contoh bias yang berlaku semasa mengumpul data dalam penyelidikan tindakan

3
CONTOH BIAS YANG BERLAKU SEMASA MENGUMPUL DATA DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN 1. BIAS PEMERHATI Risiko penyelidik hanya melihat atau mendengar apa yang penyelidik berminat sahaja dan maklumat yang kritikal / berguna kepada kajian sebenar tidak diperolehi. Protokol pemerhatian ( perkara-perkara yang hendak diperhatikan / fokus pemerhatian ) dan panduan membuat pemerhatian tidak distruktur dengan baik. 2. BIAS MAKLUMAT ( INFORMATION BIAS ) Maklumat itu sendiri mempunyai kelemahan – tidak lengkap, kurang terperinci dan sebagainya. Rekod seperti kerja murid / temubual mungkin mempunyai jawapan yang tidak boleh dibaca / didengar dengan jelas. Boleh jadi juga pemberi maklumat tidak ingat jawapan untuk soalan yang ditanya ( called memory or recall bias ). 3. BIAS SUKARELA ( VOLUNTEER OR REFERRAL BIAS ) Dimana pelajar yang bijak secara sukarelawan menjadi responden dan seterusnya mempengaruhi dapatan kajian terhadap kejayaan atau kesan sesuatu tindakan yang dijalankan di dalam p&p. 4. BIAS PENGUMPULAN DATA

Upload: gelang252

Post on 11-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Bias Yang Berlaku Semasa Mengumpul Data Dalam Penyelidikan Tindakan

CONTOH BIAS YANG BERLAKU SEMASA MENGUMPUL DATA DALAM

PENYELIDIKAN TINDAKAN

1. BIAS PEMERHATI

Risiko penyelidik hanya melihat atau mendengar apa yang penyelidik

berminat sahaja dan maklumat yang kritikal / berguna kepada kajian

sebenar tidak diperolehi.

Protokol pemerhatian ( perkara-perkara yang hendak diperhatikan / fokus

pemerhatian ) dan panduan membuat pemerhatian tidak distruktur dengan

baik.

2. BIAS MAKLUMAT ( INFORMATION BIAS )

Maklumat itu sendiri mempunyai kelemahan – tidak lengkap, kurang

terperinci dan sebagainya.

Rekod seperti kerja murid / temubual mungkin mempunyai jawapan yang

tidak boleh dibaca / didengar dengan jelas.

Boleh jadi juga pemberi maklumat tidak ingat jawapan untuk soalan yang

ditanya ( called memory or recall bias ).

3. BIAS SUKARELA ( VOLUNTEER OR REFERRAL BIAS )

Dimana pelajar yang bijak secara sukarelawan menjadi responden dan

seterusnya mempengaruhi dapatan kajian terhadap kejayaan atau kesan

sesuatu tindakan yang dijalankan di dalam p&p.

4. BIAS PENGUMPULAN DATA

Ianya berlaku apabila teknik pengutipan data yang dipilih oleh penyelidik

bertujuan untuk mendapatkan jawapan dan data yang menyebelahi objektif

kajian dan soalan kajian telah dibina oleh penyelidik.

5. INSTRUMEN CACAT ( DETECTIVE INSTRUMENTS )

Arahan untuk menjawab soalan kurang jelas.

Soalan distrukturkan kurang jelas / tepat ( vaguety phrased question ), tidak

menguji isu yang dikaji.

Page 2: Contoh Bias Yang Berlaku Semasa Mengumpul Data Dalam Penyelidikan Tindakan

Soalan disusun dalam urutan tidak mengikut tahap kesukaran ( illogical

order ).

‘ leading questions ’ yang menyebabkan responden mempercayai satu

jawapan akan diutamakan atas yang lain.

6. KESAN TEMUBUAL KE ATAS PEMBERI MAKLUMAT

Pemberi maklumat ( murid ) mungkin tidak mempunyai kepercayaan

terhadap penemubual.

Akan memberi maklumat / jawapan yang tidak benar / tidak jujur.

Penemubual ( guru ) boleh mempengaruhi hasil temubual disebabkan oleh

peranan mereka. Contoh : murid akan menjawab semua soalan ditanya

sebab mereka yang bertanya adalah guru mereka atau takut markah mereka

rendah kalau tidak menjawab dan sebagainya.

7. Bias terjadi kerana penyelidik hanya bergantung kepada satu cara untuk

mengumpul data tanpa membuat proses triangulasi atau rujuk silang ( cross-

check ) iaitu tidak menggunakan tiga atau lebih kaedah pengumpulan data serta

menggunakan lebih daripada satu punca sumber data.