contoh tugasan mengenai tingkah laku disruptif dan distruktif

12
1 KONSEP, JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DISRUPTIF DAN DISTRUKTIF, SEBAB WUJUDNYA TINGKAH LAKU TERSEBUT, TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI DAN KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID BERMASALAH TERSEBUT. PENGENALAN Tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang dilakukan (perbuatan) atau apa yang diperkatakan (ucapan/perkataan) oleh seseorang individu yang boleh diperhati, diukur dan dinilai secara zahir. Tingkah laku boleh terjadi sama ada secara terus atau tidak, dan secara sedar atau separa sedar. Dari segi saintifik, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Secara dasarnya, tingkah laku ialah apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu sama ada positif atau negatif. KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku bermasalah adalah merujuk kepada tingkah laku yang bermasalah yang melakukan gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar, mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa yang tertentu (Levin & Nolan, 2004). Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan prestasinya dari segi pelajaran, keupayaannya untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, masalah tingkah laku disebut sebagai „Abnormal Behavior „ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan

Upload: syazwani-shoib

Post on 24-Oct-2015

272 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

KONSEP, JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DISRUPTIF DAN DISTRUKTIF, SEBAB WUJUDNYA TINGKAH LAKU TERSEBUT, TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI DAN KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID BERMASALAH TERSEBUT.

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

1

KONSEP, JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DISRUPTIF DAN

DISTRUKTIF, SEBAB WUJUDNYA TINGKAH LAKU TERSEBUT, TEKNIK-TEKNIK

MODIFIKASI DAN KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID

BERMASALAH TERSEBUT.

PENGENALAN

Tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang dilakukan (perbuatan) atau

apa yang diperkatakan (ucapan/perkataan) oleh seseorang individu yang boleh

diperhati, diukur dan dinilai secara zahir. Tingkah laku boleh terjadi sama ada secara

terus atau tidak, dan secara sedar atau separa sedar. Dari segi saintifik, menurut

Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi,

prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang

melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku

mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai

konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan

lebih yakin. Secara dasarnya, tingkah laku ialah apa sahaja yang dilakukan atau

diperkatakan oleh seseorang individu sama ada positif atau negatif.

KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku bermasalah adalah merujuk kepada tingkah laku yang

bermasalah yang melakukan gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran

yang lancar, mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang

murid untuk jangka masa yang tertentu (Levin & Nolan, 2004).

Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang

tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan proses

pembelajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang

menghadapi masalah tingkah laku tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan

kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini

menjejaskan prestasinya dari segi pelajaran, keupayaannya untuk belajar dan

perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, masalah tingkah laku

disebut sebagai „Abnormal Behavior „ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan

Page 2: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

2

norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang

lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam

masyarakat.

Terdapat tingkah laku bermasalah yang positif dan negatif. Tingkah laku positif

merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan kanak-kanak kerana dengan

adanya tingkah laku ini, mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tingkah laku negatif pula biasanya boleh

membawa kesan yang tidak baik terhadap diri pelaku masalah dan orang lain yang

berada di sekelilingnya termasuk rakan sekelas, guru-guru, serta ahli keluarga.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku pada awalnya adalah untuk

mendapatkan perhatian dari individu tertentu.

Jika didalam bilik darjah, murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah

adalah untuk mendapatkan perhatian dari guru dengan cara menjerit, menangis

dengan kuat, bergaduh, menendang, menolak antara satu sama lain dan berlari-lari.

Kadangkala mereka mengoyak atau menconteng buku, meja, dinding dan pakaian

rakan sekelas yang lain (Glenn Myers Blair, 1991). Jika masalah awal seperti ini tidak

dibendung dan dimodifikasi dengan segera, dikhuatiri bahawa tingkah laku kanak-

kanak tersebut menjadi semakin serius mengikut pertambahan umurnya sehingga

mempunyai rekod polis.

KONSEP DAN JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DISRUPTIF DAN

DISTRUKTIF

Terdapat dua jenis kategori tingkah laku bermasalah menurut Boon Pong Ying

dan Ragbir Kaur (1998) iaitu dari segi positif adalah ingin tahu, cepat belajar, proaktif

dan pintar cerdas. Manakala dari segi negatif adalah distruktif, disruptif dan

bergantung.

Disini saya ingin menekankan dan menerangkan tentang tingkah laku negatif

jenis disruptif dan distruktif kerana dua jenis tingkah laku ini bukan sahaja melibatkan

gangguan dan kecederaan fizikal malah bakal memberi kesan jangka panjang keatas

mental pelaku dan individu lain yang terlibat.

Page 3: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

3

Tingkah laku disruptif juga dikenali sebagai tingkah laku menggangggu yang

dapat menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng,

1992). Tingkah laku jenis ini biasanya ditunjukkan oleh murid-murid yang lebih muda

yang berumur sekitar 7 hingga 10 tahun kerana mereka masih belum matang serta

sentiasa ingin bersuka-ria dan juga ditunjukkan oleh murid yang mempunyai masalah

kesihatan (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998).

Antara jenis tingkah laku disruptif ialah hiperaktif, suka membuat bising

berlebihan, melakukan pergerakan-pergerakan yang tidak perlu, ketawa kuat dan

menunjukkan sikap agresif seperti tolak-menolak atau tumbuk-menumbuk di dalam

kelas (Ee Ah Meng, 1992).

Definisi hiperaktif menurut O‟Leary (1980) ialah: hyperactivity is not one

particular condition; it is “a set of behaviors – such as excessive restlessness and

short attention span – that are quantitatively and qualitatively different from those of

children of the same sex, ental age, and SES” (Mohd Salleh Lebar, 1991).

Tingkah laku disruptif jenis hiperaktif adalah serius kerana ia berkaitan dengan

masalah kesihatan murid yang mengalaminya. Mereka akan berkelakuan terlampau

aktif berbanding murid-murid normal disamping mempunyai tenaga berlebihan, suka

bergerak ke sana sini tanpa tujuan, tidak boleh duduk diam di satu tempat, tingkah

laku sukar diramal dan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya serta tangan,

kaki dan badan sentiasa bergerak. Emosi kanak-kanak hiperaktif juga kurang stabil

seperti mudah naik darah, gemar merungut dan mudah dibangkitkan perasaannya

(Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998).

Tingkah laku disruptif jenis lain seperti melakukan pergerakan-pergerakan

yang tidak perlu, ketawa kuat dan menunjukkan sikap agresif seperti tolak-menolak

atau tumbuk-menumbuk di dalam kelas (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998)

biasanya dilakukan oleh murid normal yang bersifat inginkan perhatian individu

dewasa tertumpu kepadanya seorang.

Sesuatu masalah yang berlaku pasti mempunyai sebab-sebab atau punca-

puncanya yang tertentu. Antara sebab-sebab wujudnya tingkah laku disruptif

menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) adalah yang pertama, keadaan

fizikal bilik darjah. Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa seperti panas,

Page 4: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

4

sistem pengudaraan yang kurang baik dan jumlah murid yang terlalu ramai akan

menyumbang kepada wujudnya tingkah laku disruptif kerana keadaan bilik darjah

yang tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta akan

menyebabkan murid-murid bising dan bergerak ke sana sini di dalam bilik darjah

kerana tidak selesa.

Sebab yang kedua ialah keadaan sosioemosi bilik darjah dengan wujudnya

klik-klik atau kumpulan-kumpulan kecil yang tertutup. Klik-klik ini biasanya

menunjukkan tingkah laku agresif seperti tolak-menolak, tumbuk-menumbuk serta

menconteng dan mengoyak buku rakan sekelas. Peranan seseorang guru menjadi

sebab yang ketiga wujudnya tingkah laku disruptif. Guru yang kurang tegas

disiplinnya serta selalu menengking dan berleter juga akan menghadapi banyak

tingkah laku disruptif.

Sebab yang keempat pula ialah strategi dan teknik pengajaran guru yang tidak

menarik yang menyebabkan murid berasa bosan dan tidak mahu mengikuti pelajaran

seterusnya melakukan tingkah laku disruptif. Manakala sebab yang kelima ialah

penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dengan aras kebolehan murid.

Jika murid yang kurang pandai diberi bahan pembelajaran yang terlalu sukar

untuknya, dia tidak dapat membuatnya dan akan berasa kecewa lalu mula

mengganggu rakan-rakan yang lain untuk menolongnya menyelesaikan tugasan

tersebut. Manakala jika murid yang pintar cerdas diberi bahan pengajaran yang

rendah arasnya, mereka akan cepat berasa bosan dan mula mengganggu rakan

sekelas yang lain setelah dia menyelesaikan tugasannya.

Sebab yang keenam ialah masalah kesihatan murid seperti disleksia, iaitu

masalah pembelajaran bacaan dan ejaan dan tidak dapat memberi tumpuan untuk

masa yang lama, juga akan memperlihatkan tingkah laku mengganggu.

Tingkah laku disruptif perlu diatasi dan dicegah sebelum ia berubah menjadi

tingkah laku distruktif kerana dua jenis tingkah laku ini saling berkaitan antara satu

sama lain akibat tercalarnya emosi serta fizikal murid pelaku dan murid yang

diperlakukan yang menyimpan dendam terhadap si pelaku. Teknik-teknik modifikasi

dan kaedah pengajaran yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membantu murid-

murid bermasalah tingkah laku disruptif.

Page 5: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

5

Tingkah laku distruktif pula boleh juga dikenali sebagai tingkah laku

merosakkan yang paling kerap didapati di kalangan remaja atau pelajar-pelajar yang

berumur di antara 10 hingga 14 tahun kerana mereka adalah lebih dewasa dan lebih

berani menentang guru. Jenis-jenis tingkah laku distruktif termasuk permusuhan

yang nyata, vandalisme dan aktiviti kumpulan liar (Ee Ah Meng, 1992).

Permusuhan nyata (overt hostility) merujuk kepada penglibatan tindakan

fizikal atau lisan yang bertujuan untuk melukai atau menyakiti seseorang. Kanak-

kanak akan menunjukkan tingkah laku permusuhan yang nyata apabila mereka

berasa tersinggung, kecewa ataupun apabila mendapat penilaian yang negatif

daripada persekitaran mereka, contohnya daripada ibu bapa, guru atau rakan

sebaya.

Menurut ahli psikologi sosial, terdapat tiga teori utama tentang sebab

berlakunya permusuhan yang nyata (Ee Ah Meng, 1992). Yang pertama,

permusuhan nyata yang terdapat dalam naluri manusia kerana kanak-kanak jelas

menunjukkan sikap ini pada umur dua tahun (Lorenz, 1967). Yang kedua,

permusuhan nyata yang disebabkan kekecewaan, dan yang ketiga, permusuhan

nyata yang dipelajari sama ada dari individu yang berhampiran seperti ibu bapa yang

agresif, atau dipelajari dari sikap masyarakat seperti jenayah buli di jalan raya, atau

pengaruh daripada program-program televisyen yang dipenuhi unsur keganasan dan

pembunuhan.

Vandalisme merujuk kepada tingkah laku merosakkan peralatan dan harta

benda awam yang dilakukan oleh murid yang berasa kecewa dan marah lalu

melepaskan geram dan marahnya dengan merosakkan meja, kerusi dan peralatan di

dalam bilik darjah, menconteng dinding tandas sekolah atau di tempat-tempat lain

dengan perkataan-perkataan yang berbaur ugutan, atau merosakkan telefon dan

menconteng tandas awam jika berada di luar sekolah (Boon Pong Ying & Ragbir

Kaur, 1998).

Manakala aktiviti liar pula merupakan tingkah laku yang agak serius dan

memerlukan kawalan dari pihak luar seperti polis. Remaja yang terlibat biasanya

menjadi anggota geng liar tertentu dan mempunyai permusuhan yang nyata dengan

geng lain atau dengan guru. Mereka ini akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti keganasan

Page 6: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

6

seperti tumbuk-menumbuk secara fizikal, mengugut atau menumbuk guru,

mencalarkan kereta guru atau mengeluarkan angin daripada tayar kereta guru

termasuk pelbagai aktiviti lain untuk membalas dendam terhadap guru yang telah

menyebabkan mereka marah atau tersinggung (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur,

1998).

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU BERMASALAH

Guru-guru perlu mempelbagaikan teknik untuk memodifikasikan tingkah laku

murid-muridnya dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku

bermasalah di dalam bilik darjah. Setiap orang guru perlu menyimpan rekod salah

laku murid-muridnya dengan menyatakan apa yang telah berlaku, bila ia berlaku dan

bagaimana ia berlaku. Proses merekod ini amat penting dalam memodifikasikan

tingkah laku dan juga sebagai bahan rujukan guru di masa hadapan.

Antara teknik modifikasi tingkah laku bermasalah termasuk peneguhan positif,

dendaan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak sama ada dalam

bentuk lisan atau bertulis, time out, dan pengasingan.

Peneguhan positif ialah proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah

laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang

yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku murid-muridnya. Terdapat dua

ganjaran peneguhan positif iaitu yang pertama, ganjaran primer seperti susu,

makanan dan gula, dan yang kedua, ganjaran terlazim seperti bintang, token,

markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan sama ada dalam bentuk

lisan atau bertulis, permainan dan aktiviti, ekspresi wajah guru atau gerak-geri guru.

Jika peneguhan positif tidak berkesan, guru boleh melaksanakan hukuman

dalam bentuk dendaan. Semua hukuman denda perlu dimaklumkan kepada murid

dan pihak sekolah mesti menentukan bahawa sesuatu hukuman itu betul-betul

dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Terdapat beberapa dendaan

yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti dimarahi oleh guru, diberikan amaran

apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman aktiviti amal dengan membuat

kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan mencuci tandas, merotan, memanggil

ibu bapa ke sekolah, melaksanakan times out sama ada dalam bilik darjah atau di

luar bilik darjah dan menghantar murid ke bilik guru besar jika tidak mengikut arahan

Page 7: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

7

guru, dan gantung atau buang sekolah jika tingkah laku tersebut mencapai tahap

serius.

Teknik psikologi terbalik atau reverse psychology pula memerlukan kemahiran

guru dalam menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif

kepada tingkah laku positif. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengatakan

sesuatu untuk mendapat satu reaksi bertentangan. Contohnya, untuk menyuruh

murid diam, guru menyatakan “teruskan buat bising kuat-kuat” dengan nada yang

kuat dan tegas. Secara tidak langsung murid-murid akan faham yang guru

menghendaki mereka diam.

Shaping ialah satu teknik atau usaha memberikan ganjaran secara bertahap

kepada murid setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang

ditetapkan guru. Ganjaran akan menjadi semakin lumayan jika murid bergerak

hampir ke arah matlamat akhir.

Token ekonomi ialah teknik dimana guru memberikan token untuk mengawal

tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

supaya tidak terganggu. Setiap kali murid menunjukkan tingkah laku yang positif, dia

akan diberikan satu token oleh guru. Token boleh diberikan dalam bentuk kad-kad

berwarna atau bintang yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Sebagai contoh kad biru

sebanyak lima markah, kad merah sebanyak 10 markah dan seterusnya. Jika murid

telah mengumpul banyak markah, maka akan diberikan hadiah. Ini akan

memotivasikan murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

Membuat kontrak juga merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku

bermasalah yang boleh dilaksanakan antara guru dengan muridnya supaya murid

sentiasa menunjukkan tingkah laku yang positif. Kontrak boleh dibuat sama ada

secara lisan atau bertulis. Jika dibuat secara bertulis, murid perlu

menandatanganinya dan terdapat peraturan tertentu yang perlu diikuti. Contohnya,

jika murid menunjukkan tingkah laku yang baik dan prestasi kerja yang tinggi, murid

akan diberikan ganjaran. Tetapi jika murid melanggar peraturan, maka hukuman

akan dikenakan. Segala ganjaran atau hukuman adalah mengikut apa yang

dipersetujui di dalam kontrak.

Page 8: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

8

Teknik modifikasi tingkah laku yang seterusnya adalah „time out’. Dalam teknik

„time out’, jika murid melakukan kesalahan, maka akan dikeluarkan daripada bilik

darjah dan dibiarkan dalam bilik kecil yang berdekatan atau mana-mana sudut bilik

darjah. Apabila murid tersebut berkelakuan positif, maka akan dibenarkan masuk

semula ke dalam kelas. „Time out’ amat berkesan untuk kanak-kanak berumur 4

hingga 12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk duduk dalam masa „time out’ ialah

diantara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang

dilakukan. Selepas masa hukuman dijalankan, guru perlu terangkan kenapa beliau

melakukan hukuman tersebut. Kemudian arahan yang asal diberikan semula kepada

murid tersebut dan jika murid mengikut arahan yang diberikan akan dipuji manakala

jika masih tidak mengikut arahan maka akan terus dikenakan hukuman.

Teknik pengasingan merupakan teknik dimana murid yang melakukan kesalahan

disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan ke dalam kelas detensi untuk

menjalani hukuman yang ditetapkan oleh guru. Satu konsep yang penting dalam

teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah

negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah sesuai

apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah diingatkan

oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini, guru tidak akan memberikan perhatian

kepada tingkah laku bermasalah sehinggalah murid berubah sikap. Jika masih tidak

mengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas detensi disyorkan.

Sesi bimbingan dan kaunseling juga boleh diadakan untuk mengenal pasti serta

membantu memodifikasikan masalah tingkah laku. Selain itu, program pendidikan

moral, penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum sekolah dengan tidak mengira

matapelajaran dan penubuhan kelab bimbingan rakan sebaya juga sedikit sebanyak

dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah atau kesulitan-kesulitan yang

dihadapi oleh pelajar.

KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang dapat diaplikasikan oleh guru

untuk membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan menarik

serta dapat menarik fokus pelajar terutamanya yang mempunyai tingkah laku

disruptif dan distruktif dari awal hingga ke akhir pembelajaran. Teknik mengajar boleh

Page 9: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

9

diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengawalan kelas, pengendalian karenah

pelajar, pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran yang sering menjadi pilihan guru-

guru serta mudah dilaksanakan antaranya ialah belajar sambil bermain, main

peranan, kaedah dan teknik pengajaran tematik, kaedah dan teknik pemudahcaraan

dan juga tunjuk cara (demonstrasi).

Kaedah belajar sambil bermain merupakan satu teknik dan kaedah mengajar

yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti permainan yang

menyeronokkan tanpa meninggalkan fokus pembelajaran. Guru akan merekacipta

permainan yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang akan diajari. Secara tidak

langsung aktiviti bermain sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid

mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-

kemahiran yang baru diperolehi.

Kaedah main peranan merupakan satu lakonan secara spontan oleh

sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Murid yang mempunyai

tingkah laku bermasalah boleh diarahkan menjadi pelakon. Contohnya, murid

melakonkan watak-watak haiwan tertentu dalam sistem siratan makanan semasa

matapelajaran sains. Lakonan sebaik-baiknya antara lima hingga tujuh minit. Di akhir

lakonan, guru akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-

pelakon dan cara menyelesaikan masalah serta membuat rumusan tentang perkara

yang dilakonkan.

Manakala kaedah pengajaran tematik boleh diertikan sebagai pokok

pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan memecahkan murid

kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

diberikan satu tajuk dengan tema yang sama. Setiap kumpulan akan melakukan

perbincangan dan akan menghantar wakil ke hadapan kelas untuk membentangkan

hasil perbincangan.

Kaedah pemudahcaraan pula menumpukan kepada kemahiran sesorang guru

untuk memotivasikan murid-murid, membimbing serta menggalakkan mereka aktif

dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Guru perlu

Page 10: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

10

sering menyoal murid-murid terutamanya yang bertingkah laku disruptif dan distruktif

dengan menggunakan teknik penyoalan dalam kaedah pengajaran ini agar murid-

murid dapat mengingati ilmu yang telah dipelajari dan yang sedang dipelajari.

Kaedah pengajaran popular yang terakhir yang boleh diaplikasikan oleh guru

ialah kaedah tunjuk cara (demonstrasi). Kaedah ini memerlukan guru melakukan

demonstrasi atau menunjukkan kepada murid-murid cara-cara melakukan dan

menyelesaikan sesuatu tugasan berkaitan tajuk yang diajari. Setelah itu, murid-murid

akan mengikut tunjuk cara guru tersebut untuk melakukan tugasan yang diberikan.

REFLEKSI

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan

masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada

kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses

pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di

sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi

bahu yang memikul”. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.

Sebenarnya, kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan

keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang

terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang

tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan

keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas boleh

menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.

Sebagai seorang guru pelatih, tugasan Psikologi Pendidikan (EDC 2103) ini

secara tidak langsung sangat membantu saya dalam menguruskan masalah disiplin

murid-murid yang saya alami di sekolah terutamanya didalam kelas-kelas yang

diamanahkan untuk saya mengajar ketika ini. Sebelum tugasan ini diberikan dan

dilaksanakan, saya mengalami masalah tentang cara bagaimana untuk

menguruskan tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid-murid dalam kelas

saya terutamanya tingkah laku disruptif kerana saya mengajar murid-murid KSSR

tahun 1 sehingga tahun 3.

Page 11: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

11

Setelah melakukan pelbagai kajian, disertai teknik bacaan buku-buku ilmiah

dan perbincangan bersama rakan-rakan guru bagi mencari bahan-bahan untuk

menyiapkan tugasan ini, sedikit sebanyak saya telah menjumpai beberapa kaedah

atau teknik yang boleh dilaksanakan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah

di sekolah. Antaranya teknik peneguhan positif, dendaan atau hukuman, reverse

psychology (psikologi berbalik), shaping, token ekonomi, kontrak sama ada dalam

bentuk lisan atau bertulis, times out, pengasingan, sesi bimbingan dan kaunseling,

program pendidikan moral, penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum sekolah

dengan tidak mengira matapelajaran dan penubuhan kelab bimbingan rakan sebaya.

Disamping itu, kaedah pengajaran berkesan yang disertai bahan bantu mengajar

yang menarik dan teknik permainan-pengajaran yang menyeronokkan juga boleh

diaplikasikan setiap guru matapelajaran untuk menarik minat dan fokus murid.

Saya berharap tugasan Psikologi Pendidikan (EDC 2103) ini bukan sahaja

dapat membantu saya pada masa kini malah di masa hadapan juga. Dan saya juga

berharap bahawa dengan adanya pengetahuan baru tentang tingkah laku

bermasalah serta teknik modifikasi tingkah laku, maka dapatlah saya membantu

guru-guru lain yang turut mengalami masalah yang serupa dengan saya terutamanya

guru-guru baru yang hendak mula mengenal dunia pengajaran dan pengurusan

tingkah laku serta pelbagai karenah murid yang sangat menguji kesabaran.

Page 12: Contoh Tugasan Mengenai Tingkah Laku Disruptif Dan Distruktif

12

BIBLIOGRAFI

1. Mohd Salleh Lebar, 1991, Psikologi Perkembangan dan Pendidikan, Longman

Malaysia Sdn. Bhd, Selangor.

2. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998, Siri Bimbingan Diploma Perguruan –

Psikologi 1 (Semester 1), Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor.

3. Ee Ah Meng, 1992, Psikologi Perkembangan – Aplikasi Dalam Bilik Darjah,

Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

4. Glenn Myers Blair, 1991, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

5. http://mgcmpi.wordpress.com/bahan-profesional/kaedah-pengajaran-

berkesan/

6. http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/cara-mengenalpasti-murid-

yang_30.html

7. http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-

laku.html

8. http://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/konsep-tingkah-laku-

bermasalah-jenis.html