carta organisasi bilik sains sk

13
i. ORGANISASI MAKMAL SAINS Carta Organisasi bilik sains Sk. Masalog Kota Marudu Sabah. Organisasi pengurusan makmal sains di sekolah adalah diketuai oleh guru besar. Ini disebabkan semua perjalanan dan pengurusan berkenaan dengan sekolah berada di bawah tanggungjawab guru besar. Guru besar ini juga bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal sains dan bilik sains dalam aspek pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains dari aspek perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilian dan pemantauan. Guru besar ini akan dibantu oleh penolong kanan sekolah. Penolong kanan ini akan membantu Guru besar dalam semua tanggungjawab yang dipikul oleh guru besar. Manakala Guru Panitia Sains bertanggungjawab membantu guru besar dalam perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan bilik sains di Guru Besar Caroline Guru PK 1 Noraiwa Guru Panitia Sains Mohd. Guru Sains Saidah Lon

Upload: won-eyda

Post on 14-Nov-2015

97 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

i. ORGANISASI MAKMAL SAINS

Carta Organisasi bilik sains Sk. Masalog Kota Marudu Sabah.

Guru BesarCaroline Gunting

Guru PK 1Noraiwa Salim

Guru Panitia SainsMohd. Hazwan bin Hamzon

Guru SainsSaidah Lon

Organisasi pengurusan makmal sains di sekolah adalah diketuai oleh guru besar. Ini disebabkan semua perjalanan dan pengurusan berkenaan dengan sekolah berada di bawah tanggungjawab guru besar. Guru besar ini juga bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal sains dan bilik sains dalam aspek pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains dari aspek perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilian dan pemantauan. Guru besar ini akan dibantu oleh penolong kanan sekolah. Penolong kanan ini akan membantu Guru besar dalam semua tanggungjawab yang dipikul oleh guru besar. Manakala Guru Panitia Sains bertanggungjawab membantu guru besar dalam perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan bilik sains di sekolah. Terdapat banyak peranan dan tanggungjawab Ketua Panitia Sains. Antaranya adalah membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains, menyemak dan mengemas bilik stok bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun, merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan, memastikan penyimpnanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem. Selain itu, ketua panitia sains juga berperanan untuk menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna, memastikan fizikal bilik sains, sistem bekalan elektrik, gas, perabot dan kemudahan lain dapat berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan, memastikan peraturan keselamatan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan bilik sains, memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan bilik sains, memastikan bilik sains bersih ceria dan selamat, memberukan bimbingan professonal kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan dan bilik sains. Selain itu, ketua panita sains juga berperanan untuk membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya dan akhis sekali adalah menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa. Manakala guru sains berperanan dalam mematuhi jadual pengunaan bilik sains, memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselematan bilik sains, memastikan bilik sains bersih, ceria dan selamat. Guru sains juga berperanan untuk mengenalpasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam amali serta mengisi borang pesanan untuk tindakan kakitangan bilik sains, mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan selamat dan betul, cermat, jimat, dan mematuhi langkah keselamatan. Guru sains juga berperanan untuk membantu ketua panitia sains untk merekod, menyemak dan mengemaskini stok, mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains, seta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

ii. PERANCANGAN PERBELANJAAN.

Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta peralatan pejabat berdasarkan peruntukkan, Pengurusan perbelanjaan memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan penggunaan yang optimum oleh pihak sekolah. Terdapat dua komponen yang perlu diambil kira sebelum membuat anggaran perbelanjaan iaitu keperluan dan peruntukkan. Peruntukan yang dimaksudkan adalah jumlah peruntukkan yang diberikan oleh pihak sekolah dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Peruntukkan juga dirancang berdasarkan kepada kedudukan peruntukkan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukkan. Keperluan pula dirancang berdasarkan kepada stok semasa yang ada dalam simpanan makmal ataupun bilik sains dan merujuk kepada sistem rekod yang dikemaskini sepanjang masa. Perancangan perbelanjaan boleh dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun untuk membolehkan pertimbangan berkenaan dengan benda yang perlu dibeli dan membolehkan sekolah membuat tempahan awal dan boleh mendapatkan item tersebut lebih awal. Perancangan ini melibatkan semua guru sains yang diketuai oleh ketua panitia sains dalam satu perbincangan membolehkan guru sains mencadangkan item-item yang perlu dibeli. Selepas itu, keputusan perbincangan tersebut akan diberikan kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan.Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan semasa mebuat belanjawan untuk bilik sains. Perkara pertama adalah menyemak semua stok dalam setiap makmal dan bilik sains dan tentukan kuantiti item-item yang ada. Dalam penyemakan stok juga, ketua pantia sains haruslah menentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis, bilakah dalam sesuatu tahun item-item tersebut pakai habis diperlukan, jenis-jenis peralatan yang sangat kurang, peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan, item-item yang rosak dan kecurian. Selain itu, guru panitia sains haruslah memeriksa setiap kemudahan yang ada dalam makmal tersebut seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan peralatan lain. Selapas itu barulah senarai keperluan tahunan untuk bilik sains akan dikeluarkan. Ketua panitia haruslah membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains. Selepas itu, barulah senarai harga boleh diminta daripada pembekal. Selapas itu, ketua panitia sains akan mendapatkan jumlah peruntukan PCG. Selepas itu, barulah ketua panitia sains akan membuat anggaran belanjawan mengikut senarai keutamaan. Selain itu, semakan perlu dlakukan sama ada item tersebut mengikut keperluan yang ada dalam kontrak pusat. Selepas itu, mesyuarat penyelaran akan dilaksanakan untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukkan bersama-sama dengan semua guru-guru sains di sekolah tersebut. Contoh berikut merupakan anggaran perbelanjaan untuk item-item bilik sains SK. Masalog.

iii. PEMBEKALAN DAN PEMBELIAN ( lampiran 2 )

Terdapat bebrapa kaedah pembelian yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah. Kedah yang pertama adalah secara tender. Jika anggaran harga melebihi RM500,000, maka pembelian mestilah melalui cara tender. Kaedah kedua adalah secara sebut harga. Bagi pembelian daripada (RM 50,000 - RM500,000 ), pembelian adalah melalui sebut harga. Terdapat dua lagi kaedah lain iaitu kaedah pembelian terus secara sebutharga jika anggaran perbelanjaan kurang daripada Rm 50,000, manakala kaedah petty cash boleh digunakan jika anggaran perbelanjaan Rm 500.00 ke bawah.

PROSEDUR PEMBELIAN SECARA SEBUTHARGA.

1. Meminta Sebut harga ( Lampiran 3 ) Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.

2. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.

3. Borang pesanan (Lihat lampiran 4 ) Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. Simpan salinan pesanan.

4. Surat/nota tanda terima( Lihat lampiran 5) Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.

5. Nota hantaran (lihat lampiran ) Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.

6. Penerimaan barangan Pembekal menghantar barangan. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.7. Invois( lihat lampiran 6) Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran

PROSEDUR PEMBELIAN SECARA TERUS SEBUT HARGA1. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangani oleh ketua panitia2. Pihak pentadbir sekolah akan meminta coutation dari beberapa sayarkiat3. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya akan dihubungi.4. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan / bahan bersama invois dan DO5. Pihak sekolah akan memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO

PROSEDUR PEMBELIAN SECARA PETTY CASH

1. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangani oleh ketua panitia2. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

ORDER TO :

JITC JAYA ENTERPRISE

NO 8, TINGKAT BAWAHP/O NO:

TAMAN SERI AMAN,

06000 KOTA MARUDU, SABAHDATE : 16 NOVEMBER 2014

TEL : 04-9113520.

FAX : 04-9113789

ITEMDESCRIPTIONUNITU/PRICEAMOUNT

- RM - - RM -

1SEBUT HARGA UNTUK MEMBEKAL PERALATAN SAINS DI SEKOLAH RENDAH MASALOG KOTA MARUDU SABAH.

1. BIKAR 100ML2055.001,100.00

2. PENUNU BUNSEN20 58.00 1,160.00

3. JAM RANDIK>20 50.00

.

2. MAGNET

>20 53.00

*TERTAKLUK PADA PERUBAHAN ( DESIGN ) YANG AKAN

DIBEKALKAN OLEH PIHAK MARA LINER

TOTAL2260.00

CON TOH SEBUT HARGA PEMBELIAN PERALATAN BIILIK SAINS SK. MASALOG

PESANAN SEKOLAH RENDAH MASALOG KOTA MARUDU SABAHASALHendaklah dikembalikan dengan invois tuan kepada

(Cop Nama & Alamat Sekolah)Pesanan ini akan dibatalkan jika barang-barang tidak diterima sebelum tarikh yang tersebutNo.PS

Nama Sekolah :

KepadaSila bekalkan barang-barang yang tersebut di bawah ini kepada_________________________ laksanakan kerja ____________________untuk ________________________________________ pada atau sebelum ________________________

No.PerihalBanyaknyaHarga Satu dan DiskaunHarga Bersih

Jumlah dalam : Ringgit Malaysia ____________________________perkataan

Peruntukan untuk bayaran :Saya mengesahkan bahawa peruntukan mencukupi sebelum pesanan dikeluarkan.Rujukan Permintaan :Rujukan Kontrak Perbendaharaan :Tandatangan : _______________________Jawatan : ___________________Tarikh : ___________________

PEMBAYARAN TIDAK AKAN DIBUAT JIKA PERAKUAN MENGENAI MUTU TIDAK DIPENUHKAN ATAUJIKA NASKAH INI TIDAK DIKEMBALIKAN

PERAKUAN MENGENAI MUTU(Hendaklah dipenuhkan oleh Pembekal)

Saya memperakui bahawa saya telah membekalkan barang-barang* atau telah melaksanakan kerja tersebut di atas mengikut* surat saya/tuan _____________________ bertarikh ___________________.

PERAKUAN(Hendaklah dipenuhkan oleh Pembekal)Saya memperakui bahawa * (1) barang-barang yang dipesan di atas telah diterima dan dikeluarkan untuk terus digunakan/* disimpan dan dibukukan dalam lejar setor No.Folio _______________

iv. PENYIMPANAN DAN PENYENGERAAN STOK

PENYIMPANAN STOK ( rujuk lampran 7 )Makmal sains sekolah rendah bebeza dengan sekolah menengah kerana sekolah rendah tidak mempunyai bahan kimia di dalam bilik ataupun makmal sains. oleh itu, penyimpanan stok banyak tertumpu kepada ruang penyimpanan, iaitu laci kecil, almari, kabinet, rak dan banyak lagi. setiap ruang mestilah dilabel, dimana ruang menyimpnanan mesti lah dilabel mengikut apa yang disimpan lama. selain label, ruang penympanan di berik kod.

PENYENGERAAN STOK ( Rujuk Lampiran 8 )Penyengeraan stok bemaksud kita melupuskan bahan-bahan yang telah lama dan tidak berfungsi begitu baik . Ini membolehkan bilik sains bersih dan tidak berselerek dengan barang-barang yang tidak berguna. Bukan itu sahaja, pelupusan penting untuk memastikan stok tidak silap digunakan. Selain itu Pelupusan ini penting untuk mempercepatkan proses penerimaan stok yang baharu. Di sekolah rendah, hanya terdapat pelupusan Aset ahli kerajaan dan tidak ada bahan kimia memandangkan sekolah rendah tidak belajar tentang kimia. Semasa Pelupusan Aset ahli kerajaan, bahan peralatan sains yang terdiri daripada harta modal dan iventori perlu dilupuskan mengikut pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 ( tatacara pengurusan Aset alih Kerrajaan ) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009. Pelupusan aset ini adalah tindakan yang mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Aset ini dilupuskan sekiranya terdapat kerosakan dan tidak ekonomik, tidak dapat digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas pemeriksaan aset. Jabatan juga perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 jika perlu. Selepas itu, pemeriksa akan melengkapkan borang laporan lembaga pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urus setia pelupusan untuk dihantar ke jawatankuasa melulus sama ada JPN atau KPM mengikut nila aset tersebut.

V. PERANCANGAN DAN REKA BENTUK MAKMAL SAINS

Bilik Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagi mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan P & P serta mendorong minat murid kepada mata pelajaran Sains. Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam Bilik Sains. Papan Kenyataan, Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid dipamerkan di papan kenyataan. Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam vieo, OHP, projektor slaid dan set komputer Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan poster. Selain itu, reka bentuk makmal sains juga mempengaruhi suasana pembelajaran.