coverprihatin julyaug18 final.pdf 1 17/08/2018 11:23 am · dato’ hamzah mohd salleh sidang...

24

Upload: donhu

Post on 29-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

CoverPrihatin_JulyAug18_Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM

Page 2: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018

1810

Libur Destinasi18 Bercuti Sambil Menerokai Keindahan

Bumi Sabah

Bicara Sihat20 Makanan Bernutrisi Tingkatkan

Tenaga Anda

Pilihan Servis Anda22 Sarawak & Sabah

Kunjung Hormat

16 Lawatan Kerja

Mesyuarat Sistem Latihan Dual Nasional 2018

17 Taklimat Pengurusan Kenderaan

SambutanAidilfitri

Sekilas Minda03 Selamat Hari Kebangsaan, Sayangi

Malaysiaku

Yang Perlu Anda Tahu04 Keselamatan Jalan Raya Siri 3: Jadilah

Pengguna & Pemandu Yang Kompeten

06 SPANCO Terus Melahirkan Pekerja Mahir Melalui Sistem Latihan Dual Nasional

07 Jangan Abaikan Saman Anda!

Menjejak Inspirasi08 Sejarah Ringkas Program-Program

Latihan Yang Dikendalikan SPANCO Untuk Kakitangan Teknikal

Servis itu Penting10 Audit 4M: Jamin Semua Pelanggan

Mendapat Servis Berkualiti di Seluruh Negara

Persada Inovasi12 8 Teknologi Kereta Termaju Pada Era

2020

Merakam Catatan14 Sumbangan Mesin Hemodialisis

SPANCO Telah Membantu Pesakit Buah Pinggang Di Seluruh Negara

15 Sumbangan RM1 Juta Bagi Tabung Harapan Malaysia

Anugerah Pusat Servis Diiktiraf Cemerlang 2017

04

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 3

Pada 31 hari bulan Ogos ini, kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2018. Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku,’ semoga tahun ini memberikan makna yang lebih besar buat semua rakyat Malaysia dengan semangat cintakan negara.

Bahang kemerdekaan turut kami rasakan dengan semangat yang lebih berkobar untuk sama-sama membangunkan negara. Berbekalkan iltizam ini jugalah maka SPANCO amat berbesar hati apabila baru-baru ini ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebuah pusat bagi menjalankan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2).

Ia merupakan peluang besar buat SPANCO untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang automotif selain menyokong agenda Malaysia untuk mencapai sasaran 35% pekerja berkemahiran menjelang tahun 2020. Program yang dipanggil sebagai Skim Perantisan SPANCO ini bakal dilaksanakan pada bulan September 2018 hingga Jun 2019 di mana 10 orang perantis yang terpilih akan mengikuti program julung kali ini yang ditaja sepenuhnya oleh SPANCO.

Bagi memartabatkan lagi khidmat kepada para pelanggan, Anugerah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) Cemerlang diteruskan pada 2018. Anugerah tahunan ini adalah untuk mengiktiraf dan menghargai PSD yang telah memberikan komitmen penuh kepada pelanggan-pelanggan SPANCO terhadap servis yang diberikan selain memastikan kereta-kereta SPANCO dijaga dengan baik.

selamat hari kebangsaan, sayangi malaysiaku

DATo’ HAMzAH MoHD SALLeHKetua Pegawai Eksekutif

Dibahagikan kepada lima zon iaitu Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, di mana pemenang Anugerah PSD Cemerlang dipilih melalui penilaian tahap kepuasan pelanggan yang merangkumi 60% dari keseluruhan markah dan selebihnya sebanyak 40% melalui penilaian berdasarkan konsep 4M (‘Method’, ‘Manpower’, ‘Machine’ dan ‘Material’).

Kepuasan pelanggan adalah tanggungjawab kami dan sememangnya komitmen untuk terus memberikan yang terbaik tidak akan terhenti di situ sahaja. Setakat separuh kedua tahun ini, iaitu sehingga 31 Julai 2018, kami telah berjaya menguruskan 12,407 buah kenderaan Kerajaan. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, ianya tidak pernah melemahkan semangat SPANCO untuk terus berusaha memberikan servis yang terbaik untuk semua pelanggan. Semoga kita dapat menyambut Bulan Kemerdekaan ini dengan penuh kesyukuran. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan buat semua rakyat Malaysia.

dan Selamat Sejahtera

sEKILAs MINDA

Page 4: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 20184

• Berikanisyaratsebelummemasuki laluan baru.

• Hidupkanlampukecemasanapabila kenderaan rosak atau berhenti di tepi lebuh raya atau jalan-jalan awam yang lain.

• Patuhisemuaundang-undanglalu lintas.

• Kesalahantrafikdanletakkeretaadalah tanggungjawab individu yang menggunakan kereta tersebut pada tarikh dan masa saman dikeluarkan.

• Lakukanpemeriksaan5minitsebelum memulakan perjalanan bagi memastikan anda memandu kenderaan yang selamat.

• Lindungikeretadaripadakerosakan, kecurian atau disalahguna.

• Janganmeredahbanjirkerana tindakan itu boleh menyebabkan kerosakan enjin selain membahayakan diri dan penumpang.

• Kuncisemuapintudansimpansemua barangan berharga apabila meninggalkan kereta.

• Serahkankunciapabilaandamemulangkan kereta kepada

yANg pErLu ANDA tAhu

ingat!

Pada Siri Pertama dan Kedua, majalah PRIHATIN membincangkan amalan pemanduan berhemah dan tip

balik kampung sempena musim perayaan. Siri kali ini menyentuh pula mengenai tanggungjawab pemandu ke

arah fleet yang selamat.

Penyenggaraan dan penyeliaan melalui servis berjadual

yang dilakukan SPANCO ke atas kereta-kereta fleet Kerajaan

amat penting bagi memastikan kenderaan tersebut selamat

danefisienuntukdigunakan.Namunbegitu,penggunadan

pemandu sendiri merupakan tunjang dalam mengendalikan

kenderaan malah memikul tanggungjawab utama dari segi

keselamatan, operasi dan undang-undang termasuk wajib

memiliki lesen memandu yang sah, berkelayakan serta

mematuhi segala peraturan lalu lintas.

• Faktorutamakeselamatansesebuah fleet terletak pada bahu pemandunya.

• Pandulahsecaraberhemah,selamat dan sopan.

• Pemandusertapenumpang hadapan dan belakang wajib memakai tali pinggang keledar.

Jadilah Pengguna & Pemandu yang

kompeten

Keselamatan Jalan Raya siRi 3

Page 5: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 5

luangkan 5 minit untuk memeriksa

Pastikan semua sistem bahagian lampu kereta

berfungsi.

Pastikan tekanan angin tayar, bunga tayar dan tayar simpanan dalam

keadaan yang baik.

Periksa tahap dan tarikh terakhir penukaran minyak enjin agar

minyak enjin sentiasa mencukupi.

Pastikan cecair penyejuk mencukupi.

Pastikan bateri kereta berfungsi dengan baik

sepenuhnya.

Pastikan pendingin hawa berfungsi dengan baik.

Pastikan brek kereta berfungsi dengan

sempurna.

Pastikan kereta dalam keadaan selamat

Jangan!

Pengguna dan pemandu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta yang digunakan. Sebelum memulakan perjalanan, pemandu harus melakukan pemeriksaan sepintas lalu terhadap kenderaannya. Laporkan segera kepada penyelia fleet sekiranya anda mengesan sebarang masalah.

Cegah sebelum terjadi. Amalan 5 minit ini akan membantu anda mencegah kesulitan di kemudian hari sekali gus mengurangkan risiko kerosakan di tengah-tengah perjalanan.

Memandu jika tidak sihat.

Guna telefon bimbit semasa berada di stesen minyak kerana caj yang

dihasilkan boleh menyebabkan kebakaran.

Guna telefon bimbit ketika memandu. Ia menjejaskan

tumpuan di samping menyalahi undang-undang.

Guna kereta jabatan untuk berulang

alik ke rumah atau meletakkannya di

kediaman tanpa kebenaran bertulis pegawai

bertanggungjawab terlebih dahulu.

Bawa sesiapa saja yang bukan penjawat awam

dalam kereta jabatan tanpa kebenaran ketua

jabatan.

Guna kereta jabatan untuk urusan peribadi.

Elakkan sebarang perkara yang boleh

menimbulkan salah anggap.

Merokok ketika memandu

kereta jabatan.

jabatan atau pegawai atasan anda.

• Laporkanserta-merta kecurian kereta atau sebarang kehilangan peralatan di dalamnya kepada polis.

• Pastikanbrektanganditariksebelummeninggalkan kereta.

• Bawalesenmemanduyangasal.

• Sentiasalayakdanupayauntukmemandu.

Buat laporan polis jika mengalami kemalangan walaupun kecil. Maklumkan kepada SPANCO melalui Aplikasi Mobil atau talian bebas tol 1-800-88-6999 supaya kemalangan dapat diuruskan segera dengan sebaik mungkin.

Tip sebelum memulakan perjalanan

Page 6: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 20186

yANg pErLu ANDA tAhu

SLDN atau singkatan kepada Sistem Latihan Dual Nasional merupakan satu skim yang diadakan untuk menyediakan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang. Ia dikendalikan melalui usaha sama antara syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan di mana ‘Dual’ bermaksud latihan dalam dua situasi pembelajaran iaitu di institut latihan dan di tempat kerja yang sebenar.

Sebagai sebuah syarikat SLDN yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) untuk menjalankan program SLDN dengan menawarkan Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Melalui kerjasama ini, ILPKL menyediakan tempat latihan dan tenaga pengajar manakala SPANCO menyediakan latihan di tempat kerja serta tenaga pengajar berpengalaman daripada industri. Latihan meliputi 70% hingga 80% di ILPKL dan selebihnya iaitu 20% hingga 30% di SPANCO.

Program pertama SLDN bersama SPANCO ini akan berlangsung selama sembilan bulan bermula dari September 2018 hingga Jun 2019. Sasaran pelatih kursus julung kali ini adalah seramai 10 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia berumur 17 hingga 25 tahun.

Dengan pengalaman lebih 24 tahun dalam bidang automotif khususnya pengurusan fleet dan melalui kaedah skim SLDN ini, SPANCO yakin dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang automotif yang juga merupakan salah satu agenda pembangunan negara.

Malah penganjuran program SLDN ini secara langsung akan menghasilkan kualiti perkhidmatan terbaik yang berterusan kepada pelanggan SPANCO melalui kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan oleh kakitangan teknikal yang berkemahiran.

Justeru itu, pada masa hadapan, SPANCO berhasrat untuk mempelbagaikan jenis program

dan tahap kursus sehingga SKM Tahap 4 iaitu yang

setaraf dengan diploma.

sPanCO teRus melahiRKan PeKeRJa mahiR melalui

sistem latihan dual nasional

Namun, pelanggan juga boleh terus menghubungi SPANCO melalui Aplikasi Mobil. Ia tidak termaktub di dalam terma perjanjian tetapi disediakan sebagai salah satu khidmat tambah khusus untuk memudah dan memberi keselesaan kepada pelanggan.

Tahukah anda?

Agensi dan kementerian boleh menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis SPANCO untuk diservis atau dibaiki apabila diperlukan. Ia termaktub di dalam skop perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan (R & M) yang merangkumi:

Servis berjadual – meliputi servis kecil

(setiap 10,000km) dan servis utama

(setiap 40,000km dan 100,000km).

Pusat Panggilan 24 jam bagi kerosakan 1-800-88 -6999.

Penyenggaraan cegahan.

Pembaikan kerosakan dan kemalangan.

Servis audit – ke atas kenderaan dan pusat servis.

Bantuan kecemasan dan tunda 24 jam.

Peruntukan kereta ganti (SPC) untuk Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) mengikut ketersediaan.

Page 7: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

Jangan abaikan saman anda!

PEKELILING PERBENDAHARAAN - NOTIS KESALAHAN LALU LINTAS/SAMAN

Berikut adalah petikan perenggan mengenai notis kesalahan lalu lintas di dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan:

26. Pemandu Kenderaan Kerajaan hendaklah mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan lalu lintas.

27. Pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak-pihak lain) jika kesalahan dilakukan oleh pemandu.

28. Sekiranya sesuatu kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pemandu atas arahan pegawai pengguna, maka pegawai tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman tersebut dengan syarat arahan untuk melakukan kesalahan berkenaan hendaklah dicatat dalam Buku Log dan disahkan oleh pegawai pengguna.

(Sumber: Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 bertajuk Pengurusan Kenderaan Kerajaan)

Saban tahun, jumlah saman tertangguh dari pengguna dan pemandu fleet SPANCO semakin meningkat dan ini antara isu paling utama SPANCO. Setakat Disember 2017, dilaporkan sejumlah 54,408 saman PDRM, 11,840 saman majlis-majlis perbandaran dan 12,816 saman JPJ yang melibatkan fleet Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan SPANCO, belum dibayar atau diselesaikan.

Peningkatan saman tertangguh dari tahun ke setahun adalah berikutan jumlah saman baharu yang diterima lebih besar dari jumlah yang diselesaikan. Pada 2017 contohnya, jumlah saman baharu adalah sebanyak 14,861 namun hanya 10,077 sahaja yang dibayar oleh pengguna mahupun pemandu.

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013, jelas menyebut bahawa pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan mahupun pihak-pihak lain, jika kesalahan dilakukan oleh pemandu.

Justeru, saman anda adalah tanggungjawab anda! Saman tertunggak hanya akan menyukarkan urusan anda di suatu hari kelak. Ambil iktibar dengan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan dan selesaikanlah saman anda dengan segera.

JILID 4 | JuL - ogos 2018 7

54,408

11,840

12,816

PDRM

Majlis Perbandraan

JPJ

Status Saman Tertangguh Sehingga Disember 2017

Page 8: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 20188

Program-Program latihanyang dikendalikan sPanCO untuk kakitangan teknikal

seJaRah RingKas

MENJEJAK INspIrAsI

sebagai syarikat pembekal pengurusan fleet untuk Kerajaan Malaysia, SPANCO sentiasa memastikan kakitangannya dilengkapi kemahiran yang tinggi dalam memikul tanggungjawab mereka menjalankan tugas. Pembangunan Modal Insan sentiasa dititikberat dan diberi keutamaan bagi melahirkan

2000 2013 2015 2017

2001 2014 2016 2018

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) melantik

SPANCO sebagai Pusat Latihan Bertauliah untuk mengendalikan

Kursus Pensijilan Kemahiran Mekanik Kenderaan Motor

Tahap 1.

Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah

(PSW) Batu Caves dan Bangi menjalani ‘Red

Carpet Training’ anjuran Castrol Malaysia.

Program Penilaian Kemahiran melalui PPT

(Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu) dimulakan dan masih dijalankan sehingga

kini.

Bekerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala

Lumpur (ILPKL) untuk pelaksanaan Sistem Latihan

Dual Nasional (SLDN) di mana SPANCO dipilih sebagai Pusat

Bertauliah SLDN.

Dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah bagi

Kursus Pensijilan Kemahiran Mekanik

Kenderaan Motor Tahap II.

Sembilan fomen dan seorang juruteknik telah lulus dengan cemerlang di dalam Program

Kecekapan dan Analisis Jurang Teknikal anjuran PROTON.

Mengendalikan Program Verifikasi Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) melibatkan kakitangan teknikal yang

mana ia merupakan pengiktirafan SKM daripada

Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Jemputan kakitangan SPANCO ke Bengkel Pelaksanaan

Latihan dan Penilaian SLDN 2018 bagi Pusat Bertauliah SLDN yang melaksanakan

SLDN untuk menjamin kualiti Sistem Persijilan Kemahiran

Malaysia.

Antara program-program utama yang telah dijalankan sepanjang penubuhan SPANCO adalah:

kakitangan profesional berkualiti. Sejak beroperasi, pelbagai program latihan telah dianjurkan demi memantapkan kemahiran dan kepakaran khususnya kakitangan teknikal agar mereka dapat meningkatkan mutu servis dan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan.

PadaFebruari2017,SPANCOturutmenggunakan khidmat kepakaran dari VADS, sebuah anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia bagi melatih 29 orang kakitangan Penasihat Servis dan Kawalan Senggaraan. Program latihan jangka masa panjang ini merangkumi beberapa fasa yang melibatkan latihan dan latihan semula bertujuan mempertingkatkan lagi khidmat

Page 9: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 9

menghasil dan menyumbangkan tenaga mahir negara di samping pada masa yang sama, meningkatkan imej syarikat sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Sememangnya program-program yang dianjurkan adalah bertujuan bagi meningkatkan mutu Modal Insan yang berilmu pengetahuan lagi berdaya saing dalam menerajui pembangunan tenaga kerja mahir, setaraf dengan keperluan industri masa kini. Ia juga untuk meningkatkan produktiviti kerja sesuai dengan tahap yang dikehendaki oleh industri automotif. Malahan, para juruteknik juga didedahkan dengan penggunaan teknologi baharu yang lebih efisienmelaluiprogram-programtersebut.

SPANCO juga membantu kakitangannya dengan mewujudkan satu mekanisme tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran mereka iaitu melalui Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang mana kakitangan akan dianugerahkan Sijil

Kemahiran Malaysia mengikut tahap pengalaman kakitangan itu sendiri.

Hasil dari peningkatan kemahiran melalui program-program latihan yang dikendalikan, pelanggan tidak perlu ragu-ragu dengan hasil kerja SPANCO dan mereka akan dapat menikmati servis yang lebih berkualiti. Pelanggan juga akan lebih berpuas hati dengan penerangan dan bantuan yang diberikan oleh kakitangan yang mahir sekali gus mewujudkan komunikasi dan hubungan yang lebih baik antara pelanggan dan kakitangan teknikal.

Selaras dengan arus kepesatan pembangunan teknologi automotif, SPANCO akan sentiasa memastikan setiap kakitangannya tidak ketinggalan dalam mengemaskini ilmu pengetahuan mereka. Bagi tujuan itu, usaha akan diteruskan dalam mendapatkan maklumat dari pihak pengeluar dan pelanggan sendiri bagi sebarang maklum balas berkaitan aspek teknikal kenderaan.

pelanggan melalui sinergi manusia, proses dan teknologi.

Pada Mac 2017 pula, Program Cabaran Kepimpinan dan Pasukan telah berlangsung dan disertai 19 kakitangan. Program membina semangat berpasukan ini bertujuan membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan pasukan yang mantap.

Manakala pada Disember 2017, SPANCO telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebuah pusat bagi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah melahirkan lebih ramai juruteknik yang cekap dan berkaliber.

Pembabitan dalam program seperti SLDN di bawah penyeliaan JPK ini jelas membuktikan SPANCO mampu

Lawatan dan perjumpaan wakil SPANCO ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur berkaitan kerjasama latihan untuk program Sistem Latihan Dual Nasional.

Page 10: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201810

sErvIs Itu pENtINg

Bagi memastikan setiap Pusat Servis Diiktiraf (PSD) mematuhi piawaian perkhidmatan yang ditetapkan dan mengekalkan standard kualiti yang sama, sistem Audit 4M telah diperkenalkan oleh SPANCO pada 1 Disember 2014. Sistem penilaian ini telah digunakan oleh Proton Edar di semua cawangan servis mereka termasuk di Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO sendiri di Batu Caves dan Bangi yang merupakan Wakil Servis Sah Proton Edar.

Melalui pelaksanaan sistem ini, prestasi PSD diukur dan dinilai secara berjadual dari masa ke semasa. Kementerian Kewangan akan dimaklumkan mengenai penilaian audit PSD tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan menilai secara telus tanpa sebarang prejudis.

4M SebaGai Kayu PenGuKur

Sesuai dengan namanya, sistem Audit 4M menilai prestasi pusat servis berlandaskan kepada empat kriteria M iaitu ‘Method’, ‘Manpower’, ‘Machine’ dan ‘Material’.

Method atau Kaedah

Pengurus pusat servis perlu menentukan jumlah kereta yang akan diservis dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan. Beliau perlu mengenal

Audit 4M 1

2

3

4

Kaedah(Method)

Tenaga Kerja(Manpower)

Peralatan(Machine)

Bahan(Material)

Jamin semua Pelanggan mendapat servis berkualiti di seluruh negara

audit 4m

Page 11: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 11

pasti kaedah paling berkesan untuk setiap peringkat tugasan bagi mengelak sebarang pembaziran masa dan tenaga. Mengawal pembaziran adalah kunci utama kepada servis yang cekap.

‘Manpower’ atau Tenaga Kerja

Setelah kaedah dikenal pasti, pengurus pusat servis perlu menetapkan jumlah tenaga kerja yang diperlukan

Penilaian dan PerbincanGan

Keempat-empat aspek 4M itu kemudian akan dinilai seperti antaranya:

Hasil dari keputusan penilaian akan dibincangkan bersama dengan pemilik dan pengurus pusat servis terbabit. Jika terdapat kelemahan, Jabatan Audit SPANCO akan mengeluarkan notis peringatan. Satu tempoh akan diberikan kepada PSD untuk memperbaiki kelemahan mereka dan penilaian semula akan dibuat bagi memastikan kelemahan itu dapat diatasi.

Kemahiran dan kemesraan kakitangan.

Peralatan berada dalam keadaan baik dan diselenggarakan secara berkala.

Ruang kerja berkeadaan

selesa dan bersih.

Prosedur Operasi Standard (SOP)

dipatuhi.

Alat ganti tulen diguna dan diuruskan

dengan baik.

dan jawatan yang sesuai untuk setiap peringkat tugasan. Kakitangan perlu dilatih dan prestasi mereka dinilai. Selain itu tempoh setiap tugas dapat disiapkan juga perlu dioptimumkan.

‘Machine’ atau Peralatan

Setiap pusat servis perlu menyediakan kemudahan, jentera dan peralatan pusat

servis yang memenuhi standard. Kakitangan hendaklah diberikan peralatan yang sesuai untuk menyempurnakan tugas mereka secara berdikari

serta diberi latihan untuk menyelenggara peralatan

tersebut. Keselamatan kakitangan turut diutamakan dan pada masa yang sama kecekapan serta produktiviti mereka dipertingkatkan.

‘Material’ atau

bahan

Pusat Servis perlu menyediakan bahan-bahan yang

diperlukan untuk menyiapkan tugasan dengan secukupnya dan diletakkan di lokasi yang sesuai. Sebagai contoh, kesemua bahan untuk kerja pembersihan mestilah sentiasa tersedia di dalam pembungkusan yang mudah dicapai dan dibuka bagi mengurangkan pembaziran pergerakan kakitangan.

ManfaaT KePada PelanGGan-

PelanGGan SPancO

Sistem Audit 4M amat penting dalam mewujudkan kesefahaman dan kesinambungan bagi menjamin servis yang berkualiti untuk semua pelanggan-pelanggan SPANCO. Melalui pelaksanaannya, bukan sahaja pelanggan-pelanggan di PSW Batu Caves dan PSW Bangi malahan mereka yang berada di luar Lembah Klang turut diberikan perkhidmatan dengan tahap layanan dan mutu servis yang sama, baik dari aspek pengurusan luaran mahupun dalaman sesebuah pusat servis.

Page 12: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201812

pErsADA INovAsI

Pelumpuh Enjin Jarak JauhTeknologi ini telah pun lama wujud seperti OnStar contohnya yang telah berjaya menjejak dan mematikan beratus-ratus kenderaan yang dicuri. Pada 2020, alat atau sistem pelumpuh enjin kenderaan akan menjadi begitu sinonim dengan teknologi telematik malah akan mempengaruhi bagaimana fleet diuruskan.

Sistem ‘Override’ Ada kaitan dengan teknologi tanpa pemandu, namun sistem

‘override’ lebih kepada kebergantungan untuk membuat keputusan dalam situasi kecemasan. Sebagai contoh kereta

akan diberhentikan sendiri tanpa pemandu menekan brek bagi mengelak pelanggaran. Keputusan dilakukan oleh kereta

dengan bantuan sensor tanpa tindakan pemandu.

Kereta BiometrikHari ini, memang sedia maklum enjin boleh dihidupkan dengan sekadar menekan suis. Tetapi pada 2020 nanti,

segalanya menjadi lebih mudah apabila kereta boleh dibuka dan enjin dihidupkan dengan hanya menggunakan cap jari

anda. Konsep yang sama seperti telefon pintar.

01nO.

02nO.

03nO.

Industri automobil mempelopori teknologi dengan pelbagai reka cipta

dan sistem canggih untuk memberi keselesaan serta keselamatan

kepada pemanduan. Berikut adalah lapan teknologi terkini yang dijangka

bakal dinikmati pengguna kenderaan sebagai kelengkapan standard

pada 2020 nanti.

Teknologi kereTa Termaju pada Era 2020

Page 13: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

Sistem Penjejak Komprehensif

Kereta boleh dikesan dan dipantau dengan sistem penjejak yang lebih komprehensif. Pada

2020, bagi menggalakkan penggunaannya, syarikat-syarikat insurans mungkin akan menawarkan kadar premium

yang lebih rendah kepada pemandu-pemandu yang memasang sistem ini

kerana dirasakan lebih selamat dan mampu mempengaruhi sikap pemanduan yang berhemah.

06nO.

Sumber: DiterjemahdandiolahsemuladarirencanaasalolehForbes

Paparan Cermin Depan AktifTeknologi ‘Head-Up Display’ (HUD) telah pun digunakan pada cermin hadapan kereta sejak sekian lama. Pada 2020 HUD dijangka akan lebih terserlah dengan paparan warna-warni yang terang dan jelas yang dipancarkan pada cermin hadapan bagi membantu pengemudian.

07nO.

Pengiklanan Dalam Kereta Tidak mustahil, 2020 nanti setiap kereta dilengkapi Internet jalur lebar, memudahkan anda bergerak dengan pantas dalam memberikan maklumat perjalanan yang lebih lengkap dan terperinci. Ini memberikan peluang kepada pengiklan dan penyedia perkhidmatan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi berpandukan lokasi.

05nO.

Enjin Empat Silinder BerkuasaEnjin akan menjadi lebih kecil tetapi lebih berkuasa. Pada 2020, buat pertama kalinya kita akan dapat menyaksikan ‘supercar’ yang mampu mencecah kelajuan lebih 320kmj hanya menggunakan enjin empat silinder.

04nO.

JILID 4 | JuL - ogos 2018 13

Alat Pengawasan Kesihatan Kebanyakan kereta kelak akan dilengkapi dengan sensor pengawasan kesihatan yang dipasang pada tali pinggang keledar dan stereng. Apabila digabungkan dengan teknologi ‘autonomous’, kereta boleh berhenti dengan sendiri dan paramedik terus dihubungi jika pemandu mendapat serangan jantung ketika memandu.

08nO.

Page 14: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201814

MErAKAM CAtAtAN

sumbangan mesin hemodialisis sPanCOtelah membantu Pesakit buah Pinggang di seluruh negara

Pada tahun lepas, SPANCO telah menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program kerjasama antara KKM dan SPANCO untuk Projek Pengagihan Mesin Hemodialisis Di Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih.

Melalui sumbangan yang disempurnakan pada 22 Jun 2017, pihak KKM telah menguruskan pembelian dan pengagihan 15 mesin hemodialisis kepada hospital-hospital yang terpilih di seluruh negara iaitu Hospital Selayang, Selangor (3 unit), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (2 unit), Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (2 unit), Hospital Dungun, Terengganu (2 unit), Hospital Pasir Putih, Kelantan (2 unit), Hospital Pekan, Pahang (2 unit), Hospital Pulau Pinang (1 unit) dan Hospital Alor Gajah, Melaka (1 unit).

SPANCO sememangnya menyedari akan pentingnya untuk menyumbang kepada masyarakat dan amat berbesar hati dapat menjalankan program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) ini yang merupakan salah satu objektif teras syarikat. Ianya sedikit sebanyak telah

membantu lebih ramai pesakit buah pinggang di seluruh negara sekali gus membantu Kerajaan dalam menggantikan mesin sedia ada yang sudah usang dan rosak serta menambah kapasiti sedia ada di hospital-hospital Kerajaan.

Hospital Selayang, Selangor

Hospital Selayang, Selangor

Hospital Pekan, Pahang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang

Hospital Alor Gajah, Melaka

Page 15: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 15

disampaikan oleh ketua Pegawaieksekutif, dato’ hamzah mohdsalleh kepada Puan shamiliPoonmalar Vellapandian,setiausaha sulit kanan kepadamenteri kewangan malaysia,yb tuan lim guan eng

kementerian kewanganmalaysia, Putrajaya5 Jun 2018

Kunjung Hormat

Anugerah Pusat Servis Diiktiraf Cemerlang 2017

zon Wilayah Utara Pusat servis Proton edar,alor setar

25 Julai 2018

zon Wilayah Pantai Timur Pusat servis Proton edar,kuala terengganu

31 Julai 2018

Dato’ Paduka Haji Azman AbdullahHakim Mahkamah Tinggi

mahkamah Persekutuankuala lumpur29 Jun 2018

Dato’ Dr. Khalid IbrahimPengarah Kesihatan NegeriJabatan kesihatan negeri selangor10 Ogos 2018

Sumbangan RM1 Juta bagi Tabung Harapan Malaysia

Page 16: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201816

MErAKAM CAtAtAN

Lawatan Kerja

encik Thean Ming Fatt Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Pusat servis Wilayah, batu Caves26 Julai 2018

Lawatan SPANCo ke Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD)

Penjara kajang, selangor1 Ogos 2018

Mesyuarat Sistem Latihan Dual Nasional 2018

Pusat servis Wilayah, batu Caves4 Julai 2018

institut latihan Perindustrian kuala lumpur8 Ogos 2018

Page 17: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 17

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2018

Pusat servis Wilayah, batu Caves30 Jun 2018

Mesyuarat Kenderaan SPANCo MK ATMkementerian Pertahanan, kuala lumpur9 Ogos 2018

Taklimat SMART(Penyenggaraan Servis dan Risiko)

ibu Pejabat Polis kontinjen sabah18 Julai 2018

Taklimat Pengurusan Kenderaan

Sambutan Aidilfitri

Page 18: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201818

LIbur DEstINAsI

sabahKEINDAHAN BUMIBERCUTI SAMBIL MENEROKAI

Sabah bukan hanya terkenal dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Nusantara tetapi juga Hutan Taman Negara Kinabalu yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNeSCo kerana mempunyai pelbagai spesies tumbuhan dan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik. Malah, negeri di bawah bayu ini turut popular dengan kebudayaan pelbagai etnik serta tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi. Sempena dengan cuti Merdeka ini, mari kita berkunjung ke Sabah dan terokai destinasi menarik di sini.

MenyelaMi KehiduPan OranG uTan Gelagat orang utan sememangnya menarik untuk dilihat.

Primat yang lembut dan pemalu ini boleh anda temui di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang terletak di Hutan

Simpan Sepilok-Kabili, 24 km dari Bandar Sandakan. Dibuka pada 1964, kini terdapat 300 ekor orang utan yang anda boleh

saksikan sendiri di dalam habitat mereka yang semula jadi.

MendaKi GununG Kinabalu Pendakian ke gunung yang tertinggi di Malaysia ini dimulakan dari Taman Kinabalu, yang mana di taman ini sahaja anda sudah boleh merasai suasana sejuk berkabus dengan panorama gunung-ganang menghijau yang sangat memukau. Sepanjang pendakian, anda boleh menikmati kehijauan alam semula jadi sambil mengalami pengalaman pendakian yang mencabar tetapi menyeronokkan.

JILID 4 | JuL - ogos 201818

Page 19: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 19

eKSPlOraSi Keindahan alaM SeMula JadiMenyusuri keindahan alam Sabah, anda boleh ke Taman Kinabalu yang juga gerbang masuk ke Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Merentas hutan taman ini anda dapat menyaksikan keindahan flora serta pemandangan yang sangat mempesonakan. Lelah mendaki dan merentasi hutan anda boleh terus ke Poring Hot Spring terletak bersebelahan yang sangat terkenal dengan kepanasan airnya. Selain sesuai untuk merehatkan badan sambil merenggangkan otot, ia juga dikatakan bagus untuk mengubat penyakit kulit.

MenyinGKaP SeJarah Sabah dan MeniKMaTi haSilnya Berkunjunglah ke Kampung Budaya Monsopiad sambil belajar mengenai sejarah kaum Kadazandusun. Anda juga boleh ke North Borneo Railway yang mempunyai stesen kereta api klasik dengan sejarah dan seni tersendiri. Bagi penggemar mutiara, anda boleh berkunjung ke Pasar Malam Sinsuran selain mendapatkan pelbagai barang cenderahati yang menarik. Nikmati juga makanan laut yang segar dan murahdiPasarFilipina.

berSanTai di TaMan Marin TunKu abdul rahManBagi yang sukakan aktiviti lasak, di sinilah terletaknyaCoralFlyeryangmerupakan‘zipline’ yang terpanjang di dunia iaitu dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya. Pulau Manukan, pulau kedua terbesar di

Taman Marin Tunku Abdul Rahman ini pula terkenal dengan aktiviti ‘snorkeling’ dan ‘scuba diving’. Airnya yang jernih dan tenang dengan keindahan terumbu karang menjadikan ia pilihan popular untuk keluarga berehat dan bersantai.

PercuTian nyaMan di deSa caTTle dairy farM Juga digelar sebagai New Zealand kecil negeri Sabah kerana pemandangan sekeliling ladang lembu ini kelihatan seperti berada di New Zealand. Dengan ladang berumput hijau yang seluas mata memandang dikelilingi bukit bukau dan anda berpeluang melihat lembu hitam dan putih bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain. Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain berpeluang membeli susu segar terus dari ladang.

PenGalaMan MeMuKau di Gua GOManTOnG Gomantong Caves terletak di Sandakan ini memiliki keunikan dan keindahan yang cukup eksotik. Mempunyai dua buah gua yang boleh diterokai iaitu Simud Putih (Gua Putih) dan Simud Hitam (Gua Hitam). Gua-gua ini juga menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang di mana sarang yang lebih mahal boleh didapati di Simud Putih manakala yang agak murah di Simud Hitam.

Page 20: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201820

bICArA sIhAt

Makanan BernutrisiTingkaTkan Tenaga anda

Rasa letih dan kurang bermaya mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya stres, kurang rehat atau kurang nutrien di dalam tubuh. Salah satu cara untuk mengembalikan tenaga adalah melalui pengambilan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme iaitu sumber yang menyokong keupayaan tubuh untuk menukar makanan kepada tenaga. Vitamin B kompleks dan asid lemak omega-3 adalah antara yang mempunyai nutrisi peningkat tenaga paling tinggi. Berikut disenaraikan 10 makanan yang mampu meningkatkan tenaga:

SayuranSayuran dan buah-buahan memberi vitamin

dan mineral yang diperlukan tubuh agar merasa kenyang dan bertenaga sepanjang

hari. Brokoli, bayam dan sayuran lain mampu menyediakan sumber tenaga kepada tubuh.

Makan sekurang-kurangnya lima jenis sayuran setiap hari dan pilihlah sayuran berdaun hijau segar yang mengandungi

banyak nutrien dan vitamin.

TelurTelur merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh. Ia juga kaya dengan khasiat lain seperti vitamin A, B, B12, asid folik, zat besi, kalsium, fosfor dan kalium. Telur menyumbang kepada tenaga dalam pelbagai cara. Telur rebus adalah yang terbaik dan elakkan telur goreng bagi menghindarkan lemak tepu dan juga kolesterol.

Ikan SalmonSalmon mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan kaya dengan asid lemak omega-3 yang digunakan tubuh untuk membina blok bagi membina otot dan tisu-tisu serta meningkatkan tenaga. Asid lemak omega-3 juga mampu meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan depresi.

Page 21: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 21

Sumber: DiolahdariartikelasalolehHuffingtonPostHealthyLiving

Keletihan juga boleh disebabkan badan

kekurangan air sekali gus menjadikan anda cepat

penat. Minum banyak air kosong dapat

menambah tenaga dan juga langkah pertama

untuk meningkatkan tenaga. Minum

sembilan hingga 12 gelas setiap hari dan

elak dari minuman manis dan

bergas.

Air

KopiSecawan kopi sudah memandai untuk memberi daya tumpuan. Menurut kajian jangka panjang, amalan meminum kopi adalah baik untuk kesihatan secara keseluruhan seperti mengurangkan risiko demensia, kegagalan jantung dan juga beberapa jenis kanser.

Dark chocolateCoklat hitam (dark chocolate) mengandungi antioksidan yang tinggi dan juga rendah lemak. Pekatan koko di dalamnya mempunyai nutrien yang boleh melawan tekanan dan meningkatkan tenaga serta daya tumpuan. Coklat hitam juga mempunyai kafein yang membantu meningkatkan tahap tenaga dengan cepat. Coklat lain biasanya telah dicampurkan gula yang tidak baik untuk kesihatan.

KekacangMengandungi vitamin B, kekacang membekalkan tenaga dalam bentuk protein dan karbohidrat kompleks yang membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Ia juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga baik untukotakkeranadapatmempertingkatkankemampuanberfikir.

Buah SitrusSitrus adalah buah-buahan jenis limau seperti oren dan mandarin.

Selain kaya dengan vitamin C untuk menguatkan sistem imun, buah ini membantu meningkatkan tenaga. Ia juga merupakan sumber serat

yang sangat bagus untuk proses penghadaman, malah membantu mengawal tahap gula dalam darah dan memberi lebih banyak tenaga kepada tubuh.

Kacang Walnut

Kacang walnut mempunyai pekatan omega-3 yang paling banyak di antara kebanyakan

kekacang, menjadikan ia sebagai pembina tenaga

yang hebat.

BijirinMakanan yang mengandungi serat ini mempunyai vitamin B kompleks dan karbohidrat kompleks yang tinggi. Ia dapat menyediakan tenaga atau bahan bakar kepada otak dan badan. Bijirin (bran cereal) adalah makanan untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Page 22: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201822

Tayarbateri hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil servis sah Proton Edar

pILIhAN sErvIs ANDA

Sarawak - HuOng Seng MOtOr traDing SDn BHD - SiBu

HUoNG SeNG MoToR TRADING SDN BHDNo 16 Lorong Ding Lik Kong 39Jalan DingLikKong 9600 Sibu, Sarawak.Tel 084 336 160Faks 084 316 569Juruteknik | 7 Orang Hoist | 7 Unit

Sarawak - DuckHeMS car Service center SDn BHD - LiMBang

WAKIL SeRvIS SAH PRoToN eDARDUCKHeMS CAR SeRvICe CeNTeR SDN BHDLot 1417,1/2MileKubongRoadIndustrialEstate98700 Limbang, Sarawak.Tel 085 212 849Faks 085 213 635Juruteknik | 4 Orang Hoist | 4 Unit

Page 23: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 2018 23

PeRPINDAHAN Ke LoKASI BARU

Tayarbateri hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil servis sah Proton Edar

SaBaH – PerMaiSaBa SDn BHD - PenaMPang

WAKIL SeRvIS SAH PRoToN eDAR PeRMAISABA SDN BHDLot 2 & 3 Bangunan HM PenampangJalan Penampang Lama89500 Penampang, SabahTel 088 721 100Faks 088 724 416Juruteknik | 7 Orang Hoist | 7 Unit

Lokasi BaruWAKIL SeRvIS SAH PRoToN eDARoBM AUToMoBIL (M) SDN BHDKM 3, Jalan Kinamas (NT. 173143210)Beaufort -KotaKinabaluHighway,89807 Beaufort, Sabah.Tel 087 222 717Faks TiadaJuruteknik | 4 Orang Hoist | 4 Unit

Lokasi LamaPetronas Service StationJalan Pohon Batu, Lot CG205005894KM 6.5 Jalan Pohon Batu 87000 Labuan.

Page 24: CoverPrihatin JulyAug18 Final.pdf 1 17/08/2018 11:23 AM · Dato’ Hamzah Mohd Salleh SiDang Pengarang Peter Lim Shaheeran Jalalludin alwyn ahmad nazri aimi Diyana azuddin rusman

JILID 4 | JuL - ogos 201824

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Jungle_210x297mm.pdf 1 15/11/2016 3:33 PM