contohpenghargaan.docx

2
PENGHARGAAN مس ب ا له ل م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل اKe Kampung Miri bawa jerami, Singgah di kota membeli tapai, Teori dipelajari kognitif difahami , Tugasan dilaksana manfaat dicapai. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wata’ala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakanTugasan Projek ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana. Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar. Saya acap kali mendengar keluhan rakan-rakan saya dek timbunan kerja kursus yang melambak. Kebanyakan guru yang bergelar pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban, dan apa maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan. Jadi, saya tidak mahu mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif dalam melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang guru yang bergelar pelajar itu adalah yang paling dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negatif dan rengekkan jengkel yang berbunyi, dan menyumpah seranah KKBI yang tidak bersalah itu. Sepanjang proses

Upload: cikguami

Post on 09-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN Ke Kampung Miri bawa jerami,Singgah di kota membeli tapai,Teori dipelajari kognitif difahami ,Tugasan dilaksana manfaat dicapai.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakanTugasan Projek ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana. Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar. Saya acap kali mendengar keluhan rakan-rakan saya dek timbunan kerja kursus yang melambak. Kebanyakan guru yang bergelar pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban, dan apa maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan. Jadi, saya tidak mahu mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif dalam melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang guru yang bergelar pelajar itu adalah yang paling dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negatif dan rengekkan jengkel yang berbunyi, dan menyumpah seranah KKBI yang tidak bersalah itu. Sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah berbincang dengan ramai kawan tentang tajuk yang diberikan.Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Badrul Hisham Bin Ghazali selaku pensyarah pembimbing BMM 3043(E) PPGPJ Kohort 2 yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semua. Tidak dilupakan juga, kepada semua pensyarah IPGK Raja Melewar. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan sekalung apresiasi terima kasih kepada rakan-rakan PPG PJPK Kohort 2 Ambilan Feb 2012 yang telah banyak berkongsi maklumat pelaksanaan tugasan kepada saya selama ini. Jasa kalian semua akan saya kenang sampai bila-bila dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian, terimakasih