contoh laporan jahitan 3

Upload: lee-see-hua

Post on 18-Oct-2015

333 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RBT3120

TRANSCRIPT

  • 1

    1.0 PENGENALAN

    Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk

    dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di

    negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi

    orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan

    dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan

    pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan

    hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki

    blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan

    penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan

    melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.

    Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan

    fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod

    kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran

    badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos.

    Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan

    ukuran untuk patung bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah

    diberikan. Kemudian, mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus.

  • 2

    2.0 CETUSAN IDEA

    Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang di

    adaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau pencantuman idea-idea yang telah

    dijana boleh diaplikasikan bagi membantu penghasilan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif.

    Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen, marker, pensil, dan

    pensil warna. Beberapa proses reka cipta perlu dilakukan oleh seseorang pereka bagi

    menghasilkan produk yang berkualiti. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber

    semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan

    idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan.

    Berikut adalah 3 cetusan idea yang saya buat dan cetusan idea yang ketiga menjadi pilihan saya.

  • 3

  • 4

  • 5

  • 6

  • 7

    3.0 PENGGUNAAN FABRIK

    FABRIK YANG DIGUNAKAN (Fabrik Cotton)

    Fabrik yang digunakan dalam membuat blaus adalah fabrik cotton. Pemilihan fabrik ini keranan

    fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di

    Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu,baju kurung, blaus, Pakaian sekolah,T-shirt

    dan sebagainya. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan

    biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik cotton kerana ia sesuai digunakan

    untuk membuat blaus selain dapat memudahkan saya untuk menjahit dan membentuk

    terutamanya pada bahagian kolar yang dipilih. Fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan

    saya untuk membuat ukuran dengan tepat semasa mengunting selain ia mudah dijahit. Struktur

    fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit hiasan

    berbanding dengan fabrik lain strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang

    digunakan saya juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat

    menjimatkan kos blaus yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan adalah tidak bercorak

    bagi memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada

    fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah

    bergantung pada fabrik yang dipilih.

  • 8

    3.1 Mengambil Ukuran Bahagian Blaus

    - Lebar bahu

    Ukur dari hujung tulang

    bahu kiri hingga ke

    hujung tulang bahu

    kanan

    - Labuh lengan panjang

    Ukur dari hujung tulang

    bahu kanan hingga ke

    pergelangan tangan

    mengikut labuh lengan

    yang bersesuaian

    - Bukaan tangan lengan

    panjang

    Ukur lilitan hujung

    pergelangan tangan

    - Keliling dada

    Ukur lilit di bahagian

    dada yang paling besar

    dan masukkan satu jari

    untuk kelonggaran

    - Keliling pinggang

    Ukur lilitan di bahagian

    pinggang yang paling

    ramping dan masukkan

    satu jari untuk

    kelonggaran

  • 9

    - Keliling pinggul

    Ukur lilitan di bahagian

    pinggul yang paling besar

    dan masukkan satu jari

    untuk kelonggaran

    - Labuh baju

    Ukur dari bahu hingga ke

    paras labuh yang

    bersesuaian

    - Keliling leher

    Ukur lilitan di pangkal

    leher dan masukkan satu

    jari untuk kelonggaran

    - Bahu ke pinggang

    Ukur dari pangkal leher

    belakang hingga ke

    paras pinggang

  • 10

    4.0 LANGKAH KERJA

    Draft pola asas dan ubah suai pada kertas perang setelah mengambil ukuran pada patung.

    Selepas mendraft pola asas, ubahsuai pola asas mengikut kreativiti dan kehendak

    rekebentuk blaus yang ingin dihasilkan. Pola yang didraft pada kertas perang adalah badan

    hadapan, badan belakang, kolar dan lengan hadapan dan lengan belakang.

    Kemudian potong draft ubahsuai yang dibina dengan menyediakan basi jahitan mengikut

    rekabentuk yang diingankan pada blaus. Blaus yang diinginkan adalah belah kelepet sama

    lebar di bahagian badan hadapan dan terdapat butang dan rumah butang seperti idea rekaan

    yang disediakan dalam folio ini.

    Pindahkan pola asas yang didraft pada kertas

    elephant paper dengan mendraft pola badan

    hadapan dan belakang, lengan hadapan dan belakang

    serta skirt pendek.

  • 11

    Tentukan ira kain untuk proses memotong kain

    mengikut ukuran yang telah dibuat pada pola

    ubahsuai. Ira kain hendaklah mengikut arah anak

    panah pada pola ubahsuai.

    Tusukkan jarum peniti bagi memastikan pola melekat pada fabrik yang ingin

    dipotong. Pastikan jarum peniti ditusuk di bahagian dalam garisan pemadam bagi

    memudahkan proses menanda garisan pemadam pada fabrik. Pastikan juga sama ada

    fabrik yang perlu dipotong dilipat atau tidak dan bilangan yang diperlukan.

  • 12

    Mulakan proses memotong fabrik dengan memotong kesemua bahagian iaitu bahagian

    badan hadapan dan badan belakang, lengan hadapan dan belakang dengan berhati-hati bagi

    memastikan potongan yang dilakukan tepat dan fabrik yang disediakan mencukupi.

    Kemudian pindahkan garisan pemadam pada fabrik yang dipotong

    menggudakan roda penyurih dan tracing paper. Pindahkan juga

    garisan lisu yang dibina iaitu dibahagian belakang dan depan badan

    Selepas itu, pindahkan ukuran leher pada pola badan

    hadapan sebelah kiri dan kanan pada kertas perang

    untuk membina kolar peter pen.

  • 13

    Kemudian lakukan proses menjahit tepi atau penyudah

    tepi pada kesemua fabrik yang dipotong kecuali pada

    bahagian kolar.

    Selepas itu, mulakan menjahit dengan menggunakan benang hitam

    dan jahit pada kesemua bahagian lisu yang ada. Pastikan gosok

    sebelum dan selepas pada garisan pemadam lisu bagi mendapatkan

    bentuk yang baik.

  • 14

    Langkah kedua adalah menjahit bahagian bahu bagi

    mencantum bahagian badan hadapan dengan badan

    belakang. Jahit kedua-dua bahu iaitu sebalah kiri dan

    kanan.

    Langkah ketiga adalah mencantum bahagian sisi badan

    hadapan dengan badan belakang di kedua-dua sisi kanan

    dan kiri.

    Langkah keempat adalah mencantum bahagian

    lengan bahagian hadapan dengan bahagian

    belakang. Jahitkan kedua-dua fabrik sebelah

    kanan dan kiri lengan.

  • 15

    b

    Langkah kelima adalah mencantum bahagian

    lengan dengan badan blaus. Pastikan kelepet

    dibuka telebih dahulu bagi proses mencantum

    lengan dengan badan blaus. Cantum kedua-dua

    belah iaitu kiri dan kanan.

    Lengan yang telah siap dicantum dengan bahagian badan blaus dan

    hasil kesemua langkah 1 hingga langkah lima iaitu proses

    mencantum kesemua bahagian kecuali bahagian kolar.

  • 16

    Lekatkan bahagian lapik dalam

    kolar dengan menggosok

    menggunakan sterika. Pastikan

    lapik interfacing dipotong

    mengikut bentuk atau ukuran

    kolar yang dikehendaki.

    Jahitkan atau cantumkan kedua-

    dua bahagian atas dan bawah

    kolar dengan menjahit mengikut

    saiz dan ukuran yang dibina.

    Langkah keenam cantumkan kolar peter pen yang telah siap pada bahagian kolar

    blaus.

  • 17

    Langkah ketujuh, lakukan kemasan dengan menggunakan

    jahitan silang pangkah pada bahagian kelepet lengan dan

    kelepaet di bahagian belah hadapan serta jahitan mesin

    pada bahagian bawah blaus.

    Langkah kelapan, lakukan

    jahitan hiasan pada bahagian

    lengan blaus dan bahagian bawah

    blaus agar kelihatan cantik.

    Langkah kesembilan, lakukan

    jahitan butang dan lubang butang

    pada blaus.

  • 18

    Hasil Blaus Kasual

  • 19

    5.0 POLA

  • 20

    6.0 PENGIRAAN KOS

    Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos bahan dan peralatan yang digunakan untuk

    mengahasilkan blaus casual.

    Bil Peralatan Kuantiti Jumlah

    seunit

    Jumlah

    1 Fabrik 2 RM 2.50 RM 5.00

    2 Benang 2 RM 0.80 RM 1.60

    3 Kertas perang 2 RM 0.50 RM 1.00

    4 Butang 7 RM 0.40 RM 2.80

    5 Lubang butang 7 RM 1.00 RM 7.00

    6 Renda 4 RM 1.50 RM 6.00

    Jumlah Keseluruhan

    RM 23.40

    PENGIRAAN KOS BAGI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

    7.0 KESIMPULAN

    Hasil daripada projek akhir jahitan blaus kasual ini ialah dapat membantu pelajar untuk

    meningkatkan kemahiran di dalam bidang jahitan. Kemahiran tersebut merangkumi kemahiran

    mengambil ukuran badan, melukis pola, menggunakan mesin jahitan dan jahitan kemasan tepi.

    Penguasaan kemahiran tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam subjek ini di

    mana pelajar dapat menghasilkan blaus masing-masing dengan sendiri. Oleh itu, segala

    kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan di dalam kehidupan sehari.