ciri-ciri buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

15
[email protected] Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008 Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah Zainiah Mohamed Isa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Abstrak Kesesuaian bahan bacaan memainkan peranan penting dalam proses pembacaan kanak-kanak. Antara faktor yang menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan yang tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh kerana bahan bacaan yang sesuaian adalah penting maka kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri buku cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Bagi tujuan kajian sebanyak 417 buah buku telah dianalisis. Dapatan kajian mendapati kebanyakan buku cerita adalah tentang binatang (34.1%) dan tentang kehidupan harian kanak-kanak (30.9%). Majoriti buku cerita mempunyai warna terang, ilustrasi satu muka surat penuh, menggunakan saiz huruf besar dan buku menggunakan saiz yang kecil (1/2 A4). Jumlah muka surat adalah tidak sesuai untuk pembaca baru tetapi sesuai untuk pembaca awal dan maju.Dari segi jumlah ayat di dapati buku pembaca baru adalah sesuai jumlah ayatnya, berbanding dengan pembaca awal dan maju.Bagi jumlah perkataan bagi setiap ayat pula, tahap pembaca baru dan pembaca awal adalah tidak bersesuaian berbanding dengan tahap pembaca maju. Dari segi panduan penekaan menerusi gambar majoritinya adalah sesuai. Kata kunci:

Upload: zainiahmohamedisa

Post on 03-Jul-2015

3.966 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

Zainiah Mohamed Isa

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[email protected]

Abstrak

Kesesuaian bahan bacaan memainkan peranan penting dalam proses pembacaan kanak-kanak. Antara faktor yang menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan yang tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh kerana bahan bacaan yang sesuaian adalah penting maka kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri buku cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Bagi tujuan kajian sebanyak 417 buah buku telah dianalisis. Dapatan kajian mendapati kebanyakan buku cerita adalah tentang binatang (34.1%) dan tentang kehidupan harian kanak-kanak (30.9%). Majoriti buku cerita mempunyai warna terang, ilustrasi satu muka surat penuh, menggunakan saiz huruf besar dan buku menggunakan saiz yang kecil (1/2 A4). Jumlah muka surat adalah tidak sesuai untuk pembaca baru tetapi sesuai untuk pembaca awal dan maju.Dari segi jumlah ayat di dapati buku pembaca baru adalah sesuai jumlah ayatnya, berbanding dengan pembaca awal dan maju.Bagi jumlah perkataan bagi setiap ayat pula, tahap pembaca baru dan pembaca awal adalah tidak bersesuaian berbanding dengan tahap pembaca maju. Dari segi panduan penekaan menerusi gambar majoritinya adalah sesuai.

Kata kunci:

Page 2: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

1. PENGENALAN

1.1 PendahuluanLiterasi membaca dalam kalangan rakyat menjadi salah satu agenda penting negara Malaysia sejak merdeka. Penekanan akan pentingnya literasi membaca sangat jelas apabila penguasaan kemahiran membaca menjadi salah satu penekanan dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah rendah di samping kemahiran menulis dan mengira. Frank Small & Associates (1996) telah menjalankan kajian untuk Perpustakaan Negara untuk melihat kadar literasi membaca rakyat Malaysia. Kajian Frank Small & Associates (1996) telah melibatkan 4,034 responden yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun yang mengkaji tabiat membaca mengikut lokasi, jenis bahan bacaan, bahasa bacaan, kumpulan umur dan kekerapan membaca. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya 56% kanak-kanak berumur 5-9 tahun mengamalkan budaya membaca manakala bagi kumpulan umur 7-9 tahun 96% boleh membaca tetapi hanya 73% sahaja mengamalkan budaya membaca.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan satu kajian kes tentang minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pada tahun 1997. Kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid sangat rendah. Faktor-faktor akan rendahnya tahap membaca dalam kalangan murid adalah bahan bacaan tidak menarik, buku yang tidak mencukupi, murid tidak mahir membaca, murid tidak mampu membeli buku, buku tidak sesuai, murid tidak berpeluang ke Pusat Sumber, membaca dianggap membosankan dan tidak berminat membaca sejak kecil.

Bagi mengatasi masalah tahap membaca yang sangat rendah dalam kalangan murid, usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat membaca sejak kanak-kanak dan remaja di bangku sekolah lagi. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) telah dilancarkan pada tahun 2000. Program NILAM bertujuan menggalakkan pembacaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM Kebangsaan 2003, dilaporkan status penglibatan murid sekolah rendah dalam program NILAM ialah 65.1% (1,934,280) daripada keseluruhan enrolmen murid sekolah rendah. Daripada peratusan itu, hanya 25% (483,710) murid mendapat pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari. Bagi tahap Rakan Pembaca, penglibatan murid sekolah rendah ialah 36.3% (1,189,992) dan pencapaian murid pada tahap Rakan Pembaca hanya 12% (130,467). Laporan NILAM (2004) pula menunjukkan jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid sekolah rendah dan menengah masih sedikit walaupun setelah berada selama empat hingga enam tahun di sekolah. Jumlah bacaan mereka berada pada kategori terendah berbanding tahap pembacaan yang ditetapkan oleh Program NILAM. Mengenai bahan bacaan pula, laporan menyatakan bahawa bahan yang disediakan agak mencukupi dan sesuai.

Oleh itu, dapat dirumuskan minat kanak-kanak terhadap pembacaan adalah amat membimbangkan. Maka, usaha-usaha bagi mempertingkatkan minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu dilakukan dan menyediakan buku yang bersesuaian adalah salah satu langkah penting yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.

1.2 Pernyataan MasalahBerdasarkan kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) antara faktor yang menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan

Page 3: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh itu pengkaji ingin melihat apakah ciri-ciri buku-buku yang terdapat di prasekolah.

1.3 Objektif KajianSecara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah ciri-ciri buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah:

1.3.1 Melihat ciri-ciri buku cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat di dalam bilik darjah.

1.4 Persoalan KajianKajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan apakah ciri-ciri buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah dari segi :

1.4.1 jenis cerita1.4.2 kategori buku1.4.3 watak utama1.4.4 latar cerita1.4.5 jenis warna1.4.6 saiz ilustrasi1.4.7 jenis gambar ilustrasi1.4.8 saiz huruf1.4 9 saiz buku

1.5 Kepentingan KajianKajian ini memberi maklumat kepada guru-guru prasekolah, penulis dan penerbit buku, mengenai status buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Dapatan kajian juga dapat membantu guru, penulis dan penerbit serta ibu bapa agar lebih serius dan teliti dalam menyediakan bahan bacaan yang sesuai bagi merangsang proses membaca di peringkat awal kanak-kanak.

1.6 Batasan kajianKajian ini hanya meliputi sebanyak 417 buah buku cerita kanak-kanak yangdipilih secara rawak untuk dianalisa oleh pelajar-pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berkemungkinan terdapat banyak lagi buku cerita di prasekolah lain yang tidak didatangi oleh pelajar-pelajar yang menjalani ROS. Oleh itu hasil keputusan kajian tidak merujuk kepada kesemua buku cerita yang terdapat di setiap prasekolah di Malaysia, sebaliknya hanya terbatas kepada 417 buah buku cerita yang telah dianalisa.. Satu kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci bagi melihat keputusan yang boleh merujuk kepada buku-buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di pasaran perlu dijalankan pada masa akan datang.

Page 4: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

2. TINJAUAN LITERASI

Tinjauan literasi akan menfokus kepada kajian atau penulisan mengenai ciri-ciri buku kanak-kanak dan juga mengenai pemeringkatan buku cerita menurut teori emergent literasi.

2.1 Ciri-ciri buku cerita kanak-kanakClay (1967) adalah pembuka jalan yang melihat pembacaan dan penulisan kanak-kanak dalam konteks kajian pemerolehan bahasa (Teale & Sulzby, 1986). Pada tahun 1967, Clay telah menjalankan penyelidikan ‘The reading behavior of five-year-old children: A Research Report’ yang juga merupakan desertasi kedoktoran beliau. Dapatan utama kajian Clay (1967) menerangkan kanak-kanak secara beransur-ansur belajar untuk mengkoordinasikan isi, sintaksis dan panduan visual sebagai cara untuk membaca. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai teks kerana dikhuatiri jika kanak-kanak tidak didedahkan dengan teks sejak awal lagi maka asas pengetahuan kanak-kanak ini akan terjejas.

Menurut Marohaini Yusoff (1999), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan bahan bercetak. Antaranya termasuklah perbendaharaan kata, pembentukan ayat atau jenis ayat dan panjang pendek ayat serta perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan stail cetakan, penggunaan dan penyusunan idea atau isu minat pembaca dan pengetahuan latar pembaca menjadi faktor penting. Penggunaan bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual, dan rajah juga dapat membantu kefahaman membaca. Menurut Abdul Aziz (2000), bahan-bahan bacaan yang disediakan untuk murid–murid terutama pada tahap mula membaca hendaklah beraneka jenis dan menepati minat murid-murid untuk membacanya. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dan mudah difahami supaya murid-murid berasa seronok membacanya dan seterusnya sentiasa ingin membaca. Tulisan perlu bersaiz besar bagi memudahkan dan menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan bacaan juga perlulah disertakan dengan ilustrasi yang menarik, gambar berwarna dan sekiranya lukisan hendaklah gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat menarik dan memikat hati kanak-kanak.

Perpustakaan Negara juga telah menjalankan kajian tentang jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak dan kriteria dalam memilih buku oleh kanak-kanak. Kajian oleh Perpustakaan Negara (1998) mendapati antara jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak ialah 52% buku pengetahuan, 49% buku cerita, 15% buku berkaitan dengan hobi dan 11% lain-lain bukan fiksyen. Bagi kriteria-kriteria yang penting dalam memilih buku oleh kanak-kanak pula peratusan tertinggi ialah buku yang mempunyai gambar (24%); kedua, buku berbentuk cerita dan cerita dongeng (15%) dan ketiga, buku yang mudah difahami (11%). Dalam kajian yang dijalankan ini, tumpuan akan diberikan kepada kategori buku, watak utama, latar cerita, warna, ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku. Ini kerana kanak-kanak sepatutnya mendapat bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap bacaan mereka (Fountas & Pinnell, 1996).

Page 5: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

2.2 Tahap Buku CeritaMary Clay (1982) telah membahagikan pembaca kepada tiga tahap iaitu Tahap 1 (Emergent Reader), Tahap 2 (Early Reader) dan Tahap 3 (Fluent Reader). Dalam kajian ini buku cerita dibahagikan kepada Tahap 1, 2, dan 3. Garis panduan pemeringkatan buku yang akan dibuat oleh pengkaji adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh penulis-penulis sebelumnya.

2.2.1 Buku Cerita Tahap 1 Terdapat kriteria tertentu bagi bahan bacaan yang sesuai untuk pembaca baru. Menurut Clay (1991) dan Hiebert (1999), bahan bacaan yang sesuai bagi pembaca baru adalah yang bermakna kepada kanak-kanak, menggunakan bahasa kanak-kanak, dan mengandungi perkataan yang berulang-ulang. Teks ini sepatutnya berjaya menarik minat kanak-kanak kerana mengandungi ilustrasi yang menarik serta difahami. Hart-Hewins dan Wells (1990) telah mencadangkan buku berbentuk konsep dan buku berbentuk urutan. Buku berbentuk konsep dan buku berbentuk urutan dicadangkan kerana kanak-kanak cenderung untuk mempelajari sesuatu dan mereka akan menyukai buku konsep yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Sudah tentulah juga isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak (Rog dan Burton,2002). Gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat di mana pembaca boleh membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun sebenarnya mereka belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002) mencadangkan agar illustrasi yang digunakan ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Dari segi saiz cetakan huruf pula, Hart-Hewins dan Wells (1990) berpendapat saiz huruf yang digunakan hendaklah besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Ini memudahkan kanak-kanak membuat perbezaan antara ilustrasi dan huruf terutama di peringkat pembaca baru yang masih belum dapat membezakan antara huruf dan gambar.

2.2.2 Buku Cerita Tahap 2 Hart-Hewins dan Wells (1990) pula menyatakan bagi buku untuk peringkat pembaca awal, saiz cetakan tulisan tidak semestinya besar tetapi mestilah jelas. Gambar masih lagi memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap teks dan teks mesti berada di tempat yang sama setiap muka surat. (Rog & Burton, 2002). Kanak-kanak pada peringkat pembaca awal ini memerlukan sokongan agar mereka berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu, penekaan yang dibuat melalui gambar dan pengulangan perkataan ataupun ungkapan akan memudahkan kanak-kanak meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Ini akan mendatangkan keseronokan kepada mereka kerana mereka dan juga akan menimbulkan kepercayaan kepada diri mereka sendiri yang mereka ‘telah’ boleh membaca seterusnya memotivasikan diri kanak-kanak untuk terus membaca (Nolen, 2001).Dari segi isi kandungan pula, pada peringkat pembaca awal telah boleh mula melangkah keluar dari lingkungan pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan hubungan dengan individu yang lain ataupun perkara yang lain (Hewin & Wells, 1990).

2.2.3 Buku Cerita Tahap 3Menurut Asselin (2000) teks bagi pembaca yang telah mula maju dalam pembacaan seharusnya 70 peratus ke 80 peratus daripada kandungan teks boleh didekod oleh kanak-kanak dan teks sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang standard tetapi yang boleh difahami oleh kanak-kanak. Hart-Hewins dan Wells (1990) menyatakan bagi pembaca maju (Fluent Reader), teks

Page 6: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

yang digunakan lebih panjang berbanding teks untuk pembaca baru dan pembaca awal, dan saiz cetakan tidak perlu besar. Cerita pula lebih panjang dan boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa perenggan dan gambar masih diperlukan bagi setiap mukasurat bagi menyokong teks. Panjang buku boleh dibahagikan kepada beberapa bab, plot lebih kompleks dan boleh mempunyai lebih ramai watak (Rog & Burton, 2002).

3. REKABENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Majid (1998) kajian tinjauan dijalankan dalam penyelidikan pendidikan yang bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Mertens (1998) pula, kebaikan kajian tinjauan ialah kerana membolehkan maklumat diperolehi dari bilangan sampel yang besar. Oleh itu teknik tinjauan ini dipilih kerana ia mampu memenuhi keperluan kajian ini.

3.1 Populasi dan sampel kajianPopulasi bagi kajian ini ialah buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di prasekolah di Malaysia. Sampel kajian pula ialah buku-buku cerita yang terdapat di prasekolah-prasekolah di mana guru-guru pelatih Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Oleh kerana guru-guru boleh menjalani ROS di sekolah-sekolah berhampiran dengan rumah mereka, maka kajian melibatkan prasekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bilangan sampel pula ialah 417 buah buku yang dipilih secara rawak bagi kajian ini. Bilangan sampel ini mencukupi berdasarkan cadangan Crites (1969) yang menyatakan bahawa saiz sampel yang kurang dari 100 tidak sesuai kerana akan berlaku turun naik yang besar dalam pengiraan.

3.2 Instrumen kajianInstrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah soal selidik. Zainal (2003) menyatakan tujuan utama soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat untuk memenuhi objektif kajian. Instrumen kajian digubal oleh pengkaji di mana item-item soal selidik dibina mengikut keperluan bagi menjawab soalan-soalan kajian. Interrater reliability test telah dilakukan dengan mengambil beberapa orang penilai bagi menilai alat pengukuran yang dicadangkan (Mayers & Hansen, 1997).

3.3 Kaedah pengumpulan dataKaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Majid (1990), dengan menggunakan soal selidik pengkaji dapat maklumat yang banyak dalam masa yang singkat dan ini sudah pasti menjimatkan perbelanjaan..

3.4 Prosedur penganalisisan dataBerdasarkan maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah lengkap diisi oleh guru-guru pelatih, data dikumpulkan dan dikodkan bagi memudahkan kemasukan data ke dalam sistem komputer. Data–data yang diperolehi ini diproses menggunakan Statiscal Package for Social

Page 7: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Sciencse (SPSS) berdasarkan kekerapan (frekuensi) dan peratus untuk membuat huraian tentang ciri-ciri buku cerita tersebut.

4. ANALISIS DATA

Fokus analisis data adalah tentang ciri-ciri buku cerita dari segi jenis buku, kategori buku, watak utama, latar cerita, warna ilustrasi, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku secara keseluruhan dan mengikut tahap pembaca.

4.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

Jadual 1Jenis Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

Jenis Buku Cerita Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju Jumlah

Cerita Jenaka3

(3.2)1

(0.6)0

(0.0)4

(1.0)

Cerita Dongeng0

(0.0)7

(4.4)19

(11.7)26

(6.2)

Lagenda0

(0.0)0

(0.0)6

(3.7)6

(1.4)Cerita Penglipurlara

(Putera & Puteri)0

(0.0)2

(1.3)5

(3.1)7

(1.7)Cerita tauladan / nilai

moral2

(2.1)41

(25.6)31

(19.0)74

(17.7)

Cerita Binatang5

(5.3)61

(38.1)76

(46.6)142

(34.1)

Cerita Rakyat0

(0.0)3

(1.9)6

(3.7)9

(2.2)Cerita Kehidupan Harian

Kanak-kanak71

(75.5)40

(25)18

(11.0)129

(30.9)Bukan Cerita / Non

Fiction13

(13.8)5

(3.1)2

(1.2)20

(4.8)

Jumlah94

(100)160

(100)163

(100)417

(100)

Secara keseluruhan, 34.1% buku cerita adalah tentang binatang dan 30.9% tentang kehidupan harian kanak-kanak. Bagi tahap pembaca baru, 75.5% buku adalah tentang kehidupan harian kanak-kanak manakala 38.1% buku cerita tahap pembaca awal dan 46.6% buku cerita tahap pembaca maju adalah tentang binatang.

4.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

Jadual 2Kategori Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

Kategori Buku Cerita Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju Jumlah

Page 8: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Buku berunsur main 1(1.1)

3(1.9)

1(0.6)

5(1.2)

Buku bergambar 69(73.4)

135(84.4)

141(86.5)

345(82.7)

Buku konsep 10(10.6)

8(5.0)

5(3.1)

23(5.5)

Buku meramal 7(7.4)

13(8.1)

15(9.2)

35(8.4)

Buku bahasa berirama 7(7.4)

1(0.6)

1(0.6)

9(2.2)

Jumlah 94(100)

160(100)

163(100)

417(100)

Daripada 417 buah buku cerita kanak-kanak yang dikaji, majoriti buku (82.7%) merupakan buku bergambar. Begitu juga bagi setiap tahap pembaca, majoriti buku merupakan buku bergambar iaitu 73.4% bagi tahap pembaca baru, 84.4% bagi kategori tahap awal dan 86.5% bagi tahap pembaca maju.

4.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

Jadual 3Watak Utama dalam Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

Watak Utama Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju JumlahKanak-kanak lelaki 45

(47.9)23

(14.4)11

(6.7)79

(18.9)Kanak-kanak perempuan 19

(20.2)28

(17.5)13

(8.0)60

(14.4)Orang dewasa lelaki 6

(6.4)6

(3.8)22

(13.5)34

(8.2)Orang dewasa perempuan 0

(0.0)1

(0.6)7

(4.3)8

(1.9)Binatang 11

(11.7)92

(57.5)102

(62.6)205

(49.2)Kartun 7

(7.4)9

(5.6)8

(4.9)24

(5.8)Tiada watak 6

(6.4)1

(0.6)0

(0.0)7

(1.7)Jumlah 94

(100)160

(100)163

(100)417

(100)

Secara keseluruhannya, watak binatang mendominasi watak utama dalam buku cerita kanak-kanak. Watak binatang juga mendominasi watak utama dalam buku cerita bagi tahap pembaca awal (57.5%) dan pembaca maju (62.6%). Walau bagaimanapun, dalam buku cerita bagi tahap pembaca baru, majoriti buku (47.9%) memilih watak kanak-kanak lelaki sebagai utama utama.

5. PERBINCANGAN

Perbincangan dapatan kajian akan dikemukakan dalam bentuk deskriptif mengikut aspek-aspek kajian yang telah dijalankan. Manakala cadangan yang dikemukakan merujuk kepada penulis,

Page 9: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

penerbit, ibu bapa dan guru-guru. Cadangan juga merangkupi aspek-aspek kajian lain yang boleh dilakukan pada masa hadapan.

5.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahKebanyakan buku cerita yang terdapat di bilik darjah prasekolah adalah tentang binatang dan kehidupan seharian kanak-kanak. Jenis buku cerita ini bersesuaian dengan pendapat Hart-Hewins dan Wells (1990) dan Rog dan Burton (2002) bahawa kanak-kanak akan menyukai buku konsep yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Bagi tahap pembaca baru, majoriti buku adalah tentang kehidupan harian kanak-kanak. Ciri ini juga bersesuaian dengan cadangan Rog dan Burton (2002) dan Clay (1967) iaitu bagi buku tahap pembaca baru, isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak. Manakala majoriti buku cerita bagi tahap pembaca awal dan pembaca maju adalah tentang binatang yang dianggap sesuai bagi pembaca tahap ini (Hart-Hewin & Wells, 1990). Oleh itu dicadangkan agar buku tahap satu adalah berkenaan kehidupan harian kanak-kanak dan buku tahap dua dan tiga adalah mengenai binatang yang diberikan perwatakan manusia.

Dari segi isi kandungan pula, didapati buku kanak-kanak peringkat awal dan maju telah keluar daripada kehidupan harian kanak-kanak sesuai dengan Hart-Hewin dan Wells (1990) yang menyatakan pada peringkat pembaca awal telah boleh mula melangkah keluar dari lingkungan pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan hubungan dengan individu yang lain ataupun perkara yang lain. Namun begitu dapatan ini berlainan daripada dapatan kajian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara (1998) mendapati selepas 52% buku pengetahuan, buku cerita dongeng turut menjadi pilihan utama kanak-kanak.

5.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahBagi kategori buku pula majoriti buku yang terdapat di dalam bilik darjah adalah sesuai kerana kebanyakannya buku dalam kajian ini adalah buku cerita bergambar yang amat sesuai bagi semua peringkat pembaca di prasekolah. Bahan bacaan perlulah disertakan dengan ilustrasi yang menarik, gambar berwarna, sekiranya lukisan gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat menarik dan memikat hati kanak-kanak (Abdul Aziz, 2000). Menurut Rog dan Burton (2002) pula, antara faktor-faktor yang diambil kira dalam pemeringkatan teks ialah sokongan illustrasi. Begitu juga garis panduan yang ditetapkan oleh Reading Recovery (Peterson,1991), dalam Guided Reading (Fountas & Pinnell, 1999) telah menetapkan kriteria kesepadanan gambar dan teks sebagai kriteria yang penting dalam teks. Oleh itu buku bergambar adalah dicadangkan sebagai kategori buku yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.

5.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahMajoriti penulis buku cerita menggunakan watak kanak-kanak lelaki dan watak binatang sebagai watak utama yang dianggap sesuai untuk pembaca di peringkat prasekolah. Watak utama yang terdapat dalam buku tahap satu didominasi oleh watak kanak-kanak lelaki. Bagi tahap dua dan tahap tiga kebanyakan buku cerita menggunakan watak binatang. Oleh itu dicadangkan perwatakan bagi tahap satu adalah kanak-kanak dan bagi tahap dua dan tiga adalah watak binatang.

5.4 Latar cerita dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahBuku cerita tahap pembaca baru menjadikan rumah sebagai latar cerita. Ini bertepatan dengan kenyataan Hart-Hewins dan Wells (1990) yang telah mencadangkan buku berbentuk konsep dan

Page 10: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

buku berbentuk urutan yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Bagi buku cerita tahap pembaca awal dan pembaca maju, lebih separuh daripada buku yang dikaji mempunyai alam semula jadi sebagai latar cerita. Sehubungan itu, dicadangkan agar latar cerita bagi pembaca baru hendaklah menggunakan latar yang dekat dengan diri kanak-kanak sementara bagi pembaca awal dan maju pula boleh menggunakan watak alam semulajadi dan lain-lain latar.

5.5 Warna buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahSecara keseluruhannya, warna terang digunakan dalam majoriti buku cerita kanak-kanak yang dikaji. Dicadangkan penggunaan warna yang terang bagi setiap peringkat pembaca.

5.6 Saiz ilustrasi buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahMajoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju mempunyai ilustrasi satu muka surat penuh. Ilustrasi adalah penting teruatam bagi pembaca baru. Ini kerana bagi pembaca baru gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat bagi membolehkan pembaca membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun sebenarnya mereka belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002) mencadangkan agar illustrasi yang ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Oleh itu, dicadangkan agar ilustrasi perlu ditonjolkan dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak kerana ilustrasi sememangnya memainkan peranan penting dalam buku cerita bagi setiap peringkat bagi kanak-kanak prasekolah. 5.7 Jenis gambar ilustrasi dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah

prasekolahMajoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju mempunyai kecenderungan yang sama dari segi jenis gambar ilustrasi iaitu menggunakan gambar tidak realistik.Dicadangkan agar gambar tidak realistik digunakan untuk mengisahkan cerita kanak-kanak kerana ini memudahkan penghasilan gambar yang sesuai dengan jalan cerita dan penggunaan imaginasi yang meluas dapat dilakukan.

5.8 Saiz huruf dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahMajoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju menggunakan saiz huruf besar diikuti dengan saiz huruf sederhana. Hanya segelintir buku cerita yang menggunakan saiz huruf kecil. Ini bertepatan dengan keperluan pembaca yang di peringkat baru yang memerlukan saiz huruf yang besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Namun, menurut Hart-Hewins dan Wells (1990), bagi pembaca maju (fluent reader), saiz cetakan tidak perlu besar. Oleh itu, dicadangkan agar saiz huruf tidak perlu besar tetapi perlulah jelas untuk dibaca.

5.9 Saiz buku dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahMajoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju mempunyai saiz yang kecil. Saiz buku yang kecil adalah sesuai kerana ianya mudah dipegang, dibawa ke mana-mana dan mengurangkan kos.

6. RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuat rumusan tentang buku-buku cerita yang terdapat di bilik darjah prasekolah bagi setiap tahap pembaca. Bagi tahap pembaca baru,

Page 11: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku bergambar tentang kehidupan seharian kanak-kanak. Kebanyakan watak utama yang menjadi pilihan penulis buku cerita tahap 1 ini ialah watak kanak-kanak lelaki. Rumah pula seringkali dijadikan latar cerita. Dari segi pemilihan warna, warna lembut digunakan dalam kebanyakan buku yang dikaji. Buku-buku yang dikaji juga kebanyakannya mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh yang menggunakan gambar tidak realistik. Walaupun kebanyakan buku tahap pembaca baru yang dikaji bersaiz kecil tetapi saiz huruf besar sering digunakan.

Bagi tahap pembaca awal, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku bergambar tentang binatang. Watak utama yang biasa digunakan ialah watak binatang. Alam semula jadi pula menjadi pilihan bagi kebanyakan penulis buku cerita tahap 2 yang dikaji. Bagi kebanyakan buku, warna terang digunakan. Kebanyakan buku mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh dengan gambar yang tidak realistik. Seperti kebanyakan buku tahap pembaca baru, kebanyakan buku tahap pembaca awal yang dikaji juga bersaiz kecil tetapi saiz huruf besar sering digunakan.

Bagi tahap pembaca maju, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku bergambar tentang binatang. Seperti buku tahap pembaca awal, watak binatang menjadi watak utama bagi kebanyakan buku dan latar cerita kebanyakannya ialah alam semula jadi. Warna terang juga sering digunakan. Dari segi ilustrasi, gambar, saiz buku dan saiz huruf, kebanyakan buku yang dikaji mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh dengan gambar tidak realistik, bersaiz kecil tetapi menggunakan huruf bersaiz besar, sama seperti buku-buku tahap pembaca baru dan pembaca awal.

7. CADANGAN

Bagi meningkatkan lagi kualiti bahan bacaan prasekolah dicadangkan agar penulis dan penerbit buku memperbanyakkan lagi buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah yang menepati ciri-ciri yang bersesuaian dengan setiap tahap pembaca bagi tujuan menarik minat mereka terhadap pembacaan buku.

Kepada ibu bapa dan guru-guru juga perlulah juga sedar tentang perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan buku-buku untuk kanak-kanak prasekolah. Kegagalan ibu bapa dan guru-guru menyedia buku yang bersesuaian boleh menghilangkan minat kanak-kanak untuk membaca. Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlulah memilih dan menyediakan buku-buku yang sesuai dengan tahap kebolehan membaca kanak-kanak agar dapat terus menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca.

Kajian yang telah dibuat melibatkan buku-buku yang terdapat di prasekolah yang terlibat dalam kajian. Dicadangkan agar kajian dilakukan bagi mengkaji buku-buku cerita prasekolah yang terdapat di pasaran. Kajian-kajian lanjut berkait buku cerita prasekolah juga boleh dilakukan bagi menambah lagi hasil penyelidikan tentang prasekolah.

8. KESIMPULAN

Penggunaan buku yang sesuai amat penting dalam menjamin minat dan tumpuan kanak-kanak terhadap pembacaan yang berkesan. Oleh itu adalah menjadi tugas penulis dan penerbit bagi membina buku-buku mengikut ciri-ciri buku yang sesuai untuk kumpulan sasaran yang tertentu.

Page 12: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Bagi ibu bapa dan guru-guru pula perlulah bijak memilih buku yang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak mengikut ciri-ciri yang telah dicadangkan di dalam kajian ini. Semoga hasil kajian ini memberi manafaat kepada bahan bacaan kanak-kanak dan seterusnya menanamkan minat membaca yang mendalam dan berterusan kepada kanak-kanak prasekolah.

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu;Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Allington, R. L. (1983). "The Reading Instruction Provided Readers of Differing Reading Abilities." Elementary School Journal 82: 548-Allington, R. L. (2002). "What I've Learned About Effective Reading Instruction." Phi Delta Kappan 83(10): 740.

Ambigapathy, P. (1997). Reading in Malaysia. Bangi, Universiti Kabangsaan Malaysia.Armstrong, N., Campos, J. & Johnson, B. (2001). Increasing Student Reading Fluentcy Through

the Use of Leveled Book. Faculty of the School of Education. Chicago, IL, Saint Xavier University: 127.

Asselin, M. (2002). "Texts for Beginning Readers: The Critical Match between Reader and Text." Teacher Librarian 28(2): 58.

Bahagian Teknologi Pendidikan (1997), Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 1997. Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan (2004). Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM Clay, M. M. (1982). Observing Young Readers: Selected Papers. Portsmouth, NH, Heinemann.Clay, M. M. (1991). "Introducing a new storybook to young readers." The Reading Teacher

45,4: 264-265.Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children. A: Research report. New

Zealand Journal of Educatioanal Studies, 2, 11-31.Crites (1969) dalam Sidek Mohd Noah (2002), Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan

Praktis. Serdang:Universiti Putra MalaysiaFountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1996). Guided reading: Good first teaching for all children k-3.

Portsmouth,, NH: Heinemann.Fountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1999). Matching books to readers: Using leveled books in guided

reading. Portsmouth, NH, Heinemann. Hart-Hewins & Wells, J. “Real books for reading learning to read with children's literature”

Pembroke Publishers Limited, Markham,Ontario:Klein.M.L, Peterson, S, & Simington, L (1990).Teaching reading in the elementary grades.

USA:Allyn and Bacon.Marohaini Yusoff (1999), Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke arah Kemantapan

Pembelajaran di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mertens, D. M. (1998). Research methods in education and psychology : integrating diversity

with quantitative and qualitative approaches. London : Sage Publications.Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

Pustaka. Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure,collaboration &

motivation. Cognition & instruction, 19(1). 95-142.

Page 13: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2-4 JUN 2008

Perpustakaan Negara Malaysia (1998), Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, Kuala Lumpur: PNM.

Pinnell, G. S. (1999). "Effective Literacy Programs." Council Connections Winter: 9-11. Raphael,T & Hiebert, E. (1996) Creating an integrated approach to literacy instruction USA:

Allyn & Bacon.Rog, L. J. & Burtan, W. (2002). "Matching Texts and Readers: Levelling early reading materials

for assessment and instruction." The Reading Teacher 55(4).Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.

Serdang:Universiti Putra MalaysiaSulzby, E. & Teale, W.H. (1987). Young Children's Storybook Reading: Longitudinal Study of

Parent-Child Interaction and Children's Independent Functioning. Final Sulzby, E. (1989). Assessment of writing and of of children language while writing. Assessment

for instruction in early literacy. L. M. J. Smith. Englewood Cliffs, New Jersey, Prentice Hall.

Swann, J. M. (1997). An Investigation into Effectiveness of the Emergent Reader Literacy Instruction Model. Annual Meeting of the American Educational Research Association, Chicago, IL. (March 24-28, 1997).

Teale, W. & Sulzby, E. (1986). Emergent Literacy : Writing and Reading. Norwood, N.J., Anlex Pub. Corp.

Zainal Mat Saat (2003). Statistik Awalan. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.Zainiah Mohamed Isa (2005). Tahap Bacaan dan Faktor-faktor Mempengaruhinya. Kod

penyelidikan : 03-13-19-04.

CITE AS….?