ciri guru sejarah yang efektif

20
Tajuk : Huraian Tentang Ciri-ciri Guru Sejarah Yang Efektif Di Sekolah Rendah 2.0 Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah. Umumnya, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah- sekolah Malaysia adalah mereka yang telah membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah di peringkat universiti dan telah menjalani kursus kaedah pengajaran Sejarah dalam program pendidikan guru pra perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna semua guru yang mengajar mata pelajaran ini adalah terlatih dalam mata pelajaran itu. Satu kenyataan yang mungkin memeranjatkan setengah-setengah orang ialah, masih terdapat sebilangan besar guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah Malaysia yang tidak terlatih untuk mengajar mata pelajaran ini ialah salah satu kaedah yang terbesar. Kebenaran kenyataan "anyone can teach history- poorly" (Cornbleth, 1989, hlm. 173), sukar disangkal. Kajian tentang pengajaran telah rnenunjukkan, pengajaran yang kurang baik atau apa yang Anderson (1989) panggil "survival teaching" seperti, "staying justone chapter ahead" (McDiarmid, Ball & Anderson, 1989), adalah disebabkan oleh guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah. Seperti mana kata Anderson (1989), walaupun pengajaran "cukup makan" boleh mengisi masa pelajar dan mengelakkan mereka daripada berkelakuan nakaI, pengajaran sedernikian tidak boleh dianggap pengajaran yang baik atau berkesan. Ramai di antara kita pernah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah yang membosankan dan tidak bermakna, tetapi tidak ramal yang

Upload: kama-barhan

Post on 27-Dec-2015

890 views

Category:

Documents


104 download

DESCRIPTION

ciri guru sejarah yang efektif

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri guru sejarah yang efektif

Tajuk :

Huraian Tentang Ciri-ciri Guru Sejarah Yang Efektif Di Sekolah Rendah

2.0 Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah.

Umumnya, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah Malaysia

adalah mereka yang telah membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah di peringkat universiti

dan telah menjalani kursus kaedah pengajaran Sejarah dalam program pendidikan guru pra

perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna semua guru yang mengajar

mata pelajaran ini adalah terlatih dalam mata pelajaran itu. Satu kenyataan yang mungkin

memeranjatkan setengah-setengah orang ialah, masih terdapat sebilangan besar guru yang

mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah Malaysia yang tidak terlatih untuk

mengajar mata pelajaran ini ialah salah satu kaedah yang terbesar.

Kebenaran kenyataan "anyone can teach history- poorly" (Cornbleth, 1989, hlm. 173),

sukar disangkal. Kajian tentang pengajaran telah rnenunjukkan, pengajaran yang kurang baik

atau apa yang Anderson (1989) panggil "survival teaching" seperti, "staying justone chapter

ahead" (McDiarmid, Ball & Anderson, 1989), adalah disebabkan oleh guru yang tidak

mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah. Seperti mana kata Anderson

(1989), walaupun pengajaran "cukup makan" boleh mengisi masa pelajar dan mengelakkan

mereka daripada berkelakuan nakaI, pengajaran sedernikian tidak boleh dianggap pengajaran

yang baik atau berkesan. Ramai di antara kita pernah melalui pengajaran dan pembelajaran

Sejarah di peringkat sekolah yang membosankan dan tidak bermakna, tetapi tidak ramal yang

pernah mengalami pernbelajaran yang menarik dan bermakna. Pemahaman ilmu membawa

maksud pemerolehan fakta dan penguasaan idea-idea dan kaedah Sejarah. Kandungan

pelajaran Sejarah disarnpaikan sebagai satu kumpulan maklurnat dan juga sebagai satu

pendekatan terhadap ilrnu. Sejarah dilihat sebagai satu disiplin yang mempunyai cara-cara

tersendiri untuk memberi makna kepada pengalaman rnasa silarn (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1990, hlm. 3),

Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam menentukan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata pelajaran Sejarah

berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan

penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran. Panitia mata pelajaran Sejarah

hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan

Page 2: Ciri guru sejarah yang efektif

pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS)

8591/J1d.11(44) bertarikh 13 Mac 1986.

Kejayaan murid dalam pembelajaran, motivasi dan minat mereka terhadap mata

pelajaran Sejarah, mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebolehan, kemampuan dan

keberkesanan guru yang mengajar. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab dan peranan

yang penting dalam menentukan matlamat pencapaian murid di sekolah. Guru yang mengajar

mata pelajaran Sejarah hendaklah menggembleng tenaga dan menyelaraskan aktiviti. Mereka

juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi ilmu,

pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah berupaya mencari

penyelesaian masalah dalam bidang pengajaran bahkan juga berhubung dengan motivasi,

sikap dan tabiat belajar murid.

Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru

yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Badan ini hendaklah dipimpin dan

dikendalikan oleh guru kanan mengajar mata pelajaran Sejarah (beropsyen Sejarah) dilantik

sebagai ketua panitia. Seorang setiausaha dilantik dalam kalangan guru Sejarah, sementara

guru besar menjadi penasihat. Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi

ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Tujuan Panitia Mata Pelajaran adalah memperbaiki,

meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di

samping berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran berinovatif yang dapat

mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran sejarah.

Page 3: Ciri guru sejarah yang efektif

2.1 Ciri-ciri Guru Sejarah Yang Efektif Dari Aspek Pengetahuan.

Mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh

semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata

pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat

patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah

menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan

kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap,

keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula

"Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan

sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak

berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Guru Sejarah berkesan mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh,

latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi sejarah,

sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa mencari jalan untuk

melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran Sejarah. Daya imaginasi,

kreatif, kritis dan inovatif, mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan

(sense of humour), berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat

menggunakan pendekatan Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaran.

berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk menjayakan

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD); menyedia dan memberi peluang belajar kepada murid

untuk menghayati mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, berusaha menggunakan sumber pembelajaran dan keupayaan yang

maksimum, sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan dan

kelemahan pengajaran dan pembelajaran, mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah dengan

cekap dan berkesan, mengurus kerja projek, lawatan dan pengajaran secara kumpulan dengan

berkesan, melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning) dan

pembelajaran berasaskan pemikiran (brain based learning), mengurus bahan pembelajaran

yang diperlukan dan merancang program atau aktiviti secara sistematik serta peka kepada

perubahan terkini seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),

Pembelajaran Bestari, dan Pembelajaran Kontekstual.

Page 4: Ciri guru sejarah yang efektif

2.2 Ciri-ciri Guru Sejarah Yang Efektif Dari Aspek Memartabatkan Profesion Perguruan.

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal

yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata

pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan

berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang

guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut iaitu dapat mengembangkan stail, kaedah,

pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang

bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid. Guru dapat menyusun

dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan

pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.

Guru dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata

pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri

murid, mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi,

kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati

murid, mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model'

kepada para pelajar, mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong

penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan

kebolehan dan potensi merekaKreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran,

pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.

Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan

semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama

dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah, mempunyai kewibawaan dan

karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata

pelajaran sejarah. Guru menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra,

penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi

tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan

kemajuan diri murid. Guru mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan

mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas

pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran,

Page 5: Ciri guru sejarah yang efektif

Guru bersemangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar

serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi. Kegagalan

dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang

dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan

pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah. Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah

mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam

kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus

pendidikan semasa.

Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan

teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan

strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru,

pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam

perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah

yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang. Sebuah negara yang disegani di dunia

memiliki satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi

berilmu, beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia. masih lagi menyimpan hasrat murni

pendidikan iaitu pembinaan kualiti akhlak terunggul atau “towering personality” bagi memastikan

kejayaan pembentukan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Demi mencapai

pembentukan akhlak terunggul, ianya memerlukan kegemilangan ilmu dan pendidikan bagi

menjadi pemangkin kemakmuran dan kemajuan. Sejarah telah membuktikan bahawa

kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya dan orang yang

berperanan besar mewujudkan kegemilangan tersebut, ialah guru. Dalam erti kata lain tidak

akan adanya doktor, jurutera, saintis, professor, menteri, ahli korporat dan sebagainya tanpa

adanya didikan awal dari guru.

Mutakhir ini kita sering mendengar rungutan ibubapa dan masyarakat terhadap guru.

Aduan mengenai guru mendera pelajar, tidak terlatih, tidak ikhlas mendidik, mengajar sambil

lewa dan sebagainya sering dipaparkan di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Kajian

juga mendapati bilangan kes saman guru di Mahkamah juga meningkat dari masa ke semasa.

Sesetengah pihak seringkali menyalahkan guru apabila dikaitkan dengan gejala keruntuhan dan

kerasukan moral dan syahsiah generasi muda ketika ini. Faktor-faktor ini serba sedikit telah

melemahkan semangat guru untuk menaburkan bakti secara ikhlas di dalam proses pendidikan

dan pembelajaran. Kerap kali guru melahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka

Page 6: Ciri guru sejarah yang efektif

apabila pengorbanan mereka tidak dihargai bahkan disalahanggap oleh sesetengah pihak.

Guru yang telah semakin terhakis keikhlasannya tidak akan dapat menumbang bakti dengan

cemerlang ke arah pembentukan peribadi dan kualiti akademik generasi muda negara.

Hal ini mesti diberikan perhatian dan persepsi masyarakat terhadap institusi pendidikan

dan pendidik itu sendiri perlu ditransformasikan ke arah yang lebih adil dan seimbang.Peranan

pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat

membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Dalam

melaksanakan tanggunjawab ini pendidik yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti

yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Islam amat menitikberatkan

ilmu pengetahuan dan meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Ini

telah dirakamkan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang

bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan orang-

orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”.

Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi di

kaca mata Islam lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan seperti pendidik

sama ada di peringkat rendah mahu pun di institusi pengajian tinggi.Sebagai seorang pendidik

yang diberkati Allah, mereka mestilah menjaga akauntabilitinya selaras dengan kesucian dan

keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan. Secara

umumnya, para sarjana Islam telah mengemukakan bahawa pendidik perlu memainkan fungsi

seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudarris), penyampai yang benar

(mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab

dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan).

Akauntabiliti Seorang Pendidik

Akauntabiliti seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara

oleh setiap pendidik. Secara umumnya akauntabiliti ini merujuk kepada tanggungjawab seorang

pendidik kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya. Sebagai seorang yang profesional,

pendidik perlu memelihara dan melaksanakan tanggunggjawabnya dengan penuh ikhlas dan

sebaik mungkin. Ini adalah kerana pendidik merupakan pihak yang bertanggungjawab

menghasilkan sumber manusia yang baik dalam pelbagai bidang demi keperluan negara

bahkan umat seluruhnya. Secara ringkasnya akauntabiliti akademik ini boleh dibahagikan

kepada tiga aspek utama iaitu kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan.

Page 7: Ciri guru sejarah yang efektif

Kepimpinan

Aspek kepimpinan ini merangkumi segenap aspek kependidikan termasuk pengajaran.

Kepimpinan yang dimaksudkan adalah keupayaan mencorak, mengemudi dan memandu dalam

proses pencapaian matlamat kecemerlangan institusi. Pendidik yang mempunyai ciri

kepimpinan yang baik akan dapat mengatur strategi institusi dan berusaha mempertingkatkan

kualiti, berusaha penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu dan proses penyebaran ilmu

pengetahuan.

Profesionalisme

Profesionalisme dalam konteks pendidik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan

melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta

kepakaran. Di dalam melaksanakan sesuatu perkara seorang pendidik yang profesional adalah

terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika

kemahiran. Sebagai contoh seorang pendidik perlu menyerlahkan elemen-elemen penjagaan

tingkahlaku seperti, cara berpakaian, berkomunikasi, tidak mengadakan hubungan dengan

pelajar, mematuhi masa, menghormati rakan sejawat, mengelak plagiarisme, kerja berpasukan

dan menjaga kerahsiaan. Para pendidik juga menjaga amanah ilmu bukan sahaja bertindak

untuk memperkayakan ilmu dalam diri sebaliknya sentiasa menyalurkan idea-idea dan ilmu

yang ada pada mereka baik kepada pelajar mereka disamping mempunyai integriti yang tinggi

Profesionalisme juga menitikberatkan aspek ketelusan dan kerahsiaan. Pendidik mesti sanggup

menerima teguran-teguran dan ini akan dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Dari aspek kerahsiaan, pendidik perlu menjaga hal kerahsiaan ini umpamanya

soal penyediaan soalan peperiksaan dan juga maruah pelajar yang mempunyai masalah

peribadi.

Pembudayaan Kualiti

Adalah menjadi kewajipan seorang pendidik untuk memastikan setiap hasil kerja mereka

sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek pengajaran dan yang berkaitan. Kualiti ini dapat

dinilai melalui sumber manusia yang dilahirkan. Oleh itu pendidik perlu mempergiatkan aktiviti

ilmiah dalam perkongsian ilmu, perluasan ilmu dan rangkaian tokoh-tokoh keilmuan, diinstitusi

tempatan dan luar negara.

Page 8: Ciri guru sejarah yang efektif

2.3 Ciri-ciri Guru Sejarah Yang Efektif Dari Aspek Keperibadian.

Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik unggul.

Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini

dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada setiap perkara yang

dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:-

Mudarris

Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran.

Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada

pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial. Apa yang

diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada

amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.

Mualim

Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan

limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha

menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan

menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala

dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa

menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka.

Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh

kepada pelajar.

Muaddib

Page 9: Ciri guru sejarah yang efektif

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik

yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan

peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan

pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab

yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain

dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya

penyampaian secara teori sahaja.

Murshid

Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul

dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahuwataala

dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu

kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik mempunyai tingkah laku

baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan

perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik yang mursyid

ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup

keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Kesemua ciri-ciri seorang pendidik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara

berterusan dan dengan penuh iltizam. Pendidik perlu ada sifat mendidik pelajar kerana Allah

Subhanahuwataala, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu

dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja ciri-ciri ini perlu diamalkan

dan diserlahkan dari semua aspek termasuk kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku,

pembudayaan kualiti dan khidmat masyarakat.

Langkah Memelihara Akauntabiliti Seorang Pendidik

Mendidik Kerana Mencari Keredhaan Allah Subhanahuwataala

Seorang pendidik perlu memastikan niatnya untuk bersifat ikhlas terhadap Allah

Subhanahuwataala dalam segala amal pendidik yang dilakukannya. Allah telah merakamkan

dalam al-Quran surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud ”Dan tiadalah mereka itu

diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan

agama kepadanya”. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang

Page 10: Ciri guru sejarah yang efektif

bermaksud: ” Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang

ikhlas kepadaNya dan yang ditujukan hanya untukNya. (Riwayat Abdu Daud dan an-Nasai).

Pendidik hendaklah menunjukkan setiap pekerjaan yang dilaksanakan itu hanya semata-mata

kerana Allah kerana hanya dengan keikhlasan beliau akan mendapat keredhaan dan

keberkatan bahkan akan dikasihi dan dihormati oleh pelajar mahupun masyarakat.

Peribadi Mulia

Pendidik bukan sahaja menjadi ”role model” atau pun ikutan kepada pelajar menerusi

sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menerusi sifat-

sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal

dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran

serta pembentukan peribadi mulia, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan

nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan

oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun

yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah

thaha ayat 43 yang bermaksud:-” Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia

derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat

pengajaran atau takut kepada tuhan”.

Menjaga Kehebatan dan Kehormatan diri

Sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik

adalah seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu,

sudah semestinya pendidik untuk beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimilikinya.

Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih

bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Pendidik tidak sepatutnya melakukan perkara yang

berlawanan dengan ilmu yang dimiliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan

mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah

Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:-” Adakah patut

kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan

kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal”.

Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran

Page 11: Ciri guru sejarah yang efektif

Pendidik sememangnya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang

yang diceburi. Pelajar akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya

pendidik benar-benar menguasai ilmu tersebut. Selain itu, pendidik juga perlu kreatif dan

inovatif dalam menggunakan kaedah atau teknik pengajaran berkesan. Dalam dunia moden

masa kini, pendidik perlu arif dalam penggunaan teknologi dan dalam masa yang sama

sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

Bersifat kasih sayang

Pelajar merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik

mereka. Oleh itu pendidik mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap

mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati pendidik dan

dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra di

antara pelajar dan pendidik dan seterusnya akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan

pembentukan peribadi mulia.

2.4 Penutup

Secara umumnya, seorang pendidik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu

murabbi, mudarris, mualim, muaddib dan mursyid. Kedudukan seorang pendidik yang mursyid

menjadikan setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan akan menjadi lebih berkesan dan

mudah diterima oleh para pelajar. Terdapat beberapa ciri utama seorang pendidik yang

membolehkan mereka dapat membimbing pelajar dengan baik dan berkesan. Ini termasuk

mendidik kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki

ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Akauntabiliti seorang pendidik

merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik dan ini meliputi dari

aspek kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan. Sesungguhnya sebagai

seorang pendidik, beliau mestilah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri seorang pendidik yang

mursyid di mana mampu untuk membimbing pelajar bukan sahaja untuk mendalami ilmu

pengetahuan yang disampaikan malahan dapat memberi panduan kepada mereka untuk

menjadi insan yang berguna dan berjaya. Akauntabiliti pendidik mesti dipelihara demi menjamin

keutuhan institusi keilmuan yang sememangnya dipandang tinggi oleh Islam.

BIBLIOGRAFI

Page 12: Ciri guru sejarah yang efektif

Abdul Rahim bin Abd Rashid, (1999) Pendidikan sejarah Falsafah, Teori dan Amalan, Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur,

Cornbleth, C. (1989). Knowledge for teaching history. Competing visions of teacher knowledge.

Proceedings from an NCRTE Seminar for Education Policymakers, Washington,DC..

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1992). Pendidikan Sejarah di Sekolah Rendah dan Menengah

(KBSR/KBSM) : Objektif dan Pencapaian, dalam Sejarah Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yaakub Isa. (1994). Guru dan Pengajaran yang efektif. Selangor: Fajar Bakti

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?

y=2001&dt=1031&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_02.htm

http//www.scribd.com.

http//www.docstoc.com

http//www.ms.wikipedia.org

Al-Ghazali. (2006). Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajar.

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti.

Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar-

Rahmaniah.

Ulwan Abdullah Nasih. (1981). Tarbiyatul Awlad Fi Islam. Cairo: Darul Salam.

Page 13: Ciri guru sejarah yang efektif

M. Huberman (Eds.), Professional development in education (hIm. 35-65). New York: Teachers

College Press.

RUJUKAN

Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers' subject matter andpedagogical

content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan, Monash University, Australia.

Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher

preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate preparation of

teachers (88-107). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Hall, D. L., & McDiarmid, G. W. (1990). The subject-matter preparation of teachers.

Dalam W. R. Houston, M. Haberman, &J. Sikula (Eds.), Handbook of research on teacher

education. A project of the Association of Teacher Educators (hlm.437-449). New York:

Macmillan.

Borko, H., & Putnam, R. T. (1995). Expanding a teacher's knowledge base; A cognitive

psychological perspective on professional development. Dalam T. R. Guskey &

Buchmann, M. (1984). The priority of knowledge and understanding in teaching. Dalam

L. G. Katz & J. D. Raths (Eds.), Advances in teacher education, Vol. 1 (hlm. 29-

Page 14: Ciri guru sejarah yang efektif

50). Norwood, NJ: Ablex. 'Clark, C. M. (1988). Asking the right questions about

teacher preparation: contributions of research on teacher thinking. Educational

Researcher, 17(2), 5-11.

Feiman-Nemser, S., & Parker, M. B. (1990). Making subject matter part of the

conversation in learning to teach. Journal of Teacher Education, 41(3), 32-43.

Grossman, P. 1., Wilson, S. M., & Shulman, 1. S. (1989). Teachers of substance: Subject

matter knowledge for teaching. Dalam M. C. Reynolds (Ed.), Knowledge base

for the beginning teacher (hlrn. 23-36). New York: Pergamon Press.

Hashweh, M. Z. (1987). Effects of subject-matter knowledge in the teaching of biology

and physics. Teaching & Teacher Education, 3(2), 109-120.