contoh cara pngumpulan data

8
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian. Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi setiap soalan yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah membuat tinjauan masalah yang telah dikenalpasti bagitujuan menegesan tahao murid untuk menjawab soalan yang pendaraban. Pengkaji juga telah membuat rumusan bahawa ketidakupayaan murid mengingati langkah penyelesaian soalan pendaraban dengan betul dan menganggap pendaraban yang melibatkan bilangan digit yang besar adalah susah menjadi faktor utama murid tidak menunjukkan minat dalam mempelajari matapelajaran ini. Selain itu pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrument kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu ujian pra, pos, temubual,dan pemerhatia. Hal ini bagi memudahkan instrument ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza Soalan Kajian Cara Pengumpulan Data Analisis 1) Sejauh manakah keberkesanan kaedah grid dalam meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan operasi pendaraban Ujian pra & pasca Pemerhatian Peratus & Min 2) Bagaimanakah kaedah grid dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dalam kemahiran mendarab Ujian Pra & Pasca Pemerhatian Peratus & Min 3) Adakah penggunaan kaedah grid dalam pengajaran dan Ujian Pra & Pasca Temubual Peratus & Min

Upload: asmahani-rashid

Post on 18-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pt

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Cara Pngumpulan Data

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian. Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi setiap soalan yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah membuat tinjauan masalah yang telah dikenalpasti bagitujuan menegesan tahao murid untuk menjawab soalan yang pendaraban. Pengkaji juga telah membuat rumusan bahawa ketidakupayaan murid mengingati langkah penyelesaian soalan pendaraban dengan betul dan menganggap pendaraban yang melibatkan bilangan digit yang besar adalah susah menjadi faktor utama murid tidak menunjukkan minat dalam mempelajari matapelajaran ini. Selain itu pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrument kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu ujian pra, pos, temubual,dan pemerhatia. Hal ini bagi memudahkan instrument ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Data Analisis1) Sejauh manakah

keberkesanan kaedah grid dalam meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan operasi pendaraban

Ujian pra & pasca

Pemerhatian

Peratus & Min

2) Bagaimanakah kaedah grid dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dalam kemahiran mendarab

Ujian Pra & Pasca

Pemerhatian

Peratus & Min

3) Adakah penggunaan kaedah grid dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecenderungan murid dalam prestasi Matematik berbanding kaedah lazim

Ujian Pra & Pasca

Temubual

Pemerhatian

Peratus & Min

Page 2: Contoh Cara Pngumpulan Data

5.2.1 Ujian

Ujian merupakan suatu instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat responden sebelum, samasa mahupun selepas pengajara. Ujian sering

digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penialaian terhadap pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Ujian dilakukan untuk memastikan penialain terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan

berkesan.

5.2.2 Ujian Dignostik

Ujian ini merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengesan

tahap kelemahan dan pencapaian murid khususnya bagi topik pendaraban. Tujuan

pemerhatian ini dilakukan adalah untuk memilih responden yang digunakan oleh

pengkaji bagi tujuan pelaksanaan kajian ini

Prosedur pemilihan secara ringkasnya adalah seperti berikut :

i) Pengkaji menjalankan ujian dignostik kepada murid dan mendapatkan

keputusan ujian Matematik 1 bagi tahun Empat Bijak daripada Encik Arifin

dan Puan Salwa

ii) Pengkaji menyemak dan mengesan kelemahan murid semasa menjawab

kertas ujian tersebut.

iii) Berdasarkan gred ujian yang dinilai dan pencapaian murid semasa ujian

penilaian 1 yang lepas pengkaji memberi penumpuan kepada mereka yang

memperoleh gred c dan ke bawah selain melihat kesalahan yang dilakukan

terutamanya melibatkan operasi pendaraban.

iv) Pengkaji memilih 15 orang responden yang paling sesuai

Secara umumnya terdapat dua ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca.

Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan

kaedah grid dalam menyelesaikan operasi pendaraban. Ujian pra akan diberikan

sebelum pendekatan pembelajaran kaedah grid diperkenalkan manakala ujian pasca

diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang

Page 3: Contoh Cara Pngumpulan Data

telah dipilih . Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan

yang dibina hanya terhad kepada topik pendaraban sahaja untuk memudahkan

pengkaji membuat penilaian yang lebih terperinci .

Soalan yang diberikan diberikan tempoh masa selama 30 minit dan mempunyai

8 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu . Markah bagi setiap soalan ialah

8 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya dibiarkan kosong , maka

tiada markah akan diberiikan .Setiap jawapan akan dinilai oleh pengkaji dan guru

matematik kelas tersebut. Markah murid akan dianalisis menggunakan perbezaan

peratus markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor

markah murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Skor maksimum markah bagi setiap

ujian ialah 10 peratus. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap

pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah .

Jadual 5 :Interpretasi skor markah

Gred Markah Analisis Kelayakkan

A 80-100 Cermerlang Lulus

B 60-79 Baik Lulus

C 40-59 Sederhana Lulus

D 20-39 Lemah Gagal

E 0-19 Sangat Lemah Gagal

(Sumber: Gred e-pantau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu)

Dalam menginteprestasi data tersebut gred A, B dan C dikira sebagai lulus, manakala

gred D dan E adalah gagal. Gred yang dinyatakan ini adalah berdasarkan gred yang

digunakan oleh e-pantau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ujian pasca akan diberikan kepada murid untuk mengetahui tahap penguasaan

mereka selepas kaedah grid dijalankan. Selepas data dikumpul, satu jadual akan

disediakan bagi membandingkan ujian pra dan ujian pasca. markah ujian pra dan ujian

pasca akan dibandingkan melalui graf perbezaan. Jika terdapat peningkatan markah

Page 4: Contoh Cara Pngumpulan Data

ujian pasca berbanding ujian pra yang dilaksanakan dalam kajian ini, menunjukkan

adanya keberkesanan penggunaan “kaedah grid “dalam menyelesaikan operasi

pendaraban dengan berkesan. Jesteru kaedah grid ini releven untuk dijadikan kajian

tindakan seterusnya dapat dijadikan suatu inovasi baru tentang kaedah pendaraban.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu ringkasan perhubungan atau interaksi yang berlaku di

antara pengkaji dan peserta tentang tempat atau suatu peristiwa yang berkaitan dengan

kajian tindakan. Menurut Schmuck (1997) mengatakan ,

Page 5: Contoh Cara Pngumpulan Data

“observation means of collecting qualitative data, involve carefully watching

and systematically recording what you see and hear going on in a particular

setting”.

Jesteru pemerhatian pula merupakan kaedah seterusnya dalam proses pengumpulan

data. Proses ini merupakan proses berterusan yang dijalankan oleh pengkaji pada

setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya berlaku secara tidak

langsung kebiasaanya bagi memastikan data yang diperolehi bertepatan dengan

kriteria yang dikehendaki. Dalam kaedah ini, pemerhatian secara berstruktur telah

digunakan untuk memerhati, mendengar dan merekod maklumat murid berdasarkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti dengan menggunakan

senarai semak. Setiap soalan permasalahan berkaitan dengan operasi pendaraban

akan dicatat dan disemak

5.2.3 Temubual

Page 6: Contoh Cara Pngumpulan Data

Pengumpulan data melalui hasil temu bual adalah berdasarkan kepada

soalan-soalan yang dikemukakan dalam temu bual separa struktur seperti

yang telah pengkaji perkatakan sebelum ini.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesi temu bual ini, beberapa

orang murid akan dipilih secara rawak dalam kalangan 15 orang sampel

tersebut.

Soalan yang dikemukakan pula adalah merangkumi mengenai

persoalan bagaimana keberkesanan pelaksanaan kaedah grid yang telah

mereka aplikasikan semasa menjawab soalan yang dikemukan dalam Ujian

Pasca.

Melalui temu bual ini, pengumpulan data akan dibuat berdasarkan

respon yang diberikan oleh peserta temu bual dan satu analisis ringkas akan

dilaksanakan untuk memastikan sejauh mana keberkesanan kaedah ini ke

dalam kehidupan mereka seharian terutamanya semasa menyelesaikan

soalan pendaraban

Kaedah kualitatif ini juga sudah tentunya akan dijalankan di kawasan

sekolah memandangkan respon ataupun peserta temu bual terdiri daripada

murid-murid dan guru subjek yang berada di kawasan sekolah.Tidak dapat

dinafikan bahawa, membuat kajian dan mengumpul data di kawasan sekolah

mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah, sekolah merupakan

tempat peserta penyelidikan berada. Maka, keadaan ini sudah tentunya

memudahkan pengkaji itu sendiri dalam mengakses penyelidikan yang

Page 7: Contoh Cara Pngumpulan Data

dikehendaki. Pengkaji juga dapat menemu bual beberapa orang respon

pada satu hari tanpa perlu bergerak jauh dan melibatkan pengeluaran wang

melalui kos pengangkutan dan penginapan.

Selain itu, bagi mengurangkan gangguan bunyi bising semasa

menjalankan sesi temu bual ini, pengkaji boleh memohon kebenaran untuk

menggunakan Pusat Sumber Sekolah, bilik mesyuarat,bilik darjah atau

mana-mana bilik yang sesuai untuk menjalankan temu bual tersebut.

Sesungguhnya, bilik yang bebas daripada gangguan bunyi boleh

meningkatkan konsentrasi atau tumpuan penyelidik dan peserta

penyelidikan.

Hasil temu bual yang dijalankan akan digunakan untuk menganalisis

kajian yang dijalankan dan keputusan untuk melihat keberkesanan

penggunaan kaedah grid akan dilihat sama ada berkesan ataupun tidak

terhadap murid-murid Tahun Empat di sekolah tersebut.