pendidikan islam tahun 6 solat jenazah

3
SOLAT JENAZAH

Upload: mansortawau

Post on 05-Aug-2015

716 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Fardhu Kifayah yang perlu kita pelajari dalam melengkapkan diri dalam tuntutan agama.

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Islam Tahun 6   Solat Jenazah

SOLAT JENAZAH

Page 2: Pendidikan Islam Tahun 6   Solat Jenazah

SOLAT JENAZAH

Solat Jenazah

Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid.

Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdhal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup.

Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Page 3: Pendidikan Islam Tahun 6   Solat Jenazah

RUKUN SOLAT JENAZAH

1. Niat pada takbiratul ihram.

2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

7. Memberi salam sesudah takbir keempat.