ciri jawi

Upload: ucu-tadu

Post on 03-Jun-2018

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    1/10

    Ciri- Ciri Tulisan JawiTerdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :

    a) bertindan secara menegak

    b) ligatur

    c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik

    d) aksara bersambung

    * Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara

    yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

    Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenambelas.

    Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untukmenyampaikanmaklumat.

    Manuskrip Melayu

    Apa itu Manuskrip Melayu ?

    Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yangdihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.

    Mengapa Ia Penting ?

    Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentukpenulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya

    mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid,

    tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir

    mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan

    merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan

    tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang

    akan datang.

    Contoh ManuskripTerkenal

    Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannyaberbakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan

    kesultanan Melaka).

    Misa Melayu

    Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayuyang memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya

    Perak.

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    2/10

    Sir at Al-Mustaqim

    Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal

    ibadat setiap muslim.Kitab Tib

    Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahandari pokok dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat

    sembelit, sengugutdan meroyan.

    Syair Seratus Siti

    Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeriBaghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.

    Hukum Kanun Melaka

    Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpentingserta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan

    undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum

    perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong.

    Cara Menyimpan

    Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dansebaik mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah

    kepada pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk

    danserangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera.

    Peranan Masyarakat

    Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atausesiapa sahaja yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda

    adalah mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu

    memperolehi manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna.

    Pusat Manuskrip Melayu

    Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan padatahun 1985 dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :-

    Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu

    dari dalam dan luar negara;

    Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan

    menerbitkan bibliografi;

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    3/10

    Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara danmenyalin manuskrip Melayu;

    Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;

    Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu

    melalui penerbitan dan pameran

    Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara

    didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen

    dan menerbitkan katalog manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis,

    Singapura dan Afrika Selatan.

    Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940

    naskah iaitu koleksi manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah

    institusi di dunia.Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui

    prosespengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam biliksimpanan yang

    terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsiusdan kadar kelembapannya 55%-

    65% sepanjang masa. Bagimanuskrip yang rosak ianya akan dibuat

    pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayudibenarkan untuk

    rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat disebarkan dan

    dimanfaatkan. Usaha mengkajidan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan

    melalui Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering mengadakan

    pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dansebuah jurnal ilmiah yang dikenali

    sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu

    untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah

    membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman

    pra-kemerdekaan.

    Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan

    negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan

    masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin

    global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak

    meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka

    terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu

    'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan.

    Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman

    melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    4/10

    Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi

    menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi

    subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian

    diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh

    generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika

    membaca al Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat

    Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia

    akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan

    Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalangan

    pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan

    rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean

    Francois Champollion.

    Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di

    Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang

    ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal

    terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib

    untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam

    Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi

    untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya

    memberi impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi

    mempunyai jasa yang besarterhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia

    membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam dalam

    pendidikan negara.

    Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai

    tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata

    pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden

    denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh

    pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati,

    sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi

    apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah

    'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran

    masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    5/10

    Tokoh ulama seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang

    asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab

    Bahrul Mazi, Tafsir Quran al Marbawi, Tafsir Surah Yassin masih kekal diulang

    cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang

    dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam

    bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa

    Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam

    yang responsif di negara Malaysia.

    Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui

    pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang.

    Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya

    lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith.

    Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang

    menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi

    menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya

    secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada

    menyebutkan ;

    [Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada

    syiar-syiar agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam

    pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati

    seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al Quran].

    (Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn

    Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka).

    Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab,

    sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga

    halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti

    berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu, penulis yakin

    kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari

    bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga

    pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram

    dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah

    'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    6/10

    perananpenting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat

    memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan

    meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap

    positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan

    seni khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu

    elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara

    meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran

    yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu

    memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud

    tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi

    dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi

    sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa.

    Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui

    bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

    Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American

    culture (globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi

    semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih

    untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan

    rumi adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang

    tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran

    garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United

    Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan

    ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap

    huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar

    betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara

    dan diberikan fungsi semula.

    Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam

    perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam.

    Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran

    perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

    Melayu Moden Masa kini

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    7/10

    Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan

    Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan

    Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

    [The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji

    Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.]

    Inskripsi Kedukan Bukit:

    Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29

    November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai

    Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.

    Teks Melayu Kuno:

    svasti r akavatta 605 (604 ?) ekda uapunta hiya,,klapaka vulan vaikha

    d nyik dismvau mangalap siddhaytra di saptam uklapakaapunta

    hiya,vulan jyeha d malapasdari minngavala dualaka dangan ko-(tmvan

    mamva yamduaratus cra di smvau dangan jlan sarivudi mata jap(tlurtus

    sapulu dua vaaka dtamsukhacitta di pacam uklapaka vula.marvuat vanua

    ..(laghu mudita dtamrvijaya jaya siddhaytra subhika.....

    Terjemahan:

    Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas

    dan pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh

    siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari pertengahan bulan Jyesta, Sri

    Baginda membebaskan tubuhnya dari minnga tmvan. Baginda membawa 2000

    tentera bersama.. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera.

    Mereka sampai di .Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan

    bulan. tangkas, gembira dan mereka membuat perjalanan ke negeri agung

    Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan

    Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di

    Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan

    bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau

    Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui

    dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.

    Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:

    Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia

    menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    8/10

    bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju

    Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah.

    Huruf tulisan jawi

    Abjad jawi terkini

    Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu

    Huruf JawiNama Padanan Rumi

    alif a ba b ta t ta marbutah t/h sa [tha] s, (th) im

    ca c

    a],ha [h ),h, (h kha [khO] kh dal d zal [dhal] z, (dh) ra [rO] r

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    9/10

    zai z sin s syin sy, (sh) Od],sad [s ),s, (s Od],dad [d ),d, (d O],ta [t ),t, (t O],za [z ),z, (z ain [ain] awal: a, i, u

    akhir: k, ()

    ghain gh nga ng fa f pa P qaf k, q, (q) kaf k ga g lam l mim m nun n wau w, u, o va v ha h

    hamzahawal: gugur

    akhir: k, ()

    ya y, i, e taling ye [ye] e pepet akhir ny ny

  • 8/13/2019 Ciri jawi

    10/10