contoh syarahan

10

Click here to load reader

Upload: firdaus-ainun

Post on 21-Oct-2015

214 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

syarahan

TRANSCRIPT

Page 1: contoh syarahan

SYARAHAN SEKOLAH CINA DAN TAMIL

Contoh Teks Syarahan PSUB (Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis)

SRJK(C) dan SRJK(T)Teks 1: Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan

YANG kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan “Bahasa Kebangsaan

Nadi Perpaduan”. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang

arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam

mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara

keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen penting yang menjadi

tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita.

Hadirin yang saya kasihi, Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya

perpaduan hari ini ialah bahasa yang digunakan bersama. Hal yang demikian kerana

sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi

semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi

komponen penting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang

budiman, Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa

kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai

kaum telah sepakat perlu adanya satu bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh

rakyat. Hubungan yang intim akan terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara

satu sama lain menggunakan satu bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara,

malahan kita sanggup berkongsi bahasa atas nama perpaduan bak kata pepatah ” Di

mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Hadirin sekalian,

Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa dan

agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang.

Cuba fikir sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran tanpa

bahasa? Tentunya tidak, hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa

perpaduan negara akan menemui kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat

Page 2: contoh syarahan

penting untuk menjamin kemajuan dan kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu,

bahasa bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan

merupakan aset penting untuk menjana kemajuan dan kestabilan yang berterusan.

Sidang hadirin, Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita

tunggu? Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara tercinta.

Sekian, terima kasih. *Peserta di atas telah dinobatkan sebagai Johan Negeri Perak

Teks 2: Hidup Muafakat Membawa BerkatBerat sama dipikul, Ringan sama dijinjing,

Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana muafakat.Salam perpaduan dihulurkan

untuk semua. Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya hormati, dif-dif kehormat,

panel hakim yang arif lagi bijaksana serta sentiasa menegakkan paksi kebenaran,

warga pendidik yang budiman seterusnya hadirin yang saya kasihi. “Hidup Muafakat

Membawa Berkat” begitulah nada lirik syarahan saya pada hari ini.Tuan-tuan dan puan-

puan,, Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat

majmuk seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang

suci. Kita perlu berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira ras dan warna kulit.

Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar

dalam ingatan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh. Dengan terbinanya amalan berkerjasama antara kaum, maka akan

wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan

bekerjasama, perbalahan dan pergeseran kaum mudah berlaku.Sidang dewan yang

saya kasihi, Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas

Perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad? Dalam cabaran yang kelima telah

dinukilkan dengan jelas iaitu untuk membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini

bermakna rakyat

Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya dan agama

tanpa sekatan dan kongkongan. Masyarakat Tionghua tanpa canggung memakai baju

kurung dan kebaya. Begitu juga masyarakat Melayu betapa anggun mengenakan

ceongsam dan sari. Keadaan inilah yang menonjolkan keunikan negara

Malaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan

agama.Hadirin yang saya hormati,Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan

Page 3: contoh syarahan

masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa

memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin, yang sakit diziarahi.Susah senang

sesama jiran ditangani bersama. Bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan

pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada sanubari. Justeru, marilah kita sama-

sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari

semangat kejiranan. Saranan ini bertepatan dengan dasar kebudayaan yang

menggalakkan keharmonian perhubungan antara kaum. Jiran sepakat membawa

berkat.Warga dewan yang setia,Generasi hari esok adalah pewaris kepemimpinan hari

ini. Institusi pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi berilmu,

berakhlak dan mempunyai jati diri. Seandainya sikap individualisitik dan materialistic

wujud di kalangan pelajar maka berkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap

rakan etnik yang lain. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini

dapat ditangani demi kepentingan perpaduan nasional. Akhirnya marilah kita bersama-

sama bersatu mengekal dan mengukuhkan permuafakatan.Sebelum saya mengundur

diri, renunglah madah ini “Jangan biarkan kudis menjadi sopak, sopak pula menjadi

kusta”. Sekian, terima kasih. 

Page 4: contoh syarahan

Teks 3:  Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan  

Terima kasih pengacara majlis, salam perpaduan sya hulurkan kepada panel hakim

yang adil lagi teguh dipaksi kesaksamaan, dif-dif jemputan yang budiman, seterusnya

hadirin sekalian.Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk menyampaikan sebuah

syarahan yang bertajuk “Sains dan Teknologi pencetus perpaduan”. Sebelum saya

menyambung hujah-hujah, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan ini. Sains adalah

satu disiplin ilmu, teknologi ciptaan secara sistematik dan terkini, pencetus diertikan

sebagai menerbitkan dan perpaduan bermaksud penggabungan. Maka frasa “Sains

dan Teknologi Pencetus Perpaduan” dapatlah ditakrifkan sebagai ciptaan peralatan

yang moden dan canggih dapat menerbitkan rasa persahabatan yang akrab dan

jitu.Hadirin sekalian,Hari ini dunia menjadi semakin sempit. Jarak bukan lagi

penghalang kepada perhubungan sejagat. Ini kerana terciptanya peralatan yang

berteknologi tinggi, kita boleh berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Antara peralatan

komunikasi tersebut ialah komputer dan telefon selular. Dengan menggunakan ciptaan

moden ini perhubungan akan bertambah akrab tanpa mengambil masa yang lama atau

mengira tempat untuk berhubung. Walau di pelosok mana kita berada, komunikasi

dapat diteruskan, terserahlah kepada kita untuk mengoptimumkannya, tepuk dada,

tanya selera. Ciptaan moden seperti kereta, kapal terbang dan monorel pula dapat

membawa kita lebih pantas ke destinasi tertentu untuk menziarahi kaum keluarga,

rakan dan taulan. Jika dahulu jarak tertentu memakan masa yang lama untuk tiba,

tetapi kini jarak yang sama masa yang singkat diperlukan. Kemudahan berziarah ini

boleh melahirkan perpaduan terutama jika dilakukan pada saat rakan ditimpa musibah.

Amalan berziarah pada musim perayaan akan menjadi lebih rancak dengan adanya

kemudahan ini. Begitulah hebat dan bermanfaatnya sains dan teknologi dalam

memupuk perpaduan.Melalui komputer juga kita dapat mengetahui tentang adapt,

resam, budaya dan kepercayaan kaum yang lain. Apabila kita sudah mengetahui maka

kita akan menghormatinya pula. Di samping itu, dengan sendiri kita akan menjauhkan

diri daripada bercakap atau menulis tentang sesuatu yang boleh menyinggung

perasaan dan emosi rakan kita daripada kaum yang lain. Dengan itu, unsur-unsur yang

mengganggu gugat perpaduan dapat dihindarkan.Warga dewan yang dihormati,Dunia

hari ini berada di hujung jari anda, bukan sahaja mencari maklumat, malah membeli

Page 5: contoh syarahan

belah juga boleh dibuat tanpa bergerak ke mana-mana. Anda hanya perlu duduk dan

melayari laman-laman web yang tersedia ada. Kini tiada lagi penat berjalan.Hadirin

sekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, saya menyeru agar semua yang ada di

dewan ini menggunakan sains dan teknologi bagi merapatlan perpaduan sesama warga

negara ini.Sekian, terima kasih.

Teks 4: Wawasan Negara Membentuk Perpaduan

Sebelum kata membawa bicara, sembah dan salam hamba pohonkan Terima kasih

tuan/puan pengerusi majlis, yang dihormati panel hakim yang arif lagi bijaksana, warga

pendidik dan seterusnya sidang dewan yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera

pembuka bicara. Wawasan Negara Membentuk Perpaduan, begitulah tajuk syarahan

saya pada hari yang berbahagia ini.Hadirin sekalian,Merujuk Kamus Dewan, wawasan

merupakan satu pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa hadapan

bagi mencapai matlamat sebuah organisasi atau negara. Perpaduan pula membawa

maksud, bergabung menjadi satu atau sepakatWawasan negara membentuk

perpaduan, bermaksud gabungan keseluruhan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang

telah dilancarkan oleh bekas Perdana menteri kita tun Doktor Mahathir pada 28

Februari 1991, ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Warga

dewan sekalian,Wawasan 2020 merupakan satu cetusan idea untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu dan maju mengikut acuannya sendiri.

Dengan lain perkataan, kita mahu maju setanding dengan negara-negara lain dan pada

masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ke-Malaysiaan kita. Fikirkan sejenak, mampukah

negara mencapai dan mengecapi kemewahan tanpa perpaduan? Tentunya

tidak. Hadirin sekalian, sejarah telah membuktikan bahawa, tanpa perpaduan negara

akan menemui kehancuran Justeru, cabaran pertama dalam Wawasan negara adalah

mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu dan maju yang mempunyai matlamat

untuk dikongsi bersama.Sidang dewan yang dihormati, Usaha-usaha mengintegrasikan

rakyat melalui pelbagai program seperti pelancaran bulan citrawarna, pendidikan

komuniti dan rakan muda adalah contoh-contoh aktiviti yang dapat menyumbang ke

arah pembentukan perpaduan bangsa Malaysia, bak kata pepatah, “Bulat air kerana

pembentung, bulat kata kerana sepakat” Masyarakat Malaysia diharapkan dapat

Page 6: contoh syarahan

bersaing secara dinamik dan kental dalam era globalisasi dan dunia tanpa

sempadan.Justeru, janganlah kita kembali menjadi Pak Kaduk, ayam menang,

kampung tergadai, atau ibarat ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati

kehausan.Akhir kata, mari marilah kita bersama-sama menghayati wawasan negara

yang kita impikan. Sekian sahaja syarahan saya. Saya sudahi dengan serangkap

pantun buat semua.Sungguh jelita si puteri rupawan, Dikagumi putera jauh dan dekat;

Wawasan negara membentuk perpaduan, Utuh perpaduan sejahteralah rakyat. Sekian,

terima kasih.

Teks 5: Satu Bangsa Satu Negara

KATA disusun indah bahasa, Bibir tersenyum manis bicara, Satu bangsa satu negara,

Lambang perpaduan rakyat Malaysia.Terima kasih pengacara majlis, panel hakim yang

sentiasa menegakkan keadilan, para tetamu yang budiman, seterusnya hadirin yang

dihormati.Apakah yang dimaksudkan Satu Bangsa Satu Negara? Satu bermakna

tunggal, bangsa pula dimaksudkan sebagai ras atau keturunan dan negara pula adalah

suatu lingkungan kawasan yang berdaulat dan bersempadan. Justeru, frasa Satu

Bangsa Satu Negara dapatlah disimpulkan sebagai sebuah negara yang hanya

mempunyai satu bangsa sahaja. Tidak dua, tidak tiga.Negara kita

Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan oleh pucuk

pimpinan negara. Pada tahun 2020,

Malaysia akan muncul berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan negara maju

yang lain. Antara elemen utama mencapai cita-cita tersebut ialah perpaduan di antara

bangsa yang terdapat di

Malaysia. Justeru, pemimpin kita ingin mewujudkan konsep satu bangsa satu

negara.Sidang hadirin sekalian, Konsep satu bangsa satu negara bermakna semua

bangsa yang terdapat di negara ini hanya dikenali sebagai bangsa

Malaysia. Tanpa mengubah anutan atau kepercayaan, bangsa Malaysia diharapkan

menjadi lambang kepada negara

Malaysia yang bersatu.Apabila ini menjadi kenyataan diharapkan tiada lagi masalah

perkauman yang timbul. Semua warga Malaysia merasakan diri mereka sama

Page 7: contoh syarahan

tara di bumi bertuah ini. Lalu, jadilah kita bagai aur dengan tebing bukanlah seperti

enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.Anasir luar juga tidak

boleh menimbulkan perasaan iri hati antara warga, kerana kita sudah sehati sejiwa,

seia sekata, perumpamaan ada berkata, bukit yang tinggi sama didaki, lurah yang

dalam sama dituruni. Keselamatan negara juga menjadi tanggungjawab bersama.

Sebagai satu bangsa yang bersatu tiada lagi yang terkecuali secara sengaja atau tidak,

dalam mempertahankan negara ini apabila diserang secara fizikal atau ekonomi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana kita sebagai warganegara berdiri teguh di

belakang pucuk pimpinan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi suatu ketika

dulu.Satu bangsa bukanlah bermakna kita meninggalkan anutan dan kepercayaan

masing-masing. Tetapi ianya hanya satu lambang perpaduan sesama rakyat

Malaysia. Senario ini sama dengan penggunaan bahasa

Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.Sidang dewan yang dimuliakan,Bukanlah

hanya di

Malaysia yang mengamalkan konsep satu bangsa satu negara. Bahkan, negara rantau

Asia yang lain seperti negara Thailand dan

Indonesia turut mengamalkan konsep yang sama. Percayalah hadirin sekalian tanpa

tenaga dan fikiran, seluruh warga

Malaysia tidak akan ke mana-mana. Biar gelora membadai, biar mentari hangus

membakar namun Satu Bangsa Satu Negara tetap dipertahankan.