cthminmesy

7
MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2015 SMK ABU BAKAR AL-BAQIR Hari : Rabu Tarikh : 18 Februari 2015 Masa : 12.30 tengahari Tempat: Bilik Mesyuarat , SABAR Pengerusi Mesyuarat :En. Ab Raof Hj Ramli P.Kanan Pentadbiran 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir. 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 2.1. En Johari b Jaapar mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. En Izzudin b Ahmad menyokong. 3. Perkara Berbangkit 3.1. Rujuk minit mesyuarat guru kali pertama kerana tiada perkara berbangkit atau maklum balas yang dilampirkan. 3.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru terutama kepada guru-guru PT3 dan PBS kerana telah berjaya mendapatkan keputusan yang agak baik di dalam PT3. Hampir 12 orang pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke SBP dan MRSM. Ianya merupakan satu peningkatan yang baik berbanding PMR dahulu.(perkara 1.4) 3.3. Pengerusi memaklumkan PPPM sudah pun ditampalkan di papan buletin Pusat Sumber Sekolah (PSS),setiap kelas dan lorong menuju ke kantin. (perkara 2.0) 3.4. Pengerusi meminta semua guru membuat pembetulan bagi perkara 3.4 mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah wajib lulus pada tahun 2016,dan bukannya 2015 seperti dalam lampiran.(perkara 3.0) 3.5. Program Transformasi Daerah(DTP) adalah di bawah seliaan JPN.(perkara 4.0) 3.6. Pengerusi memaklumkan bahawa e-PBPPP bermula tahun 2015 wajib dilaksanakan. Penilai pertama * adalah pencerap,pegawai yang dinilai perlu membuat perbincangan dengan pegawai penilai.(perkara 5.0) 3.7. Dash Board pula adalah di bawah seliaan PPD iaitu tentang keberadaan guru dan keberhasilan murid.(perkara 6.0) 1

Upload: najah-najahfaizah

Post on 05-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cc

TRANSCRIPT

Page 1: cthMinMesy

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2015SMK ABU BAKAR AL-BAQIR

Hari : Rabu Tarikh : 18 Februari 2015Masa : 12.30 tengahariTempat: Bilik Mesyuarat , SABAR

Pengerusi Mesyuarat :En. Ab Raof Hj Ramli P.Kanan Pentadbiran

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1. En Johari b Jaapar mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. En Izzudin b Ahmad menyokong.

3. Perkara Berbangkit

3.1. Rujuk minit mesyuarat guru kali pertama kerana tiada perkara berbangkit atau maklum balas yang dilampirkan.

3.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru terutama kepada guru-guru PT3 dan PBS kerana telah berjaya mendapatkan keputusan yang agak baik di dalam PT3. Hampir 12 orang pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke SBP dan MRSM. Ianya merupakan satu peningkatan yang baik berbanding PMR dahulu.(perkara 1.4)

3.3. Pengerusi memaklumkan PPPM sudah pun ditampalkan di papan buletin Pusat Sumber Sekolah (PSS),setiap kelas dan lorong menuju ke kantin. (perkara 2.0)

3.4. Pengerusi meminta semua guru membuat pembetulan bagi perkara 3.4 mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah wajib lulus pada tahun 2016,dan bukannya 2015 seperti dalam lampiran.(perkara 3.0)

3.5. Program Transformasi Daerah(DTP) adalah di bawah seliaan JPN.(perkara 4.0)3.6. Pengerusi memaklumkan bahawa e-PBPPP bermula tahun 2015 wajib dilaksanakan.

Penilai pertama * adalah pencerap,pegawai yang dinilai perlu membuat perbincangan dengan pegawai penilai.(perkara 5.0)

3.7. Dash Board pula adalah di bawah seliaan PPD iaitu tentang keberadaan guru dan keberhasilan murid.(perkara 6.0)

3.8. Pengerusi memaklumkan Cuti Rehat Khas (CRK) mesti mendapat kelulusan dari Puan Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. Guru-guru diingatkan supaya jangan

1

Page 2: cthMinMesy

meletakkan atau meninggalkan borang di atas meja sahaja tanpa berjumpa dengan Puan Pengetua atau PK1.(perkara 8.0)

3.9. Pengerusi mengingatkan semua guru supaya tidak meninggalkan waktu PdP (MMI) supaya semua guru berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan,sekiranya guru mempunyai kerja lain guru perlu meminta kebenaran terlebih dahulu.(perkara 8.3)

Tindakan: Semua Guru

4. Mesyuarat PIBG Ke-26 dan Majlis Konsultasi

4.1. En Mohd Nazri b Samsuri selaku Setiausaha PIBG membentangkan Jawatankuasa Mesyuarat PIBG Kali Ke-26

4.1.1. Semua guru diminta merujuk tugasan masing-masing pada lampiran Jawatankuasa yang diedarkan. Beliau amat berharap semua guru dapat melaksanakan semua tugas yang telah ditetapkan dalam usaha menjayakan mesyuarat PIBG pada kali ini.

4.1.2. En Mohd Nazri b Samsuri memaklumkan bahawa notis panggilan mesyuarat telah diedarkan kepada pelajar,siaraya dan peralatan diharapkan lebih baik pada kali ini berbanding tahun lepas kerana telah pun ditegur pada mesyuarat yang lalu,Ajk Seranta diminta memasang LCD di dewan,Ajk Undian (whiteboard) diminta menyediakan papan putih yang sudah ditulis ruangan untuk undian lebih awal, Ajk Buku Program boleh meminta bahan dari setiausaha,seterusnya kerusi dan meja juga perlu diletakkan di kiri kanan dewan untuk majlis Konsultasi Tingkatan 1,2,dan 4 (2014).

4.1.3. Setiausaha memaklumkan akan diadakan cabutan bertuah untuk menarik minat tetamu hadir ke mesyuarat PIBG. Bagi guru yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian kepada En Mohd Khairi b Idris di Bilik Kaunseling.

4.2 Puan Pengetua memberi maklumat tambahan supaya perlu ada perjumpaan guru Tingkatan 6 bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 6.

4.2.1 Menurut beliau lagi diharapkan supaya guru-guru boleh memberi sumbangan untuk cabutan bertuah dan hebahan mesyuarat PIBG pada kali ini eloklah diletakkan notis panggilan beserta agenda mesyuarat di masjid dan surau-surau berdekatan.

4.2.2 Pada hari Konsultasi juga selain keputusan akademik, guru-guru diminta mendapatkan maklumat atau rekod disiplin pelajar terutamanya yang mempunyai masalah kehadiran yang serius dan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar.

2

Page 3: cthMinMesy

4.2.3 Program Frog VLE diserahkan kepada Pn Nazilah bt Omar untuk menyampaikan maklumat berkaitan kepada ibu bapa. Menurut Puan Pengetua KPI untuk Program Frog VLEialah satu waktu seminggu (30 minit) untuk 1 juta murid. Pn Nazilah diminta membuat jadual untuk membolehkan pelajar masuk seramai yang boleh dengan minimum waktu 30 minit. Puan Pengetua menyatakan bahawa guru-guru BI sepatutnya sudah menjalankan Frog VLE, diikuti dengan guru-guru subjek yang lain.

4.2.4 Puan Pengetua mengingatkan guru selaku ahli PIBG boleh memberi usul dan di bawa ke Mesyuarat Agong tetapi diharap janganlah usul tersebut yang boleh memperlekehkan sekolah. Usul boleh diserahkan kepada Ajk PIBG sebelum hari Khamis.

Tindakan : Semua guru

5. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke-25

5.1 Penolong Setiausaha Pn Nor Azlinda bt Yaacob membentangkan senarai tugas Ahli Jawatankuasa majlis dan memaklumkan terdapat dua jawatan baru yang dicadangkan oleh Puan Pengetua dan telah diwujudkan iaitu Pengurus Acara dan Pengurus Pentas.

Tindakan : Semua guru

6. Kejohanan Merentas Desa Kali ke-16

6.1 Setiausaha Sukan En Helmi b Hj Kurnain membentangkan jawatankuasa dan Pegawai kejohanan.

6.1.1 Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Rumah Sukan akan dijalankan pada 24.2.2015 (Selasa) mengikut tempat yang dinyatakan.

Bil. Rumah Sukan Tempat

1. Jerai Kantin2. Ledang Dewan3. Kinabalu Dewan Makan Asrama4. Titiwangsa Surau Sekolah

6.1.2 Guru-guru rumah sukan juga diminta memastikan huruf diletakkan mengikut kategori dan meletakkan keempat-empat pin pada huruf supaya tidak ditiup angin.

Tindakan : Semua guru

6.1.3 Pn Rosmidah bt Lit menanyakan adakah perlu menyediakan nombor dari 1-30 untuk pelajar yang mengambil bahagian.

3

Page 4: cthMinMesy

6.1.4 En Ismail b Alias bertanya tentang jarak trek bagi pelajar lelaki dan perempuan adakah sama atau berbeza.

6.1.5 Manakala En Zainol b Nopiah meminta supaya pelajar perempuan dilepaskan dahulu bagi semua kategori A-E ,kemudian barulah pelajar lelaki.

6.1.6 En Helmi b Hj Kurnain juga diminta oleh Puan Pengetua supaya menyediakan surat pemberitahuan kepada Pegawai Polis tentang program yang akan berlangsung ini.

7. Program Transformasi Asrama

7.1 Puan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Inggeris kerana telah memulakan Program BI sebelah malam. 7.1.2 Road To Year 2016 (program BI sebelah malam Ting.3 dan 5) akan dijalankan,manakala bagi Ting 4 adalah kritikal kerana wajib lulus bermula 2016 dan kelas akan dijalankan pada jam 3.15-4.30ptg.Bagi Ting.1 dan 2 akan dijalankan pada jam 8-930pg melibatkan semua guru BI. 7.1.3 Puan Penetua berharap dan memohon kerjasama guru lelaki untuk bertugas pada sebelah malam dan kelas di sebelah siang guru perempuan. 7.1.4 Ketua Panitia diminta menyediakan bahan latihan buku kerja dsb semasa prep dijalankan.Menurut Puan Pengetua,waktu prep di asrama tidak teratur,Mesyuarat AJK Asrama akan dijalankan.Buku kedatangan ada disediakan,guru-guru yang bertugas diminta memberi kerjasama dan memantau pelajar kerana pada kali ini akan ada pemantauan dari pihak pentadbir.Bahan-bahan diletakkan di bilik prep dibawah seliaan Exco Akademik (Hafiz Haikal). 7.1.5 Guru-guru PI diminta menyediakan jadual kuliah Subuh dan Maghrib dan perlu kenal pasti pelajar yang belum tamat membaca Al-Quran.Menurut Tn Hj Khairol Azmi pelajar diminta masuk prep dahulu kerana waktu solat Isyak yang lewat buat masa sekarang.

Tindakan : Semua guru

8. Pencerapan Penilai 1,Penilai 2

8.1 En.Ab Raof memaklumkan e-PBPPP/e-Prestasi akan dijalankan sepenuhnya bermula tahun ini.Sekolah kita antara yang terawal menyiapkan e-PBPPP 2014. 8.1.1. Senarai pencerapan didalam buku organisasi dimansuhkan dan senarai pencerap yang baharu akan dikeluarkan.8.1. 2. Pencerap adalah antara Penilai 1 atau Penilai 2.Hasil pencerapan boleh diminta

daripada pencerap dan dimasukkan ke dalam fail PBPPP.Tindakan : Semua guru

4

Page 5: cthMinMesy

9. Semakan fail panitia dan buku latihan

9.1 Bermula Mac,semua Ketua Panitia perlu ada bersama fail semasa semakan dijalankan.9.2 Semakan buku latihan bagi semua subjek akan dimulakan dengan subjek BM dan Sains dahulu.

Tindakan : Semua guru10. Pemberian sijil kepada Pentaksir Sekolah PBS dan Ketua Panitia diberikan kepada guru-

guru yang terlibat.

11.Hal-hal lain

11.1 En.Mohd Khairi selaku pengerusi KGKT memohon semua ahli untuk membuat bayaran yuran sebelum 27 februari 2015. 11.1.2 Telegram rasmi SABAR setakat hari ini hanya 73 ahli sahaja yang mendaftar,diharapkan semua guru untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan nama atau ID yang boleh dikenali. 11.1.3 menurut beliau lagi,fasiliti guru-guru seperti penghawa dingin sedang cuba diusahakan. Manakala bagi guru yang ada meletakkan barang pribadi di bilik elektrik untuk mengambil barang tersebut semula supaya memudahkan pihak JKR untuk menjalankan kerja pembaikan. Beliau juga memohon guru yang ada menyimpan kunci bilik tersebut untuk memulangkan kunci semula dengan kadar segera. 11.1.4 jadual perancangan aktiviti KGKT akan ditampal untuk makluman semua guru.

Tindakan : semua guru

11.2 En Khairul Afzal memaklumkan US1 akan bermula pada 9 Mac 2015,senarai penggubal soalan sesi pagi sudah ditampal dan tarikh akhir menghantar soalan adalah pada 2 Mac 2015.

Tindakan : semua guru

11.3 Diminta semua guru kelas memastikan semua data murid diisi dengan lengkap.Tindakan : semua guru kelas

11.4 Tn Hj Khairol Azmi(PK Petang) mencadangkan untuk diedarkan tabung untuk surau di sekolah dan memaklumkan modul offline Ting 1,2,3 pada awal Mac sudah perlu di update kerana bulan Mac modul tersebut akan disemak.

Tindakan : semua guru11.5 En Abdullah (PK KOKO) mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu di dalam aktiviti koku sepanjang Jan-Feb.1M1S,Kelab Persatuan dan PBB sudah bermula,guru-guru bertangungjawab untuk datang sepanjang aktiviti berjalan pada hari-hari yang telah ditetapkan. 11.5.1 Terdapat beberapa rombakan dari buku organisasi seperti Kelab SPBT dan 1M1S (Bola Jaring). Guru diingatkan supaya sewaktu aktiviti Kelab Persatuan dijalankan semua guru perlu hadir (tidak dibenarkan rotate).

5

Page 6: cthMinMesy

11.5.2 Guru yang membawa pasukan sekolah pastikan menyerahkan senarai pelajar kepada PK KOKO,dan menuntut wang PIBG Rm20n bagi seorang pelajar selepas pelajar tersebut menang peringkat daerah. 11.5.3 guru-guru diminta mengambil semula sijil yang belum dipulangkan pada pelajar,alatan yang dipinjam mesti dipulangkan segera seperti stopwatch,bip bola jaring dsb. Beliau juga memaklumkan semasa US1 nanti,akan ada pelajar yang terlibat dengan Kejohanan Balapan Padang Daerah,senarai nama akan dikeluarkan. 11.5.4 diharapkan semua rakan guru untuk memakai uniform pada setiap hari Rabu.

Tindakan : Semua Guru

12 Penutup

12.1 Pesanan dan harapan

i. Semua guru diminta sentiasa mewar-warkan visi dan misi sekolah pada pelajar.Poster PPPM perlu ditampal di dalam kelas dan terangkan kandungannya kepada para pelajar.Inventori kelas juga mesti ditampal didalam kelas. Guru-guru diharap dapat menjalankan pengurusan kelas dengan baik.

ii. Guru-guru juga diingatkan membayar yuran KGKT dan sehingga akhir Febuari,semua guru mesti mandaftar sebagai ahli Telegram Guru Sabar..

iii. Pengerusi juga berharap agar tahun 2015 menjadi tahun yang gemilang bagi warga SABAR dan dapat menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan penuh integriti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................... ........................................... ( Pn. Najatulfaizah Ahmad Powzi) (En. Ab Raof Hj Ramli )

P.Kanan Pentadbiran Setiausaha Mesyuarat Guru SMK Abu Bakar Al-BaqirSMK Abu Bakar Al-Baqir

MAKLUM BALAS PERLAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT GURU KALI KEDUA 20156

Page 7: cthMinMesy

BIL RUJUKAN PERKARA UNTUK TINDAKAN

MAKLUMBALAS

1. Perkara 4.1.2 En Mohd Nazri b Samsuri memaklumkan bahawa notis panggilan mesyuarat telah diedarkan kepada pelajar,siaraya dan peralatan diharapkan lebih baik pada kali ini berbanding tahun lepas kerana telah pun ditegur pada mesyuarat yang lalu

Semua AJK Siaraya dan peralatan bertambah baik berbanding mesyuarat PIBG yang lalu.

2. Perkara 6.1.1 Mesyuarat Rumah Sukan akan dijalankan pada 24.2.2015 (Selasa) mengikut tempat yang dinyatakan.

Semua guru Mesyuarat telah dijalankan mengikut tempat yang dipilih.

3. Perkara 8.1.1 Senarai pencerapan didalam buku organisasi dimansuhkan dan senarai pencerap yang baharu akan dikeluarkan

PK Pentadbiran Senarai pencerapan yang baharu telah dikeluarkan

4. Perkara 9.2 Semakan buku latihan bagi semua subjek akan dimulakan dengan subjek BM dan Sains dahulu

Semua guru Semakan buku latihan telah dijalankan

7