cara ringkas untuk solat jenazah

Upload: mohd-aqil

Post on 12-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cara ringkas untuk solat jenazah..

TRANSCRIPT

Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4takbir, fardhu kifayah kerana Allah Taala.++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

SOLAT JAMAKJamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak TakdimSolat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyakii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihramiii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak TakhirSolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.Syarat Jamak Takhir :i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASARQasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :Musafirnya tidak bertujuan maksiat.Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 kmDiniatkan qasar solat ketika takbiratul ihramTidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginyaMengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnyaTidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASARApabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasarMenjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :i.Solat Zohor dan Asar.Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah TaalaMengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah TaalaSolat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:i.Solat Zohor dan AsarSahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah TaalaSelepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam