Manakah pernyataan berikut TIDAK BENAR mengenai pengaruh Islam di AlamMelayu.

    i Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memperteguh budaya dan adatresam murni yang sedia ada dalam masyarakat

    ii Masyarakat Islam hidup terasing dan tidak menjalankan aktiviti pemiagaandengan masyarakat asing

    iii Islam memisahkan kehidupan keluarga yang berlainan agamaiv Islam telah merubah jiwa dan cara hidup orang Melayu

    A i dan iiB ii dan iiiC ii, iii dan ivD Semua di atas

    16. Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai faktor berlakunya interaksi antara tamadun.

    i Golongan agamawan yang mempunyai sikap inginkan hidup harmoni danaman

    ii Aktiviti perdagangan yang mewujudkan hubungan baik antara pedagang danpenduduk setempat

    iii Misi politik memberikan input negatif terhadap golongan bangsawan danrakyat biasa.

    iv Batas-batas geografi dianggap sebagai garis pemisah yang memisahkanantara satu negara dengan negara yang lain

    ABCD

    i dan iii, iii dan ivii dan iiiSemua di atas

    i Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 6 IE/OKT 2006/CTU551

    17. Pemyataan berikut adalah BENAR mengenai Islam Hadhari, KECUALI:

    i Mengajak umat Islam supaya mengutamakan kepentingan duniawiberbanding ukhrawi

    ii Mengajak umat Islam supaya sama-sama bangkit membina kejayaan duniawiberteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

    iii Islam difahami dalam bentuk yang terpisah antara persoalan dunia danakhirat

    iv Islam difahami secara serpihan mengikut kefahaman sendiri tanpa merujukkepada sumber asal.

    A i dan iiB ii dan iiiC i, iii dan ivD semua di atas

    18. Manakah antara pemyataan di bawah, TIDAK TEPAT mengenai masyarakatHadhari?

    A Masyarakat Hadhari membangun secara sepadu antara kepentingan spiritual,intelektual, emosional dan material

    B Masyarakat Hadhari mengutamakan pembangunan modal insanC Masyarakat Hadhari membangun melalui pembudayaan ilmu dan

    penghayatan syariatD Masyarakat Hadhari mengharuskan segala cara untuk mencapai matlamat

    pembangunan

    19. Berikut adalah kaedah bagi membangun masyarakat Hadhari, KECUALI:

    A Mengasaskan pembangunan masyarakat atas prinsip keimanan danketaqwaan kepada Allah

    B Mengutamakan syariat Allah dalam mengejar kemajuan duniawi dan ukhrawiC Memberikan perhatian kepada amalan ritual dan memandang remeh kepada

    tanggungjawab memakmurkan bumiD Memupuk akhlak dan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat

    20. Pilih pemyataan yang menunjukkan kesan interaksi antara tamadun India dan AlamMelayu.

    i Penerimaan agama Buddha di Alam Melayuii Perkembangan tulisan Sanskrit dan Paliiii Memperkenalkan konsep daulat dalam sistem beraja kerajaan Melayuiv Penyebaran agama Islam ke Tanah Melayu

    A ii dan iiiB i, ii dan iiiC iii dan ivD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 7 IE/OKT 2006/CTU551

    21. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai Tamadun Islam dengan Tamadun Barat.

    i Interaksi antara Tamadun Islam dan Eropah berlaku mefalui cara aman danpeperangan

    ii Orang-orang Eropah mampu membaca penulisan ahli-ahli falsafah Greekmeialui aktiviti penterjemahan yang di lakukan oleh orang-orang Islam

    iii Zaman kecemerlangan Tamadun Islam di Barat adalah merujuk kepadazaman pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily

    iv Perang salib adalah kesan interaksi antara Tamadun Islam dan Eropah

    A i dan iiiB i dan ivC iii dan ivD Semua di atas

    22. Manakah istilah berikut TIDAK menunjukkan maksud tamadun.

    ABCD

    UmranMadaniyahNahdahHadharah

    23. Manakah perkara berikut yang membezakan tamadun dan budaya?

    i Pengaruh dan natijah tamadun lebih lama dari budayaii Tamadun berpandukan agama, sedangkan budaya adalah ciptaan manusiaiii Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah, sedangkan budaya

    dibatasi negara atau wilayah tertentuiv Kesan budaya lebih lama dalam kehidupan manusia berbanding dengan

    tamadun

    A i dan iiB i dan iiiC ii dan iiiD iii dan iv

    24. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai ciri-ciri asas sesebuah tamadun.

    i Kewujudan penempatan masyarakat manusiaii Peningkatan kualiti kehidupaniii Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosialiv Kewudujan sistem perundangan yang teraturA i, ii dan iiiB i, ii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 8 IE/OKT 2006/CTU551

    25. Berikut merupakan faktor penghalang kepada interaksi antara tamadun, KECUALI:

    A Kedaerahan dan geografiB Peranan media massaC Konfliks dan pergaduhan antara etnikD Penguasaan politik dan ekonomi

    26. Berikut adalah contoh interaksi positif Tamadun China dan Tamadun Islam,KECUALI:

    A Perkahwinan pendatang Islam dengan wanita Cina tempatanB Orang-orang Monggol yang menakluki China melantik orang-orang Islam

    memegang jawatan pentingC Muncul penempatan orang Islam di Canton melalui perdagangan pada abad

    ke 9 MasihiD Penguasaan Cina terhadap Asia Tenggara dan lautan Hindi bagi

    mendapatkan bahan mentah

    27. Konsep keterbukaan merupakan ciri keistimewaan Tamadun Islam. Apakah maksudketerbukaan tersebut?

    i Menerima apa sahaja tamadun yang boleh membangunkan kehidupan fizikalmanusia semata-mata

    ii Menggalakkan unsur-unsur baik yang tidak bertentangan dengan kehendakdan syariat Islam

    iii Mengambil perkara-perkara baik tanpa mengira sempadan masa dan tempativ Menekankan kemajuan yang hanya boleh menguntungkan umat Islam dalam

    kehidupan masyarakat berbilang kaum

    A i dan iiB ii dan iiiC ii dan ivD iii dan iv

    28. Manakah unsur-unsur berikut BUKAN menjadi keutamaan dalam Maqasid al-Syari'ah bagi memelihara kehidupan manusia?

    A AgamaB AkalC KekayaanD Keturunan

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 9 IE/OKT 2006/CTU551

    29. Manakah pemyataan berikut BENAR mengenai Tamadun Barat.

    i Zaman Yunani adalah asas dan akar umbi kepada Tamadun Baratii Masyarakat Yunani (Greek) adalah masyarakat pertama dunia yang

    memisahkan agama daripada kehidupan dunia (sekular)iii Zaman (Tamadun Yunani) telah lahir sejak tahun 2000 sebelum Masihiiv Ideaiisme sekular merupakan tema yang dominan dalam Tamadun Barat

    A i, ii dan iiiB i, iii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

    30. Manakah antara perkara-perkara berikut BUKAN prinsip Islam Hadhari.

    A Kekuatan pertahananB Pemeliharaan alam semulajadiC Memperjuangkan persamaan hakD Keutuhan budaya dan moral

    31. Maksud Hadis Nabi SAW.

    "Sekiranya Fatimah (anakku) mencuri nescaya akan kupotong tangannya".(Hadis Riwayat Bukhari)

    Pilih Prinsip Islam Hadhari berikut yang sesuai dengan maksud Hadis di atas.

    A Pembelaan hak minoriti dan wanitaB Keutuhan budaya dan moralC Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensifD Kerajaan adil dan beramanah

    32. Istilah jihad sering disalahertikan oleh masyarakat Barat sehingga menimbul konflikyang berpanjangan antara Islam dan Barat. Manakah pernyataan berikut yangTIDAK berkaitan dengan jihad dalam Islam?

    A Konsep jihad yang sebenar termasuklah berperang fi sabilillahB Mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan negara adalah sebahagian

    daripada tuntutan IslamC Jihad mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya jihad ilmu, siasah, ekonomi,

    nafsu mengikut tuntutan semasaD Kepentingan jihad adalah untuk kesejahteraan masyarakat Islam sahaja

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 10 IE/OKT 2006/CTU551

    33. Tamadun Barat berkembang dengan begitu pesat sehingga diterima secaramenyeluruh oleh sebahagian besar masyarakat Islam kini. Manakah faktor UTAMApenerimaan Masyarakat Islam terhadap tamadun tersebut?

    A Perancangan Barat yang berstrategikB Tamadun Barat memenuhi tuntutan semasaC Lemahnya pemahaman dan penghayatan Islam di kalangan masyarakatnyaD Runtuhnya sistem Khilafah Islam

    34. Tamadun Yunani merupakan antara tamadun yang terkenal suatu ketika dahulu.Manakah pemyataan berikut yang TIDAK berkaitan dengan tamadun tersebut?

    A Menjadi asas kepada Tamadun BaratB Fanatisme kebangsaan yang melampauC Ikatan keagamaan yang kentalD Tidak menyepadukan persoalan agama dan dunia

    35. Renaisans merupakan titik tolak kebangkitan Tamadun Barat. Manakah pemyataanSALAH mengenainya?

    A Lahir kesan daripada pemberontakan Masyarakat Eropah terhadappenguasaan gereja dalam kehidupan mereka

    B Perkembangannya mempunyai kaitan dengan pengaruh Tamadun IslamC Kejayaan renaissance mengakibatkan perkembangan fahaman sekularD Renaissance mengakibatkan runtuhnya Tamadun Islam

    36. Perkembangan kontemporari dalam bidang sains dan teknologi telah memberi kesanpositif dan negatif kepada masyarakat dan negara kita. Pilih KESAN POSITIFperkembangan tersebut.

    i Penyebaran dakwah melalui ICT membantu perkembangan Islamii Berleluasanya berlaku krisis gender dalam masyarakatiii Tersebarnya budaya hedonisme dan materialismeiv Membantu membuktikan kebenaran wahyu

    A i dan iiB ii dan iiiC i dan ivD iii dan iv

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 11 leOKT 2006/CTU551

    37. Pemyataan berikut menjelaskan tentang sistem sosial masyarakat Melayu tradisionalKECUALI:A Golongan pembesar mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat dan ada

    pengikut tersendiriB Raja yang memerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap negeri dan

    rakyatnyaC Golongan rakyat hidup berasaskan kelompok kecil yang tertumpu di kawasan

    sumber ekonomiD Golongan hamba hanya berperanan sebagai pelayan di istana

    38. Pilih bukti kecemeriangan Kerajaan Melayu Islam Patani di selatan Thailand:i Kewujudan Pusat Pengajian Islamii Kemunculan tokoh-tokoh ulama terkemukaiii Kewujudan Batu Bersurativ Kemajuan pertanianA i dan iiB ii dan iiiC i, iii dan ivD Semua di atas

    39. Apakah faktor UTAMA yang menyebabkan masyarakat Alam Melayu mudahmenerima ajaran agama Islam?i Keluhuran akhlak pendakwah Islamii Kesesuaian Islam dengan adat Melayu lamaiii Islam agama yang mudah difahamiiv Ajaran Islam bersifat rasionalA i dan iiB i, iii dan ivC i dan iiiD Semua di atas

    40. Nilai agama dan keindahan alam mempunyai pengaruh yang besar dalam kesenianMelayu. Manakah yang TIDAK berkaitan dengan kenyataan di atas?

    A Senibina rumah dan masjidB Seni khatC Tenunan dan tekatD Seni tari

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 12 IE/OKT 2006/CTU551

    41. Ijtihad merupakan salah satu cara untuk membangun Tamadun Islam. Pilihkepentingan ijtihad dalam pembinaan Tamadun Islam.i Untuk menyelesaikan masalah semasa umat Islamii Untuk menyesuaikan kemajuan dengan Islamiii Untuk memenuhi kepentingan umat Islam semasaiv Untuk memberi kebebasan berfikir secara mutlak

    A i dan iiB ii dan iiiC i, ii dan iiiD iii dan iv

    42. Kemasukan Islam ke Alam Melayu telah memulakan zaman baru di rantau ini.Apakah maksud zaman baru tersebut?

    i Zaman masyarakat berakidah benarii Masyarakat mendapat hak dan kebebasan hidupiii Penstrukturan semula sistem sosial, politik dan ekonomiiv Pengiktirafan semua agama dan kepercayaan yang sedia ada

    ABCD

    i dan iiii dan iiii, ii dan iiiii dan iv

    43. Apakah bukti pertama yang menunjukkan Bahasa Melayu digunakan dalamungkapan agama Islam di Alam Melayu?

    A Batu Bersurat TerengganuB Batu Bersurat Kedudukan BukitC Batu Bersurat Talang TuwoD Batu Bersurat Kalang Brahi

    44. Manakah pemyataan berikut merupakan langkah terawal ke arah perlaksanaansistem kewangan Islam di Malaysia?

    i Memperkenalkan sistem pasaran wang antara bank secara Islamii Membenarkan syarikat broker saham konvensional menawarkan sistem

    broker saham secara Islamiii Meluluskan Akta Perbankan Islamiv Memberikan pendidikan dan kefahaman tentang perbankan Islam kepada

    masyarakat

    ABCD

    Hak Cipta

    i dan iiii dan iiiiii dan ivSemua di atas

    Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 13 IE/OKT 2006/CTU551

    45. Apakah faktor UTAMA yang menyebabkan berlaku pemindahan ilmu sains, falsafahdan perubatan dalam Tamadun Islam?

    A PenjajahanB PerdaganganC Penerbitan buku-buku asalD Penterjemahan

    46. Banyak bukti menunjukkan kemasukan Islam ke Alam Melayu telah memberipengaruh besar dalam bidang ilmu pengetahuan. Berikut adalah bukti pengaruhtersebut ?

    i Lahirnya pelbagai institusi pendidikan seperti dayah dan pesantrenii Lahirnya ulama dan kitab agama Alam Melayu seperti Wali Songo dan kitab

    Matla' al-Badrainiii Pelajar Alam Melayu mendapat pendedahan belajar di negeri Chinaiv Kerajaan Melaka dan Acheh muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan

    terulung

    A i dan iiB ii dan iiiC i, ii dan iiiD i, ii dan iv

    47. Pertumpahan darah yang tidak kunjung padam di Afghanistan, Iraq, Palestin danyang terbaru di Lebanon membuktikan bahawa interaksi tamadun dalam sejarahmanusia tidak selalunya memberi kesan positif. Mengapakah keadaan ini berlaku?

    i Terpengaruh dengan ajaran sesatii Pemimpin yang rakus dan gila kuasaiii Merasa diri dan bangsanya lebih mulia dan berhak mentadbir alamiv Arahan daripada ajaran agama

    A i, ii dan iiiB ii, iii dan ivC i, iii dan ivD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 14 IE/OKT 2006/CTU551

    48. Koionialisasi Barat telah melemahkan semangat jatidiri masyarakat Islam. Apakahkesan yang dialami oleh masyarakat Islam?

    i Penerimaan ideologi yang tidak sejajar dengan Islamii Pembebasan pemikiran dari adat dan budaya tempatanHi Peno lakan Is lam secara total di ka langan masyarakativ Menyempitkan konsep al-Din satu cara hidup

    A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC i, iii dan ivD ii, iii dan iv

    49. Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan agama telah berjaya membawakeamanan dan keharmonian kepada rakyatnya. Pilih faktor yang menyokongpemyataan tersebut.

    i Pemerintah dan pemimpin yang bersifat toleransiii Negara diperintah dengan penuh keadilan dan kesaksamaaniii Sikap golongan agama yang sentiasa mewujudkan suasana harmoniiv Setiap kaum dan kumpulan agama bebas bergerak dan mengamalkan

    agama masing-masing.

    A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC i, iii dan ivD Semua di atas

    50. Pilih kenyataan PALING TEPAT yang merujuk kepada kepentingan agama dalampembentukan sesebuah tamadun.

    A Semua tamadun dunia berteraskan doktrin agama dan kepercayaan tertentuB Budi pekerti yang tinggi hanya datang dari ajaran agama semata-mataC Kesan peninggalan tamadun silam menunjukkan wujudnya kehidupan

    beragamaD Wujudnya sistem pengkelasan masyarakat adalah hasil daripada pada ajaran

    agama

    ) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 15 IE/OKT 2006/CTU551

    51. Pilih kenyataan yang merujuk kepada hasil interaksi terpenting antara TamadunIslam dengan Tamadun Melayu.

    i Kemunculan beberapa buah kerajaan Islam menggantikan kerajaan HinduBuddha

    ii Perubahan besar dari aspek kepercayaan, politik pentadbiran dan ekonomiiii Perkembangan pemikiran dan pendidikan yang pesat berbanding sebelumnyaiv Periaksanaan perundangan Islam sepenuhnya dalam Tamadun Melayu

    A i, ii dan iiiB i, iii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

    52. Apakah faktor yang membantu proses Islamisasi dan pembudayaan dalammasyarakat Melayu?

    i Ajaran agama Islam yang murniii Perkahwinan dan adat resam Melayuiii Pemerintahan yang cekap dan berkaliberiv Sistem perundangan yang adil dan berdaulat

    A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

    53. Keunggulan Islam merupakan faktor penting dalam proses perkembangan Islam diAlam Melayu. Berikut adalah elemen keunggulan ajaran Islam, KECUALI:A Agama yang mudah difahamiB Agama yang boleh diadaptasi dengan semua aliranC Menekankan keseimbangan dalam kehidupanD Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi

    54. Manakah yang berikut menunjukkan pengaruh Tamadun India ke atas budayakomuniti Melayu?

    i Keyakinan dan pegangan masyarakat Melayuii Bahasa orang Melayuiii Bentuk-bentuk kesenian Melayuiv Institusi pemerintahan dan Adat Istiadat Raja-Raja MelayuA i dan ivB i, ii dan iiiC ii, iii dan ivD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 16 IE/OKT 2006/CTU551

    55. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai kepentingan nilai kerohanian dalamkehidupan bertamadun.

    i Kemajuan kebendaan semata-mata akan menghakis sifat-sifat kemanusiaanii Masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai keagamaan untuk menghadapi

    cabaran hidupiii Sejarah telah membuktikan kejayaan tamadun manusia banyak didorong oleh

    kemantapan nilai kerohanianiv Kehidupan kerohanian dengan menolak kebendaan adalah suruhan semua

    agama

    A i dan iiB i, ii dan iiiC ii, iii dan ivD Semua di atas

    56. Apakah altematif terbaik bagi mengatasi pertembungan antara Tamadun Islam danAsia dengan Barat?

    A Memperkukuhkan ketenteraan dan persenjataanB Mewujudkan pakatan ekonomi blok TimurC Mewujudkan dialog antara tamadunD Memohon bantuan Barat dalam menyelesaikan masalah

    57. Islam bukan sekadar menjadi anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu, malahturut menjadi peraturan dan pelaksanaan hukum. Manakah antara berikut menjadibukti pelaksanaan hukum Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka?i Sejarah Melayuii Sulalatus Salatiniii Hukum Kanun Melakaiv Undang-undang Laut Melaka

    A i dan iiB iii dan ivC i, ii dan iiiD Semua di atas

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 17 IE/OKT 2006/CTU551

    58. Dasar kebudayaan Kebangsaan telah membuktikan Tamadun Melayu merupakanteras pembinaan Tamadun Malaysia. Apakah ciri-ciri yang terkandung dalam dasarini?

    i Dasar kebudayaan tertakluk kepada kebudayaan masyarakat asal rantauMelayu

    ii Imej kebudayaan ialah imej MelayuHi Kebudayaan lain tertakluk dalam amalan budaya Malaysiaiv Islam tunggak kebudayaan kebangsaan

    A i dan iiB iii dan ivC i, ii dan ivD Semua di atas

    59. Pemyataan berikut berkaitan sumbangan Tamadun Melayu-lslam dalam pembinaanTamadun Malaysia, KECUALI:

    A Agama Islam memantapkan Tamadun MelayuB Tamadun Melayu teras Tamadun IslamC Tamadun Melayu memantapkan Tamadun Malaysia0 Tamadun Islam asas pembinaan bahasa dan bangsa Melayu

    Soalan no 60 berdasarkan maklumat di bawah.

    Menjadi pusat pengajian Islam abad 18M. dan 19M.Mendapat gelaran "an early centre of Islam" dan "thecradle of Islam in Southeast Asia"Melahirkan ramai ulama berwibawa yang telahmenghasilkan banyak karya

    60. Berdasarkan pemyataan di atas, kerajaan apakah yang dimaksudkan dengan A?A BruneiB PasaiC PataniD Palembang

    (Jumlah : 30 markah)

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 18 IE/OKT 2006/CTU551

    BAHAGIAN B

    SOALAN 1

    Tamadun terdahulu merupakan salah satu sumber dalam pembinaan tamadun Islam.Keadaan ini menunjukkan wujudnya nilai-nilai universal dalam tamadun dan terdapatperbezaan yang ketara antara tamadun Islam dengan tamadun lain.

    Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan:

    a) EMPAT (4) faktor kelahiran sesebuah tamadun(12markah)

    b) TIGA (3) nilai universal tamadun(9 markah)

    c) TIGA (3) perbezaan tamadun Islam dengan Tamadun Barat(9 markah)

    (Jumlah : 30 markah)

    SOALAN 2

    Sifat toleransi dan keterbukaan merupakan asas penting interaksi antara kaum. lamerupakan kunci utama pembinaan tamadun Malaysia.

    Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan perkara-perkara berikut:

    a) TIGA (3) nilai universal tamadun Malaysia yang berasaskan bangsa Melayu, Cinadan India

    (9 markah)b) EMPAT (4) kesan positif interaksi antara pelbagai tamadun di Malaysia

    (12 markah)c) TIGA (3) cadangan untuk mengekalkan sikap toleransi dan persefahaman antara

    kaum di Malaysia(9 markah)

    (Jumlah : 30 markah)

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

  • SULIT 19 IE/OKT 2006/CTU551

    SOALAN 3

    Pencemaran alam sekitar meaipakan fenomena serius yang dihadapi oteh negara-negaramembangun. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

    Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan perkara-perkara berikut:

    a) TIGA (3) faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran(9 markah)

    b) TIGA (3) kesan pencemaran ke atas manusia dan alam(9 markah)

    c) EMPAT (4) cadangan untuk menangani masalah pencemaran alam(12 markah)

    (Jumlah: 30 markah)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT