contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta- masa itu ibarat emas
DESCRIPTION
fakta - masa itu ibarat emasTRANSCRIPT
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Fakta: Masa Itu Ibarat EmasMasa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak
melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih
berfaedah.
Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah,
menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa
dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.
Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini
boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat
membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan.
Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat
merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat
mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti
bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga
Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah
saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong
dan menikmati keindahan alam.
Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna.
Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita
menghargai masa.