casing wiring

11
7. Hasil dan Pengujian Jenis-jenis Pengujian i. Pemeriksaan penglihatan ii. Ujian keterusan pengalir iii. Ujian kekutuban iv. Ujian pembumian Pemeriksaan penglihatan Kaedah pengujian adalah melalui penglihatan mata kasar bagi mengesan sebarang kerosakan atau kesilapan. Tujuan Pengujian: Memastikan sambungan pengalir betul, ‘casing / trunking’ dalam keadaan baik dan bertutup serta keadaan litar berkondisi sempurna. Kabel dan Kod Warna yang betul digunakan Memastikan bahan & perkakasan yang dipasang mengikut piawaian Memastikan alatan atau bahan yang dipasang tidak mengalami kerosakan Ujian keterusan

Upload: amin-angelo-d-maria

Post on 29-Jun-2015

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CASING WIRING

7. Hasil dan Pengujian

Jenis-jenis Pengujian

i. Pemeriksaan penglihatan

ii. Ujian keterusan pengalir

iii. Ujian kekutuban

iv. Ujian pembumian

Pemeriksaan penglihatan

Kaedah pengujian adalah melalui penglihatan mata kasar bagi mengesan

sebarang kerosakan atau kesilapan.

Tujuan Pengujian:

Memastikan sambungan pengalir betul, ‘casing / trunking’ dalam

keadaan baik dan bertutup serta keadaan litar berkondisi

sempurna.

Kabel dan Kod Warna yang betul digunakan

Memastikan bahan & perkakasan yang dipasang mengikut

piawaian

Memastikan alatan atau bahan yang dipasang tidak mengalami

kerosakan

Ujian keterusan

Ujian keterusan dijalankan secara litar mati menggunakan alatan seperti

meter pelbagai dan meter ohm.

Tujuan Ujian Keterusan.

Page 2: CASING WIRING

i. Memastikan keterusan sesuatu kabel (bebas dari kerosakan jenis litar

buka).

ii. Memastikan sambungan kabel (hidup & hidup, neutral & neutral, bumi

& bumi) berterusan dari satu poin ke poin yang lain.

iii. Memastikan perkakasan seperti ‘fuse’, MCB, suis utama, ELCB, mentol,

lampu pendaflour dan lain-lain berada dalam keadaan baik.

Ujian Keterusan Pengalir Hidup

Ujian keterusan pengalir hidup di buat bagi memastikan setiap

konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar atau tidak

terputus / tiada litar buka.

Prosedur :

i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off)

- Tujuan utama di litar buka ialah untuk memastikan keselamatan

dan mengelakkan renjatan elektrik.

ii. Semua beban ( lampu pendaflour, mentol ) hendaklah ditanggalkan.

iii. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).

iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup.

v. Nilai bacaan jangka pada meter ohm hendaklah kurang daripada 1

ohm.

Ujian Keterusan Pengalir Pelindungan

Ujian keterusan pengalir perlindungan di buat bagi memastikan setiap

pengalir perlindungan (pembumian) disambung dengan betul dan

berkesan.

Page 3: CASING WIRING

Prosedur :

i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off)

ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

iii. Sentuhkan prob penguji ke wayar bumi di kotak agihan dan hujung

wayar bumi di litar

iv. Nilai bacaan jarum meter ohm hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Kekutuban

Ujian Kekutuban Litar Mati

i. Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik diputuskan

ii. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan

peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.

iii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada

konduktor fasa.

Page 4: CASING WIRING

1

2

3 4

5

iv. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor

fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.

Prosedur :

i. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ).

ii. Lakukan pengujian :

iii. Pastikan jarum penunjuk meter pelbagai terpesong (bacaan kurang

dari 1ohm)

Ujian Kekutuban Fasa - Litar Hidup

Page 5: CASING WIRING

i. Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik mengalir melalui litar

pendawaian

ii. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan

peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.

iii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada

konduktor fasa.

iv. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor

fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.

Prosedur :

i. Bagi pengalir hidup, satu punca dari penguji disentuhkan pada

neutral suis utama dan satu punca lagi disentuhkan pada tempat yang

hendak diuji kekutuban pengalir hidupnya. Contohnya soket, suis,

lampu dan sebagainya.

ii. Jika menggunakan alat penguji seperti lampu, ia kan menyala

manakala jika menggunakan meter volt, ia akan menunjukkan bacaan

voltan bekalan (240v).

iii. Bagi pengalir neutral pula, satu punca dari penguji disentuhkan pada

punca hidup suis utama dan satu punca lagi disentuhkan pada tempat

yang hendak diuji kekutuban neutralnya.

iv. Alat penguji akan berkendali sekiranya kekutuban neutral berada pada

pemasangan yang betul.

Ujian Kekutuban Neutral – Litar Hidup

Prosedur :

Page 6: CASING WIRING

i. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch of).

ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

iii. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on).

Ujian kefungsian litar.

Menguji Suis satu hala, suis dua hala sama ada berfungsi atau tidak.

Menguji Soket sama ada berfungsi atau tidak dengan memasang plug kipas.

Hasil Keseluruhan Pengujian

1. Lampu Pendaflour menyala

2. Mentol menyala

i. Jalankan ujian sebagaimana di bawah berdasarkan rajah.

ii. Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa

iii. Menguji punca sambungan soket keluaran.

iv. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru dan

v. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1ohm.

Page 7: CASING WIRING

3. Kipas berfungsi / berpusing

4. Keseluruhan Litar

8.0 Refleksi

Melalui amali pendawaian elektrik menggunakan ‘casing’ ini, kami dapat

mempelajari bagaimana untuk melakukan pendawaian ini dengan betul. Selain itu juga kami

Page 8: CASING WIRING

dapat mempelajari teknik- teknik yang digunakan untuk membuat pendawaian ‘casing’ ini.

Antara kelebihan pendawaian ‘casing’ ini ialah :

i) Murah & Jimat

Penggunaan ‘casing’ plastic serta PVC dapat menjimatkan kos bahan yang

lain berbanding ‘surface wiring’ dan

ii) Mudah dipasang

Pendawaian jenis ini tidak memerlukan kekemasan wayar kerana wayar telah

ditutup oleh ‘casing’.

iv) Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.

v) Memberi perlindungan mekanikal yang baik.

vi) Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.

vii) Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.

Selain itu juga, melalui pengalaman melakukan kerja amali pendawaian ‘trunking’

ini, kami juga dapat mempraktikkan teori yang telah di ajar walaupun terdapat beberapa

kesilapan. Namun semua kesilapan itu kami jadikan sebagai pengajaran serta

peringatan untuk kami lebih matang dan berwaspada di hari-hari yang

mendatang. Hasilnya kami sudah pandai dan boleh memasang litar

pendawaian permukaan. Kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami

yang begitu mesra serta tidak pernah lokek ilmu untuk dikongsi bersama.

8. 1 Masalah Yang Dihadapi & Penyelesaiannya

Semasa menjalankan pengujian terdapat beberapa masalah yang timbul.

Antaranya :

Bil

.

Masalah Punca Masalah Penyelesaian

1. Mentol tidak

menyala

Wayar hidup tidak bersambung

dengan poin yang betul

Tukar wayar hidup ke poin

yang betul

2. ELCB tidak Kerosakan pada alat Tukar kepada ELCB yang

Page 9: CASING WIRING

berfungsi baru

3. Saiz ‘Trunking’ tidak cukup untuk menutupi litar

Saiz ‘trunking’ tidak sekata Membuat penambaikkan dan proses pengubahsuaian