contoh ucapan aluan pengarah program

3
UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH ‘PROSPERITY NIGHT’ Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang saya muliakan, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Osman bin Mohd Tahir, Dekan Fakulti Rekabentuk & SeniBina, Universiti Putra Malaysia. Yang saya alukan juga ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staf-staf dan para pelajar sekalian. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Hadirin sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada malam yang damai ini bersempena Prosperity Night anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini kerana sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama meraikan tahun baru cina. Majlis pada malam ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka yang sudi hadir untuk turut serta dalam menjayakan Prosperity night ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada setiap tetamu. Hadirin yang saya hormati sekalian, Tujuan majlis pada malam ini diadakan bukan sahaja menyambut kedatangan tahun baru cina tetapi tujuan utama adalah mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara mahasiswa dan mahasiswi yang berbilang kaum seiring dengan kehendak perdana menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak. Selain itu, mengeratkan

Upload: mima-misran

Post on 30-Jun-2015

11.787 views

Category:

Documents


152 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh UCAPAN ALUAN PENGARAH PROGRAM

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH ‘PROSPERITY NIGHT’

Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang saya muliakan, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr.

Osman bin Mohd Tahir, Dekan Fakulti Rekabentuk & SeniBina, Universiti Putra Malaysia. Yang

saya alukan juga ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staf-staf dan para pelajar sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Hadirin sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul

pada malam yang damai ini bersempena ‘Prosperity Night’ anjuran Persatuan Mahasiswa

Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua yang hadir pada malam ini kerana sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama

meraikan tahun baru cina. Majlis pada malam ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada

sokongan daripada mereka yang sudi hadir untuk turut serta dalam menjayakan ‘Prosperity

night’ ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada setiap tetamu.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tujuan majlis pada malam ini diadakan bukan sahaja menyambut kedatangan tahun baru cina

tetapi tujuan utama adalah mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara mahasiswa dan

mahasiswi yang berbilang kaum seiring dengan kehendak perdana menteri kita Dato’ Seri Najib

Tun Razak. Selain itu, mengeratkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum dari Jabatan

Senibina Landskap, Jabatan Senibina dan Jabatan Rekabentuk Perindustrian. Serta menyemai

semangat kerjasama dan sikap toleransi dalam kalangan warga FRSB.

Page 2: contoh UCAPAN ALUAN PENGARAH PROGRAM

Para hadirin sekalian,

Pelbagai persembahan yang menarik yang kami sediakan pada malam ini antaranya jemputan

khas daripada Chinese Orchestra UPM yng turut mengadakan persembahan pada 6 Mac ini di

Dewan Putra 2, kolej serumpun. Selain itu, pasukan wushu UPM turut memeriahkan majlis kita

pada malam ini dan persembahan-persembahan yang menarik daripada pelajar-pelajar FRSB.

Diharap hadirin sekalian berhibur dengan program kita pada malam ini disamping menikmati

makan malam yang kami sediakan.

Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar majlis pada kali ini dapat memberi manfaat

kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi

hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat dicapai.

Akhir kata, saya mahu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih

kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa ke majlis ‘Prosperity Night” ini.

Sekian daripada saya.