ciri2 abm yg baik

Upload: aerieattha

Post on 01-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ciri2 Abm Yg Baik

TRANSCRIPT

Bahan Pendidikan dan Bahan Pengajaran

Istilah bahan atau media pendidikan dan media pengajaran sering disamakan maksudnya, walaupun pada hakikatnya terdapat perbezaan di antara keduanya. Dalam bidang pendidikan media telah dihubung terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidik dan pengajaran. Traver, (1970) berpendapat bahawa Istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan pendidikan.

Bahan pendidikan ialah media yang digunakan dalam usaha pendidikan. Yang dimaksudkan dengan usaha-usaha pendidikan ini ialah pengajaran guru. Bahan pengajaran pula ialah media yang digunakan dalam usaha pengajaran. Kelebihan bahan pendidikan dan bahan pengajaran dibandingkan dengan bahan-bahan pendidikan biasa ialah meliputi pelbagai komponen persekitaran pelajaran yang menghasilkan rangsangan kepada pelajar, dengan lain perkataan berkomunikasi dengannya. Dengan pengertian yang luas begini, guru lazimnya merupakan satu punca utama rangsangan tersebut. Selain daripada guru, ada pelbagai benda dan alat seperti buku-buku dan peti televisyen yang mempunyai fungsi-fungsi umum memberi input kepada para pelajar.

MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Multi - berbilang media - perantara

Definisi multimedia: Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal. Konsep multimedia:

teks grafik animasi audio video interaktivitiBahan-bahan multimedia: Hypermedia Laluan kepada maklumat yang bukan linear. Iamembolehkan pengelolaan dan persembahan yang anjal bagi pelbagai jenis alat seperti teks, grafik, bunyi, videodan sebagainya. Program pengarangan misalnya HyperCard untukkomputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, AmigaViksion untuk Amiga dan LinkWay untuk IBM adalahantara contoh bahan pengajaran yang boleh mendapat laluan oleh hypermedia. CD-ROM Gabungan kamera video, perakam video dan perakampita Cakera video atau laser Alat pengimbas grafik

Mengapakah teknologi multimedia semakin penting dalam bidang pendidikan?

Kesedaran tentang pentingnya merancang kegunaan teknologi multimedia bersama-sama dengan penyampaian sesuatuunit mata pelajaran Teknologi multimedia memainkan peranan sebagai pendukung kepada kaedah pengajaran secara terus dari guru Teknologi multimedia berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat memberangsangkan pelajar Teknologi multimedia dapat menolong guru dalam proses merancang pengalaman dan persekitaran yang sesuai untuk pelajar supaya pembelajaran menjadi berkesan Pengajaran individu seperti pengajaran terancang atau penggunaan modul yang mengaplikasikan teknologi multimedia membolehkan pelajar maju mengikut kadar kebolehannya sendiri.

Fungsi teknologi multimedia dalam pendidikan Membuat pengajaran guru lebih tersusun dan terancang Penggunaan media seperti filem dapatmemperkayakan pengalaman pelajar Memberi maklumat dengan penggunaan teknologi multimedia Pengajaran lebih bersifat individu di mana pelajarboleh menguasai pembelajaran mengikut cara dankemampuan mereka sendiri Pembelajaran menjadi lebih dekat kerana sesuatu isipengajaran atau perkara dari jauh boleh dipindahmasuk ke dalam bilik darjah Pendidikan boleh disebarkan dengan meluas Pembelajaran menjadi lebih menarikPengajaran multimedia

Perisian multimedia mampu menyediakan bahan kerja, aplikasi pembelajaran, aturcara kursus, sistem bantuan, sistem penilaian prestasi dengan elektronik. Perisian multimedia yang disediakan hendaklah disusun dan diolah dengan baik selaras dengan kehendak dan tahap pengguna. Oleh itu, guru-guru di sekolah seharusnya didedahkan dengan perisian multimedia kerana dengan kepakaran dalam bidang pendidikan membolehkan mereka menghasilkan perisian yang bermutu dan sesuai dengan kemampuan pelajar.

Peranan Teknologi Di Dalam Penagjaran Dan Pembelajaran

Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.

Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.

Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:

Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar

Dapat memperolehi maklumat dengan tepat

Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain

Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.a) Inspirasi dan kreativitiAspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.b) Menjadikan dialog bersifat komunikatifAspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan bergunaBahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikalBahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologiDari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.Pembinaan Bahan-Bahan PembelajaranPembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. a) KetahananAlat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.b) KosBahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.c) Aspek-aspek TeknikalAlat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.d) Ketepatan MaklumatBahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.e) Mudah AlihGuru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.f) Saiz/Pengelolaan KelasSaiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.g) Jangka MasaGuru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.h) Strategi Pengajaran PembelajaranUntuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.i) Bentuk dan FungsiIstilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui non-verbal means tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.j) KetepatanKetepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. k) KepelbagaianKepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.l) Kemahiran BahasaAspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.m) Standardisasi dan SimplikasiProses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.n) Penyerapan Nilai dan PengetahuanSatu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.Ciri-ciri yang patut ada pada sebuah alat bantu mengajar;

1. Berfungsi dengan baik untuk membantu para guru mengajar dan para pelajar belajar

2. Berjaya menarik perhatian para pelajar untuk menggunakannya

3. Tidak membahayakan para pelajar; bucu sepatutnya dipotong membulat.

4. Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka akan bersifat ingin tahu.

5. Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai; warna sepatutnya terang, huruf dan gambar perlu besar dan sebagainya

6. Tahan lama dan sentiasa relevant untuk digunakan selagi masih boleh digunakan; pelajar darjah satu tahun 2000 dan 2013 boleh belajar menggunakannya

7. Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam satu masa, sebaiknya sekelas.

8. Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru; saiz sederhana, ringan

9. Mudah dihasilkan oleh guru

10. Tidak menelan belanja yang besar.

Satu tip yang berguna bagi guru yang dalam proses mencari idea membina alat bantu mengajar adalah meletakkan diri dalam situasi para pelajar. Sila tanya diri sendiri, kalaulah aku pelajar;

adakah aku akan faham perkara ini dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku berminat dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku rasa tertanya-tanya atau teruja dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku akan menjaganya dengan baik jika guru membenarkan aku menggunakannya?

adakah alat bantu mengajar ini akan kekal lama, sekurang-kurangnya dua tahun?