contoh surat jemputan sebagai panel forum
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Contoh Surat Jemputan Sebagai Panel Forum
1/2
UKM 3.31/31/04.05PMFPI/11/OPKIM/ /53
19 JULAI 2006 / 21 JAMADIL AKHIR 1427
Dr. Sulaiman bin Ibrahim
Pensyarah,Jabatan Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melalui,
Prof Madya Dr Idris bin Zakaria
Penasihat,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yang berbahagia Dr,
JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL BAGI FORUM AGAMA EHWAL ISLAM.
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan program Operasi KhidmatMasyarakat (OPKIM SULONG)06 pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006
bertempat di Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2. Sehubungan itu kami berbesar hati menjemput Ybhg. Dr untuk hadir sebagai ahli
panel Forum tersebut. Disertakan tarikh, masa, tempat dan topik perbincangan untuk
makluman Ybhg. Dr.
Tarikh: 19 Ogos 2006 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Perkarangan Pasar Parit Sulong, Johor
Topik : Keluarga Sakinah-Rumah Ku Syurga Ku
3. Segala jasa baik dari pihak Yang Berbahagia Dr. amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Yang Berbahagia Dr. akan memperolehikebaikan dan keberkatan dengan kerjasama yang diberikan.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 43600 UKM, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 017-6240608 FAX : 03-89253902
-
8/14/2019 Contoh Surat Jemputan Sebagai Panel Forum
2/2
Sekian,terima kasih.
BELIA CEMERLANG PEMANGKIN KEGEMILANGAN UMMAH
Yang Menjalankan Amanah,
.............................................................
Huszarudin Bin Haji Hussin
Ketua Pengarah
Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)06,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
s.k Dekan Fakulti Pengajian Islam
Penasihat Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Setiausah Agung PMFPI
*sebarang pertanyaan sila hubungi Husza 017-7009275
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 43600 UKM, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 017-6240608 FAX : 03-89253902