compilation of best practices -...

21

Upload: dangtram

Post on 07-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1

Am

Dokumen ini menghimpunkan beberapa amalan baik bagi pengurusan keselamatan dan perlindungan tempat letak kereta yang diguna pakai dalam landskap dan persekitaran di Malaysia. Amalan baik ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap amalan yang berkesan dan tidak berkesan di 50 tempat letak kereta di Lembah Kelang yang telah diaudit dalam fasa rintis inisiatif Keselamatan dan Perlindungan Tempat Letak Kereta milik PEMANDU, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Oleh itu, amalan ini tidak lengkap dan tidak seharusnya dianggap sebagai muktamad. Fasa berikutnya dalam inisiatif ini yang akan diterajui oleh KPKT mungkin mendedahkan amalan baik lain yang boleh dan seharusnya ditambah ke dalam dokumen ini. Amalan baik dalam dokumen ini disusun mengikut seksyen, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut. Walaupun semua seksyen adalah penting, kami berpandangan Amalan Pengurusan sangat penting kerana sebaik mana pun infrastruktur keselamatan sesuatu tempat letak kereta itu, ia tidak memberikan apa-apa makna melainkan pihak pengurusan komited untuk mengutamakan keselamatan dan perlindungan pelanggannya.

Rujukan Seksyen Keterangan

1.0 Amalan Pengurusan

Membincangkan amalan pemilik dan operator tempat letak kereta untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggannya. Ini termasuklah pendokumentasian prosedur pengendalian standard (SOP) keselamatan, pematuhan SOP tersebut, kontrak dengan syarikat khidmat luar dan pemantauan prestasi.

2.0 Pencahayaan Secara amnya, seksyen ini membincangkan ukuran tahap kecerahan, pencahayaan yang konsisten di seluruh tempat letak kereta dan penyediaan lampu kontigensi.

3.0 Pengawasan dan Keselamatan

Membincangkan amalan keselamatan dan infrastruktur, iaitu rondaan, jarak penglihatan kakitangan keselamatan, liputan dan kedudukan kemera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

4.0

Kawasan dan Susun Atur Tempat Letak Kereta

Membincangkan garis penglihatan (sight lines) di tempat letak kereta, susunan tempat letak kereta, keadaan penyenggaraan tempat letak kereta dan kawasan sekeliling dan sebagainya.

5.0 Akses Kenderaan

Membincangkan kawalan di pintu masuk dan keluar, seperti kedudukan CCTV untuk menangkap imej wajah pemandu dan plat nombor, kehadiran kakitangan keselamatan, infrastruktur mengunci tempat letak kereta dan sebagainya.

6.0 Papan Tanda

Membincangkan penggunaan papan tanda arah untuk mengurangkan tempoh mencari jalan masuk/keluar (pengguna tempat letak kereta berpusing-pusing di sekeliling tempat letak kereta mencari pintu masuk/keluar). Juga membincangkan penggunaan papan tanda pencegahan jenayah untuk mewujudkan tanggapan kawalan.

7.0 Amalan baik yang lain

Amalan baik lain yang diperhatikan, walaupun tidak penting, tetapi berguna dan praktikal.

Panduan menggunakan amalan baik ini

Page 2

Memberi tanggapan bahawa “terdapat kawalan oleh seseorang (someone is in control)”

Perkara utama yang mendasari pencegahan jenayah adalah memberikan tanggapan yang kukuh bahawa terdapat kawalan yang ketat. Pada asasnya, ini bertepatan dengan teori tingkap pecah (broken window theory), yang menyatakan bahawa apabila masalah kecil diselesaikan dengan cepat, ia dapat mengelakkannya daripada berulang dan mengurangkan risiko masalah tersebut melarat menjadi masalah besar. Dalam konteks tempat letak kereta, tempat letak kereta yang diselenggara dengan baik serta mempunyai kakitangan keselamatan yang membuat rondaan dan papan tanda pencegahan jenayah yang dapat dilihat dengan jelas seperti “CCTV sedang beroperasi”, kurang berisiko menjadi sasaran penjenayah berbanding tempat letak kereta dengan kereta yang terbiar dan sampah merata-rata.

Bagi memberikan tanggapan ini, persoalan tentang kos sering kali ditimbulkan. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan di sini bahawa tanggapan ini tidak melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, kakitangan keselamatan yang menjalankan tugas seperti yang diarahkan (iaitu membuat rondaan dan menunjukkan imej profesional dan sebagainya, bukannya merokok dan tidur sewaktu bekerja) dapat memberikan tanggapan kawalan ini. Begitu juga, operator tempat letak kereta tidak perlu memasang sistem CCTV yang paling canggih dan paling mahal – sekadar meletakkan papan tanda yang besar dan mudah dilihat sebagai peringatan/ amaran kepada pelanggan bahawa mereka sedang diawasi menimbulkan rasa selamat dalam diri pengguna, pada masa yang sama, menimbulkan rasa takut dalam diri penjenayah.

Perkara ini dibincangkan dalam setiap seksyen dokumen ini.

Pengecualian

Ada kalanya, timbul keadaan yang pemilik/operator tidak dapat memenuhi kriteria dalam seksyen tertentu. Dalam kes ini, pengecualian boleh diberikan. Berikut ialah contoh berlakunya keadaan ini: Undang-undang kecil dan undang-undang lain. Jika kriteria tertentu tidak dapat dipenuhi

disebabkan oleh undang-undang kecil, perundangan dan sebagainya, maka, pilihan alternatif atau mitigasi hendaklah dipertimbangkan.

Harta tanah atau kawasan sekeliling yang dimiliki/diurus oleh pihak ketiga. Ada kalanya,

kriteria tertentu tidak dapat dipenuhi oleh pemilik/operator kerana mereka tidak mempunyai kuasa terhadap perkara/kawasan yang melanggar kriteria tersebut. Dalam keadaan ini, pilihan alternatif atau mitigasi hendaklah dipertimbangkan.

Papan tanda yang memaklumkan bahawa kereta keluar/ masuk diperiksa

Page 3

1.1 Pihak pengurusan mestilah memastikan dokumentasi atau dasar dan prosedur yang menyeluruh tersedia untuk pengendalian selamat dan kawalan kemudahan letak kereta mereka. Sebagai panduan, dasar dan prosedur ini hendaklah merangkumi elemen penting berikut:

Arahan rondaan/tugas berkawal;

Tingkah laku yang dikehendaki daripada kakitangan keselamatan;

Prosedur untuk bertindak balas terhadap ancaman keselamatan;

Penyimpanan rekod dan pelaporan kepada pihak pengurusan dan PDRM jika berkenaan;

Penyenggaraan tempat letak kereta dan aset yang berkaitan; dan

Keperluan untuk latihan dan dokumentasi jadual latihan.

1.2 Pihak pengurusan mestilah memastikan dasar dan prosedur yang didokumenkan disampaikan

kepada dan difahami oleh kakitangan keselamatan. Jika boleh, dasar dan prosedur yang didokumenkan hendaklah juga diletakkan di bilik kawalan keselamatan sebagai rujukan.

1.3 Pihak pengurusan hendaklah menyemak secara tetap pematuhan dasar dan prosedur yang

didokumenkan. Pematuhan atau keingkarannya hendaklah dikaitkan semula kepada penilaian prestasi.

1.4 Jika tugas keselamatan menggunakan khidmat luar, maka pihak pengurusan mestilah

memastikan kontrak yang lengkap diikat dengan syarikat keselamatan bagi memastikan prestasi syarikat tersebut. Sebagai panduan, kontrak hendaklah merangkumi elemen penting berikut:

• Tenaga manusia yang diperlukan, iaitu bilangan kakitangan keselamatan yang

diperlukan untuk setiap giliran kerja;

• Jangkaan perkhidmatan, iaitu keperluan untuk kakitangan keselamatan dilengkapi dengan senjata dan bersikap profesional, tempoh giliran kerja1, tugas utama, iaitu meronda dan berkawal dan sebagainya;

• Penyediaan staf sokongan;

• Kriteria pemilihan bagi kakitangan keselamatan yang diambil bekerja oleh syarikat khidmat luar (contohnya, tiada rekod jenayah);

• Keperluan untuk melaporkan/mencatatkan kejadian dan tindakan yang diambil kepada pihak pengurusan dan/atau PDRM jika berkenaan; dan

• Fasal penamatan dan penalti jika berlaku pelanggaran obligasi kontrak.

1.0 Amalan Pengurusan

Catatan: 1 Amalan baik ini mengesyorkan tempoh giliran kerja seharusnya tidak melebihi 12 jam, termasuk kerja lebih

masa.

Page 4

1.5 Sekiranya menggunakan syarikat keselamatan khidmat luar, pengurusan mestilah

memastikan bahawa fungsi keselamatan di tempat letak kereta yang ditetapkan dan dijalankan dengan baik .

1.6 Pihak pengurusan mestilah memastikan terdapatnya sistem yang menyampaikan maklumat

tentang apa-apa kejadian yang berlaku sebelumnya, atau semasa giliran kerja sebelumnya dan sebagainya, kepada kakitangan yang mengambil alih tugas.

1.7 Menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan semua kakitangan diberi

latihan, kemahiran dan pengetahuan yang perlu bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Bidang latihan termasuk:

Dasar dan prosedur keselamatan pemilik/operator;

Prosedur pemindahan;

Latihan menggunakan kelengkapan dan infrastruktur yang ada;

Latihan menangani dan merekodkan kejadian (termasuk situasi yang rumit);

Pertolongan cemas; dan

Khidmat pelanggan.

1.8 Pihak pengurusan hendaklah mengekalkan sistem pemantauan dan penilaian prestasi yang

mantap bagi kakitangan keselamatan syarikat dan kakitangan keselamatan khidmat luar. Bagi kakitangan keselamatan syarikat, penilaian prestasi formal biasa hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya setiap tahun. Bagi kakitangan keselamatan khidmat luar, semakan pematuhan obligasi kontrak hendaklah dijalankan secara tetap.

1.9 Sebahagian besar seksyen ini memberi tumpuan pada penghasilan dan penyimpanan

dokumentasi. Pentingnya dokumentasi yang terperinci tidak seharusnya diambil mudah, kerana dokumentasi ini juga berfungsi sebagai perlindungan kepada pemilik/ operator tempat letak kereta jika ada kemungkinan litigasi dimulakan disebabkan kecuaian.

Page 5

2.1 Pencahayaan memberi kesan yang besar terhadap berlakunya jenayah. Tahap pencahayaan yang optimum di tempat yang gelap boleh mengurangkan kebimbangan orang awam terhadap jenayah dan mengurangkan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah.

2.2 Amalan baik ini mengesyorkan tahap kecerahan minimum 100 lux di tempat letak kereta1. berbumbung dan minimum 50 lux untuk tempat letak kereta ruang terbuka.

2.3 Pihak pengurusan hendaklah memastikan tahap pencahayaan adalah konsisten di seluruh

tempat letak kereta. Sepatutnya tiada kawasan yang malap di tempat letak kereta. 2.4 Sebagai kawalan tambahan, kakitangan keselamatan boleh ditugaskan untuk melaporkan

kelengkapan pencahayaan yang rosak/ tidak berfungsi yang dilihat semasa rondaan. 2.5 Dalam keadaan tertentu, tahap pencahayaan yang agak malap mungkin boleh diterima jika

ada sebab yang jelas dan nyata mengapa pemilik/operator tempat letak kereta tidak dapat mencapai piawaian yang ditetapkan (kurangnya pembiayaan bukannya alasan yang wajar). Pengecualian yang mungkin diterima termasuk:

Kawasan kemudahan letak kereta yang tidak boleh diakses oleh pelanggan, contohnya, kawasan letak kereta yang ditutup (block parking) atau kawasan letak kereta petugas letak kereta (valet/jockey parking);

Amalan meletak kereta secara menyiring (decanting parking), iaitu meminta semua pengguna ke aras tertentu dan menutup aras yang lain; dan

Pencahayaan di kemudahan letak kereta di luar waktu operasi biasa, iaitu tempat letak kereta ditutup.

Catatan: 1 Peraturan dan amalan sedia ada menetapkan bahawa laluan masuk dan pintu tempat letak kereta hendaklah

terang daripada tempat letak kereta. Walaupun panduan ini mematuhi amalan tersebut, perhatian khas mesti diambil bagi memastikan tempat letak kereta mempunyai pencahayaan yang baik.

2.0 Pencahayaan

Pencahayaan yang mencukupi ketika waktu malam

Page 6

2.6 Kelengkapan pencahayaan hendaklah dilindungi untuk mengelakkan berlakunya kerosakan

secara tak sengaja atau serangan jenayah. Pendawaian tidak seharusnya terdedah. Mentol tanpa penutup juga tidak digalakkan penggunaannya, melainkan ia tidak dapat dicapai, iaitu pada siling yang tinggi. Kotak servis yang mudah rosak hendaklah dilindungi daripada pelaku musnah dan, jika boleh, diletakkan di tempat di mana ia tidak dapat dilihat.

2.7 Pemilik/operator letak kereta disyorkan mempunyai penjana sokongan untuk mengekalkan

pencahayaan jika bekalan elektrik terputus. Penjana ini hendaklah disenggara dengan baik, diservis secara tetap dan diuji dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik apabila diperlukan.

2.8 Amalan baik ini mengesyorkan tempat letak kereta terbuka untuk menyediakan lampu

kecemasan berbateri.

Catatan: 1 Peraturan dan amalan sedia ada menetapkan bahawa laluan masuk dan pintu tempat letak kereta hendaklah

terang daripada tempat letak kereta. Walaupun panduan ini mematuhi amalan tersebut, perhatian khas mesti diambil bagi memastikan tempat letak kereta mempunyai pencahayaan yang baik.

2.0 Pencahayaan

Alat pengukur tahap pencahayaan – lux meter

Pencahayaan yang mencukupi

Page 7

3.0 Pengawasan dan Keselamatan

Catatan: 1 Spesifikasi teknikal minimum sistem CCTV yang disediakan adalah seperti mana yang disyorkan dalam Reka

Bentuk Bandar Selamat: Garis Panduan Pemasangan CCTV di Premis Perniagaan dan Tempat Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Banaar dan Desa pada tahun 2010.

2 Lokasi pemasangan CCTV yang disyorkan adalah selaras dengan Reka Bentuk Bandar Selamat: Garis Panduan

Pemasangan CCTV di Premis Perniagaan dan Tempat Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 2010.

Pengawasan

3.1 Pengawasan boleh mencegah penjenayah daripada melakukan jenayah dan ia juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan orang awam terhadap jenayah. Pemilik/ operator tempat letak kereta hendaklah memastikan elemen pengawasan, sama ada semula jadi, formal atau kedua-duanya, merangkumi semua kawasan kemudahan letak kereta. Struktur, susun atur, prosedur pengendalian, berserta tahap jenayah dan gangguan yang dijangka di kemudahan letak kereta tertentu dan di lokasi terdekat, akan menentukan tahap pengawasan yang diperlukan.

3.2 Pengawasan semula jadi ialah bentuk pengawasan yang paling berkesan dan jika ia tidak

dapat dilakukan, penggunaan teknologi atau cara lain, seperti CCTV¹, pengurusan di tapak (on-site management) atau rondaan oleh kakitangan keselamatan, boleh dipertimbangkan. Seksyen ini akan memberi tumpuan pada penggunaan CCTV.

3.3 Berhubung dengan pengawasan CCTV di tempat letak kereta, prinsip utama ialah keupayaan

untuk menangkap imej muka dan plat nombor kenderaan. Ia dapat dilakukan dengan meletakkan CCTV di tempat yang sesuai dan memastikan rakaman CCTV berkualiti.

3.4 CCTV hendaklah diletakkan di tempat yang strategik2. Sekurang-kurangnya, kamera

hendaklah dipasang di tempat yang dapat menangkap imej pintu masuk/keluar kenderaan dan pejalan kaki serta mana-mana titik bantuan (help points). Kawasan strategik lain termasuk kawasan yang sibuk seperti lobi lif dan kawasan yang terpencil atau jauh daripada pandangan orang ramai seperti ruang tangga.

3.5 Apabila memasang kamera di pintu masuk/ keluar kenderaan, kamera hendaklah diletakkan

supaya bahagian hadapan kenderaan dapat dilihat jika boleh. Kriteria berikut hendaklah dipatuhi:

CCTV

Plat pendaftaran mudah dibaca apabila kenderaan

mendekati atau berhenti di palang pengadang;

Imej pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan, jika boleh, dapat dilihat,; dan

Imej rakaman nombor pendaftaran kenderaan tidak terlindung oleh tarikh, masa dan/atau mod rakaman.

Page 8

Pengawasan (samb.)

3.6 Amalan baik yang lain ialah penggunaan kamera lubang jarum bersepadu di dalam mesin tiket di palang pengadang, yang dapat menangkap imej muka pemandu dengan lebih jelas apabila pemandu menurunkan tingkapnya.

3.7 Jika perlu, kamera yang mudah rosak hendaklah dilindungi daripada pelaku musnah sama

ada dengan mengalihkannya atau memasang selongsong rintang vandalisme (vandal resistant housing) yang sesuai.

3.8 Selain itu, prosedur untuk menggantikan pita/ cakera keras boleh alih dan menservis

kelengkapan mestilah dilakukan sedemikian rupa bagi memastikan imej yang dihasilkan menepati standard untuk tujuan pengecaman dan untuk dijadikan bukti.

3.9 Pihak pengurusan hendaklah mempertimbangkan pertukaran giliran kerja bagi kakitangan

keselamatan yang ditugaskan untuk memantau CCTV bagi memastikan tahap kewaspadaan yang maksimum pada setiap masa. Amalan baik ini mengesyorkan pertukaran giliran kerja setiap 3-4 jam, jika boleh.

3.10 Rakaman CCTV hendaklah disalin dan disimpan sekurang-kurangnya selama dua minggu. 3.11 Rakaman CCTV hendaklah disimpan dengan selamat dan dalam bentuk yang mudah

didapatkan kembali dan ditonton semula jika perlu. 3.12 Amalan baik ini mengesyorkan supaya sistem bekalan kuasa bagi semua kamera CCTV

disambungkan kepada bekalan utama. Lampu minimum yang perlu disediakan untuk semua mata kamera CCTV atau menggunakan kamera CCTV jenis infra merah, terutama apabila premis itu yang beroperasi di luar waktu operasi biasa.

3.0 Pengawasan dan Keselamatan (samb.)

Bilik kawalan CCTV

Page 9

Keselamatan

3.14 Prinsip utama dalam hal ini ialah kehadiran (visibility) dan profesionalisme, yang akan

menonjolkan imej kawalan yang mantap. Bagi mencapai matlamat ini, kakitangan keselamatan mestilah cukup terlatih dan tertakluk pada tatakelakuan yang ketat.

3.15 Kakitangan keselamatan perlu sentiasa membuat rondaan di kawasan premis. Rondaan

hendaklah meliputi kawasan yang terdedah kepada bahaya dan dibuat secara kerap. Jika perlu, peranti elektronik boleh digunakan untuk mengekalkan standard rondaan, dan dalam hal ini, tempat pemeriksaan yang mencukupi hendaklah didirikan bagi memastikan rondaan sentiasa dibuat di semua kawasan kemudahan letak kereta yang memerlukan. Jika boleh, rondaan juga hendaklah dibuat secara rawak supaya penjenayah tidak dapat menjangka masa rondaan.

3.16 Semua kakitangan yang membuat rondaan hendaklah memakai pakaian/pakaian seragam

yang dapat dilihat dengan jelas, bukan hanya untuk keselamatan diri sendiri, tetapi juga bagi membolehkan mereka dikenal pasti dengan mudah oleh orang awam yang mungkin memerlukan bantuan mereka.

3.17 Semua kakitangan keselamatan hendaklah dilengkapi dengan walkie-talkie untuk

membolehkan mereka sentiasa berhubung dengan rakan sekerja mereka dan meminta bantuan jika perlu di semua kawasan premis.

3.18 Amalan baik ini mengesyorkan bilangan anggota keselamatan yang diperlukan untuk tempat

letak kereta adalah seperti berikut: setiap 100,000 kaki persegi atau sebanyak 500 lot tempat letak kereta, yang mana lebih tinggi, harus menempatkan 1 kakitangan keselamatan untuk memantau pada satu-satu masa.

3.19 Pertimbangan hendaklah diberikan kepada keperluan kelengkapan yang lain dan keselamatan

kakitangan keselamatan. Pihak pengurusan hendaklah berusaha memastikan kakitangan keselamatan cukup terlatih dan dilengkapi dengan alat keselamatan seperti wisel dan cota bagi menangani situasi yang sukar.

3.0 Pengawasan dan Keselamatan (samb.)

Kakitangan keselamatan yang lengkap berpakaian seragam dan kelengkapan - walkie talkie, cota, lampu suluh, wisel

3.13 Kehadiran kakitangan keselamatan di tempat letak kereta merupakan bentuk pengawasan yang amat penting. Objektif keseluruhan mereka adalah menyediakan tahap pengawasan yang berkesan yang mampu mengurangkan peluang berlakunya jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah, serta keupayaan untuk mengenal pasti dan bertindak balas terhadap masalah dalam tempoh yang munasabah.

Page 10

4.1 Seperti yang disebut dalam seksyen sebelum ini, pengawasan semula jadi ialah bentuk pengawasan yang paling berkesan. Bagi mencapai matlamat ini, tempat letak kereta yang direka bentuk dengan baik hendaklah memberikan garis penglihatan yang jelas bagi memudahkan pengawasan semula jadi. Walau bagaimanapun, cara ini tidak selalunya boleh dilakukan, terutamanya di dalam bangunan yang telah siap dibina. Dalam hal ini, inisiatif hendaklah diambil untuk menggunakan teknologi atau kaedah pengawasan yang lain seperti CCTV, pengurusan di tapak atau rondaan oleh kakitangan keselamatan.

4.3 Cermin keselamatan hendaklah digunakan di titik buta dan selekoh untuk mengurangkan

risiko kemalangan. 4.4 Reka bentuk tempat letak kereta hendaklah dapat membantu pengguna mencari kenderaan

mereka, contohnya melalui tiang yang mempunyai kod warna dan nombor. Amalan baik lain di sini ialah adanya peringatan lokasi di lobi lif/ eskalator.

4.5 Ruang letak kereta khas untuk pemandu kurang upaya hendaklah disediakan, menurut

peraturan tempatan. Kawalan ketat juga hendaklah dikuatkuasakan terhadap ruang letak kereta untuk orang kurang upaya bagi mengelakkan penyalahgunaan.

4.6 Pihak pengurusan hendaklah memastikan kereta diletakkan di dalam ruang yang ditetapkan,

contohnya, melalui dasar ketat berhubung dengan mengapit kenderaan1.

Catatan: 1 Pemilik/ operator tempat letak kereta mungkin tidak begitu menitikberatkan tentang meletakkan kereta di

dalam ruang yang ditetapkan, untuk kemudahan pengguna tempat letak kereta. Walau bagaimanapun, memastikan kereta diletakkan di dalam ruang yang ditetapkan adalah sebahagian daripada cara untuk menunjukkan imej kawalan yang mantap di tempat letak kereta. Dalam kes ekstrem, membenarkan pengguna meletakkan kereta di mana-mana sahaja juga boleh menimbulkan isu keselamatan yang lain, seperti bahaya ketika kebakaran.

4.0 Kawasan dan Susun Atur Tempat Letak Kereta

4.2 Ruang letak kereta hendaklah diatur, jika boleh, dalam baris lurus bagi memudahkan pengawasan dan mengelakkan titik buta.

Page 11

4.7 Tempat letak kereta hendaklah sentiasa bersih. Walaupun kemudahan letak kereta itu telah

lama beroperasi, pihak pengurusan mestilah bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan letak kereta disenggara dengan baik dan bersih. Kemudahan letak kereta yang bersih dan disenggara dengan baik menyediakan persekitaran yang lebih meyakinkan kepada pengguna dan boleh mengurangkan kebimbangan terhadap jenayah dan tanggapan jenayah. Sebagai contohnya, tindakan membersihkan grafiti dengan cepat boleh mengelakkan kejadian kerosakan jenayah yang lain.

4.8 Kawasan sekeliling, seperti ruang tangga ke dan dari tempat letak kereta juga hendaklah

bersih dan disenggara dengan baik2. 4.9 Semua pintu ke kawasan larangan (contohnya, bilik penjana atau bilik stor) hendaklah

dikunci. Pintu yang terbuka boleh menimbulkan risiko jenayah. Zon bahaya yang lain seperti kotak fius juga hendaklah dikunci dan ditandakan bagi mengelakkan kerosakan yang tidak disengajakan atau disengajakan dan/ atau kecederaan.

4.10 Pertimbangan hendaklah diberikan kepada lokasi laluan masuk pejalan kaki bagi memastikan

pengguna yang tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk berada di tempat letak kereta tidak boleh masuk dengan mudah. Selain itu, pejalan kaki hendaklah dilarang menggunakan tanjakan kenderaan, melalui penggunaan papan tanda.

Catatan: 2 Walaupun kurang digunakan, penyenggaraan ruang tangga juga penting. Memandangkan ruang tangga

biasanya tersembunyi, ia boleh menjadi sasaran penjenayah. Oleh itu, penting bagi pihak pengurusan untuk memaparkan imej kawalan yang mantap di situ.

Ruang letak kereta khas untuk pemandu kurang upaya

Page 12

5.1 Laluan masuk dan keluar kenderaan hendaklah dikurangkan terutamanya pada waktu bukan puncak. Semua laluan hendaklah, jika boleh, mempunyai tahap kawalan yang berbeza bergantung pada lokasi, jenis kemudahan letak kereta, amalan pengurusan dan faktor lain. Laluan boleh dikawal melalui beberapa kaedah termasuk palang pengadang laluan, titik kawalan yang dikendalikan oleh kakitangan (staffed control points), CCTV dan sebagainya.

5.2 Ciri seperti jalan masuk yang sempit atau palang

ketinggian boleh disediakan jika perlu untuk mengawal jenis kenderaan yang dibenarkan di dalam kemudahan letak kereta. Jika palang ketinggian adalah jenis pasang siap, ia mestilah boleh dibuka atau ditanggalkan bagi membolehkan laluan ketika kecemasan atau untuk kenderaan penyenggaraan.

5.3 Jika CCTV digunakan di laluan masuk dan keluar, ia

hendaklah dipasang supaya bahagian hadapan kenderaan dapat dilihat, jika boleh. Kriteria berikut hendaklah dipatuhi:

Plat pendaftaran mudah dibaca apabila kenderaan

mendekati atau berhenti di palang pengadang;

Wajah pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan, jika boleh, dapat dilihat,; dan

Imej rakaman nombor pendaftaran kenderaan tidak terlindung oleh tarikh, masa dan/atau mod rakaman.

5.4 Amalan baik ini mengesyorkan kakitangan keselamatan ditugaskan di laluan masuk/ keluar pada setiap masa, bukan hanya sebagai langkah keselamatan, tetapi juga untuk tujuan perkhidmatan pelanggan. Cara ini juga boleh dilakukan dengan membina pondok/ stesen pengawal kekal berdekatan dengan laluan masuk/ keluar.

5.5 Amalan baik ini mengesyorkan semua Mesin Auto Pay

(APS) dilengkapi dengan kamera pinhole bersepadu, serupa dengan mesin ATM bank. Kebanyakan tempat letak kereta pusat membeli-belah kini menggunakan sistem bayaran automatik, oleh itu, jika ini jenis pinhole kamera digunakan, imej dan wajah orang yang akan dirakam sangat jelas.

5.0 Akses Kenderaan

Laluan keluar dan masuk yang dilengkapi CCTV pada mesin tiket dapat merakam wajah pemandu

Laluan masuk/ keluar yang minimum memudahkan pengawasan

Page 13

5.6 Jika kemudahan letak kereta disediakan untuk motosikal dan/atau basikal, maka ia hendaklah

diasingkan daripada kemudahan letak kereta yang diperuntukkan untuk kereta. Motosikal dan basikal seharusnya tidak dibenarkan berada di tempat letak kereta.

5.7 Pihak pengurusan hendaklah mempertimbangkan strategi untuk mengunci tempat letak

kereta jika berlaku kecemasan. Ia tidak perlu melibatkan mekanisme dan infrastruktur khusus kerana ia juga boleh dilakukan secara manual oleh kakitangan keselamatan. Jelas sekali, prinsip utama di sini ialah masa tindak balas.

5.8 Pemilik/ operator tempat letak kereta adalah disyorkan untuk menyediakan laluan masuk,

keluar dan tempat/ kawasan letak kereta untuk kakitangan atau pekerja premis di luar waktu operasi biasa.

5.0 Akses Kenderaan

Laluan motosikal diasingkan daripada laluan kereta

Page 14

6.1 Papan tanda di dalam kemudahan letak kereta hendaklah dapat dilihat dengan jelas1 dan hendaklah digunakan untuk mengawal, memberi amaran atau arahan kepada pelanggan. Papan tanda hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai supaya maklumat dapat dilihat dari semua bahagian kemudahan letak kereta, tetapi ia tidak seharusnya terlalu besar sehingga menyukarkan pandangan atau pengawasan semula jadi.

6.2 Papan tanda yang jelas dan mudah dilihat hendaklah disediakan untuk mengenal pasti pintu

masuk, pintu keluar, lif, ruang tangga, mesin/ meter bayaran, tempat bantuan khidmat pelanggan dan aras/ zon letak kereta.

6.3 Maklumat tentang kemudahan letak kereta seperti waktu buka dan kadar letak kereta

hendaklah dipamerkan dengan jelas di tempat strategik seperti di pintu masuk/keluar tempat letak kereta.

6.4 Pemilik/operator tempat letak kereta disyorkan supaya mempamerkan nombor telefon

kecemasan/bantuan dengan jelas di seluruh tempat letak kereta.2

Catatan: 1 Papan tanda yang menggunakan warna yang terang, grafik yang mudah difahami dan menepati piawaian adalah

bertepatan dengan saranan Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk Bandar Selamat (CPTED) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 2010.

2 Selain merupakan khidmat pelanggan yang baik, amalan ini akan membantu mengurangkan kebimbangan

orang awam terhadap jenayah. Amalan ini juga akan mengurangkan penggunaan butang panik/bantuan (jika ia digunakan) untuk masalah kecil yang tidak berkaitan dengan keselamatan, seperti pelanggan tidak dapat mencari kenderaan mereka, tayar pancit dan sebagainya.

6.0 Papan Tanda

Papan tanda berbentuk peringatan dan memberi maklumat

Page 15

6.5 Selain papan tanda arahan dan maklumat

seperti yang diterangkan di atas, menjadi amalan baik pemilik/operator tempat letak kereta untuk turut meletakkan papan tanda pencegahan jenayah yang besar dan mudah dilihat di seluruh tempat letak kereta. Papan tanda ini boleh berupa peringatan kepada pelawat untuk sentiasa berjaga-jaga hinggalah kepada papan tanda amaran yang bertujuan untuk menghalang penjenayah. Contoh papan tanda tersebut termasuk:

“CCTV Sedang Beroperasi” atau

“Pengawasan CCTV 24 Jam”; 3;

“Sudahkah anda mengunci kenderaan anda?”; dan

“Jangan tinggalkan apa-apa barang berharga di dalam kenderaan anda”.

6.6 Papan tanda “Letak kenderaan atas risiko

anda sendiri” lazimnya didirikan oleh pemilik/ operator tempat letak kereta untuk mengehadkan liabiliti mereka sendiri; walau bagaimanapun, amalan ini tidak disyorkan. Sebaliknya, pihak pengurusan yang mengambil berat dan memandang serius keselamatan di tempat letak keretanya merupakan komponen penting bagi mengelakkan jenayah.

6.0 Papan Tanda

Catatan: 3 Spesifikasi papan tanda yang disyorkan boleh dirujuk dalam Reka Bentuk Bandar Selamat: Garis Panduan

Pemasangan CCTV di Premis Perniagaan dan Tempat Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 2010.

6.7 Pemilik/ operator tempat letak kereta adalah disyorkan untuk menjalankan kempen

keselamatan dan perlindungan secara konsisten untuk tempat letak kereta seperti lebihkan papan tanda untuk memaklumkan kepada pengguna berkenaan keselamatan dan perlindungan di tempat letak kereta. Sebagai contoh: pemilik/ operator tempat letak kereta boleh menjalankan kempen keselamatan dengan menggunakan Pengumuman Awam setiap satu jam untuk memaklumkan dan mengingatkan pengguna mengenai keselamatan semasa berada dalam kawasan tempat letak kereta dan lain-lain.

Page 16

Seksyen ini memperincikan amalan baik lain yang boleh diguna pakai oleh pemilik/operator tempat letak kereta. Jika amalan ini diguna pakai, perhatian hendaklah diberikan bagi memastikan amalan ini melengkapi, bukannya menggantikan, amalan baik yang telah dibincangkan dalam seksyen sebelum ini. 7.4 Amalan baik ini mengesyorkan amalan yang menghendaki pelanggan yang menaiki motosikal

menanggalkan topi keledar mereka di pintu masuk tempat letak kereta bagi membolehkan muka mereka dirakam oleh CCTV.

7.5 Pemilik/ operator tempat letak kereta hendaklah mempertimbangkan perkhidmatan

pengiring keselamatan untuk pelanggan. Perkhidmatan ini disyorkan terutamanya bagi tempat letak kereta yang dibuka sehingga lewat malam.

7.6 Kawalan ketat harus dilaksanakan di mana pengguna melaporkan tiket hilang/ dicuri. Usaha perlu dibuat untuk memastikan pengguna tersebut adalah pengguna sebenar tempat letak kereta tersebut.

Keselamatan

7.1 Jika butang panik/bantuan digunakan, ia hendaklah diletakkan di bawah pengawasan CCTV bagi:

mengelakkan penyalahgunaan; dan

jika berlaku situasi kecemasan sebenar, bagi membantu kakitangan keselamatan mengenal pasti lokasi dan jenis situasi serta sama ada ia memerlukan tindakan segera.

7.2 Jika kawasan letak kereta tertentu dikhaskan untuk

pemandu wanita yang bersendirian, maka kawasan ini mestilah dikawal dengan rapi1 , contohnya, melalui pondok keselamatan statik, dan sentiasa diawasi. Pihak pengurusan juga hendaklah berusaha mengelakkan penyalahgunaan kemudahan ini melalui kawalan ketat di pintu masuk serta penguatkuasaan langkah punitif seperti mengenakan denda ke atas individu yang menyalahgunakan kemudahan dan mengapit kenderaan mereka.

7.3 Jika kemudahan letak kereta mencatatkan tahap atau

risiko jenayah yang agak tinggi, pihak pengurusan hendaklah mempertimbangkan langkah alternatif untuk menguatkan lagi pasukan keselamatan mereka yang sedia ada, contohnya, dengan menggunakan khidmat lebih ramai anggota polis bantuan.

7.0 Amalan baik yang lain

Catatan: 1 Meningkatkan tahap keselamatan di kawasan letak kereta yang dikhaskan untuk pemandu wanita yang

bersendirian tidak seharusnya menyebabkan tahap keselamatan di kawasan lain di tempat letak kereta itu dikurangkan.

Page 17

Kawasan Letak Kereta

7.7 Salutan akrilik/epoksi boleh digunakan pada lantai tempat letak kereta untuk meningkatkan tahap kecerahan dan nilai estetik.

7.8 Laluan pejalan kaki yang ditandakan dengan jelas boleh digunakan untuk menunjukkan jalan

kepada pejalan kaki sebagai langkah perlindungan tambahan bagi mengelakkan kemalangan. 7.9 Bonggol jalan hendaklah dipasang jika terdapat kemungkinan risiko kecederaan kepada orang

awam atau kakitangan, contohnya, di jalan yang lurus. 7.10 Jika boleh, pemilik/ operator tempat letak kereta hendaklah berusaha memastikan liputan

rangkaian telefon bimbit di dalam kemudahan letak kereta adalah baik dan mencukupi, melalui pemasangan penggalak rangkaian.

7.0 Amalan baik yang lain

Laluan pejalan kaki yang ditandakan dengan jelas

Page 18

Nota

Page 19

Nota

Page 20

Nota