contoh kertas kerja harga syiling

3
KERTAS KERJA CADANGAN PENETAPAN HARGA SYILING MAKANAN DI SEMUA KAFETERIA SELURUH UNIVERSITI 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar berhubung dengan permohonan penetapan harga syiling makanan di kafeteria seluruh UUM. 2.0 LATAR BELAKANG Harga makanan semakin menjadi isu hangat di kalangan pelajar di Universiti Utara Malaysia. Harga makanan merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian serius daripada pihak ahli mesyuarat jawatankuasa kebajikan pelajar. Kadar penetapan harga yang tidak selaras di setiap kafeteria di UUM menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati di kalangan pelajar. Ada sesetengah kafeteria mengambil kesempatan dengan meletakkan harga makanan yang terlalu tinggi. Pelajar pula terpaksa menghadapi masalah ini akibat tiada pilihan lain selain makan di tempat tersebut. 3.0 JUSTIFIKASI Harga makanan yang tidak berpatutan di kafeteria- kafeteria di dalam kampus UUM sudah lama menjadi isu di kalangan pelajar. Namun tindakan yang sewajarnya masih

Upload: billie-smith

Post on 17-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SYOR DARI MPPUUM SESI 08/09

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh KERTAS KERJA Harga Syiling

KERTAS KERJA CADANGAN PENETAPAN HARGA SYILING MAKANAN

DI SEMUA KAFETERIA SELURUH UNIVERSITI

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan

Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar berhubung dengan permohonan

penetapan harga syiling makanan di kafeteria seluruh UUM.

2.0 LATAR BELAKANG

Harga makanan semakin menjadi isu hangat di kalangan pelajar di

Universiti Utara Malaysia. Harga makanan merupakan isu sensitif yang

memerlukan perhatian serius daripada pihak ahli mesyuarat jawatankuasa

kebajikan pelajar. Kadar penetapan harga yang tidak selaras di setiap

kafeteria di UUM menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati di kalangan

pelajar. Ada sesetengah kafeteria mengambil kesempatan dengan

meletakkan harga makanan yang terlalu tinggi. Pelajar pula terpaksa

menghadapi masalah ini akibat tiada pilihan lain selain makan di tempat

tersebut.

3.0 JUSTIFIKASI

Harga makanan yang tidak berpatutan di kafeteria-kafeteria di dalam

kampus UUM sudah lama menjadi isu di kalangan pelajar. Namun tindakan

yang sewajarnya masih belum dilaksanakan. Alasan kenaikan harga barang

di pasaran sering kali digunakan oleh peniaga premis makanan untuk

menaikkan harga makanan sesuka hati mereka.

Page 2: Contoh KERTAS KERJA Harga Syiling

4.0 CADANGAN

4.1 Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah berbincang dan sebulat

suara memohon pertimbangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa

Kebajikan Pelajar untuk menetapkan harga syiling makanan di setiap

kafeteria di seluruh UUM.

4.2 Pemantauan terhadap harga makanan mestilah sentiasa dilakukan

dari semasa ke semasa di setiap premis makanan.

Cadangan Harga minuman dan makanan :

PERKARA HARGA (RM)PANAS SEJUK

MILO 1.00 1.20TEH 0.80 1.00TEH’O 0.70 0.90JUS BUAH-BUAHAN 1.20 1.40SIRAP’O/LIMAU 0.70 0.90AIR KOTAK 1.00-1.20AIR TIN 1.20-1.50AIR MINERAL (KECIL) 0.80 1.00AIR MINERAL (BESAR) 1.60 1.80MINUMAN KORDIAL 1.00AIR KOSONG PERCUMA

PERKARA HARGA (RM)NASI + AYAM 2.70NASI + AYAM + SAYUR 3.20NASI + IKAN 2.30 – 2.50NASI + IKAN + SAYUR 2.70 – 3.00NASI + IKAN/AYAM + SAYUR + LAIN-LAIN

2.70 – 3.70

PERKARA HARGABIASA DENGAN LAUK

NASI GORENG BIASA 2.00 2.50-3.00NASI GORENGKAMPUNG

2.50 3.00-3.50

MEE/KUETIAW/BIHUN (GORENG)

2.00-2.50

MEE/KUETIAW/BIHUN(TOMYAM)

2.50-3.00

Page 3: Contoh KERTAS KERJA Harga Syiling

5.0 SYOR

Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar adalah dengan hormatnya

dipohon mempertimbangkan dan meluluskan cadangan yang telah diberikan

agar kebajikan pelajar akan terus terjaga.

Disediakan Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia

Tarikh: 7 MEI 2009