cerpen-misteri rumah jiran

1
Maghrib, bang. Tak pergi masjid ke? Faris mendongak ke atas, memandang gerangan yang bersuara di sebalik tingkap dapur jiran belakang. Bunyi pinggan mangkuk yang sedang berlaga menandakan jirannya itu sedang mencuci di sinki. Baru balik kerja, makcik. Peluh tak hilang lagi. Faris menghembus asap Dunhill 20 ke udara. Jelas kelihatan kepul-kepul asap di malam yang kian gelap. Dengan hanya bertuala separas lutut, Faris mencangkung di belakang dapurnya, mengambil waktu untuk berehat seketika sebelum membersihkan diri. Bunyi selak pintu besi dibuka seseorang menarik perhatiannya tidak berapa lama kemudian. Seorang gadis dengan kain telekung membawa segayung air lalu menyiram pokok-pokok di dalam pasu. Faris tersenyum. Maghrib-maghrib baru nak siram pokok, cik kak? soalnya baru tersedar orang yang dipanggil makcik itu rupanya seorang wanita muda. Yang penting matahari dah terbenam. Suka hati nak siram waktu bila. Dan yang paling penting, saya dah sembahyang Maghrib. Gadis itu bersahaja menjawab. Faris hanya mengangkat kening sambil memerhati kelakuan gadis itu. Sedikit terasa dengan sindiran yang kedengaran. Saya tak pernah nampak awak, sebelum ni. Awak siapa? Anak Mak Awa ke? Gadis itu menyoal pula. Faris menyedut lagi rokok yang sedang menyala. Anak saudara. Saya baru pindah kerja di Gelang Patah. Oh..saya pun baru pindah rumah baru. Awal tahun tempohari. Tak tanya pun... Faris ketawa terkekeh-kekeh sambil menunggu reaksi gadis itu.

Upload: adlinz79

Post on 04-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

fiksyen sempena memperingati teman yang telah meninggal dunia

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen-misteri Rumah Jiran

“Maghrib, bang. Tak pergi masjid ke?”

Faris mendongak ke atas, memandang gerangan yang bersuara di sebalik

tingkap dapur jiran belakang. Bunyi pinggan mangkuk yang sedang berlaga

menandakan jirannya itu sedang mencuci di sinki.

“Baru balik kerja, makcik. Peluh tak hilang lagi.”Faris menghembus asap

Dunhill 20 ke udara. Jelas kelihatan kepul-kepul asap di malam yang kian gelap.

Dengan hanya bertuala separas lutut, Faris mencangkung di belakang dapurnya,

mengambil waktu untuk berehat seketika sebelum membersihkan diri.

Bunyi selak pintu besi dibuka seseorang menarik perhatiannya tidak

berapa lama kemudian. Seorang gadis dengan kain telekung membawa

segayung air lalu menyiram pokok-pokok di dalam pasu. Faris tersenyum.

“Maghrib-maghrib baru nak siram pokok, cik kak?”soalnya baru tersedar

orang yang dipanggil makcik itu rupanya seorang wanita muda.

“Yang penting matahari dah terbenam. Suka hati nak siram waktu bila.

Dan yang paling penting, saya dah sembahyang Maghrib.”Gadis itu bersahaja

menjawab.

Faris hanya mengangkat kening sambil memerhati kelakuan gadis itu.

Sedikit terasa dengan sindiran yang kedengaran.

“Saya tak pernah nampak awak, sebelum ni. Awak siapa? Anak Mak Awa

ke?”Gadis itu menyoal pula.

Faris menyedut lagi rokok yang sedang menyala.

“Anak saudara. Saya baru pindah kerja di Gelang Patah.”

“Oh..saya pun baru pindah rumah baru. Awal tahun tempohari.”

“Tak tanya pun...”Faris ketawa terkekeh-kekeh sambil menunggu reaksi

gadis itu.

Page 2: Cerpen-misteri Rumah Jiran